kertas kerja prop cheesekut ;)

23
1. PENDAHULUAN Kertas kerja ini dibuat untuk mempromosikan dan menyakinkan bakal pembeli di luar sana mengenai produk kami yang ingin kami pasarkan di pasaran luar sana pada masa yang akan datang.Hal ini kerana ,masyarakat zaman sekarang ini ingin merasai produk yang mempunyai kelainan,unik dan lazat.Bagi mereka yang sukakan kelainan boleh merasai produk kami ini khususnya penggemar Keju. Penggemar Keju khususnya boleh lihat zaman kini kebanyakkan peniaga atau pengusaha lebih menggunakan keju untuk masakan atau makanan seperti lasagna,cheese kek , maccaroni cheese atau sebagainya. Jadi sebab itulah kami ingin memasarkan produk kami berlainan dari yang lain di pasaran. Jadi dengan adanya “MRN Cheseekut” membolehkan pelanggan yang inginkan kelainan,lazat,sihat dan enak dalam biskut boleh mencuba produk yang julung kalinya diperkenalkan di pasaran.Tidak dinafikan kebanyakkan di pasaran terdapat juga produk biskut yang menggunakan keju sebagai bahan utama untuk produk mereka.Sebagai contoh , biskut Lexus menggunakan keju untuk produk mereka. Oleh itu , syarikat kami iaitu“Mareena Holding’s Sdn.Bhd” ingin pasarkan produk ini yang berunsurkan makanan yang sihat untuk semua golongan.Dalam produk kami ini kami menggunakan bahan- bahan yang mudah di dapati di pasaraya masa kini dan tidak 1

Upload: ateen-zulkefli

Post on 17-Nov-2015

734 views

Category:

Documents


38 download

DESCRIPTION

Hanya perkongsian

TRANSCRIPT

1. PENDAHULUAN

Kertas kerja ini dibuat untuk mempromosikan dan menyakinkan bakal pembeli di luar sana mengenai produk kami yang ingin kami pasarkan di pasaran luar sana pada masa yang akan datang.Hal ini kerana ,masyarakat zaman sekarang ini ingin merasai produk yang mempunyai kelainan,unik dan lazat.Bagi mereka yang sukakan kelainan boleh merasai produk kami ini khususnya penggemar Keju.Penggemar Keju khususnya boleh lihat zaman kini kebanyakkan peniaga atau pengusaha lebih menggunakan keju untuk masakan atau makanan seperti lasagna,cheese kek , maccaroni cheese atau sebagainya. Jadi sebab itulah kami ingin memasarkan produk kami berlainan dari yang lain di pasaran.Jadi dengan adanya MRN Cheseekut membolehkan pelanggan yang inginkan kelainan,lazat,sihat dan enak dalam biskut boleh mencuba produk yang julung kalinya diperkenalkan di pasaran.Tidak dinafikan kebanyakkan di pasaran terdapat juga produk biskut yang menggunakan keju sebagai bahan utama untuk produk mereka.Sebagai contoh , biskut Lexus menggunakan keju untuk produk mereka.Oleh itu , syarikat kami iaituMareena Holdings Sdn.Bhd ingin pasarkan produk ini yang berunsurkan makanan yang sihat untuk semua golongan.Dalam produk kami ini kami menggunakan bahan-bahan yang mudah di dapati di pasaraya masa kini dan tidak melibatkan kos yang banyak untuk menghasilkannya.Kami menghasilkan produk cheesekut menggunakan handmade sebagai permulaan perniagaan.Kami menamakan produk kami sebagai MRN CHEESEKUT untuk pelanggan yang inginkan kelainan dari segi citarasa mereka sendiri.Kami menyediakan perkhidmatan secara online dan penghantaran terus ke rumah pelanggan yang menempah produk kami secepat yang mugkin di kawasan terdekat dengan kawasan perniagaan kami sendiri.Kami yakin produk yang kamihasilkan dapat menebusi pasaran masa kini dan dapat meningkatkan lagi mutu produk kami masa akan datang dari semasa ke semasa.2. PENGENALAN Syarikat Mareena Holdings Sdn.Bhd merupakan sebuah syarikat yang mengeluarkan produk berunsurkan makanan.Mareena HoldingsSdn.Bhd merupakan gabungan nama dari ahli-ahli syarikat kami iaitu Nur Qamarina (Mar), Nur Fatin Nabilah (ateen/ee) dan Nur Nabilah (Na).Jadi kami sebulat hati untuk memilih nama tersebut untuk dijadikan sebuah organisasi yang kami namakan Mareena Holdings Sdn.Bhd.Seterusnya,produk yang kami ciptakan ini sangat berlainan dan unik bagi kami kerana di pasaran tidak pernah ada lagi produk sebegini dipasarkan.Justeru itu,kami bertiga sebulat hati dan berminat untuk mengeluarkan produk ini bagi pelanggan yang ingikan kelainan dari produk yang sedia ada dipasaran.Selain itu , produk makanan kami ini berasaskan biskut dan cheese yang diinovasikan menjadi makanan yang lazat khas untuk penggemar keju.Produk kami ini kami namakan sebagai MRN Cheesekut.Produk kami ini mempunyai pelbagai perisa khas untuk mereka yang ingin berlainan perisa mengikut citarasa mereka.Produk yang kami hasilkan sangat berkhasiat , sedap dan lazat sesuai untuk semua golongan.Harga yang kami tawarkan sangat berpatutan untuk produk kami.Hal ini kerana harga yang kami tawarkan merupakan harga standard di pasaran dan mampu beli untuk mereka yang berpendapatan rendah ,sederhana atau tinggi.Syarikat kami merupakan 100% Bumiputera dan dijamin halal serta berkuailiti.Kami menggunakan handmade sepenuhnya sebagai permulaan perniagaan kami.Insha Allah,dengan izin Allah dalam perancangan kami,kami ingin menggunakan teknologi terkini seperti mesin untuk memudahkan lagi kerja kami mengeluarkan produk kami dalam kuantiti yang banyak dan dapat memajukan lagi perniagaan kami pada masa akan datang dan berjaya menembusi pasaran dunia.

3. Matlamat :Syarikat kami bermatlamat ingin memperkenalkan produk kami di pasaran masa kini dengan pesaing yang sihat dan bercadang untuk melebarkan sayap melalui kaedah KIT PERMULAAN bagi individu yang ingin memulakan perniagaan dengan syarikat kami sebagai pengedar produk kami untuk cara kami memulakan perniagaan produk cheesekut kami .Selain itu , memberikan perkhidmatan secara online bagi mereka yang ingin menjadi pengedar produk kami.

4. Visi: Ingin menyediakan produk cheesekut berperisa, halal, dan nilai yang berpatutan.Selain itu kami ingin meluaskan perniagaan secara kiosk bagi jenama (MRN Cheesekut)pada masa akan datang.

5. Misi :Kami ingin memperkenalkan cheesekut kepada masyarakat setempat.Kami ingin mensasarkan pembukaan lebih banyak kiosk perniagaan di cawangan utama seperti Shah Alam ,Gombak , Klang ,Cheras,Puchong.

6. Objektif Syarikat : Membantu mempertingkatkan ekonomi negara Memperkenalkan produk inovasi Cheesekut yang berasaskan biskut dankeju Menawarkan perkhidmatan yang ada memenuhi permintaan pelanggan Menjadi sebuah syarikat yang berkomitmen dalam industri makanan

7. Kelebihan Produk MRN CHEESEKUT :

i. Boleh dijadikan sebagai makanan utama.ii. Mudah di bawa.iii. Mempunyai pelbagai perisa dan jenis.iv. Pembungkusan yang lawa dan sistematik.v. Bahan yang digunakan sangat berkualiti.vi. Harga yang berpatutan.

8. Kelemahan Produk MRN CHEESEKUT

i. Penggunaan yang terhad.ii. Mempunyai tarikh luput.iii. Perlu diletakkan di tempat yang sejuk.iv. Perlu ditutup jika dibuka

9. Latar Belakang Perniagaan :Nama Syarikat Kami Adalah Syarikat Mareena Holdings Sdn.BhdNama Produk : MRN CHEESEKUTNama Ahli Syarikat : Nur Fatin Nabilah Binti Zulkefli(Jawatan : Pengurus Besar Dan Pemasaran)Nur Qamarina Binti Rahim(Jawatan : Pengurus Pengurusan & Kewangan)Nur Nabilah Binti Ngadimon(Jawatan : Pengurus Operasi)Alamat Syarikat :Mareena Holdings Cheesekut Sdn.Bhd bertempat di :No.24,Jalan Keluli AP7/AP Seksyen 7 ,Bukit raja , Business Center Section 7 ,Shah Alam , Selangor, Malaysia.Mareena Holdings Cheesekut Sdn.Bhd bertempat di :No.24,Jalan Keluli AP7/AP Seksyen 7 ,Bukit raja , Business Center Section 7 ,Shah Alam , Selangor, Malaysia.Mareena Holdings Cheesekut Sdn.Bhd bertempat di :No.24,Jalan Keluli AP7/AP Seksyen 7 ,Bukit raja , Business Center Section 7 ,Shah Alam , Selangor, Malaysia.No.24,Jalan Keluli AP7/AP Seksyen 7 ,Bukit raja , Business Center Section 7 ,Shah Alam , Selangor, Malaysia.Laman Web Kami :www.MRNCheesekut.com.my No Telefon Pejabat : 03-60329041E-mail: [email protected] secara online melalui WhatsApp , Instagram , Facebook kami :017-3264172 MareenaCK MareenaCK

10. Langkah langkah yang kami ambil untuk mengetahui kehendak pelanggan sebagai usaha menambahbaik ciri produk ialah :

i. Pemasaran : Pelanggan ingin kelainan produk yang berada di pasaran,perkhidmatan secara online ,perkhidmatan yang cekap dan pantas tetapi enak dan lazat Pelbagai rasa MRN CHEESEKUT ditawarkan kepada pelanggan berkaitan dengan produk kami mengikut cita rasa pelanggan masa kini. Harga yang kami tawarkan kepada pelanggan amat berpatutan , mampu milik kepada mereka yang berpendapatan rendah , sederhana mahupun tinggi. Harga produk kami mengikut saiz pembungkusan yang pelanggan pilih melalui beberapa jenis MRN CHEESEKUT kami mengikut cita rasa mereka. Bagi mereka yang ingin bekas kecil(RM 4) , bekas sederhana (RM 8) dan bekas besar(RM 14). Kami menyampaikan produk kami melalui borang soal selidik,brosur,laman web,media sosial (facebook dan instagram) dan menerusi telefon serta whatsapp. Kos yang kami tetapkan bagi keperluan pemasaran sebanyak RM 700,000 (Tujuh Ratus Ribu Ringgit Malaysia)

ii. Pembelian Mentah :

Produk yang mengadungi bahan mentah yang berkualiti , murah tetapi berkualiti tinggi iaitu tidak terlalu murah atau tidak terlalu mahal perbelanjaannya. Melalui sumber yang halal dan selamat digunakan dalam proses pembuatan MRN CHEESEKUT. Rangkaian produk yang ingin ditawarkan mempunyai 8 jenis produk yang kami keluarkan khas untuk pelanggan baru dan pelanggan tetap. Jumlah stok yang mungkin di jual dalam sehari dalam anggaran 220 jenis produk MRN CHEESEKUT ialah 30 Kisses Cheesekut , 30 Kit Kat Cheesekut , 20 Milo Cheesekut,30 Fruity Cheesekut , 20 Nestum Cheesekut,30 Coklat Cheesekut , 30 Oreo Cheesekut dan 30 Original Cheesekut. Bagi meningkatkan lagi pemasaran MRN CHEESEKUT dengan adanya perancangan yang strategik mengikut cita rasa masyarakat Malaysia masa kini yang inginkan kelainan dalam desert , masakan atau sebagainya.

iii. Promosi : Mengadakan promosi untuk permulaan perniagaan produk kami Melalui brosur dan borang soal selidik mengenai produk kami Melalui laman web rasmi produk kami Melalui media sosial seperti Facebook dan Instagram Melalui talian , sms dan Whatsapp

iv. Penjualan : Menganalisis keperluan pelanggan yang inginkan kelainan pada makanan dengan kekuatan dan keistimewaan yang ada pada produk kami adalah dengan cara mempelbagaikan rasa atau jenis produk kami untuk pelanggan kami berpuas hati pada produk kami. Kekuatan yang ada pada produk kami ialah lazat ,enak dan sihat kerana kami menggunakan bahan yang rendah lemak dan rendah kolestrol serta baik bagi kesihatan pelanggan kami tidak kira umur. Memberi keistimewaan pada mereka yang membeli produk kami dengan setiap pembelian 2 cheesekut kami akan memperoleh percuma 1 Original Cheesekut kami bersaiz kecil untuk hari pertama penjualan kami.

11. Langkah bagi memenuhi kepuasan pelanggan melalui ciri produk :

Enam asas keperluan yang kami titikberatkan dalam produk kami kepada pelanggan :

Keselamatan: Bahan-bahan yang kami gunakan dalam produk kami adalahselamat, sihat untuk dimakan dan rasa yang lazat.Selain itu, pembungkusan juga kami utamakan keselamatan untuk pelanggan kami dengan menggunakan kedap udara yang boleh menempatkan cheesekut kami dari terhindar dan tercemar.

Prestasi : Kamimengutamakan dari segi memberi kepercayaan kami sepenuhnya kepada pelanggan kami dengan kelazatan yang ada dari produk kami yang mempunyai perisa dan rasa yang berbeza serta harga yang berpatutan.

Keselesaan : Kami mengutamakan dari segi keselesaan kepada pelanggan kami dengan menitikberatkan pembungkusan yang lebih selesa dan selamat seperti bekas kedap udara untuk menempatkan produk kami dan beg kertas yang kami sediakan.

Nilai Ekonomi : Produk kami sangat menguntungkan dan jimat untuk pelanggan kami kerana harga yang kami tawarkan mampu milik oleh semuapelanggan yang mempunyai pendapatan dalam sektor swasta atau sektor kerajaan dan semua golongan tidak kira umur ,bangsaatau agama.

Ketahanan : Kami menitikberatkan ketahanan dari segi pembungkusan dan ketahanan produk kami dalam jangka masa seminggu sebelum tariktamat tempoh penggunaan produk kami.

9.

12. Memenuhi Kepuasan Pelanggan Melalui Ciri Produk iaitu :

i) Perkhidmatan Memberi pekhidmatan yang cekap dan terbaik untuk pelanggan. Memberi perkhidmatan secara online menerusi laman web dan media sosial Memberi perkhidmatan penghantaran terus ke rumah selepas pelanggan membuat tempahan produk kami. Memberi perkhidmatan secara talian dan sms Memberi layanan yang baik ketika berurusan dengan pelanggan Menganalisis sebarang aduan dari pelanggan (jika ada) Merekod tindak balas/feedback dari pelanggan mengenai produk kami Mengemaskini maklum balas dari pelanggan Bersedia membantu pelanggan jika ada urusanii) Harga Menawarkan harga yang berpatutan Mengikut standard harga masa kini Mampu milik untuk semua golongan Pelanggan boleh memilih produk mengikut cita rasa mereka Pelanggan boleh memilih mengikut saiz pembungkusan produk Harga yang ditawarkan tidak terlalu murah dan tidak terlalu mahal Harga ditetapkan melalui kualiti dan ketahanan produk kami yang mempunyai kelainan dari produk lain di pasaran

iii) Kualiti Mengandungi bahan mentah yang berkualiti , halal dan selamat Sihat untuk di makan oleh semua golongan kerana menggunakan susu cair rendah lemak Mengandungi buah-buahan sebagai contoh Fruity Cheesekut Pelbagai rasa yang enak untuk dinikmati Mempunyai ketahanan selama seminggu sebelum tarikh tamat penggunaan. Mengemas kini setiap produk pada setiap kali pengeluaran Produk yang digunakan bersih Perkhidmatan secara manual (handmade) untuk pengeluaran pertama produk kami.

iv) Tindakan / Respon Menyediakan Borang Soal Selidik untuk mengkaji kepuasan pelanggan Memberi surat aduan jika ada sebarang aduan dikenakan Memberi jaminan dari setiap aduan (jika ada) Mengkaji semula dari maklumat yang diberi oleh pelanggan Menganalisis masalah yang di hadapi Mencari jalan penyelesaian yang alternatif dan terbaik Merekod maklumat yang diberikan oleh pelanggan.

iiv) Penghargaan Memberi ucapan terima kasih kepada pelanggan yang membeli produk kami Berharap pelanggan memberi maklum balas yang baik tentang produk kami Menghubungi pelanggan berkaitan produk kami melalui whatsapp untuk mereka memberi respon sebarang pentanyaan yang kami ajukan kepada mereka Memberitahu pelanggan jika ada sebarang promosi produk kami Berharap pelanggan tidak serik atau tidak jemu membeli produk kami Berharap pelanggan datang mengunjungi kami untuk melihat produk kami yang terbaru atau sebagainya.

14. Langkah Bagi Mempromosikan Produk Melalui :Kami mengambil jalan untuk mempromosikan produk MRN CHEESEKUT melalui: Brosur Melalui Laman Web Melalui Media Sosial (Facebook & Instagram) Melalui talian & SMS Menyediakan Borang Soal Seldik

15. Langkah Bagi Menjual Produk Melalui :

Melalui Pamplet dan Brosur kepada masyarakat setempat Melalui Laman Web Khas Syarikat Melalui Media Sosial iaitu Facebook Dan Instagram Melalui Whatsapp Melalui SMS dan Talian

16. Senarai Produk MRN CHEESEKUT ( Syarikat Mareena Holding's SDN.BHD)

Di bawah merupakan senarai produk yang kami tawarkan kepada pelanggan :Nama Produk Gambar Rajah Produk

FRUITY CHEESEKUT

Bekas kecil: RM 4.00 Bekas sederhana: RM 8.00 Bekas besar: RM 14.00

COKLAT CHEESEKUT

Bekas kecil: RM 4.00 Bekas sederhana: RM 8.00 Bekas besar: RM 14.00

ORIGINAL CHEESEKUT

Bekas kecil: RM 4.00 Bekas sederhana: RM 8.00 Bekas besar: RM 14.00

NESTUM CHEESEKUT

Bekas kecil: RM 4.00 Bekas sederhana: RM 8.00 Bekas besar: RM 14.00

OREO CHEESEKUT

Bekas kecil: RM 4.00 Bekas sederhana: RM 8.00 Bekas besar: RM 14.00

MILO CHEESEKUT

Bekas kecil: RM 4.00 Bekas sederhana: RM 8.00 Bekas besar: RM 14.00

KITKAT CHEESEKUT

Bekas kecil: RM 4.00 Bekas sederhana: RM 8.00 Bekas besar: RM 14.00

KISSES CHEESEKUT

Bekas kecil: RM 4.00 Bekas sederhana: RM 8.00 Bekas besar: RM 14.00

17. Jenis Pembungkusan Yang Ditawarkan Kepada Pelanggan Di bawah merupakan pembungkusan untuk pelanggan :

Di bawah merupakan pembungkusan untuk pelanggan yang membuat tempahan bagi bagi desert , goodies bag dan sebagainya :

18. Carta Hasil Dari Kajian Soal Selidik

Di bawah merupakan Peratusan Jumlah Pelanggan yang MenyukaiProduk MRN Cheesekut

1

6