laporan syok'13

25
Laporan Aktiviti PESTA HARI TERBUKA KOLEJ TUANKU CANSELOR 2013 (SYOK ’13) Tarikh : 17 Oktober 2012 - 20 Oktober 2013 Tempat : Sekitar Kawasan Kolej Tuanku Canselor, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Anjuran : Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tuanku Canselor,

Upload: marleyamaulana

Post on 23-Dec-2015

29 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

syok

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan syok'13

Laporan Aktiviti

PESTA HARI TERBUKAKOLEJ TUANKU CANSELOR 2013

(SYOK ’13)

Tarikh :17 Oktober 2012 - 20 Oktober 2013

Tempat :Sekitar Kawasan Kolej Tuanku Canselor,

Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor

Anjuran :Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tuanku Canselor,

Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor

Page 2: Laporan syok'13

1. MATLAMAT PROGRAM

Mengeratkan hubungan silaturrahim dan memupuk semangat kekitaan antara warga

Kolej Tuanku Canselor tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, program ini

bertujuan untuk menyerlahkan lagi bakat-bakat baru yang terdapat dalam kalangan

mahasiswa. Disamping itu, suasana harmoni dan aman dapat diwujudkan di kolej ini.

2. OBJEKTIF PROGRAM

i. Memupuk semangat kekeluargaan dan merapatkan jurang antara warga kolej

Tuanku Canselor.

ii. Menerapkan semangat kerjasama antara mahasiswa baru dan lama dalam

Kolej Tuanku Canselor.

iii. Mencungkil dan menggilap bakat-bakat terpendam dalam kalangan warga

kolej.

iv. Mewujudkan suasana harmoni dalam kalangan warga kolej tanpa mengira

kaum, bangsa dan agama.

Page 3: Laporan syok'13

PEJABAT HAL EHWAL MAHASISWAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SKUDAI, JOHOR

LAPORAN AKTIVITI

PESTA HARI TERBUKA KOLEJ TUANKU CANSELOR 2013 (SYOK ’13)

17 OKTOBER 2013 (KHAMIS)

Pesta Hari Terbuka Kolej Tuanku Canselor telah dimeriahkan dengan kehadiran penggerai

yang telah mengadakan jualan sepanjang pesta ini berlangsung. Antara barangan dan

makanan yang dijual adalah aksesori wanita, masakan panas, burger bakar dan banyak lagi.

Sepanjang program ini juga terdapat booth pameran oleh Aqsa Syarif. Mereka semua telah

beroperasi selama 4 hari bermula dari 17 Oktober 2013 sehinggalah 20 Oktober 2013.

Pada waktu petang, solat maghrib secara berjemaah antara ahli jawatankuasa

pelaksana dan tetamu jemputan iaitu pelajar-pelajar dari asrama anak yatim Ar-Rayyan

telah dijalankan. Solat berjemaah tersebut diteruskan untuk solat sunat dan juga solat isyak.

Kemudian, majlis perasmian pembukaan dijalankan tepat pada pukul 8.30 malam oleh Dr.

Muhamad Hafis Izran bin Ishak selaku pengetua Kolej Tuanku Canselor. Seterusnya, majlis

makan malam berlangsung serentak dengan sebuah forum aidil adha yang bertajuk

“Perkaitan Qurban dan Ummah”. Para panel yang menyertai forum ini terdiri daripada

pegawai agama Pusat Islam UTM iaitu Ustaz Azhari bin Mustapha dan juga pelajar

postgraduate dari fakulti kejuruteraan mekanikal iaitu Mohd Hafiz bin Mahyuddin. Majlis

makan malam dan forum ini dihadiri lebih 100 orang termasuk 80 orang pelajar dari asrama

Ar-Rayyan. Setelah forum tersebut selesai dijalankan, terdapat satu persembahan khas oleh

Aqsa Syarif berkenaan dengan qurban dan jihad yang bertajuk “KTC with R4BIA”.

Page 4: Laporan syok'13

18 OKTOBER 2013 (JUMAAT)

Bermula seawal 10.00 pagi, gerai-gerai jualan dan pameran telah pun dibuka. Terdapat dua

aktiviti yang telah dijalankan pada waktu pagi iaitu “School Attack, Campus Tour” dan

pertandingan kolaj Syok’13.

Aktiviti “School Attack, Campus Tour” merupakan satu aktiviti yang dijalankan untuk

pelajar-pelajar sekolah yang dijemput untuk menghadiri program Syok’13. Pelajar-pelajar

sekolah ini akan dibawa bersiar-siar oleh ahli jwatankuasa pelaksana Syok’13 ke sekitar UTM

bagi tujuan untuk memperkenalkan UTM kepada pelajar sekolah. Antara tempat-tempat

yang dikunjungi pelajar-pelajar tersebut sewaktu aktiviti ini berlansung adalah Pusat Equin,

Taman Rusa, sekitar kawasan KTC yang terdapat aktiviti Syok’13 dan banyak lagi.

Kemudian, terdapat empat aktiviti yang dijalankan pada waktu petang iaitu Kursus

dan Teknik Jahitan Manik, Counter Strike SYOK Open, Majlis Pembukaan Pesta Layang-

layang KTC dan Demonstrasi “Birdieball Game”.

Kursus dan Teknik Jahitan Manik bermula pada pukul 2.00 petang dengan

penyertaan tidak melebihi 10 orang mahasiswa. Dalam kursus tersebut, pengenalan jenis

dan asas jahitan manik telah diterangkan dan peserta perlu mencuba untuk menjahit manik

yang dibekalkan mengikut kreativiti masing-masing. Kursus ini diadakan di bilik seminar,

S01, KTC. Selain itu, aktiviti Counter Strike SYOK dilansungkan di bilik computer, S01, KTC

bermula pukul 2.30 petang. Penyertaan bagi aktiviti ini sangat memuaskan dengan

penyertaan yang ramai dari mahasiswa lelaki.

Pada pukul 5.00 petang, majlis pembukaan pesta layang-layang dilansungkan

serentak dengan demonstrasi “Birdieball Game” di padang Pusat Equin, KTC. Kedua-dua

aktiviti ini berlangsung secara berterusan selama 3 hari. Melalui pesta layang-layang, para

peserta berpeluang bermain layang-layang memandangkan remaja sekarang susah untuk

bermain permainan tradisional seperti layang-layang. Disamping itu, peserta juga boleh

merasai permainan golf dengan bermain birdieball walaupun ada sedikit perbezaaan antara

peralatan golf dan birdieball.

Page 5: Laporan syok'13

Pada waktu malam pula telah diadakan “KTC Star Night” yang bermula pada pukul 9

malam. Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat terpendam yang ada dalam

diri mahasiswa terutama warga KTC samada dalam nyanyian, lakonan ataupun bakat seni

yang lain. KTC Star Night telah disertai oleh 6 orang peserta dan diisi dengan dua buah

persembahan. Sejurus selepas KTC Star Night selesai dijalankan, aktiviti SYOK’13 Movie

Night pula dijalankan. Aktiviti ini dijalankan di perkarangan S01 dan terbuka kepada sesiapa

sahaja yang ingin menonton cerita yang ditayangkan. Cerita yang menjadi pilihan pada

malam tersebut adalah cerita “The Conjuring”.

19 OKTOBER 2013 (SABTU)

Seperti hari sebelumnya, para penggerai masih lagi meneruskan aktiviti jualan seperti biasa.

Mereka ternyata sangat berpuas hati dengan hasil jualan kerana pihak urusetia banyak

membantu dengan menggunakan sistem kupon sebagai sistem pembelian makanan atau

barangan oleh pihak urusetia. Hal ini dilakukan bagi membantu penggerai melariskan

barangan atau makanan yang dijual.

Seawal jam 8.30 pagi, aktivti Konvoi SYOK’13 dan Autoshow WPC beserta SYOK’13

Cycles Go Round telah dijalankan. Konvoi SYOK’13 ini telah disertai oleh 30 buah kereta

proton waja dan satu pasukan berbasikal KTC. Pasukan-pasukan konvoi ini juga telah diiringi

oleh beberapa orang pegawai dari Bahagian Keselamatan UTM. Konvoi ini bermula dari S01

ke sekitar UTM dan berakhir di S01 KTC. Sebanyak 15 buah kereta telah dipamerkan

sempena autoshow yang dijalankan.

Kemudian, pada pukul 10.30 pagi, aktiviti “Breakfast Menu Competition” telah

dijalankan. Aktiviti ini ialah satu pertandingan penyediaan sarapan dengan menggunakan

bahan-bahan masakan yang telah dibekalkan oleh pihak urusetia. Pertandingan ini telah

disertai oleh 3 orang peserta perempuan dan 3 orang peserta lelaki.

Bagi sesi petang terdapat banyak aktiviti yang dijalankan seperti Kejohanan Catur

Bistari SYOK’13, DOTA SYOK Open, Liga FIFA SYOK, 3x3 Street Soccer Challenge, Birdieball

Single Shot Game dan Pesta Layang-layang.

Page 6: Laporan syok'13

Bagi Kejohanan Catur Bistari SYOK’13, aktiviti ini telah disertai oleh 3 kumpulan yang

mana satu kumpulan terdiri daripada 2 orang peserta. Aktiviti bermula pada pukul 2.00

petang dan berakhir pada pukul 4.30 petang bertempat di bilik seminar, S01, KTC. Manakala

pertandingan “DOTA SYOK Open” dan “Liga FIFA SYOK” telah berlansung di blik computer

dan telah mendapat sambutan hangat dari warga kolej, khususnya mahasiswa lelaki. Ramai

di antara mereka yang memberikan maklum balas yang positif dengan menyatakan bahawa

melalui pertandingan yang telah diadakan ini, mereka dapat mengenali rakan-rakan yang

mempunyai minat dan kecenderungan yang sama, selain dapat meluangkan masa seketika

untuk melepaskan diri dari tekanan pelajaran.

Pada waktu petang, pertandingan “3x3 Street Soccer Challenge” telah diadakan.

Pada hari tersebut, pertandingan ini diadakan sehingga ke peringkat separuh akhir.

Pertandingan ini telah disertai oleh 5 buah pasukan yang terdiri dari pelbagai latar belakang

individu yang berbeza seperti tahun pengajian dan bangsa. Oleh itu, ternyatalah bahawa

pertandingan sebegini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara mereka, bahkan

dapat memupuk semangat kesatuan yang tinggi. Selain itu, seperti hari-hari yang sebelum,

permainan birdieball dan pesta layang-layang dijalankan di padang equin sepanjang hari.

Pada waktu malamnya pula diadakan pertandingan “FIFA Games” peringkat akhir

secara langsung di hadapan orang ramai menggunakan layar putih dan projector. Pemenang

pertandingan ini telah bermain perlawanan persahabatan “FIFA Games” bersama pengetua

Kolej Tuanku Canselor, Dr. Muhamad Hafis Izran bin Ishak. Selain itu, “SYOK’13 Movie Night”

juga telah dijalankan di bawah khemah serentak dengan perlawanan FIFA sehingga pukul 12

tengah malam. Cerita yang ditayangkan pada malam tersebut adalah serita “Lagenda Budak

Hostel” dan “KL Zombie”. Sesetengah pengunjung lebih memilih untuk menonton

perlawanan “FIFA Games” dan ada sesetengah pengunjung lebih memilih untuk menontong

tayangan cerita.

Page 7: Laporan syok'13

20 OKTOBER 2013 (AHAD)

Seperti hari-hari yang sebelumnya, gerai-gerai jualan dan pameran masih dijalankan

bermula awal pagi hingga ke malam. Pada waktu pagi, terdapat dua aktiviti yang dijalankan

iaitu “Explore FKE-KTC Runningman” dan “Make Up Her”.

“Explorace FKE-KTC Runningman” ialah satu aktiviti berpasukan yang diadaptasi dari

rancangan televisyen popular di Korea dan telah diubah intipatinya untuk menepati aktiviti

yang dijalankan. Aktiviti ini diadakan di sekitar KTC dan FKE memandangkan aktiviti ini

adalah hasil kerjasama urusetia SYOK’13 dengan pihak JURUTEK selaku organisasi

jawatankuasa FKE. Tiga kumpulan telah mengambil bahagian dalam aktiviti ini. “Explorace

FKE-KTC Runningman” ternyata dapat memupuk kerjasama dan semangat berkumpulan.

Selain itu, aktiviti ini dapat menguji minda para peserta untuk berfikir dengan lebih jauh dan

kreatif bagi menyelesaikan misi yang diberi.

Manakala bagi pertandingan “Make Up Her” pula diadakan di bilik seminar, KTC.

Pertandingan ini telah disertai oleh 10 orang iaitu 5 pasangan. Setiap pasangan terdiri

daripada seorang jurusolek dan seorang yang disolek. Peserta-peserta akan mengunakan

alatan solek yang telah dibekalkan oleh pihak urusetia. Di akhir pertandingan ini, para

peserta kelihatan sangat cantik apabila dikenakan solekan.

Bagi sesi petang pula, aktiviti bermula pada pukul 2 petang. Aktiviti yang dijalankan

adalah pesta permainan tradisional. Pelbagai jenis permainan tradisional disediakan dan

terbuka kepada semua pengunjung yang ingin bermain permainan-permainan tersebut.

Antara permainan-permainan yang terdapat sewaktu aktiviti ini diadakan ialah batu

seremban, congkak, carrom, catur, dam haji dan banyak lagi.

Pada pukul 5 petang pula telah diadakan perlawanan “3x3 Street Soccer” peringkat

akhir. Selesai perlawanan “3x3 Street Soccer”, satu persembahan tarian perang oleh kor

suksis telah diadakan di perkarangan S01. Ahli suksis yang terlibat dalam persembahan

tarian perang tersebut lebih kurang 30 orang. Tarian perang yang dipersembahkan sangat

menarik perhatian dan membuatkan ramai pengunjung berhenti dan menyaksikannya.

Selain itu, seperti hari-hari yang sebelumnya juga, pesta layang-layang dan permainan

Birdieball telah dijalankan bermula dari waktu pagi sampai ke waktu petang.

Page 8: Laporan syok'13

Pada waktu malam pula telah diadakan majlis perasmian penutup SYOK’13. Majlis

penutup tersebut telah dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Abdullah Sani bin Ahmad selaku

pengerusi Majlis Pengetua-pengetua Kolej Kediaman UTM. Majlis tersebut bermula tepat

pada pukul 9 malam. Dalam majlis ini juga terdapat sesi penyampaian hadiah kepada

pemenang-pemenang pertandingan-pertandingan yang telah dijalankan sepanjang program

Syok’13 seperti KTC Star Night, DOTA SYOK’13, FIFA SYOK’13 dan banyak lagi. Majlis pada

malam tersebut ditutup dengan jamuan makan kepada semua tetamu khas.

Secara keseluruhannya, program ini ternyata sangat bertepatan dengan hasrat

universiti untuk melahirkan mahasiswa yang holistik, yang tidak hanya berpandukan aktiviti

akademik semata-mata, malahan mampu juga membina sahsiah dan budi pekerti

mahasiswa. Hal ini dapat dilihat melalui maklum balas positif yang telah diterima dari pihak

ibu bapa, jemputan luar dan mahasiswa yang mengharapkan agar aktiviti sebegini dapat

diteruskan lagi dengan jayanya pada masa hadapan.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua ahli jatankuasa pelaksana Syok’13

ini yang telah bertungkus lumus untuk menjayakannya walaupun menghadapi pelbagai

kekangan pada awal program mahupun setelah tamat program. Selain itu, adalah sangat

diharapkan agar program sebegini dapat membantu para mahasiswa, khususnya mahasiswa

Tahun 1 untuk belajar mengendalikan bebanan tugas dan menyelesaikannya dengan

cemerlang.

Page 9: Laporan syok'13

3. LAMPIRAN

i) Senarai nama jawatankuasa pelaksana Syok’13

JAWATAN NAMAPENGARAH MUHAMMAD NAQIUDDIN BIN NAZALITP PENGURUSAN MUHAMMAD HAZEEM AB JALILTP TEKNIKAL AHMAD ARHAM BIN AZMITP AKTIVITI RUSAIMI AMIRA BINTI RUSLANBENDAHARI NUR ATIQAH ADLINA BINTI RAZALISETIAUSAHA NIK NOOR NADIAH BINTI NIK MOHAMEDTIMB. SETIAUSAHA NUR AFIQAH BINTI MOHAINIK/U DOKUMENTASI MUHAMMAD SYARAFI BIN MAHMOODK/U PROTOKOL NUR AMELIA ATTIQAH BINTI KHAWARYK/U PUBLISITI & MULTIMEDIA SYAHMI AFIQ AQMAL BIN AINIK/U PENYERTAAN & JEMPUTAN NURATIQA BINTI KAMARUDINK/U HADIAH & CENDERAMATA MUHAMMAD AFIQ BIN ABDUL AZIZK/U MAKANAN NOR SHAHYRA BINTI AZIZK/U KEBAJIKAN & KESELAMATAN MUHAMMAD FIKRY BIN ZAINUDDINK/U PERALATAN DAN LOGISTIK ILI SYAFIQAH BINTI EMBONGK/U HIASAN AZRIN SAZWANI BINTI ROSLEEK/U RUANG MUHAMMAD KHAIRIE IDHAM BIN ABD RAHMANK/U PENGANGKUTAN UMI FAZIERA BINTI ZAINUDDINK/U TTK (RUNNER) NUR ZURINA BT MOHD JASMIK/U GERAI & PAMERAN NUR AISYAH BINTI MOHD LANIPIC GERAI SISWA SYOK MOHD NAQUIB BIN MORSINPIC MALAM R4BIA NUR SYAFIQAH BINTI MOHD SAIDPIC CARWASH NURSHAFINA BINTI SHAFIEK/U KEROHANIAN MUHAMMAD WAFI BIN MUHAMAD RAZAKPIC MAJLIS MAKAN MALAM MESRA AR-RAYYAN

FARAH B ABDUL MUTALLIB

PIC SCHOOL ATTACK, CAMPUS TOUR NUR AMALINA BINTI RASHIDK/U PERMAINAN & AKTIVITI NUR SYAZWANI BINTI SEHPIC PESTA LAYANG-LAYANG MUHD SAUFI BIN ZAMILPIC MULTIMEDIA GAMES MOHD FADHLI BIN MOHAMED JOHARIPIC INDOOR GAMES NURUL INSHIRAH BT MOHD RAZALIPIC OUTDOOR GAMES SITI ZAREEN NAQIYAH BT ZOOL AMBIAPIC TAYANGAN MALAM MOHD FARIS B BAHARUDDINPIC KTC RUNNING MAN NORASMAWANI BT MOHD NAPIAHK/U PERSEMBAHAN NUR AISYAH BINTI SUHADIPIC FORUM RAYA HAJI MUHD AIMAN B MUHD HAZISPIC KTC STAR NIGHT NUR AFIQAH DAYINI BT ABD RAHMANPIC GIMIK PERASMIAN MOHD HAFFIS BIN MAHMOOD

Page 10: Laporan syok'13

ii) Gambar program

Gambar 1 : Majlis Makan Malam Mesra Ar-Rayyan

Page 11: Laporan syok'13

Gambar 2 : Forum Aidil Adha dan Persembahan “KTC with R4BIA”

Page 12: Laporan syok'13

Gambar 3 : KTC Star Night

Page 13: Laporan syok'13
Page 14: Laporan syok'13

Gambar 4 : Gerai Jualan

Page 15: Laporan syok'13

Gambar 5 : Multimedia Games

Gambar 6 : Birdieball Games

Page 16: Laporan syok'13

Gambar 7 : Carwash

Gambar 8 : Breakfast Competition

Page 17: Laporan syok'13

Gambar 9 : Konvoi SYOK’13

Page 18: Laporan syok'13

Gambar 10 : Autoshow SYOK’13

Page 19: Laporan syok'13

Gambar 13 : 3x3 Street Soccer

Gambar 12 : Tarian Perang Kor Suksis

Gambar 11 : Permainan Tradisional

Page 20: Laporan syok'13

Gambar 14 : Flashmob R4BIA

Gambar 15 : Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah