laporan sidang c laporan debat modul pengurusan ict

45
LAPORAN DEBAT MODUL PENGURUSAN ICT SIDANG C DPA 1/2010 Dokumen mengandungi laporan debat bagi 7 kumpulan dari Sidang C yang merupakan salah satu program di bawah Modul Pengurusan ICT 18 Jun 2010 Bilik Mutiara 4 & 5, INTAN Bukit Kiara

Upload: plpictimatec

Post on 19-Jun-2015

441 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Sidang C Laporan Debat Modul Pengurusan ICT

LAPORAN DEBAT MODUL PENGURUSAN ICT

SIDANG CDPA 1/2010

Dokumen mengandungi laporan debat bagi 7 kumpulan dari Sidang C yang merupakan salah satu program di bawah Modul Pengurusan ICT

18 Jun 2010

Bilik Mutiara 4 & 5, INTAN Bukit Kiara

Page 2: Laporan Sidang C Laporan Debat Modul Pengurusan ICT

ISI KANDUNGAN

LAPORAN KUMPULAN 1...........................................................................................3

LAPORAN KUMPULAN 2...........................................................................................9

LAPORAN KUMPULAN 3.........................................................................................14

LAPORAN KUMPULAN 4.........................................................................................20

LAPORAN KUMPULAN 5.........................................................................................24

LAPORAN KUMPULAN 6.........................................................................................30

LAPORAN KUMPULAN 7.........................................................................................34

2

Page 3: Laporan Sidang C Laporan Debat Modul Pengurusan ICT

LAPORAN KUMPULAN 1

TAJUK : PENGKOMPUTERAN SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM BOLEH MENGURANGKAN BILANGAN PERSONEL SEKTOR AWAM.

Pencadang : Mohd Fharid Bin Saidu ( K )

Nazzatul Shima Binti Ahmad Sabri

Rosnani Binti Ismail

Zulfazly Bin Mohammad

Zakiah Binti Ahmad @ Ahmaddiah

______________________________________________________________________

KETUA PENCADANG

1. Komputer adalah suatu perkakasan atau peralatan untuk menyimpan data dan melaksanakan fungsi.

2. Penggunaan komputer dalam urusan harian pejabat dapat mengoptimakan potensi personel sektor awam, khususnya dalam penghasilan output secara efektif.

PENCADANG 2

1. Kerajaan telah memperkenalkan Dasar Sains dan Teknologi (S&T) pada bulan April 1986. Pelaksanaan dasar tersebut dilihat sebagai inisiatif Kerajaan bagi membangunkan negara dalam merealisasikan visi Wawasan 2020.

2. Justeru, Kerajaan menggalakkan penjawat sektor awam untuk menggiatkan penggunaan ICT di pejabat, seterusnya mempercepatkan penyampaian perkhidmatan sektor awam secara keseluruhannya.

3

Page 4: Laporan Sidang C Laporan Debat Modul Pengurusan ICT

PENCADANG 3

1. Penggunaan komputer adalah merupakan suatu langkah penjimatan dari segi pengurangan masa dan kos. Komputer membolehkan sesuatu kerja dilaksanakan secara berekonomi dan efisien.

2. Sehubungan itu, Kerajaan telah memperkenalkan inisiatif e-kadaster dan e-tanah. E-kadaster digunakan bagi mempercepatkan hak milik tanah daripada tempoh dua tahun kepada hanya dua bulan sahaja. Manakala, aplikasi e-tanah membolehkan geran tanah dikeluarkan dalam masa sesingkat 1 hari.

3. Malahan, maklumat dalam sesebuah komputer boleh digunakan pada masa yang sama oleh ramai personel, lantas meningkatkan kepantasan dan kecekapan kerja penjawat awam. Seterusnya, ini akan meningkatkan potensi atau keupayaan personel sedia ada tanpa pengambilan personel tambahan. Langkah ini dapat menjimatkan perbelanjaan pihak Kerajaan.

PENCADANG 4

1. Imej sistem penyampaian perkhidmatan awam boleh dipertingkatkan dengan penggunaan komputer di sektor awam. Walau bagaimanapun, ini bukan bertujuan untuk mengurangkan (‘resizing’) personel awam, tetapi bertujuan untuk memaksimakan modal insan di kalangan penjawat awam sedia ada.

2. Dalam waktu pejabat, penjawat awam boleh menghasilkan lebih daripada satu output hanya dengan bantuan sistem pengkomputeran. Malahan, layanan pelanggan akan bertambah cekap, khususnya layanan di kaunter.

3. Sistem pengkomputeran membolehkan 20 hingga 30 orang dilayan berbanding dengan layanan kepada beberapa orang sahaja sekiranya tugas dilaksanakan secara manual. Seterusnya, peningkatan tanpa kecekapan penyampaian penjawat awam akan dapat mengharumkan imej Kerajaan Malaysia.

PENCADANG 5

1. Sistem pengkomputeran dalam perkhidmatan awam akan meningkatkan produktiviti dan konsistensi dalam delivery system khususnya di sektor awam.

4

Page 5: Laporan Sidang C Laporan Debat Modul Pengurusan ICT

2. Delivery system Kerajaan memerlukan perubahan yang mendadak, iaitu penggunaan ICT yang maksimum dalam tugasan harian; selari dengan hasrat PM yang mengutamakan penyampaian perkhidmatan yang mantap berslogankan konsep 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

3. Perkhidmatan ICT mampu memberi konsistensi dalam delivery system kerana komputer tidak melibatkan emosi manusia. Sekaligus, penggunaan komputer akan melahirkan output yang cepat dan berkesan selain daripada mengikut piawaian dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.

4. Pada hakikatnya, birokrasi berlaku kerana proses yang terlibat adalah banyak dan meleret serta melibatkan lebih ramai penjawat awam.

5. Walau bagaimanapun, penggunaan komputer mengurangkan birokrasi kerana output yang dihasilkan oleh komputer hanya memerlukan pengendalian beberapa personel dan penjawat awam lain boleh menumpukan perhatian kepada urusan lain di pejabat.

PENGGULUNGAN OLEH KETUA PENCADANG

1. Dunia sedang berkembang dan permintaan rakyat turut meningkat. Justeru, sektor penyampaian perkhidmatan awam juga perlu meningkat selari dengannya. Tanpa komputer, sektor awam tidak dapat menampung permintaan rakyat yang mendadak.

2. Oleh itu, pengambilan penjawat awam dengan kepakaran ICT iaitu personel skim F perlu ditingkatkan.

3. Dalam sistem perkhidmatan awam, terdapat 284 jawatan dalam SPA, 2 jawatan dalam SPP, 1 jawatan dalam skim polis dan 1 jawatan dalam Majlis Angkatan Tentera. Sekiranya pengambilan personel bagi skim F meningkat, tetapi pengambilan personel bagi semua skim lain berkurang, maka secara keseluruhannya bilangan penjawat awam akan berkurang dan turut mengurangkan belanja lantas menguntungkan pihak Kerajaan.

5

Page 6: Laporan Sidang C Laporan Debat Modul Pengurusan ICT

KUMPULAN PEMBANGKANG

Pembangkang : Faisal bin Mohamed ( K )

Mohd Zulhilmi bin Zulkifly

Siti Asmah bt Yunus

Chua Lian Choo

Zuriana binti Ibrahim

______________________________________________________________________

KETUA PEMBANGKANG

1. Visi Kerajaan adalah untuk meluaskan penggunaan jalur lebar dalam semua perkhidmatan dan ini memerlukan lebih ramai personel untuk merealisasikan visi tersebut.

2. Akibat perkembangan dalam teknologi maklumat menyebabkan kerajaan memerlukan lebih ramai personel untuk menyelenggara dan menggerakkan sistem supaya ia boleh beroperasi.

3. Dasar kerajaan adalah menggalakkan ICT sebagai alat penggiat pembangunan

4. Menyatakan hujah-hujah yang akan dikupas oleh pembangkang seterusnya ialah:

4.1. Kesan perkomputeran dalam perkhidmatan awam4.2. Fungsi penjawat awam dalam perkembangan ICT4.3. sistem ICT tidak menjejaskan kecekapan dalam penyampaian4.4. opreasi perkomputeran adalah bergantung kepada personel

PEMBANGKANG 2

1. Membidas hujah pencadang dengan menyatakan bahawa tujuan kerajaan menukar sistem manual kepada sistem perkomputeran adalah untuk memudahkan rakyat.

2. Walaupun begitu, masih terdapat masalah kekurangan infra jalur lebar. Data Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKM) menyatakan pada tahun 2008 kadar guna jalur lebar di Malaysia adalah hanya 21.1%. Ini menunjukkan tahap kesedaran penggunaan jalur lebar di kalangan rakyat adalah sangat rendah.

6

Page 7: Laporan Sidang C Laporan Debat Modul Pengurusan ICT

3. Kerajaan sentiasa menjalankan dasar-dasar baru selaras dengan keperluan pembagunan Negara. Untuk menggerakkan dasar-dasar ini kerajaan perlu sentiasa menambahkan bilangan personel dalam perkhidmatan awam.

PEMBANGKANG 3

1. Apabila kerajaan ingin merealisasikan kerajaan elektronik dengan menggunakan ruang ICT dalam meningkatkan kecekapan pengurusan dan penyampaian perkhidmatan awam yang berkualiti maka dari situ wujudlah pengembangan sistem di setiap kementerian, jabatan dan agensi kerajaan.

2. Pengembangan sistem akan menyebabkan peningkatan bilangan penjawatan dalam sektor awamuntuk menampung permintaan yang merangkumi aktiviti pemantauan dan penyelenggaraan pengkomputeran sistem penyampaian perkhidmatan.

3. Memberikan contoh di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia terpaksa mewujudkan satu unit khas untuk memantau dan melaksanakan maklumat pengurusan sumber manusia atau sinonim dengan HRMIS.

PEMBANGKANG 4

1. Walaupun terdapat peningkatan dalam penggunaan ICT tetapi proses kerja dalam perkhidmatan awam adalah sama. Terdapat sesetengah proses masih menggunakan kaedah manual.

2. Khidmat personel masih diperlukan kerana setiap penjawat awam mempunyai tugas dan fungsi yang berbeza di setiap jabatan masing-masing. Sebagai contoh dalam sesuatu proses pengeluaran wang, terdapat berlainan pegawai dalam proses penyediaan dan sehingga ke pengesahan.

3. Ini adalah bagi tujuan mengelakkan penyelewengan dan melancarkan pemantauan.

4. Walaupun perkembangan ICT telah berlaku dalam perkhidmatan awam tetapi kerajaan masih mengekalkan kakitangan yang sama.

5. Tidak semua jabatan diberi akses dan penggunaan computer.

7

Page 8: Laporan Sidang C Laporan Debat Modul Pengurusan ICT

PEMBANGKANG 5

1. System perkomputeran perlu dibantu oleh manusia untuk menyelenggaran dan menjalankan operasi. Malah system itu sendiri dibangunkan oleh manusia.

2. Sistem tidak sempurna kerana ia hanya alat ciptaan manusia dan memerlukan pemantauan dan penambahbaikkan untuk beroperasi dengan lebih baik. Dan pemantauan ini hanya dilakukan oleh manusia. Jadi sejumlah personel diperlukan dalam perkara ini terutama pegawai teknologi maklumat.

3. Semakin berkembangnya system, semakin besar skala pemantauan dan semakin ramai jumlah personel diperlukan. Oleh itu system computer dan system perkhidmatan awam perlulah saling lengkap melengkapi.

PENGGULUNGAN OLEH KETUA PEMBANGKANG

1. Menyatakan kesan penggunaan computer dalam perkhidmatan awam adalah mudah, murah dan cepat.

2. Komputer membantu dalam meingkatkan kecekapan dan penggunaanya perlu dikembangkan kerana aplikasi elektronik yang ditetapkan oleh kerajaan adalah tidak terbatas. Dan ini memerlukan peningkatan dalam jumlah personel.

8

Page 9: Laporan Sidang C Laporan Debat Modul Pengurusan ICT

LAPORAN KUMPULAN 2

TAJUK DEBAT : JARINGAN SOSIAL PATUT DIGALAKKAN SEBAGAI MEDIUM PERHUBUNGAN DI KALANGAN PERSONEL PERKHIDMATAN AWAM

Pencadang : Azzimi bin Saidin ( K )

Nadiah Harlina binti Harun

Mohd Syazwan bin Abdul Aziz

Radiah binti Muhamed @ Muhamad

Carolina Anak Ningo

______________________________________________________________________

KETUA PENCADANG

1. Ketua pencadang menghurai isu berkenaan kepantasan maklumat yang disampaikan melalui jaringan sosial dan seterusnya kewajaran terhadap pihak kerajaan untuk menggalakkan penggunaan laman sosial seperti Facebook, twitter, friendster, blog dan berbagai lagi.

2. KSN turut menyarankan sektor awam menyediakan kemudahan rangkain emel dan blog sebagai satu medium untuk mendapatkan maklumat. Memberi maklumat kepada Dato’ Idris Jala.

3. YAB Perdana Menteri Malaysia turut menggunakan rangkaian sosial apabila beliau menggunakan Facebook 1 Malaysia dan juga laman blog peribadi beliau yang merupakan ruang untuk rakyat berada lebih dekat dengan kepimpinan Perdana Menteri Malaysia untuk mendapatkan maklumat.

4. Sehubungan itu, daripada sudut ini, boleh dilihat dua pemimpin tertinggi Negara sendiri menggunakan jaringan sosial sebagai salah satu kaedadan juga satu wacana untuk meningkatkan mutu perkhidmatan awam.

PENCADANG 2

1. Pencadang mencadangkan bahawa dengan jaringan sosial bagi mereka yang mempunyai akaun tersebut, maklumat terkini dapat disampaikan.

2. Ini sekaligus dapat memberi peluang sektor pekerja perkhidmatan awam untuk berinteraksi dengaan rakyat. Jika dilihat, di pejabat kita tidak mempunyai peluang

9

Page 10: Laporan Sidang C Laporan Debat Modul Pengurusan ICT

untuk berinteraksi dengan rakyat dengan lebih dekat sekaligus melebarkan jurang komunikasi antara rakyat dan perkhidmatan awam.

3. Maklumat asas dan dasar kerajaan boleh disampaikan dengan maya dengan melakukan penambahbaikan dan jaringan sosial adalah amat perlu sebagai medium perhubungan di mana jaringan yang pantas selain medium perkhidmatan yang berkesan.

PENCADANG 3

1. Selaku penjawat awam boleh dapat perkembangan terkini dengan pendekatan setempat antara rakyat dan penjawat awa,. Selain menjadikan jaringan social sebagai bouncing idea di kalangan rakan dan tidak semestinya sesama kareer dan mungkin pelbagai rakan dikalangan seluruh dunia dan perkemabagan yang pantas.

2. Dengan menggunakan perkembangan sedemikian, idea dan pejanaan inovasi dan kreativiti di kalangan penjawat awam dapat ditingkatkan dsan sekaligus mutu perkhidmatan awam menjadi wadah kecemerlangan yang baik.

PENCADANG 4

1. Pencadang 3 menyatakan berkenaan prinsip integriti di kalangan penjawat awam yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang. Penggunaan jaringan sosial banyak memberi faedah dan antaranya adalah berkenaan networking. Networking digunakan sebagai perhubungan terbaik dari segi perkongsian ilmu secara maya di kalangan penjawat awam.

2. Dengan menggunakan forum, yang terdapat di laman web sosial dan jaringan sosial terutama di kalangan rakan rakan ataupun counterpart di luar negara.

3. Medium perhubungan sebagai networking memberi faedah dan ini bukan bagi menyampaikan maklumat yang salah.

4. Negara maju menggunakan ICT untuk memajukan negara dan ia sebagai sebagai batu loncatan di kalangan penjawat awam dan amat rugi jika tidak digunakan sepenuhnya.

PENCADANG 5

1. Penghantaran nota kuliah dan pelbagai maklumat penting secara maya dan jaringan sosial menjadi satu kemudahan dan medium terbaik bagi penjawat awam.

10

Page 11: Laporan Sidang C Laporan Debat Modul Pengurusan ICT

2. Perkongsian ilmu ini amat baik dan seterusnya meningkatkan jaringan ilmu elaras dengan hasrat Ketua Setiausaha Negara, penggunaan maklumat social tidak boleh sekali kali dikatakan sebagai satu bentuk kelemahan bahkan boleh diambil sebagai kekuatan selaras dengan perkembangan teknologi terkini.

PENGGULUNGAN OLEH KETUA PENCADANG

1. Internet merupakan satu rangkaian jaringan sosial yang digunakan sebagai ARPA net sejak tahun 1970 an lagi. Dan sekiranya tiada perkembangan sebegini sudah tentu teknologi kita tidak akan berkembang dengan baik.

2. Ketua pencadang turut mempersoalkan dengan menyekat kemudahan untuk mengakses facebook atau laman web sosial pada waktu bekerja dan dengan hal demikian, integriti boleh dijamin.

3. Tatacara penggunaan emel dan Internet merupakan salah satu tindakan pencegahan kognitif yang diambil oleh pihak kerajaan. Bahkan sekiranya penggunaanya tepat maka penggunaan jaringan sosial mencapai wadah keperluanya.

11

Page 12: Laporan Sidang C Laporan Debat Modul Pengurusan ICT

KUMPULAN PEMBANGKANG

Pembangkang : Mohammad Akhir bin Abdul Rahman ( K )

Nor Fadilah binti Mohamed Nisar

Radzif bn Rosli

Sharmini Devi a/p Gopal

Suriani binti Salihan

______________________________________________________________________

KETUA PEMBANGKANG

1. Ketua Pembangkang menghuraikan bahawa emel bukan satu contoh jaringan sosialdan memberikan contoh bahawa jaringan sosial adalah seperti facebook, twitter, blog dan sebagainya.

2. Ketua Pembangkang menyatakan bahawa jaringan sosial boleh menjatuhkan maruah negara, individu dan jabatan. Contohnya dengan penyebaran gambar, maklumat peribadi, memberi ruang seperti ugutan dan jenayah.

PEMBANGKANG 2

1. Berdasarkan kepada Pekeliling MAMPU, adalah dinyatakan dengan jelas melarang penggunaan internet untuk kegunaan peribadi, penyebaran maklumat yang berunsur fitnah dan tidak betul.

2. Pembangkang 1 memberikan contoh penggunaan jaringan sosial untuk mengutuk dan mencerca pihak Kerajaan atau mana-mana individu secara peribadi.

PEMBANGKANG 3

1. Pembangkang ke 2 menegaskan sekali lagi bahawa emel bukan sati jaringan sosial. Pembangkang 2 juga menegaskan bahawa benda yang mudah dan murah selalunya kurang berkualiti. Begitu juga dengan tahap keselamatan yang kurang akan membuka ruang untuk aktiviti penyuluhan. Contohnya apabila pengguna jaringan sosial lalai, mengambil ringan akan aspek keselamatan.

12

Page 13: Laporan Sidang C Laporan Debat Modul Pengurusan ICT

2. Kelalaian ini akan mendatangkan bahaya kepada individu dan keluarga kerana kita tidak dapat mengenalpasti kawan dan lawan di laman maya.

3. Penyamaran akan dilakukan apabila banyak peluang untuk jenayah dan anasir luar.

PEMBANGKANG 4

1. Jaringan sosial secara meluas akan melahirkan generasi yang malas kerana semuanya dilakukan secara maya dan tidak melakukan pergerakkan. Pencadang 3 menghuraikan bahawa selain menggunakan laman maya, terdapat banyak kaedah atau medium lain yang boleh dilakukan.

2. Pembangkang 3 menyatakan bahawa medium yang paling efektif adalah dengan mengadakan perjumpaan secara bersemuka seperti melalui persatuan-persatuan atau kelab-kelab untuk mengetengahkan idea.

PEMBANGKANG 5

1. Menegaskan bahawa penjawat awam tidak digalakkan untuk menggunakan jaringan sosial semasa waktu kerja. Ini kerana dengan akan melalaikan penjawat awam semasa menjalankan tugas.

2. Pembangkang 4 memberikan contoh bahawa pihak INTAN menyekat kemasukkan ke laman jaringan sosial semasa waktu bekerja kerana tidak mahu penjawat awam leka dan lupa akan kepentingan menyelesaikan masalah rakyat.

PENGGULUNGAN OLEH KETUA PEMBANGKANG

1. Tiada mana-mana negara di dunia yang menghalang penggunaan jaringan sosial. Walau bagaimanapun, aspek-aspek seperti kawalan yang ketat perlulah dipatuhi untuk mengelakkan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah.

2. Ketua pembangkang sekali lagi menegaskan bahawa selain jaringan sosial ada banyak lagi medium lain yang boleh digunakan sebagai medium perhubungan di kalangan personel perkhidmatan awam.

13

Page 14: Laporan Sidang C Laporan Debat Modul Pengurusan ICT

LAPORAN KUMPULAN 3

TAJUK : “PAPERLESS CULTURE” DAPAT MENJIMATKAN PERBELANJAAN KERAJAAN

Pencadang : Izwani Nazia Zainudin ( K )

Mohamad Fadzli Jaafar

Nurhidayah Selamat

Muhd. Shahrilfaizail Abdul Hamid

Azwani Akbar

______________________________________________________________________

KETUA PENCADANG

1. “Paperless” bermaksud budaya yang tidak perlukan kertas kerana penggunaan komputer dan lain-lain media elektronik digunakan untuk tujuan merekod, berkomunikasi dan menyampaikan maklumat.

2. Konsep “paperless” menggalakkan amalan perbelanjaan berhemah selaras dengan seruan Y.A.B. Perdana Menteri.

3. Barisan pencadang akan membahaskan isu-isu berkaitan penjimatan dari segi perbelanjaan perolehan, penjimatan perbelanjaan pelupusan, penjimatan dari segi guna runag kerja pejabat, penjimatan masa dan guna tenaga dan penjimatan masa penyampaian maklumat.

PENCADANG 2

1. Ada kerja-kerja yang memang perlu dilakukan secara manual, tetapi yang selebihnya boleh diuruskan secara elektronik.

2. Mengamalkan konsep “paperless” menjimatkan perbelanjaan untuk membeli alat-alat tulis, kabinet dan rak-rak bagi penyimpanan rekod dan dokumen.

3. Maka, penggunaan media elektrik seperti emel harus digalakkan.

4. Konsep paperless akan menjimatkan masa dan kos.

14

Page 15: Laporan Sidang C Laporan Debat Modul Pengurusan ICT

5. Kementerian memperuntukan 20% daripada jumlah peruntukan tahunan untuk membeli peralatan pejabat.

PENCADANG 3

1. Langkah-langkah ke arah penjimatan perbelanjaan pelupusan harus dimulakan dari sekarang.

2. Cara kerja secara manual/tradisional memakan masa yang panjang dan kurang efektif.

3. Kerajaan membelanjakan perbelanjaan yang tinggi bagi tujuan pelupusan, jika konsep paperless digunapakai maka peruntukan ini boler digunakan untuk tujuan lain yang lebih penting.

PENCADANG 4

1. Penggunaan Konsep Paperless masih diperingkat permulaan.

2. Amalan ini akan dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan antara jabatan, antara agensi dan antara Kementerian.

3. Konsep Paperless menjimatkan ruang kerja di pejabat. Ini kerana pada masa kini antara 15%-40% ruang pejabat digunakan untuk tempatkan rak-rak, cabinet dan tempat menyimpan dokumen dan rekod.

4. Adalah lebih baik jika ruangan ini digunakan untuk tujuan lain seperti tempat beristirehat atau perhiasan bunga-bunga dan tumbuhan hijau.

PENCADANG 5

1. Perubahan/transformasi kepada gaya kerja paperless perlu bermula sekarang.2. Perubahan ini melalui pembangunan yang mampan dan menitikberatkan aspek

alam sekitar.

3. Kecekapan tenaga kerja ditingkatkan dengan menggunakan mod aplikasi elektronik bagi penghantaran dokumen seperti internet, video, tele-conference.

4. Selaras dengan hasrat kerajaan dan persepsi rakyat, Malaysia perlukan teknologi terkini standing dengan Negara-negara maju.

15

Page 16: Laporan Sidang C Laporan Debat Modul Pengurusan ICT

PENGGULUNGAN OLEH KETUA PENCADANG

1. Menegaskan budaya Paperless mampu menjimatkan perbelanjaan dan meningkatkan kecekapan.

2. Penggunaan kertas telah mengakinatkan kemusnahan hutan yang berleluasa dan mengganggu ekosistem.

3. Di atas keprihatinan ini, Kerajaan telah menyediakan perkhidmatan elektronik seperti e-government dan memantapkan sistem telekomunikasi selaras dengan RMke-10 Idea 9 yakni pemuliharaan alam sekitar.

16

Page 17: Laporan Sidang C Laporan Debat Modul Pengurusan ICT

KUMPULAN PEMBANGKANG

Pembangkang : Aji Anak Kasa (K)Noor Raihan binti BakerMohd Nor Arshad bin Kamaruzzaman Sahreen binti AliasSiti Nurain binti Ramly

KETUA PEMBANGKANG

1. Paperless culture tidak dapat menjimatkan penggunaan kertas.

2. Prosedur pengurusan yang menggunakan kertas masih tidak berubah.

3. Urusan perolehan, sebutharga, tender masih diperlukan untuk mengemukakan borang hardcopy yang tebal.

4. Dokumentasi ISO juga memerlukan pencetakan yang banyak hingga perlu bilik khas untuk menyimpan dokumen ISO tersebut.

PEMBANGKANG 2

1. Kurang setuju pendapat bahawa paperless culture dapat mengurangkan perbelanjaan Kerajaan.

2. Persekitaran pejabat masa kini masih ada dokumen rahsia yang masih perlu dicetak walaupun telah diemel. Ianya adalah untuk keselamatan data daripada virus dan dicetak untuk tujuan dibawa ke mesyuarat.

3. Keselamatan dokumen tidak boleh dikompromi.

4. Telah megutarakan persoalan apakah yang akan berlaku sekiranya keselamatan dokumen rasmi dan kerahsiaan Kerajaan jika di landa virus dan tiada salinan hardcopy?

PEMBANGKANG 3

1. Interaksi komunikasi Kerajaan dengan agensi luar/masyarakat luar/kontraktor SME masih memerlukan bahan cetakan. Kebanyakan mereka daripada golongan luar bandar yang masih tidak menggunakan teknologi sepenuhnya.

17

Page 18: Laporan Sidang C Laporan Debat Modul Pengurusan ICT

2. Penggunaan komputer/kemudahan sebegini akan mendatangkan masalah.

3. Banyak urusan masih memerlukan kertas seperti urusan pinjaman dan urusan bayaran balik pinjaman.

PEMBANGKANG 4

1. Paperless culture akan melibatkan penggunaan komputer dan laptop.

2. Apabila melibatkan penggunaan komputer di Kerajaan maka ia akan memerlukan kuantiti yang banyak dan kos perolehan komputer yang tinggi termasuk untuk tujuan baikpulih, pembelian software. Ini tidak akan menjimatkan perbelanjaan Kerajaan.

PEMBANGKANG 5

1. Kurang setuju tentang penjimatan masa kerana kita masih akan menggunakan masa untuk memberi latihan ICT kepada pelbagai golongan masyarakat.

2. GOE-EGDMS merupakan sebuah sistem pengurusan dokumen elektronik MAMPU yang membolehkan kerja dalaman agensi dijalankan tanpa kertas sejak 2006 dan telah berbelanja berbillion ringgit bagi tujuan pembangunan system tersebut. Sejauh manakah sistem ini akan digunakan sepenuhnya setelah dilaksanakan masih tidak dapat dikenalpasti.

PENGGULUNGAN OLEH KETUA PEMBANGKANG

1. Tidak bersetuju akan tajuk pada hari ini.

2. Pihak pembangkang telah membentangkan beberapa hujah utama:

Prosedur masih di takuk lama

Keselamatan dataMasih perlu cetakan kertas

Interaksi masih di mod lamaBudaya yang tidak berubah

Penyelenggaraan

18

Page 19: Laporan Sidang C Laporan Debat Modul Pengurusan ICT

Penyelenggaraan, perolehan komputer yang meningkat

Kos dan latihanDi bawah RMK-9, sebanyak RM188 juta telah peruntukan oleh Kementerian Pelajaran untuk tujuan latihan ICT.

3. Paperless culture tidak membawa apa-apa selain selain meningkatkan perbelanjaan Kerajaan.

4. Jika berjaya, maka SPNB bolehlah ditutup sahaja kerana akan menggunakan paperless culture.

19

Page 20: Laporan Sidang C Laporan Debat Modul Pengurusan ICT

LAPORAN KUMPULAN 4

TAJUK : APLIKASI MULTIMEDIA MSC MENGUNTUNGKAN HANYA MENGUNTUNGKAN MASYARAKAT DI BANDAR

Pencadang : Affi Syafizal bin Sharif (K)Farah Naquiyah binti Abdul AzizMohd Ikmal Hisyam bin FueadNur Fadhilah binti IdrisAidil Hasinah binti Abu Bakar

______________________________________________________________________

KETUA PENCADANG

1. Definisi – MSC adalah suatu kemudahan ke arah kecanggihan yang telah dibangunkan di kawasan KLCC ke KLIA dan Putrajaya dan Cyberjaya.

2. Aplikasi dibangunkan hanya untuk masyarakat di bandar.

PENCADANG 2

1. Maklumat MSC hanya diwar-warkan kepada masyarakat di bandar sahaja.

2. Hanya masyarakat di bandar sahaja yang merebut peluang ini.

3. Masyarakat di luar bandar tidak memahami konsep MSC itu sendiri.

PENCADANG 3

1. RMK 9 telah menggalakkan kempen” 1 Rumah 1 Komputer” tetapi masyarakat di luar bandar masih tidah menyokong saranan kerajaan ini.

2. Kerajaan perlu memulakan aplikasi ini di bandar dahulu untuk memastikan pelaksanaannya adalah secara berpusat.

3. Tarikan pelabur juga kebanyakannya hanya bertumpu di kawasan bandar bukannya luar bandar.

20

Page 21: Laporan Sidang C Laporan Debat Modul Pengurusan ICT

PENCADANG 4

1. RMK 9 juga telah menyatakan bahawa Kerajaan menyediakan dana khas bagi membangunkan perisian dan e-Solution untuk rakyat. Walau bagaimanapun tidak mendapat sokongan daripada masyarakat luar bandar kerana tiada sokongan daripada mereka.

2. Skop kerja masyarakat di luar bandar tidak menggunakan applikasi MSC kerana mereka tidak minat untuk terlibat dengan MSC.

PENCADANG 5

1. Aplikasi tele-kesihatan di dalam MSC adalah berfaedah untuk masyarakat di bandar kerana mereka amat sibuk dan tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk ke hospital dan klinik. Proses perubatan dapat dijalankan dengan lebih selesa dan memudahkan pengguna di bandar. Manakala masyarakat di luar bandar pula lebih sesuai untuk mengunjungi Klinik 1 Malaysia.

2. Lebih sesuai untuk bekerjasama dengan pihak luar kerana mereka lebih cenderung untuk berurusan dengan masyarakat di bandar.

PENGGULUNGAN OLEH KETUA PENCADANG

1. Pelaksanaan School Lab di luar bandar tidak dapat dilaksanakan kerana internet tidak dapat diakses di luar bandar.

2. Pelabur-pelabur tidak akan berkunjung ke kawasan luar bandar untuk tujuan perniagaan dan sebagainya.

3. Masyarakat di luar bandar masih di takuk yang lama di mana mentaliti bahawa MSC tidak memberi kepentingan kepada mereka menyebabkan ia tidak memberi faedah kepada mereka.

21

Page 22: Laporan Sidang C Laporan Debat Modul Pengurusan ICT

KUMPULAN PEMBANGKANG

Pembangkang : Hanizam bin Darham (K)Jeevadarshini PilayanthranMuhamad Faiz bin Haji Basirun Salbiah binti IdrisSiti Hajar binti Sulaiman

______________________________________________________________________

KETUA PEMBANGKANG

1. Semua rakyat di Malaysia berhak menikmati hasil kemajuan Negara sejajar dengan konsep 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Aplikasi MSC patut diperluaskan ke kawasan luar Bandar.

PEMBANGKANG 2

1. Visi Wawasan 2020 untuk menjadikan masyarakat berilmu pengetahuan melalui pendidikan turut melibatkan masyarakat di luar Bandar. RMKe-9 memperuntukkan sebanyak RM15j untuk pembangunan projek ICT bagi mencapai objektif celik ICT menjelang tahun 2020. Suruhanjaya Keselamatan Multimedia (SKM) memperuntukkan RM45j bagi projek ‘school net’ iaitu jaringan internet bagi kegunaan sekolah dan perpustakaan di luar bandar. Program oleh GLC turut dianjurkan di mana pihak tersebut mendermakan komputer dan perkakasan ICT terpakai kepada sekolah luar bandar.

PEMBANGKANG 3

1. NKRA Kelima menggariskan aspek kemudahan asas di luar bandar dan masa kini kemudahan capaian ICT dikategorikan sebagai salah satu daripada kemudahan asas.

PEMBANGKANG 4

1. Aplikasi MSC meskipun dilihat tidak begitu penting kepada penduduk luar bandar pada masa sekarang namun harus diingat bahawa aplikasi ini akan menjadi sangat penting kepada mereka pada masa akan datang. Sebagai contoh dalam

22

Page 23: Laporan Sidang C Laporan Debat Modul Pengurusan ICT

bidang keusahawanan di mana usahawan dari luar bandar boleh mempromosikan produk mereka melalui internet.

PEMBANGKANG 5

1. Kemudahan aplikasi telekesihatan juga sebenarnya amat penting kepada masyarakat luar bandar kerana dalam situasi tertentu pegawai perubatan yang berkhidmat di luar bandar perlu berinteraksi dengan pakar perubatan yang ada jauh di bandar untuk merujuk perkara-perkara yang berkaitan keadaan seseorang pesakit dari luar bandar. Perkara ini tidak mustahil dilakukan dengana danya kemudahan aplikasi telekesihatan.

PENGGULUNGAN OLEH KETUA PEMBANGKANG

1. Aplikasi tidak bermaksud struktur fizikal sahaja tetapisebaliknya adalah faedah yang dapat diterima oleh para pengguna termasuklah penduduk di luar bandar. Meskipun kawasan MSC tidak merangkumi kesemua tempat di Malaysia tetapi, kemudahan yang dijana hasil daripada aplikasi MSC dapat dinikmati oleh semua penduduk di Malaysia di mana saja mereka berada tidak kira di Bandar mahupun di luar Bandar.

23

Page 24: Laporan Sidang C Laporan Debat Modul Pengurusan ICT

LAPORAN KUMPULAN 5

TAJUK : PENGGUNAAN ICT MEMBUKA RUANG ANCAMAN KESELAMATAN DAN KERAHSIAAN KERAJAAN

Pencadang : Farah Wahida binti Mohd Noor (K)Imran bin YussofNur Khairunnisa binti AbdullahMuhammad Hilfi bin AB.LatifAzila binti Azilan @ Rohani

______________________________________________________________________

KETUA PENCADANG

1. Penakrifan keselamatan yang mana merujuk kepada bebas dari risiko yang tidak boleh diterima.

2. Penakrifan ancaman maklumat siber yang mana merujuk kepada satu serangan maya terhadap komunikasi yang terdapat di dalam sesebuah organisasi.

3. Penggunaan ICT membuka ruang kepada pencerobohan politik dan pentadbiran negara.

4. Penggunaan ICT sememangnya digalakkan dalam sesebuah jentera pentadbiran organisasi kerana ianya sangat berguna dalam membantu memudahkan urusan harian.

5. Jika ICT tidak diuruskan dengan baik ianya akan menyebabkan mudah diceroboh oleh orang yang tidak sepatutnya.

6. Ini terjadi di luar negara yang mana sebuah organisasi telah diceroboh oleh orang yang tidak sepatutnya.

PENCADANG 2

1. Mengulas mengenai ‘hacker’ atau penggodam.

2. ‘Hacker’ atau penggodam bermaksud seseorang yang menceroboh sistem

komputer orang lain tanpa kebenaran.

3. Penggodam merupakan satu masalah dan juga pemusnah dalam keselamatan

ICT.

24

Page 25: Laporan Sidang C Laporan Debat Modul Pengurusan ICT

4. Seperti diketahui umum keselamatan merupakan benteng sesebuah negara.

5. Tanpa keselamatan ICT yang kukuh dalam sesebuah organisasi ianya mampu

diceroboh oleh orang yang mana berkehendakkan maklumat yang terdapat dalam

sesebuah organisasi.

6. Jadi sesebuah organisasi hendaklah mempunyai sistem keselamatan ICT yang

cukup baik dalam mengelak penggodaman berlaku.

PENCADANG 3

1. Pada masa kini peningkatan terhadap kes pencerobohan memang nyata dan ianya mampu menggugat keselamatan sesebuah organisasi mahupun negara.

2. Pada Jun – November 2001 telah berlaku satu serangan dalam dunia ICT iaitu Kod Cacing Merah.

3. Serangan ini juga menyerang banyak komputer di Malaysia.

PENCADANG 4

1. Mengulas mengenai integriti dalam penggunaan ICT.

2. Jika seseorang pegawai itu tidak mempunyai integriti yang tinggi, pencerobohan dan pencurian data boleh berlaku contohnya maklumat mengenai sebut harga dan tender.

3. Disamping itu juga, penggunaan ICT yang tidak mengikut etika yang betul akan menyebabkan pencerobohan data berlaku.

PENCADANG 5

1. Integriti penjawat awam penting untuk mengelakkan pencerobohan.

2. Keselamatan dalam penghantaran dokumen secara email amat penting kerana jika tidak dititikberatkan ianya akan mudah diceroboh oleh orang lain.

25

Page 26: Laporan Sidang C Laporan Debat Modul Pengurusan ICT

PENGGULUNGAN OLEH KETUA PENCADANG

1. Ancaman keselamatan ICT kini bukanlah satu mitos dan konsep lagi tetapi ianya benar-benar berlaku.

2. Ancaman keselamatan ICT boleh menjejaskan keselamatan negara.3. Penggunaan ICT perlu dan tidak dihalang tetapi ianya perlu mengikut prosedur

dan tatacara penggunaan yang betul.

4. Kod Cacing Merah boleh dielak jika mempunyai sistem yang terbaik.

5. Jika sistem tidak baik, ianya akan membuka ruang kepada orang luar untuk menceroboh.

26

Page 27: Laporan Sidang C Laporan Debat Modul Pengurusan ICT

KUMPULAN PEMBANGKANG

Pembangkang : Ahmad Munir bin Mohd Nasir (K)Noor Lily bin Muhamad ZaidelMohd Noor Zaky bin Mohd NasirPriscilla Mavis AnyiSiti Hawa binti Hamzah

KETUA PEMBANGKANG

1. Beliau telah membahagikan hujah-hujah pihak pembangkang kepada empat skop utama iaitu; agensi badan bertindak yang bertanggungjawab meregulasikan ICT negara, peranan dan kebaikkan ICT yang menyokong operasi kerajaan khususnya sistem keselamatan dan kerahsiaan kerajaan, dasar dan peraturan yang digubal berkaitan dengan tindakan komperensif dan proaktif dalam menangani dan menambahbaik pembangunan ICT negara (berkaitan dengan isu keselamatan dan kerahsiaan kerajaan), Isu-isu semasa dan fakta yang menyokong peranan dan fungsi ICT kepada kerajaan dan negara amnya.

2. Seterusnya beliau menyatakan bahawa skop-skop ini akan dihuraikan dengan lebih lanjut oleh barisan rakan-rakan pembangkang yang lain dalam membuka mata dan minda barisan pembangkang betapa ICT memberi banyak kebaikkan kepada keselamatan dan menjaga kerahsiaan negara.

PEMBANGKANG 2

1. Beliau menekankan Fungsi utama penggunaan ICT iaitu;

i. Digital forensic dan data recoveryii. Pengurusan Keselamatan dan amalan terbaikiii. Jaminan keselamatan dan penilaian produkiv. Latihan dan pensijilan professionalv. Outreach, Kesedaran ICT dan Community Service Responsibility (CSR)vi. Polisi Strategik CyberSecurity dan penyelidikan undang-undang

2. Beliau turut menegaskan bahawa tidak timbul sebarang isu ICT terdedah kepada ancaman kerana pihak kerajaan sentiasa memastikan keadaan adalah terkawal sepenuhnya. Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa sejak mula penubuhan

27

Page 28: Laporan Sidang C Laporan Debat Modul Pengurusan ICT

CyberSecurity, tahap kesedaran dan pengetahuan tentang kepentingan keselamatan ICT semakin meningkat dan memberangsangkan..

PEMBANGKANG 3

1. Beliau tidak menyokong usul yang di bawa kerana pada hemat beliau, faedah penggunaan ICT adalah lebih besar kepada orang ramai. Sehubungan dengan itu, beliau menekankan ICT memudahkan urusan kerja dalam sektor awam.

2. Beliau turut menegaskan bahawa penggunaan ICT akan mengurangkan penggunaan kertas justeru menyahut seruan kerajaan supaya budaya paperless dipraktikkan dalam sektor awam. Selain itu, beliau menyatakan bahawa penggunaan ICT dalam sektor awam juga dapat meningkatkan lagi produktiviti para penjawat awam.

PEMBANGKANG 4

1. Beliau menjelaskan bahawa negara memang sentiasa terdedah kepada ancaman selagi rakyat menggunakan ICT. Oleh sebab itulah diwujudkan pelbagai Pekeliling, dan salah satu contohnya adalah seperti Pekeling MAMPU dan Pekeliling GCERT.

2. Beliau turut menekankan perkara yang penting iaitu bagaimana kita mengurangkan “damage control” dan turut menyatakan bahawa sistem keselamatan yang terkini dan sentiasa dikemaskini yang dibangunkan oleh pelbagai entiti yang berbeza demi menjamin keselamatan dan kerahsiaan negara.

PEMBANGKANG 5

1. Beliau menjelaskan bahawa isu keselamatn ICT bukanlah satu isu yang baru. Beliau turut membuktikan bahawa kadar peratusan ancaman ICT dari tahun demi tahun adalah semakin berkurangan.

PENGGULUNGAN KETUA PEMBANGKANG

1. Beliau menghujah sesi Pengulungan seperti di bawah :

28

Page 29: Laporan Sidang C Laporan Debat Modul Pengurusan ICT

a. Sekiranya ICT lebih banyak memberikan kesan buruk dan impak negatif khususnya dari sudut ancaman keselamatan dan kerahsiaan kerajaan, maka sudah pasti negara-negara maju seperti Singapura dan Amerika Syarikat akan menghadkan pembangunan ICT negara masing-masing. Namun begitu, seperti mana yang tuan-tuan barisan pencadang sedia maklum, ICT menjadi salah satu agenda utama dalam pembangunan mana-mana negara termasuklah negara kita (rujuk RMK-10);

b. Menyalahkan ICT adalah satu tindakan yang kurang bijak kerana dalam era globalisasi pada masa kini, samada kita mahu atau tidak semua negara menggunakan ICT. Sekiranya kita mengabaikan pembangunan ICT, kita akan terus ketinggalan dan terpinggir. Tindakan yang wajar diambil adalah memperkasakan ICT negara dan sama-sama menambahbaiknya dari masa ke semasa; dan

c. ICT itu sendiri adalah baik dan membawa banyak manfaat kepada kita semua. Namun demikian kelonggaran, dan kelemahan samada dari manusia (operator) @ fasiliti (hardware) @ sistem (software) yang tidak diuruskan dan ditangani dengan cermat membuka ruang ke arah berlakunya insiden-insiden seperti kebocoran maklumat dan ancaman keselamatan negara. Justeru itu suka saya tegaskan sekali lagi , kami barisan pembangkang menyangkal sekeras-kerasnya bahawa ICT membuka ruang dan penyebab kepada ancaman keselamatan dan kerahsiaan kerajaan.

29

Page 30: Laporan Sidang C Laporan Debat Modul Pengurusan ICT

LAPORAN KUMPULAN 6

TAJUK : PELAKSANAAN PROJEK JALUR LEBAR BERKELAJUAN TINGGI BERJAYA MENGATASI MASALAH JURANG DIGITAL

Pencadang : Ju Hazliza binti Md.Hussin (K)Kaliyapan a/l RajakumaranNurul’ Adawiyah binti JainonEdiana Suzelin binti Abdul Rahim

______________________________________________________________________

KETUA PENCADANG

1. Manfaat pelaksanaan jalur lebar berkelajuan tinggi yang dimajukan oleh kerajaan membolehkan Malaysia berada di fasa baru agar setanding dengan arena ICT negara-negara maju.

2. Melalui revolusi ICT yang pantas dalam menyampaikan maklumat, agenda pembangunan negara dapat memperkukuhkan.

3. Antara usaha kerajaan untuk merapatkan jurang digital ialah projek jalur lebar USP dilakukan di seluruh Malaysia secara berfasa di bandar dan luar bandar.

PENCADANG 2

1. Projek jalur lebar bertujuan merapatkan jurang digital keseluruhan rakyat Malaysia di kawasan bandar dan luar bandar.

2. Projek jalur lebar melalui penggunaan ICT secara meluas dapat meningkatkan FDI negara, penguasaan pengetahuan, menyingkatkan masa serta meningkatkan ekonomi rakyat melalui e-commerce.

PENCADANG 3

1. Projek jalur lebar dapat meningkatkan ekonomi rakyat dan menyediakan masyarakat bermaklumat dalam persaingan di persada dunia ini. Dengan tersedianya kemudahan ini, masyarakat boleh bekerja di rumah, ilmu dalam pendidikan dapat ditingkatkan dan para petani boleh manfaatkan ICT ini bersama seperti menyemak harga komoditi pasaran.

30

Page 31: Laporan Sidang C Laporan Debat Modul Pengurusan ICT

PENCADANG 4

1. Garis panduan RMKe-9 antaranya ialah menggiatkan usaha merapatkan jurang digital. Kerajaan akan meningkatkan keupayaan ICT bagi membolehkan akses yang menyeluruh, membangunkan kompetensi teras, mengurangkan jurang digital dan memperluas kegunaan transaksi eletronik sebagai sebahagian daripada usaha memperkasa keupayaan rakyat untuk menyertai perkembangan ekonomi digital.

PENCADANG 5

1. Projek jalur lebar merupakan projek yang realistik di mana kerja-kerja pejabat boleh dilakukan secara mudah dan flexibel, maklumat boleh diperolehi tanpa batas sempadan, mengubah taraf hidup masyarakat, menjimatkan kos dan masa serta melahirkan masyarakat celik IT.

PENGULUNGAN OLEH KETUA PENCADANG

1. Projek jalur lebar berkelajuan tinggi membolehkan Malaysia bersaing di arena antarabangsa. Penyediaan kemudahan ini adalah satu prasarana asas dan penting kepada rakyat dalam pembangunan negara. Kerajaan mensasarkan peningkatan sebanyak 50% untuk setiap isi rumah mendapatkan kemudahan tersebut sehingga akhir tahun ini. Manfaat yang jelas hasil daripada usaha projek ini ialah boleh meningkatkan pendapatan rakyat melalui peluang pekerjaan, merapatkan jurang digital dengan negara luar agar setanding dengan negara maju dan meningkatkan KDNK negara.

31

Page 32: Laporan Sidang C Laporan Debat Modul Pengurusan ICT

KUMPULAN PEMBANGKANG

Pembangkang : Al-Fadil bin Adam (K)Noor Soraya binti AhyaudinMohd redzuan bin MaznanSuraya Hanim binti Sith

______________________________________________________________________

KETUA PEMBANGKANG

1. Pelaksanaan projek jalur lebar berkelajuan tinggi yang dimajukan oleh kerajaan tidak berjaya kerana kurang daya penarik menggunakan projek tersebut, infrastuktur tidak mencukupi, kurang kemampuan jaringan dan bayaran yang dikenakan adalah tidak mampu di miliki oleh setiap lapisan masyarakat.

PEMBANGKANG 2

1. Projek jalur lebar tidak mencapai matlamat sasaran sebenar kerana hanya memilih komuniti tertentu sahaja dan bukannya keseluruhan rakyat Malaysia di kawasan bandar dan luar bandar.

PEMBANGKANG 3

1. Kerajaan masih tidak mampu menghasilkan perisian yang menepati kehendak rakyat dan setanding dengan peringkat antarabangsa. Pembangunan jalur lebar di negara ini masih dibelenggu dengan jenayah cyber yang menyebabkan pembangunan ICT negara masih rendah.

PEMBANGKANG 4

1. Projek jalur lebar kerajaan kurang tawaran dan pakej yang menarik untuk masyarakat tempatan, program komunikasi tiada promosi kumpulan sasaran dan kurang kandungan pembangunan tempatan.

32

Page 33: Laporan Sidang C Laporan Debat Modul Pengurusan ICT

PEMBANGKANG 5

1. Projek jalur lebar berkelajuan tinggi kerajaan masih memerlukan lebih banyak penambahbaik dari segi kepentingan kepada masyarakat kerana ianya tidak berjaya mendapat sokongan semua rakyat tempatan dan tidak mempunyai keputusan yang mampu manfaatkan negara dan rakyat khasnya.

2. Bentuk muka bumi negara telah menyukarkan aktiviti projek jalur lebar gemilang dan perlukan penyelidikan mampan.

PENGULUNGAN OLEH KETUA PEMBANGKANG

1. Projek ini gagal menyelesaikan masalah jurang digital diantara bandar dan luar bandar, tiada daya tarikan, kemudahan yang disediakan tidak digunakan sepenuhnya oleh rakyat serta kurangnya keselamatan teknologi.

33

Page 34: Laporan Sidang C Laporan Debat Modul Pengurusan ICT

LAPORAN KUMPULAN 7

TAJUK : PENGGUNAAN KOMPUTER NOTEBOOK / LAPTOP LEBIH SESUAI BERBANDING KOMPUTER DESKTOP DALAM SESEBUAH ORGANISASI.

Pencadang : Naterah binti Abdullah Sani (K)Mohd Fadly bin LasmanShalihin bin AnnuarFarah Wahida binti Abdul Basitt

______________________________________________________________________

KETUA PENCADANG

1. Menyatakan penggunaan laptop adalah lebih baik berbanding desktop, ini adalah kerana ciri reka bentuknya yang mudah untuk dibawa ke mana sahaja.

2. Menyokong pernyataaan ini dengan statistik yang menunjukkan pada tahun 1997 sebanyak 80% daripada masyarakat menggunakan desktop berbanding 20% menggunkan laptop, tetapi angka tersebut berubah kepada 1% daripada masyarakat menggunakan desktop dan 99% menggunakan laptop pada tahun 2009.

3. Peningkatan ini menunjukkan bahawa penggunaan laptop adalah lebih diterima berbanding desktop dan ianya adalah berdasarkan kepada kebaikan produk itu sendiri.

PENCADANG 2

1. Membidas hujah Ketua Pembangkang dengan menyatakan ciri-ciri reka bentuk laptop berbanding dengan desktop yang boleh memudahkan ianya untuk dibawa ke mana sahaja.

2. Menyatakan bahawa kelebihan reka bentuk laptop itu adalah efektif serta dapat meningkatkan prestasi sesebuah organisasi dengan capaian internet yang luas dengan penggunaan laptop yang bersifat portability.

PENCADANG 3

34

Page 35: Laporan Sidang C Laporan Debat Modul Pengurusan ICT

1. Menerangkan fakta bahawa organisasi itu sebenarnya adalah wujud dari individu kemudian terbentuklah sebuah organisasi.

2. Penggunaan laoptop dengan capaian jaringan internet yang meluas seperti wifi dan broadband dapat membantu melaksanakan segala urusan kerja ketika berada diluar pejabat serta dapat mengaplikasikan penghantaran emel yang lebih cepat.

PENCADANG 4

1. Masalah kekurangan ruang penyimpanan fail di pejabat sering berlaku sehubungan itu dengan penggunaan laptop mampu menjimatkan penggunaan ruang pejabat dalam organisasi serta dapat mengatasi mengatasi masalah ini.

2. Reka bentuk laptop yang lebih kecil daripada desktop mampu menjimatkan penggunaan ruang dan membolehkan ruang tersebut diguanakan untuk menempatkan fail-fail pejabat.

PENCADANG 5

1. Keselamatan dalam penggunaan komputer notebook berbanding desktop adalah bergantung kepada bagaimana cara pengendalian sesuatu komputer itu.

2. Menyatakan bahawa penggunaan desktop tidak menjamin keselamatan maklumat yang terkandung di dalamnya kerana ianya boleh hilang jika sesebuah organisasi itu diceroboh. Tetapi penggunaan dengan laptop mampu menjamin keselamatan maklumat daripada hilang kerana sifat portability produk itu yang boleh dibawa kemana sahaja.

3. Selain itu, kelebihan penggunaan laptop adalah mempunyai pengimbas wajah dengan menggunakan webcam yang tersedia didalamnya berbanding desktop yang memerlukan perisian tersebut di muatnaik terlebih dahulu dan ianya melibatkan kos yang tinggi.

PENGGULUNGAN OLEH KETUA PENCADANG

1. Laptop dicipta kerana mampu memberi kemudahan kepada penggunanya disamping sifatnya yang produktiviti dan portability kerana ianya juga mampu dibawa kemana sahaja.

2. Isu keselamatan produk ini sebenarnya adalah bergantung kepada tanggungjawab individu itu sendiri.

35

Page 36: Laporan Sidang C Laporan Debat Modul Pengurusan ICT

3. Laptop dibeli adalah kerana fungsinya yang banyak memberi kemudahan dan kelebihan kepada penggunanya.

36

Page 37: Laporan Sidang C Laporan Debat Modul Pengurusan ICT

KUMPULAN PEMBANGKANG

Pembangkang : Chris Alexson Wong (K)Nor Farihah binti ZulkipliMohd Syukri bin Mohd ZulkapliSiti Aisyah binti Mohd YusufWidyawati binti Abdul Rani

______________________________________________________________________

KETUA PEMBANGKANG

1. Pembangkang pertama menyatakan bahawa penggunaan komputer peribadi (desktop) lebih sesuai jika dibandingkan dengan penggunaan laptop.

2. Lebih bersifat mesra alam kerana komputer peribadi menggunakan kuasa elektrik secara terus tanpa menggunakan bateri seperti laptop yang menggunakan bateri nikel yang jelas boleh mendatangkan kemudaratan kepada alam sekitar.

PEMBANGKANG 2

1. Pembangkang kedua menyatakan bahawa penggunaan komputer peribadi tidak mendatangkan sebarang keburukan kepada sesuatu organisasi malah lebih selamat jika dibandingkan dengan laptop. Keselamatan fail-fail yang disimpan adalah lebih diyakini keselamatannya.

2. Menurut statistik pihak PDRM, jumlah kehilangan laptop adalah tinggi jika dibandingkan dengan komputer peribadi.

PEMBANGKANG 3

1. Pembangkang ketiga pula menekankan perbandingan harga kos bagi mendapatkan komputer peribadi jika dibandingkan dengan laptop.

2. Pada jumlah harga yang sama, pengguna akan mendapat komputer peribadi yang lebih baik spesifikasinya jika dibandingan dengan laptop yang mana spesekasinya adalah lebih rendah.

3. Alat ganti bagi komputer peribadi adalah lebih murah dan mudah didapati berbanding laptop.

37

Page 38: Laporan Sidang C Laporan Debat Modul Pengurusan ICT

PEMBANGKANG 4

1. Kadar sensitiviti laptop adalah terlalu tinggi. Ini bermakna pemilik laptop perlu menjaga laptop mereka dengan sebaik mungkin bagi mengelakkan berlakunya masalah. Laptop bersifat lebih ‘fragile’ jika dibandingkan dengan komputer peribadi yang lebih lasak.

2. Pihak pembangkang turut menyatakan bahawa kos penyelenggaraan laptop adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan komputer peribadi.

PEMBANGKANG 5

1. Surcaj dibawah AP59 akan dikenakan sekiranya berlaku sebarang kecurian terhadap laptop.

2. Pengguna komputer peribadi lebih bernasib baik kerana mereka mampu untuk dinaiktaraf (upgrade) kerana kosnya yang lebih murah dan alat ganti senang didapati.

PENGGULUNGAN OLEH KETUA PEMBANGKANG

1. Ketua pembangkang seterusnya menggulung hujahnya dengan menekankan bahawa penggunaan komputer peribadi lebih efektif.

2. Bagi tujuan mobility, pengguna boleh menggunakan external hardisk yang boleh digunakan dengan mana-mana jenis komputer.

3. Turut ditekankan mengenai isu keselamatan. Pihak – pihak yang terlebat tidak boleh sesekali mengambil mudah mengenai perkara ini, kerana kita tidak boleh berkompromi mengenai isu ini.

4. Kos penggantian komputer peribadi kepada laptop adalah terlalu tinggi dan pembiayaannya bagi menggantikan komputer peribadi kepada laptop oleh pihak kerajaan boleh dipertikaikan.

5. Alasan pencadang supaya laptop boleh digunakan dimana-mana sahaja adalah tidak relevan kerana selepas waktu pejabat, kebiasaannya seseorang tidak akan mencapai tahap focus yang maksima berbanding dengan sewaktu dalam waktu kerja.

38