laporan keadaan disiplin

5
SK Taman Maluri 2014 Jln Wirawati 6,Taman Maluri 55100 Kuala Lumpur LAPORAN KEADAAN DISIPLIN Disiplin di SK Taman Maluri adalah terkawal. Sebenarnya masalah disiplin sering dilakukan oleh segelintir pelajar yang sama. Murid-murid ini datang daripada keluarga yang bermasalah, seperti ibu bapa bercerai, ibu atau kedua-duanya sudah meninggal, kekurangan kewangan dan keluarga yang langsung tidak peduli hal anak mereka. Salahlaku yang melibatkan murid ini termasuk ponteng sekolah, enggan patuh perintah pengawas atau guru, mengejek nama rakan atau keluarga, mencuri, bergaduh dengan rakan, dan sering datang lewat ke sekolah. Tindakan yang diambil oleh sekolah sememangnya mematuhi dan mengikuti peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan / Kementerian. Tindakan ini termasuklah memberikan amaran / teguran, merekodkan salahlaku dalam sistem e- disiplin, kaunseling, telefon ibubapa, merotan oleh guru besar, gantung sekolah dan pecat sekolah. Yang malangnya ialah sesetengah ibu bapa yang dihubungi melalui telefon tidak kesampaian kerana nombor telefon yang diberikan adalah palsu. Sama juga dengan surat-menyurat. Kadang-kadang, surat yang dihantar tidak diterima oleh si penerima kerana enggan menerimanya atau salah alamat. Walau bagaimanapun, sesetengah ibu bapa bersikap positif dan datang ke sekolah untuk merunding dengan guru berkenaan. Dari soal selidk yang dijalankan oleh guru disiplin, masalah datang lewat tidak 100% kesalahan terletak pada murid, tetapi datangnya dari ibubapa murid itu sendiri. Oleh itu diharap kerjasama ibubapa dapat memastikan anak-anak

Upload: zailansktm

Post on 21-Nov-2015

48 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

LAPORAN KEADAAN DISIPLIN

SK Taman Maluri 2014Jln Wirawati 6,Taman Maluri

55100 Kuala Lumpur

LAPORAN KEADAAN DISIPLINDisiplin di SK Taman Maluri adalah terkawal. Sebenarnya masalah disiplin sering dilakukan oleh segelintir pelajar yang sama. Murid-murid ini datang daripada keluarga yang bermasalah, seperti ibu bapa bercerai, ibu atau kedua-duanya sudah meninggal, kekurangan kewangan dan keluarga yang langsung tidak peduli hal anak mereka.

Salahlaku yang melibatkan murid ini termasuk ponteng sekolah, enggan patuh perintah pengawas atau guru, mengejek nama rakan atau keluarga, mencuri, bergaduh dengan rakan, dan sering datang lewat ke sekolah.

Tindakan yang diambil oleh sekolah sememangnya mematuhi dan mengikuti peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan / Kementerian. Tindakan ini termasuklah memberikan amaran / teguran, merekodkan salahlaku dalam sistem e-disiplin, kaunseling, telefon ibubapa, merotan oleh guru besar, gantung sekolah dan pecat sekolah. Yang malangnya ialah sesetengah ibu bapa yang dihubungi melalui telefon tidak kesampaian kerana nombor telefon yang diberikan adalah palsu. Sama juga dengan surat-menyurat. Kadang-kadang, surat yang dihantar tidak diterima oleh si penerima kerana enggan menerimanya atau salah alamat. Walau bagaimanapun, sesetengah ibu bapa bersikap positif dan datang ke sekolah untuk merunding dengan guru berkenaan.Dari soal selidk yang dijalankan oleh guru disiplin, masalah datang lewat tidak 100% kesalahan terletak pada murid, tetapi datangnya dari ibubapa murid itu sendiri. Oleh itu diharap kerjasama ibubapa dapat memastikan anak-anak mereka sampai ke sekolah mengikut masa yang ditetapkan. Hal ini dapat memastikan proses pembelajaran dan psikologi mereka bersedia sepenuhnya. Pihak sekolah dan lembaga disiplin telah menjalankan motivasi dan kempen datang awal ke sekolah kepada murid-murid yang didapati selalu lambat ke sekolah.Oleh kerana murid sekolah ini suka keluar beramai-ramai ke tandas atau kedai buku semasa pertukaran kelas, pihak sekolah kini menggunakan sistem pas dimana dalam satu masa hanya 2 orang murid diberi kebenaran keluar dan setiap murid yang keluar mesti menunjukkan pasnya. Jika tidak, dia akan didenda.

Dari segi pengawasan, pihak sekolah sudah menganjurkan kursus peningkatan kepimpinan pengawas bertujuan untuk bertambah ilmu dan kemahiran pengawas untuk menjalankan tugas dengan lebih keyakinan. Kerjasama dengan pihak polis juga dipereratkan lagi untuk mengawal menularnya gejala-gejala sosial yang tidak diingini di kalangan murid sekolah rendah. Sekolah ini di bawah pengawasan seorang pegawai polis perhubungan sekolah iaitu Sarjan Shamsuri dari IPP Cheras.ISU-ISU PELAJAR YANG PERLU DITANGANI SEGERA

1.Datang lambat ke sekolah.

2. Soal ponteng sekolah 3.Pelajar berkeliaran (mundar mandir) masa belajar tidak masuk kelas, sembunyi tempat-tempat tertentu.

4.Penampilan Pelajar - kekemasan dan kerapian, kebersihan diri pelajar / pakaian dan lain-lain.

5.Penglibatan pelajar dengan kebersihan persekitaran kelas, bangku dan tandas.

6.Adab dan hormat pelajar - bahasa yang digunakan di sekolah hendaklah dipastikan tidak sama dengan bahasa di pasar - kesat dan kurang manis di dengar.

7.Vandalism / merosakkan harta benda sekolah.

8.Pergaduhan di dalam kelas9.Tidak siapkan tugasan / kerja rumah yang diberi.

10. Pelajar yang mempunyai tingkahlaku yang burukJENIS SALAHLAKU PELAJAR

1.Bergaduh / Bertumbuk / Bertengkar

2.Mengancam / Peras ugut / Ragging

3.Ponteng Sekolah dan lewat ke sekolah 4.Kes Jenayah / Mencuri / Menipu

5.Merosakkan harta benda sekolah / awam

6.Sering menimbulkan masalah pada guru, pentadbir, sekolah & ibubapa

7.Sukar di kawal oleh guru / pihak sekolah dan ibubapa

SURAT AMARAN PONTENGSURATHARI TIDAK HADIR(PONTENG BERTURUT-TURUT)HARI TIDAK HADIR(PONTENG BUKAN BERTURUT-TURUT)

Amaran PertamaHari Ke-2Hari Ke-10

Amaran Kedua7 Hari Selepas Amaran Pertama10 Hari Selepas Amaran Pertama

Amaran Terakhir7 Hari Selepas Amaran Kedua20 Hari Lagi Selepas Amaran Kedua

Buang Sekolah14 Hari Selepas Amaran Terakhir20 Hari Selepas Amaran Terakhir

Buang Sekolah31 Hari60 Hari

SURAT AMARAN PONTENG