03-topik 3. penanda wacana

27
Topik 3: Penanda Wacana Pensyarah: Dr. Sajap Maswan Email: [email protected] !a"atan Penyelidikan #no$asi Proesionalisme %e&uruan #P' %ampus Tuanku (ainun Pulau pinan& 'WP)*+, W- -/- PE/01#S-/

Upload: unknown

Post on 02-Nov-2015

39 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

penanda wacana

TRANSCRIPT

  • Topik 3:Penanda Wacana

    Pensyarah:Dr. Sajap MaswanEmail: [email protected]

    Jabatan Penyelidikan Inovasi Profesionalisme KeguruanIPG Kampus Tuanku BainunPulau pinang GWP1092 WACANA PENULISAN

  • Perkara yang akan dibincangkan3. Jenis-jenis penanda wacanaPenanda kronologiPenanda organisasiPenanda idea

  • Perbincangan Apakah Itu Penanda Wacana ?

  • Pengenalan Penanda wacana berupa kata atau rangkai kata yang digunakan untuk merangkaikan ayat dengan ayat yang lain, bagi menunjukkan wujudnya satu kesatuan ayat yang utuh. Oleh sebab penanda wacana itu merangkaikan ayat dengan ayat, maka penanda wacana itu juga dikenal sebagai perangkai ayat/peranti linguistik.

  • Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi mempertalikan sesuatu idea, hujah dan pandangan seseorang semasa menulis ataupun berucap. Penanda wacana amat penting dalam sesebuah teks kerana penanda wacana dapat mewujudkan pertautan atau kesinambungan antara sebahagian teks dengan yang lain sehingga membentuk kesatuan.

    Pengenalan

  • Penanda wacana juga merupakan unsur-unsur bahasa yang mewujudkan kohesi dan koheran antara satu teks dengan teks yang lain sehingga membentuk kesatuan.

    Pengenalan

  • Mengapa kehadiran dianggap signifikan ?

    Hal ini demikian kerana, tanpa kehadiran penanda wacana yang tepat, akan menyebabkan idea yang diturunkan seolah-olah tidak mempunyai kesatuan dan pautan yang lengkap

    Kepentingan Penanda Wacana

  • Apakah jenis-jenis penanda wacana?

    Jenis-jenis penanda wacana ialah;Penanda KronologiPenanda OrganisasiPenanda Idea

    Jenis-Jenis Penanda Wacana

  • Penanda Kronologi:

    Memberi pengertian kepada persoalan berkaitan waktu

    Mengandungi kata kunci: bila dan seumpamanya.

    Jenis-Jenis Penanda Wacana

  • Penanda Kronologi: Contoh

    Jenis-Jenis Penanda Wacana

    kinilantasmula-mulalepas itusebelumkemudiansemenjak itupada suatu waktupada hari esoknyapada zaman dahuludua tahun kemudianbeberapa tahun kemudiandan yang seumpamanya.

  • Penanda Kronologi:

    Contoh ayat; Pada zaman dahulu Kerajaan Melayu Melaka merupakan sebuah kerajaan yang kuat.

    Jenis-Jenis Penanda Wacana

  • Penanda Organisasi Fungsi: mempertautkan sesuatu bahagian wacana dengan bahagian yang lainJenis-Jenis Penanda Wacana

    pertama tegasnya contohnya akhir sekali dalam hal ini sebagai kesimpulan dalam hubungan ini

  • Penanda Organisasi Jenis-Jenis Penanda Wacana

    untuk merumuskandengan perkataan laindapat dinyatakan bahawauntuk menjelaskan lagiakan dinyatakan pada tempat yang laindalam bahagian ini kita akan membincangkandan yang seumpamanya

  • Penanda Organisasi Jenis-Jenis Penanda Wacana

    Contoh ayat:Penduduk di negara yang dilanda peperanganhidup dalam kesengsaraan. Mereka bukan sahajakehilangan harta benda malahan anggotakeluarga yang tersayang. Contohnya, ramaipenduduk Kemboja terpaksa melarikan diri kenegara jiran semata-semata untuk menyelamatkan diri daripada menjadi korbanpeperangan.

  • Penanda IdeaFungsi: menghubungkan antara fakta dengan fakta dan idea dengan idea yang berfungsi untuk:

    mengembangkan ideapertentangan ideahubungan idea

    Jenis-Jenis Penanda Wacana

  • Penanda Ideaa. Mengembangkan Ideamalahsatu lagiselain ituSeterusnyabegitu jugadi samping itulebih-lebih lagitambahan puladan yang seumpamanya

    Jenis-Jenis Penanda Wacana

  • Penanda Ideaa. Mengembangkan IdeaContoh ayat:Ratusan ribu istilah dalam sesuatu bahasa tidak membawa erti tanpa istilah-istilah tersebut digunakan dalam penulisan, perbincangan, dan penterjemahan. Tambahan pula, istilah yang secara abstrak dihasilkan oleh jawatankuasa istilah belum tentu sesuai bagi sesuatu bidang.

    Jenis-Jenis Penanda Wacana

  • Penanda Ideab. Pertentangan Ideatetapisama adasebenarnyasebaliknyawalaupunwalau bagaimanapunpada masa yang samadan yang seumpamanya.

    Jenis-Jenis Penanda Wacana

  • Penanda Ideab. Pertentangan Ideatetapisama adasebenarnyasebaliknyawalaupunwalau bagaimanapunpada masa yang samadan yang seumpamanya.

    Jenis-Jenis Penanda Wacana

  • Penanda Ideab. Pertentangan IdeaContoh ayat:Hassan dan keluarganya berpindah ke bandar pada akhir tahun lalu. Namun, hatinya masih teringat akan kampung halamannya.

    Jenis-Jenis Penanda Wacana

  • Penanda Ideac. Hubungan Ideajadimakakecualioleh ituoleh sebaboleh hal yang demikianuntuk tujuan ituberikutan dengan itu

    Jenis-Jenis Penanda Wacana

  • Penanda Ideac. Hubungan IdeaContoh ayat:Beg itu bukan saya beli, sebaliknya ia adalah beg percuma.

    Jenis-Jenis Penanda Wacana

  • Di dalam teks di bawah bebrapa penanda wacana telah digunakan. Cuba kesan penanda wacana tersebut.

    Pembelajaran dengan modul Program Asas TIP RING KONSEP K3 menulis karangan. Semasa mengaplikasinya, saya menjelaskan makna FORMULA KONSEP K3 yang mencakupi 3 perkara, iaitu pertama pengamalan, kedua isi dan ketiga kesimpulan. Setiap karangan mesti memenuhi disiplin 3 komponen tersebut. Komponen pengenalan mempunyai 3 ciri iaitu pertama isu berdasarkan tajuk, kedua huraian isu dan ketiga arahan atau respons soalan daripada tajuk. Dalam Komponen Isi, pertama murid saya perlu menyatakan isi mengikut arahan soalan, kedua menghuraikan isi dan ketiga mereka memberi contoh yang berkaitan isi. Begitu juga pada Komponen Kesimpulan, pertama mesti menyimpulkan tajuk berdasarkan pendapat murid, kedua huraian cadangan terhadap isu dan ketiga jelaskan harapa kepada isu.

    Perbincangan

  • Berdasarkan petikan teks di atas, terdapat beberapa penanda wacana yang boleh dikesan dalam ayat-ayat yang digunakan. Antara penanda wacana yang ditemui ialah seperti semasa, pertama, kedua, ketiga , setiap, dalam dan begitu juga.

    Penanda wacana atau perkataan semasa yang terdapat di dalam ayat tersebut membawa maksud atau menunjukkan sesuatu tempoh atau ketika sesuatu perkara itu dinyatakan. Manakala perkataan atau penanda wacana pertama, kedua dan ketiga pula membawa maksud urutan masa atau turutan peristiwa atau kronologi sesuatu perkara yang diterangkan oleh penulis. Manakala penanda wacana begitu juga pula membawa maksud persamaan erti dalam ayat-ayat yang terdahulu.Perbincangan

  • SekianTerima Kasih

  • Nota ini disediakan oleh;Norhayati AyitJabatan Pengajian MelayuIPG Kampus Pulau Pinang

  • RujukanAsmah Hj. Omar (1980). Analisis Wacana, dalam Jurnal Dewan Bahasa 24:3, hal. 11-25 dan 24:4, hal. 9-25.Tarigan, Henry Guntur (1995), Pengajaran Wacana. Kuala Lumpur: DBP.Wacana Bahasa Melayu(2009). [Online], [Diakses: 5 Januari 2014]. Boleh didapati: http://gurubahasamelayu.blogspot.com/2009/07/wacana-bahasa-melayu.html