larian-berganti

Upload: syaa-malyqa

Post on 07-Jan-2016

267 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

L

TRANSCRIPT

LARIAN BERGANTIPENGENALAN

Acara lari berganti-ganti adalah sejenis sukan olahraga yang berasal dari Amerika Syarikat. Acara ini biasanya di pertandingkan adalah 4 x 100 meter, 4 x 200 meter dan 4 x 400 meter. Satu pasukan lari berganti terdiri daripada empat pelari yang bergilir-gilir di antara satu sama lain. Mereka berlari dalam satu pusingan balapan dengan membawa baton di dalam tangan dan dihantar ke dalam zon penukaran baton kepada pelari yang seterusnya. Jika baton terjatuh, ia mesti diambil kembali oleh pelari yang menjayakannya. Selepas baton dihantar, pelari harus berada dalam lorongnya sehingga laluan di balapan tidak berhalangan.

Objektif lari berganti-ganti ialah membawa baton dari tempat permulaan sehingga penamat menerusi empat orang perserta secepat mungkin .Perkara penting yang menjadi faktor utama dalam menentukan kejayaan dalam acara ini ialah persefahaman di antara pelari didalam pasukan.

SPESIFIKASI PERALATAN

Antara peralatan yang digunakan dalam acara lari berganti ini ialah:1. Trek balapanTrek merupakan tempat yang sesuai untuk pelari melakukan larian.

2. Baton

Baton merupakan alat yang penting dalam acara lari berganti. Ianya berbentuk tiub bulat berlubang dan permukaan licin yang diperbuat daripada kayu, logam atau apa sahaja bahan yang keras sebatang penuh.

Ukurannya tidak lebih daripada 30 sm dan tidak kurang daripada 28 sm. Ukur lilitnya pula hendaklah antar 12 sm dan 13 sm yang beratnya tidak kurang daripada 50 gm. Dari segi warna, baton boleh digunakan dalam pelbagai warna. Warna yang digunakan perlu senang dilihat ketika dibawa berlari. Baton hendaklah dipegang sepanjang larian dan penyerahan baton kepada rakan sepasukan dilakukan didalam zon penukaran 20 meter.

3. Blok permulaanBlok permulaan digunakan dalam semua acara lari berganti-ganti. Ianya hanyalah digunakan oleh pelari pertama. Cara pengunaan boleh disesuaikan mengikut keselesaan atlit. Cara mengukur blok boleh dilakukan dengan meletakkan blok permulaam dalam ukuran 1 kaki dari garis permulaa. Kemudian letakkan pedal dua kaki daripada garisan permulaan. Pedal sebelah lagi diletakkan dua setengah kaki daripada garis permulaan.

SPESIFIKASI PAKAIAN

1. Baju dan Seluar Pemakaian yang sesuai untuk pelari beragnti ialah ringan dan tidak serap air supaya tidak wujud halangan ketika berlari. Pakaian bersih, tidak menjolok mata serta tidak mengahalang hakim untuk memerhati pergerakan mereka.

2. Kasut Kasut yang boleh digunakan oleh pelari ialah kasut spike yang mempunyai 6 paku dengan panjang paku tidak melebihi 25cm dan diameter tidak melebihi 4mm.