jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa

22
LARAS BAHASA oleh NICHOLAS LIDANG AK MUD MADELINE EMPI AK DAUT NURUL NADIA NUR ASMIDA

Upload: nicholas-vlee

Post on 17-Jun-2015

10.628 views

Category:

Education


5 download

DESCRIPTION

Jenis-jenis dan Ciri-ciri Laras Bahasa dalam Bahasa Melayu

TRANSCRIPT

Page 1: Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa

LARAS BAHASAoleh

NICHOLAS LIDANG AK MUDMADELINE EMPI AK DAUT

NURUL NADIANUR ASMIDA

Page 2: Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa

Definisi:Gaya dan penggunaan sesuatu bahasa.Gaya merujuk kepada pelisanan dan penulisan.Penggunaan merujuk kepada penutur, pendengar, situasi, topik dan tujuan perbincangan.

Pengenalan

Page 3: Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa

Perbezaan Laras Bahasa

Bahasa

Pengguna

Dialek

Penggunaan

Laras

Page 4: Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa

Terdapatnya: Ciri-ciri keperihalan

- Situasi Luaran- Situasi Persekitaran

Ciri-ciri linguistik- Aspek Bunyi- Aspek Perkataan- Aspek Ayat

Mengapakah laras bahasa digunakan?

Page 5: Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa

maksudnya ialah latar belakang sosial dan kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa.

merangkumi struktur sosial dan keseluruhan cara hidup yang menentukan tindak-tanduk anggota masyarakat.

Situasi Luaran

Page 6: Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa

cara penyampaian

perhubungan sosial dan peribadi

bahan

Fungsi sosial

Situasi Persekitaran

Page 7: Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa

Aspek bunyiAspek perkataanAspek ayat

Ciri-ciri Linguistik

Page 8: Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa

Laras Bahasa Biasa Laras Bahasa Iklan / Perniagaan Laras Bahasa Sains Laras Bahasa Media Massa Laras Bahasa Rencana Larasa Bahasa Undang-Undang Laras Bahasa Agama

JENIS-JENIS LARAS BAHASA

Page 9: Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa

Laras Bahasa Sukan Laras Bahasa Sastera / Kreatif Laras Bahasa Ekonomi Laras Bahasa Akademik

Page 10: Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa

Tiada konteks khusus atau melibatkan sebarang bidang ilmu

Penggunaan dalam perbualan harian Tiada istilah khusus Struktur ayat adalah mudah, ringkas dan padat Kata pinjaman tidak banyak digunakan Tidak terdapat istilah teknikal Bentuk laras bahasa biasa formal digunakan

dalam situasi rasmi sahaja Bentuk laras bahasa biasa tidak formal

menggunakan ciri-ciri bahasa basahan Contoh : Hai Mat ! Nak ke mana tu? Tak

singgah dulu?

Laras Bahasa Biasa

Page 11: Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa

Untuk menyampaikan maklumat berkesan Pemberitahuan fakta yang jelas amat

dipentingkan Ayat ringkas dan pendek (banyak guna kata sifat) Sifat bahasa adalah imaginatif dan kreatif Penggunaan bahasa retorik Tidak mementingkan tatabahasa Guna pernyataan tertentu Contoh : Percuma, sebiji lampu suluh bermutu

tinggi dengan setiap pembelian minyak Unicorn empat liter.

Laras Bahasa Iklan / Perniagaan

Page 12: Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa

Laras ilmiah, berbahasa moden, bersifat formal dan menidakkan bahasa basahan

Istilah sains dan teknikal adalah banyak Mempunyai sifat intelektual, saintifik, formal

dan objektif berdasarkan kajian dan fakta Ada istilah pinjaman Dibahagikan kepada subbidang seperti laras

fizik, biologi, kimia dan teknologi Terdapat banyak penggunaan kata nama dan

ragam ayat pasif Contoh: Apabila akson berada dalam keadaan

rehat kepekatan ion pada tiap-tiap sisi selaput itu amatlahberbeza,iaitu selaput itu terkutub.

Laras Bahasa Sains

Page 13: Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa

Peranan media massa adalah untuk melapor atau menyampaikan berita dengan bahasa yang paling mudah diterima pendengar dan pembaca

Laras media massa tidak mementingkan tatabahasa, seperti imbuhan dan kata hubung

Tiada istilah teknikal dan khusus Judul berita disampaikan dalam tigabentuk iaitu: Ringkas, misalnya Kedah Juara TigaPiala 2007;Piala

2007; Tafsiran, misalnya Peningkatan JumlahTafsiran, misalnya

Peningkatan JumlahKenderaan Punca Jerebu.Kenderaan Punca Jerebu.

4.4. Petikan,misalnya Jangan PolitikkanPetikan,misalnya

Jangan PolitikkanIslam Hadhari - PMIslam Hadhari - PM

Laras Bahasa Media Massa

Page 14: Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa

Bersifat umum Menampilkan berbagai-bagai idea tentang sesuatu isu Gaya bahasa mudah difahami Melaporkan sesuatu kepada pembaca secara umum

ataupun terperinci Contoh : Oleh kerana baru dilancarkan, kejayaan model

terbaru Proton, ‘Proton Satria GTi’ masih belum dapat diukur. Pelbagai aspek seperti pilihan pembeli, faktor reka bentuk, kemudahan mendapatkan alat ganti dan ketahanannya perlu diambil kira. Model terbaru ini pastinya berhadapan dengan pelbagai rintangan sebelum model ini berkemampuan untuk menguasai pasaran dalam dan luar negara. 

Laras Bahasa Rencana

Page 15: Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa

Teks bersabit dengan perundangan yang mengandung prinsip undang-undang tertentu dan berbentuk akta (bahagian dan seksyen)

Terdapat istilah khusus yang kebanyakannya dipinjam daripada bahasa Inggeris

Makna kosa kata berdasarkan intepretasi Struktur ayat tidak diutamakan, tetapi kepersisan

dan kejelasan dipentingkan Bersifat objektif, terperinci, tepat dan padat Tiada graf atau gambar Binaan ayat adalah panjang Contoh : Defenden membantah pada awal

prosiding kerana tidak bersetuju dengan cadangan plainitif untuk mengemukakan saksi-saksi yang dikatakan tidak relevan dengan perbicaraan berkenaan. 

Laras Bahasa Undang-Undang

Page 16: Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa

Membincangkan isu agama Ada istilah pinjaman Terdapat petikan Terdapat tamsil ibarat atau kias ibarat untuk

pengajaran Contoh: Dari Anas r.a., katanya: Rasulullah

s.a.w. bersabda: Seseorang muslim yang menanam pohon atau tanam-tanaman , lalu sebahagian hasilnya dimakan burung, manusia, atau binatang, maka orang yang menanam itu mendapat pahala

Laras Bahasa Agama

Page 17: Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa

Menyampaikan maklumat kegiatan sukan Bahasa adalah ringkas, bersahaja dan jelas Ada istilah aktiviti sukan Kosa kata mudah difahami Contoh : Perak menjuarai kejohanan bola

sepak Piala Malaysia 1998 selepas menewaskan Terengganu dengan jaringan tipis 1-0 di Stadium Nasional malam tadi.

Laras Bahasa Sukan

Page 18: Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa

Laras bahasa terhasil daripada cetusan imaginasi dan pengalaman

Ada istilah khusus tentang sastera Bersifat figuratif (penyimpangan makna daripada bahasa

biasa) Mementingkan pemilihan diksi berkesan, bahasa tersirat Ada unsur seperti metafora, kiasan, imejan, personifikasi

dan hiperbola Bernada puitis dan bersifat komunikatif Contoh : Apabila berbicara mengenai kesusasteraan, kita

sebenarnya akan membincangkan beberapa aspek seperti tema, kronologi, mesej yang ingin disampaikan, watak dan perwatakan unsur termasuk personifikasi dan metafora.

Laras Bahasa Sastera / Kreatif

Page 19: Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa

Berbentuk ilmiah tentang isu ekonomi Ada istilah teknikal ekonomi Tidak mengutamakan struktur ayat Gaya bahasa formal Maklumat jelas dan eksplisit Fakta berdasarkan bukti data dan statistik Contoh: Jumlah dagangan negara melonjak ke

tahap yang tertinggi sebanyak RM 880.37 bilion pada tahun 2004, didorong oleh sektor eksport yang turut merekodkan nilai terbesar dalam sejarah ekonomi negara.

Laras Bahasa Ekonomi

Page 20: Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa

Bersifat ilmiah, formal dan objektif Gaya bahasa menunjukkan kematangan dan

keintelektualan (berkeupayaan menyampaikan buah fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan)

Ada kesempurnaan bahasa (kestabilan, kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan dan keindahan)

Istilah bersifat khusus dan sukar difahami oleh orang yang tidak berpendidikan tinggi

Terdapat penulisan ragam ayat pasif dan ayat majmuk Mengutamakan pemaparan, perbincangan dan

penghuraian Ada format seperti nota kaki, bibliografi dan indeks Contoh laras sains dalam bidang biologi : Sel-sel kelenjar

kolon merembeskan mukus yang berfungsi dalam melicinkan pergerakan kandungan kolon ke arah rektum. Tidak terdapat enzim yang dirembeskan di bahagian kolon. Cecair yang dirembeskan bersifat alkali. 

Laras Bahasa Akademik

Page 21: Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa

Laras bahasa amat penting. Jumlah laras sesuatu bahasa mencerminkan keadaan

bahasa itu dan dapat menjadi ukuran maju-mundurnya. Perbandingan jumlah laras bahasa Melayu sebelum dan

sesudah merdeka, misalnya dapat membuktikan hakikat bahawa bahasa Melayu telah mengalami perkembangan yang amat pesat – bertambah dengan pesat.

Penutur-penutur bahasa Melayu sewajarnya mengenali laras-laras utama bahasa Melayu.

Lebih penting mesti tahu membezakan antara laras formal dengan laras tidak formal supaya tidak timbul penggunaan laras yang tidak sesuai dengan situasi tertentu.

Kumpulan pemimpin dan mereka yang terlibat dengan media massa perlu sentiasa peka dengan penggunaan laras yang sempurna kerana kadang kala menjadi teladan.

Laras baru seharus dipelajari sebagai satu kemahiran. – Dicadangkan pada tahap persekolahan lagi.

KEPENTINGAN LARAS BAHASA

Page 22: Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa

Sekian, terima kasih.