laporan kt 3bestari 2012

Upload: durasnita-abdullah

Post on 03-Jun-2018

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 Laporan Kt 3bestari 2012

    1/14

    LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

    DURASNITA/GC SAINS/2012 1

    MENINGKATKAN PENGUASAAN PELAJAR 3 BESTARI TERHADAP TAJUKBLOOD CIRCULATION AND TRANSPORT

    MELALUI TEKNIK I LOVE TO DRAW

    OLEH

    DURASNITA BT HJ ABDULLAH

    SMK PENDETA ZABA,70400 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN.

    Abstrak

    Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan penguasaan pelajar Tingkatan 3 Bestari di

    dalam subtopik Blood Circulation and Transport iaitu mengenai struktur jantung

    dan fungsi. Seramai 10 pelajar tingkatan 3 Bestari SMK Pendeta Zaba dan seorang

    guru cemerlang sains terlibat dalam kajian ini. Berdasarkan pengalaman lepas,,

    pelajar sering merungut dan mengatakan bosan untuk mempelajari tajuk bab 2

    Sains Tingkatan 3 ini kerana perlu mengenalpasti struktur jantung, fungsi, arah

    aliran darah, jenis salur darah dan jenis peredaran darah. Bagi pelajar yang lemah

    dan sederhana, tajuk ini sangat susah dan mereka cenderung untuk terus abaikan

    sahaja mengenali struktur jantung dan hal berkaitan kerana sukar bagi mereka

    menguasai bahagian ini. Dengan itu, satu teknik untuk memudahkan pelajar

    mengingati struktur jantung dan fungsi iaitu I LOVE TO DRAW direka dan

    diharapkan dapat membantu pelajar. Kajian ini dijalankan semasa kelas pagi 7.15-

    7.45 pagi setiap Khamis dengan teknik I LOVE TO DRAW. Pelajar melukis dengan

    bantuan guru dan kemudian diminta pula melukis dan melabel tanpa merujuk

    kepada mana-mana buku rujukan. Ujian pra, dilakukan setelah ujian 1 serta Ujian

    pos, peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan percubaan PMR diambil kira

    sebagai kejayaan dalam peningkatan pencapaian pelajar.

  • 8/12/2019 Laporan Kt 3bestari 2012

    2/14

    LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

    DURASNITA/GC SAINS/2012 2

    1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

    Pengajaran berbantukan komputer riba dan LCD menjadi keutamaan saya setiap kali

    pengajaran dan pembelajaran berlangsung, sama ada saya menggunakan bahan-

    bahan berbekal CD dari kementerian pelajaran atau bahan yang saya hasilkan sendiri.

    Bahan bantu mengajar seperti MicrosoftPower Pointtermasuk semua nota dan latihan

    dalam bentuk Microsofr Words untuk pelajar juga saya muatkan dalam komputer riba

    dan dipaparkan oleh LCD. Penggunaan komputer riba ini menjadikan pengajaran lebih

    menarik, ceria dan berupaya menarik minat pelajar. Pelajar sangat teruja dan

    memudahkan mereka untuk mengumpul maklumat (menyalin nota) berbanding

    penggunaan OHP sebelum ini. Selain itu, saya sentiasa menghubungkaitkan setiap isi

    kandungan pengajaran saya dengan kekuasaan ALLAH S.W.T yang menciptakan

    segala makhluk di muka bumi. Apa yang dipejari oleh pelajar sebenarnya adalah adalah

    hasil ciptaan ALLAH yang Maha Agung dan bukannya semata-mata untuk peperiksaan.

    Bagi pelajar Tingkatan 3 Bestari, kebolehan mereka adalah dalam kelompok baik dan

    sederhana kerana berdasarkan ujian 1, 18 daripada 32 pelajar lulus subjek Sains.

    Daripada 32 pelajar ini, 30 ialah pelajar lelaki dan 2 sahaja pelajar perempuan.

    Mengajar kelas ini sebenarnya sangat mencabar kerana bilangan pelajar lelaki yang

    ramai. Mereka merupakan pelajar yang perlukan bimbingan lebih 150% kerana sikap

    pelajar lelaki yang tidak serius. Saya perlu menyabarkan diri saya setiap kali

    berhadapan dengan sekelompok kecil pelajar lelaki yang suka bercakap dan

    menganggu tumpuan pelajar lain semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Bagi tajuk

    Bab 2, saya memikirkan perlunya satu teknik lain yang memudahkan mereka untuk

    mengingat subtopik struktur jantung dan fungsi.

  • 8/12/2019 Laporan Kt 3bestari 2012

    3/14

    LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

    DURASNITA/GC SAINS/2012 3

    2.0 ISU KEPERIHATINAN/FOKUS KAJIAN

    Berdasarkan pemerhatian saya, pelajar tidak berminat mempelajari Bab 2 Sains

    Tingkatan 3 iaitu Blood Circulation and Transport kerana melibatkan organ jantung

    manusia. Bagi mereka adalah sukar untuk mengingati struktur jantung, fungsi, arah

    aliran darah, jenis salur darah dan jenis peredaran darah. Bagi pelajar yang lemah,

    kelemahan mengingat tetap ada. Bagi pelajar sederhana, perlu sentiasa diberi motivasi

    dan keyakinan bahawa bahagian dalam bab 2 mengenali jantung bukanlah sukar jika

    memahami beberapa perkara. Mereka boleh cemerlang jika gigih berusaha. Untuk

    mengecam struktur jantung, fungsi dan arah aliran darah, satu teknik melukis satu

    persatu bahagian jantung dicipta dengan langkah tertentu. Ini diharap dapat

    memudahkan mereka mengingat beberapa fakta berkaitan.

    Sikap mereka yang suka bercakap atau tidak menumpukan perhatian , saya cuba ubah

    dengan menunjukkan kesungguhan mengajar kelas mereka dengan mengadakan kelas

    pagi iaitu 7.15-7.40 pagi bermula April 2012. Mereka merasakan ada guru yang

    mengambil berat akan pencapaian mereka di sebalik ramai guru yang mengkategorikan

    kelas mereka bermasalah kerana bilangan pelajar lelaki yang ramai. Jika saya

    mengambil pendekatan berkeras dengan mereka, mungkin mereka juga akan

    mengambil sikap melawan dan semakin tidak mahu belajar. Apatah lagi jika yang

    terlibat adalah pelajar lelaki yang jauh berbadan besar berbanding saya. Memandang

    mereka sahaja saya perlu mendongak jika mereka berdiri. Berdasarkan pendekatan

    yang saya lakukan, saya rasa cara saya lebih berjaya kerana mereka yang

    dikategorikan bermasalah oleh guru-guru lain, menghadirkan diri ke kelas pagi yang

    saya adakan dan bekerjasama sepenuhnya dalam kajian ini.

  • 8/12/2019 Laporan Kt 3bestari 2012

    4/14

    LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

    DURASNITA/GC SAINS/2012 4

    3.0 OBJEKTIF KAJIAN

    3.1 OBJEKTIF UMUM

    Menarik minat pelajar dan memudahkan mereka mengingat subtopik struktur jantung

    dan fungsi dalam tajuk Blood Circulation and Transport, sekali gus meningkatkan

    pencapaian mereka bagi subjek Sains PMR 2012.

    3.2 OBJEKTIF KHUSUS

    3.2.1 Pelajar dapat menguasai teknik melukis jantung dalam I LOVE TO

    DRAW

    3.2.2 Pelajar dapat melabel jantung dengan tepat dalam I LOVE TO

    DRAWyang dicipta.

    3.2.3 Pelajar dapat mengenalpasti dan mengingat fungsi bahagian

    jantung berdasarkan I LOVE TO DRAW

    3.2.4 Pelajar dapat mengecam salur darah yang membawa darah masuk

    ke jantung dari anggota badan dan dari paru-paru

    3.2.5 Pelajar dapat mengecam salur darah yang mengepam darah ke

    anggota badan dan membawa darah ke paru-paru

    3.2.6 Pelajar dapat mengenalpasti dengan tepat kedudukan injap

    bikuspid, injap trikuspid, injap sabit dan fungsi

    4.0 KUMPULAN SASARAN

    Kumpulan sasaran terdiri daripada 10 pelajar kelas 3 Bestari iaitu 2 perempuan dan 8

    lelaki yang pencapaian mereka adalah lemah, sederhana dan terbaik dalam kelas

    tersebut. Semasa kajian, semua terlibat namun data sasaran hanya 10 pelajar sahaja.

  • 8/12/2019 Laporan Kt 3bestari 2012

    5/14

    LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

    DURASNITA/GC SAINS/2012 5

    5.0 PROSEDUR KAJIAN

    5.1 TINJAUAN MASALAH

    Dalam pelaksanaan kajian tindakan saya ini, saya membuat pemerhatian

    terhadap tingkah laku dan sikap pelajar, membuat soal-selidik, menemubual

    pelajar. dan juga merujuk kepada keputusan ujian 1, ujian pra, peperiksaan

    pertengahan tahun, ujian pos dan peperiksaan percubaan PMR

    5.1.1 Pemerhatian

    Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku pelajar

    semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung

    sebelum dan selepas kajian. Sebelum kajian, pelajar kurang

    memberi respons kepada soalan perbincangan dan menunjukkan

    sikap tidak berminat kerana diandaikan bahagian jantung adalah

    susah untuk diingat.

    5.1.2 Soal Selidik

    3 borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada

    pelajar. Soal selidik pertama adalah untuk mengetahui sejauh

    manakah tanggapan mereka terhadap tajuk bab 2 Blood

    Circulation and Transport ini, sebaik sahaja selesai mempelajari

    bab 2. Soal selidik kedua pula diedarkan selepas kajian dijalankan

    untuk mengetahui pendapat pelajar mengenai keberkesanan teknik

    I LOVE TO DRAW , dan soal selidik ketiga adalah mengenai

    pendapat pelajar berkaitan penggunaan teknik tersebut selepas

    peperiksaan percubaan PMR

  • 8/12/2019 Laporan Kt 3bestari 2012

    6/14

    LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

    DURASNITA/GC SAINS/2012 6

    5.1.3 Menemubual pelajar

    Secara tidak langsung, sewaktu pengajaran dan pembelajaran,

    saya menyoal pelajar akan kefahaman mereka berkaitan bab 2 ini

    dan sebahagian besar memberikan tindak balas, tidak minat untuk

    mengingat fakta-fakta penting yang berkaitan peperiksaan kerana

    menganggap struktur jantung susah untuk diingat.

    5.1.4 Ujian Bulan 1, Ujian pra, Peperiksaan Pertengahan Tahun , Ujian

    Pos dan Peperiksaan Percubaan PMR

    Berdasarkan ujian bulan 1, 18 pelajar 3 Bestari lulus dan

    selebihnya 13 gagal dan seorang tidak hadir. Perkara ini tentulah

    menjadi kerisauan bagi saya . Keputusan peperiksaan pertengahan

    tahun pula membimbangkan apabila bilangan pelajar lulus jatuh

    kepada 12 pelajar sahaja. Secara amnya soalan berkaitan jantung

    ada dalam kertas 2 soalan peperiksaan pertengahan tahun yang

    menyumbang sebanyak 7 markah. Dalam peperiksaan percubaan

    PMR pula, hanya soalan nombor 29 kertas 1 sahaja berkaitan

    jantung. Maka saya mengadakan ujian pos kepada pelajar dengan

    soalan yang berkaitan jantung dan struktur sahaja selepas mereka

    diajar teknik I LOVE TO DRAWsebanyak 4 sesi kelas pagi. Ujian

    pos dijalankan setelah mereka menyiapkan lukisan kali pertama.

    Kali kedua mereka diminta melukis dan melabel tanpa merujuk

    kepada mana-mana buku rujukan. Mereka juga diminta menulis

    peratus mereka boleh mengingat struktur jantung menggunakan

  • 8/12/2019 Laporan Kt 3bestari 2012

    7/14

    LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

    DURASNITA/GC SAINS/2012 7

    teknik tersebut. Bagi soalan latihan yang sukar, mereka dibenarkan

    merujuk buku setelah selesai mereka melukis struktur jantung

    tersebut.

    5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH

    5.2.1 Analisis pemerhatian

    Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan terhadap

    kumpulan sasaran didapati bahawa;

    Pelajar teruja mencuba teknik melukis struktur jantung

    mengikut aturan.

    Pelajar lebih berkeyakinan melabel struktur jantung dan

    membuang tanggapan mengingat struktur jantung adalah

    susah

    Pelajar lebih berkeyakinan menulis peratus daya ingatan

    untuk melabel struktur jantung.

    Pelajar lebih mampu untuk menjelaskan fungsi setiap

    struktur jantung

    Pelajar dapat mengecam kelainan yang wujud berdasarkan

    kebiasaan.

    Suasana pembelajaran di dalam kelas lebih baik apabila

    pelajar dapat memahami dan menganggap isi kandungan

    mata pelajaran adalah mudah dan senang untuk dikuasai.

    Pelajar berkeyakinan mendapat keputusan peperiksaan

    lebih baik berbanding sebelumnya.

  • 8/12/2019 Laporan Kt 3bestari 2012

    8/14

    LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

    DURASNITA/GC SAINS/2012 8

    5.2.2 Analisis Soal Selidik

    Saya membuat soal selidik berkaitan bab yang dipelajari

    menggunakan respon ya atau tidak .

    i) Sebelum mempelajari teknik I LOVE TO DRAW

    Bilangan Pelajar

    ITEM YA TIDAK

    1. Adakah anda meminati tajuk Blood Circulation andTransport Bab 2, Tingkatan 3, matapelajaran Sains?

    4 6

    2. Pada pandangan anda, adakah tajuk ini sangat susahuntuk difahami?

    4 6

    3. Pada pandangan anda, adakah tajuk ini sangat susahuntuk dikuasai?

    6 4

    4. Pada pendapat anda, adakah anda menerimapembelajaran tajuk ini dengan mudah di dalam kelas?

    5 5

    5. Setujukah anda, bahawa kita perlu banyak membacauntuk lebih memahami dan mengingati tajuk ini?.

    10 -

    6. Jika anda tidak suka membaca, adakah dengan caramembuat latihan dengan kerap lebih mudah untukmenguasai tajuk ini?

    8 2

    7. Kebanyakan pelajar menganggap, tajuk inimenyukarkan mereka untuk mencapai gred yangcemerlang dalam ujian/peperiksaan . Adakah andaberpendapat sebegitu ?.

    6 4

    8. Adakah anda merasakan belajar tajuk ini perlusemata-mata untuk peperiksaan?

    1 9

    9. Adakah anda merasakan mempelajari tajuk inibermakna anda mengenal organ dalaman anda?

    9 1

    10. Jika anda dapat menguasai tajuk ini, adakah andaakan menolong rakan yang lain untuk menguasainya?

    10 -

    Berdasarkan perkara 1 hingga 3 jelas pelajar menyatakan

    pembelajaran tajuk ini susah dan kurang diminati. Berdasarkan

    perkara 5,8, 9 dan 10 pula pelajar bersetuju menunjukkan mereka

    perlu banyak membaca untuk mengingati tajuk ini dan memahami

    bahawa mempelajari Sains bukanlah semata-mata untuk

    peperiksaan sebaliknya untuk mengetahui perihal anggota badan

    juga kebesaran ALLAH S.W.T yang mencipta kejadian manusia.

  • 8/12/2019 Laporan Kt 3bestari 2012

    9/14

    LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

    DURASNITA/GC SAINS/2012 9

    ii) Selepas mempelajari teknik I LOVE TO DRAW

    Skala Likert :1. sangat tidak setuju

    2. tidak setuju3. kurang setuju4. setuju5. sangat setuju

    Bilangan pelajar

    ITEM 1 2 3 4 5

    1. Sains merupakan subjek yang mudah. 4 6

    2. Mengenali struktur jantung sangat mudah denganteknik I LOVE TO DRAW.

    1 4 5

    3. Saya lebih suka menggunakan teknik saya sendiridaripada teknik I LOVE TO DRAW

    2 6 2

    4. Saya mudah memahami bagaimana struktur jantungsetiap satunya berfungsi selepas gurumemperkenalkan teknik I LOVE TO DRAW

    1 8 1

    5. Saya mudah mengingati struktur jantung danfungsinya selepas guru memperkenalkan teknik ILOVE TO DRAW

    2 5 3

    6. Saya rasa lebih seronok belajar tajuk Blood Ciculationand Transport menggunakan teknik I LOVE TODRAW

    1 1 3 3 2

    7. Saya akan menggunakan teknik I LOVE TO DRAWbagi tajuk lain dalam Sains.

    1 3 5 1

    8. Saya akan menggunakan teknik I LOVE TO DRAWuntuk matapelajaran lain . 1 7 1

    9. Teknik I LOVE TO DRAW membantu meningkatkandaya kreativiti saya.

    9 1

    Analisis yang saya lakukan pada soal selidik selepas pelajar

    mempelajarai teknik I LOVE TO DRAW adalah menggunakan

    skala likert dan bukannya sekadar ya atau tidak. Ini dapat

    memberikan gambaran yang lebih jelas tentang keberkesanan

    penggunaan teknik ini. Berdasarkan perkara 2, 4, 5 dan 9 jelas

    pelajar memberikan respon setuju dan sangat setuju tentang

    kebaikan dan kelebihan menggunakan teknik ini.

  • 8/12/2019 Laporan Kt 3bestari 2012

    10/14

    LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

    DURASNITA/GC SAINS/2012 10

    iii) Soal selidik berkaitan teknik I Love to Draw

    Skala Likert :1. sangat tidak setuju2. tidak setuju

    3. kurang setuju4. setuju5. sangat setuju

    Bilangan pelajar

    ITEM 1 2 3 4 5

    1. Pada pandangan anda, adakah teknik I LOVE TODRAW memudahkan anda mengingat tajuk ini ?

    2 6 2

    2. Pada pandangan anda, adakah teknik ILOVE TODRAW memudahkan anda menguasai tajuk ini?

    1 3 4 2

    3. Pada pandangan anda, adakah teknik I LOVE TODRAW memudahkan anda memahami tajuk ini?

    3 4 3

    4. Pada pandangan anda, adakah teknik I LOVE TODRAW memudahkan anda menjawab soalan ujian? 9 1

    5. Adakah anda juga akan gunakan teknik ini untuk bab-bab lain dalam sains?

    2 5 3

    6. Adakah anda akan memaklumkan teknik ini kepadarakan-rakan lain?

    1 8 1

    7. Setujukah anda teknik ini dapat meningkatkanpencapaian sains anda dalam ujian/peperiksaan?

    2 6 2

    8. Setujukah anda teknik ini juga boleh digunakan untukmata pelajaran lain?

    2 1 5 2

    9. Setujukah anda jika guru memfokuskan kepada teknikini dalam pengajaran dan pembelajaran sains?

    3 5 2

    10. Adakah anda lebih berminat untuk mempelajari Sainssetelah mengetahui teknik ini?

    1 7 2

    Analisis pendapat pelajar mengenai kebaikan menggunakan teknik

    ini menunjukkan sebahagian besar setuju dan sangat setuju

    memudahkan mereka mengingati tajuk ini. Perkara 1, 3 , 4 dan 9

    jelas menunjukan reaksi positif pelajar terhadap teknik ini.

    5.2.3 Analisis Temubual Pelajar

    Berdasarkan temubual secara tidak langsung semasa sesi

    pengajaran dan pembelajaran berlangsung pelajar teruja

    menggunakan teknik I LOVE TO DRAW dalam mempelajari

  • 8/12/2019 Laporan Kt 3bestari 2012

    11/14

    LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

    DURASNITA/GC SAINS/2012 11

    struktur jantung dan fungsi. Apatah lagi perasaan bangga ada

    dalam diri mereka kerana mereka menjadi sebahagian bahan

    kajian untuk peningkatan prestasi Sains PMR.

    5.2.4 Analisis Ujian Bulan 1, Ujian Pra, Peperiksaan Pertengahan Tahun,

    Ujian Pos dan Peperiksaan Percubaan PMR

    Perbandingan pencapaian pelajar dalam ujian 1, ujian pra,

    peperiksaan pertengahan tahun, Ujian pos dan peperiksaan

    percubaan PMR adalah seperti berikut;

    Ujian 1 Ujian Pra(5 markah)

    PeperiksaanPertengahan

    Tahun(7 markah)

    Ujian Pos( 15 markah)

    PeperiksaanPercubaan

    PMR

    A 66 2 3 14 55

    B 40 2 3 15 60

    C 40 1 2 12 42

    D 50 0 2 15 52

    E 54 5 1 15 43

    F 46 2 2 11 52

    G 34 1 3 15 30

    H 32 2 1 15 50I 32 1 1 10 40

    J 40 1 2 15 68

    Dapatan ujian 1, menunjukkan 3 pelajar gagal mata pelajaran

    Sains. Ujian pra menunjukkan seorang pelajar yang salah semua 5

    soalan dan seorang pelajar yang betul semua 5 soalan. Dapatan

    peperiksaan pertengahan tahun hanya berdasarkan soalan kertas

    2 berkaitan jantung yang memberi nilai 7 markah. Tiada pelajar

    yang berjaya memperolehi 50% betul bagi soalan tersebut. Paling

    tinggi hanyalah 3 markah daripada 7 markah yang diperuntukkan.

  • 8/12/2019 Laporan Kt 3bestari 2012

    12/14

    LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

    DURASNITA/GC SAINS/2012 12

    Ujian pos selepas kajian dijalankan menunjukkan pelajar boleh

    lulus mata pelajaran sains. Matlamat saya supaya gagal sifar bagi

    mata pelajaran sains tercapai selepas Ujian pos dijalankan. Ujian

    pos hanya mengandungi soalan berkaitan struktur jantung sahaja.

    Namun 1 pelajar telah gagal dalam peperiksaan percubaan PMR.

    Soalan berkaitan jantung hanya pada nombor 29 kertas 1.

    Diharapkan pada peperiksaan PMR sebenar, pencapaian Sains

    bagi kelas 3 Bestari adalah 100 peratus lulus.

    5.3 PELAKSANAAN TINDAKAN

    Kajian tindakan ini saya laksanakan dalam tempoh 6 bulan bermula Mac 2012

    selepas keputusan Ujian 1 diketahui sehinggalah keputusan peperiksaan

    percubaan PMR. Pada penghujung bulan Mac 2012, saya menyiapkan soal

    selidik berkaitan Bab 2. Seterusnya saya mengambil 1 sesi kelas pagi (7.15-

    7.45 pagi) untuk mengedarkan kepada pelajar soal selidik sebelum mempelajari

    teknik I LOVE TO DRAW. 3 sesi kelas pagi pula diambil untuk melatih pelajar

    melukis menggunakan teknik I LOVE TO DRAW. Kajian dijalankan di makmal

    Sains. Pelajar melukis rajah jantung pada helaian kertas yang dibekalkan.

    Seterusnya 1 sesi kelas pagi pula diambil untuk pelajar melukis struktur jantung

    dan melabel tanpa merujuk kepada mana-mana buku rujukan. Selain itu pelajar

    juga diminta menulis berapa peratus ingatan mereka mengenai struktur jantung

    dengan menggunakan teknik yang dipelajari. Semua pelajar yang hadir kelas

    pagi terlibat dengan soal selidik serta sesi latihan. Namun hanya 10 pelajar

    sahaja yang dipilih sebagai responden kajian. Tumpuan untuk pelajar berikutnya

  • 8/12/2019 Laporan Kt 3bestari 2012

    13/14

    LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

    DURASNITA/GC SAINS/2012 13

    adalah untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun. Namun, keputusan

    agak mengecewakan kerana tiada pelajar yang berjaya memperolehi 50% betul

    bagi soalan berkaitan jantung pada kertas 2. .Maka teknik I LOVE TO DRAW

    dipraktikkan sekali lagi di makmal pada 1 sesi kelas pagi. Selain itu, pelajar juga

    dipesan untuk membuat latihan sendiri dengan melukis struktur jantung dan

    melabel tanpa rujukan di rumah. Ujian pos dijalankan pada pertengahan Jun

    2012 dan akhirnya percubaan PMR. Soal selidik berikutnya diedarkan selepas

    percubaan PMR.

    5.4 REFLEKSI KAJIAN

    Pencapaian pelajar dalam ujian 1 dan percubaan PMR menunjukkan perbezaan

    yang ketara apabila 9 pelajar menunjukkan peningkatan dan hanya 1 pelajar

    yang markah peperiksaan percubaan PMR nya lebih rendah berbanding Ujian 1.

    3 pelajar gagal dalam Ujian 1 namun hanya 1 pelajar sahaja yang gagal dalam

    peperiksaan Percubaan PMR. Pelajar 3 Bestari keseluruhannya adalah pelajar

    di tahap baik dan sederhana, namun jika ada usaha dan kesungguhan mereka

    boleh berjaya mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang. Bimbingan

    berterusan perlu diberikan dan kesabaran yang tinggi sangat perlu dalam

    membimbing dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran kelas mereka

    kerana segelintir pelajar lelaki yang gemar berbual dan menganggu tumpuan

    pelajar lain. Sikap mereka dapat saya ubah, dengan menunjukkan kesungguhan

    untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran tanpa mengira faktor disiplin

    mereka di dalam kelas. Mereka berbangga kerana terpilih untuk memulakan

    kelas pagi seawal April serentak dengan kelas terpandai iaitu tingkatan 3RK1

  • 8/12/2019 Laporan Kt 3bestari 2012

    14/14

    LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

    DURASNITA/GC SAINS/2012 14

    berbanding tingkatan 3 yang lain. Perhatian yang mereka terima daripada saya

    membuktikan bahawa saya tidak hanya mengutamakan kelas pandai sahaja

    untuk dibimbing sebaliknya bersikap adil terhadap semua kelas sama ada

    pelajarnya pandai atau lemah. Semua yang hadir ke kelas pagi terlibat dalam

    kajian ini dan memberikan kerjasama sepenuhnya, malah mereka merasa kecil

    hati jika saya tidak menghulurkan borang soal selidik kepada mereka. Saya akan

    terus menggunakan teknik ini bagi pelajar tingkatan 3 yang akan saya ajar pada

    tahun hadapan, selain membuat kajian terhadap teknik lain.

    6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

    Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut. :-

    Mengguna pakai teknik I LOVE TO DRAW untuk bab 1 Respiration dan bab

    3 Excretion.

    Melukis struktur paru-paru dan ginjal menggunakan teknik I LOVE TO

    DRAW

    Semoga hasil kajian saya ini dapat dimanfaatkan oleh guru-guru Sains yang lain untuk

    menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran Sains lebih menarik dan berkesan.

    GURU KREATIF + GURU RAJIN + GURU PENYAYANG + GURU EMPATI+ GURU PENYABAR+ PELAJAR BAIK

    + +

    Suasana Pengajaran &

    Pembelajaran Kondusif

    Sikap Positif Pelajar &

    Rajin Berusaha

    KEJAYAAN PMR 2012

    Motivasi berterusan &

    Sikap positif guru

    Bekerjasama menepati

    masa & berdisiplin