laporan tahunan oshmp(edit)

23
LAPORAN OSH-MP 15 TAHUN 2011 STRATEGI 3 PROGRAM 1 Disediakan : JAWATANKUASA TEKNIKAL

Upload: ayyeeyan

Post on 30-Nov-2015

86 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Tahunan Oshmp(Edit)

LAPORAN OSH-MP 15TAHUN 2011

STRATEGI 3 PROGRAM 1

Disediakan :

JAWATANKUASA TEKNIKAL STRATEGI 3 PROGRAM 1

Page 2: Laporan Tahunan Oshmp(Edit)

Laporan OSH-MP 15 Strategi 3 Program 1

KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN 3

2.0 AKTIVITI YANG DIJALANKAN 3

3.0 KEPUTUSAN 6

4.0 PENGKALAN DATA KKP 12

5.0 STATUS PERBELANJAAN 17

6.0 CABARAN DAN KEKANGAN 17

7.0 CADANGAN 18

8.0 KESIMPULAN 18

9.0 LAMPIRAN 19

2

Page 3: Laporan Tahunan Oshmp(Edit)

Laporan OSH-MP 15 Strategi 3 Program 1

1.0 PENGENALAN

Pelaksanaan Program 1 Strategi 3 adalah bertujuan untuk memperkasa kemampunan dalam mentadbir keselamatan dan kesihatan pekerjaan dengan lebih baik dikalangan industri secara keseluruhan. Terdapat 2 aktiviti yang dijalankan secara bersama di dalam Program 1 iaitu :

Aktiviti 1 :To strengthen the injury prevention capacity and capability through strengthening OSH programmes within employers and workers organisation.

Aktiviti 2 :Ensure appropriate resources levels for injury prevention

Bagi memastikan aktiviti-aktiviti dapat dilaksanakan dengan berkesan, sasaran pelaksanaan telah ditetapkan iaitu sebanyak 1000 tempat kerja disasarkan telah mewujudkan in house OSH Team dan OSH budget bagi tahun 2011.

Tempoh pelaksanaan bagi Program 1 adalah sehingga 2015 iaitu dengan sasaran 10000 tempat kerja telah mewujudkan OSH Team dan OSH budget.

2.0 AKTIVITI YANG DIJALANKAN

Bagi memastikan pelaksanaan Program 1 mencapai sasaran yang ditetapkan beberapa aktiviti telah dijalankan sepanjang tahun 2011 iaitu:

2.1 Pelantikan Ahli Jawatankuasa Teknikal Program 1

Pengerusi :Pn Habsah Bt. IshakTim. Pengerusi :Pn Fauziah Bt. KamaruddinAhli :En. Liew Kuok Jew

En. Muhamad Ridzuan B. Sani En. Azman B. Md Yasin Pn Siti Thalisah Bt. Ahmad Pn Zurena Bt. Mohammad Yusoff En.Elayaraja a/l Veeran

2.2 Pelantikan Pegawai Bertanggunjawab (PIC) Pejabat Negeri

i)En Mohd Fairul Azman B. Ismail -JKKP Johorii)En Shahrill B. Sulaiman -JKKP P.Pinangiii)En Jamaluddin B. A. Malek -JKKP Kedahiv)En Saifuladili B. Jaafar -JKKP Pahangv)En Mohamad Nazaruddin Jaafar -JKKP Kelantan

3

Page 4: Laporan Tahunan Oshmp(Edit)

Laporan OSH-MP 15 Strategi 3 Program 1

vi)En Rohaizad B. Md Daud -JKKP Terengganuvii)En Khairof Fais B. Abd raop -JKKP Perlisviii)En Mohd Faisal Sulong @ A. Rashid -JKKP Sabahix)En Amree Ghazi -JKKP Sarawak

2.3 Penyediaan Borang Soal Selidik

Borang Soal Selidik berkaitan KKP telah dibangunkan bagi mendapatkan bilangan tempat kerja yang telah mengadakan OSH Team dan OSH budget.

Elemen-elemen dalam keperluan OSH Team dan OSH budget telah dikenalpasti iaitu :

i) OSH Team - Tempat kerja di bawah AKKP 1994 yang telah mewujudkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan seperti yang diperuntukkan di dalam Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan) 1996.

ii) OSH budget – Tempat kerja yang telah mengadakan program berkaitan KKP seperti:

Pemberian peralatan perlindungan diri Ceramah KKP Kempen KKP Program induksi Latihan prosedur kerja selamat Sistem permit kerja Pemeriksaan kesihatan

Contoh borang soal selidik yang telah dibangunkan adalah seperti di Lampiran 1.

2.4 Pengedaran Borang Soal Selidik

Sebanyak 4600 borang soal selidik telah diedarkan kepada setiap Pejabat Negeri mengikut agihan seperti berikut:i)JKKP Selangorii)JKKP Johoriii)JKKP Perak 330

iv)JKKP P.Pinangv)JKKP Pahangvi)JKKP Melakavii)JKKP Kedahviii)JKKP Sabahix)JKKP Sarawak

4

270

Page 5: Laporan Tahunan Oshmp(Edit)

Laporan OSH-MP 15 Strategi 3 Program 1

x)JKKP N. Sembilanxi)JKKP WPKLxii)JKKP Kelantanxiii)JKKP Terengganu 250

xiv)JKKP Perlis Di antara Agensi Luar yang telah bekerjasama dalam

mengedarkan borang soal selidik adalah seperti berikut:i) Malaysian Employers Federation (MEF)ii) Federation of Malaysian Manufacturers (FMM)iii) Malayan Agricultural Producers Association (MAPA)iv) Master Builders Association Malaysia (MBAM)

Pendekatan atau strategi yang diambil dalam mengedarkan borang selidik adalah melalui aktiviti berikut:i) Pendaftaran baru tempat kerjaii) Pemeriksaan ulangan kilang dan jenteraiii) Audit IKSiv) Pengeposan

2.5 Penganalisaan Borang Soal Selidik

Sebanyak 1,615 borang soal selidik telah diterima dari semua Pejabat Negeri dan agensi luar dan analisa dijalankan secara manual bagi mengenalpasti elemen-elemen berikut:i) Bilangan tempat kerja bagi industri kecil dan

sederhana yang mempunyai OSH Team dan OSH budget.

ii) Bilangan tempat kerja bagi industri besar yang mempunyai OSH Team dan OSH budget.

iii) Bilangan tempat kerja mengikut sektor yang mempunyai OSH Team dan OSH budget.

2.6 Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Program 1 telah diadakan sebanyak 4 kali pada tahun 2011 bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan pelaksanaan aktiviti-aktiviti Program 1.

5

260

Page 6: Laporan Tahunan Oshmp(Edit)

Laporan OSH-MP 15 Strategi 3 Program 1

3.0 KEPUTUSAN

Keputusan bagi data-data yang telah dianalisa adalah seperti yang ditunjukkan di Jadual di bawah:

Sektor IKS Industri BesarOSH Team OSH

budgetOSH Team OSH

budgetAda Tiad

aTB Ada Tiad

aAda Tiad

aAda Tiad

aPengilangan

361 60 204 527 67 245 0 232 5

Pembinaan78 4 11 197 7 108 0 97 5

Kemudahan16 2 1 23 4 14 0 13 0

Perkhidmatan Awam dan Pihak Berkuasa Berkanun

39 40 40 42 42 0 0 0 0

Perlombongan dan Penguarian 7 0 3 10 0 0 0 0 0

Pertanian, Perhutanan dan Perikanan

27 3 99 118 10 29 6 35 0

Pengangkutan, Penyimpanan dan Komunikasi

24 7 8 9 10 11 12 13 14

Perdagangan Borong dan Runcit

8 6 4 10 8 5 2 6 1

Hotel dan Restoran 11 9 9 21 7 19 1 20 0

Kewangan, Insuran, Harta Tanah dan Perkhidmatan

28 7 16 21 10 11 12 13 14

6

Page 7: Laporan Tahunan Oshmp(Edit)

Laporan OSH-MP 15 Strategi 3 Program 1

Perniagaan

JUMLAH606 138 397 981 165 441 33 430 39

Jadual 1 :Keseluruhan data tempat kerja mengikut sektor

3.1 Tempat Kerja Menyediakan OSH Team

Bilangan tempat kerja yang telah menyediakan OSH Team adalah seperti di Jadual 2 berikut:

KATEGORI ADA TIADA

Industri Besar 441 33

Industri Kecil dan Sederhana 606 138

JUMLAH 1,047 171

Jadual 2:Data tempat kerja menyediakan OSH Team

Data diatas menunjukkan sebanyak 606(81.5%) tempat kerja bagi kategori IKS menyediakan OSH Team manakala 138 (18.5%) yang masih belum menyediakan OSH Team. Ini dapat dinilai melalui penubuhan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan bagi tempat kerja IKS yang mempunyai bilangan pekerja melebihi 40 orang dan penyediaan program KKP bagi tempat kerja IKS yang mempunyai bilangan pekerja kurang dari 40 orang.

Bagi tempat kerja di bawah Industri Besar, kebanyakan tempat kerja ada menyediakan OSH Team iaitu sebanyak 441(93%) dari 474 tempat kerja dan hanya 33 (7%) yang tidak mempunyai OSH Team yang

7

Page 8: Laporan Tahunan Oshmp(Edit)

Laporan OSH-MP 15 Strategi 3 Program 1

kebanyakannya sector selain pengilangan dan pembinaan.

Secara keseluruhan, sebanyak 1,047 (86%) tempat kerja telah menyediakan OSH Team dan 171(14%) masih belum menyediakan OSH Team.

IKS Industri Besar

606

441

138

33

Bilangan tempat kerja yang menubuhkan OSH Team

Ada Tiada

Graf 1 :Graf bar menunjukkan bilangan tempat kerja menyediakan OSH Team bagi IKS dan Industri Besar

8

Page 9: Laporan Tahunan Oshmp(Edit)

Laporan OSH-MP 15 Strategi 3 Program 1

86%

14%

Peratusan tempat kerja menubuhkan OSH Team

Ada OSH Team Tiada OSH Team

Graf 2 :Carta pie menunjukkan peratusan keseluruhan tempat kerja yang menyediakan OSH Team

3.2 Tempat Kerja Menyediakan OSH Budget

Bilangan tempat kerja yang telah menyediakan OSH budget adalah seperti di Jadual 3 berikut:

Kriteria Ada Tiada

i)Industri Besar 430 39

ii)Industri Kecil dan Sederhana

981 207

JUMLAH 1411 246

Jadual 3: Data tempat kerja menyediakan OSH Budget

Data diatas menunjukkan sebanyak 981 (82.6%) tempat kerja bagi kategori IKS menyediakan OSH budget manakala 207 (17.4%) masih belum menyediakan OSH budget. Ini dapat dinilai melalui penyediaan program KKP di tempat kerja seperti pemberian peralatan perlindungan diri, ceramah KKP, kempen KKP, penyediaan prosedur kerja selamat dan sebagainya.

9

Page 10: Laporan Tahunan Oshmp(Edit)

Laporan OSH-MP 15 Strategi 3 Program 1

Bagi tempat kerja di bawah Industri Besar, kebanyakan tempat kerja ada menyediakan OSH budget iaitu sebanyak 430 (91.7%) tempat kerja telah menyediakan OSH budget berbanding 39 (8.3%) masih belum menyediakan OSH budget.

Secara keseluruhan, sebanyak 1411 (85.2%) tempat kerja telah menyediakan OSH budget dan 246 (14.8%) masih belum menyediakan OSH budget.

IKS Industri Besar

981

430

207

39

Bilangan Tempat Kerja Menyediakan OSH Budget

Ada Tiada

Graf 3 :Graf bar menunjukkan bilangan tempat kerja menyediakan OSH Team bagi IKS dan Industri Besar

10

Page 11: Laporan Tahunan Oshmp(Edit)

Laporan OSH-MP 15 Strategi 3 Program 1

85%

15%

Peratusan Tempat Kerja Menyediakan OSH Budget

Ada OSH Budget Tiada OSH Budget

Graf 4 :Carta pie menunjukkan peratusan keseluruhan tempat kerja yang menyediakan OSH Budget

3.3 Pencapaian 2011

Perbandingan bagi sasaran dan pencapaian adalah seperti berikut:

Aktiviti Sasaran 2011

Pencapaian 2011

Tempat kerja mempunyai in-house OSH Team

1000 1047(104.7%)

Tempat kerja mempunyai OSH budget

1000 1411 (141.1%)

Jadual 4: Data sasaran dan pencapaian 2011

Secara keseluruhan, sasaran bagi kedua-dua aktiviti telah dapat dicapai iaitu 104.7% bagi aktiviti penyediaan OSH Team dan 141.1% bagi aktiviti penyediaan OSH budget.

11

Page 12: Laporan Tahunan Oshmp(Edit)

Laporan OSH-MP 15 Strategi 3 Program 1

OSH Team OSH Budget

1000 10001047

1411

Perbandingan Sasaran dan Pencapaian Tempat Kerja Menyediakan OSH Team dan OSH Budget

Sasaran Pencapaian

Graf 5 :Graf bar menunjukkan sasaran dan pencapaian bagi bilangan tempat kerja menyediakan OSH Team dan OSH Budget

4.0 PENGKALAN DATA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

Satu pengkalan data KKP telah dibangunkan bertujuan untuk menganalisa maklumat tempat kerja dengan lebih efektif dan berkesan dimana soal selidik yang teah dijalankan melalui penguatkuasaan di tempat kerja akan dianalisa menggunakan pengkalan data tersebut.

Beberapa contoh paparan bagi pengkalan data yang telah dibangunkan adalah seperti yang ditunjukkan di bawah.

12

1. Pengkalan data boleh diakses menggunakan alamat http://10.36.49.167/oshmps3p1

Page 13: Laporan Tahunan Oshmp(Edit)

Laporan OSH-MP 15 Strategi 3 Program 1

13

2. Terdapat 4 modul di paparan utama iaitu Utama, Borang, Laporan dan

Page 14: Laporan Tahunan Oshmp(Edit)

Laporan OSH-MP 15 Strategi 3 Program 1

14

3. Pengisian borang soal slidik dibuat di menu Borang.

Page 15: Laporan Tahunan Oshmp(Edit)

Laporan OSH-MP 15 Strategi 3 Program 1

15

4. Senarai maklumat tempat kerja yang telah diisi akan dipaparkan.

Page 16: Laporan Tahunan Oshmp(Edit)

Laporan OSH-MP 15 Strategi 3 Program 1

16

5.Laporan terperinci boleh dijana di menu Laporan.

Page 17: Laporan Tahunan Oshmp(Edit)

Laporan OSH-MP 15 Strategi 3 Program 1

5.0 STATUS PERBELANJAAN TAHUN 2011

Status perbelanjaan bagi aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2011 adalah seperti berikut:

Bil Aktiviti Perbelanjaan

17

Page 18: Laporan Tahunan Oshmp(Edit)

Laporan OSH-MP 15 Strategi 3 Program 1

1. Cetakan borang soal selidik (fasa 1)

RM 1,000

2. Cetakan borang soal selidik (fasa 2)

RM 5,000

3. Membangunkan pengkalan data RM 4,000

4, Mengadakan mesyuarat RM 400

JUMLAH RM 10,400

6.0 CABARAN DAN KEKANGAN

Daripada soal selidik yang telah diedarkan sebanyak 4600 hanya 1,615 borang sahaja yang dikembalikan. Ini menyebabkan data yang dikumpul adalah sedikit. Respon daripada pihak majikan dan agensi luar terutamanya kurang memuaskan.

Daripada kaedah soal selidik dan penguatkuasaan yang telah dijalankan mendapati kebanyakan tempat kerja telah mewujudkan OSH Team iaitu melalu penubuhan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan. Melalui data analisis menunjukkan :

1047 tempat kerja – Telah menyediakan OSH Team 138 tempat kerja – Tidak menyediakan OSH Team 306 tempat kerja – Tidak diperuntukkan untuk

menyediakan OSH Team.

Oleh itu, adalah sukar untuk mendapatkan data bagi tempat kerja yang masih belum menyediakan OSH Team memandangkan majikan di tempat kerja telah mempunyai kesedaran yang tinggi di dalam memastikan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dipraktikkan di tempat kerja.

Data daripada SMBF tidak lengkap kerana elemen OSH Budget terutamanya tiada. Ini menyebabkan maklumat tersebut perlu diperolehi melalui borang soal selidik yang disediakan.

7.0 CADANGAN PENYELESAIAN

18

Page 19: Laporan Tahunan Oshmp(Edit)

Laporan OSH-MP 15 Strategi 3 Program 1

Tempat kerja sedia ada yang telah mewujudkan OSH Team dan OSH budget dapat diklasifikasikan sebagai tempat kerja yang telah memenuhi objektif aktiviti dalam program 1 iaitu memperkukuhkan keupayaan mencegah kecederaan melalui pengukuhan program KKP yang dijalankan.

Usaha menambahkan bilangan maklumat tempt kerja telah dijalankan dengan kerjasama Institut Sumber Manusia Kebangsaan (ISMK) Kementerian Sumber Manusia dengan memasukkan elemen yang berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan kedalam borang soal jawab NER 2011.

8.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhan, pencapaian bagi aktiviti yang dijalankan di bawah Strategi 3 Program 1 telah dapat dicapai iaitu sebanyak 122.5% dimana kebanyakan tempat kerja terutama tempat kerja kategori Industri Besar telah menyediakan OSH Team dan OSH budget. Ini menunjukkan majikan di tempat kerja mempunyai kesedaran yang tinggi dan dapat membina keupayaan yang kukuh dalam menguruskan aspek KKP di tempat kerja. Secara tidak langsung ini dapat mencegah dari berlakunya kemalangan yang menyebabkan kecederaan dan mengurangkan penyakit pekerjaan.

Selain daripada itu, analisis juga menunjukkan majikan yang mempunyai pekerja kurang 40 orang juga telah menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan iaitu OSH Team dan menyediakan bajet yang mencukupi untuk menjalankan program keselamatan dan kesihatan pekerjaan walaupun tiada dalam peruntukan undang-undang. Ini jelas menunjukkan majikan telah melaksanakan prinsip peraturankendiri.

Melalui penubuhan OSH Team dan penyediaan bajet untuk program KKP juga menunjukkan majikan telah membina keupayaan yang kukuh untuk menguruskan isu-isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan dengan lebih baik.

19

Page 20: Laporan Tahunan Oshmp(Edit)

Laporan OSH-MP 15 Strategi 3 Program 1

LAMPIRAN 1

Borang Soal Selidik(Attachment)

20

Page 21: Laporan Tahunan Oshmp(Edit)

Laporan OSH-MP 15 Strategi 3 Program 1

21