laporan majlis makan malam tahunan prop-c jabatan...

8
LAPORAN MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN PROP-C JABATAN PENGELUARAN DAN OPERASI Tarikh : 20 Mei 2016 Tempat : Dtmi, Uthm Majlis makan malam tahunan PROP-C adalah majlis yang dianjurkan pada setiap tahun atau sesi. Bagi sesi ini, majlis makan malan ini telah dijalankan pada 20 Mei bertemakan ‘Ravel of Superheros Epic Night (ROSEN)’. Persediaan majlis ini mengambil masa sebulan di mana terdapat 10 unit dalam menjayakan majlis ini. Setiap unit mempunyai 2 orang ketua dari tahun 3 dan selebihnya ahli dari tahun 3 dan tahun 2. Majlis ini dilaksanakan oleh pelajar tahun 2 dan 3 jurusan pengeluaran dan operasi, Fakulti Pengurusan Teknologi Pengeluaran dan Operasi. Persiapan bagi majlis ini bermula pada 19 Mei 2016 iaitu pada jam 2 petang dan berakhir pada jam 6.30 petang keesokan harinya.

Upload: others

Post on 27-Oct-2019

13 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

LAPORAN MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN PROP-C

JABATAN PENGELUARAN DAN OPERASI

Tarikh : 20 Mei 2016

Tempat : Dtmi, Uthm

Majlis makan malam tahunan PROP-C adalah majlis yang dianjurkan pada setiap

tahun atau sesi. Bagi sesi ini, majlis makan malan ini telah dijalankan pada 20 Mei

bertemakan ‘Ravel of Superheros Epic Night (ROSEN)’. Persediaan majlis ini mengambil

masa sebulan di mana terdapat 10 unit dalam menjayakan majlis ini. Setiap unit mempunyai

2 orang ketua dari tahun 3 dan selebihnya ahli dari tahun 3 dan tahun 2. Majlis ini

dilaksanakan oleh pelajar tahun 2 dan 3 jurusan pengeluaran dan operasi, Fakulti

Pengurusan Teknologi Pengeluaran dan Operasi. Persiapan bagi majlis ini bermula pada 19

Mei 2016 iaitu pada jam 2 petang dan berakhir pada jam 6.30 petang keesokan harinya.

LAPORAN PROGRAM LAWATAN INDUSTRI KE MODENAS DAN LAWATAN BALAS KE

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

JABATAN PENGELUARAN DAN OPERASI

Tarikh : 22 - 24 November 2016

Tempat : Kedah Dan Perlis

Program merupakan medium untuk mengeratkan hubungan di antara pihak industri dan

universiti dalam membentuk mahasiswa yang berpengetahuan tinggi. Program ini

merupakan program yang sering kali dijalankan oleh Kelab Pengeluaran dan Operasi

(PROP-C). Program ini disertai oleh 44 orang pelajar dan 2 dua orang pensyarah pengiring.

Program ini melibatkan dua buah universiti iaitu Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

(UTHM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM). Kami bertolak dari UTHM pada jam 11 malam

dan tiba di masjid yang terletak di Pulau Pinang untuk solat subuh dan bersihkan diri.

Setelah selesai, kami bergerak ke Padang Besar dan tiba pada jam 9.45 pagi. Kami

dibenarkan untuk membeli belah dan bergerak ke UUM pada jam 2 petang yang mana

mengambil masa 30 minit untuk kami tiba di UUM.

Setelah tiba di UUM, kami telah disambut oleh wakil dari kelab MOTIC UUM iaitu saudara

Haris. Seterusnya kami dibawa masuk ke tempat penginapan pelajar dan pensyarah di

Inasis SME Bank. Program di UUM bermula pada jam 9.00 malam di mana kami bersuai

kenal dengan pelajar-pelajar dari kelab motic UUM dan bersurai pada jam 10.30 malam.

Keesokan harinya, semua peserta dibawa ke Anjung tamu UUM untuk sesi pengenalan

berkenaan UUM. Seterusnya, kami dibawa ke Pusat Pengurusan Teknologi dan Logistik

untuk sesi bersama dekan fakulti atau pusat tersebut. Kemudian, semua peserta juga

melawat perpustakaan UUM, kandang kuda, kandang rusa dan ‘Varsity Mall’ yang terletak di

dalam kampus UUM.

Setelah selesai sesi kami di UUM, semua peserta dan pensyarah pengiring bersiap-siap

untuk bergerak pulang ke UTHM. Kami bergerak pulang dari UUM pada jam 3.30 petang dan

sampai di UTHM pada jam 1.30 pagi.

LAPORAN MINGGU PA PERDANA

JABATAN PENGELUARAN & OPERASI

Tarikh : 26 April 2016

Tempat : Sekitar FPTP

LAPORAN PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT

JALINAN KASIH ANJURAN JABATAN PENGELUARAN & OPERASI

Tarikh : 16 Mei 2016

Tempat : Rumah Orang Tua Sri Kenangan, Johor Bahru

Program khidmat siswa yang telah dirasmikan oleh mantan dekan fakulti, Prof Madya

Dr. David Martin yang berlangsung bermula jam 8 pagi sehingga lewat jam 3 petang

mengumpulkan kekutan tenaga seramai hampir 25 orang bersama irigan 5 orang pensyarah

dari Jabatan Pengurusan Pengeluaran & Operasi bagi sama-sama beramah mesra dan

membantu menjalankan kerja-kerja amal seperti mengecat dan membersihkan halaman

lokasi program tersebut.

LAPORAN PROGRAM FRIENDLY TIES

PELAJAR TAHUN 1 JABATAN PENGURUSAN PENGELUARAN & OPERASI

ANJURAN KELAB PENGELUARAN & OPERASI

Tarikh : 24 September 2016

Tempat : Sekitar fakulti & Library

LAPORAN PROGRAM PROP-C BUSINESS TALK

ANJURAN KELAB PENGELUARAN & OPERASI

JABATAN PENGURUSAN PENGELUARAN & OPERASI

Tarikh : 27 – 29 September 2016

Tempat : Bilik Seminar 1, FPTP

LAPORAN MINGGU PA PERDANA

JABATAN PENGELUARAN & OPERASI KE-II

Tarikh : 13 Disember 2016

Tempat : Bilik seminar 1, FPTP

LAPORAN PROGRAM MAJLIS APRESIASI

MANTAN AJK PROP-C 105/2016

ANJURAN KELAB PENGELUARAN & OPERASI

JABATAN PENGURUSAN PEGELUARAN & OPERASI

Tarikh : 21 Disember 2016

Tempat : Bilik seminar 1, FPTP