laporan kajian sejarah moden (dasar pembangunan utk perpaduan dan integrasi)

32
Prepared by;Belaja,Daniel and Kenedy Dpli 2012 1 1. Pengenalan Selepas kemerdekaan, negara menghadapi pelbagai masalah dalaman, terutamanya masalah perpaduan dan intergrasi antara kaum. Masalah perpaduan wujud implikasi daripada pemisahan tempat tinggal, perbezaan pekerjaan, sistem pendidikan yang berbeza, fahaman politik, masalah ekonomi, perbezaan kepercayaan atau agama dan sistem pemerintahan penjajah. Pelbagai langkah telah diambil oleh kerajaan Malaysia untuk mengatasi masalah ini. Antaranya adalah penyeragaman sistem pendidikan, integrasi ekonomi, penyatuan politik dan aspek-aspek social lain. Selain itu, Dasar pembangunan Nasional, Dasar kebudayaan dan Rukun Negara dibentuk untuk menyatukan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. . Perpaduan boleh diertikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air. Manakala intergrasi merupakan satu proses mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.Unsur integrasi yang terdiri daripada Integrasi wilayah yang bertujuan mengurangkan jurang perbezaan pembangunan ekonomi dan sosial antara wilayah yang maju dengan yang mundur. Di Malaysia, tumpuan integrasi wilayah ialah antara Malaysia Barat dan Malaysia Timur dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia dengan Pantai Barat Semenanjung Malaysia.Integrasi ekonomi yang boleh diertikan sebagai usaha-usaha untuk mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara kumpulan etnik Integrasi kebudayaan melibatkan usaha membentuk suatu kebudayaan kebangsaan Integrasi sosial merangkumi usaha-usaha meyatupadukan rakyat melalui program sosial seperti sukan, pendidikan, perumahan dan kesihatan Integrasi pendidikan bertujuan untuk mewujudkan satu sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan dan sempurna dari segi intelek, jasmani dan rohani Integrasi politik yang merangkumi usaha-usaha menyatukan rakyat melalui kerjasama dan pembahagian kuasa politik.

Upload: anderson-ganai

Post on 13-Aug-2015

178 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Sejarah moden

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN KAJIAN SEJARAH MODEN (Dasar Pembangunan Utk Perpaduan Dan Integrasi)

Prepared by;Belaja,Daniel and Kenedy Dpli 2012

1

1. Pengenalan

Selepas kemerdekaan, negara menghadapi pelbagai masalah dalaman, terutamanya

masalah perpaduan dan intergrasi antara kaum. Masalah perpaduan wujud implikasi

daripada pemisahan tempat tinggal, perbezaan pekerjaan, sistem pendidikan yang

berbeza, fahaman politik, masalah ekonomi, perbezaan kepercayaan atau agama dan

sistem pemerintahan penjajah. Pelbagai langkah telah diambil oleh kerajaan Malaysia

untuk mengatasi masalah ini. Antaranya adalah penyeragaman sistem pendidikan,

integrasi ekonomi, penyatuan politik dan aspek-aspek social lain. Selain itu, Dasar

pembangunan Nasional, Dasar kebudayaan dan Rukun Negara dibentuk untuk

menyatukan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

. Perpaduan boleh diertikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh

masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu

identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air. Manakala

intergrasi merupakan satu proses mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan

kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit

politik.Unsur integrasi yang terdiri daripada Integrasi wilayah yang bertujuan

mengurangkan jurang perbezaan pembangunan ekonomi dan sosial antara wilayah

yang maju dengan yang mundur. Di Malaysia, tumpuan integrasi wilayah ialah antara

Malaysia Barat dan Malaysia Timur dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia dengan

Pantai Barat Semenanjung Malaysia.Integrasi ekonomi yang boleh diertikan sebagai

usaha-usaha untuk mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara kumpulan etnik

Integrasi kebudayaan melibatkan usaha membentuk suatu kebudayaan kebangsaan

Integrasi sosial merangkumi usaha-usaha meyatupadukan rakyat melalui program

sosial seperti sukan, pendidikan, perumahan dan kesihatan Integrasi pendidikan

bertujuan untuk mewujudkan satu sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan dan

sempurna dari segi intelek, jasmani dan rohani Integrasi politik yang merangkumi

usaha-usaha menyatukan rakyat melalui kerjasama dan pembahagian kuasa politik.

Page 2: LAPORAN KAJIAN SEJARAH MODEN (Dasar Pembangunan Utk Perpaduan Dan Integrasi)

Prepared by;Belaja,Daniel and Kenedy Dpli 2012

2

2. Objektif kajian

i. Meneliti dan memahami dasar dasar kerajaan iaitu Dasar Pembangunan

Nasional, Dasar Kebudayaan, Dasar Pendidikan dan Wawasan 2020

ii. Menghuraikan peranan dasar kerajaan dalam strategi memupuk perpaduan dan

integrasi nasional.

3. Kaedah Kajian

Kajian ini dilaksanakan mengunakan beberapa kaedah untuk pengumpulan data

iaitu; kajian kepustakaan, dan pemerhatian. Pengumpulan data dilakukan melalui

analisa data kualitatif bagi menjawab persoalan-persoalan kajian. Ini kerana kaedah

analisa kualitatif tidak memerlukan pergantungan kepada jenis dan bentuk data yang

diperolehi. Data kualitatif tidak memerlukan prosedur yang standard untuk memenuhi

jangkaan dan keperluan pelbagai pihak kerana prosedur ini lebih bergantung kepada

tujuan dan konteks kajian.

Page 3: LAPORAN KAJIAN SEJARAH MODEN (Dasar Pembangunan Utk Perpaduan Dan Integrasi)

Prepared by;Belaja,Daniel and Kenedy Dpli 2012

3

4. Dapatan dan Perbincangan Kajian (Isi Kajian berpandukan soalan)

4.1 Dasar Pendidikan Kebangsaan

Berdasarkan kajian yang dilakukan melalui sumber yang diperolehi, dasar pendidikan

adalah bermula setelah pada zaman sebelum merdeka, dimana telah timbul kesedaran

di kalangan pemimpin dan rakyat Malaysia tentang betapa mustahaknya diadakan satu

sistem pendidikan kebangsaan untuk mengganti sistem pendidikan penjajah bagi

memenuhi kehendak negara. Atas kesedaran inilah lahir satu Dasar Pendidikan

(Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan

Pelajaran, 1957. Dasar pendidikan ini telah disemak semula dalam tahun 1960 yang

menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan Rahman Talib ini kemudian

dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961.

Kemudian, sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk

mengkaji semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya

supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatupadu dan berdisiplin

serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat

dicapai. Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahun 1979.

4.12 Rasional

Sistem pendidikan di zaman penjajahan telah berkembang tanpa mengambil kira

kepada keperluan pembangunan, pembentukan identiti kebangsaan dan perpaduan

negara. Sistem Pendidikan berkenaan mengekalkan tumpuan taat setia rakyat

pendatang dan keturunan mereka kepada negara asal mereka dan menekan semangat

pembangunan rakyat tempatan. Sistem ini mungkin secocok dengan Tanah Melayu

yang terjajah tetapi apabila Tanah Melayu sudah merdeka, ia didapati tidak lagi sesuai.

Oleh itu, langkah-langkah diambil bagi menggubal satu sistem pendidikan kebangsaan

Page 4: LAPORAN KAJIAN SEJARAH MODEN (Dasar Pembangunan Utk Perpaduan Dan Integrasi)

Prepared by;Belaja,Daniel and Kenedy Dpli 2012

4

yang sesuai untuk negara yang merdeka dan mempunyai matlamat-matlamat sendiri.

4.13 Objektif

Objektif dasar ini dinyatakan dalam Pendahuluan kepada Akta Pelajaran, 1961,

iaitu:"Bahawasanya dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan

Pelajaran, 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat

memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial,

ekonomi, dan politiknya..." Objektif ini dinyatakan secara am tetapi dalam

melaksanakannya, Kementerian Pendidikan dengan berpandukan kepada Penyata

Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960, telah mentafsirkannya sebagai

menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja

("tenaga rakyat," istilah yang digunakan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet) bagi

keperluan ekonomi.

Seterusnya, objektif-objektif ini diperkhususkan lagi apabila Jawatankuasa

Kabinet ditubuhkan dan bidang tugasnya ditetapkan. Ini mencerminkan hasrat bahawa

Dasar Pendidikan diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini

dalam jangka panjang dan pendek dan melahirkan masyarakat yang bersatupadu,

berdisplin dan terlatih.

Falsafah Pendidikan Negara yang diasaskan kepada hasrat serta aspirasi

negara dan dinyatakan secara bertulis baru-baru ini memberi penekanan kepada usaha

melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh

mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan

kemakmuran masyarakat dan negara. Ini menjadi satu matlamat penting sistem

pendidikan kebangsaan.

Page 5: LAPORAN KAJIAN SEJARAH MODEN (Dasar Pembangunan Utk Perpaduan Dan Integrasi)

Prepared by;Belaja,Daniel and Kenedy Dpli 2012

5

4.14 AKTA BAHASA KEBANGSAAN- Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan

Tanah

Melayu.

Akta ini diluluskan pada tahun 1967. Akta ini memartabatkan bahasa Melayu

sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan menjadi

jaminan kepada perpaduan rakyat Malaysia. Pada tahun 1982, bahasa Melayu menjadi

bahasa pengantar di sekolah dan menjadi bahasa yang digunakan di mahkamah pada

1990.

Akta ini mewujudkan penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman

di antara satu kaum dengan yang lain tanpa menimbulkan rasa curiga. Kedudukan

serta peranan Bahasa Kebangsaan dalam sistem pentadbiran dan sistem pendidikan ini

ternyata dalam beberapa dokumen penting kerajaan. Artikel 152 Perlembagaan

Persekutuan telah mewujudkan satu Bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu. Akta

Bahasa Kebangsaan 1967 telah melaksanakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa

rasmi tunggal negara ini. Akta Pelajaran 1961 dan Rancangan Lima Tahun Malaysia

telah menyatakan hasrat untuk menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa

pengantar utama adalah satu prinsip asas Dasar Pendidikan Negara. Rakyat Malaysia

menerima hakikat bahawa Bahasa Kebangsaan adalah tali penghubung terpenting

dalam usaha memupuk perpaduan rakyat kerana ia boleh berperanan sebagai bahasa

pengantaraan untuk masyarakat kita yang berbilang kaum. Malah, Bahasa Melayu telah

diimbangi dengan hak untuk mengguna, mengajar dan mempelajari apa-apa bahasa.

Bahasa Melayu juga diwajibkan penggunaannya dalam maksud rasmi di negara kita.

Selaras dengan kedudukan serta peranannya, bolehlah dikatakan Bahasa Kebangsaan

Page 6: LAPORAN KAJIAN SEJARAH MODEN (Dasar Pembangunan Utk Perpaduan Dan Integrasi)

Prepared by;Belaja,Daniel and Kenedy Dpli 2012

6

diajar sebagai salah satu matapelajaran penting di semua peringkat dan jenis sekolah

di Malaysia.

Bahasa Kebangsaan sebagai subjek utama kerana bahasa Melayu merupakan

bahasaperhubungan dan perpaduan bagi negara kita. Sebenarnya, melalui bahasa kita

dapatmeningkatkan perpaduan kerana komunikasi yang berjalan dengan lancar dan

masyarakat akan saling faham kehendak satu pihak yang lain. Penggunaan bahasa

yang seragam dapat membantu menghilangkan perasaan prasangka kerana setiap

golongan masyarakat menggunakan satu bahasa yang difahami malah bahasa yang

sama akan banyak membantu menangani masalah salah faham konteks maksud ayat

yang ingin disampaikan. Maka berdasarkan Akta Bahasa Kebangsaan Satu cara yang

penting untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara ialah menerusi

pendidikan. Dalam konteks Malaysia, hakikat bahawa pendidikan merupakan faktor

unggul dalam membina kerakyatan yang tunggal telah lama disedari. Berikut

merupakan cara bagaimana sistem pendidikan boleh membentuk perpaduan:

4.141 Sistem persekolahan yang sama bagi semua

Pada asasnya Laporan Razak mencadangkan penubuhan sekolah-sekolah

umum yangmenggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya dan sekolah-

sekolah jenis umummenggunakan bahasa pengantar Cina, Tamil dan Inggeris.

Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa untuk perpaduan jelas dinyatakan.

Laporan ini telah menjadi rujukan sebagai dasar pendidikan kerajaan sehingga kini &

bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar di semua peringkat sekolah.

4.142 Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.

Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia

ialah melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa perhubungan

dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa

menimbulkan rasa curiga. Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa

Page 7: LAPORAN KAJIAN SEJARAH MODEN (Dasar Pembangunan Utk Perpaduan Dan Integrasi)

Prepared by;Belaja,Daniel and Kenedy Dpli 2012

7

hormoni antara kaum di negara ini. Selaras dengan matlamat utama Dasar Pendidikan

Kebangsaan, iaitu menyatupadukan masyarakat pelbagai kaum, bahasa Malaysia telah

diiktiraf sebagai bahasa bahasa rasmi dalam segala urusan dan menjadi bahasa

kebangsaan. Hal Ini telah pun termaktub dalam Seksyen 17, Akta Pendidikan 1996,

yang antara lain menyatakan: “Bahasa kebangsaan (bahasa Malaysia) hendaklah

menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem

Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah

seksyen 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikan oleh Menteri

daripada subseksyen ini.” (Akta Pendidikan, 1996) Ini bermakna, walaupun sekolah

terdiri dari berbagai aliran, Bahasa Malaysia dijadikan sebagai satu mata pelajaran

yang wajib diajar di sekolah.

4.143 Kurikulum yang sama.

Kurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya segala

ilmupengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan

kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli-

ahlinya. Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan

pelajar yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi. Dalam konteks negara

Malaysia, kurikulum juga berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendokong cita-cita

negara dalam mewujudkan perpaduan yang berpandukan Rukun Negara di samping

menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan negara (modal insan). Satu

prinsip Rukun Negara telah menyatakan bahawa perpaduan mestilah berupaya untuk

menangkis semua gejala yang boleh memecahbelahkan rakyat, seperti semangat

perkauman yang menebal dan perasaan kedaerahan yang melampau. Salah satu cara

yang digunakan agar rakyat Malaysia sentiasa bersama adalah melalui pendidikan

kebangsaan. Institusi sekolah diharap bukan lagi hanya sebagai tempat untuk belajar

menulis, mengira dan membaca tetapi sekolah juga berperanan untuk membimbing

pelajar untuk hidup bermasyarakat dan bernegara. Malah, cara ini di anggap paling

berkesan kerana setiap orang pasti akan melangkah ke alam persekolahan dan

Page 8: LAPORAN KAJIAN SEJARAH MODEN (Dasar Pembangunan Utk Perpaduan Dan Integrasi)

Prepared by;Belaja,Daniel and Kenedy Dpli 2012

8

keadaan ini sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan semangat cintakan

negara berdasarkan sukatan pelajaran, penggunaan bahasa melayu dan sistem

peperiksaan yang seragam. Semangat patriotik perlu ditanam dalam diri setiap

kumpulan etnik agar negara kita kukuh daripada dijajah oleh anasir luar melalui

pemikiran. Dalam usaha mengadakan kurikulum dan sistem peperiksaan yang sama,

Ini dilakukan dengan menyelaraskan sukatan dan rancangan yang hendak diajar oleh

guru terhadap pelajar sekolah. Sukatan ini diselaraskan tanpa mengira jenis dan

kategori sekolah. Tujuan dilakukan penyelarasan ini ialah untuk menghasilkan pelajar

yang mempunyai tahap kemampuan dan kebolehan yang sama. Kurikulum

Kebangsaan yang diselaraskan ini wajib diguna oleh semua pihak. Perkara ini telahpun

disentuh dalam Seksyen 18 (1), Akta Pendidikan (1996):“The Minister shall prescribe a

curriculum to be known as the National Curriculum which subject to subsection (3) shall

be used by all schools in the National Education system (Education Act 1996, Sec. 18)”.

“Menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum

Kebangsaan yang, tertakluk kepada subseksyen (3), hendaklah digunakan oleh semua

sekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.” Melalui penyataan ini, jelas bahawa

kurikulum dalam pendidikan kebangsaan juga penting dalam perpaduan negara.

Kurikulum merupakan satu usaha ke arah mewujudkan berbagai-bagai program

pengajaran dan pembelajaran bagi membolehkan murid dan pelajar menerima ilmu

pengetahuan, memperkembang dan meningkatkan kemahiran serta menghayati nilai-

nilai yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Di negara ini, penggunaan

kurikulum di sekolah adalah sama iaitu berdasarkan Kurikulum Kebangsaan. Kurikulum

Kebangsaan merupakan satu lagi ciri dasar Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan

untuk mewujudkan keperibadian kebangsaan ke arah pembentukkan perpaduan

negara. Kurikulum Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di negara ini telah digubal

sedemikian demi mencapai dasar perpaduan. Bagi sekolah rendah, kurikulumnya

digubal untuk memberi kemahiran asas dan menerapkan perkembangan ilmu

pengetahuan dan sosialisasi di kalangan murid-murid sekolah rendah. Manakala,

sekolah menengah pula merupakan kesinambungan sekolah rendah dan ia pula

menekankan pendidikan yang seimbang dan bersepadu. Melalui pelaksanaan ini,

Kementerian Pendidikan yakin mampu mewujudkan jenis rakyat yang diingini oleh

Page 9: LAPORAN KAJIAN SEJARAH MODEN (Dasar Pembangunan Utk Perpaduan Dan Integrasi)

Prepared by;Belaja,Daniel and Kenedy Dpli 2012

9

Falsafah Pendidikan Negara. Kementerian Pendidikan telah menjadikan kurikulum

sebagai salah satu asas untuk membentuk perpaduan di kalangan murid-murid yang

mendapat pendedahan bermula dari alam persekolahan lagi. Pendedahan sejak awal

dapat memupuk semangat patriotisme yang tinggi misalnya melalui subjek sejarah. Hal

ini kerana, subjek ini menceritakan kisah perjalanan pembentukkan negara sejak awal

lagi. Ia turut memuatkan semangat perjuangan pejuang tanah air untuk menuntut

kemerdekaan. Secara tidak langsung semangat patriotisme meresap dalam diri pelajar

yang belajar mengenainya. Malah, sukatan pelajaran yang sama juga menyumbang

kepada perpaduan negara. Sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan perlu

mendapat pendedahan yang sama kerana dari situlah semangat pelbagai bangsa dapat

ditingkatkan untuk menjaga negara kita daripada dijajah semula baik dari segi

pemikiran atau penaklukan negara. Isu mewajibkan penggunaan kurikulum kebangsaan

sebenarnya telah diperakukan oleh Jawatankuasa Kabinet pada tahun 1979: “Dengan

tujuan untuk mewujudkan keperibadian kebangsaan, maka adalah diperakukan supaya

pendidikan yang diberi kepada semua murid hingga ke tingkatan V di sekolah-sekolah

swasta hendaklah menggunakan sukatan pelajaran yang sama (Perakuan 33)”. Selain

itu, bahasa Malaysia juga dijadikan ukuran untuk menilai pencapaian yang diperolehi

oleh pelajar dalam peperiksaan awam. Di peringkat pengajian tinggi, kedudukan

Bahasa Malaysia juga sama dengan apa yang berlaku di sekolah. Setiap pelajar

institusi pengajian tinggi wajibmengambil peperiksaan Bahasa Malaysia sebagai satu

syarat untuk mendapat pengijazahan.

4.144 Sukatan pelajaran yang seragam

Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan oleh Penyata

Razak adalah dianggap sebagai salah satu asas sistem pelajaran kebangsaan bagi

mewujudkan perpaduan negara. Mata pelajaran Sejarah memainkan peranan penting

ke arah matlamat pembangunan. Melalui pelajaran Sejarah diharapkan dapat membina

semangat perpaduan dan perasaan hormat menghormati terutama dalam masyarakat

yang berbilang kaum, agama dan adat resam. Sukatan pelajaran yang seragam

Page 10: LAPORAN KAJIAN SEJARAH MODEN (Dasar Pembangunan Utk Perpaduan Dan Integrasi)

Prepared by;Belaja,Daniel and Kenedy Dpli 2012

10

membolehkan pandangan dunia (world view) setiap kaum di Malaysia hampir sama dan

tidak mewujudkan perselisihan dalam persefahaman.

4.145 Peperiksaan yang seragam

Rancangan kerajaan untuk menyeragamkan kurikulum di sekolah-sekolah telah

diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang seragam.

Dengan adanya sukatan pelajaran dan peperiksaan yang seragam, pelajaran para

pelajar tidaklah terganggu apabila terpaksa berpindah sekolah. Langkah ini boleh

menolong proses menyatupadukan pelajar berbilang kaum di samping mewujudkan

keperibadian yang sama.

4.146 Mendemokrasikan pendidikan

Usaha mendemokrasikan pendidikan telah dilakukan sekitar tahun 1980-an.

Matlamatnya adalah bagi memastikan mutu pendidikan dipertingkatkan dan dengan

mengagihkan peruntukan secara adil. Ini dilakukan dengan dengan menambahkan

kemudahan fizikal dan infrastruktur terutama di luar bandar. Ini adalah selaras dengan

Dasar Ekonomi Baru yang ingin menyusun semula masyarakat dengan mengurangkan

jurang perbezaan peluang pendidikan antara golongan kaya dengan miskin, program

sokongan pendidikan seperti Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), Televisyen

Pendidikan, Sekolah Berasrama Penuh (SBP), asrama desa dan asrama harian,

biasiswa, Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan program kesihatan

Page 11: LAPORAN KAJIAN SEJARAH MODEN (Dasar Pembangunan Utk Perpaduan Dan Integrasi)

Prepared by;Belaja,Daniel and Kenedy Dpli 2012

11

dipertingkatkan. Semua anak-anak dari golongan miskin tak kira kaum mendapat hak

sama. Maka di sini tidak berlaku diskriminasi. Oleh yang demikian, semua kaum akan

berpuas hati dan perpaduan secara tidak langsung dapat dipupuk. Jika kita lihat

sekarang, dasar pendidikan yang dijalankan kerajaan kini menampakkan hasilnya. Oleh

itu, ditekankan bahawa pendidikan menjadi alat membentuk perpaduan kaum. Belajar

dan kajilah sejarah untuk mendapatkan manfaat berguna dan meningkatkan kualiti

hidup kita. Kita sepatutnya mencontohi Dr. Mahathir Mohamad yang rajin membacadan

mengkaji bahan sejarah serta berjaya menaikkan nama Malaysia di persada dunia

dengan kekuatan pembacaannya. Jadi dapat kita simpulkan di sini bahawa sumbangan

pendidikan kebangsaan ke arah perpaduan negara ialah merujuk kepada bagaimana

pendidikan kebangsaan dapat membantu negara dalam mencapai atau meningkatkan

persefahaman antara kaum.

4.147 Perbincangan

Berdasarkan kajian mengenai Dasar Pendidikan Kebangsaan, jelas terbukti

perancangan dan pelaksanaan yang telah dilakukan adalah untuk melahirkan rakyat

sebagai insan yang berguna untuk kemajuan ekonomi negara dan seimbang dari segi

social, rohani, jasmani demi mencapai hasrat untuk perpaduan di kalangan rakyat

Malaysia.

Dasar Kerajaan telah memperkenalkan Bahasa Melayu sebagai bahasa

penghantar, dimana murid-murid menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa

pengantara komunikasi di antara guru dan murid-muridnya di seluruh sekolah di

Malaysia. Kesannya, setiap individu mempunyai kebolehan untuk sekurang-kurangnya

bertutur dan menulis dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga digunakan sebagai

bahasa kebangsaan dan ini, menambahkan lagi semangat perpaduan sebagai rakyat

Malaysia semakin bertambah kerana melalui bahasa, seseorang yang tidak sama

bangsannya dengan orang lain dapat memahami pertuturan orang yang berada di

sekelilingnya. Kerana melalui satu bahasa yang dapat difahami semua ia dapat

mewujudkan komunikasi yang berkesan dan wujud semangat persaudaraan di

Page 12: LAPORAN KAJIAN SEJARAH MODEN (Dasar Pembangunan Utk Perpaduan Dan Integrasi)

Prepared by;Belaja,Daniel and Kenedy Dpli 2012

12

kalangan pelbagai etnik di Malaysia.Keadaan ini tidak sama jika dibandingkan dengan

sistem pendidikan pada zaman British dimana orang cina mempelajari bahasa Cina dan

orang India mempelajari bahasa Tamil, dan kesannya tidak mewujudkan kesapaduan di

kalangan rakyat di tanah melayu pada waktu itu.

Sistem peperiksaan yang sama diwujudkan di setiap sekolah tidak kira di sekolah

menengah dan sekolah rendah. Ini dilakukan dengan bermulanya standard kandungan

dalam satu-satu subjek di samakan di setiap sekolah untuk menyeragamkan kualiti

pendidikan di seluruh negara. Contohnya peperiksaan diadakan diseluruh negara iaitu

UPSR, PMR , SPM dan STPM untuk mengukur atau menilai seseorang pelajar.

Keadaan ini memberi peluang kepada setiap kaum untuk mendapat pendidikan yang

sama di seluruh negara tanpa mengira bangsa dan agama yang dianuti. Keadilan untuk

mendapat ilmu ini, mewujudkan suasana yang harmoni kerana setiap individu

berpeluang mendapatkan pendidikan setinggi mana yang mereka mampu. Melalui

dasar pendidikan kebangsaan semua etnik minoriti di Malaysia diberi peluang untuk

mendapatkan ilmu seperti mana etnik majoriti.

Page 13: LAPORAN KAJIAN SEJARAH MODEN (Dasar Pembangunan Utk Perpaduan Dan Integrasi)

Prepared by;Belaja,Daniel and Kenedy Dpli 2012

13

4.2 Dasar Pembangunan Nasional

4.21 Latar belakang

Dasar Pembangunan Nasional (DPN) telah dilancarkan oleh Y.A.B. Dato Seri Dr.

Mahathir Mohamad (sekarang Tun), Perdana Menteri Malaysia yang keempat pada 17

Jun 1991. Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2) 1991 hingga 2000

telah digubal berlandaskan Dasar Pembangunan Nasional yang menandakan

bermulanya satu lagi era baru di dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah Negara

maju menjelang tahun 2020 ataupun lebih dikenali sebagai Wawasan 2020. DPN

merupakan kesinambungan dari pada Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah menjalani

tempoh perlaksanaan bermula 1971 sehingga 1990. Semenjak DEB diperkenalkan

ekonomi Malaysia telah berkembang dengan pesat walaupun menghadapi pelbagai

cabaran. Jelas bahawa, proses sosio-ekonomi ini telah melonjakkan nama Malaysia.

Namun bagi menghadapi persaingan global yang semakin mencabar dan menjadikan

setiap masyarakat Malaysia berdaya saing dan berwawasan di peringkat global, Dasar

Pembangunan Nasional telah diperkenalkan bagi merangka strategi dan pendekatan

yang lebih berkesan kearah permodenan Negara.

4.22 Objektif Dasar Pembangunan Nasional

Page 14: LAPORAN KAJIAN SEJARAH MODEN (Dasar Pembangunan Utk Perpaduan Dan Integrasi)

Prepared by;Belaja,Daniel and Kenedy Dpli 2012

14

Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhir DPN kerana

masyarakat yang bersatupadu adalah penting untuk memperkukuhkan lagi kestabilan

sosial dan politik dan mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. DPN

menetapkan satu langkah ke arah membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah

negara yang maju dalam semua segi iaitu dari segi keadilan sosial, nilai, etika dan

moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan, dan

kecemerlangan ekonomi.

4.23 Strategi Perlaksanaan

DPN akan terus mengekalkan strategi asas DEB iaitu pembasmian kemiskinan

dan penyusunan semula masyarakat untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan

ekonomi antara kaum dan dengan ini akan menyumbangkan ke arah mengukuhkan

perpaduan negara. DPN adalah bertujuan untuk mewujudkan satu corak pembangunan

yang lebih seimbang yang merangkumi aspek-aspek kritikal seperti berikut:

Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan

ekonomi dengan pengagihan yang saksama. Mengurang dan akhirnya menghapuskan

ketidaksamaan sosial dan ekonomi negara untuk menggalakkan perkongsian secara

lebih adil dan saksama faedah yang diperolehi dari pertumbuhan secara lebih adil dan

saksama untuk semua rakyat Malaysia tidak mengira keturunan dan agama. Dengan

cara tersebut rakyat Malaysia akan dapat menikmati hasil pembangunan secara adil.

Dasar Pembangunan Nasional juga mengunakan strategi dengan menggalak dan

memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang ketidakseimbangan

yang luas dalam pembangunan ekonomi antara negeri dan antara kawasan bandar dan

luar Bandar. Dengan cara itu jurang perbezaan pembangunan antara kawasan Bandar

dan luar Bandar dapat dirapatkan agar masyarakat luar Bandar turut sama menikmati

pembangunan Negara seperti yang dinikmati oleh masyarakat di Bandar. Ini bagi

memastikan tidak wujud perasaan iri hati di kalangan rakyat Malaysia apabila segenap

Page 15: LAPORAN KAJIAN SEJARAH MODEN (Dasar Pembangunan Utk Perpaduan Dan Integrasi)

Prepared by;Belaja,Daniel and Kenedy Dpli 2012

15

komuniti masyarakat dapat merasai hasil pembangunan dan kemakmuran Negara.

Bagi mempromosi perasaan cinta dan taat setia rakyat terhadap Negara strategi

membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat menikmati

kesejahteraan hidup yang tinggi di samping mempunyai nilai-nilai sosial dan kerohanian

yang positif serta menghayati perasaan bangga dan cintakan Negara. Pendekatan ini

bagi memastikan masyarakat di Negara ini mengamalkan prinsip toleransi antara kaum

kerana hidup dalam sebuah Negara yang berbilang kaum.

DPN telah mengambil kira kemajuan yang telah dicapai setakat ini di bawah DEB

serta kekuatan dan kelemahan yang wujud semasa pelaksanaannya. Ia mengandungi

beberapa peralihan pendekatan dengan tujuan mengadakan satu dimensi baru dalam

usaha pembangunan, terutamanya dalam membasmi kemiskinan dan menyusun

semula masyarakat.

Memberi penekanan yang lebih kepada strategi pembasmian kemiskinan untuk

tujuan menghapuskan kemiskinan di kalangan golongan termiskin hardcore poor di

samping mengurangkan kemiskinan relatif. (Golongan yang termiskin adalah keluarga

berpendapatan 50% atau kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan. Bagi tahun

1990, Pendapatan Garis Kemiskinan adalah sebanyak $370 sebulan bagi saiz isi rumah

5.1 di Semenanjung Malaysia, $544 bagi saiz isi rumah 5.4 di Sabah dan $452 bagi

saiz isi rumah 5.2 di Sarawak. Kira-kira 143,000 isi rumah atau 4% daripada jumlah isi

rumah adalah tergolong sebagai keluarga termiskin). Bagi menyeimbangkan pegangan

bumiputera dalam bidang ekonomi, Dasar Pembangunan Nasional menumpukan

perhatian kepada pembangunan sebuah masyarakat Perdagangan dan Perindustrian

Bumiputera (MPPB) sebagai satu strategi penting kearah meningkatkan dan seterusnya

mengekalkan penyertaan Bumiputera dalam kegiatan ekonomi.

4.24 Program Pelaksanaan

Page 16: LAPORAN KAJIAN SEJARAH MODEN (Dasar Pembangunan Utk Perpaduan Dan Integrasi)

Prepared by;Belaja,Daniel and Kenedy Dpli 2012

16

Beberapa pendekatan baru yang diambil dalam usaha melaksanakan DPN

adalah seperti berikut dengan menghasilkan pencapaian yang berkualiti dan

berkekalan. Pendekatan yang lebih terpilih akan dibuat dengan mengambil kira

keperluan untuk mencapai hasil yang berkualiti dan berkekalan. Dalam proses

menghapuskan kemiskinan di kalangan golongan termiskin dan juga mengurangkan

ketidakseimbangan, penekanan akan diberikan kepada aspek-aspek pendidikan dan

latihan sebelum bantuan diberikan.

4.241 Pembasmian Kemiskinan

Kadar kemiskinan negara dijangka akan dapat dikurangkan ke paras 7.2% dalam

tahun 2000 berbanding dengan 19.1% dalam tahun 1990. Kadar pengangguran pula

dijangka berkurangan ke tahap 4% dalam tahun 2000. Dalam melaksanakan strategi

pembasmian kemiskinan,DPN akan mengambil kira beberapa perubahan dibuat

terhadap peranan sektor awam. Oleh kerana kadar kemiskinan yang terlalu tinggi di

kawasan luar bandar pada akhir tahun 1960-an, pelaksanaan DEB (1971 - 1990) telah

memperlihatkan penglibatan terus perkhidmatan awam melalui pembukaan tanah-

tanah dan pemberian subsidi besar-besaran kepada petani-petani kecil untuk

mewujudkan pekerjaan dan membantu meningkatkan pendapatan mereka.

Pengalaman telah menunjukkan bahawa kos penyelenggaraan skim pembangunan

tanah seperti yang diuruskan oleh FELDA adalah lebih tinggi daripada kos

pengendalian estet yang serupa oleh sektor swasta. Tambahan pula anak-anak

peneroka dan petani yang berpendidikan lebih tinggi kurang berminat untuk bekerja di

luar bandar. Ramai di antara mereka telah berhijrah untuk bekerja di bandar-bandar.

Dengan itu pembukaan tanah baru oleh agensi kerajaan untuk mengatasi masalah

pengangguran tidaklah ekonomikal lagi. Peranan ini lebih sesuai untuk dikendalikan

oleh estet-estet komersial.

Latihan yang diberikan kepada belia-belia di luar bandar akan membolehkan

mereka mendapatkan kerja-kerja yang berkemahiran dan berpendapatan lebih tinggi.

Aspek latihan ini akan dipertingkatkan untuk menggantikan pemberian subsidi yang

dilaksanakan sehingga ini. Pemberian subsidi dan sokongan akan diteruskan untuk

Page 17: LAPORAN KAJIAN SEJARAH MODEN (Dasar Pembangunan Utk Perpaduan Dan Integrasi)

Prepared by;Belaja,Daniel and Kenedy Dpli 2012

17

golongan penanam padi dan nelayan tetapi ianya akan ditumpukan ke arah

mempertingkatkan produktiviti pengeluaran mereka.

Peranan sektor awam dalam pembasmian kemiskinan akan ditumpukan pada

program-program seperti pendidikan dan latihan, kesihatan, jalan-jalan luar Bandar,

pengangkutan, perumahan, bekalan air dan elektrik.

Usaha-usaha yang lebih gigih akan dilaksanakan untuk mengurangkan

ketidakseimbangan pembangunan di antara wilayah-wilayah, khususnya di antara

negeri Sabah dan Sarawak dengan negeri-negeri lain.

Program pelaksanaan untuk mengatasi kemiskinan di bandar-bandar juga akan

dipertingkatkan. Di kawasan bandar, kemiskinan relatif akan dikurangkan menerusi

penyediaan peluang yang lebih baik untuk meningkatkan pendapatan dan kemudahan

asas seperti perumahan, pengangkutan dan kemudahan awam. Langkah-langkah juga

akan diambil oleh Kerajaan melalui perancangan dan penetapan zon pembangunan

bandar yang sesuai dalam usaha membangunkan bandar-bandar secara teratur. Ini

bukan sahaja akan dapat mengawal pertumbuhan kawasan-kawasan setinggan tetapi

juga menyediakan peluang-peluang kepada golongan yang terlibat dalam perniagaan

dan industri kecil.

4.242 Penyusunan Semula Masyarakat

Penghapusan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi dan penyusunan

semula hakmilik akan terus menjadi program penting di bawah strategi ini. Berhubung

dengan ini, matlamat DPN adalah untuk meningkatkan taraf sosial dan ekonomi

masyarakat Bumiputera ke tahap yang lebih berdaya maju dan teguh. Kedudukan ini

boleh dicapai dengan pelaksanaan strategi meningkatkan guna tenaga dan penyertaan

Bumiputera dalam pengurusan sektor-sektor moden dan membentuk Masyarakat

Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera. Walaupun dasar dan program Kerajaan

akan terus menyediakan sokongan kepada usahawan Bumiputera, tetapi adalah

menjadi harapan kerajaan usahawan Bumiputera akan memajukan perniagaan

berasaskan daya usaha sendiri dan kurang bergantung kepada bantuan dan subsidi

Page 18: LAPORAN KAJIAN SEJARAH MODEN (Dasar Pembangunan Utk Perpaduan Dan Integrasi)

Prepared by;Belaja,Daniel and Kenedy Dpli 2012

18

kerajaan. Sehubungan dengan ini latihan dalam bidang pengurusan harta dan etika

perniagaan akan diutamakan. Sebagai langkah jangka panjang, program untuk

memupuk usahawan muda juga akan diberi tumpuan.

DPN akan menggalakkan penyertaan Bumiputera secara meluas dalam sektor-

sektor moden seperti pembuatan dan perkhidmatan. Perhatian khusus diberi kepada

penyertaan Bumiputera di dalam industri kecil dan sederhana menerusi program sub-

kontrak dan franchise. Usahasama secara aktif di antara Bumiputera dan bukan

Bumiputera akan digalakkan untuk membolehkan syarikat Bumiputera meningkatkan

prospek perniagaan. Bagi membolehkan Bumiputera bersaing dalam perniagaan

moden, mereka akan didedahkan kepada teknologi terbaru di samping kemudahan-

kemudahan modal, maklumat pasaran dan hubungan perniagaan dengan pasaran

antarabangsa. Matlamat penyusunan semula gunatenaga akan memastikan corak

gunatenaga di pelbagai sektor dan pekerjaan dalam ekonomi mencerminkan komposisi

pelbagai kumpulan etnik dalam negara. Dalam tempoh 10 tahun yang akan datang,

dasar ini akan memastikan bahawa Bumiputera mendapat bahagian yang saksama

daripada pekerjaan baru yang diwujudkan, khususnya dalam kategori profesional,

pengurusan dan teknikal. Daripada 2.4 juta pekerjaan baru yang dijangka akan dapat

diwujudkan dari tahun 1991-2000, kira-kira 55.8% akan diambil oleh Bumiputera

(706,700 dalam sektor perkhidmatan dan 534,000 dalam sektor pembuatan.) Di sektor

luar bandar, untuk meningkatkan mobiliti tenaga kerja, langkah-langkah akan diambil

untuk memperbaiki tahap pendidikan dan kemahiran.

Berhubung dengan strategi penyusunan semula hak milik dan pengawalan

dalam sektor swasta, sasaran secara kuantitatif yang khusus tidak ditetapkan dalam

DPN. Langkah-langkah akan diambil untuk melengkapkan Bumiputera dengan

kemahiran-kemahiran yang sesuai bukan sahaja bagi mengurus dan menjalankan

pemiagaan dengan berkesan tetapi juga bagi mengekalkan kekayaan mereka. Agensi-

agensi amanah dan perbadanan awam perlu merancang dan menyelaras tindakan

masing-masing dengan lebih berkesan dalam mewujudkan harta-harta baru dan

membeli kepentingan tertentu bagi pihak Bumiputera. Peranan Permodalan Nasional

Berhad (PNB) akan diperkukuhkan dalam menggembeleng tabungan Bumiputera dan

Page 19: LAPORAN KAJIAN SEJARAH MODEN (Dasar Pembangunan Utk Perpaduan Dan Integrasi)

Prepared by;Belaja,Daniel and Kenedy Dpli 2012

19

pembangunan keusahawanan. Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham

Nasional (ASN) merupakan sebahagian daripada strategi keseluruhan PNB untuk

meneruskan usaha menggembleng tabungan Bumiputera sepanjang tempoh DPN.

Penswastaan akan digunakan sebagai suatu cara untuk mempercepatkan dan

memperluaskan penyertaan Bumiputera dalam sektor swasta serta mencapai hasrat

penyusunan semula modal saham. Jawatankuasa Pelaburan Asing akan meneruskan

pengawasan proses penyusunan semula modal saham dengan menggalakkan lagi

syarikat-syarikat mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

4.3 Dasar Wawasan Negara

Latar Belakang

RMK 8 hingga 10 (sekarang)… RMK 11 (2016)

Teras utama

Membina bangsa yang berdaya tahan dengan memupuk perpaduan,

menyemarakkan semangat patriotik, mendidik kematangan politik, membina

masyarakat bertolak ansur dan penyayang

Mewujudkan masyarakat yang saksama pembasmian kemiskinan dan meningkatkan

pendapatan isi rumah.

4.31 Strategi Wawasan 2020

New Economic Model

Page 20: LAPORAN KAJIAN SEJARAH MODEN (Dasar Pembangunan Utk Perpaduan Dan Integrasi)

Prepared by;Belaja,Daniel and Kenedy Dpli 2012

20

Gagasan 1 Malaysia

4.31 Bagaimana Bagaimana DPN meningkatkan Perpaduan dan Intergrasi

Pembasmian kemiskinan Penyusunan semula masyarakat.

Perkongsian ekonomi secara adil, tanpa mengira keturunan dan agama.

Mengurangkan jurang ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan

ekonomi antara negeri dan antara kawasan bandar dan luar Bandar.

Latihan yang diberikan kepada belia-belia di luar bandar. Cth Giat Mara

Pembukaan tanah-tanah dan pemberian subsidi besar-besaran kepada petani-

petani kecil untuk mewujudkan pekerjaan dan membantu meningkatkan

pendapatan mereka. Cth: Felda

Mewujudkan Zon Pembangunan, perindustrian di bandar, pertanian di luar

bandar. Pertanian adalah perniagaan.

Masyarakat sama merasa menyumbang kepada kemakmuran negara, sekurang-

kurangnya mereka memiliki hak kepunyaan di dalam negara sendiri agar mereka

tidak mudah terjerumus kepada rusuhan.

Sekali-sekala melihat kepada sejarah jiran apabila orang kaya menjadi

semakin kaya dan orang miskin menjadi semakin miskin yang miskin akan

merusuh, merompak dan mencuri dari yang kaya untuk terus hidup. (the law of

survival.

4.32 Perbincangan

Seperti DEB, DPN akan meneruskan usaha-usaha mengurangkan ketidakseimbangan

ekonomi bukan sahaja di kalangan kaum etnik tetapi juga di antara golongan kaya dan

miskin dan antara wilayah. Ketidakseimbangan ekonomi ini akan dapat dikurangkan

berasaskan prinsip pembangunan seimbang dan pengagihan yang saksama untuk

mencapai keadilan sosial dan memperkukuhkan perpaduan negara.

Page 21: LAPORAN KAJIAN SEJARAH MODEN (Dasar Pembangunan Utk Perpaduan Dan Integrasi)

Prepared by;Belaja,Daniel and Kenedy Dpli 2012

21

4.4 Dasar Kebudayaan Kebangsaan

4.41 Latar Belakang

Perpaduan ialah satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan

negara keseluruhannya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat

dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan

bersama di kalangan mereka.Perpaduan memainkan peranan penting dalam memacu

kestabilan & kemajuan negara. Sejak merdeka lagi, kerajaan telah memupuk semangat

perpaduan dalam memakmurkan negara kita. Pelbagai dasar telah dijalankan untuk

mencapai proses perpaduan ini. Tanpa perpaduan, kemajuan negara yang ingin dicapai

untuk Wawasan 2020 tidak mungkin akan menjadi kenyataan kerana kerjasama

diperlukan untuk menjana kemajuan.

Dasar ini menjadi panduan pembentukan & pengekalan identiti rakyat

Malaysia.Objektif dasar ini dijalankan adalah untuk mengukuhkan perpaduan melalui

Page 22: LAPORAN KAJIAN SEJARAH MODEN (Dasar Pembangunan Utk Perpaduan Dan Integrasi)

Prepared by;Belaja,Daniel and Kenedy Dpli 2012

22

kebudayaan. Sebagai contoh, kerajaan telah menjalankan perarakan Citrawarna

Malaysia pada tahun 2001 yang menyaksikan persembahan pelbagai budaya kaum

masing-masing. Selain itu, tujuannya juga ialah memelihara keperibadian kebangsaan

& meningkatkan kualiti kehidupan rakyat Malaysia. Pembentukan satu kebudayaan

kebangsaan dapat memupuk perpaduan menerusi satu gaya hidup dan nilai-nilai yang

dipersetujui dan dihayati bersama oleh semua kaum. Kebudayaan Kebangsaan juga

dapat mewujudkan satu identiti negara yang dapat dikenali oleh negara-negara luar

Dasar Dalam Negara : Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Sesebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk seperti Malaysia tentu

tidak akan dapat lari daripada menghadapi pelbagai masalah sosial dan perpaduan.

Oleh sebab perpaduan amat penting dalam memupuk semangat nasionalisme dan

kenegaraan, sudah tentulah negara-negara yang menghadapi masalah ini akan cuba

mencari jalan untuk menyelesaikan sebarang keretakan dan konflik perkauman di

negara masing-masing. Di Malaysia, masalah yang kerap diperkatakan berhubung

dengan perpaduan ialah masalah polarisasi. Walaupun negara kita telah mencapai

kemerdekaan sejak tahun 1957, namun persoalan dan masalah pembentukan

kebudayaan kebangsaan masih menjadi satu perkara yang ditinggalkan untuk

dibincangkan oleh para pengkaji budaya. Perbahasan tentang Dasar Kebudayaan

Kebangsaan sering diadakan, terutamanya di kalangan para ahli politik, badan-badan

dan pertubuhan-pertubuhan tertentu yang ada hubungan dengan kebudayaan. Harapan

negara untuk menyatupadukan masyarakat melalui kebudayaan kebangsaan adalah

tidak mustahil asalkan rakyat Malaysia sanggup menerima kebudayaan kebangsaan

sebagai kebudayaan setiap kaum di negara ini. . Oleh itu, kerajaan telah

menitikberatkan pembentukan secara beransur-ansur satu kebudayaan nasional yang

merangkumi unsur-unsur yang baik daripada berbagai-bagai kebudayaan yang terdapat

di negara kita dengan berteraskan kebudayaan asli tempatan.

4.42 Prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Terdapat tiga prinsip :

Page 23: LAPORAN KAJIAN SEJARAH MODEN (Dasar Pembangunan Utk Perpaduan Dan Integrasi)

Prepared by;Belaja,Daniel and Kenedy Dpli 2012

23

I. Kebudayaan kebangsaan negara ini hendaklah berteraskan kebudayaan

rakyat asal rantau ini. Menurut prinsip ini, kebudayaan kebangsaan Malaysia

hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat setempat rantau ini. “Rantau”

membawa maksud alam Melayu, yakni warisan tradisi kebudayaan Kepulauan

Melayu yang sebahagian besar suku bangsanya terdiri daripada orang Melayu,

Bugis, Jawa, Iban, Minang, Murut, Kadazan dan lain-lain lagi. Merekalah yang

dimaksudkan sebagai rakyat asal rantau ini.

II. .Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima

menjadi unsur-unsur kebudayaan kebangsaan. Prinsip ini memberi

pengakuan bahawa unsur-unsur kebudayaan kaum lain yang sesuai dan wajar

memanglah telah lama diamalkan. Masyarakat pribumi telah banyak menerima

unsur-unsur ini sejak zaman-berzaman. Kemasukan unsur-unsur ini ke dalam

kebudayaan tempatan kaum pribumi terjadi melalui pelbagai proses seperti

asimilasi, difusi, evolusi dan akulturasi. Sebagai contoh, proses asimilasi wujud

hasil daripada kekerapan perhubungan dan pertembungan di antara kebudayaan

dan bahasa dari negera China, India dan Eropah. Begitu juga terdapat pengaruh

bahasa Sanskrit, Portugis, China, Inggeris dan lain-lain dalam bahasa Melayu.

Tempatan.

III. Islam merupakan unsur yang penting di dalam pembentukan kebudayaan

kebangsaan itu.

Meletakkan Islam sebagai unsur penting dalam kebudayaan kebangsaan

memang kena pada tempatnya. Ini kerana Islam merupakan agama Persekutuan

yang telah lama tersurat dan diterima oleh Perlembagaan. Justeru,

pelaksanaan prinsip pertama dan kedua dalam pembentukan kebudayaan

kebangsaan perlulah disesuaikan dengan agama Islam.

Page 24: LAPORAN KAJIAN SEJARAH MODEN (Dasar Pembangunan Utk Perpaduan Dan Integrasi)

Prepared by;Belaja,Daniel and Kenedy Dpli 2012

24

Segala unsur budaya yang mewarisi pelbagai warisan budaya rakyat tidaklah

menjadi status kebudayaan kebangsann secara automatis. Ia haruslah terlebih

dahulu disesuaikan dengan ciri-ciri atau nilai universal Islam. Selaras dengan

kehendak kebudayaan kebangsaanlah, kerajaan telah berusaha untuk

menerapkan nilai-nilai Islam.

4.43 Tujuan Kebudayaan Kebangsaan

I. Perpaduan Negara

Tujuan ini dapat dilihat dari aspek keseluruhan penduduk yang berbilang kaum dan

keturunan di negara ini. Masyarakat majmuk Malaysia perlu dipupuk dengan nilai-nilai

yang dapt dikongsi bersama. Nilai-nilai budaya yang suci ini akan membawa kepada

titik-titik persamaan dalam kehidupan masyarakat.

II. . Membentuk keperibadian atau identiti Malaysia.

Tujuan ini sangat wajar kerana setelah lebih 45 tahun merdeka, masyarakat Malaysia

masih belum mempunyai satu identiti kukuh. Semangat sayangkan bangsa, tanahair

dan sebagainya masih kabur. Sikap dan imej penduduk Malaysia haruslah dapat

dikenalkan di kalangan antarabangsa.

III. Meningkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang

dengan pembangunan sosioekonomi dan politik.

Jika dua tujuan di atas tercapai, barulah kualiti kehidupan boleh meningkat.

Peningkatan kehidupan bermaksud, setiap kaum sudah hilang perasaan prejudis.

Keadaan ini memberi peluang kepada setiap kaum di Malaysia mengecapi

pembangunan sosioekonomi dan politik yang seimbang.

4.44 Perbincangan

Kebudayaan kebangsaan adalah budaya yang sama bagi masyarakat seperti

undang-undang, kesenian, falsafah, nilai sosiobudaya dan sebagainya. Kebudayaan

Page 25: LAPORAN KAJIAN SEJARAH MODEN (Dasar Pembangunan Utk Perpaduan Dan Integrasi)

Prepared by;Belaja,Daniel and Kenedy Dpli 2012

25

sukuan atau kaum pula adalah apa yang dijamin oleh Perlembagaan dan Rukunegara

sebagai yang boleh diamalkan oleh pelbagai suku atau kaum ini boleh diserapkan ke

dalam kebudayaan kebangsaan sekiranya ia tidak bertentangan dengan tiga tujuan

dasar kebudayaan kebangsaan.

5.0 Penutup/Rumusan

Perpaduan dan integrasi di dalam Malaysia berjaya dibentuk melalui dasar-dasar

yang diperkenalkan oleh kerajaan. Sejarah telah membuktikan bahawa peristiwa 13 Mei

1957 banyak memberi pengajaran dan iktibar kepada rakyat bahawa pentingnya

perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. Sememangnya tidak dapat dinafikan, lebih

kurang 40 etnik di Malaysia sukar di satukan, tetapi dasar-dasar yang diperkenalkan

oleh kerajaan sedikit sebanyak dapat membentuk perpaduan dan integrasi di Malaysia.

Ini terbukti, apabila kita melihat parti pemerintah di Malaysia terdiri daripada tiga kaum

majoriti di Malaysia iaitu parti UMNO yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan

India. Melalui kuasa politik ini dapat terbukti bahawa tiga kaum majoriti ini dapat duduk

semeja untuk menyelesaikan isu-isu yang berkaitan seperti masalah kemiskinan dan

kemajuan kaum masing-masing. Melalui ini perpaduan dapat tercapai apabila satu

Page 26: LAPORAN KAJIAN SEJARAH MODEN (Dasar Pembangunan Utk Perpaduan Dan Integrasi)

Prepared by;Belaja,Daniel and Kenedy Dpli 2012

26

dengan kaum yang lain dapat bersatu padu untuk menyelesaikan masalah secara

aman dan damai.

Sementara itu banyak usaha kerajaan untuk mewujudkan integrasi, seperti

mewujudkan peluang pekerjaan, pendidikan dan ekonomi. Contohnya, orang Melayu

tidak dikenali sebagai bekerja sebagai petani, orang India tidak dikenali sebagai

penoreh getah, begitu juga orang Cina tidak dikenali sebagai peniaga sahaja.

Hakikatnya sekarang, berdasarkan statistik 2007 menunjukkan penurunan kemiskinan

dikalangan orang Melayu dan peningkatan purata isi rumah di Malaysia. Ini

menunjukkan bahawa dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan berjaya membentuk

perpaduan dan integrasi di mana rakyat Malaysia semakin sayang kepada apa yang

mereka miliki dan cintakan keamanan.

Refleksi

Belaja Anak Chaking

Syukur kepada Tuhan, kerana akhirnya kumpulan kami berjaya menyiapkan

kajian ini dalam tempoh yang ditetapkan oleh pensyarah kursus. Pertama sekali saya

mengucapakan terima kasih kepada pensyarah kursus Sejarah ini, diatas segala

bimbingan dan tunjuk ajar semasa menjalankan kajian ini. Sepanjang kajian ini, beliau

banyak memberi idea-idea dan petunjuk yang konkrit, supaya kajian ini dapat mencapai

objektifnya. Tidak ketinggalan juga, saya mengucapakan berbanyak terima kasih

kepada dua orang rakan kumpulan saya, iaitu saudara Kenedy dan saudara Daniel

kerana banyak membantu dalam menjayakan kajian kami bertiga.

Page 27: LAPORAN KAJIAN SEJARAH MODEN (Dasar Pembangunan Utk Perpaduan Dan Integrasi)

Prepared by;Belaja,Daniel and Kenedy Dpli 2012

27

Seperti yang saya harapkan banyak ilmu baru yang saya pelajari daripada kajian

ini, dimana saya mengetahui bahawa dasar-dasar yang di perkenalkan oleh kerajaan

adalah untuk tujuan pembangunan dan sekaligus ingin mencapai perpaduan.

Perpaduan dan Intergrasi adalah dua elemen utama yang harus dititik beratkan

untuk menjadikan negara Malaysia maju dari pelbagai dimensi, iaitu maju dalam

perkembangan ekonomi, sosial dan kejiwaan untuk merealisasikan Wawasan 2020

yang tinggal 8 tahun lagi. Impian untuk mencapai ke arah itu di rangka dengan strategi

dasar kerajaan yang antaranya ialah dasar pembangunan nasional, dasar kebudayaan

kebangsaan, dasar pendidikan kebangsaan dan wawasan 2020.Namun itu,

persoalannya sejauh manakah dasar-dasar itu di laksanakan dalam erti kata untuk

meningkatkan perpaduan dan intergrasi nasional?

Hakikatnya selepas peristiwa 13 Mei 1957, banyak memberi pengajaran kepada

kita, bahawa perpaduan itu sangat penting untuk kita mencapai status negara yang

maju setanding dengan negara lain. Berdasarkan peristiwa tersebut perpaduan harus

dititikberatkan kerana setiap pihak tidak harus membangkitkan isu-isu yang sensitif

yang boleh mengundang sensitiviti setiap kaum.

Pelaksanaan dasar-dasar kerajaan itu banyak sedikit sebanyak dipengaruhi oleh

faktor politik parti yang memerintah, dimana tidak semua tempat dapat di majukan

seperti di semenanjung, contohnya, jika dibandingkan dengan jalanraya di

Semenanjung dengan jalanraya di Sarawak, terdapat banyak bezanya jika

dibandingkan dari segi kualiti, apatah lagi masih ada tempat-tempat di pedalaman

Sarawak yang tiada jalanraya menghubungkan tempat tinggal dengan pusat bandar.

Sekarang dasar kebudayaan kebangsaan, memang tidak dapat dinafikan banyak

program kebudayaan di anjurkan oleh pihak kerajaan pada masa sekarang, tetapi

adakala kebudayaan itu hanya untuk waktu perayaan dan pesta-pesta sahaja.

Kebudayaan juga merangkumi aktiviti kerohanian di mana setiap agama berhak untuk

melakukan aktiviti kerohanian masing-masing. Tetapi adakah pemerintah memberi

sumbangan yang adil kepada setiap kaum yang memeluk agama yang berlainan.

Page 28: LAPORAN KAJIAN SEJARAH MODEN (Dasar Pembangunan Utk Perpaduan Dan Integrasi)

Prepared by;Belaja,Daniel and Kenedy Dpli 2012

28

Di Malaysia yang terdiri daripa 28 juta penduduk adalah terdiri dari masyarakat

Melayu, Cina, India dan masyarakat bumiputera Sabah dan Sarawak. Contohnya

melalui kajian yang dilakukan oleh Zulkifly Osman 2009, menunjukkan bahawa

masyarakat Melayu pada tahun 2000 menguasai 6 sektor iaitu perlombongan dan kuari,

pertanian, pembuatan, perniagaan borong dan runcit, kewangan dan perhidmatan lain.

Rangkaian usaha yang telah dilaksanakan membawa pelbagai kejayaan yang

boleh dimegahkan. Dalam masa yang sama, kejayaan ini juga telah menimbulkan

cabaran baru yang mesti ditangani untuk mempertahankan prestasi dalam pelbagai

bidang. Cabaran tersebut ialah usaha mengekalkan perpaduan nasional kerana usaha

ini sudah menjadi semacam satu tuntutan alamiah terhadap sesebuah masyarakat yang

bersifat majmuk. Melalui perpaduan, masyarakat majmuk Malaysia akan mengamalkan

satu bentuk persefahaman yang matang dan demokrasi Malaysia berasaskan

musyawarah dan muafakat.

Masalah ekonomi merupakan punca utama yang menjadi hambatan terhadap

kemungkinan tercapainya perpaduan nasional. Menurut Shamsul Amri Baharuddin

(Dewan Budaya, Mac 2004:46), keseluruhan gerakan berkisar disekitar DEB sering

dilabel sebagai suatu “gerakan nasionalisme ekonomi”. “Nasionalisme ekonomi”

bermaksud gerakan pada peringkat nasional yang dimotivasikan oleh keinginan untuk

mencapai pembangunan ekonomi yang pesat dan mengesankan semua lapisan

masyarakat Malaysia dalam pelbagai kaum. Perpaduan yang dicanagkan dalam

masyarakat majmuk Malaysia berdasarkan “gerakan nasionalisme ekonomi” akan

membantu dan mempercepatkan pembinaan negara bangsa sekaligus merealisasikan

Wawasan 2020.

Disamping itu, perpaduan dikalangan masyarakat majmuk juga telah

mewujudkan toleransi dalam pengamalan pelbagai budaya etnik masyarakat majmuk

Malaysia yang lebih dikenali sebagai kebudayaan kebangsaan. Dasar Kebudayaan

Kebangsaan akan menentukan sifat yang terbaik, mulia dan tapak bagi pembinaan

bangsa. Sebuah negara bangsa hanya muncul dan tegak atas landasan kebudayaan

Page 29: LAPORAN KAJIAN SEJARAH MODEN (Dasar Pembangunan Utk Perpaduan Dan Integrasi)

Prepared by;Belaja,Daniel and Kenedy Dpli 2012

29

kebangsaannya. Dasar Kebudayaan Kebangsan penting bagi Malaysia sebagai sebuah

negara menbangun yang mempunyai penduduk berbilang kaum. Dasar ini dapat

menjadi garis panduan untuk mewujudkan satu bangsa yang bersatu pada dan

mengekalkan negara dalam kalangan bangsa-bangsa dunia.

Refleksi

Kenedy Anak Pangkau

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa keempat-empat dasar iaitu Dasar

Pembangunan Nasional , Dasar Pendidikan Kebangsaan , Dasar Kebudayaan dan

Wawasan 2020 dapat mewujudkan perpaduan antara kaum yang ada di Malaysia.Ini

kerana setiap dasar yang diperkenalkan itu akan menjurus kearah pembentukan

perpaduan.Contoh Dasar pembangunan nasional iaitu lanjutan dari Dasar ekonomi

baru (DEB) menekankan aspek keseimbangan ekonomi antara kaum dimana setiap

kaum dapat merasai dan menikmati peluang ekonomi yang terdapat di Malaysia pada

hari ini.Selain itu dalam penekanan aspek Dasar pendidikan kebangsaan pula bahasa

melayu telah dijadikan sebagai bahasa penghantar disekolah-sekolah bagi tujuan

memudahkan komunikasi yang berkesan dikalangan pelajar sekolah khasnya dan

masyarakat Malaysia amnya, selain memartabatkan bahasa melayu sebagai bahasa

utama dalam komunikasi seharian dan mudah difahami oleh setiap lapisan masyarakat

di Malaysia. Manakala dalam Dasar kebudayaan juga turut menyumbang kepada

pembentukan perpaduan dimana kalau kita lihat ,sebagai contoh, kerajaan telah

menjalankan perarakan Citrawarna Malaysia pada tahun 2001 yang menyaksikan

persembahan pelbagai budaya kaum masing-masing. Selain itu, tujuannya juga ialah

memelihara keperibadian kebangsaan & meningkatkan kualiti kehidupan rakyat

Malaysia.Dengan adanya program seperti ini akan dapat menyatukan masyarakat di

Malaysia agar dapat melahirkan kehidupan yang aman dan tenteram.disamping setiap

kaum akan lebih menghormati amalan kaum lain dalam pelbagai aspek kehidupan.

Pelbagai dasar telah dijalankan untuk mencapai proses perpaduan ini. Tanpa

perpaduan, kemajuan negara yang ingin dicapai untuk Wawasan 2020 tidak mungkin

Page 30: LAPORAN KAJIAN SEJARAH MODEN (Dasar Pembangunan Utk Perpaduan Dan Integrasi)

Prepared by;Belaja,Daniel and Kenedy Dpli 2012

30

akan menjadi kenyataan kerana kerjasama diperlukan untuk menjana kemajuan.

Justeru saya amat yakin perpaduan yang wujud pada hari ini adalah hasil daripada

pengenalan pelbagai dasar yang telah diperkenalkan oleh kerajaan yang bertujuan

untuk persiapan Malaysia kearah Negara maju seiringan dengan wawasan 2020.

REFLEKSI: DANIEL LEGGONG SAMPANG

Terlebih dahulu saya merakamkan terima kasih kepada Encik Nelson Tandang

kerana membimbing kumpulan kami yang terdiri dari, saudara Belaja Anak Chaking,

saya sendiri (Daniel Leggong Sampang), dan saudara Kenedy Anak Pangkau sehingga

akhirnya kami dapat menyiapkan laporan berkaitan dengan peranan dasar

pembangunan nasional, dasar pendidikan, dasar wawasan dan dasar kebudayaan di

dalam menggalakkan perpaduan dan intergrasi nasional.

Saya boleh mengatakan bahawa tidak banyak kesukaran yang dihadapi di dalam

menjalankan kajian ini. Perkara ini disebabkan tempoh masa yang mencukupi

digunakan untuk menjalankan kajian, tambahan pula segala maklumat berkaitan tajuk

kajian yang senang diperolehi dari sumber-sumber internet atau pun media yang lain.

Ini disebabkan isu perpaduan banyak dijadikan fokus utama ketika dibincangkan di

Negara ini. Cuma sedikit kesukaran dihadapi ketika mencari maklumat berkaitan

dengan statistik berkaitan dengan pembangunan Negara ketika awal merdeka. Oleh

kerana dasar-dasar yang dibincangkan merupakan dasar-dasar Negara selepas era

Dasar Ekonomi Baru iaitu bermula dari tahun 1991, maka banyak maklumat diperolehi

dengan mudah.

Sepanjang menjalankan kajian ini, saya banyak mempelajari perkara baru

berkaitan dasar-dasar kerajaan di dalam membentuk perpaduan di Malaysia. Saya

mendapati, pihak kerajaan telah berusaha di dalam memupuk perpaduan di kalangan

rakyat Malaysia kerana kita sama menyedari bahawa perpaduan merupakan asset

Page 31: LAPORAN KAJIAN SEJARAH MODEN (Dasar Pembangunan Utk Perpaduan Dan Integrasi)

Prepared by;Belaja,Daniel and Kenedy Dpli 2012

31

terpenting yang kita miliki pada masa kini bagi mengekalkan kestabilan Negara sama

ada dari aspek kemajuan ekonomi dan sosial.

Dari aspek meningkatkan professionalism seorang guru, kajian ini telah

meningkatkan pengetahuan saya tentang fakta dan maklumat berkaitan sejarah Negara

Malaysia sebagai panduan di dalam menyampaikan maklumat yang betul kepada

murid-murid di sekolah nanti. Dewasa ini kerajaan mula menyedari bahawa

matapelajaran sejarah merupakan subjek yang penting di dalam mempromosi

perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. Kita mengetahui bahawa, apabila kita hendak

mengenali diri kita, kita harus belajar dari sejarah kita sendiri. Begitu juga sejarah

mengajar kita tentang Negara dan bangsa kita. Dan pengetahuan ini penting bagi

melahirkan perasaan kecintaan terhadap Negara Malaysia.

Saya juga mendapati bahawa kerajaan mengambil pendekatan yang serius di

dalam membangunkan institusi pendidikan di Negara kita, telah meningkatkan taraf

kehidupan masyarakat di Malaysia secara tidak langsung. Pendekatan ini telah

melahirkan lebih ramai lagi golongan pertengahan yang terdiri dari golongan yang

berpendidikan tinggi. Langkah kerajaan meningkatkan mutu pendidikan di Negara kita

telah banyak menyumbang kepada kemajuan Negara dengan melahirkan banyak

golongan terpelajar dan berkemahiran tinggi, secara tidak langsung majoriti rakyat

Malaysia mampu memiliki harta sendiri dan pemilikan ini mendorong rakyat untuk hidup

menjaga keamanan. Hal ini disebabkan setiap rakyat yang mampu memiliki harta di

dalam Negara sudah semestinya akan sayang dengan harta dan tidak mudah

melakukan pemberontakan.

Bibliografi

http://www.jpnin.gov.my/keberkesanan_kursus

http://www.jpnin.gov.my/kajian_perpaduan

http://ms.wikipedia.org/wiki/Dasar_Kebudayaan_Kebangsaan

http://gurudasar.blogspot.com/2005/11/dasar-kebudayaan-kebangsaan.html

Page 32: LAPORAN KAJIAN SEJARAH MODEN (Dasar Pembangunan Utk Perpaduan Dan Integrasi)

Prepared by;Belaja,Daniel and Kenedy Dpli 2012

32

http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/309/4.-DASAR-KEBUDAYAAN-

KEBANGSAAN

http://www.epu.gov.my/neweconomicpolicy

Jabatan Perangkaan Malaysia, 2007. Buku tahunan jabatan perangkaan Malaysia,

Kuala Lumpur.

Jabatan Perdana Menteri, 2007. Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-9,

(2006 – 2010), Menangani Ketidaksamaan Sosioekonomi yang Berterusan

Secara Membina dan Proaktif. Kuala Lumpur.

Banci ekonomi 2011 Tanaman Crops

Buku tahunan Perangkaan 2007

Dasar-DasarUtamaKerajaan

Fatimah Azzahra Yusin Ab. Malik 1995, Wawasan 2020 Penerbit Setiamas 47301

Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan

KAJIAN HUBUNGAN KAUM DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH

PEMBANGUNAN SOSIAL, UNIVERSITI UTARA MALAYSIA Universiti Utara

Malaysia, Sintok Kedah

Lampiran