laporan rancangan pengajaran harian

4
Laporan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Tema yang saya pilih untuk menulis RPH ialah tema “Tokoh-tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka” tahun 4. Masa yang digunakan untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran ini ialah 60 minit. Standard kandungan RPH ialah 5.4 Hang Tuah sebagai Laksamana Melaka. Standard pembelajaran ialah 5.4.3 menjelaskan peristiwa pertarunagn antara Hang Tuah dengan Hang Jebat dalam Hikayat Hang Tuah dan K5.4.6 menyatakan tanggungjawab rakyat dalam mempertahankan kedaulatan beraja. Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat menjawab 3 soalan yang dikemukakan oleh guru dalam aktiviti 1, dan menyusun urutan peristiwa pertarungan Hang Tuah dengan Hang Jebat, serta melakon pertarungan antara Hang Tuah dengan Hang Jebat. Pada mulanya, saya akan memberi murid menonton tayangan video “Hang Tuah dan Hang Jebat” sebagai permulaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) saya. Selepas tayangan, saya akan bertanya murid adakah sesiapa tahu tokoh yang terdapat dalam video ini, dan yang mana satu Hang Tuah dan Hang Jebat. Seterusnya, saya akan meminta murid memikir kenapa Hang Tuah dan Hang Jebat berlaku pertarungan untuk menggalakkan murid berfikir secara logik dan jawapan-jawapan yang munasabah akan diterima. Kemudian saya akan mengaitkan tajuk yang akan diajar hari ini.

Upload: fiona-ting

Post on 01-Oct-2015

171 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Laporan Rancangan Pengajaran Harian

TRANSCRIPT

Laporan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)Tema yang saya pilih untuk menulis RPH ialah tema Tokoh-tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka tahun 4. Masa yang digunakan untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran ini ialah 60 minit. Standard kandungan RPH ialah 5.4 Hang Tuah sebagai Laksamana Melaka. Standard pembelajaran ialah 5.4.3 menjelaskan peristiwa pertarunagn antara Hang Tuah dengan Hang Jebat dalam Hikayat Hang Tuah dan K5.4.6 menyatakan tanggungjawab rakyat dalam mempertahankan kedaulatan beraja. Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat menjawab 3 soalan yang dikemukakan oleh guru dalam aktiviti 1, dan menyusun urutan peristiwa pertarungan Hang Tuah dengan Hang Jebat, serta melakon pertarungan antara Hang Tuah dengan Hang Jebat.Pada mulanya, saya akan memberi murid menonton tayangan video Hang Tuah dan Hang Jebat sebagai permulaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) saya. Selepas tayangan, saya akan bertanya murid adakah sesiapa tahu tokoh yang terdapat dalam video ini, dan yang mana satu Hang Tuah dan Hang Jebat. Seterusnya, saya akan meminta murid memikir kenapa Hang Tuah dan Hang Jebat berlaku pertarungan untuk menggalakkan murid berfikir secara logik dan jawapan-jawapan yang munasabah akan diterima. Kemudian saya akan mengaitkan tajuk yang akan diajar hari ini. Semasa memasuki aktiviti 1, saya akan memilih murid membaca petikan teks dahulu secara bergilir-gilir supaya mereka menumpukan perhatian mendengar orang lain membaca dan memahami apa yang akan diajar kemudian. Selepas itu, saya akan membimbing murid sebab berlaku pertarungan dan tokoh-tokoh yang terlibat dengan menggunakan teknik soal jawab. Pertanyaan ini diharapkan dapat menguji kefahaman mereka terhadap petikan. Contohnya soalan yang akan ditanya ialah mengapakah Hang Tuah dijatuhkan hukuman bunuh oleh Sultan Melaka, siapakah yang telah menyelamatkan Hang Tuah daripada hukuman bunuh tersebut, dan mengapakah Hang Jebat menderhaka kepada Sultan? Kemudian, saya akan menjelaskan lagi petikan tersebut.Dalam aktiviti 2, saya menggunakan kaedah pembelajaran koperatif dalam pdp saya supaya dapat memupuk bekerjasama murid-murid. Saya membahagikan murid kepada 5 kumpulan dan melantik seorang ketua dalam setia kumpulan masing-masing. Kemudian saya mengedarkan kertas dan meminta mereka berbincang menyusun urutan peristiwa dalam kumpulan masing-masing dan kemudian mengunting dan menampal urutan cerita yang betul dalam kertas putih. Selepas bersiap, ketua kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas. Akhirnya, saya akan membetulkan jawapan sekirannya salah. Dalam aktiviti 3 pula, saya menggunakan teknik simulasi supaya murid-murid mempunyai pengalaman dan dapat berimaginasi mereka berada proses pertarungan antara Hang Tuah dengan Hang Jebat pada zaman dahulu. Mulanya, saya akan memilih dua orang murid membaca dialog Hang Tuah dan Hang Jebat dalam teks dahulu supaya murid-murid mengetahui makna dalam dialog Hang Tuah dan Hang Jebat. Seterusnya, saya akan memilih beberapa orang murid sebagai pelakon. Seorang melakon Hang Tuah, seorang melakon Hang Jebat dan lima orang melakon para pengawal yang mengikut Hang Tuah. Sebelum sesi lakonan, saya akan memberikan skrip pendek kepada pelakon untuk diingati selama 4 minit. Saya juga akan memberi bahan dan alat melakon kepada pelakon seperti keris, dan tengkolok supaya dapat menghidupkan perwatakan Hang Tuah dan Hang Jebat dan mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif. Pelakon akan berlakon berdasarkan situasi yang telah saya jelaskan berdasarkan skrip yang diberi. Murid-murid yang lain akan menumpukan perhatian. Selepas lakonan, saya akan membuat rumusan dan bertanya murid tentang pandangan mereka terhadap cerita ini.Seterusnya, saya akan membimbing murid menyatakan sifat-sifat yang ada pada Hang Tuah dan Hang Jebat yang boleh dicontohi oleh kami semua melalui teknik soal jawab. Kemudian, saya akan meminta murid mengaitkan sifat-sifat tersebut dalam diri murid. Langkah ini dapat memupuk murid berfikir secara rasional dan menjana idea. Akhirnya, saya akan menjelaskan Hang Tuah seorang yang bertanggungjawab melaksanakan tugasnya sebagai Laksamana dan mempertahankan kedaulatan Kesultanan Melayu Melaka. Dalam bahagian penutup, saya akan merumuskan peristiwa pertarungan Hang Tuah dan Hang Jebat secara ringkas dan memberitahu murid-murid perlu menghargai nilai-nilai masyarakat terdahulu untuk dicontohi oleh murid. Seperti nilai tanggungjawab, taat setia dan keberanian.