seminar refleksi kimi

Upload: ir-harry

Post on 07-Jan-2016

115 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Untuk Refleksi Latihan Mengajar.

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALANTugasan ini merupakan salah satu refleksi pengajaran sepanjang tempoh latihan mengajar dan pengalaman sepanjang musim tersebut. Terlebih dahulu kita berkenalan dengan definisi refleksi. Refleksi merupakan aktiviti mengkaji semula proses keberkesanan pengajaran yang telah dilakukan melalui renungan pengalaman dengan tujuan mempertingkatkan kemahiran guru. Refleksi ini dilakukan bagi mengetahui kekuatan dan kelemahan bagi pengajaran sepanjang tempoh praktikum. Oleh itu, tugasan ini mengaitkan pengalaman pengajaran dengan mencungkil isu isu yang sering timbul dalam proses pengajaran dengan menambahbaikkan proses pengajaran dengan mencadangkan kaedah penyelesaian. Kaedah penyelesaian bagi isu-isu yang timbul daripada pengalaman mengajar akan melibatkan beberapa model dan teknik-teknik yang berkaitan. Dalam tugasan ini, refleksi yang dilakukan adalah berdasarkan beberapa aspek yang ditumpukan iaitu:i. Permulaan pengajaran/ set induksiii. Latar belakang pelajar yang berbezaiii. Perkembangan pengajaraniv. Aktiviti yang tidak sesuai dengan kebolehan pelajarv. Pengurusan bilik darjah.Sepanjang di sekolah, dalam tempoh praktikum saya diberi tanggungjawab untuk mengajar tingkatan satu hingga lima iaitu subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan selama enam belas minggu. Kelas yang saya peroleh merupakan kelas campuran dari semua kelas tingkatan. Terdapat pelbagai pengalaman pahit manis yang saya dapat alami sepanjang di sini. Jadual yang diberi ini adalah jadual yang disusun oleh penolong kanan sekolahDalam tempoh saya mengajar, saya memperoleh guru pembimbing daripada kalangan guru yang bidangnye Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan iaitu Encik Muhamad Rupi bin Adnan. Guru pembimbing saya juga merupakan bekas graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris dan telah mempunyai pengalaman mengajar selama lima tahun di Sekolah Menengah Pekan Baru ini.Beliau juga adalah setiusaha sukan sekolah tersebut. Kita berkenalan pula dengan pensyarah yang menyelia praktikum saya, beliau merupakan pensyarah Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan iaitu Encik Roshdan bin Ahmad. Beliau merupakan pensyarah yang menyelia sepanjang prakrikum saya bersama kawan saya. Sepanjang pratikum, penyelia datang menyelia sebanyak tiga kali iaitu pada awal praktikum, pertengahan dan akhir praktikum. Kali pertama beliau datang melawat sekolah beliau mengadakan sesi proses penyeliaan klinikal dan perbincangan iaitu beliau menerangkan perkara yang akan dinilai dalam seliaan praktikum beliau. Kami turut diberi tip bagi menjalankan proses pengajaran secara berkesan dan menarik. Seliaan seterusnya adalah pencerapan proses pengajaran di dalam kelas.Berikut adalah serba sedikit tentang pengenalan kepada guru pembimbing dan penyelia saya. Tugasan ini merupakan satu penulisan ilmiah bagi menreflek kembali pengalaman pengajaran dengan mencari isu dan masalah dalam lima aspek yang diberi. Isu ini akan dibincangkan dalam tugasan ini, serta jalan penyelesaian bagi memperbaiki proses pengajaran kelak akan dihuraikan dengan mengaplikasikan teori-teori yang berkait serta dapat membantu dalam mencapai objektif pengajaran serta menjadikan pengajaran sebagai pengajaran yang berkesan.

2.0 ISU DAN PENYELESAIANDalam sub topik ini, isu-isu yang dapat dicungkil daripada pengalaman mengajar sepanjang tempoh praktikum yang dapat dicungkil akan dibincangkan. Ini merupakan langkah refleksi dan memberi jalan penyelesaian terhadap isu-isu yang timbul sepanjang pengalaman praktikum ini.2.1 Permulaan PengajaranIsu yang wujud:Isu ini wujud kerana beberapa faktor yang menyebabkan permulaan pengajaran atau set induksi menjadi tidak berkesan. Antaranya ialah aktiviti yang dijalankan tidak menarik, masa yang tidak mencukupi dan bahan yang digunakan tidak menarik. Dalam tempoh praktikum, faktor utama yang meyumbang kepada kegagalan permulaan pengajaran ialah aktiviti dan bahan yang tidak menarik. Kebiasaannya guru di sekolah akan melakukan set induksi berbentuk mengingat semula tajuk yang dipelajari minggu lalu. Hal ini menyebabkan pelajar menjadi tidak tertarik dengan proses pengajaran dan pembelajaran tersebut. Oleh kerana guru sering menggunakan set induksi yang sama setiap hari, matlamat set induksi tidak akan dapat dicapai. Pelajar akan menjadi bosan, enggan mendengar dan enggan memberi perhatian serta tidak dapat memahami pengajaran yang dilakukan pada waktu tersebut. Hal ini sangat bertentangan dengan tujuan dan matlamat permulaan pengajaran yang dilakukan. Oleh itu, kaedah penyelesaian sangat diperlukan bagi memperbaiki proses permulaan pengajaran ini.Kaedah penyelesaian:Dalam menyelesaikan isu permulaan pengajaran yang tidak berkesan disebabkan aktiviti dan bahan pengajaran yang tidak menarik, terdapat dua strategi permulaan pengajaran yang dapat digunakan iaitu strategi untuk memotivasikan atau menfokuskan pelajar serta strategi yang membantu pelajar melihat hubungan antara pembelajaran dengan pengetahuan dan kemahiran baru. Namun begitu, strategi pertama adalah lebih menarik dan lebih berkesan iaitu strategi untuk memotivasikan atau menfokuskan pelajar. Antara idea dalam strategi ini, adalah menggunakan idea dan aktiviti yang kreatif dalam set pemerolehan perhatian yang berkait dengan pengajaran untuk mengumpan minat pelajar dalam mendengar dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran. Contohnya, jenaka, cerita, muzik, video, gambar dan lain- lain. Dalam penyelesaian isu ini, saya menggunakan idea yang kreatif dalam membentuk aktiviti bagi set induksi. Aktiviti yang saya jalankan melibatkan aktiviti jenaka dengan menggunakan lukisan. Hal ini untuk menarik perhatian pelajar dan secara langsung memupuk minat pelajar dan mewujudkan rasa ingin tahu dalam diri pelajar. Aktiviti induksi saya melibatkan lukisan yang dilukis dan teka-teki jenaka dalam pelbagai bentuk yang dapat menarik minat pelajar. Idea kreatif ini iaitu aktiviti teka-teki jenaka berbekalkan bahan lukisan, dapat mewujudkan minat dan menggalakkan pelajar untuk berfikir di luar kotak ataupun berfikiran secara kreatif. Seterusnya turut memupuk nilai dalam diri pelajar. Seperti yang telah dibincangkan, penggunaan aktiviti yang sama iaitu aktiviti mengingat kembali pembelajaran lalu oleh guru bagi set induksi merupakan punca kegagalan mencapai matlamat set induksi. Aktiviti seperti ini merupakan aktiviti yang berasaskan hafalan dengan menggunakan otak kiri sahaja. Pembelajaran yang berkesan adalah pembelajaran yang melibatkan keseimbangan pemikiran dari otak kiri dan otak kanan.

Ornstein (1997) mendapati jika otak kanan dan otak kiri berkerjasama, maka hasilnya akan memberikan prestasi pemikiran yang lebih baik. Dalam pengajaran dan pembelajaran, guru digalakkan untuk menyeimbangkan aktiviti otak kiri dan otak kanan bagi membantu keberkesanan pengajaran. Berbincang tentang otak dan pemikiran otak kiri dan kanan, Teori Otak Hoka Hoki dapat membantu menjelaskan tentang pemikiran otak ini. Menurut Dr. Roger Sperry dalam Teori Hoka Hoki yang diciptanya, otak manusia terbahagi kepada dua hamisfera iaitu otak kanan dan otak kiri dan mempunyai pemikiran yang berbeza seperti dalam rajah berikut.Otak Kanan (HOKA)Otak Kiri (HOKI)

Logik analitik Fakta Urutan Lambat Pembelajaran Hafalan

Rawak Kreatif Pantas Visual Rangsangan Intuitif

Oleh itu, penggunaan idea dan aktiviti yang kreatif dalam induksi dapat menyeimbangkan pemikiran otak kiri dan kanan. Pemikiran kreatif ini perlu diterapkan dalam permulaan pengajaran supaya dapat meningkatkan prestasi pemikiran pelajar. Secara tidak langsung dapat memupuk minat pelajar dan dapat menarik perhatian pelajar untuk belajar.Dalam pembentukan dan penggunaan idea kreatif dalam mewujudkan aktiviti yang lebih menarik, teori ini sangat berguna untuk meningkatkan prestasi pelajar. Kerana itulah saya menggunakan teori ini dalam mengaitkan proses permulaan pengajaran yang kreatif. Seperti yang dinyatakan, aktiviti yang kreatif dapat menarik minat pelajar dan menggalakkan pelajar untuk berfikir dengan lebih luas. Walaupun set induksi seperti ini tidak melibatkan pengajaran atau topik pengajaran lepas, ia mampu menarik minat pelajar dalam menumpukan perhatian. Contohnya, aktiviti induksi yang kreatif yang saya gunakan adalah melibatkan gambar dengan jenaka. Pelajar akan tertarik dengan gambar lukisan yang digunakan dan berasa suka dengan jenaka yang disampaikan, hal ini secara langsung mewujudkan minat pelajar untuk terus menumpukan perhatian dalam pelajaran. Seterusnya secara tidak langsung, matlamat set induksi dapat dicapai dengan jayanya.2.2 Latar Belakang Pelajar Yang BerbezaIsu yang wujud:Perbezaan latar belakang yang berbeza dari segi minat, personaliti, kecerdasan, pengetahuan dan lain- lain menyumbangkan sesuatu proses permulaan pengajaran itu menjadi tidak mencapai matlamatnya. Faktor utama yang menyebabkan set induksi gagal mencapai matlamat dalam proses permulaan pengajaran kelas saya semasa praktikum adalah faktor minat, kecerdasan atau pemikiran dan personaliti. Hal ini kerana, apabila pelajar mempunyai minat, kecerdasan dan personaliti yang berbeza, sesuatu aktiviti yang menarik dalam set induksi tidak dapat menarik perhatian semua bilangan pelajar dalam kelas. Hanya beberapa pelajar yang mempunyai minat dan kecerdasan personaliti yang sama dengan aktiviti yang dijalankan sahaja akan memberi tumpuan dan perhatian dalam mencapai matlamat proses permulaan pengajaran. Setiap pelajar mempunyai minat, personaliti dan pemikiran yang berbeza.Kaedah penyelesaian:Dalam kaedah penyelesaiaan isu ini, saya mengaplikasikan Teori Kecerdasan Pelbagai dalam merancang dan melaksanakan aktiviti induksi yang dapat memenuhi setiap minat, personaliti dan pemikiran pelajar di dalam kelas. Kita berkenalan dengan serba sedikit dengan teori ini. Teori Kecerdasan Pelbagai ini telah diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983). Dalam kajiannya, Howard Gardner mendapati terdapat lapan kecerdasan atau pemikiran yang membezakan seseorang individu dengan individu lain iaitu seperti gambarajah dibawah:Teori ini menerangkan dan membincangkan tentang kecerdasan yang dimiliki oleh setiap manusia yang membentuk minat dan personaliti mereka. Secara ringkasnya:Matematik/logik seseorang yang berfikiran secara konseptual dan abstrakInterpersonal mewujudkan hubungan baik dengan orang luarIntrapersonal mengenali kelemahan dan kekuatan diri dengan mendalamLinguistik seseorang yang mahir dalam berbahasaSpasial berfikir secara gambaranNaturalis seseorang yang minat dengan alam semula jadiMusikal minat pada muzik, alunan lagu dan tona bunyiKinestatik melibatkan pergerakan badan. Minat bersukanOleh itu, saya menggunakan teori ini dalam merancang set induksi dengan mempelbagaikan aktiviti semasa permulaan pengajaran serta menggabungkan aktiviti yang berbeza dalam proses permulaan pengajaran bagi memupuk minat pelajar. Sebagai contoh, menggunakan muzik dengan gambar, gambar dengan pergerakan, pantun dengan jenaka dan lain-lain. Penggunaan aktiviti dengan mengaplikasikan teori ini sangat membantu dalam menarik minat pelajar dalam mencapai matlamat set induksi.2.3 Perkembangan PengajaranIsu yang timbul:Dalam pengajaran bagi proses perkembangan pengajaran, isu penyampaiaan isi kandungan tidak sampai kerana pelajar tidak dapat menggambarkan apa yang diterangkan oleh guru. Walaupun penyampaian dilakukan jelas pelajar masih lagi tidak dapat memahami dengan mendalam perkara yang diterangkan itu. Sebagai contoh, saya mengajar subjek prinsip perakaunan bagi tingkatan empat. Penerangan dengan jelas telah diberikan dalam tajuk mewujudkan akaun untung rugi. Namun pelajar masih tidak dapat menguasai tajuk yang diajari. Contoh lain, dalam subjek perdagangan, guru menerangkan tajuk proses perniagaan. Penerangan secara terperinci telah diberikan kepada pelajar, namun pelajar masih tidak memahami tajuk yang diterangkan. Hal ini merupakan isu yang dihadapi semasa musim praktikum dalam perkembangan pengajaran.Kaedah penyelesaian:Dalam situasi ini kaedah yang sesuai dilakukan adalah dengan mengaplikasikan teori pembelajaran penemuan yang diasaskan oleh Jerome Bruner (1941). Pembelajaran penemuan adalah suatu pembelajaran yang berbentuk inkuiri. Ianya melibatkan situasi penyelesaian masalah yang dilalui sendiri oleh murid. Mereka akan mengaitkan sendiri pengalaman mereka yang telah lepas dengan pengetahuan semasa untuk menemukan maklumat baharu yang sedang mereka terokai. Dengan cara ini, meraka akan lebih mudah memahami dan mengingati sesuatu perkara yang baru dipelajari. Guru akan bertindak sebagai pembimbing untuk memberi panduan yang sesuai kepada murid dengan mengemukakan masalah atau fenomena dan mengawasi aktiviti murid. Pembelajaran menerusi proses inkuiri membolehkan pembelajaran secara aktif berlaku kerana pelajar perlu meninjau sendiri masalah yang diberi. Berikut merupakan penerangan terhadap Teori Pembelajaran Penemuan. Oleh itu, aplikasi berdasarkan teori ini sangat membantu saya menyelesaikan isu yang wujud ini. Merujuk kepada contoh sebelumnya, guru menerangkan tentang tajuk proses perniagaan kepada pelajar. Tetapi pelajar masih tidak memahami. Dengan merujuk Teori Pembelajaran Penemuan ini, kaedah penyelesaian yang saya gunakan adalah memberi satu situasi dengan mengaitkan pengajaran dengan pengalaman mereka dengan meminta pelajar yang berpengalaman berniaga menolong ibu bapa mereka untuk menerangkan situasi tersebut atau permasalahan tersebut. Oleh itu, pelajar akan lebih memahami dan mengingati apabila pengajaran itu sangat berkait rapat dengan kehidupan atau pengalaman mereka.Contoh lain adalah, dalam pengajaran prinsip akaun pelajar lebih memahami tajuk mewujudkan akaun untung rugi setelah saya memberi satu permasalahan dan meminta mereka untuk menyelesaikannya sendiri dengan bimbingan guru. Kaedah ini adalah aplikasi daripada teori yang dinyatakan sebentar tadi. Dengan memberi pelajar merasai pengalaman menyelesaikan permasalahan sendiri dengan usaha sendiri pelajar akan lebih mudah untuk memahami sesuatu tajuk. Oleh itu, sangat penting bagi seorang guru untuk memberi pelajar peluang untuk mencuba menyelesaikan permasalahan pelajaran dengan sendiri dengan bimbingan guru. Hal ini kerana, bak kata peribahasa melayu belum cuba belum tahu iaitu pengalaman tidak boleh dirasai selagi tidak mencubanya.2.4 Aktiviti Tidak Sesuai Dengan Kebolehan PelajarIsu yang wujud:Selain masalah penyampaian, aktiviti juga mewujudkan masalah dalam proses perkembangan pengajaran ini. Masalah ini melalui aktiviti yang dijalankan didapati tidak sesuai dengan kebolehan pelajar. Setiap individu mempunyai kebolehan yang berbeza, serupa juga dalam konteks pelajar setiap pelajar mempunyai kebolehan dan tahap pemikiran yang berbeza. Oleh itu, terdapat beberapa aktiviti yang tidak mencapai kebolehan dan tahap pemikiran pelajar. Hal ini akan menyebabkan proses perkembangan pengajaran gagal. Aktiviti yang sering tidak mencapai tahap kebolehan pelajar adalah seperti perbentangan. Aktiviti ini boleh dilakukan tetapi bergantung kepada jenis murid atau tingkat umur mereka serta kebolehan mereka. Dalam situasi sebagai guru praktikum di sekolah, saya menghadapi isu ini apabila saya menjalankan kaedah atau aktiviti ini kepada kelas perdangan saya. Kebolehan mereka dan pemikiran mereka belum mencapai tahap aktiviti yang dijalankan kerana kelas ini merupakan kelas yang terakhir di sekolah. Apabila saya berhadapan dengan situasi ini baru saya sedari bahawa tahap kebolehan mereka tidak mencapai tahap aktiviti yang saya lakukan. Hanya terdapat beberapa orang murid sahaja yang dapat melakukannya. Menceritakan pengalaman ini, apabila saya memanggil pelajar untuk melakukan perbentangan di hadapan kelas secara berkumpulan, saya amat terperanjat kerana pelajar saya tidak dapat melakukannya. Terdapat pelajar yang tampil kehadapan dengan tidak mahu bercakap dan ada juga pelajar yang tampil kehadapan dengan muka yang pucat ketakutan. Namun, terdapat juga pelajar yang dapat mengatasi masalah gementar tetapi sayangnya mereka tidak tahu bagaimana untuk membentangkan atau langkah langkah perbentangan di hadapan kelas. Hal ini berlaku kerana tahap dan kebolehan mereka belum mencapai tahap pelaksanaan aktiviti seperti itu.Kaedah penyelesaian:Dalam mengatasi kebolehan pelajar yang berbeza beza perlu adanya satu kaedah yang memudahkan pelajar memahami dan mampu untuk mencapai tahap aktiviti yang tinggi. Menurut pendapat Gestalt kita mempelajari sesuatu situasi itu secara keseluruhan dan kemudian memperinci elemen-elemen situasi satu pandangan atau sebagai teori pembelajaran, maka kita boleh menjadikannya sebagai satu pendekatan dalam sesuatu pengajaran. Ini membawa maksud sesuatu pengajaran itu harus dimulakan dengan mengamati keseluruhannya terlebih dahulu dan kemudian dikaji bahagian-bahagiannya.Oleh itu, penyelesaian isu ini adalah dengan mengaplikasikan Teori Pembelajaran Ausubel iaitu dalam pembelajaran deduktif. David Ausubel adalah seorang ahli psikologi pendidikan. Teori Pembelajaran Ausubel merupakan salah satu teori pembelajaran yang menjadi dasar dalam pembelajaran koperatif. Dalam teori ini terdapat dua jenis pembelajaran yang dinyatakan oleh Ausubel iaitu pembelajaran deduktif dan pembelajaran verbal. Dalam situasi perkembangan pengajaran menyelesaikan isu kebolehan pelajar yang tidak mencapai dengan tahap aktiviti yang dijalankan, pembelajaran secara deduktif lebih sesuai untuk diaplikasikan dalam penyelesaian isu atau masalah ini.Menurut Ausubel teori ini merupakan teori pembelajaran yang menyatakan bahawa manusia memperoleh ilmu kebanyakannya dalam bentuk pembelajaran resepsi dan bukan pembelajaran penemuan. Model pembelajaran ini juga dikenali sebagai Model Pembelajaran Ekspositori atau deduktif. Teori pembelajaran ekspositori yang dikemukakan oleh Ausubel menekankan penerangan bahan pembelajaran oleh guru dalam bentuk fakta yang tersusun dan dijelaskan mengikut urutan serta dengan fakta yang lengkap. Ausubel menegaskan pembelajaran sepatutnya berkembang dalam bentuk deduktif daripada umum kepada spesifik atau daripada prinsip kepada contoh. Tugas guru ialah menyusun konsep dan prinsip untuk dipersembahkan kepada pelajar.Dengan mengaplikasikan teori ini kebolehan pelajar dapat ditingkatkan dengan menjadi penunjuk cara kepada pelajar. Contohnya, Aktiviti seperti pembentangan perlu diterangkan kaedahnya secara tersusun supaya pelajar mudah memahami dan dapat melakukan aktiviti ini dengan baik. Oleh itu, saya memberi penerangan yang tersusun yang mengikut urutan dengan memberi kefahaman kepada pelajar. Contoh cara pembentangan turut saya pamerkan dan tunjukkan kepada pelajar supaya pelajar dapat melakukan aktiviti ini dengan baik. Secara tidak langsung proses perkembangan akan dapat berjalan dengan baik dan jayanya.2.5 Pengurusan Bilik DarjahIsu yang wujud:Kawalan kelas atau kawalan bilik darjah melibatkan kawalan disiplin pelajar. Isu yang sering dihadapi oleh seorang guru dalam pengurusan bilik darjah adalah berhadapan dengan disiplin pelajar yang teruk. Displin pelajar ini bergantung kepada jenis pelajar dan kelas yang diajari. Apabila disiplin pelajar adalah teruk, perlakuan sesetengah pelajar dapat mempengaruhi pelajar lain dengan bertindak di luar kawalan guru. Oleh itu, guru perlu mencari alternatif bagi mengawal disiplin dan kawalan kelas. Menurut Moskowitz dan Hayman (1976) sekali guru kehilangan kawalan ke atas bilik darjah, akan menjadi lebih sukar untuk dapat dikawal semula. Pengalaman pengajaran saya semasa praktikum saya menghadapi masalah untuk mengawal disiplin pelajar dan mengawal tingkah laku pelajar. Hal ini menyebabkan, keyakinan dalam diri berkurang. Faktor jenis pelajar menjadi punca kegagalan kawalan kelas dalam hal saya ini. Hal ini kerana, kelas yang saya peroleh merupakan kelas terhujung di dalam sekolah atau kelas terakhir. Menceritakan pengalaman menguruskan kawalan kelas, pelajar tidak mahu mendengar arahan daripada saya dan bertindak di luar kawalan saya dengan berjalan keluar masuk kelas tanpa menghiraukan kewujudan saya dihadapan. Guru-guru pelatih yang menjalani praktikum kerap kali dibiarkan mereka `sink or swim (Renard, 2003) dan ini mengakibatkan berlakunya kekecewaan dan kurang keyakinan di kalangan guru-guru pelatih dalam menghadapi realiti di bilik darjah. Hal ini benar dan wujud disebabkan kegagalan kawalan kelas dan perlunya jalan penyelesaiaan bagi isu kawalan disiplin pelajar ini.Kaedah penyelesaian:Dalam penyelesaiaan isu ini, aplikasi pendekatan pengurusan bilik darjah dilakukan dengan mempelbagaikan pendekatan mengikut situasi kelas dan suasana kelas. Pendekatan pengurusan bilik darjah terdiri daripada 4 jenis iaitu: Autirotarian guru yang berkuasa dalam memberi arahan dan mengawal kelas. Permisif guru memberikan kebebesan yang maksimum kepada pelajar Modifikasi tingkah laku mengubah tingkah laku pelajar daripada negatif ke positif Pembelajaran positif memaksimumkan hubungan baik antara guru dan pelajar.Oleh itu, pendekatan pegurusan bilik darjah ini sangat berguna kepada guru bagi mengawal kelas dan tingkah laku pelajar. Namun begitu, pendekatan ini harus digunakan dengan melihat kesesuaikan kepada jenis kelas dan jenis pelajar. Sebagai contoh, bagi kelas yang bijak pendekatan permisif boleh digunakan, manakala bagi kelas yang kurang bijak pendekatan ini tdak sesuai digunakan oleh guru dalam menguruskan kawalan kelas.Selain itu, terdapat model yang sesuai diaplikasikan dengan masalah yang saya hadapi didalam kelas iaitu Model modifikasi tingkah laku B.F.Skinner (1904-1990) dengan menggunakan prinsip peneguhan yang menggunakan elemen-elemen luaran untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini. Terdapat dua jenis peneguhan iaitu: Peneguhan positif hadiah, pujian, markah merit dan sebagainya (meningkatkan tingkah laku murid yang diingini) Peneguhan negatif majalah, komik dikeluarkan supaya murid-murid kembali menunjukkan tingkah laku yang diingini. Dendaan pengajaran akibat daripada tingkah laku pelajarModel ini sangat sesuai untuk diaplikasikan dalam pengurusan kawalan kelas kerana dapat mengubah tingkah laku pelajar dengan peneguhan yang diberikan oleh guru. Apabila kawalan kelas dicapai dengan baik, maka proses pengajaran akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan atau masalah.3

3.0 PENAMBAHBAIKAN RPHRANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN(BOLA BALING)

Tarikh : 28 April 2015 Hari: SelasaMasa : 8.50 10.10 a.mTingkatan: 2Bilangan pelajar : 20 orang Jantina: Lelaki

Tunjang Pembelajaran: Kemahiran dalam sukan dan rekreasiTajuk Pembelajaran: Bola BalingStrategi: Stail A (arahan)Objektif : Disepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat : Psikomotor: Melakukan teknik hantaran atas kepala dan hantaran lantun sekurang-kurangnya 8 daripada 10 percubaan dengan betul. Kognitif: Menerangkan sekuran-kurangnya 4 daripada 5 jenis otot yang terlibat dengan tepat. Afektif : Menunjukkan semangat kesukanan semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan.Nilai/KBKK: Pelajar dapat menggunakan prinsip-prinsip biomekanik yang terlibat dalam permainan bola baling.Persediaan guru: ABM, bola baling, marker, gelung, wisel.

FASA/MASAAKTIVITI

BUTIRAN P&PORGANISASICATATAN

PermulaanSet induksi ( 15minit )Penerangan guru kepada pelajar.

Memanaskan badan

Rengangan spesifik

Guru mengarahkan pelajar supaya berkumpul di hadapan guru untuk diberi penerangan tentang pembelajaran yang akan diajar pada hari ini.

Bola baling boleh dimainkan oleh lelaki dan perempuan dari pelbagai peringkat umur. Permainan ini ialah permainan berpasukan yang melibatkan 14 orang pemain dengan bilangan 7 orang sepasukan termasuk penjaga gol. Kemahiran yang perlu dikuasai oleh pemain-pemain bola baling ialah kemahiran membuat hantaran, menangkap bola, mengelecek, mengacah, menghadang, menjaring dan menjaga gol.

Lari mengelilingi gelanggang bola balimg sebanyak 2 kali pusingan.

Buat bulatan dan lari dalam bulatan mengikut arahan guru. Lari mengiring ke kanan Lari mengiring ke kiri Lompat bintang

Guru mengarahkan 2 orang pelajar untuk mengetuai aktiviti reganggan badan.

Lebih mengutamakan bahagian atas badan disebabkan banyak melakukan aktiviti menggunakan tangan.Petunjuk:G- GuruX- Pelajar- ABM

Regangan spesifik : Regangan Dinamik berpasangan yang diketuai oleh seorang pelajar dan diawasi guru Regangan ini lebih tertumpu kepada otot-otot utama dibahagian tangan dan kaki.

G X X X X X XX X X X X

XX XX G XX XX

ABM

Nilai: Kerjasama

Fasa Perkembangan ( 40 minit )

Penerangan guru

Aktiviti 1(Hantaran atas kepala)

Aktiviti 2(Hantaran lantun)

.

Hantaran ialah kemahiran asas permainan bola baling. Pemain bola baling menggunakan sekurang-kurangnya tujuh kemahiran asas hantaran. Hantaran aras bahu Hantaran bawah bahu Hantaran atas kepala Hantaran sisi Hantaran lantun Hantaran aras dada Hantaran lompat

Hari ini kita akan mempelajari 2 jenis hantaran sahaja iaitu hantaran atas kepala dan hantaran lantun.

Hantaran atas kepala ialah hantaran tinggi dan jauh. Jenis hantaran ini sukar dipintas sekat oleh pihak lawan.

Hantaran lantun pula digunakan untuk mengelirukan pihak lawan dengan membuat hantaran secara mengejut.

Teknik hantaran atas kepala Tegakkan kedudukan badan dengan kedua-dua belah kaki dijarakkan. Pegang bola dengan sebelah tangan di belakang kepala sambal fleksikan siku. Ayun tangan yang memegang bola dari belakang ke hadapan melintasi kepala. Lepaskan bola dan ikut lajak.G

XX

XXXXXX

Teknik hantaran lantun Kedudukan badan dalam keadaan bersedia. Pegang bola dengan kedua-dua belah tangan pada aras dada. Mata sentiasa memandang arah sasaran bola. Tolak bola kebawah untuk melantun ke hadapan atau sisi. Jarak lantunan bola dari penerima ialah 1/3 jarak antara penghantar dan penerima. Ikut lajak.

Guru akan memperbetulkan teknik lakuan salah yang dilakukan oleh pelajar.Petunjuk:G- GuruX- Pelajar- ABM- Marker

Aktiviti ini dijalankan secara berpasangan.G

XX

XXXXXXG X X X X X XX X X X X

ABM

Nilai: Kerjasama Semangat berpasukan

Nilai: Kerjasama Semangat berpasukan

Fasa Kemuncak ( 15 minit )Permainan kecil (Play the game)

Pelajar diberi peluang untuk bermain dalam permainan bola baling.

Pelajar hanya dibenarkan menggunakan teknik hantaran atas kepala dan hantaran lantun.

Pelajar menggunakan peraturan yang asal.

Guru akan menerangkan serba sedikit peraturan asal dalam permainan boal baling. Setipa kumpulan akan melantik seorang untuk berada dalam gelung yang berada dalam kawasan lawan.X XX X X X X X X X X XXX

Mata akan dikira jika bola berada dalam gelung iaitu berada dengan ahli kumpulan yang berada dalam kawasan lawan.G

Pemenang akan dikira jika mengumpul mata yang banyak.

Setiap pasukan memerlukan 7 orang pemain sahaja.Petunjuk:G- GuruX- Pelajar- Gelung

Pertukaran kesemua ahli dibenarkan.

Pemainan akan dijalankan selama 10 minit.

Nilai: Kerjasama Semangat berpasukan Semangat kesukanan yang tinggi

Penutup ( 10 minit )Rumusan

Cooling downKemahiran menghantar adalah amat penting dalam permainan bola baling. Jika hantaran tidak kemas akan menyebabkan pasukan lawan senang untuk merampas bola.

Hantaran yang kemas dapat membantu pasukan untuk menjaringkan gol dapat membantu pasukan untuk memenangi perlawan.

Guru memanggil 2 orang pelajar untuk membuat refleksi dan mengarahkan seorang pelajar lagi untuk mengetuai aktiviti cooling down.Petunjuk:G- GuruX- Pelajar X G X XX X X X X XX X X X X

LAMPIRAN

REFLEKSI KENDIRIDaripada kelemahan yang dikesan saya telah memikirkan beberapa cara untuk menambahbaik untuk sesi pengajaran dan pembelajaran yang akan datang. Guru perlu mengikuti kursus ataupun memperbanyak baca buku yang berkaitan dengan subjek yang akan diajar untuk menambah ilmu dan kemahiran menggunakan peralatan dalam pengajaran dan pembelajaran. Gangguan akan timbul jika guru tidak mahir dan murid akan jadi tidak terkawal dan proses pengajaran dan pengajaran akan menjadi tidak menarik. Menurut Harry K. Wong (1998), kebanyakan masalah tingkah laku murid adalah disebabkan oleh guru sendiri. Maka guru harus sentiasa menambah ilmu dan bersedia untuk setiap sesi pengajaran dan pembelajaran.Selain itu, saya berpendapat untuk mengumpulkan mereka mengikut senarai nama yang telah saya sediakan terlebih dahulu bagi mengelak mereka untuk berbuat bising. Saya ingin membawa perubahan dalam keadaan kelas ini. Saya ingin murid-murid mendengar pengajaran saya kerana percakapan dua hala boleh menjejaskan pembelajaran. Kebisingan yang disebabkan oleh pembelajaran tidaklah menjadi masalah tetapi kebisingan yang mengganggu pembelajaran perlu dielakkan. Murid-murid yang bising bukan sahaja tidak dapat menguasai kemahiran yang diajar tetapi murid-murid lain juga terjejas dan ini berlaku tidak adil kepada semua murid-murid yang lain. Di samping itu, saya bercadang untuk menangani masalah yang dihadapi oleh saya berasaskan Canter model of Assertive Discipline (2002). Model ini adalah suatu pendekatan yang positif yang membenarkan guru mengajar dan murid belajar. Daripada pengalaman menggunakan model Canter assertive discipline guru yang asertif adalah lebih berkesan daripada seseorang guru yang tidak asertif atau garang. Kegarangan dan ketidak konsistenan arahan guru yang menyebabkan kekeliruan dan trauma psikologi. Seorang guru asertif dapat mewujudkan iklim bilik darjah yang positif, penyayang dan produktif.Perhatian dan bimbingan guru yang prihatin dan berterusan telah membantu murid-murid menjadi lebih yakin untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan. Keadaan bilik darjah akan dapat dikawal kerana murid-murid telah menunjukkan minat untuk belajar. Saya akan merancang satu sistem peneguhan. Jika murid telah menunjukkan tingkah laku positif yang dijangkakan atau pencapaian akademiknya cemerlang, mereka akan diberi peneguhan seperti masa tambahan rehat dan lain-lain. Jika peraturan tidak dipatuhi, saya telah mencatatkan pelanggaran peraturan ini di atas jadual yang dipaparkan di dinding bilik darjah. Saya akan menanda tanda salah (X) pada papan notis. Tingkah laku negatif hasil daripada pelanggaran peraturan yang ditanda (X) akan menerima hukuman-hukuman. Dengan sistem peneguhan ini, murid akan mematuhi peraturan dan bertingkah laku baik supaya mereka mendapat ganjaran dan bukannya hukuman. Setiap orang akan suka ganjaran daripada hukuman. Maka semua minat akan tumpu perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.