laporan kajian tindakan

14
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN TEKNIK PEMBELAJARAN AKTIF DAPAT MENARIK MINAT MURID DALAM P&P KELAS FOKUS KHAS TERHADAP PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN OLEH : PUVANESWARI VADIVELLOO GURU CEMERLANG PSK SMK ALMA BUKIT MERTAJAM 2010

Upload: puvaneswari-punis

Post on 29-Jun-2015

1.793 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

TEKNIK PEMBELAJARAN AKTIF DAPAT MENARIK MINAT MURID DALAM P&P KELAS

FOKUS KHAS TERHADAP

PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN

OLEH :

PUVANESWARI VADIVELLOO

GURU CEMERLANG PSK

SMK ALMA BUKIT MERTAJAM

2010

Page 2: LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

PENDAHULUAN

Kajian tindakan ini disediakan khas untuk murid-murid kelas belakang. Teknik Pembelajaran Aktif yang bervariasi dapat menarik minat murid dalam melibatkan tiga dimensi pembelajaran iaitu dimensi kognitif, sosial dan afektif. Maklumat mengenai kajian :

Tajuk : Teknik Pembelajaran Aktif dapat menarik minat murid

dalam P&P kelas – fokus Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan (PSK)

Jumlah murid : 39 orang dari 5KP2

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti corak pembelajaran yang paling sesuai dan diminati oleh murid-murid kelas belakang dalam mempelajari subjek ters yang tiada peperiksaan seperti Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan ini. Saya telah mula mengajar kelas ini sejak awal tahun ini. Tinjauan awal mendapati , murid-murid kelas ini tidak begitu berminat disebabkan tiada peperiksaan dan hanya belajar dua waktu dalam seminggu. Oleh itu, saya telah mengaplikasikan teknik-teknik Pembelajaran Aktif dalam P&P agar mereka faham tentang apa yang sedang mereka pelajari. Kajian ini telah dijalankan selama 10 bulan, mulai Januari – Oktober 2010.

Dapatan soal selidik menunjukkan murid lebih suka melibatkan diri dalam P&P kelas melalui pembelajaran aktif.

1.0 Refleksi P&P lalu

Langkah saya ke kelas 5KP2 ini, disertai dengan anggapan yang negatif. “Bagaimanakah murid-murid ini nak belajar PSK dengan saya?” Saya lebih suka mengajar kelas hadapan dengan pelbagai teknik P&P, tetapi budak-budak ini pula malas. Nak laksanakan P&P aktif mesti tak jadi, ada yang suka ponteng, kerap keluar, sering digantung

Page 3: LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

sekolah atau dibuang terus.” Huh...payahlah..., biar saya gunakan teknik papan dan kapur saja”.

Ketika saya berada di kelas 5KP2 untuk minggu kedua, tiba-tiba seorang murid bersuara, “ Cikgu, boleh tak kita orang buat lakonan dan demo seperti kelas 5ST yang cikgu buat tempoh hari”? Cikgu tak bagi kami buat projek kumpulan langsung...” Soalan sedemikian telah membangkitkan saya. Saya dengan segera, mula berbual dengan murid-murid ini. Hasil perbualan dan perbincangan bersama mereka, saya dapati mereka lebih suka beraktif dalam P&P daripada duduk dan salin atau dengar ceramah.

Soalan tersebut telah memarakkan api dalam diri saya untuk tidak melepaskan murid-murid ini. Saya bertekad untuk mengajar mereka dengan pengaplikasian teknik Pembelajaran Aktif yang telah saya terima dari pihak PPK. Saya berjanji, saya akan menerapkan nilai“Saya suka belajar Sivik” pada murid-murid ini.

2.0 Fokus Kajian

Fokus kajian saya ialah lebih kepada aplikasi Pembelajaran Aktif. Saya ingin melibatkan murid-murid ini dalam setiap P&P PSK saya samada secara individu, berpasangan atau berkumpulan. Walaupun mereka kurang berpengetahuan sivik dari aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai, tetapi saya akan terapkan aspek-aspek ini dalam diri mereka sepanjang tahun akhir mereka di sekolah ini.

Saya akan menyesuaikan setiap tajuk pengajaran dengan tahap murid saya. Walaupun murid-murid saya menghadapi masalah untuk menyumbangkan idea dan jawapan bagi soalan-soalan secara akademik, namun mereka dapat turut serta dalam P&P PSK dalam kelas. Murid-murid kelas ini sering dilabel sebagai :

Page 4: LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

- Tidak suka belajar- Tidak suka membuat kerja sekolah- Suka bersembang

Dengan mengambil kira aspek-aspek ini, saya yakin P&P Pembelajaran Aktif saya dapat menyekat perlabelan ini sewaktu P&P PSK dan seterusnya dapat membantu mereka lulus kertas PSK. Secara tidak langsung mereka juga akan menunjukkan minat pada subjek-subjek lain.

3.0 Objektif Kajian

Secara umumnya, objektif kajian ini merangkumi dua aspek, iaitu :1) Objektif umum2) Objektif Khusus

3.1 Objektif Umum1. Membentuk murid yang berpengetahuan,

berkemahiran dan bernilai sivik2. Meningkatkan peratus kelulusan PSK dalam ujian

dan peperiksaan dalaman sekolah berbanding dengan subjek-subjek lain.

3. Membolehkan murid kelas belakang turut serta dalam aktiviti P&P dalam kelas.

3.2 Objektif Khusus1. Membantu murid dalam menguasai pelbagai

kemahiran belajar2. Meningkatkan minat murid dalam PSK3. Menanam sikap Aku Pun Boleh pada diri

murid.4. Meningkatkan peratus murid lulus PSK setiap

ujian dan peperiksaan dalaman

4.0 Kumpulan Sasaran

Kajian ini melibatkan kelas 5KP2. Kesemua murid dalam kelas ini berbangsa Melayu.

Page 5: LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

5.0 Metod kajian : Eksperimen - Etnografi - Kajian kes

- Pemerhatian- Soal selidik 1 & 2- Ujian 1 & Ujian 2

5.1.1 Pemerhatian

Saya melakukan pemerhatian sebelum dan selepas kajian untuk mengetahui tingkah laku setiap murid semasa proses P&P. Sebelum kajian saya dapati, murid seolah-olah tidak mahu member respons dan kurang aktif. Harapan mereka sepenuhnya terikat pada buku teks dan guru sahaja. Sikap berfikir “out of the box” tiada langsung. Saya juga mendapati kebanyakan murid lelaki dan segelintir murid perempuan memberi riak muka yang kurang menyenangkan jika saya menyuruh mereka bergerak atau berbincang dalam kumpulan. Ada antara mereka yang tidaak bekerjasama langsung.

5.1.2 (a) Soal selidik 1

Soal selidik ini saya edarkan sebelum aplikasi pembelajaran aktif dalam P&P kelas. Langkah ini merupakan akses kendiri. Murid diberi set soalan-soalan ringkas mengenai topic yang akan saya ajar untuk mendapatkan jawapan. Maklum balas yang saya terima agak pudar, iaitu hamper 70% mengatakan tiada minat dalam PSK.

5.1.2 (b) Soal selidik 2

Boring soal selidik yang sama diedarkan untuk kali kedua selepas aplikasi pembelajaran aktif dalam P&P PSK. Borang ini saya edarkan pada pertengahan bulan Oktober 2010. Hasil maklum balas amat menggembirakan saya sebagai seorang

Page 6: LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

guru. Ramai murid berasa seronok untuk belajar PSK. Melalui soal selidik kedua ini, saya dapat membuat kesimpulan bahawa pembelajaran aktif yang saya kendalikan selama sepuluh bulan dengan kumpulan murid ini sebenarnya telah membuahkan hasil yang cukup bermakna bagi saya.

5.1.3 Ujian sebelum pembelajaran aktif (1)dan selepas pembelajaran aktif (2)

Kedua-dua ujian ini, saya jalankan secara sendiri dari tema ke tema. Ujian-ujian ini ada yang bertulis dan ada yang dijalankan dalam bentuk kuiz, sumbangsaran dan permainan akademik.

5.1.3 (a) Ujian 1

Ujian ini dijalankan untuk menentukan tahap kebolehan dan kecemerlangan murid dalam PSK. Ramai murid mendapati sukar untuk menjawab soalan-soalan mudah seperti :

- Siapakah YDPA Malaysia? (Tema 5)- Apakah maksud wawasan diri (Tema 1)- Contoh badan kerajaan dan bukan kerajaan (Tema 2)- Maksud pendidikan sepanjang hayat ( Tema 1)

5.1.3 (b) Ujian 2

Ujian ini saya jalankan selepas menjalankan sesuatu aktiviti pembelajaran aktif mengikut tema atau unit. Saya mendapati murid dapat menjawab soalan-soalan yang sama dengan mudah tanpa sebarang masalah. Contohnya, ketika saya mengajar unit Pendidikan Sepanjang Hayat dengan kaedah teknik pokok dan teknik tulang ikan secara berpasangan, murid dapat menghasilkan rajah dengan kreatif dan baik. Mereka dapat meletakkan misi hidup mereka dan wawasan diri di puncak rajah dengan mengariskan usaha-usaha

Page 7: LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

yang perlu dilaksanakan untuk mencapai misi tersebut. Produk setiap kumpulan tersebut saya lekatkan pada dinding dalam kelas mereka dan menyuruh setiap murid berjalan mengikut arah jam untuk melihat dan membaca dan menyatakan misi rakan-rakan mereka. (Teknik Galeri Tour)

Dengan pembelajaran aktif sedemikian murid dapat menghasilkan, mempamerkan, berkongsi dan mengambiltahu tentang pendidikan sepanjang hayat dan usaha untuk berjaya dalam hidup masing-masing.

5.2 Teknik-teknik Pembelajaran Aktif

Berikut merupakan antara teknik-teknik pembelajaran aktif yang sering saya guna pakai dalam P&P PSK bersama 5KP2 ini.

- Galeri Tour- Sumbang saran- Choose n Pick- Dictogloss- Me n Mirror- Lakonan dan Simulasi- Penulisan koperatif- Deal or No Deal- Word Craze

5.3 Analisis Tinjauan Masalah

Page 8: LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

Berdasarkan pemerhatian, terdapat perubahan yang mendadak sebelum dan selepas. Sebelum kajian, murid menunjukkan tindakan yang pasif terhadap P&P manakala selepas kajian saya dapat melihat satu corak perubahan yang positif. Saya berasa seolah-olah murid sentiasa menunggu untuk mendapatkan teknik yang baru setiap kali saya masuk ke kelas. Murid juga didapti lebih berkeyakinan untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti P&P. Mereka juga dapat mengangkat tangan untuk menjawab soalan-soalan yang diajukan tanpa perasaan rendah diri. Selain itu, murid juga sering memberi idea dalam jenis aktiviti yang boleh dikendalikan dalam P&P kelas. Ini sekaligus mewujudkan suasana pembelajaran yang konduksif dan memberangsangkan

6.0 Refleksi Kajian

Pencapaian murid dalam Ujian 1 dan Ujian 2 menunjukkan peningkatan yang amat ketara. Penglibatan murid dalam P&P kelas ketika saya mengajar amat positif.

Hasil dapatan kajian mendapati bahawa, teknik pembelajaran aktif sebenarnya dapat membantu murid tanpa mengenal kelas yang diduduki oleh mereka. Kepelbagaian teknik yang digunapakai dalam kelas dapat mewujudkan suasana P&P yang positif. Walaubagaimanapun, terdapat tiga orang murid lelaki yang agak malas dan bersikap sambil lewa. Saya tidak dapat membuat sebarang perubahan pada ketiga-tiga murid ini kerana mereka terlibat dengan masalah disiplin sekolah dan pada pertengahan bulan April mereka tidak lagi bersekolah.

Analisis ujian dan peperiksaan dalaman sekolah PSK bagi tahun 2010 menunjukkan peratus kelulusan yang baik berbanding dengan subjek-subjek yang lain. Selain itu, murid 5KP2 merupakan kumpulan pertama yang dapat menghantar semua folio kerja Khidmat Masyarakat mereka. Kejayaan saya dengan kelas ini amat bermakna kerana akhirnya saya lebih suka mengajar kelas ini berbanding dengan kelas hadapan yang lain.

Page 9: LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

7.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya

Berikut merupakan cadangan untuk kajian seterusnya;

- Mengguna pakai beberapa teknik pembelajaran aktif yang terpilih dalam mengajar topik yang bertema Malaysia Negara Berdaulat

- Guru boleh merekacipta teknik pembelajaran aktif yang lebih bercorak individualistic

- Penggunaan teknik Futuristik dalam pembelajaran aktif.

8.0 Penutup

Hasil dari kajian tindakan yang saya kendalikan ini, saya dapati terdapat perubahan yang positif dari aspek pengajaran guru dan amalan pembelajaran murid. Saya berharap agar hasil kajian ini, dapat dijadikan ikhtibar dan kepada guru-guru yang mengajar kelas-kelas belakang. Ingatlah P&P yang berkesan sebenarnya dibentuk oleh seorang guru.

BIBLIOGRAFI

Alexander, E.R., Helms, M.M. & Wilkin, R.O. (1989). The relationship betweensupervisor communication and subordinate performance and satisfaction amongprofessionals. Public Personnel Management 18(4) Winter: 415-429.

Anatol, K.W.E. Applbaum, R.L. & Koehler, J.W. (1981).OrganizationalCommunications: Behavioral Perspective.Ed. Ke 2. New York: Holt, Rinehart &Wionston.

Flores, M. A. (2001). Person and context in becoming a new teacher. Journal of Educationfor Teaching, 27(2): 135-148.

Page 10: LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

Hodkinson, H. and Hodkinson, P. (1999). Teaching to learn, learning to teach? School-basednon teaching activity in an initial teacher education and training partnership scheme.Teaching and Teacher Education, 15: 273-285.

Mohd. Majid Konting. 2004. Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa & Pustaka.

Lampiran 1

Histogram menunjukkan peratus kenaikan minat belajar murid sebelum dan selepas pembelajaran aktif dalam kelas

Page 11: LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

penglibatan diri dlm P&P

kelas

0%

10%

20%

30%

40%

50%

60%

70%