laras bahasa (slideshare 1)

22
NURUL SYUHADA BINTI AHMAD (A 141779) Pengajian arab dan tamadun islam Laras bahasa

Upload: alongsyue

Post on 22-Jun-2015

1.494 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laras bahasa (slideshare 1)

NURUL SYUHADA BINTI AHMAD

(A 141779) Pengajian arab dan

tamadun islam

Laras bahasa

Page 2: Laras bahasa (slideshare 1)

DEFINISI LARAS BAHASA•Asmah Hj.Omar (1984), berpendapat bahawa laras bahasa ialah khusus dalam penggunaan bahasa menurut bidang penggunaannya.

•Laras bahasa boleh didefinisikan sebagai gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa. 

•Sesuatu laras bermaksud variasi yang ada pada tiap-tiap penutur. Laras bahasa biasanya berubah-ubah mengikut situasi.

Page 3: Laras bahasa (slideshare 1)

Ciri-ciri laras yang penting ialah perbendaharaan kata, susunan ayat dan frasa yang digunakan. 

Sesuatu laras tertentu digunakan untuk keadaan atau situasi tertentu.

Daripada suatu segi, dapat dikatakan bahawa dengan memilih laras yang tidak sama untuk situasi-situasi yang berlainan, anggota masyarakat dapat menunjukkan bahawa mereka sedar akan situasi-situasi sosial yang berlainan yang wujud di sekitar mereka.

Page 4: Laras bahasa (slideshare 1)

Ure dan Ellis (1977) menganggap laras sebagai ‘jenis-jenis bahasa yang digunakan mengikut situasi-situasi yang berlainan’.

Sementara Hill dalam satu makalahnya Institutional Linguistics(1958) mengesorkan klasifikasi laras mengikut matra gaya, genre, dan cara iaitu style, genre, dan mode.

Joos pula (1962) melihat laras bahasa dari dimensi formaliti telah menegaskan gaya dengan membahagikan dengan lima jenis bahagian iaitu beku, formal, rundingan, selamba, dan intim dalam tulisannya The Five Clocks.

Page 5: Laras bahasa (slideshare 1)

CIRI-CIRI LARAS BAHASA Ferguson (1968) telah membincangkan ciri-

ciri laras bahasa yang telah maju, mengatakan bahawa salah satu ukuran untuk menentukan taraf kemajuan ialah menerusi jumlah laras yang wujud dalam bahasa berkenaan.

Laras bahasa dapat digolongkan kepada dua golongan besar, iaitu laras biasa dan laras khusus.

Page 6: Laras bahasa (slideshare 1)

Laras biasa ialah laras khusus yang digunakan untuk masyarakat umum seperti bidang hiburan (laporan sukan, berita sukan), pengetahuan dan penerangan (syarahan, rencana), maklumat dan pemujukan (rencana, iklan).

 Tidak melibatkan bidang tertentu, mudah difahami, tiada istilah teknikal, kurang kata pinjaman.

 Gaya ayat sederhana, ringkas dan padat.  Struktur ayat mudah, contohnya: Di larang

memijak rumput. Laras bahasa biasa terbahagi kepada formal

dan tak formal.

Page 7: Laras bahasa (slideshare 1)

LARAS BAHASA BIASA

Formal/Rasmi Tak Formal

Digunakan dalam majlis rasmi, surat kiriman dan sebagainya.

Berlaku proses pengguguran dalam ayat-ayat yang diucapkan sama ada pengguguran subjek, predikat, objek.

Page 8: Laras bahasa (slideshare 1)

  Laras khusus pula merujuk kepada kegunaan untuk khalayak khusus seperti ahli-ahli atau peminat dalam bidang tertentu dan pelajar-pelajar (rencana, laporan, buku).

Pembeza utama yang membezakan antara laras biasa dengan laras khusus ialah:

-  kosa kata-  tatabahasa-  gaya

Page 9: Laras bahasa (slideshare 1)

ASPEK AYATAYAT AKTIF DAN AYAT PASIF Dari segi makna tidak ada perbezaan yang ketara

antara ayat berbentuk aktif dengan ayat pasif. Perbezaannya cuma terletak pada penekanan yang diberikan. Contohnya:

1. Pemburu itu telah menembak rusa jantan.

Dalam ayat tersebut yang diberi penekanan ialah subjek ayat, iaitu pemburu itu. Jikalau ayat ini dipasifkan objek asal iaitu rusa jantan dikedepankan dan diberikan penekanan.

           

2. Rusa jantan telah ditembak oleh pemburu itu.

Manakala apabila frasa yang menyatakan objek pelaku dianggap tidak penting langsung dan digugurkan iaitu frasa pemburu itu. 

Page 10: Laras bahasa (slideshare 1)

JENIS-JENIS LARAS BAHASA BERSERTA CONTOH.1.Laras Biasa

Laras ini merupakan penggunaan bahas yang tidak membabitkan sebarang bidang ilmu atau konteks khusus. Ia biasanya digunakan dalam perbualan seharian. Oleh itu, laras biasa tidak mengandungi istilah atau pola yang khusus.

Contoh : Hai Mat ! Nak ke mana tu? Tak singgah dulu?

Page 11: Laras bahasa (slideshare 1)

2.Laras Bahasa Perniagaan

Biasanya digunakan dalam dunia korporat, khususnya bidang

perusahaan, perindustrian, perakaunan, perbankan, perniagaan dan perdagangan.

Contoh:  

- Bank Simpanan Nasional (BSN) mencatatkan prestasi di luar jangkaan apabila mengaut keuntungan sebelum cukai bagi  setengah tahun pertama, lebih RM70 juta dan mengatasi  keuntungan sebanyak RM 47.754 juta bagi tahun lalu

Page 12: Laras bahasa (slideshare 1)

3.LARAS BAHASA AKADEMIK

Laras akademik boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian berdasarkan bidang ilmu yang diperkatakan.

Antaranaya laras sains, laras ekonomi, laras sastera dan sebagainya. Laras ini kemudiannya terbahagi pula kepada beberapa sub-bidang yang terdapat dalam sesuatu bidang akademik.

Misalnya, dalam bidang sains, terdapat laras kimia, biologi dan fizik.

Page 13: Laras bahasa (slideshare 1)

Dalam bidang akademik, laras yang digunakan mudah dikesan dengan kehadiran istilah-istilah teknikal dan khusus yang berkaitan dengan bidang berkenaan.

Contoh  dalam bidang ekonomi : Perubahan dalam pola guna tenaga merupakan gejala yang umum dalam proses pembangunan ekonomi. Lebihan buruh daripada sektor pertanian yang mempunyai daya pengeluaran marginal yang rendah semakin ramai diserap ke dalam sektor industri yang mempunyai daya pengeluaran yang tinggi.

Contoh laras sains dalam bidang biologi :  Sel-sel kelenjar kolon merembeskan mukus yang berfungsi dalam melicinkan pergerakan kandungan kolon ke arah rektum. Tidak terdapat enzim yang dirembeskan di bahagian kolon. Cecair yang dirembeskan bersifat alkali.

Page 14: Laras bahasa (slideshare 1)

4.LARAS BAHASA UNDANG-UNDANG Merupakan salah satu daripada laras ilmiah

yang terdapat dalam bahasa Melayu sejak zaman dahulu lagi.

Bagaimanapun, pada hari ini, laras undang-undang lebih bersifat moden dan banyak menggunakan istilah teknikal.

Contoh : Defenden membantah pada awal prosiding kerana tidak bersetuju dengan cadangan plainitif untuk mengemukakan saksi-saksi yang dikatakan tidak relevan dengan perbicaraan berkenaan.

Page 15: Laras bahasa (slideshare 1)

5.LARAS BAHASA MEDIA Laras media massa kurang mementingkan

gaya atau nahu, khususnya penggunaan imbuhan dan kata hubung.

Berita sebagai satu wacana mempunyai struktur teks yang tersendiri, lain daripada struktur teks cereka, dan lain pula daripada struktur teks esei dan karya ilmiah.

Wartawan atau pengarang akhbar menggunakan bahasa untuk menjelaskan sesuatu menurut cara yang paling mudah diterima sesuai dengan selera sebilangan besar pembaca akhbar.

Page 16: Laras bahasa (slideshare 1)

Tiga ciri penting yang harus ada dalam berita akhbar yang baik ialah:

 Pertama - bahasa yang digunakan mudah.   Kedua - gaya tulisan yang jelas dan  Ketiga - isi tulisan mestilah tepat. Oleh sebab

akhbar diterbitkan untuk orang ramai, maka bahasa akhbar haruslah sesuai dengan bahasa kegunaan orang ramai.

Page 17: Laras bahasa (slideshare 1)

6.LARAS BAHASA SASTERA Memperlihatkan gaya bahasa yang menarik dan kreatif. Bahasanya boleh dalam bentuk naratif, deskriptif,

preskriptif, dramatik dan puitis.

Beberapa ciri bahasa sastera:

1. kreatif dan imaginatif: kabur mesej2. mementingkan penyusunan, pengulangan, pemilihan kata3. puitis dan hidup,: monolog, dialog, bunga-bunga

bahasadan sebagainya.4. menggunakan bahasa tersirat: perlambangan, kiasan,

perbandingan, peribahasa, metafora, simile, personifikasi, ilusi, ambiguiti dan sebagainya.

Page 18: Laras bahasa (slideshare 1)

5. 5. terdapat penyimpangan tatabahasa atau manipulasi bahasa.

 Contoh : Apabila berbicara mengenai kesusasteraan, kita sebenarnya akan membincangkan beberapa aspek seperti tema, kronologi, mesej yang ingin disampaikan, watak dan perwatakan unsur termasuk personifikasi dan metafora.

Page 19: Laras bahasa (slideshare 1)

7.LARAS BAHASA AGAMA Mengandungi istilah agama daripada bahasa Arab

Struktur ayatnya banyak dipengaruhi struktur bahasa Arab

Diselitkan dengan petikan daripada al-Quran dan hadis.

Contoh (doa) : Wahai Tuhan kami,kami meminta daripada Engkau kesejahteraan dalam agama, kesihatan tubuh badan, keberkatan rezeki, keampunan sebelum mati, rahmat pada  kala mati, dan keampunan selepas mati.

Page 20: Laras bahasa (slideshare 1)

8.LARAS BAHASA SUKAN

Berkaitan dengan aktiviti-aktiviti dan kegiatan sukan.

Contoh : Sistem liga merupakan satu-satunya format pertandingan yang paling digemari oleh pihak penganjur dan para peserta dalam permainan sukan berpasukan. Dalam sistem ini setiap pasukan akan bertemu seberapa banyak yang mungkin dengan pasukan yang lain bergantung kepada bilangan ahli kumpulan masing-masing.

Page 21: Laras bahasa (slideshare 1)

9.LARAS BAHASA SAINS KOMPUTER Mengandungi istilah-istilah berkaitan dengan peranti komputer dan siber.

Contoh : Aktiviti penyelenggaraan komputer peribadi (PC) sering dianggap remeh, kerana sifatnya yang agak membosankan meskipun aktiviti ini penting. Seperti perkakasan, senggaraan secara berterusan juga perlu untuk perisian ,sisitem operasi  (OS), program dan data.

Page 22: Laras bahasa (slideshare 1)

PENUTUP Laras bahasa merupakan suatu yang amat

penting dalam kehidupan seharian kita. Jumlah laras sesuatu bahasa mencerminkan keadaan bahasa itu menjadi ukuran maju mundurnya sesuatu bangsa.

Sebagai contoh perbandingan jumlah bahasa Melayu sebelum dan selepas merdeka, sudah dapat membuktikan bahawa bahasa Melayu telah mengalami perkembangan yang pesat.

Oleh itu laras-laras itu haruslah dipelajari sebagai suatu kemahiran.