laras bahasa lidah pengarang

Upload: rohaizah-ab-karim

Post on 18-Jul-2015

666 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

BAB 1: PENDAHULUAN Sejak diangkat sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, bahasa Melayu telah memainkan peranan yang penting dalam bidang ilmu. Apabila berperanan sebagai bahasa ilmu, maka bahasa Melayu telah melalui satu evolusi yang besar bagi memperkayakan kosa katanya. Perkembangan ini telah membawa kepada perbicaraan yang luas tentang hal, aspek, bidang dan peristiwa. Perbicaraan hal, aspek, bidang dan peristiwa yang berbeza-beza telah menyebabkan masyarakat menggunakan pelbagai bentuk bahasa yang berlainan. (Abdul Hamid Mahmood, 2001: 13). Pemilihan bahasa ditentukan oleh situasi dan bidang yang dibicarakan. Hal ini bermaksud setiap individu akan memilih variasi bahasa yang sesuai dengan situasi tertentu. Masyarakat tanpa sedar menggunakan pelbagai variasi bahasa untuk menyampaikan sesuatu perkara, hal atau keadaan. Perbezaan ini wujud akibat daripada fakta yang dipertuturkan, tajuk yang diperkatakan, tujuan perbincangan dan suasana penggunaan bahasa. Dengan demikian, lahirnya laras bahasa (Ab. Razak Ab. Karim, 2008). Laras harus dibezakan dengan dialek kerana dialek lahir dari penggunaan bahasa yang berbeza-beza disebabkan oleh faktor geografi atau daerah, tetapi laras terbentuk daripada penggunaan bahasa yang berbeza-beza berdasarkan faktor sosial (Adenan Ayob, et al, 2010). Memandangkan laras mempunyai pertalian yang erat antara pengguna bahasa dan bahasa, maka konsep ini telah mendapat perhatian dalam kalangan ahli-ahli bahasa dan lingusitik, khususnya dalam kajian sosiolinguistik. Nik Safiah Karim (1989) menyatakan bahawa setiap penutur bahasa Melayu perlu mengenali laras-laras utama bahasa Melayu terutamanya laras formal dan tidak formal. Hal ini bertujuan bahasa dapat digunakan dengan betul dalam situasi-situasi tertentu.

1

1.1 Latar Belakang Kajian Laras merupakan salah satu cabang dalam kajian sosiolinguistik. Konsep laras atau register telah diperkenalkan oleh ahli linguistik barat, iaitu Reid pada tahun 1956. Beliau menjelaskan bahawa seorang penutur dalam situasi bahasa yang berbeza-beza akan menggunakan laras mengikut situasi sosial yang berlainan. Kajian ini kemudiannya diteruskan secara teoritis dan ada juga secara terperinci oleh ahli linguistik dan sosiolinguistik. Secara rasminya, kajian laras bermula sekitar tahun 1960-an apabila pengkaji bahasa aliran generatif yang diterajui oleh Noam Chomsky tidak melihat bahasa dari sudut masyarakat. Walhal bahasa dan masyarakat mempunyai pertalian yang erat (Teo Kok Seong, 2007). Di Malaysia bidang ini semakin mendapat tempat. Terawal Tan Jian Pian (1975) yang telah menggunakan kaedah analisis linguistik dengan tumpuan kepada leksis dan tatabahasa untuk mengkaji laras sains dalam bahasa Inggeris. Kemudian, banyak lagi kajian yang dilakukan seperti Asmah Haji Omar (1984), (1987), (2005), Nik Safiah Karim (1989), S.Nathesan (1992), S. Karthiyani (1994), Ab. Razak Ab. Karim (2008), Midiyana Mohamad (2008), dan Mohd Zulhisyam (2009). Laras atau register boleh didefinisikan sebagai gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa (Nik Safiah Karim (1989). Takrifan ini selaras dengan kenyataan yang menyatakan laras sebagai varieties according to use. (Halliday et al. , 1964; Crystal & Dary, 1969; Geogory & Carroll, 1978; dalam Hudson, 1996). Nik Safiah Karim (1989) juga menyatakan sesuatu laras bermaksud variasi bahasa yang boleh dipilih daripada sekumpulan variasi yang ada pada tiap-tiap penutur. Hal ini dapat diperkukuhkan lagi dengan kenyataan Janet (2001), iaitu laras sebagai gambaran bahasa yang digunakan oleh sekumpulan manusia yang berbicara tentang sesuatu perkara yang atau penggunaan bahasa berdasarkan situasi oleh kumpulan tersebut. Dengan demikian,

2

ternyata laras mempunyai kaitan yang erat dengan penutur bahasa dari segi penggunaan bahasa. Menurut Asmah Hj Omar (2005) pula, laras adalah konsep yang digunakan untuk merujuk kepada ragam sesuatu bahasa dari segi sistem dan struktur bahasa yang digunakan. Beliau juga menjelaskan bahawa kata-kata atau ungkapan khusus, struktur ayat tertentu menjadi penentu laras. S. Nathesan (2008) pula menyatakan bahawa laras merujuk kepada ragam atau variasi bahasa yang memperlihatkan penggunaan leksis bidang, pola-pola penggunaan bahasa mengikut bidang dan ketenunan untuk kesinambungan bahasa. Penggunaan bahasa ini akan memanipulasi unsur tatabahasa, iaitu sintaksis dan morfologi demi menyesuaikannya dengan laras yang dibicarakan. Berbeza dengan Abdullah Hassan (1997) yang melihat laras sebagai ciri gaya penceritaan yang istimewa yang digunakan untuk sesuatu jenis bidang. Beliau juga menegaskan bahawa unsur bahasa sangat penting dalam laras dan bukannya unsur makna kerana makna yang sama boleh hadir dalam beberapa laras. Kenyataan ini sama seperti kenyataan Hudson, (1996) yang menyatakan,the distinction is needed because the same person may use very different linguistic items to express more or less the same meaning on different accasions

Daripada

definisi-definisi

yang

dikemukakan,

dapat

dilihat

kesemuanya

mengaitkan laras dengan masyarakat. Sehubungan itu, dengan mengkaji laras, banyak aspek penting tentang bahasa dan hubungannya dengan masyarakat dapat diketahui (Kamaruddin Haji Husin, 1995). 1.2 Permasalahan Kajian Akhbar yang menjadi medium menyampaikan maklumat kepada masyarakat merupakan media yang bukan sahaja mengandungi berbagai-bagai-bagai jenis berita tetapi juga berbagai-bagai-bagai jenis laras dan gaya bahasa. Antara ruangan yang dimuatkan

3

dalam akhbar dan majalah Melayu ialah penulisan pojok. Penulisan pojok begitu istimewa kerana penulisnya diberikan ruangan dan kebebasan untuk mengulas, mengkritik atau memuji tentang isu-isu semasa isu-isu semasa yang hangat diperkatakan menggunakan gaya tersendiri. Ada kalanya isu-isu itu tidak dapat diulas atau sentuh dalam penulisan rencana. Gaya santai yang digunakan dalam penulisan ini telah menyebabkan masyarakat lebih memahami isu kemasyarakatan kerana

penggunaan bahasa yang ringkas, tepat dan padat. Walaupun penggunaan bahasa yang ringkas, tepat dan padat ini membawa kepada manipulasi hukum tatabahasa tetapi inilah cirinya yang tersendiri yang ada dalam bidang kewartawanan. Biarpun penulisan pojok berjaya mempengaruhi masyarakat, namun kajian terhadap penulisan ini masih kurang. Di Malaysia, kajian bahasa kolumnis ini masih belum mendapat penelitian khusus. Pengkaji bahasa dan linguistik laras atau ragamragam yang lebih popular dalam akhbar seperti laras bahasa laporan berita, laras bahasa sukan, dan laras bahasa ekonomi. Justeru, pengkaji berasa amat wajar laras bahasa kolumnis ini dikaji. 1.3 Objektif Kajian Bahasa Melayu dalam media massa telah memperkayakan kosa kata bahasa Melayu. Kepelbagaian ragam dan laras dapat media massa juga mencerminkan kepesatan bahasa. walau bagaimanapun, kajian terhadap media massa lebih banyak menumpukan kepada ruangan yang popular seperti laporan berita dan iklan. Walhal keistimewaan media massa di Malaysia juga boleh dilihat dalam tulisan pojok yang mengulas atau memberi komen kepada isu-isu kemasyarakatan. Tulisannya bertunjangkan kepada pemerhatian, pengalaman dan fakta. Oleh sebab masih belum ada kajian yang dibuat ke atas tulisan pojok lagi, maka adalah wajar ia dilakukan. Kajian ini akan mengenal pasti ciri-ciri tulisan pojok yang ada

4

pada tulisan Kunta Kinte. Pengklasifikasian ciri ini dibuat berdasarkan pendekatan yang digunakan oleh Ure dan Ellis (1977). 1.4 Kepentingan Kajian Kewujudan laras bahasa dalam sesuatu karya tidak boleh disangkal. Hal ini dikatakan demikian kerana, laras merupakan gaya penceritaan yang untuk sesuatu bidang. Dengan laras, bahasa dapat diperluas dan dikembangkan. Oleh itu, diharapkan kajian ini dapat memberi sedikit sumbangan terhadap kajian laras memandangkan kerana bidang ini semakin kurang diberi perhatian. Kajian ini juga diharapkan dapat dimanfaatkan oleh masyarakat dengan memberi lebih kefahaman berkaitan laras bahasa kolumnis. Dengan memahami ciri-ciri yang ada dalam laras tersebut, maka pengetahuan berkaitan penggunaan bahasa berdasarkan situasi dalam dipertingkatkan. Dengan demikian, makin bertambah pengetahuan laras melalui kajian yang dijalankan oleh penyelidik. Bagi pihak penerbitan akhbar, khususnya Berita Harian kajian ini diharapkan memberi input yang berguna dalam menghasilkan tulisan pojok sebagai wahana pemikiran wartawan ke atas isu-isu kemasyarakatan. Maka, dengan demikian, diharapkan kajian ini dapat menjadi kayu ukur kepada pihak penerbitan dalam memastikan tulisan pojok yang diterbitkan mementingkan penggunaan bahasa dan memenuhi ciri-ciri laras-yang sepatutnya terutama dari segi gaya penulisan yang bermutu dan berkesan agar dapat memartabatkan penggunaan bahasa Melayu. 1.5 Skop Kajian Kajian ini meneliti ciri-ciri tulisan pojok Biar Putih Tulang tulisan A. Kadir Jasin yang menggunakan nama pena Kunta Kinte. Kunta Kinte merupakan penulis pojok yang berpengaruh selepas kolumnis Kajai dan A. Samad Ismail. Beliau dianggap kolumnis yang berjaya mempengaruhi masyarakat dengan tulisan pojoknya kerana berani 5

mengkritik dan mengulas isu-isu kemasyarakatan tanpa rasa takut. Tindakannya menyebabkan ada yang menyokong dan menjadi pengikut setianya, malahan banyak juga yang menentang. Kehebatannya telah membawa kepada pembukuan tulisan pojok beliau hasil usaha pelajar tahun empat, Jabatan Pengajian Media bagi menyiapkan latihan ilmiah. Buku setebal 269 ini menghimpunkan 104 buah tulisan pojok dan setiap satunya

dikelompokkan kepada 13 topik perbincangan. Walau bagaimanapun, untuk kajian ini hanya 3 buah teks dipilih secara rawak yang mewakili sampel kajian. Pengkaji akan meneliti ciri-ciri linguistik berdasarkan pendekatan Ure dan Ellis (1977) pada sampel kajian. 1.6 Definisi Operasional Terdapat beberapa konsep penting yang perlu diberi perhatian khusus sebelum meneruskan kajian ini. Konsep-konsep ini akan dirujuk dalam penulisan yang dibuat. 1.6.1 Bahasa Bahasa merupakan alat perhubungan dan komunikasi manusia. Bahasa sangat diperlukan untuk menyampaikan maklumat, idea, hujahan, atau apa-apa maksud semasa komunikasi berlangsung. Lazimnya, bahasa ditakrifkan sebagai satu sistem lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan oleh manusia untuk berhubung. 1.6.2 Laras Laras merupakan variasi bahasa yang memperlihatkan hubungan yang erat antara pengguna bahasa dengan penggunaan bahasa. Penggunaan bahasa ini akan disesuaikan berdasarkan situasi dan keadaan. Apabila pengguna bahasa menggunakan bahasa mengikut situasi atau bidang maka akan terbentuklah laras.

6

1.6.3 Laras Bahasa Kolumnis Laras bahasa kolumnis ialah variasi bahasa yang lahir daripada penggunaan bahasa dalam penulisan media massa. Laras kolumnis mempunyai ciri-ciri tersendiri kerana penulisannya menggunakan gaya tersendiri dan tidak terikat dengan dasar akhbar. Penulisannya juga berdasarkan komen atau ulasan terhadap isu semasa yang dibicarakan. 1.6.4 Media Massa Media massa sangat penting untuk menyampaikan informasi secara efektif kepada setiap lapisan masyarakat. Media massa boleh hadir dalam dua bentuk, sama ada media cetak atau media elektronik. Media cetak terdiri daripada sumber bertulis, manakala media elektronik pula terdiri daripada sumber bertulis, audio, visual atau gabungan sumber bertulis, audio atau visual. Antara contoh media cetak ialah surat khabar, majalah, manuskrip dan buku, manakala media elektronik ialah televisyen, radio, laman sesawang atau telefon bimbit. 1.6.5 Akhbar Akhbar ialah maklumat bercetak yang diterbitkan setiap hari atau seminggu sekali atau dua kali seminggu. Akhbar memaparkan berita yang berlaku di dalam dan luar negara. Di dalam akhbar juga dimuatkan artikel, iklan, laporan berita ekonomi, politik, agama, sukan, lidah pengarang, kartun, cerpen dan sebagainya. 1.6.6 Kolumnis Kolumnis merupakan istilah yang digunakan kepada penulis ruangan tetap atau pojok yang berikan ruangan khas dalam akhbar atau majalah. Kolumnis bebas membicarakan berbagai-bagai-bagai topik atau perkara sehinggakan perkara yang tidak boleh disentuh atau diulas oleh penulis tajuk rencana atau editorial juga boleh dimuatkan dalam

7

ruangan mereka. Oleh itu, hanya wartawan terpilih sahaja yang tanggung jawatan ini. Kebanyakan kolumnis menggunakan nama pena semasa menulis. 1.6.7 Tulisan Pojok Tulisan pojok merupakan satu ruangan yang dimuatkan dalam akhbar yang memaparkan hasil tulisan kolumnis yang mengkritik atau memberi komen terhadap isuisu hangat diperkatakan pada masa tersebut. Tulisan ini menggunakan gaya bahasa lucu tetapi pedas atau menyindir. 1.7 Kesimpulan Kajian laras amat diperlukan untuk memahami fungsi dan keberkesanan bahasa. Pengguna bahasa perlu berpengetahuan tentang laras bagi membolehkan mereka mengenal pasti dan menggunakan bahasa yang sepatutnya berdasarkan situasi tertentu. Bertitik tolak daripada itu, penelitian laras bahasa juga harus ditumpukan kepada dalam dunia kewartawanan yang berbeza dengan bidang lain. Dengan demikian, ilmu laras bahasa akan terus berkembang.

8

BAB 2: SOROTAN KAJIAN 2.1 Kajian Tulisan Pojok Secara umumnya pengkaji hanya menemui beberapa kajian berkaitan tulisan pojok yang ditulis di Indonesia. Namun, hanya satu yang paling hampir dengan kajian dibuat, iaitu tesis sarjana Elfisa, Fitra (2010) yang melihat wacana pojok dari sudut gaya bahasa sindiran yang digunakan dalam akhbar Kompas. Kajiannya menemui ada 5 gaya sindiran yang digunakan dalam akhbar Kompas, iaitu ironi, sinisme, sarkasme, satire dan innuendo. Daripada kelima-lima gaya bahasa sindiran tersebut, sinisme dan satire paling banyak digunakan. 2.2 Kajian Laras Bahasa Kajian laras bahasa pernah dilakukan beberapa ahli bahasa dan linguistik terkemuka di Malaysia seperti Nik Safiah Karim (1989) dan Asmah Haji Omar (1984)(1987),(2005). Aspek yang sering diberi perhatian ialah penggunaan tatabahasa dan perbendaharaan kata termasuklah Begitu juga dengan kajian sarjana S. Nathesan (1992) yang mengenal pasti laras buku teks. Beliau menggunakan 6 buah buku teks sebagai korpus kajian dengan menggunakan pendekatan Leech dan Short (1981). Aspek yang dikaji hanyalah perbendaharaan kata, tatabahasa (morfologi dan sintaksis), dan kohesi. Kajian beliau mendapati istilah jauh lebih kecil daripada kata umum, manakala dari segi istilah pinjaman ternyata penggunaannya agak kurang. Dari segi ayat, ayat penyata, ayat aktif dan ayat majmuk begitu dominan sekali, manakala dari segi kohesi ternyata kohesi dengan cara rujukan rentas dan penghubung banyak digunakan. Namun begitu kohesi perujukan lebih banyak digunakan berbanding dengan kohesi cara penghubung. Secara kesimpulannya beliau merumuskan bahawa buku teks mempunyai laras tersendiri dan kebanyakannya memperlihatkan persamaan dari aspek leksis, tatabahasa dan kohesi.

9

S. Karthiyani (1994) pula mengkaji laras undang-undang dan kehakiman dengan menggunakan keempat-empat jenis tulisan undang-undang dan kehakiman, iaitu perjanjian, makalah undang-undang, laporan penghakiman, dan undang-undang seperti akta, ordinan dan enakmen dan perundangan subsidiari. Beliau menggunakan kaedah elektik dalam kajian dengan memberi tumpuan kajian kepada perbendaharaan kata, ayat dan kohesi. Daripada kajian yang dijalankan beliau merumuskan Bidang undang-undang dan kehakiman memiliki larasnya tersendiri. Kebanyakan Istilah yang digunakan terdiri daripada istilah bahasa Melayu, istilah pinjaman atau separa pinjaman. Dari segi

sintaksis, ternyata laras undang-undang dan kehakiman mempunyai ciri-ciri sintaksis standard dan khusus. Beliau juga menemukan ayat majmuk campuran dan unsur keterangan lebih kerap digunakan. Kajian laras undang-undang juga pernah dilakukan oleh Midiyana Mohamad (2008) yang melihat pengaruh terjemahan dalam laras bahasa undang-undang dengan tumpuan diberikan kepada surat perjanjian jual beli tanah. Kajian tersebut mengkaji unsur-unsur laras melalui aspek leksikal dan tatabahasa. Oleh sebab perjanjian banyak dipengaruhi oleh tradisi penulisan bahasa Inggeris, maka ditemui banyak istilah khusus dalam kajian tersebut yang diterjemahkan secara langsung. Begitu juga bagi ayat yang dibina. Dengan demikian, beliau merumuskan bahawa laras bahasa undang-undang banyak dipengaruhi oleh penterjemahan bahasa Inggeris. 2.3 Kajian Laras Bahasa dalam Akhbar Di Malaysia kajian laras dalam akhbar pernah disentuh oleh beberapa pengkaji. Antaranya Asmah Haji Omar (1987) pernah mengkaji bahasa laporan akhbar menggunakan pendekatan tersendiri, iaitu melihat bahasa laporan kepada dua bahagian, iaitu bahasa tubuh laporan berita dan bahasa tajuk berita. Bagi bahasa tubuh laporan berita, beliau menemui cakap ajuk lebih banyak digunakan dalam laporan berita Pada masa yang sama beliau juga menemukan ada wujud kesalahan bahasa dalam

10

laporan berita kerana ucapan yang dikeluarkan oleh sumber secara serta-merta, khususnya kesalahan nahu dan pemilihan kata-kata. Sumber laporan dan tanda baca juga dibincangkan dalam kajian ini selain daripada ungkapan-ungkapan khusus dalam laporan akhbar serta jenis ayat, klausa waktu dan proniminalisasi. Dari segi bahasa tajuk berita, beliau melihat retorik tajuk berita dan nahu tajuk berita. Dengan demikian, beliau merumuskan bahawa bahasa laporan berita mempunyai gaya yang tersendiri sama ada dari segi bahasa atau retorik. Selain itu, kajian yang menggunakan akhbar secara atas talian sebagai korpus kajian juga pernah dibuat oleh Mohd Zulhisyam (2009). Kajiannya telah menggunakan pendekatan Leech & Short (1981) bagi mengkaji perbendaharaan kata dan morfologi bahasa arab dalam laras bahasa sukan bola sepak dan tenis dalam laman web Arab aljazeera.net. Sama seperti kajian-kajian yang lain, beliau juga menemukan istilah-istilah khusus dalam laman web tersebut yang terdiri daripada 360 istilah kata nama dan 121 istilah kata kerja bagi sukan bola sepak, manakala bagi sukan tenis 272 kata nama dan 40 kata kerja. Daripada kedua-dua golongan ini dilihat, kata nama lebih kerap digunakan dalam ayat. Wong Nai Kun (2003) juga ada menjalankan kajian laras bahasa dalam akhbar. Walau bagaimanapun, kajiannya memfokuskan laras ekonomi yang terdapat dalam akhbar Melayu dengan melihat aspek leksikal dengan melihat kekerapan

penggunaannya berbanding istilah lain. Berbeza dengan Ahn Young Ho (2004) yang menganalisis tajuk-tajuk berita harian tahun 1996-1997. Daripada kajian yang dijalankan beliau telah menjelaskan bahawa laporan berita merupakan manifestasi sosial dan perlakuan sosial. Kajian tersebut juga menghuraikan kelainan bahasa tulisan yang khas kerana tajuk berita sendiri sudah ditetapkan pola-pola bahasanya.

11

2.4 Kesimpulan Tulisan pojok merupakan satu penulisan dalam laras bahasa kolumnis. Daripada kajiankajian lepas memperlihatkan masih kurang pengkaji menggunakan tulisan pojok sebagai bahan kajian. Namun, kajian laras bahasa dengan mengambil akhbar sebagai korpus kajian sudah banyak dilakukan. Penelitiannya lebih bersifat laras khusus kerana memperkatakan bidang ilmu seperti ekonomi dan sukan. Hanya kajian Asmah Haji Omar (1987) sahaja yang melihat laras umum yang mengkaji laporan akhbar. Oleh itu perlu diperbanyakkan lagi kajian laras bahasa agar pengungkapan ilmu yang ada di dunia. Dengan demikian, masyarakat lebih memahami laras dan tahu menggunakan bahasa mengikut situasi atau bidang.

12

BAB 3: METODOLOGI KAJIAN 3.1 Bahan Kajian

Kajian ini meneliti ciri-ciri tulisan pojok Biar Putih Tulang yang ditulis oleh Kunta Kinte/ A. Kadir Jasin yang diterbitkan oleh Universiti Malaya. Sebanyak 3 teks dipilih secara rawak yang mewakili sampel kajian, iaitu: Bil. 1. 2. 3. Tajuk Artikel Antara demokrasi dan prut tidak berisi Perihal gagak pandai bermuka-muka Syaratkan pekerja asing belajar bahasa Melayu Tarikh Diterbitkan 14 November 1988 29 Januari 1990 13 Julai 1992

3.2 Kaedah Kajian Kaedah kajian penting untuk mendapatkan data. Kajian ini menggunakan dua kaedah, iaitu kedah kepustakaan dan kaedah analisis linguistik. 3.2.1 Kaedah Kepustakaan Pengkaji telah mencari maklumat daripada beberapa buah perpustakaan. Antaranya Universiti Malaya; Perpustakaan Utama, Perpustakaan Peringatan Zaba, Perpustakaan Akademi Pengajian Melayu; Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Perpustakaan Hamzah Sendut 1, Universiti Sains Malaysia. Pelbagai bahan dirujuk seperti artikel daripada majalah, jurnal, buku, prosiding dan tesis sebagai data sekunder. 3.2.2 Kaedah Analisis Linguistik Kaedah ini bersifat deskriptif dan akan menggunakan kaedah analisis linguistik untuk mengkaji laras tulisan pojok yang ditulis oleh Kunta Kinte dalam ruangan Biar Putih 13

Tulang yang dimuatkan dalam Berita Harian. Kaedah ini sangat sesuai dan sering digunakan dalam penyelidikan laras bahasa. 3.3 Pendekatan Laras Terdapat beberapa jenis pendekatan yang telah digunakan dalam pengkajian laras bahasa, iaitu Pendekatan Halliday et al. (1964), Pendekatan Ure dan Ellis (1977) dan Pendekatan Leech & Short (1981). 3.3.1 Pendekatan Halliday et al. (1964) Halliday et al. mengemukakan tiga dimensi utama bagi mengklasifikasikan bahasa berdasarkan peranan berbahasa dan sebahagiannya pula dimainkan oleh bahasa di dalamnya. Tiga dimensi tersebut ialah: i. ii. iii. Tajuk wacana (field of discourse) Cara penyampaian (mode of discourse) Gaya wacana ( style of discourse)

Tajuk wacana merujuk kepada dua aspek, iaitu keadaan yang melibatkan aktiviti berbahasa. Bagi aspek kedua pula merujuk kepada sebahagian daripada perlakuan atau peristiwa yang melibatkan penggunaan bahasa. Media atau saluran yang digunakan untuk menyampaikan aktiviti berbahasa merujuk kepada dimensi kedua, iaitu cara penyampaian. Dimensi ini berupaya menghubungkan peranan aktiviti berbahasa dalam sesuatu situasi, sama ada disampaikan dalam bentuk lisan atau tulisan. Cara penyampaian ini akan berubah mengikut situasi. Bagi gaya penyampaian, hubungan antara penutur dalam perlakuan bahasa dilihat. Biasanya gaya penyampaian wacana ini bersifat kolokial dan bersantun. Sifat

14

kolokial dan bersantun ini walau bagaimanapun aspek penjenisan laras. 3.3.2 Pendekatan Ure dan Ellis (1977)

tidak dinyatakan dengan jelas dari

Ure dan Ellis melihat kepentingan peristiwa bahasa sebagai fokus dalam kajian laras bahasa kerana beranggapan bahasa digunakan berdasarkan satu situasi sosial. Sehubungan itu, mereka telah membahagikan laras bahasa kepada dua, iaitu ciri-ciri keperihalan dan ciri-ciri linguistik. Ciri-ciri keperihalan boleh dilihat dari dua aspek, iaitu situasi luaran dan situasi persekitaran. Situasi luaran ialah latar belakang sosial dan budaya sesebuah masyarakat, manakala situasi persekitaran melibatkan aspek-aspek langsung dalam penggunaan bahasa yang merangkumi empat aspek, iaitu cara penyampaian, hubungan sosial dan peribadi, bahan yang diperkatakan dan fungsi sosial perlakuan bahasa. Ciri-ciri linguistik pula ada tiga aspek penting, iaitu kosa kata, ayat dan ketenunan. Secara rumusannya, pendekatan Ure dan Ellis (1977) boleh digambarkan seperti rajah berikut:

LARAS

ciri-ciri keperihalan

ciri-ciri lingusitik

situasi luaran

situasi persekitaran

- Aspek kosa kata - Aspek ayat

- Cara penyampaian - Hubungan sosial & peribadi - Bahan yang diperkatakan - Fungsi sosial perlakuan bahasa

15

3.3.3 Pendekatan Leech dan Short (1981) Leech dan Short menggunakan empat kategori utama untuk menganalisis gaya laras teks fiksyen. Kajian tersebut telah memasukkan aspek semantik dan leksikal bagi mengetahui bagaimana kata-kata melibatkan pelbagai maksud dipilih. Empat kategori tersebut ialah: i. ii. iii. iv. Leksikal Tatabahasa Keindahan Konteks dan tautan

Aspek leksikal merujuk kepada kata-kata dan penggolongan kata yang digunakan dalam sesuatu bidang. Aspek ini melihat pemilihan kata-kata yang membawa pelbagai maksud, penggunaan bentuk kata formal dan tidak formal, kata-kata khusus dan umum, unsur dialek dan kata asing. Aspek tatabahasa pula menyentuh tentang sintaksis yang di dalamnya terangkum jenis-jenis ayat, struktur ayat, penggunaan frasa serta pola-pola ayat dalam teks yang dianalisis. Sementara itu, keindahan bahasa dikaitkan dengan penggunaan sesuatu bahasa yang dapat menghasilkan keindahan dalam wacana. Aspek ini merangkumi unsur-unsur bahasa seperti metafora, simile, personifikasi dan sebagainya. Bagi aspek tautan perhubungan antara teks yang dihubungkan antara dengan yang lain dikaji. Konteks pula melihat hubungan antara luaran teks atau sebahagian teks. Hubungan ini dilihat kerana mereka beranggapan bahawa wujud hubungan sosial antara penutur, iaitu antara pengarang dengan pembaca, watak dengan watak lain dan maklumat tentang pengetahuan yang dikongsi bersama oleh para penutur.

16

3.4 Penganalisisan Data Setelah memahami ketiga-tiga pendekatan yang dikemukakan, didapati pendekatan Ure dan Ellis (1977) yang paling sesuai kerana kajian ini perlu dikaji dari aspek ciri-ciri keperihalan serta aspek kosa kata, ayat, iaitu ciri-ciri linguistik di dalamnya. Data yang dipungut akan dianalisis menggunakan secara manual. Ciri-ciri laras dari segi keperihalan dan linguistik akan dikenal pasti dalam teks yang dikaji. Dari segi keperihalan, data dianalisis berdasarkan situasi luaran dan situasi persekitaran. Dari situasi persekitaran, hanya aspek cara penyampaian, hubungan peribadi dan sosial dan bahan yang diperkatakan yang akan dikaji, manakala dari aspek linguistik data dikaji dari dua aspek sahaja, iaitu aspek kosa kata dan aspek ayat. Hal ini bermaksud fungsi sosial perlakuan bahasa dan aspek ketenunan tidak akan dianalisis dalam kajian ini. 3.5 Kesimpulan Metodologi kajian penting untuk memastikan data dapat ditentukan dan dianalisis secara sistematik. Kajian ini menghuraikan metodologi kajian kepada tiga bahagian, iaitu bahan kajian, kaedah kajian, pendekatan kajian dan penganalisisan kajian. Bagi pendekatan kajian, telah dibincangkan tiga pendekatan yang popular dan sering digunakan dalam kajian laras, iaitu pendekatan Halliday et.al (1964), pendekatan Ure dan Ellis (1977) dan pendekatan Leech dan Short (1981). Dengan memahami pendekatan yang ada dalam laras, maka penelitian terhadap korpus kajian lebih menarik dan sempurna.

17

BAB 4: ANALISIS DAN PERBINCANGAN Dalam bahagian ini dibincangkan ciri-ciri laras berdasarkan pendekatan Ure dan Ellis (1977). Bagi Ure dan Ellis (1977), sesebuah teks boleh dilihat melalui ciri-ciri keperihalan dan ciri-ciri linguistik. Ciri keperihalan terdiri daripada situasi luaran dan situasi persekitaran. Situasi persekitaran dilihat dari empat aspek, iaitu cara penyampaian, hubungan sosial dan peribadi, bahan yang diperkatakan serta fungsi sosial perlakuan manusia. Dari segi ciri-ciri linguistik pula ditandai dengan tiga aspek, iaitu aspek kosa kata, aspek ayat dan ketenunan. Walau bagaimanapun, aspek fungsi perlakuan manusia dan ketenunan tidak akan dibincangkan dalam kajian ini. 4.1 Ciri-ciri Keperihalan

Ure dan Ellis (1977) menyatakan ciri-ciri keperihalan ialah ciri-ciri luaran teks yang terdapat dalam satu peristiwa bahasa. Ia dilihat dari aspek situasi luaran dan situasi persekitaran. Kedua-dua aspek ini mempunyai kaitan dengan masyarakat dan zaman teks tersebut dihasilkan. 4.1.1 Situasi Luaran

Situasi luaran membawa maksud latar belakang sosial suatu budaya dalam sesebuah masyarakat. Keseluruhan bahasa yang dipamerkan mempamerkan struktur sosial dan keseluruhan cara hidup yang menentukan perlakuan anggota masyarakatnya. Berdasarkan situasi ini, individu yang menghasilkan tulisan pojok dalam korpus kajian dilihat mempunyai kebebasan bersuara dalam menyampaikan rasa hati melalui penulisannya. Daripada 3 buah teks yang dikaji, ternyata penulisan beliau bersifat terbuka. Hal ini disesuaikan dengan kebebasan kolumnis untuk menulis, mengkritik, menegur, menghebahkan sesuatu perkara, dan melontarkan idea kepada masyarakat umum. Keadaan ini bersesuaian dengan jawatan yang dipegang oleh individu terbabit, iaitu Datuk A. Kadir Jasin sebagai Ketua Pengarang Kumpulan The News Straits Times 18

Press. Walau bagaimanapun tulisan pojok Kunta Kinta menggunakan kebebasan ini dengan berlandaskan fakta. Hal ini dapat dibuktikan melalui contoh-contoh berikut: a) Britain lebih lama amal demokrasi daripada kita. Tapi di merata stesen kereta api bawah tanah di London, manusia melarat, kaki botol dan sampah masyarakat menumpang teduh daripada angin dingin dan sejuk. (halaman 3&4)

b) Satu dunia belasah dan caci Lee Kuan Yew kerana ketegasannya. Tapi dia tak peduli. Kesudahannya dia berjaya ubah Singapura daripada kerajaan yang huru-hara, negara yang diperas ugut oleh kesatuan sekerja militan, dan politik yang diserapi komunis menjadi negara contoh di kalangan negara perindustrian baru. (halaman 4)

c) Bila jumpa pekerja restoran dari India, kita pun cakap Melayu macam orang dari India juga, semua terbalik. Mari sini jadi sini mari, cepat sikit jadi sikit cepat, pedas sikit jadi sikit pedas. Akhirnya bahasa Melayu jadi bahasa pasar. (halaman 143) Dari pada contoh-contoh yang dikemukakan dapat dilihat sikap keterbukaan kolumnis dalam menyuarakan isi hati kepada masyarakat. Walau bagaimanapun, penulisan tersebut masih berlandaskan fakta. Contohnya a) dengan jelas memerihalkan keadaan di kota London yang masih banyak golongan gelandangan. Malahan, golongan ini masih wujud sehingga sekarang. Begitu juga dengan contoh b) yang melihat ketegasan Lee Kuan Yew dalam mentadbir dan membentuk negara ke arah negara 19

perindustrian baharu sehingga dijadikan negara contoh. Malahan, sehingga kini Singapura merupakan sebuah negara yang kukuh dari segi ekonominya. Dalam contoh c) pula kolumnis melahirkan isi hati tentang penggunaan bahasa pasar dalam kalangan masyarakat, khususnya orang Melayu itu sendiri. Situasi yang digambarkan tersebut masih terus wujud sehingga sekarang dan semakin berleluasa penggunaannya. Melalui contoh-contoh (a-c), maka dengan ini dapat dilihat bahawa tulisan pojok dihasilkan oleh masyarakat yang terbuka. Kunta Kinte telah menggunakan kelebihannya sebagai Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times Press untuk mendekati masyarakat dengan cara tersendiri. 4.1.2 Situasi Persekitaran

Tiga perkara yang akan dibincangkan di sini meliputi cara penyampaian, hubungan sosial/ peribadi dan bahan yang diperkatakan. 4.1.2.1 Cara Penyampaian Cara penyampaian merupakan jenis bahasa yang digunakan. Dalam tulisan pojok Kunta Kinte bentuk penyampaian yang digunakan ialah tulisan. Daripada penulisan yang dibuat, terangkum pelbagai gaya penulisan. Daripada kajian yang dijalankan ke atas 3 buah teks ditemui penulisan dibuat dalam bentuk naratif dan argumentasi. Gaya penulisan naratif kerap digunakan dalam tulisan pojok kolumnis. Gaya ini dipilih kerana lebih mudah difahami. Selain itu sudah lumrah manusia yang suka akan penyampaian maklumat dalam bentuk cerita. Secara umumnya, gaya naratif memang lazim digunakan dalam laporan berita. Hal ini dapat dibuktikan seperti berikut: a) Hari ini kita cakap sikit fasal demokrasi dan ekonomi. Bukan fasal apa, tapi semata-mata supaya dalam kita mabuk politik ni, kita tidak lupa kepada ekonomi. Dulu

20

member kita yang belasah Dr. Mahathir guna banyak isu ekonomi. Maklumlah, masa itu ekonomi kita tengah teruk. Sepatutnya bila ekonomi teruk, kita janganlah pijak sampai ranap ke bumi. Tapi itulah yang mereka buat. Semua tak betul. Mereka belasah fasal buat Jambatan Pulau Pinang, fasal projek kereta nasional, fasal lebuh raya. Mereka bukanlah originator isu itu. Yang mula-mula bangkit hal ini ialah DAP, Pas dan Aliran dalam pilihan raya umum 1986. Mereka pangku saja kerana nak jatuhkan Dr. Mahathir. Mereka tak peduli ekonomi hancur, rakyat menganggur asal Dr. Mahathir dan member-member dia jatuh. (Perenggan 1, halaman 3)

b) Suatu hari, sedang ia terbang rendah, Si Gagak ternampak pahlawan yang mengalahkan tuannya. Si Gagak berlegarlegar di udara meninjau tingkah laku pahlawan itu. Sekaliskala ia berteriak dengan nada suara sayu. Gagak pandai menukar suara. Adakala garang, adakala lembut. Teriakan lembutnya didengar oleh pahlawan. Dia mendongak melihat Si Gagak. Lama Si Gagak berlegar di udara mengikut perjalanan pahlawan. Semakin lama semakin dekat dia menghampiri pahlawan. Akhirnya dia

memberanikan diri hinggap di dahan rendah di hadapan pahlawan. (perenggan 5, halaman 244)

21

Penggunaan gaya argumentasi dapat dilhat seperti berikut: a) Kita jangan asyik cakap fasal demokrasi saja. Demokrasi penting. Tapi perut yang kenyang, badan yang sihat, pakaian yang sempurna, dan bumbung di atas kepala lebih penting. India cukup kuat demokrasinya. Tapi ramai rakyat tidur atas jalan. Di Amerika pun macam itu juga. Tapi orang Negro terus dicaci dan dipanggil nigger, panggilan ketika mereka jadi hamba abdi, terus duduk di kawasan sesak atau ghetto. Britain lebih lama amal demokrasi daripada kita. Tapi di merata stesen kereta api bawah tanah di London, manusia melarat, kaki botol dan sampah

masyarakat menumpang teduh daripada angin dingin musim sejuk. Di sana semua orang bebas maki hamun sesama sendiri. Perdana Menteri pun boleh dicaci cerca. Keputusan hakim di dalam mahkamah dipertikai. Di sana ada hakim yang pemabuk dan yang rasuah. Tapi bila kita nak disiplinkan sikit kehakiman kita supaya tak jadi macam Amerika atau Britain, kita kena belasah. (perenggan 3, halaman 3&4)

b) Daripada kecil hati atau marah orang belajar atau guna bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain, Kunta Kinte rasa lebih baik kita cari jalan galak orang lain pula belajar dan guna bahasa kita. Dengan jalan ini lebih ramai orang Melayu akan tahu, dan kalau mereka mahu mereka boleh guna bahasa Melayu. (perenggan 2, halaman 141) 22

4.1.2.2 Hubungan Sosial dan Peribadi Ure dan Ellis (1977) melihat dua aspek yang berlainan dalam memperkatakan hal ini, iaitu hubungan sosial dan hubungan peribadi. Aspek pertama yang dilihat ialah hubungan peribadi. Dalam teks dikaji unsur yang bersifat peribadi ada ditemui. Hal ini dikatakan demikian kerana, kolumnis menyampaikan pendapatnya kepada khalayak pembaca. Pendapat ini disampaikan menggunakan gaya penyampaian tersendiri hasil daripada pemerhatian atau

pengalamannya. Maka, di sini terpancar sifat peribadi penulis dalam memperkatakan sesuatu isu kemasyarakatan tersebut. Perihal kedua pula merujuk kepada unsur sosial. Walaupun tergambar unsur peribadi dalam tulisan pojok ini, namun masih wujud hubungan sosial antara kolumnis dan pembaca kerana penulis acap kali mendapat maklum balas sama ada positif atau negatif dari pembaca. Di sinilah dapat dilihat ramai yang mengikuti penulisan Kunta Kinte sama ada mereka menyokong atau menolak tulisan tersebut. Ada antara pembaca yang menghantar surat tanda memprotes tulisan Kunta Kinte. Maka, kita dapat lihat wujud hubungan sosial tersebut. Selain itu, penggunaan frasa kita juga menggambarkan hubungan sosial antara penulis dan pembaca. Hubungan yang terbina ini bukan satu hubungan bersifat formal. 4.1.2.3 Bahan yang Diperkatakan Kebanyakan hal yang diperkatakan ialah isu-isu semasa yang hangat diperkatakan pada masa tersebut. Misalnya teks 1 membicarakan tentang ketegasan dalam kepimpinan Perdana Menteri pada masa tersebut, iaitu Dr, Mahathir. Dalam penulisan Kunta Kinte, beliau mengaitkan pelbagai masalah politik yang melibatkan parti lawan dalam usaha untuk menjatuhkan Dr. Mahathir Mohamad. Isu ini dibincangkan selaras dengan keadaan pada masa tersebut, iaitu Krisis Perlembagaan Malaysia 1988.

23

Dalam teks 2 pula Kunta Kinte menggunakan anekdot dalam tulisan pojoknya apabila mewujudkan watak gagak. Watak ini diwujudkan sebagai analogi kepada situasi yang berlaku dalam masyarakat yang bermuka-muka bagi mendapatkan kesenangan hidup, manakala dalam teks 3 yang dikaji beliau membangkitkan masalah bahasa pasar. Fokus diberikan kepada ketidakfasihan atau ketidakbolehan pekerja asing yang bekerja di Malaysia bertutur dalam bahasa Melayu. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa tulisan pojok ini tidak membincangkan satu bidang sahaja. Pelbagai bidang atau hal dirangkumkan dan diolah atas pandangan dan pengamatan penulisan yang diselaraskan dengan isu-isu yang hangat pada masa tersebut. 4.2 Ciri-Ciri Linguistik

Ciri-ciri linguistik merujuk kepada aspek kosa kata, ayat dan ketenunan. Walau bagaimanapun, aspek ketenunan tidak dikaji dalam tulisan pojok ini. 4.2.1 Aspek Kosa Kata

4.2.1.1 Tiada istilah khusus kerana bersifat umum. Daripada ketiga-tiga teks yang dianalisis, ternyata tulisan pojok tidak mempunyai istilah khusus. Hal ini sesuai dengan kenyataan Asmah Haji Omar (1987) yang menyatakan bahawa bahasa lidah pengarang tidak mengkhusus kerana bergantung pada topik atau tajuk yang dibincangkan. Pada masa yang sama, laras ini bukanlah didaktik. Hal ini dapat dilihat dari contoh tersebut. a) Kunta Kinte dengar, ada pejuang bahasa yang terkilan fasal kerajaan galak orang kita perbaik penguasaan bahasa Inggeris. Kunta Kinte pun terkilan juga. Bukan fasal kerajaan mahu orang kita fasih bahasa Inggeris,

24

tapi fasal sesetengah pejuang bahasa kita lebih banyak guna bahasa Inggeris daripada bahasa Melayu. (perenggan 1, halaman 141)

4.2.1.2. Bahasa Melayu bercampur dengan bahasa Inggeris Dalam tulisan pojok ini ditemui percampuran bahasa antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, percampuran bahasa ini bukanlah bersifat dominan dalam penulisan tersebut. Perkara ini hanya ditemui dalam teks 1 yang dikaji sahaja. Antara contoh percampuran bahasa tersebut adalah seperti berikut: a) b) Mereka bukanlah originator isu itu. Tapi orang Negro terus dicaci dan dipanggil nigger, panggilan ketika mereka jadi hamba abdi, terus duduk di kawasan sesak atau ghetto. c) Bagi bleeding heart liberals macam Datuk Musa, Chandra Muzaffar dan like-minded people seperti mereka, demokrasi memang baik, memang okay. d) Ramai daripada mereka dilahirkan dengan silver spoon anak doktor, anak peguam, anak orang istana, anak pegawai tinggi negeri 4.2.1.3. Pelenyapan imbuhan Media massa mempunyai beberapa kendala dalam penulisan. Paling utama ialah kendala ruang. Maka, wujud unsur pelenyapan imbuhan dalam tulisan ini. Apabila dilenyapkan imbuhan tersebut, maka fungsi bahasa tersebut juga ada yang berubah. Berikut diberikan beberapa contoh pelenyapan imbuhan dalam teks yang dikaji. a) Teks 1 i. Hari ini kita cakap sikit fasal demokrasi dan ekonomi.

25

ii. iii. iv. v. b) Teks 3 vi.

yang menganggur mula dapat kerja Kita jangan asyik cakap fasal demokrasi saja. Masa nak jatuhkan Tunku Abdul Rahman panggilan ketika mereka jadi hamba abdi

sesetengah pejuang bahasa kita lebih banyak guna bahasa Inggeris daripada bahasa Melayu.

vii.

Mereka hantar anak anak mengaji di sekolah rendah dan swasta yang utamakan bahasa Inggeris.

viii.

Ini sudah sampai peringkat hina negara kita.

4.2.1.4. Menggunakan kependekan Memandangkan kendala ruang menjadi salah satu perkara yang ditekankan dalam penulisan dalam media massa, maka kolumnis telah menggunakan unsur-unsur kependekan. Yang banyak digunakan dalam tulisan ini ialah perkataan tidak yang dipendekkan kepada tak dan nak bagi kependekan hendak. Hal ini boleh dilihat berdasarkan contoh berikut: a) teks 1 i. ii. iii. iv. v. vi. Semua tak betul. Mereka pangku saja kerana nak jatuhkan Dr. Mahathir. Mereka tak peduli ekonomi hancur Ekonomi tak boleh dijadikan peluru lagi. Masa nak jatuhkan Tunku Abdul Rahman dulu Tapi bila kita nak disiplinkan sikit kehakiman kita supaya tak jadi macam di Amerika atau Britain vii. Kunta Kinte pun setuju kalau kita tak buat kerja lain

26

b) teks 3 i. ii. sampai bila pun tak ramai orang fasih berbahasa Melayu Hanya Malaysia, Indonesia dan Brunei saja penduduknya tak sampai 200 juta. iii. Itu pun Kunta Kinte rasa kita di Malaysia saja yang kadang-kadang macam hidung tak mancung pipi tersorong-sorong nak jadikan bahasa Melayu bahasa rantau ini. iv. v. Jadi suka tak suka Tapi sekarang Kunta Kinte tak sentuh lagi akhbar bahasa Indonesia

4.2.1.5. Menggunakan bahasa perbualan Penulisan Kunta Kinte dilihat bersifat santai dan bersahaja. Kebanyakan bahasa yang digunakan mudah difahami. Hal ini merupakan ciri tersendiri yang ada dalam tulisan pojoknya. Memandangkan penulisan ini bersifat santai, maka banyak ditemui penggunaan bahasa perbualan seperti tapi, member, saja, dulu, sikit, ni dan tu. Berikut diberikan contoh-contohnya: a) Teks 1 i. ii. Hari ini kita cakap sikit fasal demokrasi dan ekonomi. Bukan fasal apa, tapi semata-mata supaya dalam kita mabuk politik ni iii. Dulu member kita yang belasah Dr. Mahathir guna banyak isu ekonomi. iv. v. vi. b) Teks 2 Tapi itulah yang mereka buat. Mereka pangku saja kerana nak jatuhkan Dr. Mahathir Apa bendanya budaya politik Melayu tu member?

27

i.

Mereka hairan kerana satu masa dulu pendeta-pendeta yang bertapa di puncak gunung memberi nasihat jangan berkawan dengan Si Gagak.

c) Teks 3 i. Bukan fasal kerajaan mahu orang kita fasih bahasa Inggeris, tapi fasal sesetengah pejuang bahasa kita ini lebih banyak guna bahasa Inggeris daripada bahasa Melayu. ii. iii. Kalau kita harap orang kita saja guna bahasa Melayu Hanya Malaysia, Indonesia dan Brunei saja penduduknya tak sampai 200 juta.

4.2.1.6. Kesalahan kata sendi Kata sendi ialah perkataan yang hadir di hadapan frasa nama. Dalam tulisan pojok ini didapati ada kesalahan penggunaan kata sendi. Yang pertama kesalahan kata sendi oleh yang dihadirkan dengan kerana. Walhal perkataan oleh dan kerana itu

masing-masing tergolong dalam golongan kata sendi. Sepatutnya oleh hadir dengan kata sebab kerana sebab itu merupakan kata nama. Begitu juga denga penggunaan kata sendi apabila yang dipendekkan menjadi bila. Walhal, perkataan bila dan apabila bukan dalam golongan yang sama dan tidak boleh dipendekkan. Perkataan apabila itu merupakan kata sendi yang digunakan untuk merujuk kepada waktu, manakala bila itu kata tanya. Contoh penggunaan kata oleh kerana dan bila dapat dilihat daripada beberapa contoh berikut: a) Tetapi oleh kerana kita sudah cerita fasal kuda, maka minggu ini kita cerita fasal haiwan lain pula. (halaman 243) b) Kunta Kinte memang seronok baca akhbar Indonesia bila sekalisekala ke Jakarta. (halaman 141) 28

c)

asyik gunakan bahasa asing bila bercakap atau menulis bahasa Melayu. (halaman 142)

d) e) f)

Sepatutnya bila ekonomi teruk (halaman 3) Bila kita buat syarat macam ini (halaman 142) Kunta Kinte naik pening bila pergi ke kedai kopi (halaman 142)

4.2.1.7. Pemilihan diksi kurang tepat Pemilihan diksi amat penting dalam pengungkapan idea. Ada kalanya pemilihan perkataan yang tidak tepat membawa kepada penafsiran yang berbeza. Dalam tulisan pojok ini ditemui beberapa kesalahan pemilihan diksi. Antaranya: a) Dulu member kita yang belasah Dr. Mahathir guna banyak isu ekonomi. (halaman 3) b) Kini Kunta Kinte tak sentuh lagi akhbar bahasa Indonesia sebab lebih banyak bahasa Jawa daripada bahasa Indonesia. (halaman 141) c) Kita minta sambal bilis, dia bagi dalca. Daripada tiga contoh yang diberikan, perkataan belasah, sentuh dan minta tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut. Contohnya, apabila penulis menggunakan perkataan belasah, pembaca akan membayangkan perbuatan memukul. Begitu juga dengan contoh kedua. Perkataan sentuh tidak membawa maksud membaca, walhal penulis ingin menyatakan bahawa dia tidak lagi membaca akhbar Indonesia. Bagi contoh ketiga, perkataan minta dianggap tidak sesuai kerana perkataan itu lebih kepada penggunaan bahasa basahan apabila membuat pesanan makanan. Sehubungan itu, perkataan memesan lebih sesuai digunakan kerana perkataan memesan membawa maksud meminta dibuatkan atau dibawakan sesuatu.

29

4.2.1.8. Partikel pun banyak digunakan Partikel lazimnya digunakan untuk memberi penekanan dalam sesuatu ayat. Berdasarkan teks tulisan pojok, Kunta Kinte banyak menggunakan kata partikel dalam penulisannya sama ada untuk memberi penegasan pada frasa nama sebagai subjek atau bahagiannya atau frasa predikat bahagiannya. Contohnya dalam dilihat seperti berikut: a) Di Amerika pun macam itu juga. (halaman 3) b) Perdana Menteri pun boleh dicaci cerca. (halaman 4) c) Mereka pun bijak dan arif juga. (halaman 4) d) Maka mereka pun dipanah dan dibedil. (halaman 243) e) Aku pun tidak senang menerima rakyat biasa sebagai tuan (halaman 243) f) Si Gagak pun terbang jauh ke seberang lautan (halaman 244)

g) Si Gagak pun membuka cerita (halaman 244) h) Maka Si tiong dan Si Kuda pun amatlah sugul (halaman 244) i) j) Kunta Kinte pun terkilan juga. (halaman 141) Kalau kita harap orang kita saja guna bahasa Melayu, sampai bila pun tak ramai orang fasih bahasa Melayu (halaman 141) k) Itu pun Kunta Kinte rasa kita di Malaysia saja yang kadang-kadang macam hidung tak mancung pipi tersorong-sorong (halaman 141) l) Tapi waktu itu Kunta Kinte memang seronok baca akhbar bahasa Indonesia, sebab kita pun biasa dengan bahasa itu (halaman 141) 4.2.2 Aspek Ayat 4.2.2.1 Ayat klasik dan moden bebas digunakan Umumnya, tulisan pojok tidak terikat dengan gaya penulisan. Maka, Kunta Kinte telah memvariasikan penulisannya dengan menggunakan bahasa Melayu klasik dan moden.

30

Penggunaan bahasa Melayu klasik dapat dilihat dalam teks 2, iaitu anekdot yang mengupas isu kaki ampu atau orang yang bermuka-muka dalam artikel Perihal Gagak Pandai Bermuka-muka. Walaupun teks ini menggunakan bahasa klasik, namun ada juga perenggannya menggunakan bahasa Melayu moden. a) Sempena menyambut Tahun Baru Cina, Tahun Kuda, Sabtu lalu, Kunta Kinte rasa belum terlalu lewat

mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada semua pembaca berketurunan Cina. Moga-moga Tahun Kuda membawa kemakmuran kepada semua. Tetapi oleh sebab kita sudah cerita fasal kuad, maka minggu ini kita cerita fasal haiwan lain pula. Alkisahnya, maka diceritakanlah oleh orang dahulu kala akan cerita seekor gagak yang pandai tipu helah. Gagak bukan sebarang gagak, gagak jinak makan di tangan. Tangan bukan sebarang tangan, tangan pahlawan berdarah raja. Si Gagak terbang melayanglayang menghidu udara segar dan makanan enak. Anak raja pula hidup senang-lenang, ada nama, ada harta, ada kuasa. Biar suara tidak lunak, Si Gagak gagah juga berlagu dan menyanyi memuji, memuja keagungan anak raja. Semakin senanglah hidupnya dengan makanan terhidang. (perenggan 1, halaman 243)

4.2.2.2 Penggunaan ayat tunggal Apabila tulisan dalam media massa menekankan konsep ringkas, padat dan jelas, maka sudah pasti ayat yang digunakan tidak terlalu rencam. Penggunaan ayat tunggal ini

31

banyak digunakan dalam penulisan teks 1 yang ditulis pada tahun 1988. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna teks 2 dan 3 tidak mempunyai ayat tunggal. Penggunaan ayat tunggal dalam teks 1 boleh dilihat seperti berikut: a) Maklumlah, masa itu ekonomi kita tengah teruk. b) Semua tak betul. c) Apa mereka buat? d) Mereka diam. e) Ekonomi tak boleh jadikan peluru lagi. f) Budaya mana satu?

g) Apa bendanya budaya politik tu member? h) Kita jangan asyik cakap fasal demokrasi saja. i) j) Demokrasi penting. India cukup kuat demokrasinya.

k) Presiden Suharto kurangkan kebebasan. 4.2.2.3 Memulakan ayat dengan kata hubung kata hubung tetapi/ tapi Kata hubung tetapi/ tapi digunakan dalam ayat untuk menyatakan fakta yang bertentangan. Apabila digunakan untuk menggambungkan ayat, maka kata hubung ini sepatutnya hadir di tengah-tengah ayat. Walau bagaimanapun, dalam tulisan pojok ditemui penggunaan kata hubung tetapi/ tapi di awal ayat seperti berikut: a) Tapi itulah yang mereka buat (halaman 3) b) Tapi orang Negro terus dicaci (halaman 3) c) Tapi di merata stesen kereta api bawah tanah (halaman 3) d) Tapi bila kita nak disiplinkan sikit kehakiman kita (halaman 4) e) Tapi dia tak peduli. (halaman 4) f) Tetapi dalam masa kurang 10 tahun dia berjaya (halaman 4)

g) Tapi bila kerajaan kritik atau bertindak (halaman 5) 32

h) Tetapi oleh kerana kita sudah cerita fasal kuda (halaman 243) i) j) Tetapi mereka pintar (halaman 244) Tapi waktu itu Kunta Kinte memang seronok baca akhbar bahasa Indonesia (halaman 141) k) Tapi sekarang Kunta Kinte (halaman 141)

4.2.2.4 Pengguguran kata hubung dan dalam ayat majmuk gabungan Lazimnya, bagi ayat yang digabungkan kerana mempunyai kesetaraan subjek atau predikat kata hubung dan yang digunakan secara berulang boleh digugurkan dan menggantikannya dengan tanda baca koma (,). Contohnya dalam ayat a) Mereka belasah fasal buat Jambatan Pulau Pinang, fasal projek kereta nasional, fasal lebuh raya. Pada dasarnya ayat tersebut terdiri daripada tiga ayat, iaitu: i. ii. iii. Mereka belasah fasal buat Jambatan Pulau Pinang. Mereka belasah fasal projek kereta nasional. Mereka belasah fasal lebuh raya.

Ayat-ayat tersebut digabungkan dengan kata hubung dan yang membentuk ayat seperti berikut: iv. Mereka belasah fasal buat Jambatan Pulau Pinang dan fasal projek kereta nasional dan fasal lebuh raya. Kata hubung dan yang berulang boleh dihilangkan, kecuali yang terakhir membentuk ayat berikut: v. Mereka belasah fasal buat Jambatan Pulau Pinang, fasal projek kereta nasional dan fasal lebuh raya.

33

Walau bagaimanapun, dalam tulisan pojok yang dikaji, Kunta Kinta telah menggugurkan kata hubung dan bagi ayat-ayat gabungannya. Hal ini dapat dilihat berdasarkan beberapa contoh yang diberikan: a) Mereka belasah fasal buat Jambatan Pulau Pinang, fasal projek kereta nasional, fasal lebuh raya. (halaman 3) b) Sekarang mereka cakap pula fasal kebebasan, fasal budaya politik Melayu, fasal demokrasi. (halaman 3) c) Ramai daripada mereka dilahirkan dengan silver spoon anak doktor, anak peguam, anak orang istana, anak pegawai tinggi negeri. (halaman 4) d) Mereka anak pesawah, anak pekebun kecil, anak pekedai runcit, anak pelombong timah, anak pekebun sayur, anak penjual kacang goreng, anak peon, anak polis pacak. (halaman 4) e) Hujung bulan kena hantar duit kepada ibu bapa di kampung, di lombong, di pekan kecil. (halaman 4) f) Anak raja pula hidup senang-lenang, ada nama, ada harta, ada kuasa. (halaman 243) 4.3 Kesimpulan Kajian terhadap 3 buah tulisan pojok tulisan Kunta Kinte memperlihatkan ada ciri-ciri tersendiri dalam laras bahasa kolumnis. Ternyata, penerapan pendekatan Ure dan Ellis (1977) telah berjaya menghuraikan keistimewaan tersebut. Ciri-ciri ini boleh dilihat daripada dua ciri, iaitu keperihalan dan linguistik. Paling menyerlah sekali ciri-ciri linguistik yang ada padanya. Oleh sebab tulisan pojok merupakan penulisan umum, santai dan mempunyai gaya penulisan tersendiri, maka tiada jargon yang ditemui bagi mewakili laras bahasa kolumnis ini. Kebanyakan ciri-ciri linguistik hanyalah kesalahankesahan bahasa. namun, itulah keistimewaan yang ada pada penulisan ini.

34

BAB 5: KESIMPULAN Kajian ini merupakan satu percubaan untuk meneliti satu lagi laras bahasa kolumnis. Kajian hanya menumpukan 3 buah tulisan pojok yang ditulis oleh Kunta Kinte dalam akhbar Berita Harian. Ternyata tulisan pojok mempunyai ciri-ciri keistimewaannya tersendiri. Biarpun tulisan pojok satu bentuk penulisan dalam dunia kewartawanan, namun daripada dapatan menunjukkan konsep yang dibawa tidak sama dengan laras bahasa laporan berita atau laras bahasa editorial. Dengan menggunakan pendekatan Ure dan Ellis (1977), aspek laras dilihat dari dua ciri, iaitu ciri-ciri keperihalan dan ciri-ciri linguistik. Dari aspek keperihalan, tulisan pojok bukanlah semata-mata tulisan yang berasaskan emosi tanpa ada fakta tetapi komen atau kritikan terhadap isu-isu kemasyarakatan yang bertunjangkan kepada fakta. Laras bahasa kolumnis ini juga memperlihatkan ada hubungan sosial dan peribadi. Hubungan sosial terbina apabila kolumnis sering mendapat maklum balas yang positif atau negatif daripada pembaca, manakala ulasan dan kritikan yang dibuat itu merujuk kepada hubungan peribadi. Seperti yang dinyatakan tadi, walaupun bersifat peribadi isuisu kemasyarakatan yang dibincangkan dalam tulisan pojok bersandarkan fakta. Laras kolumnis bukanlah laras ilmu tetapi laras biasa yang tidak diwakili istilah khusus. Walaupun tidak mempunyai istilah khusus, banyak aspek yang boleh disentuh dalam tulisan ini terutamanya kesalahan bahasa. Begitu juga dengan aspek ayat. Penggunaan bahasa dalam laras ini tidak mengikut hukum tatabahasa yang betul Sesuai dengan konsep santai, maka bahasa yang digunakan juga santai sehingga ada beberapa istilah Inggeris dalam teks tersebut. Unsur kependekan dan bahasa bahasa turut banyak ditemui. Pada masa yang sama kolumnis gemar melenyapkan imbuhan pada kata, khususnya bagi golongan kata kerja. Kendala yang terhad menyebabkan perkara ini berlaku. Begitu juga dengan penggunaan tanda koma juga banyak digunakan bagi menggantikan kata hubung dan.

35

Kebebasan penulis pojok berkarya dengan gaya tersendiri menyebabkan bahasa klasik dan bahasa moden digunakan bagi mempelbagaikan gaya penulisan. Selain itu, bahasa dalam tulisan pojok banyak menggunakan ayat tunggal. Bagi manamana ayat majmuk yang sepatutnya mengekalkan hubung dan pada akhir ayat juga telah dihilangkan. Kata hubung tetapi/ tapi pula kerap kali digunakan pada pangkal ayat. untuk menyambung dan ada kalanya berbelit-belit. Malahan, Secara kesimpulannya, laras bahasa kolumnis dengan tumpuan tulisan pojok menunjukkan ciri-ciri yang tersendiri. Ciri-ciri ini menepati ciri-ciri yang dikemukakan oleh Ure dan Ellis (1977) yang melihat laras daripada dua ciri, iaitu ciri-ciri keperihalan dan ciri-ciri linguistik.

36

Bibliografi Abdul Hamid Mahmood (2001). Menguasai bahasa Melayu tinggi. Kuala Lumpur: Affluent Master Sdn. Bhd. Abdullah Hassan (1997). Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan esei-esei lain. Shah Alam: Fajar Bakti. Ab. Razak Ab. Karim (2006). Analisis bahasa dalam Kitab Tib Puntianak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ab. Razak Ab. Karim (2008). Kepelbagaian laras bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Jabatan Penerbitan Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Adenan Ayob, Mohd Rashid Md Idris & Mohd Rain Shaari (2010). Aspek kemahiran berbahasa. Tanjong Malim: Emeritus Publications. Asmah Haji Omar (1984). Bahasa iklan perniagaan- satu kajian bahasa retorik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Asmah Haji Omar (1987). Bahasa laporan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Asmah Haji Omar (2005). Bahasa Malaysia saintifik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Ahn,Young Ho (2004). Laras bahasa : suatu analisis tajuk-tajuk berita dalam Berita Harian tahun 1996-1997. Tesis PhD yang tidak diterbitkan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Choo Hung Fei (2011, Januari). Laras bahasa iklan. Dewan Bahasa, 10-13.

37

Elfisa, Fitra (2010). Gaya bahasa sindiran dalam wacana pojok pada surat khabar Kompas. Skripsi Sarjana yang tidak diterbitkan. Padang: University Andalas. Halliday, M.A.K & Hasan, R. (1985). Bahasa, konteks, dan teks: aspek-aspek bahasa dalam pandangan semiotik sosial.(Asruddin Barori Tou, terjemah). Yogyakarta: Gadjah Mada University Press. Halliday, M.A.K (2007). Language and society. (Webster, J.J, pnyt). London: Continum. Hudson, R. A (1996). Sociolinguistics. (2nd edition). Australia: Cambridge University Press. Janet, H. (2001). An introduction to sociolinguistic. (2nd edition). England: Pearson Education Limited. Kamaruddin Haji Husin (1995). Laras bahasa. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Koesworo, FX Dkk (1994). Di balik tugas kuli tinta. Jakarta: Yayasan Pustaka Nusantara. Kunta Kinte/ A. Kadir Jasin (1998). Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya dan Penerbit Universiti Malaya. Martin, L.J & Chaudhary, A.G. (1997). Sistem media massa-satu perbandingan. (Bukhory Haji Ismail, terjemah). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (Karya asli diterbitkan 1983) Midiyana Mohamad (2008). Pengaruh terjemahan dalam laras bahasa undang-undang: kajian kes surat perjanjian jual beli rumah. Disertasi Sarjana tidak diterbitkan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya Mohd Zulhisyam Mustapai (2009). Laras bahasa sukan dalam laman web Arab. Disertasi Sarjana tidak diterbitkan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya 38

Nik Safiah Karim (1989). Laras bahasa. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise. Nik Safiah Karim (1990). Beberapa persoalan sosiolinguistik bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood (2009). Tatabahasa Dewan (edisi ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sanat Md Nasir (2005). Laras khutbah. Dalam Monograf Jabatan Bahasa Melayu, 1, 4852. S. Karthiyani (1994). Laras bahasa Melayu dalam bidang undang-undang dan kehakiman. Disertasi Sarjana tidak diterbitkan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya S. Nathesan (1992). Laras bahasa: satu analisis terhadap buku teks sekolah menengah rendah. Disertasi Sarjana tidak diterbitkan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. S. Nathesan (2008).Laras bahasa ilmiah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Teo Kok Seong (2007). Sosiolinguistik. Dalam Zulkifley Hamid, Ramli Md Salleh & Rahim Aman (pnyt). Linguistik Melayu. (hlm.114-128). Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Ure, J. & Ellis, J. (1977). Register in describe and linguistics sociology. Dalam Villegas, O.U (pnyt). Issues in sociolinguistics. Mounton: The Hague. Wong, Nai Kung (2003). Penggunaan laras ekonomi dalam akhbar Melayu : satu analisis leksikal. Disertasi Sarjana tidak diterbitkan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

39

40