laporan program penanda arasan

3
LAPORAN PROGRAM PENANDA ARASAN KE SK. JALAN 3, BANDAR BARU BANGI, 2014. Pada 6 Mac 2014, hari Khamis, sebuah program Penanda Arasan (Bench Marking) telah diadakan di sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), iaitu Sekolah Kebangsaan Jalan 3, Bandar Baru Bangi. Program ini merupakan sebuah program anjuran Unit Kokurikulum di bawah kelolaan siswa-siswi guru semester lima, Institut Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Islam (IPG KPI). Program pada amnya adalah untuk memberi pendedahan dan kefahaman kepada siswa guru mengenai komuniti sekolah, mengenal pasti ciri-ciri pengurusan cemerlang dan menghayati budaya kerja yang cemerlang. Program ini berlangsung pada pukul 8.00 pagi dengan ketibaan para peserta ke sekolah tersebut. Ketibaan warga IPG Kampus Pendidikan Islam disambut oleh Encik Rosli bin Sikin, selaku Guru Penolong Kanan HEM SK Jalan 3 dan Puan Salmah bin Mohamad, Guru Penolong Kanan Kokurikulum. Siswa- siswi guru kemudiannya dijemput untuk bergambar dengan pihak pentadbir sekolah dan para pensyarah daripada unit kokurikulum. Sesi fotografi ini diadakan di Dataran SEJATI. Setelah itu, siswa-siswi guru dibawa ke Dewan SEJATI untuk mendengar taklimat. Taklimat dimulakan dengan ucapan kata alu-aluan dari Pengerusi Majlis dan seterusnya diteruskan lagi dengan ucapan daripada wakil pihak sekolah iaitu, Encik Rosli bin Sikin selaku wakil daripada Guru Besar SK. Jalan 3. Encik Rosli dalam ucapannya, mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak IPG KPI kerana telah memilih SK. Jalan 3 sebagai tapak lawatan bagi program Penanda Arasan. Selain itu, beliau juga menerangkan tentang sejarah penubuhan, misi, visi, aktiviti-aktiviti pelajar dan pencapaian yang telah diperoleh oleh pihak sekolah.

Upload: fazlin-ayuni

Post on 03-Oct-2015

266 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

BIG

TRANSCRIPT

LAPORAN PROGRAM PENANDA ARASANKE SK. JALAN 3, BANDAR BARU BANGI, 2014.

Pada 6 Mac 2014, hari Khamis, sebuah program Penanda Arasan (Bench Marking) telah diadakan di sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), iaitu Sekolah Kebangsaan Jalan 3, Bandar Baru Bangi. Program ini merupakan sebuah program anjuran Unit Kokurikulum di bawah kelolaan siswa-siswi guru semester lima, Institut Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Islam (IPG KPI). Program pada amnya adalah untuk memberi pendedahan dan kefahaman kepada siswa guru mengenai komuniti sekolah, mengenal pasti ciri-ciri pengurusan cemerlang dan menghayati budaya kerja yang cemerlang. Program ini berlangsung pada pukul 8.00 pagi dengan ketibaan para peserta ke sekolah tersebut. Ketibaan warga IPG Kampus Pendidikan Islam disambut oleh Encik Rosli bin Sikin, selaku Guru Penolong Kanan HEM SK Jalan 3 dan Puan Salmah bin Mohamad, Guru Penolong Kanan Kokurikulum. Siswa-siswi guru kemudiannya dijemput untuk bergambar dengan pihak pentadbir sekolah dan para pensyarah daripada unit kokurikulum. Sesi fotografi ini diadakan di Dataran SEJATI. Setelah itu, siswa-siswi guru dibawa ke Dewan SEJATI untuk mendengar taklimat. Taklimat dimulakan dengan ucapan kata alu-aluan dari Pengerusi Majlis dan seterusnya diteruskan lagi dengan ucapan daripada wakil pihak sekolah iaitu, Encik Rosli bin Sikin selaku wakil daripada Guru Besar SK. Jalan 3. Encik Rosli dalam ucapannya, mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak IPG KPI kerana telah memilih SK. Jalan 3 sebagai tapak lawatan bagi program Penanda Arasan. Selain itu, beliau juga menerangkan tentang sejarah penubuhan, misi, visi, aktiviti-aktiviti pelajar dan pencapaian yang telah diperoleh oleh pihak sekolah. Pada pukul 9.30 pagi, para pelajar semester lima dan para pensyarah pengiring telah dijamu dengan sedikit jamuan. Selepas jamuan, majlis diteruskan lagi dengan taklimat Guru Cemerlang daripada Puan Rama K. Adam, cikgu Bahasa Inggeris. Puan Rama telah mengajar di sekolah ini selama 19 tahun. Dalam ucapan beliau, beliau menerangkan serba sedikit mengenai model pengurusan SK. Jalan 3 iaitu X-PLUS Working Principles yang dimulakan oleh Guru Besar SK. Jalan 3, Puan Norhaini. Di samping itu, Puan rama juga berkongsi sedikit tips-tips untuk menjadi guru yang baik dan efektif.Selepas taklimat daripada Puan Rama, siswa-siswi guru dibawa melawat ke bilik-bilik khas dan di sekitar sekolah. Antara bilik yang dilawati ialah Bilik j-QAF, perpustakaan, bilik bestari, kelas pra sekolah dan stor sukan dan permainan. Sekolah ini secara amnya, merupakan sebuah sekolah yang sangat baik di mana mempunyai warga sekolah yang baik dan mesra di samping persekitaran sekolah yang sangat cantik dan menarik. Selain itu, sekolah ini juga telah memperoleh banyak pencapaian dari aspek kurikulum dan kokurikulum. Tepat 11.45 pagi, semua pelajar semester lima masuk kembali ke dewan SEJATI untuk mendengar taklimat daripada guru cemerlang iaitu Puan Rosnani Yusof. Beliau merupakan seorang guru pakar dalam bidang Bahasa Melayu. Beliau sering terlibat dengan program-program Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri.

Majlis penutup diadakan tepat pada pukul 12.30 tengah hari. Majlis penutup dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Majlis, seterusnya, majlis beranjak maju dengan ucapan daripada wakil Guru Besar SK. Jalan 3, Encik Rosli bin Sikin dan ucapan daripada wakil pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam yang disampaikan oleh Tuan Mohamad Noh Harun. Tuan Mohamad Noh Harun mengucapkan ucapan terima kasih atas sambutan dan layanan yang diberikan oleh pihak sekolah. Majlis penutup diserikan lagi dengan penyampaian cenderamata daripada pihak IPG KPI kepada wakil SK Jalan 3. Majlis bersurai pada pukul 1.15 petang untuk makan tengah hari dan solat zuhur.

Selepas solat zuhur iaitu tepat pukul 2.15 petang, siswa-siswi guru mula bergerak meninggalkan perkarangan sekolah dan balik ke IPG Kampus Pendidikan Islam. Diharap dengan program Penanda Arasan ini, siswa-siswi guru mendapat kefahaman yang mendalam mengenai skop tugasan sebagai seorang guru dan mengamalkan budaya kerja yang cemerlang dan berintegriti bagi meningkatkan lagi profesion keguruan.Disediakan oleh,

(NORSYAHRAINA BINTI SALLEH)

AJK Dokumentasi dan Seranta,

Program Penanda Arasan SK. JALAN 3,

Bina Insan Guru,

IPG Kampus Pendidikan Islam.