lawatan penanda aras

26
LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU AMBILAN FERUARI 2012 FASA 4(11) 2015 LAPORAN LAWATAN PENANDA ARAS BIG FASA 4 (SEKOLAH CEMERLANG ) Tarikh : 28 APRIL 2015 Tempat : SK TELUK KEPAYANG ( SEKOLAH KLUSTER) Hari : SELASA Masa : 8.00 PAGI – 2.00 PETANG 1.0 PENGENALAN Pada semester ini, kami dikehendaki membuat Lawatan Penanda Aras atau “Benchmarking” ke sebuah sekolah cemerlang yang merupakan tugasan yang wajib dibuat oleh guru PPG semester 7 di bawah Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 5. Sebelum itu, kami telah beberapa kali bermesyuarat untuk menentukan jawatankuasa kerja untuk menguruskan aktiviti di dalam program BIG ini. Sebelum program itu diadakan, pelbagai persiapan telah dilakukan. Antaranya ialah pemilihan tempat, kertas kerja, bajet dan lain-lain yang dirasakan perlu. Setelah perbincangan dibuat, kami telah bersetuju untuk memilih Sk Teluk Kepayang, Bota Perak iaitu salah sebuah sekolah kluster untuk dijadikan tempat program BIG

Upload: mizie-hj-ahmad

Post on 11-Jan-2016

215 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

Bina Insan Guru

TRANSCRIPT

Page 1: Lawatan Penanda Aras

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU AMBILAN FERUARI 2012 FASA 4(11) 2015

LAPORAN

LAWATAN PENANDA ARAS BIG FASA 4

(SEKOLAH CEMERLANG )

Tarikh : 28 APRIL 2015

Tempat : SK TELUK KEPAYANG ( SEKOLAH KLUSTER)

Hari : SELASA

Masa : 8.00 PAGI – 2.00 PETANG

1.0PENGENALAN

Pada semester ini, kami dikehendaki membuat Lawatan Penanda Aras atau

“Benchmarking” ke sebuah sekolah cemerlang yang merupakan tugasan yang wajib

dibuat oleh guru PPG semester 7 di bawah Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 5.

Sebelum itu, kami telah beberapa kali bermesyuarat untuk menentukan

jawatankuasa kerja untuk menguruskan aktiviti di dalam program BIG ini. Sebelum

program itu diadakan, pelbagai persiapan telah dilakukan. Antaranya ialah

pemilihan tempat, kertas kerja, bajet dan lain-lain yang dirasakan perlu. Setelah

perbincangan dibuat, kami telah bersetuju untuk memilih Sk Teluk Kepayang, Bota

Perak iaitu salah sebuah sekolah kluster untuk dijadikan tempat program BIG

dilaksanakan. Cikgu Harisun selaku AJK perhubungan bagi lawatan penanda aras

ini telah berbincang serta memohon kebenaran untuk membuat lawatan penanda

aras ke sekolah tersebut. Pihak SK Teluk Kepayang Bota telah memberi maklum

balas yang positif untuk kedatangan kami ke sana. Setelah sekolah tersebut

bersetuju untuk dilawati Cikgu Nor Intan Narmiz selaku setiausaha telah membuat

kertas kerja untuk diluluskan oleh Pengarah IPG Ipoh.

Kami berasa bangga dan terharu dengan penerimaan itu. Sekolah

Kebangsaan Teluk Kepayang, Bota merupakan sebuah sekolah klusterr dan

Page 2: Lawatan Penanda Aras

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU AMBILAN FERUARI 2012 FASA 4(11) 2015

menerima bai’ah selama 4 tahun. Sekolah ini telah mendapat pengiktirafan sebagai

sekolah kluster pada tahun 2013. Pogram Bina Insan Guru kali ini adalah agak

istimewa kerana kami diberi peluang untuk meninjau dalaman dan luaran sebuah

sekolah yang antara yang terulung diMalaysia. Program lawatan penanda aras ini

bertujuan memdedahkan kami kepada kepimpinan sekolah yang berkesan akan

menjamin produktiviti sesebuah sekolah sebagai satu institusi pendidikan.

Kami telah pergi ke SK Teluk Kepayang, Bota pada 28 April 2015. Sekolah ini

merupakan sekolah kurang murid (SKM). Guru sekolah seramai 14 orang, murid 75

orang dan kakitangan sekolah 2 orang. Apabila sampai di SK Teluk Kepayang Bota,

kami telah disambut dengan penuh mesra oleh warga SK Teluk Kepayang.

Seterusnya, kami dibawa ke Bilik Gerakan untuk mendengar taklimat daripada Guru

Besar, Encik Kushariry Bin Mohd Rafie. Beliau telah menerangkan tentang sejarah

sekolah, kemudahan yang ada di SK Teluk Kepayang Bota dan pencapaian sekolah

sama ada dalam bidang akademik mahupun Ko-Kurikulum. SK Teluk Kepayang

telah mendapat pelbagai anugerah di peringkat negeri, kebangsaan dan juga

antarabangsa. Ini menunjukkan betapa guru-guru disekolah ini bekerja kuat demi

mengharumkan nama sekolah. Guru-guru disekolah ini telah memberi komitmen

yang tinggi dan sentiasa bekerjasama antara satu sama lain. Guru Besar di sekolah

ini tidak memberi tekanan kepada guru-gurunya. Selain daripada itu, kejayaan

sekolah ini juga dibantu oleh PIBG sekolah yang sentiasa memberi sokongan yang

kuat dan bekerjasama dengan pihak sekolah. Kami juga difahamkan, kejayaan

sekolah ini bergantung kepada pencapaian murid dalam UPSR. Dengan

pencapaian ini, sekolah ini telah mendapat Bai’ah 4 kali berturut-turut dan pihak

nazir telah mengikhtirafkan sekolah ini sebagai sekolah kluster. Sekolah Kluster

dipilih dari segi pencapaian Bahasa Inggeris dan Pengakap yang mana kedua-dua

bidang ini mempunyai skop yang dinilai lebih luas sehingga ke luar negara.

Keceriaan sekolah ini adalah hasil daripada pencapaian Sekolah Kluster yang

diperuntukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebanyak RM 100, 000 selepas

menerima Anugerah Sekolah Kluster. Peruntukan telah digunakan dengan sebaik

mungkin oleh pihak sekolah. Peruntukan yang diterima telah diagihkan kepada

Panitia Bahasa Inggeris dan Pengakap. Sekolah ini juga telah mengadakan

program Sifar Ponteng (kehadiran). Guru Penolong Kanan Hem akan pergi ke

Page 3: Lawatan Penanda Aras

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU AMBILAN FERUARI 2012 FASA 4(11) 2015

rumah murid yang tidak hadir 3 hari berturut-turut tanpa surat. Beliau akan

membawa murid itu ke sekolah. Itu adalah langkah untuk menarik murid datang ke

sekolah.

Setelah mendengar penerangan daripada guru besar sekolah maka sesi kami

disusuli dengan sesi bersoal jawab diantara pihak pelajar IPG Kampus Ipoh dengan

pihak sekolah. Akhir sekali kami akhiri lawatan kami dengan sesi melawat sekitar

kawasan sekolah. Antara kawasan yang dilawati ialah pusat sumber sekolah, bilik

darjah, kawasan Ko-Kurikulum, sudut pembelajaran, dan lain-lain lagi. Sebelum kami

pulang, kami telah disediakan dengan hidangan makan tengahari yang istimewa

mengikut menu ala kampung yang amat menyelerakan.

2.0OBJEKTIF

2.1Memenuhi kehendak sukatan kursus Bina Insan Guru Fasa 4.

2.2Peserta dapat memahami realiti persekitaran dan responsif secara

positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza.

2.3Menambah pengetahuan dan pengalaman serta berkongsi maklumat

dalam pengurusan dan inovasi proses pengajaran dan pembelajaran

dalam subjek major kami, seterusnya mengaplikasikan pengurusan

sekolah cemerlang kepada semua peserta.

2.4Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan

bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan

3.0LATAR BELAKANG SK TELUK KEPAYANG

Page 4: Lawatan Penanda Aras

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU AMBILAN FERUARI 2012 FASA 4(11) 2015

PENGENALAN

Sekolah Melayu Teluk Kepayang telah diasaskan pada 01 April 1913 oleh Ketua Kampung Teluk Kepayang pada ketika itu iaitu Allahyarham Tuan Haji Abd Shukur. Bangunan asal sekolah ini tertetak di atas sebidang tanah yang diwakafkan oleh Allahyarham Ngah Maidin bin Alang Majid yang terletak berhampiran dengan tebing Sungai Perak. Guru Besar pertamanya ialah Cikgu Kulup Ismail. Jumlah murid seramai 100 orang terdiri dari murid kampung ini dan yang datang dari 3 buah kampung iaitu Kampung Ayer Mati, Kampung Sedingka dan Kampung Parit. Pada tahun 1916 bangunan sekolah telah dldirikan semula setelah bangunan asal rosak dilanda banjir. Pada 18 Mei 1932 kerajaan telah mendirikan sebuah bangunan baharu 2 tingkat bersama 2 buah rumah guru di tapak sedia ada. Pada tahun 1961 sekolah ini ditukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Teluk Kepayang. Guru Besar pada ketika Itu ialah Cikgu Hamzah bin Mat Asi. Pada tahun 1988 sekolah ini mendapat bangunan baharu di tapak yang baharu juga. Bangunan yang serba lengkap ini terdiri daripada sebuah bangunan 3 tingkat yang mengandungi 10 buah bilik darjah, 5 buah stor dan sebuah kantin. la mula beroperasi secara rasmi pada 01 Januari 1990. Guru Besarnya ialah cikgu Osman bin Aziz. Jumlah muridnya pula seramai 168 orang. Sekolah ini telah banyak merakamkan kejayaan terutama di dalam peperiksaan UPSR. Tertinggi sekali Ialah pada tahun 2008, seramal 09 orang murid telah mendapat 5A. Sekolah ini telah dianugerahkan Sekolah SKM Luar Bandar terbaik di peringkat negeri. Dari tahun 1913 hingga tahun 2011 seramai 22 orang guru telah menjadl Guru Besar di sekolah inl. Guru Besar ke 22nya ialah Cikgu Kushariry bin Mohd Rafie. Pada tahun 2012, sekolah ini berada di band 1 - NKRA dan telah dianugerahkan Bai'ah bagi tahun 2011, 2012 dan 2013. Pada butan Julai 2014 sekolah ini telah dianugerahkan SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN (SKK) fasa 8. Semoga sekolah ini akan terus cemerlang, gemilang dan terbilang di masa-masa yang mendatang.

Page 5: Lawatan Penanda Aras

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU AMBILAN FERUARI 2012 FASA 4(11) 2015

VISI & MISISEKOLAH

PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN

TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

LAGU SEKOLAH

PENGETAHUAN SULUH HIDUP

Sekolah Teluk Kepayang,

Sekolah yang ku sayangi,

Berbudi, Berbakti nadi kebanggaan kami,

Kami berjanji akan menabur bakti,

Semangat berjuang itulah janji kami.

Harmoni maju dan terus maju,

Bersama wawasan yang satu,

Rasa penyayang kita lahirkan,

Demi menuju wawasan

Demi menuju wawasan

Page 6: Lawatan Penanda Aras

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU AMBILAN FERUARI 2012 FASA 4(11) 2015

PENCAPAIAN AKADEMIK

TAHUN CALON 5A 4A IB LULUS

2009 19 02 02 73.7%

2010 15 04 02 80.0%

2011 14 02 03 92.9%

2012 19 01 06 84.2%

2013 16 03 03 93.8%

2014 16 01 03 100%

KEJAYAAN YANG DICAPAI

TAHUN PERKARA

2007 Anugerah Pencapaian Terbaik UPSR

2008 Pencapaian tertinggi 5A - 9 orang : 37.5%

2009 2 orang mendapat 5A UPSR - 73.7%

2010 Pencapaian Cemertang Sekolah Gred B

2010 Anugerah Pencapaian Terbaik Bah Inggeris

2011 Terpilih Sekolah Band 1 - NKRA

2011 Gred Purata Sekolah ( GPS) terbaik 1.53

2011 Anugerah Tawaran Baru kepada Guru Besar

2012 Anugerah Tawaran Baru kepada Guru Besar

2013 Sambutan 100 Tahun sekolah

2013 3 orang mendapat 5A UPSR - 93.8%

2014 Anugerah Tawaran Baru kepada Guru Besar

2014 Anugerah Sekolah (Ouster Kecemertangan

2014 Pencapaian UPSR 100% - Seorang 5A

Page 7: Lawatan Penanda Aras

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU AMBILAN FERUARI 2012 FASA 4(11) 2015

ENROLMEN MURID

BIL DARJAH LELAKI P'PUAN JUMLAH

01 TAHUN 1 BAGUS

05 13 18

02 TAHUN 2 BAIK

08 06 14

03 TAHUN 3 BIJAK

05 05 10

04 TAHUN 4 BAIDURI

03 07 10

05 TAHUN 5 BESTARI

08 03 11

06 TAHUN 6 BERLIAN

07 06 13

JUMLAH 36 40 76

PROGRAM TAHUN INI

BULAN AKTIVITI

JANUARI Perjumpaan Profesiona! Ibu Bapa Tahun 6

FEBRUARI Mesyuarat Agong PIBG kali ke 35

MAC Sukan Tahunan Sekolah kali ke 49

APRIL Kursus Kepimpinan Pengawas Sekolah

MEI Ujian PKSR / PBS Pertengahan Tahun

JUN Kem Bestarl Solat dan Kherrtah IPadat

JULAI Program Ihya' Ramodhan 1436 Hijrah

OGOS Perkhemahan Pengakap Keris Emas

SEPTEMBER Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR )

OKTOBER Lawatan Persantai ke Putau Langkawi

NOVEMBER Hari Anugerah Kecemerlangan

DISEMBER Harl Keluarga Guru dan Kakitangan

Page 8: Lawatan Penanda Aras

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU AMBILAN FERUARI 2012 FASA 4(11) 2015

LAPORAN BERGAMBAR

BANNER SK TELUK KEPAYANG

Page 9: Lawatan Penanda Aras

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU AMBILAN FERUARI 2012 FASA 4(11) 2015

PINTU MASUK KE SK TELUK KEPAYANG

BERGAMBAR KENANG KENANGAN DI PINTU MASUK

Page 10: Lawatan Penanda Aras

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU AMBILAN FERUARI 2012 FASA 4(11) 2015

KETIBAAN EN. RADZI KE SK TELUK KEPAYANG

MENDENGAR TAKLIMAT DARI GURU BESAR SK TELUK KEPAYANG

Page 11: Lawatan Penanda Aras

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU AMBILAN FERUARI 2012 FASA 4(11) 2015

MENDENGAR UCAPAN AKHIR DARI EN. RADZI

PENYAMPAIAN CENDERAHATI KEPADA GURU BESAR

SK TELUK KEPAYANG

Page 12: Lawatan Penanda Aras

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU AMBILAN FERUARI 2012 FASA 4(11) 2015

LAWATAN KE PERSEKITARAN SEKOLAH

SUDUT UNIT KO-KURIK ULUM ( PENGAKAP )

Page 13: Lawatan Penanda Aras

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU AMBILAN FERUARI 2012 FASA 4(11) 2015

SUDUT LALUAN ILMU

Page 14: Lawatan Penanda Aras

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU AMBILAN FERUARI 2012 FASA 4(11) 2015

PUSAT SUMBER SEKOLAH

SUDUT-SUDUT DALAM PUSAT SUMBER

Page 15: Lawatan Penanda Aras

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU AMBILAN FERUARI 2012 FASA 4(11) 2015

MAKANAN YANG MENYELERAKAN

Laporan disediakan oleh,

………………………………………

( HARISUN BINTI IBRAHIM )

740510086574

PPG SAINS 2 KOHOT 2 2015

Page 16: Lawatan Penanda Aras

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU AMBILAN FERUARI 2012 FASA 4(11) 2015

Refleksi Lawatan Penanda Aras ke SK Teluk Kepayang

Dalam proses pembinaan seorang guru yang cemerlang dan seimbang,

memerlukan beberapa perkara yang penting. Guru merupakan satu pekerjaan yang

mulia. Bukan semua orang boleh menjadi seorang guru yang baik dan cemerlang.

Bagi mendapat seorang guru yang berkualiti pada masa akan datang terdapat

beberapa proses yang harus dilalui dan ditempuhinya seperti menghadiri program

bina insan guru. Program BIG ini perlu diikuti oleh setiap pelajar Program

Pensiswazahan Guru diseluruh IPG .Kami Pelajar PPG Kohot 2 di IPG Ipoh juga

merasa bertuah mendapat pendedahan sebegini.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat illahi kerana

dengan limpah dan kurniaNya,akhirnya saya dapat menyiapkan Program Bina Insan

Guru iaitu mengadakan lawatan penanda aras ke Sk Teluk Kepayang, Bota Perak ini

dengan jayanya mengikut masa yang telah ditetapkan. Tarikh lawatan tersebut pada

28 April 2015 iaitu hari Selasa. Tidak dilupakan kepada pensyarah pengiring kami

iaitu Encik Radzi B Haji Johari yang banyak membantu kami menyiapkan rangka

program ini serta rakan sekelas. Pada semester ini, kami telah diwajibkan

menjalankan program BIG Fasa 4 iaitu lawatan penanda aras ini.

Sebelum itu, seluruh ahli kelas telah beberapa kali bermesyuarat untuk

menentukan organisasi untuk menguruskan aktiviti di dalam program BIG ini.

Sebelum program itu, pelbagai persiapan telah dilakukan. Antaranya ialah pemilihan

tempat, kertas kerja, bajet dan lain-lain yang dirasakan perlu. Setelah perbincangan

dibuat, kami telah bersetuju untuk memilih Sk Teluk Kepayang , Bota, Perak iaitu

salah sebuah sekolah kluster dalam Daerah Perak Tengah untuk dijadikan tempat

program BIG dilaksanakan. Ahli Jawatankuasa bagi lawatan penanda aras ini telah

berbincang serta memohon kebenaran bagi mengadakan lawatan penanda aras ke

sekolah tersebut. Pihak Sk Teluk Kepayang telah memberi maklum balas yang

positif untuk kedatangan kami ke sana. Kami berasa bangga dan terharu dengan

penerimaan itu.

Page 17: Lawatan Penanda Aras

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU AMBILAN FERUARI 2012 FASA 4(11) 2015

Sekolah Kebangsaan Teluk Kepayang merupakan sebuah sekolah kluster.

Untuk makluman, sekolah ini telah mendapat pengiktirafan sebagai sekolah yang

mendapat Band 1 dalam peperiksaan UPSR. Pogram Bina Insan Guru kali ini adalah

agak istimewa kerana kami diberi peluang untuk meninjau dalaman dan luaran

sebuah sekolah yang antara yang terulung di negeri Perak. Program lawatan

penanda aras ini bertujuan memdedahkan kami kepada alam persekolahan yang

sebenar yang mana pembentukan iklim dan budaya kerja serta kepimpinan sekolah

yang berkesan akan menjamin produktiviti sesebuah sekolah sebagai satu institusi

pendidikan.

Apabila sampai di SK Teluk Kepayang , kami telah disambut dengan penuh

mesra oleh warga SK Teluk Kepayang. Seterusnya, kami dibawa ke Bilik Mesyuarat

yang begitu selesa untuk mendengar taklimat daripada Guru Besar, Cikgu Kushairyri

Bin Mohd Rafie. Beliau telah menerangkan tentang sejarah sekolah, kemudahan

yang ada di SK Teluk Kepayang, dan pencapaian SK Teluk Kepayang dalam

bidang akademik mahupun Kokurikulum. SK Teluk Kepayang telah mendapat

pelbagai anugerah di peringkat negeri. Ini dapat menunjukkan betapa guru-guru di

sekolah ini bekerja kuat demi mengharumkan nama sekolah.

Setelah mendengar penerangan daripada guru besar sekolah maka sesi kami

disusuli dengan sesi bersoal jawab diantara pihak pelajar dan pensyarah pengiring

IPG Kampus Ipoh dengan pihak sekolah. Selepas itu kami dibawa melawat sekitar

kawasan sekolah. Antara kawasan yang dilawati ialah pusat sumber sekolah, , sudut

pembelajaran, makmal dan lain-lain lagi. Sepanjang membuat lawatan ke sekitar

sekolah saya amat tertarik dengan banner dan moto yang tertulis di sekitar kawasan

sekolah.

Terdapat beberapa kekuatan yang boleh saya dapati sepanjang

melaksanakan program ini iaitu mempunyai semangat kerjasama dan bersungguh-

dalam melaksanakan program ini. Kami telah berganding bahu dalam

menyumbangkan idea, fikiran dan tenaga supaya program dapat berjalan dengan

lancar tanpa sebarang kekangan. Selain itu, dengan adanya program sebegini

secara tidak langsung saya dapat menambah dan mendalami dengan lebih

mendalam mengenai bagaimana untuk berurusan dengan pihak luar . Sekiranya di

beri tugasan semasa di sekolah nanti secara tidak langsung mampu menguruskan

Page 18: Lawatan Penanda Aras

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU AMBILAN FERUARI 2012 FASA 4(11) 2015

dan tidak teragak-agak untuk menolak apa sahaja kerja yang diberikan oleh guru

besar. Dalam perjalanan menjadi seorang guru yang cemerlang, pengalaman

memainkan peranan yang sangat penting. Ia bermula dari dalam diri guru itu sendiri

dan dipersekitaran dirinya. Jika ia mampu melakukan pada masa sekarang iaitu

mampu mengendalikan dan menguruskan sesuatu perkara bermakna pada masa

akan datang tidak mustahil akan dapat melakukan kerja tersebut dengan lebih baik

dan cemerlang.

Kekuatan yang lain boleh dilihat ialah dari pihak sekolah sendiri dalam

mentadbir sekolah tersebut. Saya dapati bahawa guru besar sekolah tersebut iaitu

Cikgu Kushairiry B. Mohd Rafie merupakan seorang guru besar yang suka

merendah diri. Beliau merupakan seorang Guru Besar yang berpandangan jauh dan

mempunyai hala tuju dalam pentadbirannya. Beliau menyatakan bahawa, sebarang

perubahan dan budaya kecemerlangan yang diterapkan di sekolah tersebut adalah

sama seperti sekolah-sekolah yang lain, tiada banyak perbezaan dilakukan. Namun,

beliau amat menekankan disiplin di sekolah tersebut serta amat menjaga kebajikan

guru-gurunya. Bukan sahaja murid-murid perlu berdisiplin malahan guru-guru juga

tidak terkecuali. Menurut beliau sahsiah sahaja bukan datang dari murid tetapi mesti

datang dari guru barulah murid akan mengikuti. Selain itu, tema atau prinsip yang

dipegang oleh beliau dalam mentadbir sekolah ialah sahsiah cemerlang teras

kejayaan dunia dan akhirat. Untuk menjadi seorang guru yang hebat beliau

menyatakan bahawa seorang guru perlu jadi agen perubahan iaitu yang sentiasa

mengikuti peredaran semasa. Agen perubahan yang dimaksudkan ialah boleh

bercampur dengan pelbagai lapisan masyarakat serta dapat membetulkan sentimen

minda masyarakat.Guru-guru disekolah beliau juga perlu mahir sekurang-kurangnya

dalam satu bidang untuk membantu pencapaian sekolah.

Page 19: Lawatan Penanda Aras

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU AMBILAN FERUARI 2012 FASA 4(11) 2015

Selain itu, saya dapati kekuatan di sekolah tersebut kerjasama yang amat

erat diantara pihak sekolah dan PIBGnya. Saya dapati setiap program sekolah akan

mendapat bantuan dan sokongan yang penuh dari pihak PIBG. Ini amat membantu

guru serta pentadbiran sekolah tersebut untuk menjayakan segala program yang

telah dirancang.

Di samping itu, kelemahan dan kekangan sepanjang menjayakan program ini.

Kekangan yang saya maksudkan adalah dari segi masa,tenaga dan komitmen . Ini

disebabkan kami terikat dengan komitmen tugas di sekolah dan dalam masa yang

sama bertanggungjawab melaksanakan tugasan sebagai pelajar di IPG. Walau

bagaimanapun semua masalah dapat diatasi dengan adanya komitmen yang tinggi

daripada setiap ahli kumpulan kami.

Bagi mengatasi semua kekangan di atas, terdapat beberapa

penambahbaikkan dan cadangan. Antaranya ialah kami telah cuba menyiapkan

segala kertas kerja serta surat menyurat yang diperlukan seawal mungkin. Selain itu,

masalah kekeliruan dan keraguan yang timbul telah diatasi dengan semua unit telah

berganding bahu serta bergilir-gilir untuk menjalankan tugas supaya tidak berlaku

pertelingkahan antara satu sama lain. Bagi penambahbaikkan dari segi masa yang

diperuntukkan pula, carilah waktu dan masa yang sesuai untuk mengadakan

program tersebut serta semua maklumat yang ingin disampaikan dapat disalurkan

dengan mudah dan tidak tegesa-gesa.

Alhamdullilah, tugasan yang diberikan dapat dijalankan dengan jayanya tanpa

ada yang tertinggal dan dapat diserahkan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

Terima kasih saya ucapkan pada semua pihak terutama yang telah membantu

secara langsung dan tidak langsung. Pada pendapat saya, lawatan penanda aras ini

amat penting dijalankan oleh guru seperti saya kerana mampu memberi motivasi

dan semangat kepada saya untuk bersungguh-sungguh menimba ilmu dan

Page 20: Lawatan Penanda Aras

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU AMBILAN FERUARI 2012 FASA 4(11) 2015

pengalaman sebanyak mungkin supaya menjadi guru yang lebih bersedia untuk

membangunkan dan meningkatkan prestasi sekolah pada masa akan datang.Selain

itu, lawatan ini dapat memberi ilham, info dan tips kepada saya tentang pengurusan

sesebuah sekolah bagi memastikan sekolah terus berada dalam kemuncak

kecemerlangan. Saya amat kagum dengan kesungguhan guru besar sekolah ini

kerana cukup tegas dengan prinsip hidupnya untuk membawa sekolah ini supaya

terus cemerlang.Secara keseluruhannya, saya berpendapat bahawa objektif BIG

Fasa 4 ini telah berjaya dicapai. Saya berharap program seperti ini akan dapat

diteruskan pada masa akan datang.

Disediakan oleh,

HARISUN BINTI IBRAHIM

740510086574

PPG SAINS 2 KOHOT 2 2015