dokumentasi lawatan penanda aras.docx

15
DOKUMENTASI PROGRAM LAWATAN PENANDA ARAS KE SK PUTRAJAYA PRESINT 11(3) 1. Kertas Kerja LAWATAN PENANDA ARAS KAKITANGAN SK SERI IMPIAN 14400 KUBANG SEMANG, BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG 25 APRIL 2015 – 27 DISEDIAKAN OLEH: FATHIYAH

Upload: imtiyazfath

Post on 06-Jul-2016

379 views

Category:

Documents


26 download

TRANSCRIPT

Page 1: DOKUMENTASI LAWATAN PENANDA ARAS.docx

DOKUMENTASIPROGRAM LAWATAN

PENANDA ARAS KE

SK PUTRAJAYA PRESINT 11(3)

1. Kertas Kerja

LAWATAN PENANDA ARAS KAKITANGAN SK SERI IMPIAN 14400 KUBANG SEMANG, BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG

1.0       RASIONAL

25 APRIL 2015 – 27 APRIL 2015

DISEDIAKAN OLEH: FATHIYAH BT JASMI

Page 2: DOKUMENTASI LAWATAN PENANDA ARAS.docx

Penanda aras merupakan satu proses yang sistematik dan berterusan untuk mengenalpasti, mempelajari, mengubahsuai dan melaksanakan amalan-amalan terbaik daripada organisasi lain yang dirujuk. Dengan adanya aktiviti penanda aras seperti lawatan yang akan dilaksanakan ini, akan menggalakkan peningkatan kualiti dan prestasi pengurusan dan pentadbiran SK Seri Impian. Pengalaman dan amalan terbaik sesebuah sekolah yang cemerlang dapat memberi contoh daninput terbaik untuk melonjakkan kejayaan dan kecemerlangan SK Seri Impian khususnya dari aspek pencapaian akademik dan juga keceriaan persekitaran SK Putrajaya Presint 11(3) agar dapat memberi semangat baru kepada semua staf dan kakitangan SK Seri Impian, untuk meningkatkan dan memantapkan lagi tahap profesionalisme, kecekapan dan keberkesanan dalam urusan pentadbiran dan pengurusan sekolah agar setanding dengan sekolah-sekolah cemerlang yang lain.

2.0       OBJEKTIFI. Sebagai penanda aras dan input-input yang boleh dijadikan panduan dan rujukan

bagi proses mencapai kearah Sekolah Kluster Kecermerlangan.II. Meningkatkan dan memantapkan tahap profesionalisme kakitangan dan staf SK

Seri Impian.III. Meningkatkan dan memantapkan lagi kecekapan dan keberkesanan urustadbir

SK Seri ImianIV. Meninjau dan berkongsi pengalaman dari aspek pengurusan kecerian bilik-bilik

khasV. Memberi peluang kepada kakitangan untuk bertukar-tukar pendapat dan

pengalaman bekerja dengan rakan-rakan staf di tempat yang dilawati.

2. Jawatankuasa

PENASIHAT

EN IBRAHIM BIN MOHD ARIFFIN

PENASIHAT 2

ZAINAB BIN SAAD

PENASIHAT 3

2

Page 3: DOKUMENTASI LAWATAN PENANDA ARAS.docx

KAMARIAH BT AMRAH

PENASIHAT 4

MOHD SHAHARIN BIN KASSIM

PENGERUSI

HUSNI BIN MUHAMMAD

NAIB PENGERUSI

FATHIYAH BT JASMI

SETIAUSAHA

FARAH HANUM BT IBRAHIM

BENDAHARI

SHAMSIAH BT SHARIF

AJK

NORAZILA BT HARUN

NOORMI BT MAHARDIN

NORLIYANA BT KAMARUDDIN

MUHAMMAD BUKHARI B MD ZIN

SAODAH BT MUSA

KHOIRATUL KARIMAH BT ABD KADIR

3. Pendahuluan : 

Alhamdulillah akhirnya dapat juga saya menyiapkan dokumentasi Program Lawatan Penanda Aras SK Seri Impian. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih buat semua kakitangan serta staff SKSI kerana berjaya dan dapat bersama-sama turut serta dalam lawatan pada kali ini. Walaupun terdapat pelbagai halangan pada mulanya, namun kami berjaya mengatasinya dengan izin Allah.

Semoga segala apa yang kami dapat, mendapat keredhaan Allah.

3

Page 4: DOKUMENTASI LAWATAN PENANDA ARAS.docx

4. Laporan Aktiviti : 

Alhamdulillah, pada 25 April 2015 hingga 27 April 2015, SK Seri Impian berjaya melaksanakan program Lawatan Penanda Aras ke SK Putrajaya Presint 11(3). Program ini adalah dibawah kelolaan Tuan Guru Besar sendiri iaitu En Ibrahim Bin Mohd Ariffin.

Terlalu banyak faedah dan manafaat yang kami perolehi sepanjang lawatan tersebut. Jutaan terima kasih di ucapkan kepada SK putrajaya Presint 11(3) kerana sudi menerima kehadiran kami dengan begitu baik.

25 April 2015

Perjalanan kami bermula pada pukul 11.00 malam pada 25 April 2015. Alhamdulillah perjalanan kami berjalan lancar dan kami sempat juga singgah di beberapa RnR di sepanjang perjalanan.

26 April 2015

S

Suasana subuh yang hening di Masjid Negara

Pada pukul 5.00 pagi kami selamat tiba di Masjid Negara untuk persiapan diri dan juga solat subuh di situ. Pada pukul 7.00 pagi kami bertolak untuk sarapan di gerai sekitar Hospital Kuala Lumpur. Perjalanan di teruskan ke IKEA Mall di Damansara sementara menanti untuk “chek in” di Hotel Citin di Jalan TAR Kuala Lumpur.

4

Page 5: DOKUMENTASI LAWATAN PENANDA ARAS.docx

Berpagian di IKEA Mall untuk membeli-belah

Perjalanan di teruskan ke Butik Coklat di Kuala Lumpur yang sangat terkenal dengan keenakkan coklatnya. Penerangan serta bentuk coklat naga yang di hasilkan amat menggagumkan kami. Coklat naga yang di bina bertahun-tahun masih kekal cantik.

Pintu hadapan Cocoa Boutique

5

Gambar di ambil dari dalam bas- ini lah tempat makan yang sedap

Page 6: DOKUMENTASI LAWATAN PENANDA ARAS.docx

Selepas makan tengahari di sebuah restoran berdekatan Muzium Negara kami akhirnya bertolak ke Citin Hotel untuk ‘chek in’ dan berehat serta aktiviti bebas di sekitar jalan TAR dan jalan Masjid India.

27 April 2015

Selepas bersarapan di Citin Hotel kami bergerak ke jalan besar untuk menantikan bas yang akan bertolak ke Putrajaya. Kami di maklumkan yang bas kami naiki di pecah masuk dan barang berharga seperti TV LCD dikopak dan di curi. Berita tersebut amat mengejutkan kami, namun Alhamdulillah barang-barang yang di beli oleh staff dan kakitangan serta guru-guru SKSI selamat dan tidak terusik.

Akhirnya pada pukul 9.00 pagi kami bertolak ke Putrajaya dan selamat sampai di SK Putrajaya Presint 11(3), kami disambut dengan meriahnya oleh anak-anak comel pra sekolah tersebut.

Bas kami Roszaifa

6

Page 7: DOKUMENTASI LAWATAN PENANDA ARAS.docx

Kami di beri taklimat tentang akademik oleh mantan Guru Besar SK Putrajaya Presint 11(3) dan selepas itu kami di bawa melawat ke seluruh persekitaran sekolah. Persekitaran yang harmoni, sepi, seolah-olah tiada pelajar. Bagi kami, pelajar di situ sungguh berdisiplin kerana tiada kedengaran suara seolah-olah mereka dilatih dengan disiplin yang tinggi.

Kami berpecah mengikut panitia dan kumpulan masing-masing untuk meninjau dan mengambil sebanyak-banyaknya ilmu dan pengalaman serta pesekitaran mereka yang cantik, bilik-bilik khas yang rapi untuk di contohi serta di aplikasikan di SKSI kelak.

Benarlah kata pepatah, “jauh berjalan luas pandangan” dan kami amat merasakan program lawatan pada kali ini mendapat input dan semangat baru buat kami serta menjadi aspirasi dalam rangka membina dan mengejar kecemerlangan SKSI kelak.

5. Penutup :.Alhamdulillah, akhirnya kami selamat sampai ke SKSI setelah melalui perjalanan yang panjang, dengan bas yang tiba-tiba rosak di Ipoh kami tetap bersemangat untuk pulang ke rumah.

Setinggi-tinggi penghargaan buat semua jawatan kuasa yang terlibat serta tidak lupa Tuan Guru besar yang tidak jemu memberi kami semangat dan peluang untuk memnimba ilmu demi kecermalangan dan aspirasi SKSI.

7

Page 8: DOKUMENTASI LAWATAN PENANDA ARAS.docx

Juga jutaan terima kasih kepada tuan rumah iaitu SK Putrajaya Presint 11(3) yang sudi menerima kami sebagai tetamu mereka. Dengan layanan dan makanan yang sedap, serta ukhuwah yang di hulurkan kami sambut dengan senyuman kebahagian.

Semoga kami dapat mencontohi budaya kerja serta segala ilmu yang di berikan dapat di aplikasikan di SKSI.

6. LAMPIRAN

8

Page 9: DOKUMENTASI LAWATAN PENANDA ARAS.docx

9

Page 10: DOKUMENTASI LAWATAN PENANDA ARAS.docx

10

Page 11: DOKUMENTASI LAWATAN PENANDA ARAS.docx

11

Page 12: DOKUMENTASI LAWATAN PENANDA ARAS.docx

12

Page 13: DOKUMENTASI LAWATAN PENANDA ARAS.docx

13

Page 14: DOKUMENTASI LAWATAN PENANDA ARAS.docx

14