laporan x-plus bola baling

Upload: nasoha

Post on 08-Jul-2015

288 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

1.0

Tajuk Program Gemilang Bola Baling

2.0

Latar Belakang PPD Johor Bahru mempunyai 95 buah sekolah rendah yang terdiri daripada 72

buah sekolah kebangsaan, 2 buah sekolah pendidikan khas, 17 buah sekolah jenis kebangsaan cina (SJKC) dan 4 buah sekolah jenis kebangsaan tamil (SJKT). 44 buah sekolah menengah yang terdiri daripada 37 buah sekolah menengah harian, 1 buah sekolah agama, 2 buah sekolah menengah vokasional, 2 buah menengah sekolah teknik, 1 buah sekolah menengah berasrama penuh dan 1 buah sekolah menengah seni. Pelbagai program telah disusun oleh unit sukan PPDJB melalui Majlis SukanSukan Daerah Johor Bahru (MSSDJB) bertujuan melahirkan pelajar yang sihat dan berketrampilan dalam aktiviti kokurikulum khususnya dalam sukan berbentuk permainan. Salah satu sukan yang diwujudkan dalam kalender MSSDJB sejak sekian lama ialah Sukan Bola Baling. 3.0 3.1 Perbincangan Isu Berasaskan Kerangka X-PLUS Sejarah Sukan Bola Baling di Malaysia. Permainan bola baling di Malaysia dianggap satu permainan yang baru. Ia mula diperkenalkan pada tahun 1976 oleh Lim Hock Han. Persatuan Bola Baling Olimpik Selangor dan Wilayah Persekutuan secara rasminya telah didaftarkan pada 11 Sep. 1985. Cheah Hai Su telah dilantik sebagai presiden dan Lian Chin Nam sebagai Naib Presiden. Pada tahun 1986 persekutuan ini telah menjadi ahli gabungan Kesatuan Bola Baling Asia. Kejohanan Bola Baling Terbuka Selangor dan Wilayah Persekutuan yang pertama telah diadakan pada 2 Jun 1982. Kejohanan Bola Baling Kebangsaan pula telah diadakan pada 7 Dis. 1985 dimana 11 pasukan telah mengambil bahagian.

1

Mulai tahun 1987, permainan bola baling telah diterima sebagai satu permainan yang dipertandingkan diperingkat kebangsaan di bawah kelolaan Majlis Sukan SekolahSekolah Malaysia (MSSM). MSSM telah menganjurkan dua kursus iaitu di Kompleks TUDM, Lumut tahun 1985 dan di Sekolah Menengah Sains Selangor pada tahun 1986 untuk melatih guru dari semua negeri dalam aspek kejurulatihan dan kepengadilan. Di maktab perguruan pula, permainan ini telah disenaraikan dalam kegiatan kokurikulum pelajarnya. Salah satu permainan yang dipertandingkan antara maktab-maktab perguruan dalam Pestarama Maktab mulai tahun 1985. 3.1 Sejarah Sukan Bola Baling di PPD Johor Bahru. Sukan bola baling disesuaikan dengan kalender MSSDJB bermula tahun 1990 di bawah kepimpinan En. Amir Bin Yunos sebagai Pengerusi Teknik Permainan Bola Baling yang pertama. Pelbagai program pembangunan kejurulatihan dan kepengadilan telah disusun dan dilaksanakan bertujuan memperkenalkan sukan ini di peringkat sekolah-sekolah johor bahru. Pasukan bola baling MSSDJB turut menempa nama dengan muncul sebagai Johan kategori Perempuan 12 tahun Kategori Perempuan 18 tahun dalam kejohanan Bola Baling Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri Johor (MSSJ). Walaupun sukan bola baling sudah dipertandingkan di peringkat MSSDJB ketika itu, ramai pemimpin-pemimpin sukan yang kebanyakannya guru masih belum mendapatkan in-put sepenuhnya berkaitan sukan bola baling. Hal sedemikian menyebabkan hanya 10-13 beberapa buah sekolah yang aktif menggerakan sukan bola baling di sekolah masing-masing. Sesetengah guru bersikap proaktif dengan mendapatkan maklumat berkaitan sukan bola baling daripada guru penasihat bola baling sekolah lain. Kesan daripada itu, sukan bola baling di peringkat MSSDJB hanya dipelopori olah sesetengah sekolah yang mempunyai guru yang memiliki ilmu dan kemahiran 2

sukan bola baling. Di peringkat MSSJ, pasukan MSSDJB hanya mampu memberi saingan bagi kategori perempuan 12 tahun dan perempuan 18 tahun. MSSD Batu Pahat banyak memberi saingan kepada pasukan lain dan turut mendominasi beberapa siri kejohanan MSSJ dengan muncul johan dalam beberapa kategori yang dipertandingkan. Melalui post-mortem oleh pasukan MSSDJB telah dapat mengenalpasti beberapa kelemahan. Antaranya ialah: Faktor Jurulatih, i. ii. iii. Kurang kemahiran kejurulatihan. Tidak menguasai undang-undang permainan. Tiada asas Pendidikan Sains Sukan.

Faktor Pemain, i. ii. iii. Pemain tidak menguasai undang-undang permainan. Kesediaan fizikal berada ditahap rendah. Kurang motivasi

Faktor Organisasi i. ii. iii. Kekurangan bahan rujukan sukan bola baling. Kekurangan kursus dan program pemantapan kemahiran kejurulatihan. Kekurangan sokongan dan motivasi pihak pentadbiran sekolah.

Faktor Luaran i. ii. Populariti sukan lain (bola sepak dan bola jaring) turut memberi kesan kepada perkembangan sukan bola baling. Kekurangan sokongan dan galakan ibu bapa.

3

4.0

Strategi Pelaksanaan Bermula tahun 2002, pengurusan bola baling di peringkat MSSDJB telah diberi

memberi perhatian yang serius dalam sukan ini. Pelbagai program jangka panjang dirancang bermula 2002 hingga 2012 bertujuan penambaikan. Jawatankuasa Teknik dan Pembangunan Sukan Bola Baling MSSD Johor Bahru diperkenalkan di bawah kepimpinan Pengerusi Teknik yang baharu iaitu En. Senthtamil Selvan bermula tahun 2012 hingga 2007. Legasi kecemerlangan bola baling MSSD Johor Bahru diteruskan dengan pelantikan En. Nasoha Bin Sariyoh sebagai Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan Bola Baling MSSD Johor Bahru bermula 1 Januari 2008 hinggan sekarang. Melalui kepimpinan yang baharu, beberapa program telah dirancang secara tersusun dan disesuaikan dengan program di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Guruguru bola baling sekolah rendah dan sekolah menengah telah dilantik menganggotai Jawatan Kuasa Teknik & Pembangunan Bola Baling MSSD Johor Bahru. Beberapa siri mesyuarat telah diadakan khusus membincangkan dan merangka program pembangunan sukan bola baling. Antaranya ialah; i. Program Kecemerlangan Jurulatih ii. Program Kecemerlangan Pengadil iii. Program Kecemerlangan Pelajar (Pemain) iv. Program Kecemerlangan Pengurusan Organisasi v. Program Kecemerlangan Pengurusan Pertandingan vi. Program Kecemerlangan Pengurusan Aktiviti Luar Musim

4

PROGRAM GEMILANG BOLA BALING MSSD JOHOR BAHRU 2002 - 2011

BACK TO BASIC

X-PLUS

SKOP TUGAS

PEMANTAUAN

KECEMERLANGAN

PENGETAHUAN

LATIHAN

USAHA

SEPASUKAN

1. Program Kecemerlangan Jurulatih

1. Jurulatih Sekolah

1. Setiap jurulatih sekolah mesti memegang jawatan guru penasihat kelab bola baling sekolah.

1. Undang-Undang Permainan Bola Baling (IHF) terkini. 2. Manual kemahiran teknikal, taktikal dan Kejurulatihan.

1. Kursus Kejurulatihan Asas permainan bola baling. (PPD JB -2003) 2. Kursus Kejurulatihan Bola Baling. (PPDJB 2006) 3. Kursus Asas Permainan Bola Baling. (Zon Gelang Patah Apr 2007) 4. Kursus LDP, Kemahiran Bola Baling dalam PJK (Zon Nusajaya Mac 2008) 5. Kursus Permainan Bola Baling Mini (PPDJB feb 2009) 6. Kursus Permainan Bola Baling Sekolah-Sekolah Rendah (PPDJB nov 2009) 7. Kursus Bola Baling Tahap 1 (MSN/MSSJ Jun 2010)

1. Aktiviti perbengkelan 2. Penghasilan manual kejurulatihan. 3. Pengumpulan maklumat kejurulatihan melalui pelbagai sumber.

1. JK Kejurulatihan Bola Baling MSSD Johor Bahru 2. Guru penasihat bola baling. 3. Unit Sukan PPDJB 4. Pentadbiran sekolah.

5

2. Program Kecemerlangan Pengadil

1. Setiap pengadil mesti mengadili perlawanan diperingkat zon & daerah. 2. Setiap pengadil dimestikan mengadili perlawanan di luar musim (out reach programme)

1. Arif tentang undangundang permainan. 2. Membuat keputusan yang tepat dalam mengadili perlawanan. 3. Tiada kontroversi akibat keputusan pengadilan. 4. Mengadili perlawanan di peringkat kebangsaan & antarabangsa.

1. Buku UndangUndang Bola Baling (IHF) terkini.

1. Kursus Kepengadilan Bola Baling (PPDJB -2003) 2. Kursus Kepengadilan Bola Baling Mini (PPDJB 2009) 3. Kursus Kepengadilan Bola Baling Tahap 1 (PBBJ/MSSJ 2011)

1. Aktiviti Perbengkelan 2. Taklimat undangundang & permainan dari semasa ke semasa. 3. Input tambahan daripada Persatuan Bola Baling Negeri Johor (PBBJ)

1. JK Kepengadilan MSSDJB

2. Program Kecemerlangan Pelajar (Pemain)

1. Pertandingan peringkat Zon & Daerah

1. Menguasai kemahiran permainan bola baling peringkat tinggi.

1. Kemahiran asas permainan bola baling.

1. Latihan pasukan sekolah & latihan pasukan peringkat zon.

1. Klinik kemahiran bola baling. 2. Perlawanan interclass. 3. Perlawanan persahabatan antara kelab bola baling sekolah. 4. Perlawanan persahabatan antara pasukan bola baling daerah. (JB-PTN-GU) 5. Perlawanan persahabatan antara pasukan bola baling negeri. 6. Perlawanan persahabatan antarabangsa.

Gabungan pelajar, gabungan sekolah, gabungan zon.

6

(MSSDJB vs Singapore Youth Olimpic Handball Team nov 2009)

3. Program Kecemerlangan Pengurusan Organisasi

1. Penyediaan & pengedaran suratsurat secara tersusun. 2. Pengurusan Sistem Fail secara sistematik. 3. Perancangan aktiviti yang bersesuaian dengan takwim sekolah dan PPD. 4. Penyediaan Laporan Aktiviti Secara Berformat.

1. Minit Mesyuarat betul, lengkap dan mengikut format. 2. Sistem Fail lengkap dan mengikut piawai.

1. Tatacara pengendalian mesyuarat. 2. Panduan Sistem Fail.

1. Kursus Pengurusan Fail 2. Kursus Tatacara Pengendalian Mesyuarat.

1. Taklimat 2. Perbengkelan Penulisan Laporan dan Minit Mesyuarat.

1. JK Teknik, Latihan & Kepegawaian Bola Baling MSSDJB

4. Program Kecemerlangan Pengurusan Pertandingan

1. Pengurusan teknikal. 2. Senarai semak dokumen pertandingan 3. Pengurusan dokumen pertandingan. 4. Keputusan Pertandingan.

1. Pertambahan bilangan pasukan yang menyertai perlawanan. 2. Kualiti permainan meningkat.

1. Manual Format Pertandingan 2. Manual Pengurusan Acara. 3. Asas Kemahiran Permainan Bola Baling.

1. Kursus asas pengendalian kejohanan bola baling. (PPDJB 2009)

1. Aktiviti perbengkelan. 2. Taklimat pengendalian & pengelolaan kejohanan bola baling. (PBBJ Jun 2009)

JK Pengelolaan Peringkat Zon & Daerah.

7

5. Penyediaan laporan pertandingan

5. Program Kecemerlangan Pengurusan Aktiviti Luar Musim

1. Pengurusan teknikal. 2. Senarai semak dokumen pertandingan 3. Pengurusan dokumen pertandingan. 4. Keputusan Pertandingan. 5. Penyediaan laporan pertandingan

1. Penglibatan sekolahsekolah baru dalam kejohanan bola baling remaja 14 tahun & remaja 16 tahun peringkat PPDJB. 2. Penglibatan pemainpemain baru (pemain pelapis) dalam pertandingan yang dianjurkan.

1. Kemahiran asas bola baling.

1. Klinik kemahiran bola baling peringkat PPDJB. (PPDJB Okt 2011)

1. Klinik kemahiran bola baling. 2. Perlawanan interclass. 3. Perlawanan persahabatan antara kelab bola baling sekolah.

1. JK Teknik Bola Baling MSSDJB dengan kerjasama Persatuan Bola Baling Johor (PBBJ)

8

5.0

Contoh-Contoh Kejayaan

i. Program Kecemerlangan Jurulatih Melalui Program Kecemerlangan Jurulatih, dianggarkan lebih kurang 70 orang guru sekolah rendah dan 40 orang guru sekolah menengah di PPDJB telah mendapat input berkaitan permainan bola baling. Hal ini ditunjukkan dengan peningkatan jumlah penyertaan pasukan dalam pertandingan MSS Zon dan MSSD JB. Hingga kini, ramai jurulatih daripada MSSDJB diberi kepercayaan untuk menjadi jurulatih pasukan bola baling MSSJ ke pertandingan Bola Baling Peringkat MSSM. Hal ini membuktikan tahap pengetahuan dan kemahiran dalam aspek kejurulatihan para jurulatih telah meningkat. ii. Program Kecemerlangan Pengadil Hingga kini MSSDJB telah mempunyai 15 orang pengadil berkelayakan mengadili perlawanan peringkat daerah, 8 orang berkelayakan mengadili perlawanan peringkat negeri dan 3 orang (Nasoha, Selvan, Shahril Affandi) berkelayakan mengadili perlawanan peringkat kebangsaan. Angka ini sentiasa bertambah dari setahun ke setahun. Aspek pengetahuan dan kualiti kepengadilan tidak diragui hingga 2 orang pengadil (Nasoha, Shahril Affandi) telah diberi kepercayaan mengadili Perlawanan Persahabatan Antarabangsa di antara Singapore Olimpic Youth Team dengan Pasukan MSSDJB pada November 2009. Selain itu 2 orang pengadil MSSDJB (Nasoha, Selvan) turut diberi kepercayaan mengadili Kejohanan Bola Baling SUKMA edisi Kuala Lumpur. Hal ini menunjukkan bahawa pengetahun para pengadil MSSDJB sentiasa dipertingkat melalui program yang disusun.

iii. Program Kecemerlangan Pelajar (Pemain) Melalui Program Kecemerlangan Pelajar (Pemain), ramai pemain berketrampilan dapat dilahirkan. Melalui data yang dikumpulkan, 50 peratus peningkatan kemahiran individu pelajar adalah bermula di sekolah rendah seterusnya kemahiran ini dipertingkat yang lebih tinggi semasa mereka bersekolah menengah. Hal ini dibuktikan apabila pemain yang pernah 9

mewakili MSSDJB ke MSSJ peringkat umur 12 tahun mendapat johan dan terpilih sekali lagi mewakili MSSDJB ke MSSJ bawah umur 15 tahun telah menunjukkan kematangan mereka dalam permainan dan turut muncul johan dalam pertandingan di peringkat MSSJ. Selain itu, ramai di kalangan pemain MSSDJB turut didedahkan dengan perlawanan yang kompetetif seawal peringkat usia 11 tahun. Sebagai contoh, Kejohanan Remaja Bawah 14 Tahun dan Kejohanan Remaja Bawah 16 Tahun sebagai satu bentuk latihan berterusan dan salah satu syarat terpilih menyertai Pasukan Bola Baling MSSDJB ke MSSJ pada tahun berikutnya. Kejohanan Bola Baling Terbuka Perlis Bawah 12 Tahun 2009 turut disertai oleh pasukan Perempuan MSSDJB yang ketika itu berumur 10-11 tahun. Kelantan muncul Juara dan MSSDJB muncul Naib Juara. Pada tahun berikutnya 2010, pasukan yang sama telah berjaya menewaskan Kelantan dalam perlawanan akhir kategori perempuan bawah 12 tahun. Program berterusan adalah kunci kepada kejayaan. iv. Program Kecemerlangan Pengurusan Aktiviti Luar Musim Program ini disusun adalah bertujuan mencungkil bakat-bakat baru dikalangan pemain-pemain bola baling di peringkat usia 10 tahun. JK Kejurulatihan akan bertindak sebagai peneraju program ini sebagai platform mengenalpasti bakat. Pemain-pemain berbakat yang dikenalpasti akan disenarai pendek untuk diserapkan dalam skuad pelapis bawah umur 10 tahun. Pemain-pemain ini diberi latihan secara berterusan pada hujung minggu oleh jurulatih. SK Komplekas Sultan Abu Bakar diberi kepercayaan melaksanakan misi kejuaraan dan En. Syeffulizam Hj Ramli diberi mandat untuk merealisasikannya. SMK Skudai turut diberi kepercayaan mengadakan program kecemerlangan pemain bola baling bawah umur 16 tahun dengan jalinan usahasama SMK Impian Emas dan dipantau oleh jurulatih berpengalaman En. Razaleigh (SMK Skudai) dan En. Md Daud Ujang (SK Kg Maju Jaya). Perkembangan personaliti dan bakat pemain akan sentiasa dipantau oleh jurulatih terbabit. Program kemahiran individu (individu skill) turut diperkenalkan dan pemain hendaklah sentiasa mengamalkan kemahiran yang dtunjukajar oleh juruatih.

10

TAHUN 2006 JOHAN KESELURUHAN: KEPUTUSAN BOLA BALING MSSJ DISMK TAMAN PUTERA, KULAI KATEGORI LELAKI 12 PEREM 12 LELAKI 15 PEREM 15 PEREM 18 LELAKI 18 JOHOR BAHRU JOHOR BAHRU JOHOR BAHRU PUSINGAN AWAL JOHAN JOHOR BAHRU JOHOR BAHRU NAIB JOHAN KETIGA KEEMPAT

TAHUN 2007 JOHAN KESELURUHAN: KEPUTUSAN BOLA BALING MSSJ DI SM ANJUNG BATU MERSING KATEGORI LELAKI 12 PEREM 12 LELAKI 15 PEREM 15 PEREM 18 LELAKI 18 JOHOR BAHRU JOHOR BAHRU PUSINGAN AWAL JOHAN JOHOR BAHRU JOHOR BAHRU JOHOR BAHRU NAIB JOHAN KETIGA KEEMPAT

TAHUN 2008 JOHAN KESELURUHAN: KEPUTUSAN BOLA BALING MSSJ PADA 9 11 MEI 2008 DI SM SAINS MUAR KATEGORI LELAKI 12 PEREM 12 LELAKI 15 PEREM 15 PEREM 18 LELAKI 18 JOHAN JOHOR BAHRU JOHOR BAHRU MUAR JOHOR BAHRU P. GUDANG JOHOR BAHRU NAIB JOHAN BATU PAHAT KOTA TINGGI SEGAMAT P.GUDANG KOTA TINGGI KLUANG KETIGA SEGAMAT MUAR JOHOR BAHRU BATU PAHAT JOHOR BAHRU KOTA TINGGI KEEMPAT KOTA TINGGI PONTIAN KLUANG KOTA TINGGI MUAR P. GUDANG

11

TAHUN 2009 JOHAN KESELURUHAN: KEPUTUSAN BOLA BALING MSSJ DI SMK AIR TAWAR 2, KOTA TINGGI 2009

KATEGORI LELAKI 12 PEREM 12 PEREM 18 LELAKI 18

JOHAN KLUANG JOHOR BAHRU KOTA TINGGI KLUANG

NAIB JOHAN JOHOR BAHRU MUAR P.GUDANG MUAR

KETIGA KLUANG P.GUDANG JOHOR BAHRU JOHOR BAHRU

KEEMPAT SEGAMAT SEGAMAT BATU PAHAT P.GUDANG

TAHUN 2010 JOHAN KESELURUHAN: KEPUTUSAN BOLA BALING MSSJ DI KOLEJ MATRIKULASI TANGKAK, MUAR 2010 KATEGORI LELAKI 12 PEREM 12 PEREM 18 LELAKI 18 JOHAN KLUANG JOHOR BAHRU JOHOR BAHRU JOHOR BAHRU NAIB JOHAN JOHOR BAHRU KETIGA KEEMPAT

TAHUN 2011 JOHAN KESELURUHAN: KEPUTUSAN BOLA BALING MSSJ DIADAKAN DI SMV BATU PAHAT 2011

KATEGORI LELAKI 12 PEREM 12 PEREM 18 LELAKI 18

JOHAN JOHOR BAHRU JOHOR BAHRU JOHOR BAHRU JOHOR BAHRU

NAIB JOHAN BATU PAHAT

KETIGA

KEEMPAT

P.GUDANG

12

6.0

Rumusan Usaha yang berterusan dan secara tersusun hendaklah dijadikan amalan dan budaya

jika mahukan kejayaan. MSSDJB pernah mengalamai zaman kesuraman dalam permainan bola baling. Pelbagai program yang melibatkan semua pihak iaitu dikalangan guru, pentadbir sekolah dan pentadbiran PPD perlu disusun secara terancang agar membuahkan hasil yang diinginkan. Untuk mendapatkan bakat-bakat baru pemain bola baling, kelab bola baling sekolah hendaklah bergerak secara aktif dan kreatif dalam merancang program tahunan. Kelab yang aktif dan kreatif sahaja mampu menarik minat pelajar untuk menyertainya. Oleh itu, guru-guru penasihat perlu menjadi lebih aktif dengan mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber agar minat pelajar terus tumbuh dan mencintai sukan bola baling. Selain itu, guru-guru penasihat hendaklah sentiasa peka kepada sebarang perubahan dalam aspek kemahiran bola baling. Kemahiran pengurusan boleh diperolehi dengan mengikuti pelbagai kursus peningkatan kemahiran bola baling yang dianjurkan oleh MSSDJB ataupun agensi-agensi luar seperti Majlis Sukan Negara dan Persatuan Bola Baling Negeri. Pihak pentadbiran sekolah dan PPDJB hendaklah memberi ruang yang seluasnya kepada pegawai-pegawai yang menunjukkan minat untuk mendalami ilmu bola baling. Sokongan 100 peratus hendaklah diberi sekiranya pegawai-pegawai dibawah seliaan mereka, dikehendaki menghadiri kursus, taklimat ataupun menjadi pegawai pertandingan dalam program bola baling sama ada anjuran oganisasi awam atau organisasi swasta. Pertandingan sukan seumpama ini memerlukan komitmen yang tinggi. Oleh itu, latihan secara berterusan amatlah penting. Para jurulatih diperingkat sekolah hendaklah merangka program latihan secara berterusan sepanjang tahun bagi mempastikan bakat dan kemahiran pemain dapat dikekalkan. Amalan seminggu dua berlatih ketika menjelang pertandingan hendaklah dielakkan kerana boleh meninggalkan kesan kecederaan kepada pemain akibat ketidaksediaan tubuh menerima bebanan ketika perlawanan. 13

7.0

Penutup Usaha seperti ini akan diteruskan pada masa-masa akan datang kerana

keberkesanannya. Kejayaan tidak akan terbina dalam waktu sehari. Untuk merealisasikan suatu impian perlu ada perancangan. Perancangan perlu ada kesatuan. Kesatuan perlu bergerak ke arah matlamat yang sama iaitu kecemerlangan.

14