laporan masakan tradisi warisan bangsa etnik melayu sabah

Upload: thilagess-devarajoo

Post on 10-Jan-2016

25 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

லபொரன் மசகன்

TRANSCRIPT

Laporan Masakan Tradisi Warisan Bangsa Etnik Melayu Sabah

IKAN BILIS MASAK CILI PADI

1. Nama makananNama makanan yang akan kami masak adalah Ikan Bilis Masak Cili Padi sesuai dengan undian yang kami dapat Ikan Bilis adalah salah satu masakan kegemaran Melayu Sabah.

2. Bahan bahan yang diperlukan 1 mangkuk ikan bilis - cuci bersih - toskan - goreng garing1 biji bawang merah besar - dihiris2 ulas bawang putih - dihiris10 biji cili api - dihiris3 sudu kicap manis1s sedikit asam jawa "adabi"1/2 cawan airGaram secukupnya

3. Cara-Cara membuat

1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih shingga wangi.2. Masukkan cili api dan gaul bagi rata.3. Masuk pula kicap cair, asam jawa, air dan garam secukupnya, biar mendidih.4. Masukkan ikan bilis yang telah digoreng, gaul sebati dan biarkan kering sedikit.

Pada 2 September 2015 kami ditugaskan untuk menyediakan masakan set menu Melayu dan Melayu Sabah. Antara hidangan yang disediakan oleh unit saya adalah Tomyam, Ikan BIlis masak Cili Padi , sambal telur burung puyu, Lontong Dan tempoyak.Saya dan kawan saya memasak Ikan bilis masak cili padi. Hidangan ini dinikmati bersama dengan nasi putih. Melihat kepada menu yang disediakan ia memberi sedikit cabaran kepada kumpulan kami kerana kami hanya berdua untuk menyediakan menu ini. Borang perancangan kerja telah disiapkan dengan teliti dan menyusun proses kerja dengan teratur. Sebaik sahaja mendapat tugasan tersebut saya dan kawan saya berasa takut kerana kami tidak pernah memasak masakan sabah melayu sebelum ini. Kami mencari menu masakan dalam buku Menu Masakan Melayu Sabah . Kami juga memilih masakan ikan bilis masak cili padi kerana masakan tersebut senang untuk dibuat. Sebelum sehari kami juga pergi ke kedai untuk membeli bahan yang diperlukan untuk keesokan harinya. Pada malam tersebut kami juga menyediahkan tempat masakan yang diagihkan untuk kami. Kami juga diagihkan tugas daipada ketua unit saya. Bersama unit saya kami menghias tempat memasak kami dengan daun kelapa , ketupat hias, pasu bunga dan sebagainya. Sebahagian daripada kawan kelas saya, membuat Papan selamat Datang. Saya dan Kawan ditugaskan untuk membuat Menu Masakan dan harga masakan. Pada pukul 12.30 malam kami pun balik ke bilik untuk mengambil rehat.

Pada hari tersebut kami bangun pukul 6.00 pagi. Kami mandi dan bersiap sediah untuk ke tempat masakan itu. Kami membawa bahan masakan kami ke tempat memasak. Pada hari tersebut kami juga memakai baju melayu sabah .Kami berasa bangga kerana dapat memakai baju melayu Sabah. Pensyarah dan rakan rakan seunit saya memiji kami kerana kami memakai baju melayu sabah dan menghormati budaya lain. Selepas sampai ke tempat masak itu kami juga menyedihkan bahan masakan kumpulan masing-masing.Pada pukul 8.30 pagi kami berkumpul di hadapan gymnasium. Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan merasmikan pertandingan Masakan Warisan Budaya . Kami juga tidak bersabar-sabar menunggu giliran untuk memasak.Selepas perasmian kami telah menuju ke tempat masak untuk memulakan masakan. Setelah kumpulan pertama memasak tibalah giliran kami untuk memasak.Kami juga menyediahkan bahan masakan di atas meja .

Kami juga memula memasak dengan berasa gembira .Kami juga memasak dengan menggunakan buku cara membuat masakan tersebut.Selepas sahaja menghabiskan memasak kami juga menghidangkan ikan bilis itu di atas daun pisang untuk menghias. Kami juga menghias ikan bilis masak cili padi itu dengan bawang dan tomoto.

Secara keseluruhannya, kami sangat gembira kerana dapat menyediakan hidangan set menu Thailand. Kami juga berpuas hati dengan hidangan yang telah disediakan. Namun, sekiranya diberi kesempatan lagi pastinya kami akan memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan dan menambah baik cara masak kami.