bab 1 laporan lengkap

15
BAB 1 : PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI 1.1 Pendahuluan Latihan industri merupakan satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi (KPTM) .Pelajar disyaratkan lulus latihan industri sebelum diperakukan untuk penganugerahan Diploma Politeknik KPTM . Latihan Industri juga bertujuan menyediakan latihan yang diselia dalam jangkamasa yang ditetapkan iaitu selama satu semester (20 minggu) . Matlamat utama program Latihan Industri adalah untuk melahirkan graduan yang mempunyai pengetahuan , kemahiran , pengalaman serta menerapkan ilmu yang diperolehi di politeknik ke alam pekerjaan . Latihan ini dapat mencapai matlamat kerana pendedahan kepada alam pekerjaan semasa menjalani Latihan Industri akan menjadikan mereka lebih peka terhadap harapan industri . Latihan ini juga dapat melengkapkan pelajar dengan pengalaman kerja yang sebenar . Penempatan pelajar di industri juga dapat meningkatkan peluang pekerjaan mereka kerana kemungkinan mereka akan ditawarkan kerja di tempat yang sama . Dengan itu , pengalaman latihan industri ini akan memantapkan aktiviti dan proses pembelajaran di politeknik di samping membekalkan pelajar dengan pengalaman pekerjaan yang berkaitan dengan jurusan diambil . Penempatan pelajar Politeknik di industri juga adalah sebahagian daripada usaha untuk merapatkan jurang antara pihak akademik dan industri . Maklumbalas yang diterima dari pihak syarikat dapat digunakan untuk memperbaiki kurikulum pengajian yang sedia ada . 1

Upload: muhamad-syahzuwan

Post on 21-Dec-2015

70 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Bab 1 Lapangan Terbang Sibu Latihan Industri .

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 1 Laporan Lengkap

BAB 1 : PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI

1.1 Pendahuluan

Latihan industri merupakan satu komponen utama dalam kurikulum

pembelajaran Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi (KPTM) .Pelajar disyaratkan

lulus latihan industri sebelum diperakukan untuk penganugerahan Diploma

Politeknik KPTM . Latihan Industri juga bertujuan menyediakan latihan yang diselia

dalam jangkamasa yang ditetapkan iaitu selama satu semester (20 minggu) .

Matlamat utama program Latihan Industri adalah untuk melahirkan graduan

yang mempunyai pengetahuan , kemahiran , pengalaman serta menerapkan ilmu

yang diperolehi di politeknik ke alam pekerjaan . Latihan ini dapat mencapai

matlamat kerana pendedahan kepada alam pekerjaan semasa menjalani Latihan

Industri akan menjadikan mereka lebih peka terhadap harapan industri .

Latihan ini juga dapat melengkapkan pelajar dengan pengalaman kerja yang

sebenar . Penempatan pelajar di industri juga dapat meningkatkan peluang pekerjaan

mereka kerana kemungkinan mereka akan ditawarkan kerja di tempat yang sama .

Dengan itu , pengalaman latihan industri ini akan memantapkan aktiviti dan proses

pembelajaran di politeknik di samping membekalkan pelajar dengan pengalaman

pekerjaan yang berkaitan dengan jurusan diambil .

Penempatan pelajar Politeknik di industri juga adalah sebahagian daripada

usaha untuk merapatkan jurang antara pihak akademik dan industri . Maklumbalas

yang diterima dari pihak syarikat dapat digunakan untuk memperbaiki kurikulum

pengajian yang sedia ada .

1

Page 2: BAB 1 Laporan Lengkap

1.2 Objektif Latihan Industri

Objektif latihan industri ialah:

i. Memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan dan

kemahiran yang dipelajari kepada situasi pekerjaan yang sebenar.

ii. Memberikan pelajar pengalaman bekerja sambil belajar dalam bidang

pilihan mereka

iii. Memberikan peluang untuk belajar secara praktikal dari pengamal dalam

bidang yang dipelajari oleh pelajar .

iv. Mendedahkan pelajar kepada persekitaran kerja , amalan dan peluang

pekerjaan , etika kerja di bidang yang berkaitan.

v. Memberi peluang kepada pelajar untuk ditawarkan pekerjaan di tempat

mereka menjalankan Latihan Industri .

vi. Memupuk semangat kerjasama dan berfikiran lebih luas dalam

mengendalikan sesuatu situasi dan dalam menyelesaikan masalah di

tempat kerja.

1.2.1 Objektif Laporan latihan Industri

i. Menghasilkan laporan yang lengkap mengenai sesuatu aktiviti yang

dijalankan di tempat latihan industri serta maklumatnya yang lebih

terperinci.

ii. Aktiviti yang dilakukan oleh pelajar dapat dinilai dan diketahui termasuk

kemahiran serta pengalaman yang dilalui oleh pelajar dalam tempoh yang

ditetapkan.

iii. Menanamkan sikap bertanggungjawab dalam diri pelajar akan pentingnya

laporan latihan industri untuk disiapkan.

iv. Laporan latihan industri ini akan menjadi bahan bukti bahawa pelajar

telah menjalani latihan industri dan segala maklumat yang diperolehi

adalah benar.

2

Page 3: BAB 1 Laporan Lengkap

v. Pelajar dapat berfikiran lebih realistik dan secara tidak langsung ia

mengajar pelajar untuk merancang dengan lebih teliti dan rasional dalam

membuat laporan latihan industri.

vi. Merupakan syarat untuk penganugerahan Diploma setelah mencapai

syarat kelulusan Politeknik.

1.2.2 Kepentingan latihan Industri

Pelajar yang menjalani latihan industri bukan sahaja perlu menyediakan

laporan malah melalui latihan ini pelajar dapat mempraktikkan teori yang dipelajari

di politeknik ke alam pekerjaan. Ia juga dapat memberi ruang kepada pelajar untuk

menimba ilmu dan memperolehi pengalaman bagi tujuan memahami dan mendalami

sesuatu aspek yang terdapat dalam sesebuah syarikat yang menguruskan kerja-kerja

dalam bidang tertentu.

Tambahan , dalam tempoh latihan ini pelajar telah didedahkan dengan

pelbagai bidang kerja yang berkaitan dengan Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan

Awam dan Kejuruteraan Mekanikal seperti menyelenggara dan memperbaiki

kemudahan yang terdapat di lapangan terbang serta di kawasan sekitarnya . Para

pelajar bukan sahaja didedahkan tetapi diarah untuk mengendalikan sendiri sesuatu

keadaan di tempat latihan. Cara sebegini dapat mengukuhkan keyakinan dalam diri

pelajar dan berkemampuan dalam membuat sebarang keputusan.

Bukan itu sahaja , ia juga dapat meningkatkan disiplin yang tinggi sebagai

seorang yang bekerjaya disamping dapat meningkatkan keberkesanan setiap topik

yang dipelajari semasa di politeknik. Ini kerana para pelajar perlu mendapat

pendedahan yang secukupnya berkaitan dengan bidang yang diceburi. Selain itu

juga, ianya dapat menambahkan lagi pengelaman untuk bekerja dan menyesuaikan

diri dengan pesekitaran tempat kerja.

3

Page 4: BAB 1 Laporan Lengkap

1.3 Latar Belakang Organisasi

Rajah 1.3.1 :Peta kedudukan Lapangan Terbang Sibu , Sarawak

Rajah 1.3.1 menunjukkan kedudukan Lapangan Terbang Sibu yang terbaru .

Lapangan Terbang Sibu yang lama terletak kurang daripada lapan kilometer dari

timur laut Bandar Sibu pada tahun 1952 . Lapangan Terbang Sibu yang lama

merupakan tapak peninggalan daripada perang Dunia Kedua . Tapak lapangan ini

telah diperbaiki dengan menambak tanah dan mempunyai landasan berumput seluas

1097 meter (3100 kaki) panjang dan 30 meter (100 kaki) lebar untuk kegunaan kapal

terbang jenis DC3.

Pada mulanya Lapangan Terbang ini mempunyai 345 perkhidmatan berjadual

seminggu dengan penggunaan pesawat MAS Boeing 737 , FOKKER F50 dan Twin

Otter . Lapangan Terbang Sibu juga menjadi pusat bagi perkhidmatan udara luar

bandar yang memberikan rangkaian perkhidmatan ke Mukah , Kapit dan Belaga.

4

Page 5: BAB 1 Laporan Lengkap

Malaysian Airways Limited telah melakukan penerbangan pertamanya di

Lapangan Terbang Sibu pada hari Rabu , 21 Mei 1952 . Jadual penerbangan kapal

Terbang DC3 bermula pada Julai 1952 yang mana pada mulanya penerbangan adalah

dua kali seminggu dan kemudiannya ditambah kepada empat kali seminggu pada

akhir tahun . Selain daripada Malaysian Airways , Borneo Airways yang berpusat di

Jesselto (sekarang dikenali sebagai Kota Kinabalu) juga menjalankan operasi

penerbangan di Lapangan Terbang Sibu.

1.3.1 Pengenalan Organisasi

Rajah 1.3.1.1 : Logo Malaysia Airports Sdn. Bhd

Logo Malaysia ‘Airports’ merupakan kombinasi antara tiga elemen iaitu

sebuah Menara Kawalan (Control Tower), sebuah Landasan (Runway) dan sebuah

Pesawat terbang.

Landasan dengan empat jalur putih mencerminkan komitmen Malaysia

‘Airports’ menyediakan perkhidmatan pada tahap yang cemerlang. Ini

menggambarkan Malaysia ‘Airports’ bersikap sistematik dalam pencapaian yang

dinamik , kecekapan dan berdedikasi terhadap pelanggan.

Pepenjuru “laluan udara” menunujukkan ketabahan Malaysia ‘Airports’

mengekalkan organisasi. Menara kawalan menandakan standard Malaysia ‘Airports’

yang tinggi dalam kecekapan dan perkhidmatan yang cemerlang.

5

Page 6: BAB 1 Laporan Lengkap

Warna logo biru dan oren mencerminkan misi korporat. Biru merupakan

warna yang sinonim dengan penerbangan dimana ia menunjukkan keseimbangan ,

harmoni dan disiplin dalam memastikan perkhidmatan yang cemerlang kepada

pelanggan. Warna kedua ialah oren yang mempamerkan kekuatan dan visi teguh

pengurusan dan kakitangan Malaysia ‘Airports’. Kesemua kombinasi elemen dalam

logo melambangkan visi korporat Malaysia ‘Airports’ yang cemerlang dan integriti.

1.3.2 Latar Belakang Penubuhan

Rajah 1.3.2.1 : Kedudukan Lapangan Terbang Sibu, Sarawak

Rajah 1.3.2.1 di atas menunjukkan kedudukan Lapangan Terbang Sibu yang

baru . Pada mulanya lapangan terbang lama hanya dilengkapi dengan bangunan

terminal dan menara kawalan sementara. Kesemuanya dibina daripada atap. Menara

ini diselenggara oleh IAL ( International Air Radio Limited) . Bangunan terminal

yang lengkap dengan menara kawalan yang terletak di tingkat pertamanya telah

dibina pada bulan September 1953 dan siap pada bulan Februari 1954 .

6

Page 7: BAB 1 Laporan Lengkap

Laluan dari Bandar ke Lapangan Terbang pada mulanya menggunakan jalan

tanah yang terlalu kecil dan cuma mampu digunakan oleh kenderaan yang bersaiz

kecil sahaja. Laluan ini telah diperbaharui apabila Jabatan Kerja Raya telah

melebarkan jalan tersebut pada tahun 1958. Pada tahun 1962 , jalan berturap telah

dibina dan landasan tersebut kemudiannya telah dinaiktaraf permukaan berbitumen

sepanjang 1372 meter panjang dan 30 meter lebar. Kerja pembinaan ini dilaksanakan

oleh pihak Jabatan Kerja Raya dan siap pada bulan Mac 1963. Landasan tersebut

telah mengalami pemendapan dengan cepat pada kedua-dua hujungnya lebih kurang

10 kaki. Hal ini menyebababkan Lapangan Terbang hanya dapat menampung

perkhidmatan pesawat F27 (perkhidmatan pesawat F27 telah diberhentikan oleh

MAS pada 1 Jun 1990 kerana pesawat ini tertakluk kepada berat muatan dan waktu

siang sahaja).

Kerajaan pada tahun 1971/1972 telah memberi kepercayaan kepada

juruperunding Acres-Perkin Konsortium dari Kanada untuk menjalankan kajian

Perancangan Lapangan Terbang Kebangsaan (National Airport Plan). Lapangan

Terbang Sibu lama telah termasuk di dalam kajian ini. Juruperunding telah

berpendapat bahawa Lapangan Terbang Sibu yang lama adalah tidak selamat

walaupun pesawat jenis VFR F27 . Oleh sebab itu , juruperunding mencadangkan

agar satu Perancangan Induk bagi menentukan tapak serta pembinaan lapangan

terbang baru diberi keutamaan.

Tapak lapangan terbang baru telah dibangunkan kerana halangan-halangan

geofizikal yang berlaku di lapangan terbang lama dan tapak ini terletak 23 km ke

Tenggara Bandar Sibu . Kira-kira 354 hektar tanah diperolehi dalam tempoh

Rancangan Malaysia Kedua dan 97 hektar lagi tanah telah diperolehi dalam tahun

1982 , 1983 dan 1984 seterusnya barulah lapangan terbang Sibu mempunyai

keluasan sebanyak 747 hektar.

Dalam bulan Oktober 1981, Minconsult Sdn. Bhd bergabung dengan PRC

Speasn telah dipilih oleh Kerajaan untuk menyediakan rekabentuk akhir fasa pertama

7

Page 8: BAB 1 Laporan Lengkap

bagi kerja-kerja membangunkan projek cadangan Lapangan Terbang Sibu yang baru

untuk menampung perkhidmatan B-737 dan pesawat-pesaeat kecil yang lain.

Projek ini telah dilaksanakan dibawah satu pakej tender yang mengandungi

kerja-kerja awam, kerja-kerja bangunan , penyelenggaraan bangunan , rumah

kakitangan, kerja-kerja pemasangan pencahayaan landasan atas tanah , pembekalan

tenaga elektrik kuasa tegangan yang tinggi dan kerja-kerja ‘Navaids’ dan ‘Comaids’.

Kerja-kerja pembinaan bermula dalam bulan Ogos 1990 oleh Syarikat Pembinaan

Yeoh Tiong Lay Sdn Bhd dan John Laing International Limited Joint Venture (YTL-

Laing JV) dan siap pada bulan Mei 1994 serta memulakan operasi pada 1 Jun 1994.

Jumlah kos penyelenggaraan projek fasa pertama ini ialah RM150 000 000.

Keluasan Tapak tanah mencukupi bagi memanjangkan landasan bagi

membolehkan penyelenggaraan penerbangan bagi Airbus dan Boeing 747,

memperluaskan kompleks terminal dan medan apron kapal terbang.

1.3.3 Visi Malaysia Airports Sdn. Bhd .

Visi Malaysia Airports Sdn. Bhd adalah menjadi perusahaan lapangan

terbang bertaraf dunia.

1.3.4 Misi Malaysia Airports Sdn. Bhd.

Misi Malaysia Airports adalah untuk menyediakan gerbang laluan udara

bertaraf dunia . Selain itu , menguruskan rangkaian dan perkhidmatan lapangan

terbang yang kos efektif serta melebihi jangkaan para pelanggan, pemegang saham,

dan pihak-pihak lain yang berkepentingan.

8

Page 9: BAB 1 Laporan Lengkap

1.3.5 Malaysia Airport Berhad

Malaysia Airport Berhad dikorporatkan pada tahun 1991 apabila Parlimen

Malaysia meluluskan satu kertas kerja untuk mengasingkan Jabatan Penerbangan

Awam (DCA) kepada dua entiti masing-masing mempunyai perspektif tugas yang

berbeza . DCA masih berfungsi sebagai badan yang mengawal industri penerbangan

dan lapangan terbang Malaysia manakala entiti baru yang ditubuhkan ialah Malaysia

Airports Berhad akan memberi lebih fokus kepada operasi , pengurusan dan

penyelenggaraan lapangan-lapangan terbang . Pada bulan November 1992 , badan ini

telah diberi lesen untuk menjalankan tugasnya sebagai pengurus lapangan terbang .

Syarikat pemegangnya , Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) telah

dikoporatkan sebagai syarikat awam berhad pada bulan November 1999 dan telah

disenaraikan dalam saham Papan Utama di Bursa Saham Kuala Lumpur dan menjadi

syarikat pengurusan lapangan terbang yang pertama disenaraikan di Aisa dan

keenam di dunia .

Lapangan terbang utamanya ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala

Lumpur (KLIA) . KLIA merupakan hasil strategi bermatlamat untuk memenuhi

keperluan pesawat yang lebih besar dan permintaan trafik yang akan meningkat pada

abad ke 21 . KLIA telah merintis penggunaan teknologi pengurusan lapangan

terbang serba canggih yang dikenali sebagai ‘Total Airport Management Systems

(TAMS) . Teknologi ini diuruskan oleh Malaysia Airport (technologies) Sdn. Bhd

yang terdiri daripada lebih 40 sistem dan fungsi lapangan terbang termasuk kawalan

trafik udara , pengendalian bagasi , daftar masuk penumpang dan papan pameran

maklumat penerbangan .

MAHB menggunakan struktur korporat yang merangkumi 10 badan subsidi ;

Malaysia Airports Sdn.Bhd , Malaysia Airports (Sepang) Sdn. Bhd , Malaysia

Airports (Niaga) Sdn. Bhd , Malaysia Airports Management & Technical Services

Sdn. Bhd , Sepang International Circuit Sdn. Bhd . Malaysia Airports (Technologies)

Sdn. Bhd , Malaysia Airports (Properties) Sdn. Bhd , KL Airports Hotel Sdn.Bhd ,

MAB Agriculture-Horticulture Sdn.Bhd dan Asia Pasific Auction Centre Sdn. Bhd .

Antara syarikat-syarikat yang bersekutu adalah Urusan Teknologi Wawasan Sdn.Bhd

, Kuala Lumpur Aviation Fuelling System Sdn Bhd dan Cambodia Airport

9

Page 10: BAB 1 Laporan Lengkap

Management Services Limited . Kumpulan ini mempunyai jumlah kakitangan lebih

5000 orang dalam 39 pejabat di seluruh negara .

MAHB juga menyediakan perkhidmatan pengurusan lapangan terbang untuk

Lapangan Terbang Antarabangsa Angkor dan Lapangan Terbang Terbang

Antarabangsa Phnom Penh di Kemboja melalui kerjasama dengan Aéroports de Paris

Management S.A . Malaysia Airports mempunyai satu Pusat Latihan (MATC) ,

terletak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang . Pusat ini

dibina untuk menampung keperluan latihan semua para pegawai Malaysia Airports .

MATC juga pernah digunakan sebagai pusat program berorientasikan keselamtan

yang dianjurkan oleh International Civil Aviation Organisation (ICAO) . Selain itu ,

MATC juga menyediakan khidmat pakar dari segi sekuriti dan keselamatan industri

penerbangan kepada kerajaan Malaysia dan syarikat-syarikat penerbangan .

1.3.6 Ahli Lembaga Pengarah

Pengurus Lapangan Terbang Sibu

Ketua Unit Keselamatan

En. Mohamad bin Haji Udin

Ketua Unit Kejuruteraan

En. Pathi bin Haji Terang

10

Page 11: BAB 1 Laporan Lengkap

Ketua Unit Airport Fire Rescue & Service (AFRS)

En. Abdul Rahman bin Haji Attoi

Ketua Unit Operasi

En. Bakri bin Sebi

Pembantu Tadbir Operasi , MAHB

En. Ko Muji

Pembantu Tadbir Operasi , MAHB

En. Mohd Dzulhaimi Ahmad

11

Page 12: BAB 1 Laporan Lengkap

Pembantu Tadbir Operasi , MAHB

Cik Mary Ubai Kemarau

1.3.7 Aktiviti Organisasi

1. Melakukan pembaikan dan penyelenggaraan keatas setiap kerosakan

yang telah dipertanggungjawab kepada Malaysia Airports Holding

Berhad

2. Melakukan penyelenggaraan kepada setiap perkara yang

dipertanggungjawabkan seperti tandas , jentera bomba , AGL , dan

lain yang berkaitan .

3. Melakukan pemeriksaan keatas ‘runway’ tiga kali sehari untuk

memastikan keselamatan kepada pesawat yang menggunakannya.

4. Aktiviti seperti Hari Keluarga MAB dijalankan pada bulan Januari .

12

Page 13: BAB 1 Laporan Lengkap

1.3.8 Halatuju Organisasi

Lapangan Terbang Sibu bertekad untuk memberi perhatian penuh kepada

kekuatan teras perkhidmatan lapangan terbang seiring dengan perubahan pantas yang

dialami oleh industri ini. Inisiatif strategik untuk mencapai matlamat ini telah pun

dimulakan dan sydah menunjukkan beberapa keputusan yang positif . Sambil

bergerak maju kehadapan , semua staf Lapangan Terbang Sibu berasa yakin bahawa

gabungan langkah-langkah strategik yang telah dilaksanakan dan kekukuhan asas

kewangan , akan menjadikannya lebih mantap dan lebih dinamik untuk menghadapi

cabaran pada masa hadapan .

Selain itu juga , penyediaan infrastruktur berkualiti adalah penting , namun

usaha bagi menentukan tahap perkhidmatan yang tinggi tidak boleh diabaikan.

Kumpulan lapangan terbang seluruh Malaysia telah memulakan skim ganjaran

berasaskan prestasi yang bermatlamat untuk menyuburkan lagi kecekapan dan

semangat kerja di kalangan tenaga kerja . Latihan menjadi kunci penting dalam

menjayakan usaha Sumber Manusia ini . Bahagian Sumber Manusia yang diberi

wajah baru sentiasa aktif membangunkan inisiatif latihan serba lengkap .

13

Page 14: BAB 1 Laporan Lengkap

1.3.9 Carta Organisasi

Rajah 1.3.9.1 Carta Organisasi (Unit Kejuruteraan Lapangan Terbang Sibu)

KETUA UNIT KEJURUTERAAN

En. Pathi Bin Hj Terang

CHARGEMEN

En. Dominic SamiEn. Hasbi Bin Maiji

PEGAWAI TEKNIKAL

(MEKANIKAL)

En. Christopheriza

PEGAWAI TEKNIKAL

(AWAM)

En . Ali Omar

JURUTEKNIK ELEKTRIK

Kisian MosedMohd Taufik

JURUTEKNIK MEKANIKAL

Francis MawiOthman Jaie

JURUTEKNIK AWAM

Cik Nastasha

14