laporan perjalanan program big fasa iii

16
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU, LEMBAH PANTAI KUALA LUMPUR. LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU FASA III (2015) MAJLIS SILATURAHIM IPG KAMPUS BAHASA MELAYU DENGAN ZOO NEGARA KUMPULAN: PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN SEMESTER 3 (AMBILAN JANUARI 2014) TARIKH: 12 APRIL 2015 TEMPAT: ZOO NEGARA, HULU KELANG, 68000 AMPANG, SELANGOR DARUL EHSAN ANJURAN: UNIT KOKURIKULUM IPG KAMPUS BAHASA MELAYU BERSAMA PISMP 3A

Upload: angeline-hazel

Post on 29-Sep-2015

8 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

big

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU,LEMBAH PANTAI KUALA LUMPUR.

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU FASA III (2015)MAJLIS SILATURAHIM IPG KAMPUS BAHASA MELAYU DENGAN ZOO NEGARA

KUMPULAN:PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN SEMESTER 3(AMBILAN JANUARI 2014)

TARIKH:12 APRIL 2015

TEMPAT:ZOO NEGARA, HULU KELANG, 68000 AMPANG, SELANGOR DARUL EHSAN

ANJURAN:UNIT KOKURIKULUM IPG KAMPUS BAHASA MELAYU BERSAMA PISMP 3A

PENGENALANProgram Khidmat Masyarakat di Zoo Negara dalam konteks Majlis Silaturahim IPG Kampus Bahasa Melayu dengan Zoo Negara adalah bertujuan untuk memenuhi kursus Bina Insan Guru Fasa III yang wajib disertai oleh semua pelajar program Ijazah Sarjana Muda Semester 3.Program ini bertujuan untuk melatih guru pelatih untuk menyedari peri pentingnya menolong masyarakat pada setiap masa walau di mana jua mereka berada. Melalui program ini, guru pelatih juga dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, empati bertanggungjawab, tolong-menolong antara satu sama lain dan prihatin kepada masyarakat di sekeliling mereka.Di samping itu, program ini sebenarnya merupakan serampang dua mata, iaitu selain daripada memberi sumbangan perkhidmatan sukarelawan untuk membantu pihak zoo negara mengendalikan mahupun membersihkan kawasan zoo, program ini merupakan suatu kaedah bagi pihak IPG Kampus Bahasa Melayu untuk merapatkan silaturahim bersama-sama dengan pihak Zoo Negara. Oleh yang demikian, para guru pelatih daripada institut ini telah berusaha untuk menyemai silaturahim dengan pihak zoo melalui komunikasi yakni interaksi dua hala, membantu melaksanakan tugas-tugas pegawai zoo dan sebagainya.

OBJEKTIFProgram Bina Insan Guru ini merupakan salah satu pencetus kepada pembinaan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan mental, serta bermanfaat kepada keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan nilai-nilai keguruan. Melalui Bina Insan Guru Fasa III ini, para guru pelatih dapat mencapai matlamat ataupun objektif yang berikut:i. Memenuhi sukatan pelajaran Bina Insan Guru Fasa III (2015).ii. Menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak guru.iii. Merangka, melaksana, memimpin program, bekerjasama dan mengambil peranan secara aktif dalam kumpulan.iv. Menyenaraikan keperluan kemahiran aras tinggi dalam menganalisis masalah dan situasi.v. Merumus dan bertindak kepada persekitaran secara positif yang berbeza dan mengembangkan kemahiran komunikasi dalam kepelbagaian budaya.vi. Meningkatkan dan menguasai kemahiran interpersonal and intrapersonal serta perpaduan masyarakat.vii. Meningkatkan kemahiran mengurus diri, kumpulan dan masa depan dengan berkesan.viii. Melatih guru pelatih menggunakan ilmu dan kemahiran dalam perlaksanaan sesuatu tindakan, amalan atau aktiviti melibatkan realiti sebenar seorang guru.ix. Bergaul dan bekerjasama antara guru pelatih dengan masyarakat luar.x. Memberi sumbangan kepada rakyat dan masyarakat setempat.xi. Menghayati konsep kerja sebagai ibadah.xii. Menunjukkan kemahiran dalam pengurusan hubungan antara komuniti pendidikan dengan masyarakat.xiii. Menilai kesesuaian ciri personaliti kendiri dan kerjaya keguruan.xiv. Membina pemikiran positif terhadap kerja keguruan.

AJK PELAKSANAPengerusi:Sitti Khadijah binti BachoNaib Pengerusi:Noor Amalina binti Mohd JunetSetiausaha:Frederic SinganNaib Setiausaha:Nur Kamalia binti SubohBendahari:Nur Fatin Izzati binti OthmanAJK Peralatan:Louis PulongMuhammad Asyraf Safwan bin Ahmad ZukriHanson Ang Ping TingAJK Pengangkutan:Muhammad Faiz Hatim bin RahimNur Sofia Izzati binti ShafiaiAJK Hubungan Luar:Nurul Huda binti Maha LiddinSiti Haridah binti Aji JaaparAJK Hadiah:Salmiah binti SallehajihLinda Eu Hai LunAJK Makanan:Angeline Anak StephenLoh Ming WenAJK Dokumentasi:Aznur Nizza Yucque binti AzralRaja Yong Zahariah binti Raja BadaruddinWak Suraina A/P JimiAJK Khas:Ivan Ting Shou XiangSahira A/P Lim Laun How

BUTIRAN PROGRAMa) Tarikh:12 April 2015

b) Tempoh:1 hari

c) Tempat:Zoo Negara, Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

d) Bilangan peserta:21 orang

e) Kumpulan sasaran:Program Ijazah Sarjana Muda Ambilan Januari 2014

f) Pensyarah pengiring:Encik Mustafa Kamal bin Mohd ZahedDatin Padlon binti Abdul Rahman (Mentor)

g) Pelaksanaan aktiviti(tentatif):(Rujuk Kertas Kerja)

h) Belanjawan program:(Rujuk Kertas Kerja)

PENUTUPProgram Bina Insan Guru pada kali ini diharap agar dapat melahirkan generasi yang berkepimpinan pada masa akan datang. Secara tidak langsung, Majlis Silaturahim IPG Kampus Bahasa Melayu dengan Zoo Negara adalah berjaya kerana para guru pelatih dapat mengeratkan hubungan bersama-sama dengan pegawai-pegawai zoo yang bertugas sebagai fasilitator mereka. Hal ini demikian kerana mustahil sesuatu kerja yang dilaksanakan di setiap stesen di zoo itu berjalan dengan lancar tanpa arahan yang jelas daripada pegawai zoo dan pemahaman yang utuh dalam kalangan guru pelatih. Ini membantu para guru pelatih untuk melatih kemahiran berkomunikasi dengan masyarakat luar yang semestinya menjadi titik tolak untuk membantunya apabila sudah memasuki alam persekolahan yang sebenar. Kami berharap agar program seperti ini dapat melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam kalangan guru pelatih demi melahirkan guru yang berjiwa pendidik.

DOKUMENTASI TENTANG AKTIVITIFASA PRA-PELAKSANAANFasa pra-pelaksanaan dalam program ini adalah merujuk kepada persediaan-persediaan yang dilakukan sebelum hari program yang sebenar. Sebelum program ini dijalankan, AJK Pelaksana telah mempunyai perancangan dan tindakan awal untuk melicinkan dan memastikan program yang telah dirangka berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.Fasa ini merangkumi penyediaan kertas kerja oleh setiausaha program. Kertas kerja tersebut merangkumi tempat, masa dan pihak yang menganjurkan program, serta butiran program yang lain. Di samping itu, kertas kerja tersebut telah disertakan dengan latar belakang program iaitu pengenalan kepada program, matlamat dan objektif program.Selain daripada itu, beberapa buah mesyuarat telah dikendalikan bagi memastikan setiap AJK melaksanakan tugas masing-masing dan memaklumkan kepada ahli mesyuarat tentang perkembangan perlaksanaan tugas setiap AJK. Minit-minit mesyuarat berkenaan turut disediakan oleh setiausaha program.

FASA SEMASA PELAKSANAANLaporan Bina Insan Guru Fasa 3 (12 April 2015, Ahad)1.0 Menunggu Ketibaan BasPara peserta telah berkumpul di hadapan Kolej Kediaman Adibah Amin seawal jam 6.45 pagi. Sementara menunggu bas datang, AJK Makanan telah mengedarkan makanan iaitu roti yang disapu kaya sebagai sarapan kepada para peserta pada pukul 7.05 pagi. Tepat pada pukul 7.15 pagi, bas telah sampai di tempat peserta berkumpul dan mula bergerak ke lokasi program Bina Insan Guru Fasa 3, iaitu di Zoo Negara. Bas yang dinaiki merupakan bas Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, dengan nombor plat kenderaan WXN 2038. Sewaktu berada dalam bas, Muhammad Asyraf Safwan bin Ahmad Zukri telah memimpin bacaan doa bagi peserta program yang beragama Islam.1.1 Latar Belakang Perjalanan Ke Zoo NegaraSepanjang perjalanan, hanya terdapat sedikit sahaja kenderaan di jalan raya dan ini membantu melancarkan perjalanan ke Zoo Negara. Kami telah melintasi Muzium Negara, Wisma Medivet (Hospital Veterinar), Institut Respiratori, KL Festival City dan pelbagai lagi bangunan sewaktu dalam perjalanan. Pada pukul 7.35 pagi, sebuah papan tanda ke Zoo Negara telah kelihatan.1.2 Ketibaan Para Peserta Dan Pensyarah Pengiring Di Zoo NegaraPada jam 7.45 pagi, bas telah sampai di Zoo Negara. Kami telah turun daripada bas dan berjalan masuk ke dalam kawasan Zoo Negara kemudian berkumpul di hadapan Education Office. Dua orang peserta iaitu Nurul Huda binti Maha Liddin dan Nur Fatin Izzati binti Othman telah bergerak ke kaunter Zoo Negara untuk membeli tiket bagi membolehkan kesemua peserta masuk ke dalam kawasan zoo sebagai sukarelawan. Pada pukul 7.55 pagi, peserta Bina Insan Guru telah didatangi oleh Encik Mustafa Kamal bin Mohd Zahed iaitu pensyarah pengiring daripada Unit Kokurikulum IPG Kampus Bahasa Melayu.Pada pukul 8.03 pagi, Nurul Huda binti Maha Liddin dan Nur Fatin Izzatin binti Othman telah kembali daripada membeli tiket. Mereka telah mengagih tiket tersebut kepada para peserta. Tiket ini merupakan tag yang dilekatkan seperti gelang pada bahagian pergelangan tangan sebagai tanda bahawa para peserta telah datang ke zoo untuk melakukan kerja-kerja sebagai sukarelawan. Pada jam 8.06 pagi pula, mentor para peserta yang juga merupakan pensyarah pengiring, iaitu Datin Padlon binti Abdul Rahman telah datang ke tempat berkumpul.1.3 Taklimat Ringkas Daripada Pihak Zoo NegaraKesemua peserta yang berjumlah 21 orang telah dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu seperti yang tertera pada jadual berikut:Kumpulan 1Kumpulan 2

1. Aznur Nizza Yucque binti Azral2. Linda Eu Hai Lun3. Louis Pulong4. Muhammad Asyraf Safwan bin Ahmad Zukri5. Sahira A/P Lim Laun How6. Siti Haridah binti Aji Jaapar1. Angeline Anak Stephen2. Hanson Ang Ping Ting3. Loh Ming Wen4. Noor Amalina binti Mohd Junet5. Sitti Khadijah binti Bacho

Kumpulan 3Kumpulan 4

1. Frederic Singan2. Ivan Ting Shou Xiang3. Muhammad Faiz Hatim bin Rahim4. Nur Sofia Izzati binti Shafiai5. Wak Suraina A/P Jimi1. Nur Fatin Izzati binti Othman2. Nur Kamalia binti Suboh 3. Nurul Huda binti Maha Liddin4. Raja Yong Zahariah binti Raja Badaruddin5. Salmiah binti Sallehajih

Taklimat ringkas telah diberikan oleh pegawai Zoo Negara iaitu Encik Fitri pada jam 8.10 pagi. Antara isi kandungan taklimat tersebut ialah berkenaan dengan peraturan di Zoo Negara, dan yang paling penting sekali ialah dilarang bergambar selfie bersama binatang-binatang kerana dikhuatiri akan berlaku perkara yang tidak diingini. Selepas itu, keempat-empat kumpulan ini telah bergerak ke stesen yang berbeza mengikut pegawai-pegawai zoo yang telah ditugaskan sebagai fasilitator kami.1.4 Aktiviti Sukarelawan Yang Dilakukan Oleh Setiap KumpulanAktiviti ataupun kerja sukarelawan yang dijalankan oleh setiap kumpulan adalah berbeza dan bahagian ini akan dihuraikan secara individu oleh setiap peserta. Setiap kumpulan terikat dengan peraturan yang telah ditetapkan di setiap stesen, bahkan ada kumpulan yang tidak dibenarkan sama sekali untuk membawa seorang jurukamera. Ini berlaku kepada kumpulan 3, iaitu Ivan Ting Shou Xiang, selaku jurukamera bagi kumpulan berkenaan tidak dibenarkan masuk ke kawasan bekerja di stesen 3. Justeru itu, Ivan Ting Shou Xiang telah bergerak dari stesen ke stesen yang lain untuk mengambil gambar peserta-peserta daripada kumpulan yang lain. Waktu rehat yang diberikan kepada setiap kumpulan bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga 10.40 pagi. Para peserta dikehendaki menyambung semula tugasan mereka selepas berehat. Tepat pada pukul 12.30 tengah hari, kesemua peserta telah menyelesaikan tugas masing-masing dan bergerak ke kawasan berkumpul pagi tadi, iaitu di hadapan Education Office.1.5 Majlis PenutupSetelah semua peserta berkumpul dan duduk di ruang legar hadapan Education Office, Majlis Penutup telah dimulakan dengan Louis Pulong bertugas sebagai pengacara majlis. Antara yang hadir untuk majlis kecil ini ialah Sitti Khadijah binti Bacho selaku Pengerusi program Bina Insan Guru Fasa 3, Datin Padlon binti Abdul Rahman selaku mentor para peserta, Encik Mustafa Kamal bin Mohd Zahed selaku pensyarah pengiring daripada Unit Kokurikulum IPG Kampus Bahasa Melayu, pihak Zoo Negara yang diwakilkan oleh Encik Fitri, dan juga para peserta program Bina Insan Guru Fasa 3 seramai 21 orang. Sebelum majlis bermula, wakil Zoo Negara sempat memberikan borang maklum balas kepada setiap kumpulan untuk diisi bagi memberikan maklum balas terhadap aktiviti yang dilakukan pada setiap stesen.Majlis dimulakan pada pukul 12.45 tengah hari dengan ucapan alu-aluan daripada pengerusi program. Antara isi penting ucapan berkenaan ialah ucapan ribuan terima kasih kepada pihak Zoo Negara kerana sudi memberi peluang kepada para peserta untuk mengikuti aktiviti di Zoo Negara sebagai sukarelawan dan untuk layanan baik setiap pegawai sepanjang menjalankan aktiviti. Seterusnya, pengerusi juga berterima kasih kepada pihak zoo kerana para peserta diberikan peluang dan pengalaman untuk berada lebih dekat dengan binatang-binatang di zoo, dan terima kasih kepada mentor dan pensyarah pengiring yang sudi melapangkan dan meluangkan masa untuk bersama-sama dengan para peserta program.Seterusnya, Encik Mustafa Kamal bin Mohd Zahed telah dijemput untuk memberikan ucapan. Beliau telah merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak zoo kerana telah memberi peluang dan kerjasama kepada para peserta untuk menjalankan program Bina Insan Guru di Zoo Negara. Beliau turut berterima kasih kepada mentor (Datin Padlon binti Abdul Rahman) dan mentee (para peserta) yang telah bekerjasama dengan Unit Kokurikulum untuk merancang dan melaksanakan program berkenaan. Beliau berharap agar segala pengalaman dan ilmu yang telah diperolehi sepanjang menyertai program tersebut diceritakan dan disebarkan kepada orang lain untuk menarik minat mereka menjadi sukarelawan di zoo pada masa akan datang.Selepas itu, Louis Pulong telah menjemput wakil Zoo Negara iaitu Encik Fitri untuk memberikan ucapan. Antara isi penting daripada ucapan beliau ialah kedatangan para peserta ke Zoo Negara sebagai sukarelawan merupakan pengalaman baharu, dan bukan senang sebenarnya untuk melakukan tugas-tugas sebagai sukarelawan. Malah, kehadiran mentor dan pensyarah pengiring yang sepatutnya meluangkan masa bersama keluarga merupakan satu pengorbanan yang besar demi menjayakan program Bina Insan Guru ini. Beliau berharap agar para peserta dapat menyemai rasa cintakan alam dan bersama-sama menjaga flora dan fauna di persekitaran.Pada pukul 12.51 tengah hari, penyampaian hadiah telah dilaksanakan. Penyampaian hadiah adalah daripada Datin Padlon binti Abdul Rahman kepada wakil Zoo Negara iaitu Encik Fitri, dan juga penyampaian cenderamata daripada pihak para peserta yang diwakilkan oleh pengerusi, Sitti Khadijah binti Bacho kepada Datin Padlon binti Abdul Rahman dan Encik Mustafa Kamal bin Mohd Zahed. Setelah selesai, para peserta telah bertepuk tangan mengikut rentak Tepuk Pengakap sebagai penutup kepada majlis.1.6 Perjalanan Pulang Ke IPG Kampus Bahasa MelayuPada jam 1.00 petang, para peserta telah mengucapkan selamat tinggal kepada wakil zoo dan bergerak ke hadapan pintu besar Zoo Negara untuk menangkap gambar bersama-sama dengan mentor dan pensyarah pengiring. Selepas itu, mentor dan pensyarah pengiring telah bergerak pulang menggunakan kenderaan masing-masing. Para peserta pula telah bergerak secara berkumpulan ke tempat menunggu bas di luar kawasan zoo melalui Pintu 2. Tepat pada pukul 1.06 petang, para peserta telah sampai di tempat bas menunggu dan perjalanan pulang pun bermula. Bas yang digunakan adalah bas yang sama yang telah digunakan pada pagi tadi sewaktu perjalanan ke Zoo Negara.Pada sekitar jam 1.15 petang, keadaan trafik agak sesak sedikit. Para peserta akhirnya sampai di IPG Kampus Bahasa Melayu pada jam 1.45 petang.

Disediakan oleh,_________________________(AZNUR NIZZA YUCQUE BINTI AZRAL,RAJA YONG ZAHARIAH BINTI RAJA BADARUDDINWAK SURAINA A/P JIMI)AJK Pendokumentasian Program Bina Insan Guru Fasa 3,IPG Kampus Bahasa Melayu.Disahkan oleh,_________________________(SITTI KHADIJAH BINTI BACHO)Pengerusi Program Bina Insan Guru Fasa 3,IPG Kampus Bahasa Melayu.