laporan kajian tindakan pen. moral

16
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN SAYA & CALON PENDIDIKAN KHAS (BUTA & RABUN) DALAM P&P PENDIDIKAN MORAL SPM Oleh: Puvaneswari Vadivelloo Guru Cemerlang SMK Alma, BM 2011

Upload: puvaneswari-punis

Post on 26-May-2015

4.919 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan kajian tindakan pen. moral

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

SAYA & CALON PENDIDIKAN KHAS (BUTA & RABUN) DALAM P&P PENDIDIKAN MORAL SPM

Oleh:Puvaneswari Vadivelloo

Guru Cemerlang SMK Alma, BM

2011

Page 2: Laporan kajian tindakan pen. moral

SAYA DAN CALON PENDIDIKAN KHAS (BUTA & RABUN) DALAM P&P PENDIDIKAN MORAL SPM

Oleh

Puvaneswari VadivellooGuru CemerlangSMK Alma, BM

Abstrak

Falsafah Pendidikan Khas menegaskan bahawa kepentingan setiap kanak-kanak mempunyai

perbezaan dalam diri sendiri dan antara individu. Didapati bahawa pendidikan khas

merupakan salah satu daripada cabang yang ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran di bawah

Jabatan Pendidikan Khas yang telah menyediakan sekolah khas bagi kanak-kanak yang

menghadapi masalah penglihatan, pendengaran dan penglihatan. Program pendidikan ini

dijalankan di sekolah pendidikan khas dan melalui program integrasi sekolah biasa.Seseorang

guru yang mengajar pelajar khas sebenarnya menggunakan pelbagai kaedah dalam proses

pengajarannya. Penggunaan kaedah-kaedah ini ada yang bersesuaian dan ada yang kurang

bermanfaat. Cabaran pengendalian proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) menjadi lebih

rumit sekiranya guru yang mengajar itu bukan guru pendidikan khas atau guru yang belum

pernah menerima sebarang kursus berkaitan program pendidikan khas. Pada tahun ini, saya

mempunyai tiga orang pelajar pendidikan khas yang akan menduduki peperiksaan SPM

Pendidikan Moral. Persoalannya, bagaimanakah akan saya membimbing pelajar-pelajar ini

dalam menghadapi SPM dan seterusnya meningkatkan gred pencapaian GPMP sekolah saya?

Saya perlu meningkatkan peratus pencapaian Pendidikan Moral SPM lebih tinggi berbanding

tahun lepas ( Rujuk Jadual 1)

Page 3: Laporan kajian tindakan pen. moral

ANALISIS KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPMPENDIDIKAN MORAL 1225/1 SMK ALMA BM

TAHUN 2010

PENCAPAIANA+ A A- B+ B C+ C D E Bil

Lulus% Lulus

Bil Gagal

% Gagal

GPMP2010

GPMP2009

2010 3 3 1 6 1 1 2 1 18 78.26 5 21.74 4.39 6.54

Keputusan yang diperolehi telah meningkat dengan amat baik iaitu dari 66.67% (2009) ke 78.26% (2010). Kadar GPMP juga telah bertambah baik iaitu dari 6.54 (2009) kepada 4.39 (2010).

Jadual 1: Keputusan SPM Pendidikan Moral SMK Alma BM-2010

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kajian Tindakan ini dijalankan mengikut empat langkah iaitu merancang, bertindak,

memerhati dan merenung. Sebelum menjalankan kajian, perancangan yang teliti perlulah

dibuat terlebih dahulu supaya penyelidik dapat memahami apa yang akan dilaksanakan.

Melalui perancangan yang teliti dan dengan langkah yang terancang, kajian dapat dijalankan

dengan teratur dan tepat ke arah mencapai matlamat kajian. Langkah-langkah tersebut

disenarai mengikut urutan. Perancangan kajian bermula dengan mencari atau mengenal pasti

masalah yang wujud ketika mengajar dalam bilik darjah. Masalah saya bermula dengan

kehadiran pelajar pendidikan khas dalam Pendidikan Moral yang akan menduduki SPM

tahun ini. Saya tidak pasti bagaimanakah pelajar seramai tiga orang ini akan menyumbang

dalam peratus Pendidikan Moral SPM tahun ini? Dalam proses pembelajaran lazimnya

kemahiran yang dipelajari adalah saling berkait. Calon pendidikan khas ini akan mengalami

kesukaran untuk memahami dan menguasai kemahiran yang lebih tinggi sekiranya kemahiran

yang lebih rendah atau awal tidak dikuasai dengan baik. Oleh itu, saya sebagai guru perlu

memahami masalah yang dihadapi oleh pelajar pendidikan khas ini dengan terperinci

sebelum merancang langkah-langkah pembaikan (Jeya Velu,et.al. 2000).

Page 4: Laporan kajian tindakan pen. moral

2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Mata pelajaran Pendidikan Moral merupakan satu mata pelajaran wajib lulus bagi

calon bukan bumiputera dalam SPM. Tanpa kelulusannya calon bukan bumiputera sukar

untuk melanjutkan pelajaran di IPTA tempatan. Di sekolah saya, mata pelajaran ini adalah di

bawah bidang Kemanusiaan dan jumlah waktu P&P bagi tingkatan menengah atas ialah 4

waktu berbeza dengan sekolah-sekolah lain yang hanya menawarkan 3 waktu sahaja. Semua

calon SPM bukan bumiputera adalah diwajibkan mengambil kertas ini. Hal ini menyebabkan

guru mengajar pelajar yang bertahap pencapaian akademik yang pandai, sederhana dan

lemah. Dalam P&P, saya kerapkali menghadapi masalah menerangkan definisi nilai kepada

calon pendidikan khas ini. Malah mereka juga kurang atau tidak mengulangkaji definisi nilai

yang telah dipelajari di sekolah. Mereka juga tidak mahu bertanya jika mereka tidak

memahami nilai atau tidak pasti dengan definisi nilai kepada saya atau rakan yang tahu

kerana takut dilabel sebagai pelajar lemah. Selain itu mereka kurang atau tidak membuat

langsung latihan secara kendiri. Keadaan ini mungkin disebabkan kerana mereka

bertanggapan bahawa mereka tidak mampu menghafal kesemua 36 nilai dan definisinya.

Latihan yang saya beri sebagai kerja rumah atau kerja lebihan tinggal latihan sahaja.

Apabila disuruh menjawab dalam kelas, mereka teragak-agak untuk menjawabnya. Perasaan

kecewa mendapat murid-murid seperti ini kekadang wujud dalam diri dan jiwa saya. Tetapi

itu tidak bermakna tiada tindakan yang drastik saya ambil. Pelbagai cara atau kaedah yang

telah saya gunakan untuk menarik minat pelajar pendidikan khas ini terhadap mata pelajaran

Pendidikan Moral ini. Walaupun disedari bahawa untuk mencapai kejayaan yang cemerlang

dalam subjek ini adalah sesuatu yang mustahil bagi pelajar-pelajar ini, tetapi usaha tetap

dijalankan sekurang-kurangnya keputusan peperiksaan SPM kelak akan bertambah baik.

Bagaimanapun pelajar-pelajar khas yang mengambil subjek ini mempunyai akhlak

yang baik dan terpuji. Mereka tidak pernah mengwujudkan sebarang masalah dalam kelas

mahupun sekolah. Hal ini dapat membantu saya melaksanakan proses pengajaran dan

pembelajaran dengan baik dan lancar. Hanya bunyi bising mesin Braille yang digunakan oleh

mereka untuk menaip kekadang mengganggu kesunyian kelas atau pusat sumber. Keadaan ini

tidak dapat dielakkan kerana ia merupakan keperluan asas mereka. Saya terpaksa mengubah

cara pemikiran dan harus menerima keadaan mereka dengan hati yang terbuka dan memberi

perhatian yang lebih kepada mereka semasa P&P.

Page 5: Laporan kajian tindakan pen. moral

3.0 ISU KEPRIHATINAN

Kajian yang dijalankan adalah berfokus kepada cara atau strategik P&P yang

digunakan ketika mengajar pelajar-pelajar ini. Daripada pemerhatian saya, pelajar-pelajar ini

sering menganggap Pendidikan Moral sebagai satu mata pelajaran yang sukar. Saya

mendapati mereka belajar dalam keadaan tekanan dan saya sentiasa mengingatkan bahawa

subjek ini perlu dilihat dari aspek yang positif. Hal ini kerana kandungan subjek Pendidikan

Moral sebenarnya adalah berkaitan dengan kehidupan mereka seharian. Oleh itu wujud idea

untuk menggunakan teknik hafalan , iaitu 1 Hari 1 Nilai 1 Definisi. Saya menyuruh ketiga-

tiga pelajar khas ini untuk menghafal 1 nilai 1 definisi. Saya juga menyatakan bahawa setiap

kali waktu Pendidikan Moral mereka (pelajar khas) ini perlu membacakan nilai dan

definisinya kepada saya. Mereka juga perlu menaipnya sebagai pengukuhan. Strategik ini

saya jalankan selama 7 bulan dan hasilnya cukup memuaskan. Percaya atau tidak, ketiga-tiga

calon pendidikan khas saya ini kini jauh lebih mahir berbanding dengan calon normal.

Mereka dapat menyenaraikan kesemua 36 nilai dan definisnya tanpa sebarang masalah.

Melalui cara ini juga, saya dapati pelajar-pelajar ini mempunyai memori ingatan yang baik.

Teknik yang saya laksanakan ini adalah sebagai salah satu galakan kepada pelajar-pelajar ini

serta dapat menambah keyakinan kepada mereka bahawa subjek ini tidak terlalu sukar seperti

mana disangkakan oleh mereka.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini dijalankan,pelajar-pelajar pendidikan khas diharapkan akan mencapai

objektif seperti berikut.:

4.1 Objektif Umum

Meningkatkan pemahaman mereka terhadap subjek Pendidikan Moral. Mereka diharapkan

dapat menjawab SPM dengan motivasi yang tinggi dan positif

4.2 Objektif Khusus

• Membantu guru mengenal pasti kaedah atau pendekatan mengajar dan amalan mengajar

yang lebih berkesan kepada pelajar pendidikan khas

• Membantu pelajar pendidikan khas supaya dapat memahami nilai dan definisi nilai.

• Meningkatkan pemahaman pelajar pendidikan khas terhadap mata pelajaran ini

• Membantu pelajar pendidikan khas meningkatkan pencapaian dalam mata pelajaran ini.

Page 6: Laporan kajian tindakan pen. moral

5.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran dalam kajian ini ialah 3 orang pelajar perempuan pendidikan khas:

seorang pelajar rabun dan dua orang pelajar buta. Ketiga-tiga pelajar ini mempunyai tahap

pencapaian markah yang agak sederhana sahaja dalam Ukian Kemajuan 1(UK1) yang telah

diadakan pada awal tahun 2011 (Rujuk Jadual 2).Pada kebiasaannya dalam setiap ujian atau

peperiksaan, kadang-kadang mereka lulus atau kadang-kadang mereka gagal. Dalam

kalangan pelajar ini minat terhadap mata pelajaran Pendidikan Moral adalah sederhana

kerana menurut mereka subjek ini adalah susah dan sukar.

6.0 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN

6.1 Tinjauan Awal

Saya mendapati markah ujian UK1 yang diperoleh oleh pelajar-pelajar pendidikan khas ini

amat sederhana. Sedangkan kandungan ujian UK1 yang digubal oleh saya sendiri ini tidak

terlalu banyak menyoal mengikut skema SPM. Saya hanya menguji tahap pemahaman

mereka dari aspek definisi dan kata kunci. Selain itu saya hanya menurunkan dua soalan

struktur pada aras mudah mengikut JSU Pendidikan Moral (Rujuk Lampiran 1). Namun

pencapaian markah mereka tidak boleh dibanggakan. Oleh itu saya terdorong untuk membuat

satu kajian berkenaan pencapaian mereka. Saya ingin meneroka dimanakah kelemahan

mereka ketika menjawab soalan peperiksaan.

6.2 Analisis Tinjauan Masalah

Hasil daripada temubual saya dengan pelajar-pelajar khas ini secara rawak bermula selepas

markah ujian diperoleh. Saya dapat merumuskan bahawa pelajar-pelajar saya ini tidak

memahami cara atau teknik untuk menjawab soalan Pendidikan Moral berformat SPM.

Mereka hanya menjawab mengikut cara tersendiri seperti menjawab soalan struktur

pemahaman Bahasa Melayu. Perhatian pada kata kunci nilai tidak sama sekali diaplikasikan

oleh mereka dalam jawapan. Mengikut pengalaman mereka ketika di Tingkatan 4, mereka

tidak didedahkan langsung dengan teknik jawapan yang betul. Yang aneh ialah pelajar-

pelajar ini tidak sama sekali mengetahui bahawa format menulis jawapan struktur dan esei

adalah bergantung pada peruntukan markah setiap soalan. Malah yang lebih mengejutkan

saya ialah mereka tidak tahu apakah itu : W + KK+ S (W = Watak , KK = Kata Kunci dan S

= Situasi). Keadaan ini amat mendukacitakan saya, kerana inilah yang merupakan teknik

paling penting dalam menjawab soalan peperiksaan nanti.

Page 7: Laporan kajian tindakan pen. moral

6.3 Tindakan Yang Dijalankan

Daripada tinjauan masalah yang telah dibuat, saya berpendapat bahawa amat penting bagi

saya untuk mewujudkan satu teknik atau kaedah pengajaran yang dapat membantu pelajar

pelajar khas ini untuk skor markah yang cemerlang dalam kertas Pendidiakan Moral SPM.

Oleh itu, teknik 1 Hari 1 Nilai 1 Definisi dimulakan dengan memberi tumpuan yang lebih.

Setiap kali waktu Pendidikan Moral, pelajar-pelajar ini diwajibkan untuk membaca nilai,

definisi dan kata kuncinya kepada saya sebelum memulakan sesi pengajaran. Malah saya juga

memastikan mereka menaip apa yang dibacakan kepada saya agar mereka tidak lupa begitu

saja. Kaedah ini saya jalankan setiap waktu P&P Pendidikan Moral dan saya mendapati

keberkesanannya amat positif. Selepas peringkat tersebut, saya mengunakan teknik saya

sendiri untuk membolehkan pelajar-pelajar ini mengetahui cara menulis jawapan struktur.

Menurut Akta Pendidikan (1996), Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) Jilid

41.No.26.Tambahan No.94.Perundangan yang berkuatkuasa pada 1 Januari 1998 di Bahagian

II menyatakan bahawa dalam melaksanakan Kurikulum Pendidikan Khas, guru-guru boleh

mnegubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran masa bagi aktiviti dan

suasana aktiviti matapelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat

Pendidikan Khas. Berdasarkan kepada kebebasan inilah, saya seringkali mengubah teknik

pengajaran bersesuaian dengan tahap kebolehan mereka. Teknik yang saya gunakan untuk

mereka ini selalunya tidak sama dengan pelajar normal.

Dalam pada itu, saya juga menekankan bahawa setiap soalan struktur perlu ditulis

dengan mengambil perhatian pada peruntukan markah yang diberi. WKKS perlu diterapkan

mengikut peruntukan markah yang diturunkan. Saya juga mengingatkan pelajar-pelajar ini

agar berhati-hati semasa menjawab soalan struktur terutamanya yang memerlukan contoh.

Di peringkat awal pengajaran saya banyak menggunakan kaedah penerangan dan latih tubi

menaip (ini dijalankan oleh dua orang pelajar buta) dan latih tubi menulis untuk pelajar

rabun. Langkah ini dapat memahirkan mereka dalam menulis jawapan yang betul. Saya

dapati langkah ini amat berkesan kerana pelajar mula mahir dengan cara menulis jawapan

yang betul. Pada peperiksaan Pra Percubaan yang dijalankan oleh saya, markah pencapaian

ketiga-tiga calon ini amat membanggakan. Malah mereka sendiri telah mengaku bahawa

mereka kini lebih confident ketika menjawab soalan Pendidikan Moral.

Page 8: Laporan kajian tindakan pen. moral

6.4 Pemerhatian

Saya menjalankan kajian dengan menggunakan kaedah seperti yang diterangkan di atas

selama tujuh bulan. Sepanjang kajian dilaksanakan perubahan tingkah laku pelajar dapat

diperhatikan. Mereka juga turut terlibat dalam perbincangan secara kelas bersama-sama

pelajar normal yang lain. Pelajar yang pada peringkat permulaanya berasa malu dan tidak

aktif telah menunjukkan perubahan sikap yang lebih baik. Mereka aktif dan sering memberi

respon semasa P&P. Malah cara ini sedikit demi sedikit memberikan keyakinan kepada

mereka bahawa mereka boleh belajar Pendidian Moral melalui multikaedah dan bukannya

dengan satu kaedah sahaja.

6.5 Analisis Ujian

Jadual 2 menunjukkan markah pencapaian pelajar dalam Ujian Kemajuan 1, Pra Percubaan

dan Percubaan SPM 2011. Markah ini direkod untuk melihat prestasi pelajar dalam

menjawab soalan.

Jadual 2. Pencapaian pelajar SMK Alma BM dalam Ujian Kemajuan 1, Pra Percubaan

dan Percubaan SPM Pendidikan Moral SPM 2010

Calon Khas

P.Moral

Uijan Kemajuan 1 Pra

Percubaan

Percubaan SPM Catatan

Rabun 50 76 85

Buta 35 42 60

Buta 22 40 56

Pencapaian ketiga-tiga calon khas ini telah meningkat dari paras lemah ke paras baik.

Misalnya, dalam UK1 keputusan menunjukkan mereka tidak menjawab dengan bersungguh-

sungguh, manakala keputusan Pra Percubaan pula menunjukkan peningkatan dalam

pencapaian. Walau bagaimanapun, pencapaian kedua-dua calon buta masih berada pada tahap

lulus rendah. Keadaan ini adalah disebabkan cabaran yang dihadapi oleh mereka dalam

menjawab dengan Braille dan proses pentafsiran jawapan ke rumi oleh guru pendidikan khas.

Saya beranggapan kebarangkalian kewujudan kesilapan ketika proses pentafsiran oleh guru

khas mungkin tinggi. Ini kerana guru khas bukan guru opsyen pendidikan Moral. Namun

begitu, pencapaian calon khas ini telah meningkat lagi dalam peperiksaan Percubaan SPM.

Page 9: Laporan kajian tindakan pen. moral

6.6 Refleksi Kajian

Saya berpendapat bahawa sebagai seorang guru, sokongan kepada pelajar amat penting.

Sebagai guru, kaedah atau teknik pengajaran perlu dipelbagaikan untuk menarik minat pelajar

terhadap topik yang diajar. Setiap pelajar mempunyai kecerdasan yang pelbagai. Oleh itu

kreativiti seseorang guru amat penting untuk menghasilkan satu sesi pengajaran yang

menarik. Sebagai guru kita pasti akan berasa bersemangat dan teruja apabila pelajar berkata

‘kami sentiasa menunggu-nunggu kedatangan cikgu’ untuk mengajar kami. Walaupun

kadang-kadang terdapat keputusan ujian mereka tidak mencapai target, tetapi keinginan dan

minat mereka terhadap mata pelajaran tersebut adalah penting. Pelajar adalah golongan yang

sedang belajar, kesilapan dan kegagalan adalah satu proses yang perlu dilalui oleh mereka.

Justeru itu sebagai golongan pendidik yang dedikasi dan prihatin sokongan dan kesabaran

terhadap mereka hendaklah diberikan 100% tanpa rasa berbelah bahagi. Dengan ini, saya rasa

saya telah sedaya upaya membantu ketiga-tiga calon pendidikan khas ini untuk menjawab

SPM Pendidikan Moral dengan baik. Hasil kajian juga membuktikan bahawa teknik

pengajaran yang digunapakai oleh saya telah membuahkan hasil. Saya menaruh harapan yang

besar terhadap ketiga-tiga calon ini untuk mendapat keputusan A+ /A /A-/B+ dalam SPM

nanti.

7.0 KESIMPULAN

Walaupun pada peringkat awal ketiga-tiga calon ini merupakan satu bebanan bagi saya dalam

proses P&P tetapi melalui semangat positif dan kaedah P&P yang digunapakai, akhirnya saya

amat selesa mengajar kumpulan pelajar ini. Malah ada masa, saya rasa mereka jauh lebih

attentive dalam P&P saya berbanding dengan pelajar normal yang lain. Walaupun ada

beberapa cabaran dan halangan ketika mengendalikan P&P untuk mereka, namun ia dapat

diatasi dengan usaha dan sokongan dari pihak pendidikan khas SMK Alma sendiri. Saya telah

menetapkan ketiga-tiga calon khas ini dalam senarai calon harapan A+, A, A- atau B+ untuk

kertas Pendidikan Moral SPM bagi tahun ini. Ini merupakan satu cabaran dan kayu ukur

untuk keberkesanan pengajaran saya sebagai seorang Guru Cemerlang.

Page 10: Laporan kajian tindakan pen. moral

SENARAI RUJUKAN

Akta Pendidikan 1996, Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas), Kementerian

Malaysia.

Arhar, Joanne; Holly, Mary Louise; and Kasten, Wendy C. (2000) Action research for

teachers : traveling the yellow brick road. Upper Saddle River, NJ.: Prentice-Hall.

Armstrong, Felicity, and Moore, Michele, eds. (2004) Action research for inclusive

education: changing places, changing practices, changing minds. London: RoutledgeFalmer.

Cathcart, R.L., & Olsen, J.W.B. (1976). Teachers’ and students’ preferences for correction of

classroom conversation errors. In J.F. Fanselow & R.H. Crymes (eds.), On TESOL ’76

(pp.41-53).Washington, D.C.: TESOL

Che Mansor bin Che Tom. (2000). Jurnal Bestari : Koleksi Guru Johor. Jabatan Pendidikan

Negeri Johor. (hlmn 48).

Chua Yock Chuan .(2001). Personaliti dan Motivasi Pelajar. Jurnal Pendidikan :

PKPSM Johor.(hlmn 61-64).

Jeya Velu,et.al.(2000) Pembangunan Profesional Guru : Kursus Kajian Tindakan Berasaskan

Sekolah. Kota Kinabalu: Maktab Perguruan Gaya

Kohlberg,L., (1974). Education, moral development and faith. Journal of Moral

Education. 4(3), 5-16

Krebs, D.L., Vermeulen, S.C., Benton,K.L., & Carpendale, J.I. (1992). Gender

and perspective differences in moral judgement and orientation. Journal of Moral

Education. Vol. 23(1), 17-25

Purpel,D.E., & Ryan, K (ed). (1976). Moral education. It comes with the

territory. Berkeley, Califronia : Mc Cutchan