laporan reflektif

8
Laporan Reflektif Pengenalan Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu kegiatan luar kelas yang wajib bagi semua guru pelatih. Pelaksanaan BIG adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion perguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat. Kursus Bina Insan Guru (BIG) adalah suatu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Pada hari pertama, kami kumpulan fasa 1 berkumpul di Dewan Bendahara pada waktu tengah hari dan menyediakan bahan-bahan yang diperlukan semasa berkhemah seperti khemah, bag, bahan-bahan makanan dan sebagainya. Kami mengambil masa satu jam dan lebih baru sampai ke destinasi iaitu di Taman Rekreasi Pantai Merang Setiu, Terengganu. Pemandangan sana amat memikat hati kami dan udara yang segar telah membantu kami menghilangkan pemikiran yang negatif. Selepas itu, kami telah diberi arahan untuk mendirikan khemah dalam dua barisan untuk perempuan. Kami bekerjasama membahagikan kerja supaya khemah dapat didirikan dengan berjaya. Kami juga menggali tanah untuk membuat longkang untuk mengelakkan air hujan masuk ke dalam khemah. Dengan atas kerjasama ahli kumpulan, kami berjaya mendirikan khemah dalam masa yang singkat. Selepas itu, kami membersihkan khemah itu dan mengangkat barang sendiri serta meletakkannya di dalam khemah. Pada pukul 4.00 petang, kami berkumpul di sebuah dewan yang kecil dan diberikan taklimat tentang program Bina Insan Guru supaya kami dapat memahami matlamat program ini dan menguatkan lagi fizikal dan mental kami. Aktiviti selanjutnya ialah Panduan Ketika Kecemasan dan Asas Bantu Mula. Encik Mohamad bin Ab. Latiff telah mengendalikan aktiviti ini dengan memberikan ceramah tentang cara- cara membalut luka dengan betul. Beliau memperkenalkan pelbagai jenis cara membalut luka seperti luka tikam, luka patah tulang, luka tembus dan sebagainya. Hal ini telah membantu saya menimba ilmu

Upload: piece56

Post on 19-Nov-2015

223 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

s

TRANSCRIPT

Laporan ReflektifPengenalanProgram Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu kegiatan luar kelas yang wajib bagi semua guru pelatih. Pelaksanaan BIG adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion perguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat. Kursus Bina Insan Guru (BIG) adalah suatu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.Pada hari pertama, kami kumpulan fasa 1 berkumpul di Dewan Bendahara pada waktu tengah hari dan menyediakan bahan-bahan yang diperlukan semasa berkhemah seperti khemah, bag, bahan-bahan makanan dan sebagainya. Kami mengambil masa satu jam dan lebih baru sampai ke destinasi iaitu di Taman Rekreasi Pantai Merang Setiu, Terengganu. Pemandangan sana amat memikat hati kami dan udara yang segar telah membantu kami menghilangkan pemikiran yang negatif. Selepas itu, kami telah diberi arahan untuk mendirikan khemah dalam dua barisan untuk perempuan. Kami bekerjasama membahagikan kerja supaya khemah dapat didirikan dengan berjaya. Kami juga menggali tanah untuk membuat longkang untuk mengelakkan air hujan masuk ke dalam khemah. Dengan atas kerjasama ahli kumpulan, kami berjaya mendirikan khemah dalam masa yang singkat. Selepas itu, kami membersihkan khemah itu dan mengangkat barang sendiri serta meletakkannya di dalam khemah.Pada pukul 4.00 petang, kami berkumpul di sebuah dewan yang kecil dan diberikan taklimat tentang program Bina Insan Guru supaya kami dapat memahami matlamat program ini dan menguatkan lagi fizikal dan mental kami. Aktiviti selanjutnya ialah Panduan Ketika Kecemasan dan Asas Bantu Mula. Encik Mohamad bin Ab. Latiff telah mengendalikan aktiviti ini dengan memberikan ceramah tentang cara-cara membalut luka dengan betul. Beliau memperkenalkan pelbagai jenis cara membalut luka seperti luka tikam, luka patah tulang, luka tembus dan sebagainya. Hal ini telah membantu saya menimba ilmu pengetahuan baru dalam aspek kecemasan. Selepas kami menyiapkan makan malam sendiri, kami telah berkumpul di dewan kecil tersebut untuk menjalankan aktivit yang seterusnya, iaitu ice breaking. Seorang pensyarah bimbingan, Encik Mohamad Yusoff bin Ali menyuruh kami menulis nama dalam sehelai kertas yang kecil dan masuk ke dalam kotak yang kecil. Semua guru pelatih diminta mengambil sehelai kertas daripada kotak tersebut dan mencari orang itu dengan menanya lima soalan tehadapnya. Selepas itu, kami membuat satu bulatan yang besar dan berkongsi maklumat tentang latar belakang orang yang kami jumpa. Selepas kami lebih berkenal antara satu sama lain, kami pun dibahagikan dalam enam kumpulan untuk menjalakan aktiviti Latihan dalam Kumpulan. Setiap kumpulan diminta menghasilkan slogan, lagu, dan logo masing-masing. Walaupun aktiviti ini mengambil masa yang agak panjang, tetapi semua guru pelatih tidak menunjukkan wajah yang letih dan penat. Kami berasa amat seronok terhadap aktiviti ini dan berusaha mereka cipta lagu kumpulan sendiri dan berlatih untuk menyanyikannya dengan suara yang nyaring dan jelas. Aktiviti hari pertama telah diselesaikan pada pukul 12.30 malam dan kami dihidangkan dengan makanan tengah malam.Pada hari kedua, kami telah dibangunkan pada awal-awal pagi untuk menjalankan aktiviti Malaysia Cergas. Sebahagian guru pelatih dikecualikan daripada aktiviti ini kerana mereka perlu menyediakan sarapan untuk semua orang. Selepas aktiviti ini selesai, kami pergi membasuh muka dan gigi untuk bersedia pergi makan sarapan yang begitu enak. Pada pukul 10.00 pagi, kami disuruh berjalan kaki ke kawasan yang mana perahu kayak ditempatkan. Aktiviti yang akan kami jalankan ialah aktiviti Keselamatan dan Keyakinan di Air. Pertamanya, taklimat telah diberikan untuk membolehkan kami mengenali cara-cara penggunaan jaket keselamatan yang betul. Seterusnya, kami memanaskan badan diri sendiri untuk mengelakkan sebarang kemalangan yang mungkin berlaku semasa menjalankan aktiviti air. Pensyarah meminta kami menurunkan badan diri di dalam air untuk membiasakan kami dengan jaket keselamatan. Selepas itu, kami cuba berenang di kawasan air yang lebih cetek dan kami menunjuk ajar daripada rakan-rakan dan pensyarah yang mahir berenang. Bahagian aktiviti yang paling mencabar mental kami ialah aktiviti terjun air dari kawasan yang sederhana tinggi untuk membina keyakinan diri dalam air.Seterusnya, kami diberikan taklimat tentang cara-cara mengangkat perahu, langkah-langkah keselamatan yang harus diambil dan sebagainya. Kami mula berkayak mengelilingi tasik dengan kerjasama antara ahli pasukan. Sebahagian guru pelatih yang letih berkayak akan berehat di tepi pantai dan menunjuk ajar cara berenang yang betul daripada pensyarah yang mahir berenang. Pada waktu tengah hari, kami telah menyimpan alat-alat berkayak ke dalam stor dan berjalan kaki pulang ke tempat khemah untuk makan tengah hari. Daripada aktiviti ini, saya mendapati sikap tolong-menolong telah ditunjukkan antara satu sama lain. Semasa saya menghadapi masalah, ahli kumpulan saya akan membantu saya dan menunjuk cara yang betul semasa berenang.Aktivitii yang selanjutnya ialah ujian psikologi dengan tujuan mengkaji kemungkinan bidang pekerjaan yang akan kami pilih pada masa hadapan. Aktiviti ini telah memberikan refleksi terhadap diri sendiri dan berfikir adakah profesion perguruan amat sesuai dengan diri. Semua guru pelatih menunjukkan minat yang tinggi terhadap ujian ini dan menjawab soalan dengan teliti. Seterusnya, pensyarah memberikan penjelasan terhadap ujian tersebut dan memberikan dorongan kepada kami. Selepas tamat aktiviti ini, kami diberikan masa rehat untuk menjalankan aktiviti masing-masing. Pada pukul 9.00 malam, kami menjalankan aktiviti yang selanjutnya iaitu aktiviti Mengenali Potensi Diri. Kami diarah membuat pembentangan tentang peranan guru dalam bidang pendidikan. Semua ahli kumpulan diberikan peluang untuk meluahkan pandangan diri dan membuat pembentangan di hadapan semua pensyarah dan guru pelatih. Kemudiannya, kami pergi minum malam dan bersedia untuk tidur. Sentri yang bertugas akan memulakan tugas mereka pada waktu tengah malam. Tugas mereka amat penting untuk memastikan keselamatan semua orang terjamin dan terjaga daripada ancaman luaran. Pada hari ketiga, kami dibangunkan untuk menjalankan kuliah moral yang banyak memberikan manfaat kepada kami. Salah satu daripada manfaatnya adalah untuk menyakinkan seseorang berdiri di hadapan orang dan meluahkan pandangan diri. Selesai sarapan, kami berkumpul di padang bola sepak dan menyanyi lagu patriotik dan memberikan motivasi kepada kami. Selepas itu, kami menjalakan aktiviti Motivasi Kepuasan Kerja. Setiap kumpulan diminta membuat pembentangan mengenai logo kumpulan masing-masing yang direka sebelumnya. Nama kumpulan kami ialah Harimau Mizan. Aktiviti ini amat berfaedah kerana ia memberikan peluang kepada setiap orang untuk mengemukakan pendapat diri dan membina keyakinan seseorang. Tambahan pula, kami mempelajari kepentingan toleransi dalam sesuatu kumpulan untuk mengelakkan berlakunya perselisihan faham dan pergaduhan antara ahli kumpulan. Di samping itu, kami diarah melukis sesuatu benda yang menggambarkan personaliti diri dan membuat pembentangan di hadapan orang. Di sini, saya mendapati semua orang mempunyai personaliti yang istimewa dan unik dan membolehkan saya lebih mengenali ahli kumpulan saya.Aktiviti yang selanjutnya ialah aktiviti darat iaitu menggembara bukit. Sebelum memulakan aktiviti ini, kami menyediakan bahan-bahan yang diperlukan seperti kotak kecemasan, bag, air, kain dan sebagainya. Dalam proses penyediaan bahan-bahan, saya mendapati ahli kumpulan kami menunjukkan semangat kerjasama yang tinggi. Setelah semua bahan bersedia siap, kami mula berjalan kaki ke pantai secara berkumpulan. Oleh kerana setiap orang hanya mendapat sebotol air, kami perlu menjimat air untuk mengelakkan dahaga pada masa kemudiannya. Kami akan menuju ke setiap stesen Checkpoint dan menyanyikan lagu kumpulan diri supaya dapat meneruskan perjalanan ke destinasi yang seterusnya. Semasa kami sampai di Checkpoint yang pertama, kami diarahkan masuk ke dalam hutan dan menyediakan makanan tengah hari untuk kumpulan masing-masing. Semua ahli kumpulan kami menunjukkan semangat teamwork yang tinggi dengan melalui pengagihan kerja. Ahli kumpulan kami sanggup mengambil air sendiri untuk memasak nasi dan memberi makanan sendiri kepada ahli kumpulan yang tidak cukup makan. Melalui aktiviti ini, kekuatan mental dan fizikal kami dapat dibina dan belajar cara hidup dalam persekitaran yang susah payah. Kami juga belajar mencuci bekas makanan dengan menggunakan pasir yang dapat menghilangkan kekotoran yang tertinggal di dalamnya. Semasa kami sampai ke checkpoint yang terakhir, pensyarah mengarahkan kami mendaki bukit untuk mencatat lima jenis tumbuhan yang telah dijumpai dalamnya. Aktiviti ini memang menguji fizikal dan mental kami kerana ia membazirkan banyak tenaga dan memerlukan kesedaran diri yang tinggi. Ahli kumpulan saya saling menolong antara satu sama lain dan menghalurkan bantuan kepada orang yang terjatuh atau tergelincir. Kami menghadapi masalah semasa menurun dari bukit kerana bukit tesebut sangat serong dan hanya bergantung kepada tali. Kemudian, kami diminta membaling di dalam sungai yang cetek dan merangkak melaluinya sehingga sampai ke tempat yang ditetapkan. Selepas menyiapkan tugasan ini, kami diminta memberikan refleksi terhadap pengalaman yang kami timba dalam sepanjang perjalanan aktiviti ini.selepas itu, kami diberikan masa yang mencukupi untuk membersihkan diri sendiri dan dihidangkan dengan makanan yang begitu sedap dan enak.Pada malam tersebut, kami akan menjalankan aktiviti Malam Kebudayaan dan membuat persembahan secara kumpulan. Kumpulan kami menyediakan lakonan dengan tema peranan seseorang guru dalam pendidikan. Cara persembahan yang menarik telah membawa kegembiraan kepada para penonton dan mendapatkan tindak balas yang baik daripadanya. Melalui aktiviti ini, semua guru pelatih telah menjalinkan hubungan yang rapat antara satu sama lain dan saling berkongsi kegembiraan dan pengalaman yang terdapat dalam program ini. Pada malam ini, pensyarah membenarkan kami menidur lebih awal kerana kami akan bertolak pulang ke kampus pada keesokan hari. Pada hari terakhir, kami menjalankan aktiviti Penghargaan Kendiri dan Perubahan Sikap yang bertujuan membolehkan kami mengetahui apakah konflik yang wujud pada diri sendiri. Dengan ini, kami boleh lebih mengetahui konflik yang ada pada dirinya dan berusaha menyelesaikannya. Selepas ini, kami mula mengemas khemah dan barang-barang untuk membuat persediaan pulang ke kampus. Kami bekerjasama dan bergotong-royong dalam pembersihan tempat berkhemah dan mengutip sampah di sekeliling khemah. Pada pukul 2.00 petang, kami menaiki bus dan pulang ke kampus dengan perasaan puas hati dan gembira. Segala aktiviti yang dijalankan semasa program ini amat memuaskan hati semua guru pelatih.KekuatanSepanjang masa perjalanan program ini, saya mendapati banyak kekuatan telah wujud dalam kalangan guru-guru pelatih. Pemikiran yang positif membolehkan mereka menjalankan segala aktiviti dengan minda yang terbuka dan berasa seronok terhadap aktiviti-aktiviti tersebut. Mereka tidak meluahkan perasaan yang marah terhadap aktiviti-aktiviti yang dirancang dan memberikan komitment yang tinggi dalam pelaksanaan tugas masing-masing. Selain itu, pensyarah kami juga menunjukkan kesabaran yang tinggi dalam proses perjalanan aktiviti-aktiviti tersebut. Mereka akan menghalurkan tangan kepada mana-mana guru pelatih yang menghadapi masalah dan memberikan dorongan kepada mereka untuk meneruskan aktiviti-aktiviti tersebut. Dalam aktiviti air, pensyarah akan memberikan taklimat terlebih dahulu dan mengajar guru-guru pelatih yang tidak mahir berenang.Tambahan pula, kemudahan-kemudahan yang terdapat di tempat perkhemahan kami amat melengkapi dan mencukupi seperti tandas, bilik mandi, kantin dan sebagainya. Ia memberikan suasana yang selesa kepada kami untuk menjalankan aktiviti-aktiviti. Di samping itu, peralatan-peralatan yang kami guna semasa aktiviti air sangat lengkap dan memenuhi keperluan kami. Perahu yang mencukupi telah mengelakkan pembaziran masa dalam penggiliran menggunakannya. Oleh kerana bilangan khemah yang mencukupi, tiada masalah pergaduhan dalam pembahagian tempat tidur di dalam khemah. Akhir sekali, makanan yang berkhasiat dan pelbagai gaya telah mengenyangkan semua orang dan memberikan tenaga kepada kami untuk menjalankan aktiviti-aktivit yang selanjutnya.KelemahanSemasa menjalankan program ini, saya mendapati segelintir sentri yang bertugas telah mengabaikan tanggungjawab mereka dalam menjaga keselamatan guru-guru pelatih lain. Mereka mengambil masa tersebut untuk berbual-bual dengan rakan-rakan dan bergurau-gurau dengan ketawa yang besar. Terdapat juga sebahagian sentri pulang ke khemah sendiri dan membaling tidur. Mereka tidak mementingkan tugas ini dan mengabaikan arahan pensyarah terhadap mereka. Selain itu, saya merasakan tempoh program ini terlalu singkat dan tidak mendapatkan tindak balas yang besar daripada guru-guru pelatih. Mereka tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk menyesuaikan diri dalam perubahan persekitaran yang begitu besar. Sesetengah guru pelatih yang belum bersedia diri dalam perubahan ini akan menimbulkan perasaan marah terhadap rancangan program ini dan selalu meluahkan kemarahan terhadap orang lain.PeluangDalam program ini, saya berpeluang berinteraksi dengan orang-orang lain untuk memperkembangkan keyakinan pada diri sendiri. Saya mendapatkan peluang untuk menyampaikan pandangan diri di hadapan semua pensyarah dan guru pelatih. Hal ini telah menyebabkan saya menjadi lebih yakin terhadap kemampuan diri dalam pelaksanaan tugasan. Tambahan pula, saya mendapatkan peluang belajar berenang di dalam laut dengan panduan pensyarah kami. Saya belajar pelbagai kaedah berenang yang betul dan mengaplikasikan apa yang saya pelajari dengan bantuan rakan-rakan saya.Selain itu, saya juga mendapatkan kesempatan untuk menguji keadaan fizikal saya dengan menjalankan aktiviti darat iaitu menggembara bukit. Saya belajar menurun bukit dengan menggunakan tali dan ini amat menguji kecerdasan badan saya dalam menjalankan aktiviti fizikal.AncamanSemasa menjalankan program ini, saya tidak merasakan sebarang ancaman telah wujud dalam kalangan guru-guru pelatih. Segala tindakan keselamatan telah diambil dan dititikberatkan untuk mengelakkan sebarang keadaan yang bahaya dan akan mengancam nyawa kami.