laporan lawatan penanda aras eksa ke politeknik merlimaulawatan penanda aras & kunjungan hormat...

4
LAWATAN PENANDA ARAS & KUNJUNGAN HORMAT KOLEJ MATRIKULASI JOHOR KE POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA ANJURAN JAWATANKUASA EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) KOLEJ MATRIKULASI JOHOR 30 JANUARI 2020 Rombongan KMJ disambut baik oleh Setiausaha EKSA Politeknik Merlimau Melaka (PMM) Puan Wan Marlini Binti Wan Abdul Razak. Taklimat telah diberikan oleh Puan Sariati Binti Dalib selaku Fasilitator EKSA PMM mengenai latar belakang PMM dan pelaksanaan EKSA. Taklimat diteruskan dengan tentatif lawatan serta sesi soal jawab dan disudahi dengan jamuan ringan. Lawatan dimulakan dengan melihat pelaksanaan EKSA di unit-unit pentadbiran dan ruang pembelajaran. Pelaksanaan EKSA dapat dilihat di unit-unit dan keseragaman dipatuhi. Bermula dengan sudut EKSA hingga ke fail EKSA telah diseragamkan oleh Jawatankuasa EKSA PMM. Ini dilaksanakan untuk memenuhi kriteria pengauditan EKSA oleh MAMPU. PMM telah pun mendapat pengiktirafan dari MAMPU. Semua warga PMM berkerjasama dalam menjayakan EKSA. Lawatan diteruskan dengan melawat bilik-bilik pembelajaran, makmal-makmal dan bengkel-bengkel kejuruteraan. Setiap kawasan dan ruang telah dipertanggungjawabkan kepada seorang pegawai di kalangan staf PMM. Ini bagi memastikan pelaksanaan EKSA dijalankan secara menyeluruh. Pelbagai inovatif yang telah dilaksanakan oleh pihak PMM bagi mempromosikan EKSA dikalangan warga PMM. Antaranya adalah pertandingan logo EKSA, Taklimat Pendedahan Amalan EKSA, Bengkel Audit EKSA, Pertandingan Interzon EKSA dan Pelancaran Gotong Royong Perdana EKSA. Program-program ini telah dijalankan secara berperingkat bagi memberikan pendedahan kepada amalan EKSA. Diharap dengan adanya Lawatan Penanda Aras EKSA ke PMM ini dapat memberikan idea dan dorongan yang positif kepada pihak KMJ dalam usaha untuk membudayakan amalan EKSA di KMJ.

Upload: others

Post on 03-Mar-2020

160 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

LAWATAN PENANDA ARAS & KUNJUNGAN HORMAT

KOLEJ MATRIKULASI JOHOR KE POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA

ANJURAN JAWATANKUASA EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)

KOLEJ MATRIKULASI JOHOR

30 JANUARI 2020

Rombongan KMJ disambut baik oleh Setiausaha EKSA Politeknik Merlimau

Melaka (PMM) Puan Wan Marlini Binti Wan Abdul Razak. Taklimat telah diberikan oleh

Puan Sariati Binti Dalib selaku Fasilitator EKSA PMM mengenai latar belakang PMM dan

pelaksanaan EKSA. Taklimat diteruskan dengan tentatif lawatan serta sesi soal jawab

dan disudahi dengan jamuan ringan.

Lawatan dimulakan dengan melihat pelaksanaan EKSA di unit-unit pentadbiran

dan ruang pembelajaran. Pelaksanaan EKSA dapat dilihat di unit-unit dan keseragaman

dipatuhi. Bermula dengan sudut EKSA hingga ke fail EKSA telah diseragamkan oleh

Jawatankuasa EKSA PMM. Ini dilaksanakan untuk memenuhi kriteria pengauditan EKSA

oleh MAMPU. PMM telah pun mendapat pengiktirafan dari MAMPU. Semua warga PMM

berkerjasama dalam menjayakan EKSA. Lawatan diteruskan dengan melawat bilik-bilik

pembelajaran, makmal-makmal dan bengkel-bengkel kejuruteraan. Setiap kawasan dan

ruang telah dipertanggungjawabkan kepada seorang pegawai di kalangan staf PMM. Ini

bagi memastikan pelaksanaan EKSA dijalankan secara menyeluruh.

Pelbagai inovatif yang telah dilaksanakan oleh pihak PMM bagi mempromosikan

EKSA dikalangan warga PMM. Antaranya adalah pertandingan logo EKSA, Taklimat

Pendedahan Amalan EKSA, Bengkel Audit EKSA, Pertandingan Interzon EKSA dan

Pelancaran Gotong Royong Perdana EKSA. Program-program ini telah dijalankan secara

berperingkat bagi memberikan pendedahan kepada amalan EKSA.

Diharap dengan adanya Lawatan Penanda Aras EKSA ke PMM ini dapat

memberikan idea dan dorongan yang positif kepada pihak KMJ dalam usaha untuk

membudayakan amalan EKSA di KMJ.

2

Rombongan KMJ Taklimat lawatan

Sudut EKSA

Ruang Staf

3

Rak Fail dan Rak Borang

Tanda Keselamatan

Tong Kitar Semula

4

Sekitar lawatan

Penyampaian Cenderahati Dan Sesi Fotografi