penggunaan laras bahasa dalam akhbar

28
Penggunaan Bahasa Dalam Akhbar Arus Perdana Muka 1

Upload: dzamiri-jahaya

Post on 04-Aug-2015

894 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penggunaan laras bahasa dalam akhbar

Penggunaan Bahasa Dalam Akhbar Arus Perdana Muka 1

Page 2: Penggunaan laras bahasa dalam akhbar

ISI KANDUNGAN Muka Surat

1.0 Pendahuluan………………………………………………………….. 3

1.1 Pengenalan 3

1.2 Objektif……………………………………………………….. 4

1.3 Metodologi 4

1.4 Batasan Kajian………………………………………………... 4

2.0 Penggunaan bahasa dalam akhbar Harian Metro…………..……….. 5

2.1 Morfologi 5

2.2 Sintaksis……………………………………………………… 11

2.3 Mekanisma Bahasa 13

2.4 Gaya dan Laras Bahasa……………………………………... 13

2.5 Gambar, Ilustrasi dan Warna 15

3.0 Penutup……………………………………………………………… 17

3.1 Kesimpulan 17

3.2 Cadangan……………………………………………………. 18

4.0 Rujukan……………………………………………………………… 19

Penggunaan Bahasa Dalam Akhbar Arus Perdana Muka 2

Page 3: Penggunaan laras bahasa dalam akhbar

Penggunaan Bahasa Dalam Akhbar Arus Perdana Muka 3

Page 4: Penggunaan laras bahasa dalam akhbar

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Merujuk Kamus Dewan edisi ke-4 (2005) bahasa ialah “sistem lambang bunyi suara yang

dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia antara seorang

individu dengan individu yang lain”(ms.106 ) manakala akhbar pula ialah “berita, warta atau

surat khabar harian yang diterbitkan di dalam negeri atau wilayah tempat ia diedarkan”

(ms.24).

Dalam akhbar arus perdana seperti Berita Harian, Mingguan Malaysia, Harian Metro, Malay

Mail dan The Star bahasa pula merupakan simbol dalam bentuk perkataan dan ayat yang akan

dijadikan bahan bacaan harian oleh individu. Secara amnya akhbar mengandungi informasi

bersifat sensasi, hiburan, ilmiah, fiksyen, sukan, rencana, gambar dan lain-lain maklumat yang

lazimnya dicetak dalam satu bahasa pengantar. Justeru itu penulisan akhbar mestilah

menekankan bukan sahaja aspek komersial tetapi juga aspek-aspek tatabahasa supaya bahasanya

mudah difahami dan menepati kehendak penulisan dan pemahaman.

Walaubagaimanapun, untuk mencapai populariti sebagai akhbar pilihan utama, akhbar arus

perdana harus bersaing menggunakan gaya, bahasa dan larasnya yang tersendiri. Penggunaan

gaya bahasa dan laras (nada) yang tersendiri akan menjadikan identiti akhbar tersebut.

Contohnya ialah akhbar Harian Metro yang kini lebih digemari dan menjadi tatapan ramai

remaja di Malaysia (Akmar Hayati, et. al., 2011, ms.107).

Penggunaan Bahasa Dalam Akhbar Arus Perdana Muka 4

Page 5: Penggunaan laras bahasa dalam akhbar

1.2 Objektif

Akhbar kajian penulis kali ini ialah Harian Metro terbitan 30 Oktober, 2012 yang mengandungi

64 muka surat. Tujuan penulis adalah untuk membincangkan tentang penggunaan bahasa

dalam akhbar arus perdana iaitu Harian Metro. Bagi mencapai tujuan tersebut penulis akan

mengutarakan kekuatan yang terdapat dalam akhbar Harian Metro dari aspek-aspek morfologi,

sintaksis, mekanisma bahasa, gaya serta laras bahasa pilihan akhbar tersebut. Selain itu penulis

akan cuba mengenal pasti kelemahan yang terdapat dalam akhbar Harian Metro yang dikaji

khususnya dari sudut ketatabahasaan.

1.3 Metodologi

Kajian penulis berdasarkan rujukan di perpustakaan Universiti Putra Malaysia dan Perpustakaan

Negara dengan merujuk buku tatabahasa, artikel, jurnal dan laman web. Selain itu penulis juga

menggunakan kaedah lapangan dengan menemu bual beberapa orang pembaca akhbar Harian

Metro bagi mengkaji tentang penggunaan bahasa dan penulisan di dalam akhbar Harian Metro.

1.4 Batasan Kajian

Secara amnya. kajian terhad kepada akhbar Harian Metro sebanyak 64 muka surat. Penggunaan

bahasa akhbar pula terhad kepada batasan tatabahasa yang mana hanya dalam tercakup dalam

skop morfologi dan sintaksis – “susunan kata dalam ayat” (Kamus Dewan, 2005, ms.1502).

Penggunaan Bahasa Dalam Akhbar Arus Perdana Muka 5

Page 6: Penggunaan laras bahasa dalam akhbar

2.0 PENGGUNAAN BAHASA DALAM AKHBAR HARIAN METRO

2.1 Morfologi

Dalam konteks kajian, penulis menggunakan Tatabahasa Dewan (1989) sebagai rujukan

utama dan juga Tatabahasa Melayu (Che Ibrahim, 2010). Menurut Tatabahasa Dewan,

morfologi merupakan “bidang ilmu bahasa yang mengkaji perkataan dari segi struktur,

pembentukan dan penggolongan kata. Struktur kata bermaksud susunan bentuk bunyi

ujaran atau lambang yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah

rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal hasil daripada proses pengimbuhan,

pemajmukan dan penggandaan (Nik Safiah, et. al., 1989, ms.3). Morfologi bahasa Melayu pula

ialah bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan golongan kata dalam bahasa Melayu.

Terdapat morfem iaitu unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan dalam akhbar Harian

Metro. Menurut Tatabahasa Dewan, morfem pula ialah unit yang terkecil dalam bahasa yang

mempunyai fungsi gramatis atau menjalankan tugas nahu.

Contoh morfem dalam Harian Metro (ms. 64):

penggunaan : peng + guna + an (mengandungi 3 morfem)

menamakan : me + nama + kan (mengandungi 3 morfem)

Morfem juga bersifat bebas atau terikat. Morfem bebas ialah morfem yang dapat wujud

bersendirian seperti makan dan badan. Manakala perkataan berasaskan dan tekanan merupakan

Penggunaan Bahasa Dalam Akhbar Arus Perdana Muka 6

Page 7: Penggunaan laras bahasa dalam akhbar

morfem terikat yang hanya akan wujud bersama-sama morfem lain . Unit-unit kecil itu tidak

boleh wujud tanpa kata dasar. Kesimpulannya, proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa

ialah penyusunan morfem mengikut peraturan sistem morfologi bahasa itu. Perkataan pula ialah

bahasa yang terkecil tetapi mengandungi makna yang lengkap dan dapat berdiri sendiri dalam

ayat. Rajah 1 adalah ringkasan am tentang morfologi dan cabangnya dalam bentuk rajah.

Rajah 1: Ringkasan morfologi dalam bentuk rajah

Penggunaan Bahasa Dalam Akhbar Arus Perdana Muka 7

Page 8: Penggunaan laras bahasa dalam akhbar

Dalam Harian Metro terbitan 30 Oktober 2012, gaya bahasanya banyak menggunakan

pembentukan kata baru iaitu bahasa harian yang popular mengikut peredaran zaman.

Contohnya di muka depan (ms. 1) menggunakan perkataan ‘awek’. Perkataan ini merupakan

bahasa yang dicipta oleh masyarakat sekarang. Ini menunjukkan laras bahasanya lebih mudah

diterima pakai dan difahami oleh golongan muda. Gaya bahasanya juga menggunakan perkataan

pinjaman dari bahasa asing (Inggeris) yang sepenuhnya terserap dan ada juga yang belum

terserap sepenuhnya.

Contohnya bahasa asing (bahasa Inggeris) yang sepenuhnya diserap:

Notis : notice (ms. C13)

Siber : cyber (ms. 2)

Contoh bahasa asing (bahasa Inggeris) yang belum sepenuhnya terserap:

Konsulat : consulate (ms. 2)

Klassifieds : classifieds (ms. 33)

Perancangan bahasa rasmi pada umumnya dilakukan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka dan

institusi pengajian tinggi banyak digunapakai dalam bahasa akhbar Harian Metro. Penggunaaan

perancangan bahasa rasmi (proses pinjaman) jelas kelihatan di akhbar tersebut.

Contoh ayat dari perancangan bahasa rasmi dalam Harian Metro (ms. 2):

atom profesional struktur

Penggunaan Bahasa Dalam Akhbar Arus Perdana Muka 8

Page 9: Penggunaan laras bahasa dalam akhbar

Kesimpulannya, proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa ialah penyusunan morfem

mengikut peraturan sistem morfologi bahasa tersebut (sila rujuk Rajah 2).

Rajah 2: Ringkasan pembentukan kata (cabang morfologi)

Penggunaan Bahasa Dalam Akhbar Arus Perdana Muka 9

Page 10: Penggunaan laras bahasa dalam akhbar

Di dalam Harian Metro terdapat pembentukan kata yang melibatkan imbuhan awalan, akhiran,

apitan dan sisipan.

Contoh perkataan imbuhan dalam Harian Metro:

Imbuhan awalan : bersosial bertindak beroperasi (ms. 23)

Imbuhan akhiran : pesanan arahan bacaan (ms. 24)

Imbuhan apitan : berkaitan melakukan (ms. 37)

Imbuhan sisipan : ber+ke+mungkin+an (ms. 45)

Dalam Harian Metro juga, beberapa kata tugas turut dimuatkan dalam pembentukan perkataan

yang bersifat heterogen. Menurut Tatabahasa Dewan, kata tugas hadir dalam ayat,

klausa atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu sama ada sebagai

penghubung, penerang, penentu , penegas, pemeri atau tugas-tugas lain (sila rujuk Rajah 3).

Dalam Harian Metro juga terdapat penggolongan kata. Satu contoh ialah kata sendi nama.

Ianya ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama yang lazim digunakan dalam Bahasa

Melayu. Kata sendi nama di digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang

menunjukkan tempat dan ditulis terpisah daripada kata nama dan tidak boleh digunakan di

hadapan kata nama atau frasa yang menerangkan waktu, masa atau zaman. Contohnya di

kalangan, penggunaan sepatutnya ialah dalam kalangan. Namun begitu kata sendi lain yang

terdapat di dalam teks Harian Metro adalah tepat dan sesuai.

Penggunaan Bahasa Dalam Akhbar Arus Perdana Muka 10

Page 11: Penggunaan laras bahasa dalam akhbar

Dalam akhbar Harian Metro penggunaan kata bantu pula bertugas untuk membantu frasa kerja,

frasa adjektif dan frasa sendi nama iaitu dengan menimbulkan makna-makna tambahan dari

segi aspek waktu atau ragam. Rajah 3 adalah ringkasan penggolongan kata.

Rajah 3: Ringkasan golongan kata (cabang morfologi)

Penggunaan Bahasa Dalam Akhbar Arus Perdana Muka 11

Page 12: Penggunaan laras bahasa dalam akhbar

2.2 Sintaksis

Sintaksis dapat ditakrifkan sebagai ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau

konstruksi ayat. Kita juga dapat memahami bidang sintaksis sebagai kajian tentang hukum atau

rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau

kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.

Setiap pembentukan ayat yang digunakan di Harian Metro menegaskan sesuatu bahasa dikenali

sebagai satu binaan atau konstruksi yang terbentuk daripada susunan beberapa unit kecil rangkai

kata dalam ilmu bahasa , dikenali sebagai unsur atau konstituen. Pemenggalan ayat secara tradisi

dikenali sebagai pemenggalan frasa subjek dan frasa predikat.

Contoh pemenggalan ayat dalam Harian Metro (ms. H10):

Mereka yang inginkan coklat berbentuk bulat

Subjek : Mereka

Predikat : inginkan coklat berbentuk bulat

Terdapat banyak lagi ayat yang mengandungi subjek dan predikat yang mudah difahami.

Selain penggunaan bahasa, gaya dan ragam ayat, kita juga membezakan pembentukan atau

binaan ayat melalui jenis-jenisnya.

Umumnya ayat terbahagi kepada empat bergantung pada lagu bahasa atau intonasi dan juga

tujuannya. Empat jenis ayat yang dimaksudkan ialah ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah

Penggunaan Bahasa Dalam Akhbar Arus Perdana Muka 12

Page 13: Penggunaan laras bahasa dalam akhbar

dan ayat seruan. Ayat yang terdapat dalam Harian Metro kebanyakannya ayat penyata. Namun

begitu terdapat juga ayat tanya.

Contoh ayat tanya dalam Harian Metro:

Artis lain pula bagaimana? (ms. 32)

Siapakah agaknya perempuan muda itu? (ms. H8)

Sebenarnya terdapat pelbagai jenis ayat yang terdapat dalam akhbar Harian Metro seperti dalam

penulisan cerpen yang berbentuk sastera iaitu ayat seru, ayat tanya dan sebagainya selain morfem

bebas dan morfem terikat.

Contoh ayat seru dalam Harian Metro (ms. H8):

Dalam Cerpen Hati : Proses transformasi ambil masa tau!

Ayat aktif terbahagi kepada dua iaitu ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif (Che Ibrahim,

2010, ms.309). Manakala ayat pasif terdiri daripada pasif dengan imbuhan kata kerja di, ter,

kata ganti diri pertama dan kedua. Berdasarkan akhbar Harian Metro, kebanyakan ayat yang

terdapat dalam akhbar ini ialah ayat aktif.

Contoh ayat aktif dalam Harian Metro:

Daerah Zhongning mengeluarkan buah Goji yang berkualiti tinggi di dunia (ms. C16)

Kaki palsu untuk gajah memudahkan pergerakannya (ms. 34)

Penggunaan Bahasa Dalam Akhbar Arus Perdana Muka 13

Page 14: Penggunaan laras bahasa dalam akhbar

2.3 Mekanisma Bahasa

Mekanisma bahasa juga memainkan peranan penting bagi penggunaan bahasa dalam akhbar . Di

dalam akhbar Harian Metro, ejaan yang digunakan adalah berpandukan Pola Keselarasan

Huruf Vokal. Justeru pembaca dibimbing dengan ejaan yang betul. Selain itu agak sukar juga

untuk mengenal pasti kesilapan ejaan dalam akhbar Harian Metro. Pinjaman perkataan bahasa

Inggeris yang keterlaluan pula perlu dielakkan.

Contoh penggunaan perkataan bahasa Inggeris dalam Harian Metro (ms. 22)

hospitaliti boleh digantikan menggunakan perkataan layanan yang baik

2.4 Gaya dan Laras Bahasa

Gaya bahasa ialah bahasa yang mempunyai ciri-ciri atau identiti kelakuan, peri laku atau

perlakuan yang tersendiri manakala laras pula ialah ragam atau nada bahasa (nahu). Gaya dan

laras merupakan bentuk bahasa yang khusus untuk situasi tertentu dan dapat dibezakan

daripada bentuk yang digunakan dalam situasi lain contohnya bahasa istana adalah berbeza

dari bahasa klasik dan bahasa sains atau bahasa anak remaja. Terdapat banyak laras bahasa

yang digunakan dalam akhbar Harian Metro. Ini termasuklah bidang ketenteraan, sains,

ekonomi, sukan dan lain-lain lagi. Oleh itu, struktur ayat akan berbeda dengan laras bahasa

yang berbeza-beza berdasarkan bidang yang hendak diperkatakan.

Akhbar ini juga didapati mempunyai laras penggunaan bahasa ilmiah yang mampu

mengungkapkan pelbagai bidang ilmu moden termasuklah perubatan, teknologi, sastera

Penggunaan Bahasa Dalam Akhbar Arus Perdana Muka 14

Page 15: Penggunaan laras bahasa dalam akhbar

dan lain-lain lagi. Justeru beberapa pendekatan boleh dibuat untuk menambahkan lagi laras

(nahu) bahasa yang terdapat di dalam akhbar ini. Laras perubatan jelas digunakan dalam

akhbar ini. Penggunaan laras sastera juga turut dimuatkan dalam akhbar ini.

Contoh ayat-ayat bagi laras perubatan dalam Harian Metro (ms. 23):

Aktif setiap hari untuk menikmati kesihatan diri

Bahan aktif Litramine yang mengandungi serat semulajadi mampu mengikat 27.4%

lemak makanan.

Contoh laras sastera dalam Harian Metro (ms. H8-H9):

Cerpen Inovasi Penerbitan Kreatif yang bertajuk ‘Tangisan Dalam Tawa’ .

Wujudnya laras sastera ini akan dapat memberi pendedahan kepada pembaca tentang nilai

seni dan estetika. Melalui sastera kreatif, akhbar ini dapat menjelaskan makna, dalam bahasa

yang menarik dan gaya penyampaian yang pelbagai. Penggunaan bahasa turut

mengutamakan persamaan bunyi fonem dan melibatkan unsur aliterasi dan asonansi.

Selain itu laras sastera kreatif ini mengutamakan gaya penulisan yang berkesan,

bermutu dan indah. Secara tidak langsung, bakat para pembaca dapat dipupuk dan

dikembangkan melalui sastera kreatif. Contohnya sajak yang bertajuk “Selagi Masih Muda”

dan “Suatu Malam”. Penulis mendapati bahawa penggunaan laras bahasa dalam teks ini

adalah sesuai dan tepat. Walaubagaimanapun laras yang paling ketara digunakan ialah laras

bahasa sensasi (popular) yang lebih bersifat komersial. Awek dan aktivis adalah contoh yang

ketara.

Penggunaan Bahasa Dalam Akhbar Arus Perdana Muka 15

Page 16: Penggunaan laras bahasa dalam akhbar

2.5 Gambar, Ilustrasi dan Warna

Gambar, ilustrasi dan juga warna memainkan peranan penting dalam menggalakkan pembaca

berminat untuk membaca akhbar Harian Metro ini. Gambar yang terdapat di dalam akhbar ini

memudahkan kita memahami maklumat yang hendak disampaikan dalam aspek bahasa simbolik.

Gambar bersifat visual manakala bahasa bersifat nahu.

Contoh gambar model motosikal Honda Cup yang terdapat di halaman V4 dapat membantu

pembaca memahami dengan lebih jelas lagi tentang bentuk model keluaran Motosikal Honda

Cup empat lejang bersesaran 49cc tanpa diungkap dengan bahasa.

Selain itu, terdapat juga ilustrasi dan warna yang menarik di setiap halaman mengiringi berita

yang disampaikan. Justeru itu pembaca akan tertarik dan keinginan untuk membaca akan

meningkat. Gambar dan ilustrasi juga dapat menolong pembaca bukan Melayu mempelajari

bahasa dengan lebih cepat. Di samping warna-warna yang terang, ilustrasi pada bahagian muka

depan akhbar Harian Metro juga sangat menarik dan memikat hati pembaca.

Penggunaan Bahasa Dalam Akhbar Arus Perdana Muka 16

Page 17: Penggunaan laras bahasa dalam akhbar

Gambar (di atas): Akhbar Harian Metro terbitan 30 Oktober 2012

Penggunaan Bahasa Dalam Akhbar Arus Perdana Muka 17

Page 18: Penggunaan laras bahasa dalam akhbar

3.0 PENUTUP

3.1 Kesimpulan

Berdasarkan kajian dari segi morfologi dan sintaksis , didapati akhbar Harian Metro

merupakan akhbar arus perdana yang sesuai dijadikan bahan bacaan. Selain itu struktur

morfologinya adalah tepat. Pemilihan kata-kata adalah kata- kata yang bermakna.

Dari aspek sintaksis pula, Harian Metro ada sedikit kelemahan. Ayat-ayat yang diterbitkan

mempunyai kompleksiti yang jelas dan tinggi seperti aktivis dan konsulat. Di samping itu

pelbagai jenis ayat juga digunakan. Akhbar ini juga mempunyai ciri-ciri bahasa akademik

iaitu bahasa yang agak lengkap dengan laras ilmiah untuk menjelaskan pelbagai maklumat.

Dari sudut gambar dan ilustrasi akhbar ini pula, ianya jelas dan menepati petikan yang

diberi. Gambar dan ilustrasi ini banyak membantu para pembaca memahami dengan

lebih tepat maklumat yang hendak disampaikan .

Kesimpulannya, akhbar Harian Metro boleh dijadikan bahan bacaan yang sesuai dan

mempunyai banyak informasi. Pelbagai informasi yang dapat diperolehi merangkumi berbagai

maklumat dan bukan sahaja sesuai dibaca oleh golongan muda tetapi juga golongan atasan dan

kanak-kanak. Terdapat pelbagai ruangan seperti keselamatan, kesihatan, fesyen, sukan dan

lain-lain maklumat lagi yang boleh digunapakai dalam kehidupan seharian.

Penggunaan Bahasa Dalam Akhbar Arus Perdana Muka 18

Page 19: Penggunaan laras bahasa dalam akhbar

3.2 Cadangan

Memandangkan akhbar Harian Metro mempunyai banyak kelebihan, akhbar ini boleh diteruskan

sebagai bahan bacaan yang sesuai untuk semua peringkat umur. Penulis mencadangkan agar

aspek kesalahan tatabahasa hendaklah diminimakan untuk mencapai kesempurnaan

bahasa dalam kalangan para pembaca. Penggunaan ayat mudah dan ayat kompleks

hendaklah diselang-selikan dalam ayat yang diberi.

Selain itu penulis turut mencadangkan agar akhbar Harian Metro ini menggunakan

perkataan atau penciptaan kata baru berdasarkan penggunaan popular tetapi tidak

keterlaluan. Contohnya perkataan aura, gah, wadah dan sebagainya. Dengan ini pembaca

dapat menambah perbendaharaan kata.

Walaubagaimanapun, penggunaan bahasa pinjaman yang keterlaluan pula akan menyebabkan

kehilangan jati diri tatabahasa melayu secara beransur-ansur. Laras bahasa yang terlalu bersifat

sensasi pula dan boleh mendatangkan negativiti kepada minda pembaca. Tidak dinafikan

bahawa penggunaan serta penggayaan bahasa dalam akhbar arus perdana Harian Metro adalah

sesuatu yang teramat penting dari segi nilai komersialnya.

Penggunaan Bahasa Dalam Akhbar Arus Perdana Muka 19

Page 20: Penggunaan laras bahasa dalam akhbar

4.0 RUJUKAN

Akhbar (2005). Kamus Dewan (Ed. 4). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Akmar Hayati Ahmad Ghazali, Siti Zobidah Omar, Jusang Bolong, Mohd Nizam Osman,

Khailani A. Jalil (2011). Kepercayaan remaja terhadap akhbar: Satu kajian di dua buah sekolah

terpilih. Jurnal Pendidikan (Bil.1, Jld. 9) ISSN: 1675-8730, ms.97-122.

Bahasa (2005). Kamus Dewan (Ed. 4). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Che Ibrahim Salleh (2010). BBM 3203 Unit 1-11/11: Tatabahasa Melayu (Cetakan ke-5).

Serdang: UPM Holdings Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa (1989). Tatabahasa Dewan: Jilid 2:

Perkataan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sintaksis (2005). Kamus Dewan (Ed. 4). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Penggunaan Bahasa Dalam Akhbar Arus Perdana Muka 20