laras laras bahasa iklan

16
LARAS BAHASA IKLAN MOHD NAZRY BIN ZULKIFLI A144994 JABATAN PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM

Upload: max-nazry

Post on 25-Jul-2015

624 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laras laras bahasa iklan

LARAS BAHASA IKLAN

MOHD NAZRY BIN ZULKIFLI

A144994

JABATAN PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM

Page 2: Laras laras bahasa iklan

Takrif Laras Bahasa

Laras bahasa ialah ciri-ciri khusus dalam penggunaan bahasa mengikut bidang dan situasi penutur ketika berbahasa, sama ada secara lisan atau tulisan.

Page 3: Laras laras bahasa iklan

Bahasa yang digunakan untuk sesuatu konteks adalah berlainan, misalnya bahasa yang digunakan dalam ulasan sukan dengan bahasa minit mesyuarat adalah berbeza, bahasa yang digunakan dalam bidang masakan tidak sama dengan bahasa yang digunakan dalam bidang permotoran.

Page 4: Laras laras bahasa iklan

Sambungan Ada kata-kata yang menentukan taraf sosial penutur. Contoh:

Perkataan beradu, santap, bersiram, murka, mangkat ada kaitan dengan istana dan sultan.

Perkataan kuliah , semester, gugur dan tambah kursus ada kaitan dengan mahasiswa/i.

Tepung naik sendiri, pukul telor hingga kembang adalah laras masakan.

Page 5: Laras laras bahasa iklan

Sambungan

Jadi, laras merupakan satu konvensi sosial.

Anggota masyarakat biasanya memahami dan menyedari perkara ini.

Perlu menggunakan laras yang betul, sesuai dengan bidang, konteks dan keadaan sosial.

Page 6: Laras laras bahasa iklan

Anggota masyarakat dapat menggunakan beberapa laras, jumlah laras menunjukkan keseluruhan pengalaman bahasanya, serta peranan yang dimainkan dalam masyarakat.

Page 7: Laras laras bahasa iklan

SAMB…

Perubahan sosial dan kebudayaan serta perubahan yang berlaku dalam masyarakat turut mendatangkan perubahan pada laras bahasa.

Laras baru akan muncul apabila muncul alat baru, teknologi baru dalam masyarakat.

Laras boleh dimantapkan melalui penggunaan yang sering dan bertubi-tubi supaya diterima oleh masyarakat.

Page 8: Laras laras bahasa iklan

Jenis dan ciri laras bahasa

Laras bahasa biasa

◦ Tidak melibatkan sebarang bidang ilmu atau konteks yang khusus

◦ Tiada istilah teknikal

◦ Struktur ayatnya mudah, ringkas dan padat

◦ Laras bahasa biasa formal digunakan dalam situasi rasmi sahaja.

◦ Laras bahasa biasa tidak formal menggunakan ciri-ciri bahasa basahan.

Page 9: Laras laras bahasa iklan

Contoh Laras bahasa biasa formal

◦ Formal

Muhammad bin Abdullah, aku nikahkan dikau dengan Sumayyah binti Husin dengan mas kahwinnya RM4000 tunai.

◦ Tidak formal

Pembeli: Ikan sendiri bela, sendiri tangkap, sendiri jual, apa fasal banyak mahal?

Penjual:Encik mahu ingat, bela punya ikan mahu kasi makan. Sekarang ikan punya makan banyak mahal. Lagi, saya bukan tangkap sendiri, saya upah orang.

Page 10: Laras laras bahasa iklan

IKLAN

pemberitahuan kpd orang ramai melalui surat khabar, TV, radio, dll: syarikat-syarikat perniagaan yg besar membelanjakan beribu-ribu ringgit sebulan utk ~; beriklan mempunyai iklan: halaman ~; mengiklankan memperkenalkan sesuatu kpd umum melalui iklan, memberitahukan sesuatu menerusi iklan (dlm surat khabar, majalah, dsb): ia membeli ubat yg diiklankan dlm surat khabar; periklanan hal (kegiatan dsb) yg berkaitan dgn iklan: pihak kerajaan, menerusi Kementerian Penerangan terutamanya, turut memerhatikan perkembangan dunia ~ Malaysia; kakitangan yg bekerja di bahagian ~ tidak berapa ramai; pengiklanan perihal (perbuatan, kegiatan dsb) mengiklankan: ~ keluaran baru syarikat itu dibuat melalui media massa; pengiklan orang (syarikat, media massa, dll) yg mengiklankan sesuatu.

Page 11: Laras laras bahasa iklan

Laras bahasa perniagaan/iklan Berbentuk pemberitahuan fakta.

Maklumat disampaikan dengan ringkas tetapi terperinci.

Ayat ringkas dan pendek – banyak menggunakan kata adjektif.

Bahasa yang digunakan bersifat imaginatif dan kreatif.

Page 12: Laras laras bahasa iklan

Sambungan Menggunakan retorik pujukan dan bahasa

pengaruhan – bertujuan untuk membujuk dan mempengaruhi pengguna.

Cara penyampaian menarik dan mesra. Mementingkan pemilihan dan penyusunan kata

tetapi tidak mementingkan tatabahasa. Menggunakan slogan atau penyataan tertentu untuk

meyakinkan pengguna.

Page 13: Laras laras bahasa iklan

Sambungan

Iklan dihasilkan dengan beberapa cara:

◦ Slogan – Gaya, Mutu dan Keunggulan

◦ Kaedah penyataan – Lot banglo untuk dijual

◦ Perkaitan konsep – Siti Nurhaliza dan Pantene

◦ Perisytiharan – Memperkenalkan Proton Pesona

◦ Kaedah umpan – wang tunai RM5000 menunggu kunjungan anda

◦ Mesra – TV9 dekat di hati

◦ Bandingan – Feb lebih bersih dan harum

◦ Gesaan – Cepat, dapatkan naskhah anda hari ini

◦ Pertanyaan – menghadapi masalah perut buncit? Slim World!

Page 14: Laras laras bahasa iklan

Contoh Iklan

014-5403052

014-5403052

Page 15: Laras laras bahasa iklan

KESIMPULAN

Laras iklan lebih kepada tujuan untuk melariskan produk yang akan dijual, memujuk pelanggan, membandingkan antara produk-produk yang ada, dan ada kalanya menggunakan perkataan yang bombastik.

Page 16: Laras laras bahasa iklan

SEKIAN, TERIMA KASEH

SYUKRAN