laporan pendidikan khas 2015

Upload: mohd-fadhli

Post on 09-Mar-2016

23 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

jkjk

TRANSCRIPT

LAPORAN AKHIR TAHUN PENDIDIKAN KHAS 2015EN MOHD FADHLI BIN CHE MUSA1.pengenalanTerima kasih dan syukur dpt mengdakan mesy. akhir tahun ini. Terima kasih atas kerjasama dan keperihatinan pihak pengurusan SMK Lenga di atas Segala kerjasama dalam pengendalian PPKI 2015. Harap kerjasama akan berterusan pada tahun akan datang. Penempatan kelas 2015 adalah seramai 9 orang pelajar. Sebanyak 2 kelas di buka PKBP 1 dan PKBP 2. Seperti waran daripada JPNJ. Jumlah bilangan guru adalah 3 orang dan PPM seorang. 2. Pembentang Kewangan2.1 . Kelas Pendidikan khas SMK Lenga telah menerima Wang Pcg sebanyak RM 8950 dan telah membelanjakan wang tersebut dengan cara yang berhemah dan berbaki banyak RM 18.232.2. Pelajar pendidikan Khas telah menerima bayaran ELAUN RM 150 setiap bulan bagi tahun 2015 sepenuhnya yang berjumlah RM1800 setahun, seramai 9 yang dibayar sebanyak 2 kali mengikut 2 Fasa iaitu Fasa 1 bulan April dan Fasa 2 bulan Oktober. 2.3. Pelajar Pendidikan Khas telah menjelaskan kesemua bayaran sumbangan PIBG Sekolah, Majalah sekolah, dan kesemua bayaran bayaran yang telah ditetapkan. Bayaran ini telah dipungut pada bayaran pendaftaran semasa awal tahun.2.4 Kelas pendidikan khas telah menerima projek naik taraf dapur dan tandas yang telah siap sepenuhnya dan telah pun digunakan semasa Pdp dijalankan .3. Persediaan akhir tahun 20153.1 Penempatan pelajar dijangka pada tahun hadapan adalah seramai 6 orang pada tahun 2016 ini disebabkan 5 orang pelajar yang akan menamatkan zaman persekolahan mereka dan hanya 2 orang pelajar yang baru mendaftarkan diri pada tahun hadapan.3.2 Terdapat 2 orang yang mengikuti program kelas inklusif pada tahun 2015 dan mengambil peperiksaan SPM sebagai calon CBK iaitu Rogaya Binti MD Amin dan Nur Atikah Binti Hamran. Adalah diharap mereka mendapat keputusan yang cemerlang. 3.3 Guru-guru pendidikan Khas telah menyiapkan RPI {Rancangan Pengajaran Individu } secara diatas talian sebanyak 3 kali iaitu RPI online 1- pada 11 januari 2015 sehingga 30 april 2015, RPI online 2 pada 3 may 2015 sehingga 30 julai 2015 dan RPI online 3- pada 2 ogos 2015 sehingga 12 november 2015.3.4 Guru-guru pendidikan Khas sentiasa diingatkan tentang data-data yang sentiasa perlu dikemaskini dan dilengkapkan bagi melicinkan pentakbiran pendidikan khas. 4.0 Perancangan PPKI 20164.1 Pihak Pengurusan Pendidikan Khas telah merangka beberpa Program bagi Perancangan tahunan 2016, diantara program yang akan dilaksanakan adalah seperti Program perjumpaan ibubapa, program Ihya Ramadhan, Pembangunan Atlet Paralimpik dan sebagainya.4.2 Guru pendidikan khas akan mengadakan program mengziarahi pelajar pendidikan khas pada tahun 2016 bagi mengatasi masalah ponteng dikalangan pelajar pendidikan khas.4.3 Bagi penyediaan jadual waktu dan perancangan pengajaran pada tahun awal tahun 2016 akan disiapkan semasa cuti nanti.

5.0 Penutup5.1. sekali lagi kami daripada pihak Pengurusan Pendidikan Khas Mengucapkan ribuan terima kasih pada pihak sekolah kerana banyak memberi kerjasama dan kepercayaan kepada pihak guru-guru Pendidikan Khas bagi menguruskan pendidikan khas pada tahun2015. Kami berharap pada tahun hadapan kami lebih mencapai kejayaan dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan dengan sokongan pihak pentakbir sekolah.