laras bahasa dan dialektologi

21
BAB 1 PENDAHULUAN Pengenalan LARAS BAHASA Laras Bahasa tidak dapat terlepas daripada membincangkan dua konsep, iaitu pengguna dan penggunaan. Pengguna ialah orang yang menggunakan sesuatu bahasa dan penggunaan ialah bagaimana sesuatu bahasa itu digunakan dengan cara yang berbeza-beza. Laras bahasa ialah khusus dalam penggunaan bahasa menurut bidang penggunaannya, (Asmah Hj.Omar, 1984) . Laras bahasa boleh didefinisikan sebagai gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa. Sesuatu laras bermaksud variasi yang ada pada tiap-tiap penutur. Laras bahasa biasanya berubah-ubah mengikut situasi. Ciri-ciri laras yang penting ialah perbendaharaan kata, susunan ayat dan frasa yang digunakan. Sesuatu laras tertentu digunakan utuk keadaan atau situasi tertentu. Daripada suatu segi, dapat 1

Upload: unknown

Post on 24-Jan-2016

251 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

laras bahasa

TRANSCRIPT

Page 1: Laras Bahasa Dan Dialektologi

BAB 1

PENDAHULUAN

Pengenalan

LARAS BAHASA

Laras Bahasa tidak dapat terlepas daripada membincangkan dua konsep, iaitu pengguna

dan penggunaan. Pengguna ialah orang yang menggunakan sesuatu bahasa dan penggunaan ialah

bagaimana sesuatu bahasa itu digunakan dengan cara yang berbeza-beza.

Laras bahasa ialah khusus dalam penggunaan bahasa menurut bidang penggunaannya,

(Asmah Hj.Omar, 1984) . Laras bahasa boleh didefinisikan sebagai gaya atau cara penggunaan

sesuatu bahasa. Sesuatu laras bermaksud variasi yang ada pada tiap-tiap penutur. Laras bahasa

biasanya berubah-ubah mengikut situasi. Ciri-ciri laras yang penting ialah perbendaharaan kata,

susunan ayat dan frasa yang digunakan. Sesuatu laras tertentu digunakan utuk keadaan atau

situasi tertentu. Daripada suatu segi, dapat dikatakan bahawa dengan memilih laras yang tidak

sama untuk situasi-situasi yang berlainan, anggota masyarakat dapat menunjukkan bahawa

mereka sedar akan situasi-situasi sosial yang berlainan yang wujud di sekitar mereka.

Laras didefinisi sebagai jenis-jenis bahasa yang digunakan mengikut situsai-situasi yang

berlainan (Ure dan Ellis, 1977). Laras bahasa secara kasarnya dapat dikaitkan dengan

penggunaan bahasa penyampaian yang bersesuaian dengan bidang dan situasi bahasa atau

konteks pengucapan. Laras bahasa juga boleh diertikan sebagai ciri-ciri khusus penggunaan

1

Page 2: Laras Bahasa Dan Dialektologi

bahasa mengikut bidang sesuatu ujaran atau wacana digunakan, contohnya laras bahasa doa,

khutbah, upacara, sukan dan sebagainya. Laras bahasa dapat ditakrifkan sebagai variasi bahasa

yang berbeza berdasarkan fungsi dan boleh berubah-ubah. (Halliday, 1968).

LARAS BAHASA IKLAN

 Laras Bahasa Iklan digunakan untuk menyampaikan maksud dengan berkesan. Laras

bahasa ini berbentuk pemberitahuan fakta. Oleh itu, penyusunan fakta yang jelas amat

dipentingkan dan maklumat disampaikan dengan ringkas tetapi terperinci, Penggunaan ayat

ringkas dan pendek serta banyak menggunakan kata adjektif. Bahasa yang bersifat imaginatif

dan kreatif. Laras Bahasa Iklan menggunakan retorik pujukan dan bahasa pengaruh yang

bertujuan untuk memujuk dan mempengaruhi pengguna agar membeli barangan atau

perkhidmatan. Cara penyampaian maklumat mestilah menarik dan mesra serta mementingkan

pemilihan dan penyusunan kata tetapi tidak mementingkan tatabahasa.. Iklan juga menggunakan

slogan atau penyataan tertentu sebagai kaedah meyakinkan pengguna.

Pengiklanan merupakan satu bentuk komunikasi massa yang berkait rapat dengan dunia

perniagaan dan pemasaran. Iklan bukan sahaja merupakan alat pemasaran yang membantu

menjual jenama produk malah membina keyakinan pengguna terhadap sesuatu syarikat atau

institusi melalui media massa. Justeru itu, pengiklanan boleh dianggap sebagai perhubungan

secara tidak langsung yang bertujuan mempromosikan, memperkenalkan dan meningkatkan

jualan atau melariskan perkhidmatan, idea atau barangan melalui pelbagai media massa.

2

Page 3: Laras Bahasa Dan Dialektologi

Kumpulan sasarannya ialah para penonton atau pembaca tertentu yang bakal menjadi pembeli

atau pengguna (Nik Rahimah Yaacob, et.al.1992:170).

Iklan akan memberi tahu pembeli atau pengguna tentang pengeluaran sesuatu produk

baru, jenama, kegunaan, tempat boleh diperolehi dan harganya. Segala maklumat berhubung

dengan kualiti dan spesifikasi barang-barang dan perkhidmatan yang tersedia akan digabungkan

dalam bentuk lisan, tulisan, gambar atau alat pandang dengar (Astrid S Susanto 1987:177)

Spreigel William (1960) melihat pengiklanan sebagai ‘sebarang bentuk persembahan

barang-barang dan idea kepada suatu kumpulan’. Kegiatan pengiklanan adalah satu bentuk

komunikasi yang paling berkesan dalam era ledakan maklumat. Media massa seperti televisyen,

internet dan majalah telah menyediakan ruang yang semakin luas kepada usaha pemujukan

pelanggan. Malah kini pengiklanan telah menjadi penyumbang utama kepada pendapatan

syarikat-syarikat penerbitan (Hutcinson, E.R.1986:253).

Pelbagai jenis media massa mencapai pelbagai jenis penggunanya penonton atau

pendengar atau pembaca pada setiap hari atau masa. Media cetak masih merupakan media yang

paling murah dan yang memiliki pembaca yang ramai. Oleh itu, media cetak menjadi pilihan

pengeluar untuk menyampaikan mesej mereka seperti penjualan barangan atau perkhidmatan

dengan menyiarkan iklan. Lantaran itu, akhbar bukan sahaja merupakan sumber maklumat tetapi

juga berperanan penting dalam perkembangan sesuatu bahasa khususnya dalam perkembangan

pengiklanan.

3

Page 4: Laras Bahasa Dan Dialektologi

RETORIK

Kamus Dewan Edisi Keempat (2007:1326) menyenaraikan tiga definisi yang berkaitan dengan

retorik. Pertama, kajian tentang teknik pemakaian bahasa secara berkesan dalam penulisan atau

pertuturan. Kedua, seni menggunakan atau memakai bahasa yang indah dan menarik untuk

memujuk atau mempengaruhi memikiran pendengar. Definisi ketiga pula ialah, pertuturan atau

tulisan yang menggunakan bahasa atau kata-kata yang indah atau muluk-muluk mempengaruhi

pemikiran pendengar.

Scorates dan Hendrikus (1991), menyatakan retorik adalah seni untuk seni untuk

menghuraikan dan menyampaikan pengetahuan yang sudah ada secara meyakinkan. Retorik

harus mencari kebenaran bukannya mempermainkan kata-kata kosong.

Retorik menurut Asmah Haji Omar (1984:3) ialah kajian mengenai penggunaan bahasa

secara berkesan. Dalam konteks yang sesuai, perkataan ini diertikan sebagai keupayaan

menggunakan bahasa secara berkesan atau juga cirri-ciri yang berkesan dalam bahasa.

Pernyataan Masalah

Kajian tentang laras iklan didapati kurang dikaji. Hal ini kerana kebanyakkan pengkaji mengkaji

aspek laras bahasa tetapi tidak memberikan penekanan yang lebih terhadap laras iklan dan

penyelidikan tentang laras iklan juga diterangkan secara tidak jelas. Tambahan lagi penggunaan

laras iklan yang dilakukan oleh sesetengah syarikat tidak merujuk laras iklan yang sebenar.

Justeru, kajian ini dijalankan bagi menerangkan tentang ciri-ciri yang perlu ada dalam

penyampaian iklan untuk pembacaan masyarakat dan bagi menambahkan ilmu pengetahuan.

4

Page 5: Laras Bahasa Dan Dialektologi

Kepentingan kajian

Laras iklan merupakan laras yang menggunakan bahasa yang berunsur pujuk, dedah, menarik,

ringkas dan sebagainya. Justeru penggunaan kata atau laras iklan yang betul mampu

membuatkan masyarakat tertarik tentang tawaran sesebuah syarikat menerusi iklan. Oleh itu,

kajian dilakukan bagi melihat penggunaan pemilihan laras yang sesuai dan memperlihatkan cara

penghasilan iklan dilakukan dan diharapkan melalui kajian ini sedikit sebanyak dapat membuka

ruang kajian yang lebih luas lagi.

Objektif kajian

i. mengenalpasti pemilihan laras yang sesuai dalam membuat sesuatu iklan.

ii. Menghuraikan kaedah retorik yang digunakan dalam iklan kecantikan.

Batasan Kajian

Dalam penulisan ini kajian tertumpu kepada aspek laras iklan yang digunakan oleh pengeluar-

pengeluar produk atau syarikat-syarikat yang terkenal di Malaysia.

5

Page 6: Laras Bahasa Dan Dialektologi

BAB 2

SOROTAN KAJIAN

Dalam bab ini, pengkaji akan menyorot beberapa kajian yang terdahulu yang berkaitan secara

langsung dengan tajuk kajian pengkaji. Kejian disorot bertujuan, bagi memastikan skop kajian

tidak bertindan dan mencipta kelainan.

Iklan dapat diertikan sebagai sesuatu kenyataan yang ditulis, dibuat untuk tujuan

memberitahu kepada orang ramai atau masyarakat tentang sesuatu perkara atau maklumat. Iklan

biasanya disampaikan melalui media massa - media cetak dan media elektronik. Namun ada juga

yang berbentuk poster-poster yang ditampalkan pada dinding-dinding kenyataan dan sebagainya.

Bahasa iklan mula berkembang dengan pesat di negara ini pada tahun 1960 an. Pada masa itu

iklan dalam bahasa Melayu lahir sebagai terjemahan daripada iklan dalam bahasa Inggeris, maka

kebanyakan iklan adalah sangat berbau Inggeris. (Kamus Bahasa Melayu, susunan Arbak

Othman 1999).

Iklan yang baik bertujuan mengubah sikap pengguna dan mempengaruhi mereka membeli

atau melanggan barangan yang diperkenalkan (Kamaruddin Husin 1995). Mesej yang digunakan

dalam iklan harus mempunyai pelbagai strategi yang membawa ke arah pengaruh yang positif

(Asmah Omar 1982). Dalam hubungannya dengan perniagaan, iklan adalah sesuatu yang

mustahak dan menjadi salah satu faktor yang terpenting menggerakkan sesebuah perniagaan.

6

Page 7: Laras Bahasa Dan Dialektologi

BAB 3

Cara Penghasilan Iklan dan Pemilihan Larasnya

Iklan-iklan yang dibuat terdiri dari pelbagai saiz yang biasanya disokong oleh gambar-

gambar produk atau barangan yang diiklankan, disertai lukisan grafik, ilustrasi dan sebagainya.

Tambahan pula warna kertas iklan selalunya menarik perhatian masyarakat untuk membacanya.

Dari itu, dengan memfokuskan laras bahasa yang digunakan, dapatlah dikatakan majoriti iklan

dihasilkan dengan beberapa cara seperti berikut:

1) Umpanan

Umpanan bermaksud merancang strategik untuk menarik atau memperdayakan

pelanggan. Terdapat pemilihan laras umpanan yang digunakan dalam iklan bagi memperdayakan

masyarakat. Hal ini bagi menarik masyarakat untuk membaca iklan serta singgah sebentar di

syarikat, kedai dan pengeluar produk. Contoh laras iklan yang berbentuk umpanan ini adalah

seperti yang berbunyi 'Beli Dua, Percuma Satu’ . Hal ini sebenarnya menarik pembeli supaya

terus membeli produk mereka dengan harapan untuk mendapatkan hadiah yang ditawarkan oleh

syarikat terbabit.

Contoh 1:

“ Penggemar2 mekap sekalian, ini ade benda baik punya dari AVON & ianya percuma

tau. Tapi percuma bila korang buat pembelian la. Kalau tak beli barang tak leh dapat le

hadiah free tu. Tapi set ini eksklusif dari Avon tau. Kat kedai lain tak jual punya! SET

BERUS MEKAP DARI AVON! “.

7

Page 8: Laras Bahasa Dan Dialektologi

2) Ada kaitan konsep

Konsep ialah dengan mengaitkan sesebuah produk dengan sesuatu atau individu yang

terkenal atau yang mempunyai nilai komersial, seperti dengan mengaitkan seseorang artis atau

penyanyi dengan sesuatu produk barangan. Sebagai contoh, sebuah syarikat pembekal minyak

wangi, Dashing yang telah menggunakan pelakon terkenal Remy Ishak yang menjadi duta

produk perniagaan mereka. Selain itu, contoh bagi iklan produk kecantikan Garnier yang

menjadikan Lisa Suriani sebagai duta produk perniagaan syarikat itu bagi melaris dan

memperkenalkan produk mereka. Kaedah iklan sebegini adalah bertujuan untuk menarik

perhatian pelanggan, khasnya golongan remaja memandangkan penyanyi berkenaan mempunyai

peminat yang begitu ramai sehingga boleh menarik tumpuan masyakat.

Begitu juga dengan barangan lain seperti sabun mandi, tilam berjenama, rantai berlian,

minyak rambut dan sebagainya yang kebanyakannya turut dikaitkan dengan artis-artis, khasnya

artis wanita. Tambahan lagi, artis berkenaan akan menyatakan sesuatu yang berupa ayat-ayat

atau laras-laras tertentu yang dapat dijadikan tarikan barangan yang diniagakan. Tambahan lagi

artis yang menjadi duta syarikat pengeluran produk menggunakan artis-artis yang terkenal dan

yang mempunyai wajah yang menarik, cantik dan sebagainya.

8

Page 9: Laras Bahasa Dan Dialektologi

3) Pendedahan

Retorik ini mendedah dan menampakkan sesuatu atau menyingkap atau memapar atau

menunjukkan sesuatu perkara atau maklumat dengan jelas dan terperinci. Tujuan retorik ini

adalah untuk memindahkan idea atau maklumat daripada seseorang kepada khalayak dengan

berkesan.

Contoh 3:

penemuan terbaru untuk kecantikan menyeluruh.. telah memeranjatkan ramai pengguna dengan keberkesanannya, bukan sahaja dapat melicinkan wajah, memberi warna kulit yang sekata, memudarkan parut jerawat, menghilangkan jeragat, menganjal dan mencerahkan kulit... Lebih cantik berseri hanya dalam seminggu.

Kelebihan ::1) Melindungi kulit dari pancaran matahari.2) Mengekalkan kelembapan kulit.3) Membantu dan menyerap vitamin A4) Melawan dan mencegah jerawat5) Mencegah penuaan kulit (anti-aging)6) Elok untuk kulit terbakar (sunburn)7) Mengurangkan parut bagi perempuan mengandung8) Mencegah barah kulit.

untuk keterangan lanjut,baca Vitamin e-softgelbagi mengelakkan keraguan,mari baca testimoni dari pengguna Vitamin e-softgel.

9

Page 10: Laras Bahasa Dan Dialektologi

4) Mempunyai Slogan

Slogan adalah kata-kata yang memberi gambaran menyeluruh kepada sesebuah

perniagaan dalam beberapa perkataan sahaja. Slogan yang terbaik adalah slogan yang memberi

perbezaan perniagaan anda dan perniagaan pesaing-pesaing. Slogan juga perlu jelas dan ringkas

dan memberi impak kepada mereka yang membaca.

Slogan adalah penambah nilai bagi sesuatu produk, syarikat mahupun barangan. Tidak

kira sebesar mana produk, dengan adanya slogan, maka sesuatu produk itu akan lebih diingati

dan bernilai. Slogan adalah sesuatu simbol yang menghubungkan minda dengan syarikat atau

produk.

Contohnya:

Produk kecantikan Simply Siti menggunakan slogan “Rahsiaku Kini Milikmu” yang

menunjukkan slogan yang berkualiti sebagai memperkenalkan produk kecantikannya. Tambahan

pula slogan yang digunakan juga bertujuan untuk menarik minat wanita diluar untuk

menggunakan produk kecantikan Simply Siti. Contoh lain seperti Rexona menggunakan slogan “

Setia Menemanimu”.

10

Page 11: Laras Bahasa Dan Dialektologi

5) Pujukan

Iklan berkesan mempunyai unsur pujukan menjadi gaya tarikan yang dirancang dalam sesuatu

mesej iklan. Bagi iklan promosi produk, bahasa yang digunakan berbentuk pujian dan pujukan, malah

boleh dikatakan rayuan secara halus. Hal ini dilakukan dengan memaparkan kebaikan dan kelebihan

produk yang berkaitan supaya pengguna dapat mengubah fikiran dan seterusnya mencuba

menggunakan produk yang diiklankan.

Iklan pujukan rasional yang mengaitkan sesuatu pembelian dengan kepentingan peribadi

pembeli. Pembelian barang dikatakan lebih berfaedah, berkualiti, bernilai, kesihatan dan penjimatan.

Contohnya : iklan kecantikan sabun pengantin Sri Noora’s.

Harum – Gebu – Putih – Halus dan semestinya:

Berkesan – Jimat – Bijak

Menjadi kemestian bakal pengantin terutamanya perempuan

untuk melakukan rawatan spa badan di spa spa terpilih.

Ia bertujuan untuk mencantikkan kulit, memutihkan

dan meredakan tekanan.juga dikatakan mampu

melembut dan merawat masalah badan.

SABUN PENGANTIN SRI NOORA’S DIREKA KHAS UNTUK ANDA!!!

11

Page 12: Laras Bahasa Dan Dialektologi

KESIMPULAN

 Kesimpulan dalam kertas kerja yang serba ringkas ini, dapatlah disimpulkan bahawa laras

bahasa itu adalah berhubung kait dengan penggunaan bahasa atau ujaran atau ayat-ayat yang

berkesesuaian dengan bidang dan konteks pengucapan. Dalam kaitannya dengan iklan

perniagaan yang terdapat dalam akhbar, khasnya akhbar Mingguan Malaysia adalah bermacam-

macam jenis dan bentuk penyampaiannya juga berlainan mengikut konsep-konsep barangan

yang diiklankan.

Pemilihan kata atau perkataan adalah kata-kata yang mudah difahami

pembaca/masyarakat. Ini adalah kerana laras iklan termasuk dalam golongan laras biasa yang

berlandaskan situasi khalayak umum. Namun demikian, laras iklan tidaklah boleh dikatakan

hanya mempunyai satu laras bahasa sahaja memandangkan iklan itu sendiri secara spesifiknya

flexible, iaitu ayat-ayat yang digunakan dalam sesuatu iklan adalah mengikut tema dan konsep

barangan yang diiklankan. Umpamanya iklan perubatan tidak akan mungkin memasukkan laras

iklan makanan segera, begitu juga sebaliknya.Laras bahasa iklan adalah laras bahasa biasa yang

berbeza daripada laras bahasa khusus. Gaya penyampaian, pemilihan kosa kata dan

tatabahasanya adalah ciri yang membezakannya

12

Page 13: Laras Bahasa Dan Dialektologi

BIBLIOGRAFI

1) Asmah Haji Omar. (1984). Bahasa Iklan Perniagaan: Satu kajian Bahasa Retorik. Kuala

Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

2) Dori Wuwur Hendrikus. (1991). Retirika : Terampilan Berpidato, Berdiskusi,

Beragrumenatasi, Bernegosiasi, Yogyakarta: Penerbit Kanisius

3) http://yunimaha5-lestaribestari.blogspot.com/2009/07/laras-bahasa-2.html

4) http://www.scribd.com/doc/35925491/Laras-Bahasa-Iklan

5) http://bahasaislamkhalidkr.blogspot.com/2009/11/c-alih-bahasa-teks-bahasa-iklan-

stpm.html

6) http://www.slideshare.net/cikgupaklong/aplikasi-l-bahasa

7) http://avonparadise.blogspot.com/2010/10/percuma-set-berus-solekan-ala.html

8) http://www.ecadwinkyasha.com/search/label/pengiklanan

9) http://www.slideshare.net/nakirah/bab-6promosi-jenisjenis-promosi#btnNext

13

Page 14: Laras Bahasa Dan Dialektologi

LAMPIRAN

Contoh 1 :  Umpanan

SET BERUS MEKAP DARI AVON!

Contoh 2: Konsep

Garnier Dashing

14

Page 16: Laras Bahasa Dan Dialektologi

Contoh 5: Pujukan

Sabun Pengantin Sri Noora’s.

16