laporan pbs fasa keempat

Upload: muhammad-zaidiee-iqram

Post on 07-Oct-2015

27 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

laporan menyeluruh berkenaan PBS fasa keempat

TRANSCRIPT

Rona

PENGENALAN

Assalamualaikum wbt Saya Muhammad Zaidiee Iqram bin Osman dari unit pendidikan Seni Visual SK (sem 4) Ambilan Januari 2013 telah menyiapkan kerja kursus pendek Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dengan sempurna. Terlebih dahulu, saya bersyukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurniaanya dapat menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.

Selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan martabat profesion perguruan, tugasan sebegini dapat memberi keyakinan kepada diri guru pelatih, untuk menyesuaikan diri dengan alam persekolahan pada masa akan datang. Sebagai seorang guru pelatih, mereka tidak harus tertumpu di bilik kuliah sahaja malah, mereka harus didedahkan dengan pengalaman berasaskan sekolah seperti ini. Sejajar dengan itu, tugasan ini dapat mencapai objetifnya untuk melatih guru pelatih yang berkebolehan tinggi.

Saya telah memilih Sekolah Kebangsaan Teluk Menara, Manir Kuala Terengganu untuk menjalankan tugasan ini. Sekolah tersebut berada berhampiran dengan tempat tinggal kawan saya yang menjalani pengalaman berasaskan sekolah (PBS) ini. Saya ditugaskan untuk mengumpul maklumat berkaitan dengan maklumat sekolah dan organisasi bengkel makmal rbt yang terdapat di sekolah itu dan prasarana dalam tempoh seminggu iaitu bermula dari 21 September 2014 hingga 25 September 2014. Bahan sokongan tugasan seperti temu bual, soal selidik serta gambar harus disertakan sebagai bukti. Segala maklumat yang diperolehi mesti didokumentasikan dalam portfolio yang disediakan selepas 2 minggu PBS.

Sepanjang masa berada di sekolah itu, pelbagai pihak termasuk warga SK teluk Menara, Manir Kuala Terengganu telah memberi sokongan dan tunjuk ajar bagi menjayakan tugasan ini dengan sempurna dan menjaga nilai dan etika guru sepanjang berada di kawasan sekolah berkenaan.

1.0 PENDAHULUAN

Bengkel Kemahiran Hidup merupakan satu tempat yang memberi kemudahan pengajaran dan pembelajaran kepada murid dan guru. Murid dapat mempelajari pelbagai kemahiran lain yang boleh digunakan dalam pembelajaran ataupun dalam kehidupan seharian. Konsep pembelajaran dalam kemahiran hidup ialah pembelajaran melalui pengalaman yang memerlukan murid untuk merasai sendiri pengalaman mencuba dan menghasilkan sendiri sesuatu yang bermakna dengan seliaan daripada guru. Terdapat banyak kemahiran yang boleh dipelajari murid berdasarkan silibus pembelajaran seperti menghasilkan kolam ikan hiasan, menghasilkan tanaman hiasan, mereka cipta bentuk dan menghasilkan projek, membuat lakaran bentuk-bentuk asas, membezakan dan mengenal pasti litar eletrik, membaik pulih dan menyenggara alatan dan mengusahaniaga barang dagangan.

Murid perlu diberi pendedahan untuk mempelajari pengetahuan secara teori yang bermanfaat juga mempunyai kualiti yang terbaik selaras dengan kemahiran yang hendak dikuasai. Guru tidak seharusnya menyampaikan pengetahuan mengikut cara tersendiri serta tidak selari dengan aktiviti dan keperluan murid. Subjek Kemahiran Hidup mementingkan pemupukan nilai dan sikap seperti kreatif dalam menghasilkan sesuatu benda, bekerja tanpa menggunakan bahan berlebihan sehingga membazir, berdikari membuat sesuatu sehingga berjaya, inovatif dalam pembinaan sesuatu dan berminat menjalankan kerja-buat-sendiri.

Guru haruslah mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik serta kondusif dengan menggunakan pelbagai kaedah yang sesuai supaya proses penerimaan ilmu yang disampaikan oleh guru-guru lebih mudah diterima oleh murid dan berkesan. Oleh yang demikian, salah satu lokasi penting yang perlu dititik beratkan pengurusannya supaya menjadi sebuah bilik yang sangat efisien lagi kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran ialah bengkel Kemahiran Hidup (KH). Guru-guru yang mengajar subjek Kemahiran Hidup sama ada di sekolah menengah atau rendah haruslah memainkan peranan yang sewajarnya kerana ia amat diperlukan bagi memastikan bengkel KH ini sentiasa sedia untuk digunakan oleh murid secara kondusif dapat direalisasikan.

Saya telah menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang ke-empat pada 21 September 2014 sehingga 25 September 2014 yang lalu di Sekolah Kebangsaan Teluk Menara, Manir Kuala Terengganu yang memerlukan saya membuat kajian terhadap bengkel Kemahiran Hidup di sekolah itu.

2.0 MAKLUMAT SEKOLAH DAN ORGANISASI PANITIA RBT

3.0 KEMUDAHAN BENGKEL/BILIK /MAKMAL RBT

Sekolah tersebut mempunyai sebuah bengkel kemahiran hidup yang agak lengkap dengan kemudahan dan peralatan yang sepatutnya. Selain itu, terdapat stor Kemahiran Hidup yang disediakan oleh pihak sekolah bagi memudahkan guru untuk mengajar subjek ini. Di bahagian belakang bengkel kemahiran hidup tersebut terdapat kolam ikan hiasan yang dibina oleh murid di bawah seliaan guru dan tanaman hiasan yang berunsurkan hidroponik. Kajian yang saya jalankan terhadap bengkel Kemahiran Hidup di sekolah tersebut merangkumi perkara-perkara seperti pengurusan ruang kerja, penyusunan atau penyimpanan alatan, mesin dan bahan serta langkah-langkah keselamatan yang diamalkan.

Bagi pengurusan ruang kerja iaitu susun atur ruang kerja bengkel tersebut ianya dapat diterangkan melalui gambar-gambar berikut berserta keterangannya.

Gambar 1: Bahagian pintu hadapan bengkel Kemahiran Hidup

Gambar 1 menunjukkan bahagian pintu hadapan bengkel kemahiran hidup tersebut di mana ianya lengkap dengan label yang mempunyai tulisan yang jelas dan besar menyatakan tempat tersebut ialah bengkel kemahiran hidup. Seperti yang dapat dilihat dalam gambar, meja dan kerusi guru diletakkan di tempat yang strategik iaitu berdekatan dengan pintu dan berada di hadapan untuk memudahkan guru memantau pergerakan murid di dalam bengkel. Terdapat juga papan tulis di bahagian hadapan bengkel.

Gambar 2: Susun atur meja dan kerusi di dalam bengkel

Gambar 2 menunjukkan susun atur meja dan kerusi di dalam bengkel di mana setiap meja mempunyai ruangan di antaranya bagi memudahkan murid untuk bergerak dan bekerja dengan selesa. Bilangan kerusi juga mencukupi bagi sebuah meja di mana ianya tidak terlalu ramai dan tidak terlalu sedikit. Setiap meja mempunyai sebuah bakul sampah bagi memudahkan murid membuang benda yang tidak digunakan seterusnya dapat menjamin kebersihan bengkel.

Gambar 3: sudut audioGambar 3 menunjukkan susun atur radio, pembesar suara dan televisyen yang diletakkan di dalam sebuah rak di sudut kiri hadapan begkel tersebut. Ianya tersusun dengan rapi di mana ia tidak menganggu kebebasan murid untuk bergerak di dalam bengkel.

Gambar 4: Susun atur jadual bertugas setiap kumpulanGambar 4 menunjukkan sudut jadual bertugasa bagi setiap kali menggunakan makmal RBT yang berada dihadapan kelas sebelah kiri. Bagi penyusunan dan penyimpanan alatan, mesin dan bahan di bengkel tersebut ianya dapat diterangkan melalui gambar-gambar berikut berserta keterangannya.

Gambar 5: sudut projek eletrik dan eletronik murid

Gambar 5 menunjukkan sudut pameran eletronik dan alatan serta fungsi setiap komponen. Ianya boleh dijadikan bahan rujukan untuk murid dan hasil kerja mereka disimpan serta dipaparkan di dalam sebuah rak.

Gambar 6: Sudut Penyusunan dan penyimpanan alatan tangan

Gambar 6 menunjukkan sudut penyusunan dan penyimpanan alatan tangan di dalam rak khas yang lutsinar. Alatan tangan yang kebanyakkannya digunakan dalam penghasilan projek untuk kerja kayu yang tajam disimpan di rak khas bagi memastikan keselamatan murid terjamin dan alatan senang dicapai.

Gambar 7: sudut alatan tangan berserta label

Gambar 7 menunjukkan sudut gambar alatan tangan berserta label dan ditampal di papan kenyataan abahagian belakang makmal bilik RBT . Ia juga untuk memastikan kekemasan bengkel di mana alatan disusun di tempat yang sesuai.

Gambar 8: Penyusunan dan penyimpanan alatan tangan berserta label

Gambar 8 juga menunjukkan penyusunan dan penyimpanan alatan tangan berserta label yang disimpan di rak yang bertutup di bahagian meja alatan. Ianya sangat sesuai kerana dapat memudahkan murid apabila ingin menggunakan alatan yang diperlukan.

Langkah-langkah keselamatan turut diamalkan di bengkel tersebut di mana terdapat beberapa aspek yang jelas dipaparkan. Aspek keselamatn tersebut dapat dilihat melalui gambar dan keterangannya.

Gambar 9: Papan peraturan keselamatan am

Gambar 9 menunjukkan papan peraturan keselamatan am yang dilekatkan di sudut belakang bengkel dan di luar bengkel. Terdapat beberapa peraturan yang disenaraikan untuk kemudahan guru dan murid supaya keselamatan murid semasa menggunakan bengkel terjamin.

Gambar 10: Papan etika pemakaian yang sesuai ketika di dalam bengkel

Gambar 10 menunjukkan papan etika pemakaian yang sesuai ketika di dalam bengkel untuk lelaki dan perempuan. Ianya untuk keselesaan dan keselamatan murid.

Gambar 11: Peti kecemasan yang diletakkan di dalam bengkel

Gambar 11 menunjukkan peti kecemasan yang dilekatkan di sudut kiri bengkel yang lengkap mengandungi bahan-bahan perubatan sekiranya terjadi apa-apa kemalangan di dalam bengkel.

Gambar 12: Tong gas pemadam api

Gambar 12 menunjukkan tong gas pemadam api yang disediakan di dalam bengkel untuk tujuan kecemasan sekiranya terjadi apa-apa kemalangan. Ianya sangat sesuai kerana ianya sangat penting untuk memastikan tindakan dapat diambil dengan segera jika berlaku perkara yang kurang baik.

Gambar 13 : sudut bahan bantu mengajar

Gambar 13 menunjukkan sudut bahan bantu mengajar yang disusun rapi disekeliling makmal RBT untuk memudahkan guru mengajar. Pelbagai bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru dalam proses PdP.

Gambar 14 ; sudut hidupan air

Gambar 14 menunjukkan sebuah akuarium yang didalam mempunyai hidupan air seperti ikan sebagai bahan bantu mengajar kepada guru dan aktiviti murid.

4.0 KELEMAHAN YANG TERDAPAT PADA BENGKEL

Sejujurnya, pada pendapat saya untuk kesekian kalinya, bengkel di sekolah tersebut dikira agak lengkap berbanding bengkel lain. Hal ini kerana saya cuma mempunyai beberapa perkara yang dikira sebagai kelemahan bengkel sekolah tersebut. Yang pertama, bengkel sekolah tersebut agak sempit bagi murid kerana untuk satu seisi pembelajaran kemahiran hidup di mana pada perkiraan kasar terdapat 35 orang murid yang akan menggunakan bengkel tersebut. Pada saya jumlah tersebut agak besar walaupun murid masih kecil dan naif. Ianya akan menyukarkan sedikit pergerakan murid di dalam bengkel tersebut. Yang kedua, penggunaan kapur tulis dan papan kapur agak kurang sesuai kerana, habuk yang dihasilkan oleh kapur tersebut boleh mengotorkan bengkel.

5.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Pada saya cadangan penambahbaikan yang dapat dibuat untuk memastikan bengkel ini lebih efisien dan kondusif ialah yang pertama memperbesarkan ruangan bengkel tersebut. Walaupun bahagian dalam bengkel agak lengkap dengan kemudahan dan alatan dan terdapat stor KH tetapi adalah lebih baik sekiranya bengkel tersebut diperbesarkan agar murid lebih mempunyai kebebasan untuk bergerak.

Kedua, adalah lebih baik sekiranya papan white board digunakan di dalam bengkel supaya kebersihan bengkel dapat dijaga. Ini kerana selaras dengan kemajuan teknologi, papan interaktif turut dapat dipasang di dalam kelas untuk memudahkan pengajaran.

Ketiga, menghias bengkel tersebut dengan hiasan yang dapat menarik minat murid dan agar dapat menjana pemikiran kritis dan kreatif murid. Guru boleh meletakkan satu akuarium yang berisi ikan hiasan sebagai perhiasan namun pada masa yang sama ianya boleh memberikan ilmu dan pengetahuan baru untuk murid.

Akhir sekali, sentiasa pastikan bengkel berada dalam keadaan yang bersih, kemas dan teratur iaitu selepas atau sebelum menggunakan bengkel. Pastikan lantai disapu setiap hari, kerusi disusun di atas meja, meja dibersihkan selepas digunakan dengan mengelakkan daripada meninggalkan benda-benda buangan, tingkap harus dibersihkan daripada habuk, pastikan sinki tidak tersumbat, sampah harus dibuang di dalam tong sampah dan setiap minggu tong sampah perlu dibersihkan.

6.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, bengkel KH di sekolah ini agak lengkap di mana ia akan memudahkan guru untuk melakukan pengajaran dan pembelajaran. Bagi memastikan bengkel Kemahiran Hidup menepati spesifikasi dan mematuhi standard pengurusan yang berkesan, ianya dapat dicapai berdasarkan program 5S. Program 5s ialah( sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal )Secara ringkas bagaimana anda boleh menggunakan konsep ini dalam pengelolaan kekemasan bengkel.

AHLI JAWATANKUASA

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2014

Guru Besar

EN. MAT ZAKI B. EMBONG

PK Pentadbiran

EN. AZEMI B. NGAH

PK HEM

PN. MAZNAH BT. MOHAMAD ZIN

PK Kokurikulum

PN. NORAINI BT. MD RAIS

Guru Bimbingan & Kaunseling

EN. SUPIAN B. MAMAT

Persatuan Ibu Bapa dan Guru

EN. ABD HALIM B. HJ. ALI

CARTA ORGANISASI MAKMAL RBT

GURU BESAR

EN. MAT ZAKI B. EMBONG

KETUA PANITIA

EN. NOOR HISNHAM BIN SALLEH

SETIAUSAHA

PN. ANITA BINTI MUDA

GURU RBT

EN.SUPIAN BIN MAMAT

PK PENTADBIRAN

EN. AZEMI BIN NGAH

15