laporan teknikal laporan industri

43
22 BAB 4 LAPORAN TEKNIKAL 4.1 Pengenalan Laporan teknikal adalah bahagian laporan yang meliputi kerja-kerja yang dilakukan sepanjang tempoh latihan industri.Laporan teknikal ini menerangkan tentang kerja-kerja teknikal yang dibuat atau dilihat oleh pelajar selama 20 minggu.Selama 20 minggu telah di tempatkan di tapak bina alam impian dan diletakkan dibawah seliaan Pn Jahina Md Jahi iaitu jurutera tapak bina yang menyelia setiap kerja teknikal yang telah dilakukan.

Upload: mohd-shafiq

Post on 30-Oct-2015

1.174 views

Category:

Documents


25 download

DESCRIPTION

laporan industri ini untuk semua

TRANSCRIPT

7/15/2019 laporan teknikal laporan industri

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 1/43

22

BAB 4

LAPORAN TEKNIKAL

4.1  Pengenalan

Laporan teknikal adalah bahagian laporan yang meliputi kerja-kerja yang

dilakukan sepanjang tempoh latihan industri.Laporan teknikal ini menerangkan tentang

kerja-kerja teknikal yang dibuat atau dilihat oleh pelajar selama 20 minggu.Selama 20

minggu telah di tempatkan di tapak bina alam impian dan diletakkan dibawah seliaan Pn

Jahina Md Jahi iaitu jurutera tapak bina yang menyelia setiap kerja teknikal yang telah

dilakukan.

7/15/2019 laporan teknikal laporan industri

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 2/43

23

4.2  Kerja-kerja awalan pembinaan.

Ditapak bina Alam Impian, telah didedahkan dengan kerja-kerja awalan ditapak 

 bina Alam Impian ini.Antara kerja-kerja awalan yang dapat lihat adalah kerja-kerja

membuat longkang sementara untuk mengalirkan air jika belakunya hujan. Selain itu,

telah diterangkan sedikit tentang kenapa perlu membuat longkang sementara ditapak 

 bina, ia bertujuan untuk mengelakkan air hujan yang turun tidak bertakung.

Selain itu, air yang tersebut akan menghakis tanah dan akan menyebabkan tanah

tersebut hilang, maka proses untuk menimbus akan dijalankan. Jika kerja penimbusan

dilakukan ia akan menyebabkan kerugian dari segi masa dan kos. Maka itulah sebab-

sebab kenapa perlu membuat longkang sementara ditapak bina.

Gambar rajah 4.1: Longkang sementara.

Ditapak bina Alam Impian, dapat melihat kerja- kerja membuat jalan masuk dan

keluar. Jalan keluar dan masuk dibina untuk memudahkan perjalanan jentera seperti lori

untuk mengangkut tanah keluar masuk, excavatior dan jentera-jentera yang lain. Jalan ini

 juga dibuat untuk memudahkan kontraktor ataupun pihak-pihak yang terlibat dengan

tapak bina ini untuk membuat lawatan atau membuat pemantauan

7/15/2019 laporan teknikal laporan industri

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 3/43

24

Gambar rajah 4.2: Jalan sementara.

Selain itu,kerja-kerja pemasangan papan tanda untuk projek. Ia dipasang

 bertujuan memberitahu projek sedang dijalankan dikawasan tersebut dan untuk menjamin

keselamatan penduduk yang ada berdekatan dengan tapak projek supaya tidak memasuki

kawasan pembinaan. Selain itu,papan tanda dipasang untuk memberitahu tentang projek 

apa yang sedang dijalankan,siapa majikan untuk projek,perunding-perunding bagi setiap

kerja ditapak bina, kontraktor, dari papan tanda yang dipasang dapat mengetahui semua

 perkara.

Gambar rajah 4.3: Papan tanda projek Alam Impian.

7/15/2019 laporan teknikal laporan industri

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 4/43

25

4.3  Kerja Penamanan Cerucuk (Piling Work )

4.3.1  Pengenalan

Terdapat pelbagai jenis cerucuk yang digunakan di Malaysia, kayu cerucuk,

konkrit cerucuk, cerucuk keluli dan sebagainya.Peningkatan penggunaan cerucuk 

disebabkan pembangunan di Malaysia yang semakin membangunan.Cerucuk adalah

elemen yang berbentuk tiang yang berfungsi mengagihkan beban „superstruktur‟ melalui

strata yang kurang mampat atau lapisan air kepada strata yang lebih mampat dan kuat.

Secara umumnya, fungsi cerucuk sebagai salah satu komponen utama dalam

 pembinaan bangunan, di mana ia mampu menanggung beban yang berat. Cerucuk 

digunakan terutamanya, apabila tapak pembinaan terdiri daripada tanah lembut, jauh ke

dalam lapisan yang mengandungilebih daripada 3 meter di bawah permukaan dan tanah

tersebut memerlukan kerja-kerja penggalian yang terlalu mahal atau sukar untuk digali.

4.3.2  Faktor asas penggunaan cerucuk 

Cerucuk merupakan sejenis binaan yang dibuat bagi memindahkan beban di

atasnya kepada tanah yang mempunyai keupayaan galas yang lebih tinggi dan dapat

menanggung beban tersebut.Sistem cerucuk dipilih kerana tanah bahagian atas tidak 

sesuai untuk menjadi lapisan penggalas/“Unsuitable Bearing Stratum”. Tanah yang tidak 

sesuai mungkin disebabkan oleh:

I.  Tidak cukup tekanan galas.

II.  Mendapan terlalu besar.

III.  Paras air bawah tanah yang tidak menggalakkan.

IV.  Adanya beban berong / “Lateral Loading”. 

V.  Wujudnya beban-beban cabutan / “Up-lift Forces”. 

4.3.3  Faktor Pemilihan jenis cerucuk.

Terdapat berbagai jenis cerucuk yang digunakan dan ianya bergantung kepada

empat (4) faktor yang utama, iaitu; 

7/15/2019 laporan teknikal laporan industri

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 5/43

26

i.  Kedudukan bangunan dan jenis struktur yang diperlukan.

ii.  Keadaan tanah atau tapak bina.

iii.  Ketahanan / “Durability”. 

iv.  Kedudukan paras air di bawah tanah.

4.3.4  Jenis cerucuk yang digunakan di tapak bina Alam Impian.

Cerucuk Konkrit Tetulang / “Reinforced Concrete Piles” 

Juga dikenali sebagai cerucuk R.C. di mana cerucuk ini dibuat di dalam kilang

mengikut bentuk dan saiz yang diperlukan.Cerucuk ini kemudian diuji sebelum dihantar 

ke tapak bina. Cerucuk ini hendaklah diangkut dengan cara yang paling sesuai keranadikuatiri akan merosakkan cerucuk sebelum sempat digunakan. Cerucuk ini merupakan

yang paling banyak digunakan dan sesuai untuk kebanyakan tapak.Cerucuk ini tidak 

sesuai digunakan untuk kawasan lembut dan mempunyai lapisan-lapisan pasir.

Cerucuk ini dibenamkan ke dalam tanah dengan tukul cerucuk. Hentaman ini

dikenakan di kepala cerucuk yang telah dilapik terlebih dahulu dengan plat besi. Oleh

kerana hentaman dikenakan di kepala cerucuk, maka bahagian bawah cerucuk yang akan

menembusi tanah. Ini adalah untuk mengelakkan bahagian bawah cerucuk dari rosak disamping mengurangkan daya rintangan.

Boleh digunakan pada kebanyakan tapak dan keadaan tanah kecuali di kawasan

yang terlalu lembut dan kawasan yang mempunyai batu kapur. Mempunyai saiz 150 x

150 hingga 400 x 400 mm. saiz cerucuk yang digunakan di tapak bina Alam Impian ialah

150mm x 150mm RC Pile Cerucuk ini dapat menanggung beban galas struktur maksima

sehingga 1450 kN (145 tan). Campuran konkrit yang digunakan ialah campuran 1: 2: 4.

Gred konkrit selalunya bergantung kepada keadaan tanah seperti :

i.  Kelas 1: Konkrit Gred 40 – untuk tanah yang keras.

ii.  Kelas 2: Konkrit Gred 25 – untuk tanah yang lembut.

7/15/2019 laporan teknikal laporan industri

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 6/43

27

4.3.5  Mesin Penanaman Cerucuk 

Jenis mesin penanaman cerucuk yang selalu digunakan ialah jenis Penukul

Hidraulik.Kebiasaannya, menggunakan penukul yang beratnya antara 10kN-70kN (1.3

tan-6.0 tan). Selalu digunakan untuk cerucuk yang saiznya 200mm dan ke atas. Penukul

akan dipasang kepada mesin roda berantai / “Crawler Machine”. Pergerakan turun-naik 

 penukul dikawal dengan kuasa hidraulik. Pergerakannya cepat diantara satu kedudukan

ke kedudukan yang lain. 

4.3.6  Proses Penanaman Cerucuk 

Jenis cerucuk yang dibenamkan ialah dari jenis konkrit siap tuang. Sebelum

dibenamkan, kepala cerucuk mesti dipasangkan pelapik sama ada pelapik besi atau

 plastik dan kakinya perlu disarungkan kasut cerucuk supaya ia mudah membenam dan

hujung kakinya tidak rosak. Kemudian, cerucuk ditegakkan dengan menggunakan kabel

dari kren dan ditarik ke kedudukan yang betul, yang disemak dengan pelambab atau

teodolit dari dua atau lebih sudut sebelum pembenaman dilakukan.

Gambar rajah 4.4: Cerucuk yang ditegakkan dengan

menggunakan kabel dari kren

Kemudian hentaman akan dikenakan kepada cerucuk dari ketinggian tertentu dan

 bilangan hentaman akan dicatat ke dalam borang rekod bagi setiap kemasukkan

sebanyak satu kaki di mana cerucuk akan ditanda pada selang satu kaki untuk 

7/15/2019 laporan teknikal laporan industri

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 7/43

28

memundahkan kiraan setiap kemasukkan satu kaki cerucuk. Jika satu batang cerucuk 

sudah habis dibenam dan set masih belum dicapai, sambungan cerucuk mesti

dilakukan. Bagi cerucuk konkrit, penyambungan secara kimpalan dilakukan manakala

untuk cerucuk kayu, plat keluli digunakan dengan memakukan kepada kepala

cerucuk.

Gambar rajah 4.5: Cerucuk yang dikenakan hentaman

untuk menanam cerucuk.

Gambar rajah 4.6: Cerucuk dikimpal untuk 

disambungkan dengan cerucuk yang lain.

Apabila cerucuk telah sampai ke lapisan keras, “set” cerucuk ditentukan dengan

menghentam cerucuk sebanyak 10 kali dan pembenaman semasa hentaman ini tidak 

 boleh melebihi 25mm. Ini dijalankan dengan melekatkan sekeping kertas graf pada sisi

 permukaan cerucuk pada paras yang sesuai. Satu pelurus disokong dengan tetap secara

7/15/2019 laporan teknikal laporan industri

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 8/43

29

ufuk pada kertas itu.Kemudian, cerucuk dihentam sebanyak 10 kali. Semasa hentaman

sebatang pensil akan digelongsorkan mengikut pelurus secara perlahan dan berterusan

dalam arah ufuk dari kiri ke kanan untuk menandakan satu set garisan pada kertas graf.

Gambar rajah 4.7: Contoh rekod piling .

4.3.7  Senarai bahaya pemasangan kerja piling. 

Pemasangan cerucuk melibatkan kerja penanaman dan mengangkat. Bahaya yang

 berpotensi dan masing-masing dan langkah berjaga-jaga adalah seperti berikut: 

Bahaya Langkah Berjaga-jaga

1.  Terbalik    Memastikan tanah dalam tahap yang

 baik 

  Memastikan peralatan dalam keadaan

 baik.

  Jangan mencuba dikawasan yang

 berair.

  Menggunakan tali dawai yang

diluluskan dan diuji..

2.  Cerucuk patah ketika kerja

 penanaman sedang dijalankan

  Gunakan gelung tali wayar di seluruh

cerucuk untuk mengelakkan tergelincir 

(permukaan cerucuk adalah licin)

7/15/2019 laporan teknikal laporan industri

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 9/43

30

  Jangan tarik cerucuk lebih daripada 12m

dari pemimpin cerucuk.

  Jauhi dari cerucuk semasa kerja

 penanaman

3.  Lain-lain   Operater harus sentiasa melihat pada

 pekerja-pekerja supaya apabila kerja

 penanaman dijalan pekerja tidak ada

 berdekat dengan kawasan tersebut.

  Memastikan tiada pekerja berada di

 bawah apabila cerucuk diangkat

  Pemeriksaan tali kabel harus dilakukan

supaya tidak putus apabila mengangkat

cerucuk.

Jadual 4.1: Senarai bahaya ketika kerja piling. 

4.3.8  Pemasalahan pada kerja piling dan cara mengatasi

Penggunaan cerucuk adalah penyelesaian asas kepada kawasan yang sukar 

substruktur, batu kapur dan tanah lembut kerana terdapat bangunan di tapak di Alam

Impian Seksyen 35, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.Dalam kerana kawasan itu, jenis

dan keadaan tanah di tapak pembinaan bagi pembinaan 56 Unit Rumah sangat lembut.

Walau bagaimanapun, terdapat masalah cerucuk dilakukan untuk keadaan tanah

yang sukar menyebabkan longgokan rosak, pecah dan belum berikat.Juga menyebabkan

kerosakan kepada cerucuk kerja terbengkalai dan mengambil masa yang lama. Ini juga

menyebabkan kos pembinaan meningkat. Oleh itu, pengalaman dan kepakaran dalamcerucuk penting yang tarikh permulaan dan berakhir pada tarikh pemasangan seperti yang

dijanjikan dalam kontrak.

7/15/2019 laporan teknikal laporan industri

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 10/43

31

Gambar kerosakan Penerangan

.  Cerucuk patah akibat dari hentakkan

yamg terlampau kuat atau pemasangan

cerucuk yang tidak betul.

. Keadaan tanah lembut juga menyukarkankerja penanaman cerruruk untuk 

mendapatkan kedudukan yang tepat.

Jadual 4.2: Gambar kerosakkan ketika melakukan kerja piling. 

Setiap masalah yang berlaku pada tapak pembinaan perlulah dipertimbangkan

dari pelbagai faktor. Masalah ini akan melibatkan kos projek meningkat. Masalah akibat

cerucuk yang patah, perlu diganti dengan cerrucuk yang baru. Ini berlaku kerana asas

yang kukuh dan juga struktur tanah yang liat.

Langkah kerja pemasangan cerucuk hendaklah mengikut kaedah yang betul

untuk mendapatkan set dalam kerja penanaman cerucuk. Ia adalah kerana, prosedur yang

salah boleh menyebabkan cerucuk tidak set. Cerucuk yang tidak mendapat set yang

diingini perlu digantikan dengan cerucuk baru atau sistem cerucuk yang lain.

Oleh itu, kepentingan penyiasatan tapak amat penting sebelum cerucuk 

digunakan. Keadaan tanah juga penting untuk menentukan jenis cerucuk dan cara kerja

7/15/2019 laporan teknikal laporan industri

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 11/43

32

yang akan dilakukan. Keadaan tanah yang kurang baik juga menjadi faktor cerucuk 

sukar untuk mendapatkan tahap yang dikehendaki.

4.4  Kerja-kerja tetulang

4.4.1  Pengenalan

Dalam kerja binaan konkrit tetulang, bar tetulang ialah sejenis besi yang

 beberntuk bulat dan panjang yang digunakan sebagai tetulang.Konkrit biasanya tidak 

 berupaya menanggung beban tegasan dan tekanan dengan sangat berkesan. Struktur  –  

struktur seperti tiang, lantai, rasuk dan lain - lain bahagian sering mengalami tegasan

tegangan. Oleh itu, konkrit biasa adalah tidak sesuai di gunakan, maka ia diatasi dengan

menggunakan konkrit bertetulang ( Reinforcement concrete) iaitu dengan mencantumkan

 besi tetulang dengan konkrit. Terdapat beberapa jenis bar tetulang iaitu:

i. Keluli lembut / hot rolled mild steel

ii. Bar berbunga / deformed bar 

iii. Tetulang anyaman / BRC steel fabric

iv. Dawai keluli tegangan tinggi / high tensile wire

4.4.2  Penyimpanan Besi Tetulang

Bagi kegunaan di tapak, besi tetulang di hantar ke tapak. Apabila ia sampai ke

tapak ia perlu diikat dan diasingkan mengikut saiz dan jenis. Apabila besi tetulang telah

sampai ke tapak bina, periksa keadaan bar tetulang itu dan perhatikan kadar karatnya dan

kebengkokkannya. Jika sekiranya kadar karatnya terlampau teruk, ia hendaklah di

gantikan kerana kemungkinan ia akan merosakkan struktur  – struktur bangunan. Tetulang

hendaklah sentiasa bersih dan sentiasa jauh dari kotoran minyak, tanah, karat, dan lain  –  

lain bahan. 

7/15/2019 laporan teknikal laporan industri

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 12/43

33

Gambar rajah 4.8: Besi tetulang yang telah

di potong dan dibengkokkan.

4.4.3  Pemasangan Tetulang Keluli

Tetulang keluli yang dipasang pada struktur tiang dan rasuk adalah perlu

diikatkan dahulu dengan link.Kerja pengikatan link adalah di lakukan di kawasan bawah.

Kerja – kerja pengikatan link adalah seperti berikut : 

a.  Tetulang link yang hendak di pasang adalah diletakkan di atas dua

 peranca.

 b.  Link akan di masukkan ke dalam sekeliling tetulang serta dijarakkan

150mm atau 200mm pusat ke pusat mengikut bentuk.

c.  Seterusnya link diikat pada tetulang dengan dawai dengan cangkuk 

 pengikatnya.

7/15/2019 laporan teknikal laporan industri

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 13/43

34

Gambar rajah 4.9: Tetulang bagi pad footing akan dikat terlebih

dahulu sebelum di letakkan di kotak betuk.

4.5   General Past Contr ol (GPC).

4.5.1  Pengenalan

General pest control (GPC) dijalankan menggunakan alat  stainless steel sprayer  

yang dimasukkan campuran racun pada sukatan-sukatan tertentu. Kaedah ini digunakan

untuk mencegah serangga seperti anai-anai,lipas,semutdan lain-lain. Ia dijalankan secara

 berjadual untuk mencegah serangan serangga perosak 

Rawatan adalah dengan kaedah penyemburan ubat disemua kawasan yang boleh

menjadi sarang atau tempat pembiakkan serangga tersebut. Sebagai langkah pencegahan,

kawasan lain yang mana berpontensi menjadi sarang kepada serangga tersebut juga akan

dirawat.

Racun serangga yang digunakan untuk rawatan ialah racun yang berbentuk cecair 

yang larut dalam air. Kerja-kerja semburan akan dilakukan di setiap di sekeliling

kawasan bangunan dan jika ditapak bina di bahagian struktur sebelum kerja-kerja

menkonkrit struktur tersebut. Bagi tapak bina Alam Impian mengunakan kaedah

Corrective Soil Treatment (spraying) untuk General pest control (GPC) 

7/15/2019 laporan teknikal laporan industri

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 14/43

35

4.5.2  Peringkat untuk Corrective Soil Treatment (spraying)  

Telah diterangkan tentang peringkat untuk melakukan Corrective Soil Treatment 

(spraying) iaitu:

1.  Semburan pada bahagian pad footing dan pile cap

Kerja – kerja pengawalan anai-anai ini dijalankan setelah kotak bentuk dan

tetulang untuk  pad footing atau pile cap siap dipasang. Semburan ini meliputi

keseluruhan kawasan yang terlibat. Kerja ini akan dilakukan sebelum kerja

mengkonkrit struktur tersebut.

2.  Semburan pada bahagian rasuk bumi ( ground beam)

Kerja-kerja pengawalan anai-anai ini dijalankan setelah kotak bentuk 

untuk rasuk bumi siap dipasang. Kerja-kerja semburan pengawalan anai-anai

akan dilakukan di tepi-tepi kotak bentuk rasuk bumi sebelum dikonkrit.

3.  Semburan pada bahagian lantai bawah rumah ( ground slab)

Pada peringkat permulaan rawatan rawatan ini dijalanan, hendaklah

dipastikan kawasan yang akan dirawat sudah sempuran iaitu tanah-tanah di

 bahagian dalam rumah sudah dimampatkan sepenuhnya dan keadaan tersebut

tidak akan diubah suai lagi.

Apabila tanah sudah dimampatkan dan dibersihkan, semburan pencegahan

anai-anai perlu dilakukan dahulu sebelum kerja mengkonkrit dijalankan.Ini

adalah untuk menjamin kotak bentuk yang diperbuat dari kayu dirosakkan

atau dimakan oleh anai-anai.Setelah kerja-kerja semburan siap kerja

mengkonkrit boleh dijalankan.

4.  Semburan untuk pada kaki-kaki lima (apron)

Kerja semburan di bahagian kaki lima (apron) adalah hampir sama seperti

semburan di bahagian lantai rumah atau banguana. Perbezaannya hanyalah

apabila longkang-longkang di tepi rumah siap dibina (dipasang) dan sebelum

kaki lima dikonkrit, kerja-kerja penyemburan tanah barulah dijalankan di

7/15/2019 laporan teknikal laporan industri

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 15/43

36

sekeliling bangunan dan di kawasan yang difikirkan perlu pengawalan ini

dijalankan.

Kerja penyemburan kawalan anai-anai siap sepenuhnya apabila

keseluruhan kawasan kaki lima siap dijalankan. Apabila kerja-kerja

 penyemburan kawalan anai-anai ini selesai, kerja mengkonkrit boleh

dijalankan dengan ini bahagian yang disembur tadi akan lebih selamat

4.5.3  Kaedah-kaedah pengawalan serangga dan haiwan perosak.

Terdapat beberapa kaedah untuk kawalan serangga dan haiwan perosak.

Terbahagi kepada 2 peringkat iaitu:

1.   peringkat pra-pembinaan

kaedah yang dilakukan adalah Corrective Soil Treatment 

(spraying) dan  piping system.Kaedah ini dilakukan semasa pembinaan

sedang dijalankan.Bagi kaedah piping system ini masih belum

diaplikasikan di Malaysia oleh mana-mana syarikat kawalan serangga

tempatan. Piping system ini merupakan kaedah moden yang menggunakan

 paip yang dipasang mengikut perimeter di bawah struktur rumah dan akan

kekal sehingga hayat rumah tersebut. Ia mempunyai injap untuk kegunaan

memasukkan racun anai-anai apabila perlu.

2.   peringkat post-pembinaan

Peringkat ini akan dilakukan selepas kerja pembinaan siap

sepenuhnya. Antara kaedah untuk pengawalan haiwan perosak dan

serangga lain adalah:

I.   Drilling - dilakukan dengan menebuk lubang-

lubang kecil di dinding-dinding untuk memasukkan

racun yang dapat mengawal anai-anai

II.  Termite Baiting System (TBS)  –  dilakukan dengan

stesen-stesen umpan di keliling bangunan dengan

 jarak tertentu.

7/15/2019 laporan teknikal laporan industri

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 16/43

37

III.  Racun Serbuk Dan Gel- digunakan untuk 

menghapuskan tikus. Gel dan racun serbuk akan

dilekatkan pada laluan atau lubang-lubang tikus.

IV.  Perangkap- pemasangan perangkap yang

mengandungi gam akan dipasang pada laluan dan

tempat-tempat yang strategik. Selain itu, kaedah ini

 juga turut digunakan dengan memasang perangkap

dawai.

4.5.4  Fogging ( Semburan Kabus) 

Semburan kabus atau  fogging  merupakan kaedah yang digunakan untuk 

 pencegahan nyamuk.Ia sesuai digunakan untuk bahagian luar dan bahagian ruang bawah

tanah (basemen) sahaja. Pencegahan yang terbaik adalah dijalankan secara kerap dan

menggunakan racun yang berbeza-beza. Pengasapan ( fogging ) akan dijalankan di tempat-

tempat pembiakan jentik-jentik seperti tayar,cawan,pasu bunga dan kawasan yang air 

 boleh bertakung.Bagi tapak bina Alam Impain penyemburan kabus atau  fogging  akan

dilakukan sebulan sekali. Antara tempat yang akan dijalankan kerja-kerja pengasapan

( fogging ) adalah kawasan kongsi pekerja buruh,kantin,longkang sementara,pejabat tapak 

 bina Alam Impian dan sekitar kawasan pembinaan. 

7/15/2019 laporan teknikal laporan industri

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 17/43

38

Gambar rajah 4.10: Alat yang digunakan untuk kerja fooging iaitu Fogger. 

4.5.5  Gambar kawasan yang di fogging . 

Gambar rajah 4.11: Kawasan pejabat di tapak bina Alam Impian.

Gambar rajah 4.12: Kawasan kongsi tempat pekerja binaan tinggal.

7/15/2019 laporan teknikal laporan industri

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 18/43

39

4.6  Kerja Konkrit

4.6.1  Pengenalan

Konkrit merupakan sejenis bahan yang dihasilkan daripada hasil gabungan simen

(Cement ), batu baur halus ( fine aggregate), batu baur kasar (coarse aggregate) dan air 

mengikut nisbah tertentu.Konkrit boleh dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut

kegunaannya. Jenis konrit adalah seperti berikut: 

i.  Konkrit simen ( plain cement concrete)

ii.  Konkrit bertetulang ( Reinforcement cement concrete)

iii.  Konktit kapur ( Lime concrete)

4.6.2 Bahan-Bahan Konkrit

Dalam kerja konkrit, bahan-bahan yang digunakan ialah :

a) Simen

Simen hendaklah digunakan dalam kerja konkrit mestilah simen Portland dari

 pembuat yang diluluskan.Simen Portland haruslah mematuhi kehendak-kehendak 

Piawaian Malaysia M.S 7.13. Jenis-jenis Simen Portland yang biasa digunakan

ialah :

i.  Simen Portland Biasa (Ordinary Portland Cement ).

Simen jenis ini mestilah menepati piawaian M.S 522.Bahan-bahan mentah

yang biasa digunakan ialah kalsium karbonat, silica, alumina dan besi

oksida.

ii.  Simen Portland Cepat Mengeras ( Rapid Hardening Portland Cement ).

Simen jenis ini akan digunakan mesti menepati Piawaian Malaysia M.S

522. Ia mempunyai komposisi yang sama dengan Simen Portland Biasa

akan tetapi ia dikisar dengan lebih halus supaya dapat mengeras dengan

lebih cepat.

iii.  Simen Portland Penahan Sulfat (Sulphate Resisting Portland Cement )

Simen Portland jenis ini menepati Piawaian British B.S 4027 sebelum

dapat digunakan.Simen ini amat sesuai digunakan untuk pembinaan

7/15/2019 laporan teknikal laporan industri

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 19/43

40

struktur-struktur bawah tanah serta kawasan yang terdedah kepada air laut,

 bahan kimia dan sebagainya.

 b) Batu Baur 

Antara bahan-bahan dalam konkrit, batu baur merupakan paling beraneka

 jenis.Oleh yang demikian, batu baur yang hendakdigunakan perlu mematuhi Piawaian

Malaysia iaitu M.S 74 sebelum dapat digunakan. Semua batu baur yang akan digunakan

mesti dari jenis yang kuat, tahan lama, bersih dan tidak berselaput kotoran serta tidak 

mengandungi bahan-bahan perosak yang akan membawa kesan buruk kepada kekuatan

dan ketahanan konkrit dan tetulang. Ia harus disimpan dengan baik. Ia terbahagi kepada

dua jenis iaitu :

i. Batu Baur Halus – Ia mesti dari pasir semulajadi yang terdapat dikawasan

air tawar. Batu baur halus hendaklah tidak mengandungi selut atau bahan-

 bahan halus lain melebihi 3% mengikut isipadu apabila di uji mengikut

Piawaian M.S 75. Penggunaan pasir dari pecahan batu adalah tidak 

dibenarkan.Manakala pasir didapati dari kawasan lombong dan laut dan

harus dibersihkan terlebih dahulu.

ii. Batu Baur Kasar - Batu baur jenis ini yang akan digunakan mestilah

menepati Piawaian M.S 29. Ia mesti bebas dari kotoran dan tergolong dari

tiga jenis utama iaitu batu Igneus, batu mendakan, dan batu jelmaan. Saiz

maksimum batu baur mestilah dalam lingkungan 19mm.

c) Air 

Air yang digunakan untuk bancuhan konkrit mestilah bebas dari segala kotoran

yang boleh memberi kesan kepada konkrit. Ini kerana air penting untuk proses tindak 

 balas kimia berlaku dalam bancuhan adalah di tentukan mengikut format berikut :

  Jumlah Berat Air Dalam Konkrit:

Berat Simen Untuk Bancuhan biasa nisbah air adalah 0.4 hingga 0.7.

7/15/2019 laporan teknikal laporan industri

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 20/43

41

4.6.3  Kaedah membancuh Konkrit

Konkrit boleh dibancuh dengan 3 cara, iaitu:

I.  Membancuh dengan menggunakan penyeduk.

II.  Membancuh dengan menggunakan mesin penggaul.

III.  Bekalan daripada kilang bancuh siap.

Biasanya membancuh konkrit dengan menggunakan penyedok atau ‘concrete

mixer’ adalah bagi kuantiti kecil sahaja.Sukatan simen perlu ditambah kira-kira 10% lagi

untum memudahkan kerja-kerja membancuh. Semasa membancuh dengan cara ini, bahan

campuran akan digaul kering dahulu. Kemudian air akan dicampur sedikit sehingga

sukatan airnya mencukupi. Kerja menggaul dilakukan sehingga campuran bahan itu

sekata.

Tetapi bagi tapak bina di Alam Impian, jumlah konkrit yang diperlukan adalah

 banyak.Bancuhan konkrit ini biasanya adalah daripada kilang bancuhan

siap.Pembancuhan konrit ini baik dikilang atau pun ditapak bina perlulah mematuhi

nisbah bancuhan yang ditentukan untuk menghasilkan konkrit yang berkualiti.

4.6.4 Ujian Ke atas Bancuhan Konkrit 

Ujian ini dilakukan adalah untuk mengetahui kekutan sesuatu konkrit.Dengan

adanya ujian ini ia dapat menentukan sama ada bancuhan itu sesuai untuk kegunaan

 berkenaan atau pun untuk mencapai kehendak kekuatan mampatan yang dikehendaki

dalam kerja-kerja pembinaan.

Jenis-jenis ujian konkrit adalah:

I.  Ujian Runtuh (telah dilakukan di tapak bina Alam Impian).

II.  Ujian Kiub (telah dilakukan di tapak bina Alam Impian).

III.  Ujian Vebe Consistometer.

IV.  Ujian Faktor Mampatan.

7/15/2019 laporan teknikal laporan industri

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 21/43

42

4.6.5 Ujian Kiub (Cube Test ) 

Ujian kiub merupakan satu lagi ujian penting dalam kerja konkrit.Tujuan ujian

konkrit ini adalah untuk menetukan kekuatan konkrit. Keputusan daripada ujian-ujian ini

akan memberikan gambaran bahawa campuran itu adalah betul dan kekal.

4.6.5.1 Alat-Alat Yang Digunakan.

a) Di dalam semua projek, kiub akan dibuat pada setiap kali campuran

konkrit ditukarkan. Ini adalah untuk ujian kekuatan pecahan pada hari ke 7

dan ke 28.Kotak acuan yang diperbuat daripada keluli dan dalam dua

 bahagian, yang mana diboltkan bersama.Kebiasaannya alas keluli juga

dibekalkan bersama.

 b) Rod, diameter 16mm dan panjang 600mm (standard tamping)

4.6.5.2 Cara Ujian Kiub Dijalankan

Acuan hendaklah di sapu dengan minyak pelicir (gris) untuk mengelakkan

konkrit melekat pada acuan.Acuan berukuran 6 inci kiub dipenuhkan konkrit

dalam 3 lapisan yang hampir sama tebal.

Gambar rajah 4.13: Acuan disapu dengan minyak pelicir.

7/15/2019 laporan teknikal laporan industri

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 22/43

43

Gambar rajah 4.14: Bancuhan konkrit sedang dimasukkan

ke dalam kiub-kiub bersaiz 6” 150mm x 150mm.

Tiap - tiap lapisan konkrit yang diisi perlu dipadatkan dengan rod sebanyak 35

kali.Selepas konkrit menjadi keras, ia direndam dalam air.Pada peringkat pertama, ia

akan direndam selama 7 hari dan peringkat ke dua adalah selama 28 hari.

Gambar rajah 4.15: Sebatang rod besi digunakan untuk 

hentakan sebanyak 35 kali.

7/15/2019 laporan teknikal laporan industri

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 23/43

44

Gambar rajah 4.16: Konkrit yang telah keras

di rendamkan didalam air.

Ujian pada peringkat pertama selepas 7 hari, kiub konkrit yang diuji perlu

mencapai kekuatan 75%.Jika kurang dari 75% ujian peringkat kedua perlu dijalankan

selepas 28 hari.

Gambar rajah 4.17: Mesin ujian kiub.

7/15/2019 laporan teknikal laporan industri

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 24/43

45

4.6.5.3 Kiraan Ujian Kiub

Gred yang digunakan (G25)

Katakan beban yang dikenakan 500KN

500KN = 500,000N

Kiraan :

Luas kiub yang dikenakan beban

150mm x 150mm

= 22,500mm persegi

= F/A

=500,000

22,500

= 22.22N/mm

Jenis gred (G25)

Maka peratus kekuatan konkrit ialah:

22.22

25 → Gred Konkrit 

= 0.88

=88%

Ujian lulus kerana ia melebihi 75%

7/15/2019 laporan teknikal laporan industri

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 25/43

46

 Nisbah

campuran

nominal

Kekuatan kiub pada hari ke 7 Kekuatan kiub pada hari ke 28

Ujian awal Ujian kerja Ujian awal Ujian kerja

 N / mm N / mm N / mm N / mm

1 : 1 : 2 26.7 20 40 30

1 : 1½ : 3 22.7 27 34 25.5

1 : 1 :4 18.7 14 28 21

Jadual 4.3: Jadual Nisbah Campuran Nominal Kekuatan Kiub.

4.6.6 Ujian Runtuh (Slump Test)

Ujian pemendapan tidak mengukur betapa bagusnya konkrit yang dibuat tetapi ia

adalah mustahak untuk menganalisa segala perubahan sekata dalam sesuatu campuran

yang diberikan. Ia dilakukan sebelum kerja penuangan konkrit pada struktur bangunan

dijalankan. Ujian ini perlu dijalankan ke atas semua „truck mixer‟ yang masuk ke tapak. 

4.6.6.1 Alat - Alat yang digunakan

a) Kon kejatuhan konkrit, diameter muncung atas 100mm, diameter 

muncung bawah 200mm dan tinggi 300mm.

 b) Rod, diameter 16mm dan panjang 600mm (standard tamping)

c) Pita ukur untuk mengukur kejatuhan konkrit.

4.6.6.2 Cara Ujian Runtuh Dijalankan

Pertama sekali, konkrit di masukkan kedalam „slump cone‟.Ia dimasukkan secara

 berperingkat  – peringkat mengikut 3 lapisan. Setiap lapisan perlu di padatkan sebanyak 

25 kali dengan rod.Selepas 4 lapisan dibuat, „slump cone‟ dikeluarkan secara perlahan-

lahan dari lapisan konkrit yang dipadatkan. 

7/15/2019 laporan teknikal laporan industri

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 26/43

47

Gambar rajah 4.18: Konkrit akan dimasukkan sebanyak 3 lapisan.

Gambar rajah 4.19: Setiap lapisan perlu di padatkan

sebanyak 25 kali dengan rod.

Jika tinggi konkrit tidak runtuh, nilai tinggi harus dalam 75mm(+/-) 25mm maka

ujian tersebut lulus dan konkrit akan dibenarkan untuk di bawa ke dalam tapak bina.Jika

tingginya tidak mengikut tinggi yang ditetap, maka ujian tersebut gagal dan konkrit

tersebut perlu ditukar.

7/15/2019 laporan teknikal laporan industri

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 27/43

48

Gambar rajah 4.20: Konkrit yang diukur.

4.6.7 Mengangkut Dan Menuang Konkrit 

Konkrit perlu diangkut secepat mungkin dari alat pembancuhan.Cara penuangan

 perlu dilakukan dengan betul untuk mengelakkan pengasingan bahan  – bahan yang sedia

ada atau kehilangan bahan – bahan bancuhan.Konkrit hendaklah dituang sehampir boleh

ke tempat tuangan yang dikehendaki.Konkrit perlu dituang di tempat  –  tempat yang

dikehendaki dengan secepat mungkin.Konkrit yang dituang perlu dipadatkan sepenuhnya

dengan menggunakan alat pengetar berjentera.

Konkrit perlu dipadatkan dengan sepenuhnya sehingga ke sudut  –  sudut acuan

dengan menggunakan papan pemadat.Alat penggetar berjentera hanya boleh digunakan

untuk memadat konkrit dan bukan di gunakan untuk menempatkan konkrit ke bahagian  –  

 bahagian yang tertentu.

Konkrit diantara dinding – dinding acuan hendaklah dipadatkan dengan alat getar 

dari jenis benam dan konkrit untuk papak  –  papak yang tidak menggunakan acuan

sebelah atasnya, hendaklah dipadatkan dengan alat getar dari jenis permukaan atau alat

getar dari jenis rasuk atau jenis – jenis lain yang diluluskan.

7/15/2019 laporan teknikal laporan industri

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 28/43

49

4.7  Kerja Struktur Dan Sub Struktur.

4.7.1  Pengenalan Pad Footing .

 Pad footing  adalah elemen struktur yang berfungsi untuk menyokong beban

menindih kepadanya melalui elemen menghantar. Fungsi  pad footing  ini dibuat adalah

menghalang pergerakan struktur danmembenarkan pembinaan bangunan di atas air atau

tanah paya. Selain itu, menahan daya meningkatkan atau terbalik disebabkan oleh angin

dan menahan daya sisi akibat pergerakan tanah.Selain itu, sebagai salah satu fungsi

 peyokong (support) untuk struktur yang sedia ada atau tidak stabil.

4.7.2  Langkah kerja membuat pad footing .

Sebelum membuat pad footing , kawasan untuk membuat pad footing akan dikorek 

mengikut kedalaman dan keluasan yang diberikan. Selepas itu, kawasan tersebut akan

dimampatkan.Selepas kerja memampatkan tanah selesai, kotak bentuk akan dipasangkan.

Setiap kotak bentuk hendaklah dipasang mengikut saiz dan kedudukan kotak 

 bentuk tersebut mestilah mengikut plan lukisan.

Selepas itu, hardcore dan habuk kuari akan diletakan sebagai lapisan pertama atau

lapisan asas kepada pad footing.  Hardcore dan habuk kuari akan dimampatkan. Selepas

itu, lapisan yang telah dimampatkan akan disemburkan dengan racun pengawalan anai-

anai bagi mengelakkan anai-anai yang mungkin ada pada tanah dari memakan kayu dari

kotak bentuk.

Selepas disembur, link konkrit akan dituangkan dan dibiarkan kering. Selepas itu,

kerja pemasangan tetulang akan dijalankan. Spacer bar akan diletak untuk memastikan

kedudukan tetulang tidak bergerak atau tidak lurus.

Selepas pemasangan tetulang siap, inspectionakan dilakukan untuk memastikan

 pemasangan kotak bentuk dan tetulang dibuat dengan betul sebelum kerja mengkonkrit

dilakukan. Kerja konkrit akan dilakukan menggunakan mobile kren yang hujung nya

diletak satu bekas untuk menuangkan konkrit didalam kotak bentuk  pad footing , pekerja

akan meratakanya. Dibiarkan konkrit itu kering dan akan membuka kotak bentuk 

tersebut.

7/15/2019 laporan teknikal laporan industri

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 29/43

50

4.7.3  Pengenalan Stump  

Stump adalah suktur yang dibina selepas pad footing siap dibina.

4.7.4   Langkah kerja membuat stump 

Dibuat selepas  pad footing  siap di konkrit. Tetulang akan dipasang dan kotak 

 bentuk juga akan dipasang.  Inspectionakan dilakukan bagi memasti akan tetulang yang

dipasang sama seperti didalam plan lukisan yang telah disediakan oleh arkitek dan

kedudukan kotak bentuk dan tetulang akan dilihat melalui  grid line yang ada didalam

 plan lukisan. Selepas selesai inspection stump tersebut bolehlah dikonkritkan. Stump 

tersebut akan dibiarkan mengering dan akan dibuka kotak bentuknya selepas beberapa

hari ia kering

Selepas  pad footing dan stump siap kerja menimbus akan dijalankan, tanah yang

ditimbuskan akan dimampatakan setiap lapis. Ada 3 lapisan untuk menimbus tanah setiap

lapisan akan di mampat akan menggunakan baby roller . Selepas tanah di mampatkan

kerja membuat ground beam akan dilakukan

4.7.5  Pengenalan ground beam  

Rasuk tanah adalah satu rasuk konkrit untuk menyokong dinding, gelegar, dan lain-lain,

 pada atau berhampiran paras tanah, sama ada di atas tanah atau disokong pada kedua-dua

hujungnya.

4.7.6  Langkah kerja membuat ground beam

Selepas pad footing dan stump ditimbuskan dengan tanah dan di mampatkan kerja

untuk membuat  ground beamakan dijalan dengan memasang kotak bentuk.Kemudian

7/15/2019 laporan teknikal laporan industri

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 30/43

51

kawasan didalam kotak bentuk akan dibersihkan terlebih dahulu sebelum kerja untuk 

 penyemburan racun pengawalan anai-anai.

Selepas kerja pembesihan siap, kerja penyemburan boleh dijalankan, racun akan

disembur di sekeliling kawasan kotak bentuk.Selepas itu, tetulang untuk   ground 

beamakan dipasang. Selepas itu, inspectionakan dilakukan untuk memastikan bilangan

tetulang dan saiz tetulang yang digunakan mengikut plan lukisan pembinaan. Selain

 bilangan dan saiz tetulang, kedudukan kotak bentuk akan dilihat.Selepas itu, kerja

mengkonkrit akan dijalankan.

4.7.7  Pengenalan ground slab  

Papak konkrit adalah elemen struktur yang sama bangunan moden. Papak 

mendatar keluli bertetulang konkrit, biasanya antara 100 dan 500 milimeter tebal, yang

 paling sering digunakan untuk membina lantai dan siling, manakala papak nipis juga

digunakan untuk bahagian luar membuka.

Dalam banyak bangunan domestik dan industri papak konkrit tebal, disokong

 pada asas-asas atau terus pada tanah bawah, digunakan untuk membina tingkat bawah

 bangunan.Dalam bangunan tinggi dan pencakar langit, nipis, papak konkrit pra-tuang

yang tersangkut di antara bingkai keluli untuk membentuk lantai dan siling pada setiap

 peringkat.

4.7.8   Langkah kerja membuat slab 

Sebelum membuat  ground slab, kerja-kerja untuk pemasangan paip bawah tanah

seperti paip untuk tandas atau untuk   floor trap haruslah disiapkan terlebih dahulu.

Selepas itu, barulah tanah di letakkan dan diratakan. Selepas itu, semburan untuk 

 pengawalan anai-anai akan dilakukan.

Selepas semburan anai-anai selesai, link konkrit akan dituangkan. Selepas itu,

satu lapisan plastik akan diletakan bertujuan mengelakan air dari naik keatas, fungsinya

sama seperti geotextile. Selepas itu, BRC akan diletakkan mengikut saiz yang diberikan.

Selepas itu, kerja mengkonkrit akan dijalankan. Bagi memastikan aras lantai sama, juru

7/15/2019 laporan teknikal laporan industri

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 31/43

52

ukur diminta untuk membuat leveling dengan menggunakan alat ukuryang mengeluarkan

 pacaran lazer. Apabila alat tersebut telah disetkan baca aras untuk lantai tersebut, lazer 

akan dipasangkan.

Dengan menggunakan staf yang dipasangkan dengan satu alat pengesan untuk 

mengesan lazer. Apabila alat tersebut terkena pada pancaran lazer, alat tersebut akan

 berbunyi menandakan staf berada diaras yang betul. Dengan ini, lantai akan dikonkrit

mengikut ketinggian staf. Dengan kaedah ini, dapat memastikan aras lantai sama semasa

kerja mengkonkrit.

4.7.9  Jenis slab

Terdapat 2 jenis slab(lantai) yang digunakan di tapak bina Alam Impian iaitu :

 I.  Suspended slab

Bagi  suspended slab rasuk dan lantai bercantum di buat sekali.

Mempunyai 2 lapisan BRC supaya lebih kuat.Mampu menahan

 beban yang kuat dan sesuai untuk tanah yang kuat atau tidak kuat.

 II.   Non-suspended slab

Bagi non-suspended slab rasuk dan lantai di buat secara

 berasingan.Selain itu, mempunyai satu lapisan BRC. Tidak mampu

menahan beban yang kuat dan digunakan untuk lantai apron 

4.7.10  Pengenalan column  

Tiang (column) sokongan menegak yang bebas dari semua pihak mengambil

 beban daripada rasuk papak dan lain-lain dan memindahkan beban ke bumi bebas

dipanggil tiang.Tiang ini dibina dengan bantuan bar keluli dan konkrit simen.Dalam kes

 pembinaan tingkat dan bingkai pelbagai struktur bangunan, seluruh beban dilahirkan oleh

tiang-tiang dan kawasan lantai / ruang dalaman bangunan secara bebas diubahsuai

mengikut keperluan.

7/15/2019 laporan teknikal laporan industri

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 32/43

53

4.7.11  Langkah kerja membuat column  

Apabila  ground slab telah siap, kerja pemasangan tetulang untuk  columnakan

dijalankan. Tetulang columnakan dipasang secara menegak. Tetulang yang dipasang

hendaklah mengikut bilangan dan saiz yang diberi didalam plan lukisan pembinaan.

Selepas itu, kotak bentuk akan dipasang dan setiap sambungan antara kotak bentuk 

hendaklah kuat supaya apabila konkrit dituang, kotak bentuk tidak pecah atau

mempunyai kebocoran. Kotak bentuk akan dipasang menggunakan  scaffolding  supaya

lebih dan selamat untuk pekerja yang memasang kotak bentuk.

 Inspectionakan dibuat untuk melihat tetulang dan kotak bentuk dipasang dengan

 betul dan baik. Selepas inspection dan tiada kesilapan, kerja mengkonkrit akan

dijalankan. Column yang sudah di konkrit akan dibiarkan mengering. Setelah konkrit

mengering kerja membuka kotak bentuk columnakan dijalankan

4.7.12  Pengenalan pil e cap  

 Pile cap(topi cerucuk) adalah tikar tebal konkrit yang terletak pada konkrit atau

kayu cerucuk yang telah didorong ke dalam tanah lembut atau tidak stabil untuk 

menyediakan asas yang stabil yang sesuai. Ia biasanya merupakan sebahagian daripada

asas bangunan, biasanya berbilang tingkat bangunan, struktur atau sokongan asas untuk 

 peralatan berat.Satu struktur yang sama dengan topi cerucuk adalah "rakit", yang

merupakan asas lantai konkrit.

4.7.13  Langkah kerja membuat pil e cap  

Selepas kerja penanam cerucuk siap, kawasan cerucuk yang ditanam akan dikorek 

untuk membuat pile cap. Kawasan akan dikorek mengikut saiz pile cap dan ketebalan pile

cap tersebut.Selepas kerja mengorek, cerucuk akan dipotong mengikut ketinggian yang

diberikan.

7/15/2019 laporan teknikal laporan industri

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 33/43

54

Lebihan cerucuk yang dipotong hendaklah diletakkan di tempat yang selamat

supaya tapak bina selamat dan juga bersih.Selepas dipotong, pemasang kotak bentuk 

akan dilakukan. Kotak bentuk akan dipasang mengikut saiz dan bentuk yang sama

dengan plan lukisan.Kotak bentuk hendaklah dipasang dengan betul supaya apabila kerja

mengkonkrit dilakukan kotak bentuk tidak terbuka atau ada kebocoran yang

menyebabkan konkrit terkeluar.Selepas kotak bentuk siap dipasang, tetulang akan pasang

dan di ikat dengan kuat. Saiz, bentuk dan bilangan besi hendaklah sama dan betul dengan

mengikut kehendak kontraktor.

Selepas itu, kerja menkonkrit boleh dijalankan. Konkrit akan dibiarkan kering

selama beberapa hari. Selepas kering, kotak bentuk   pile capakan dibuka. Selepas

membuka pile cap,kerja penimbusan akan dijalankan

4.7.14  Masalah membuat pil e cap  

Kawasan cerucuk yang telah dikorek dipenuhi air.Kawasan tersebut dipenuh air 

kerana faktor cuaca iaitu hujan. Pekara ini amat penting kerana sekiranya air betakung

didalam kawasan cerucuk yang telah dikorek, kerja-kerja untuk membuat pile cap akan

tertangguh dan akan memyebabkan pembaziran masa dalam kerja. Cara untuk 

menyelesaikan masalah ini adalah dengan menggunakan mesin penyedut untuk menyedut

air yang bertakung didalam kawasan yang telah dikorek itu sehingga kering.. Air yang

disedut akan dialirkan ke longkang sementara yang telah dibuat. Selepas air didalam

kawasan korekan kering,kerja untuk memasang kotak bentuk akan dimulakan.

Bahagian cerucuk yang telah dipotong ada yang tidak diletak dan diuruskan

dengan baik oleh sub kontraktor, ini boleh menyebabkan tapak bina nampak tidak kemas

dan bersepah. Selain itu, boleh menyebabkan kawasan tersebut menjadi kawasan yang

mempunyai risiko yang tinggi untuk terjadinya kemalangan yang boleh mencederakan

 pekerja-pekerja yang bekerja di kawasan tersebut. Kemalangan boleh belaku sekiranya

 pekerja terlanggar lebihan cerucuk yang dipotong,pekerja tersebut boleh tercedera kerana

lebihan cerucuk tersebut di perbuat dari konkrit dan ada cerucuk yang dipotong

hujungnya tajam yang boleh menyebabkan pekerja tercedera terkena lebihan cerucuk 

tersebut. Disebabkan ini, pengurusan tapak bina amatlah penting untuk menjamin

7/15/2019 laporan teknikal laporan industri

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 34/43

55

keselamatan pekerja.Selain itu, dapat menunjukkan imej tapak bina yang kemas dan

terurus.

4.8   Honeycombs 

 Honeycombs ialah masalah yang terdapat pada konkrit yang telah mengeras selepas

kotak bentuk dibuka.Ia terjadi apabila kelihatan kerosakan pada permukaan konkrit yang

menampakkan batu baur. Jika hanya pasir yang kelihatan, itu bukanlah dinamakan

honeycombs.Seperti di tapak bina Alam Impian masalah honeycombs terjadi pada

struktur tiang (column).

4.8.1  Punca-punca terjadi honeycomb .

I.  Berlakunya pengasingan konkrit apabila kerja-kerja penuangan

dilakukan.

II.  Vibration yang melebihi had sehingga menampakkan air yang

terdapat dalam konkrit keluar dari acuan.

III.  Jarak ketinggian penuangan konkrit yang melebihi 1.5m

IV.  Lebar saiz kotak bentuk yang kecil menyusahkan kerja-kerja

konkrit vibration.

V.  Cuaca yang panas menyebabkan kotak bentuk kering yang mana

akan menyerap air di dalam konkrit

VI.  Terdapat halangan yang banyak semasa konkrit dimasukkan

kedalam kotak bentuk. Contohnya halangan besi yang saiznya

 besar. Ini menyebabkan berlakunya pengasingan.

7/15/2019 laporan teknikal laporan industri

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 35/43

56

Gambar rajah 4.21: honeycomb pada tiang (column).

4.8.2  Cara-cara untuk mengatasi honeycomb  

I.  Vibration hendaklah dihentikan apabila air keluar dari kotak bentuk dan

tempoh masa vibration tidak boleh lama.

II.  Penuangan konkrit hendaklah tidak boleh melebihi 1.5m

III.  Menggunakan konkrit pump mix

IV.  Kotak bentuk disiram dengan air sebelum kerja-kerja konkrit dijalankan

V.  Sekeliling kotak bentuk hendaklah dipastikan tiada lubang sepanjang

sambungan kotak bentuk yang membolehkan air dari konkrit keluar. Boleh

menggunakan span untuk menutup lubang yang ada bagi mengelakkan dari

 berlaku kebocoran pada kotak bentuk.

4.8.3  Tatacara kerja untuk membaiki honeycomb  

Perlu mengenalpasti kawasan atau struktur yang mempunyai

honeycomb.Setelah mengenalpasti kawasan yang mempunyai honeycomb,

kawasan tersebut hendaklah ditarah atau dipecahkan, ini kerana konkrit tersebut

telah rosak dan tidak boleh digunakan semula. Kawasan tersebut akan dibersihkan

dengan air atau menggunakan compressed air  untuk membersihkan habuk dari

konkrit yang telah dipecahkan.Perlulah memastikan kawasan tersebut jauh dari

7/15/2019 laporan teknikal laporan industri

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 36/43

57

kesan minyak atau benda asing.Bahan untuk membaiki honeycomb akan

dibancuh.

 Nama bahan yang digunakan adalah SIKAGROUT 215.Selepas itu,

kawasan tersebut akan dipasangkan kotak bentuk yang mempunyai ruang untuk 

dituangkan SIKAGROUT 215. Selepas kotak bentuk siap dipasang, SIKAGROUT 

215akan dituang ke dalam kotak bentuk mengikut langkah kerja seperti kerja

mengkonkrit. Selepas kerja menuang SIKAGROUT 215 siap, kawasan yang

dibaiki akanmongering selepas 4 atau 5 jam. Langkah kerja akan diulangi untuk 

kawasan yang lain.

Gambar rajah 4.22: Honeycombs yang telah dipecahkan.

Gambar rajah 4.23:honeycombs yang disapu SIKA 215.

7/15/2019 laporan teknikal laporan industri

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 37/43

58

Gambar rajah 4.24:honeycombs telah siap dibaiki.

4.9   Pengenalan inspection 

 Inspection adalah satu langkah kerja yang akan dilakukan sebelum kerja

mengkonkrit sesuatu struktur. Ia bertujuan untuk memastikan kotak bentuk dan tetulang

dipasang mengikut plan lukisan yang telah dibuat oleh arkitek. Setiap ukuran dan rupa

 bentuk untuk kotak bentuk perlu mengikut plan lukisan,begitu juga bagi pemasangan

tetulang, saiz,jenis besi,bentuk dan bilangan perlu sama dengan pklan lukisan yang

disediakan oleh arkitek. Selain itu,garisan grid yang ada didalam plan lukisan perlu ada

untuk memastikan kedudukan struktur berada pada tempat yang betul. Kaedah ini akan

digunakan dengan meletakan tali mengikut jarak garisan grid yang ada didalam plan

lukisan arkitek untuk memastikan kedudukan pad footing atau pile cap berada ditempat

yang betul

7/15/2019 laporan teknikal laporan industri

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 38/43

59

Gambar rajah 4.25: Inspection untuk melihat grid line

untuk kedudukan pad footing. 

Gambar rajah 4.26: Inspection untuk melihat

tetulang pad footing  

7/15/2019 laporan teknikal laporan industri

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 39/43

60

4.10  Keselamatan di tapak bina.

Apabila sesuatu projek pembinaan sedang dijalankan di tapak bina, banyak kerja

yang harus dilakukan. Oleh sebab itu, faktor-faktor keselamatan haruslah dititikberatkan

dan diutamakan apabila menjalankan sesuatu kerja bagi melancarkan kerja-kerja

 pembinaan.

4.10.1 Risiko Kemalangan Dalam Industri Binaan

i.  Ditimpa objek yang jatuh daripada kren atau jentera lain semasa kerja-kerja

menurun atau menaikkan objek.

ii.  Struktur sementara yang jatuh tanpa disedari seperti peranca dan kotak 

 bentuk.

iii.  Berlaku renjatan elektrik akibat kerosakan yang berlaku pada alat tersebut

tetapi tidak disedari oleh pekerja yang menggunakannya.

iv.  Jatuh dari tempat tinggi terutamanya jika tiada jaring keselamatan pada

 bangunan tinggi tersebut.

4.10.2  Akibat Berlaku Kemalangan

i.  Pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan jika berlaku kecacatan

kekal.

ii.  Pekerja mungkin akan mengalami kecacatan sementara, kecacatan kekal,

koma atau meninggal dunia.

iii.  Majikan mengalami kerugian kewangan untuk menanggung kos

 perundangan, pampasan dan perubatan.

iv. 

Majikan perlu mencari pekerja baru tetapi kurang mahir.v.  Kemajuan, prestasi dan kelancaran syarikat akan terganggu.

vi.  Akan berlaku kerosakan pada alat yang digunakan.

vii.  Operasi terpaksa berhenti buat sementara waktu mengikut tempoh yang

ditetapkan untuk melakukan penyiasatan.

7/15/2019 laporan teknikal laporan industri

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 40/43

61

4.10.3 Punca Kemalangan

Sebahagian besar kemalangan yang berlaku berpunca daripada penyalahgunaan

alatan dan mesin, keadaan tapak bina yang tidak teratur (Unsave Condition) dam

kelalaian pekerja itu sendiri (Unsave Act).

a)  Penyalahgunaan Alatan Dan Mesin

Pelbagai alat kelengkapan pembinaan seperti mesin, alatan tangan

dan peranca adalah penting untuk melancarkan kerja-kerja di tapak 

 bina.Setiap alat ini perlu dikendali dengan betul dan pekerja yang

menggunakannya perlu tahu kaedah yang betul untuk mengendali alat

tersebut.Ini adalah penting kerana jika salah langkah, besar akibat yang

menanti pekerja itu.

 b)  Keadaan Tapak Bina Yang Tidak Teratur (Unsave Condition)

Keadaan tapak bina dan kawasan projek pembinaan boleh

mempengaruhi keselamatan pekerja.Keadaan yang dimaksudkan adalah

susun atur tapak yang baik untuk melancar dan mengawal perjalanan

 projek. Antaranya seperti jalan sementara, stor alatan dan bahan dan

keperluan-keperluan lain. Ini kerana kawasan tapak bina yang tidak teratur 

 boleh menyebabkan kemalangan seperti pekerja terpijak objek yang tajam.

c)  Kelalaian Pekerja (Unsave Act ).

Masalah ini biasanya berkaitan dengan sikap dan perbuatan pekerja

seperti lalai, cuai, tidak berhati-hati, tidak bertanggungjawab dan

ingkar.Sikap-sikap inilah yang boleh menyebabkan kemalangan di tapak 

 bina. Antara sikap dan kelalaian yang menjadi punca kemalangan adalah

seperti berikut:

I.  Melanggar arahan penyelia tapak dan papan tanda amaran.

II.  Tidak menggunakan peralatan keselamatan yang sepatutnya.

III.  Tidak tahu mengendalikan alatan dan mesin dengan cara yang

 betul.

IV.  Tidak mengambil kira kemampuan diri.

7/15/2019 laporan teknikal laporan industri

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 41/43

62

4.10.4 Mencegah Kemalangan Di Tapak Bina

i.  Semua bahagian yang terbuka hendaklah dihadang dengan peranca.

ii.  Jika pengadang tidak boleh digunakan, maka jaring keselamatan hendaklah

dipasang.

iii.  Pekerja hendaklah sentiasa mengenakan tali pinggang keselamatan ketika

 berada di tempat tinggi dan bertingkat.

iv.  Memakai pakaian yang sesuai semasa bekerja dan tiada sebarang aksesori

dibadan seperti rantai, cincin dan sebagainya.

v.  Menggunakan peralatan dengan cara yang betul dan selamat.

4.10.5 Perkara yang dilakukan di tapak bina Alam Impian untuk keselamatan.

Perkara yang dilakukan di tapak bina Alam Impian oleh Safety Officer  untuk 

memastikan keselamatan ditapak bina terjamin adalah:

i.  Mengadakan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan ditapak bina dan

ahlinya dikalangan pekerja majulia yang bertugas di tapak bina Alam

Impian.setiap ahli perlu tahu tangunggjawab masing-masing supaya

keselamatan ditapak bina sentiasa terjamin

ii.  Mengadakan mesyuarat keselamatan pada setiap bulan. Tujuan mesyuarat itu

di adakan ialah untuk memberitahu perkembangan keselamatan di tapak bina

dan masalah-masalah yang berkaitan tentang keselamatan dan kesihatan.

iii.  Mengadakan toolbox pada setiap hari rabu untuk memastikan pekerja

mematuhi keselamatan di tapak bina. Toolbox ini memberi kesan yang baik 

kepada semua pekerja supaya sentiasa memakai pakaian keselamatan (PPE).

Toolbox ini juga memberi peluang kepada pekerja untuk memberitahu

masalah mereka yang berkaitan dengan kerja atau tempat tinggal mereka.

7/15/2019 laporan teknikal laporan industri

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 42/43

63

Gambar rajah 4.27: Toolbox yang diadakan pada setiap hari rabu.

7/15/2019 laporan teknikal laporan industri

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-teknikal-laporan-industri 43/43

4.10.1 Perkara yang dilakukan semasa kerja bata dijalankan.

Kerja bata adalah satu asas struktur rumah yang berfungsi sebagai dinding rumah,