laporan interaksi 2

23
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR BAHRU CATATAN NOTA INTERAKSI GERKO KOKURIKULUM : PERMAINAN HOKI INTERAKSI : 2 TARIKH : 21 November 2013 (Khamis) MASA : 7:30-10:30 pagi TEMPAT : Padang IPGKTI PENSYARAH : Encik Daud bin Md Jani TAJUK/ KEMAHIRAN : Menahan, memukul, menguis,scoop dan menggelecek  AKTIVITI BUTIRAN LA TIHAN/ PE NERANGA N 1.0 MEMANASKAN BADAN: 1.1 Memulakan aktiviti dengan sesi memanaskan badan. 1.2 Secara berpasangan, menarik dan menolak pasangan dengan spontan menggunakan tangan dan kaki untuk menjalankan aktiviti keregangan. 1.2.1 Silang tangan (depan dan belakang) 1.2.2 Tunduk/ mendongak 1.2.3 Silang kaki (kiri/ kanan) 1.3 Aktiviti kelonggaran 1.3.1 Duduk sambil mengangkat kaki kiri dan kanan 1.3.2 Lompatan bintang 2.0 KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN: 2.1 Ansur maju dan variasi: 2.1.1 Menahan bola Berlari dari hujung padang ke gelanggang bola keranjang. Lompatan bintang sehingga serentak. Latihan menahan bola (kiri dan kanan) a) Latihan dijalankan secara berpasangan. b) A akan menolak bola kepada B, B perlu menahan bola yang ditolak oleh  A dari arah kanan dan kiri. c) A dan B saling menukar peranan. Latihan menahan bola (hantaran jauh) a) Latihan dijalankan secara berpasangan. b) A membaling bola tinggi kepada B, B perlu menahan bola yang dibaling oleh A. c) A dan B saling menukar peranan.

Upload: kingofthesing

Post on 04-Jun-2018

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

8/13/2019 LAPORAN INTERAKSI 2

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-interaksi-2 1/22

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR BAHRU

CATATAN NOTA INTERAKSI GERKO

KOKURIKULUM : PERMAINAN HOKI

INTERAKSI : 2

TARIKH : 21 November 2013 (Khamis)

MASA : 7:30-10:30 pagi

TEMPAT : Padang IPGKTI

PENSYARAH : Encik Daud bin Md Jani

TAJUK/ KEMAHIRAN : Menahan, memukul, menguis,scoop dan menggelecek

 AKTIVITI BUTIRAN LATIHAN/ PENERANGAN

1.0 MEMANASKAN BADAN:1.1 Memulakan aktiviti dengan sesi

memanaskan badan.1.2 Secara berpasangan, menarik dan menolak

pasangan dengan spontan menggunakantangan dan kaki untuk menjalankan aktivitikeregangan.

1.2.1 Silang tangan (depan danbelakang)

1.2.2 Tunduk/ mendongak1.2.3 Silang kaki (kiri/ kanan)

1.3 Aktiviti kelonggaran1.3.1 Duduk sambil mengangkat kaki

kiri dan kanan1.3.2 Lompatan bintang

2.0 KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN:2.1 Ansur maju dan variasi:

2.1.1 Menahan bola

Berlari dari hujung padang kegelanggang bola keranjang.

Lompatan bintang sehingga serentak.

Latihan menahan bola (kiri dankanan)a) Latihan dijalankan secaraberpasangan.b) A akan menolak bola kepada B, Bperlu menahan bola yang ditolak oleh

 A dari arah kanan dan kiri.c) A dan B saling menukar peranan.

Latihan menahan bola (hantaran jauh)a) Latihan dijalankan secaraberpasangan.b) A membaling bola tinggi kepada B,B perlu menahan bola yang dibalingoleh A.c) A dan B saling menukar peranan.

8/13/2019 LAPORAN INTERAKSI 2

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-interaksi-2 2/22

2.1.2 Memukul bola

2.1.3 Menguis

2.1.4 Mencedok (Scoop)

Pegangan kayu semasa pukulana) Tangan kiri menggenggam dibahagian atas kayu sementara tangankanan di bawah tangan kiri.

Latihan memukul bola

a) Latihan dijalankan secaraberpasangan.b) A memukul bola manakala Bmencuba untuk menahan bola.c) A dan B saling menukar peranan.

Kemahiran menguis digunakan untukmenjaringkan gol, menghantarhantaran jauh dan melepaskan bola

dari kayu hoki pihak lawan.

Kayu mesti dicodongkan denganpermukaanya menghadap ke atassemasa membuat teknik menguis.

Bola perlulah diguis melebihi lutut.

Latihan Menguisa) Latihan dijalankan secaraberpasangan.b) A dan B berdiri dalam satu jarak

tertentu.c) Satu skital diletakkan di tengahkedua-dua orang.d) A menguis bola kepada B, Bmenguis bola kepada A.

Kemahiran mencedok digunakanuntuk menghantar bola lebih jauh keudara.

Kemahiran ini hampir sama dengankemahiran menguis tetapi bola lebihtinggi ke udara dan lebih jauh.

Guru A skital Guru B

8/13/2019 LAPORAN INTERAKSI 2

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-interaksi-2 3/22

8/13/2019 LAPORAN INTERAKSI 2

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-interaksi-2 4/22

8/13/2019 LAPORAN INTERAKSI 2

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-interaksi-2 5/22

REFLEKSI:

Dalam pembelajaran permainan hoki hari ini, saya telah didedahkan dengan pelbagai teknik

permainan hoki iaitu menahan, memukul, menguis, mencedok dan menggelecek.

 Antara kelima-lima teknik yang dipelajari, saya dapat menguasai teknik menguis dan mencedok

dengan baik. Walaubagaimanapun, saya masih tidak dapat menguasai teknik menahan bola

dengan baik. Teknik ini memerlukan latihan yang banyak supaya dapat menahan pelbagai jenis

bola dari arahan yang berlainan. Selain itu, teknik menggelecek juga memerlukan latihan yang

berlebihan supaya dapat mengawal bola tersebut.

Dalam langkah terakhir iaitu permainan kecil, saya berasa sangat seronok semasa menyertai

permainan kecil yang dirancang oleh pensyarah. Saya dapat menggunakan semua teknik yang

telah dipelajari dalam permainan kecil itu.

8/13/2019 LAPORAN INTERAKSI 2

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-interaksi-2 6/22

Sumber/Nota Tambahan

Kemahiran Asas: Menahan

Kemahiran menahan bola merupakan kemahiran yang paling penting dalampermainan hoki iaitu kemahiran memiliki bola. Pemain-pemain juga harus menguasai

kemahiran menyerkap bola di atas permukaan padang yang berlainan. Pasukan-

pasukan yang boleh menyerkap bola dengan baik akan menguasai dan dapat

menentukan corak permainan. Pemain juga boleh melakukan kemahiran menyerkap

dalam keadaan statik atau sedang bergerak semasa bola dihantar.

Mekanik Menyerkap Bola

a) Pegangan kayu 

Tangan kiri memegang kayu di bahagian atas sementara tangan kanan berada

di bawah sedikit. Tangan kanan dilonggarkan sedikit bagi membantu pegangan

tangan kiri.

b) Cara Berdiri 

Kedudukan kaki adalah dalam keadaan kangkang dan lutut dibengkokkan sedikit.

Muka kayu yang rata adalah selari dengan bola yang datang. Badan adalah

bongkok sedikit agar individu itu sentiasa berada dalam keadaan selesa. Harus

dipastikan bahawa keseluruhan anggota pemain hendaklah berada di belakang

kayu yang condong ke hadapan sedikit untuk mengelakkan lantunan bola ke

atas.

c) Badan 

Badan,kepala dan kaki berada di belakang dan selari dengan arah datangnya

bola.Kadangkala satu langkah ke hadapan diperlukan untuk menyerkap bola.

Gerakan ke kanan atau ke kiri adalah penting juga untuk menyerkap bola yang

datang dari kedua-dua arah itu.Semua pemain mestilah meletakkan badan

mereka dalam kedudukan yang diperlukan dengan keberatan badan sentiasaberpindah dari kiri ke kanan. Pada masa bola bersentuhan dengan kayu, tangan

kiri ditegakkan sementara tangan kanan dibengkokkan sedikit. Pemain-pemain

dilarang membuangkan kayu ke arah bola. Mereka mesti menerima bola dari

beberapa arah khasnya dari belakang, dari pemain pertahanan, kiri dan kanan.

8/13/2019 LAPORAN INTERAKSI 2

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-interaksi-2 7/22

 Aktiviti ansur maju kemahiran memukul

a) Menahan bola secara berpasangan tanpa bergerak 

 A akan menolak bola kepada B untuk menyerkap. Kemudian B akan menolak

bola kepada A pula untuk menyerkap.Ulang aktiviti ini beberapa kali. 

Rajah 13: Menahan bola secara berpasangan tanpa bergerak

b) Menahan bola sambil berlari

 A meleretkan bola kepada B untuk menyerkapnya di hadapan, kanan dan kiri. B

akan menolaknya pula kepada A untuk menyerkap.Kemudian B pula akan

menolak bola kepada A ke hadapan,kanan dan kiri untuk menyerkapnya.

Rajah 14: Menahan bola sambil berlari

c) Menahan bola secara bersilang

 A menolak bola jauh kepada B dan kemudian akan menyerkapnya di B1. B pula

akan menolak jauh untuk diserkap oleh A di A1. Ulang aktiviti ini beberapa kali.

8/13/2019 LAPORAN INTERAKSI 2

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-interaksi-2 8/22

 

Rajah 15: Menahan bola secara bersilang

d) Menahan dalam pelbagai arah

 A akan menolak bola dan B akan menyerkap bola tersebut. B pula menolak

kepada C untuk menyerkapnya. C menolaknya pula kepada A. Ulang aktiviti ini

dan kemudian tukar arah.

Rajah 16 dan 17: Menahan dalam pelbagai arah

e) Menahan bola secara berlari dan bersilang

 A akan menolak bola kepada X. X perlu menerima bola yang ditolak, pusing

dan hantar kepada B. X akan berlari dan menerima bola dari B dan menolaknya

pula kepada C. C pula menolak bola kepada X di tempat X1. Kemudian menolak

semula kepada A .Tukar pemain setiap 2 pusingan.

8/13/2019 LAPORAN INTERAKSI 2

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-interaksi-2 9/22

 

Rajah 18: Menahan bola secara berlari dan bersilang

8/13/2019 LAPORAN INTERAKSI 2

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-interaksi-2 10/22

Kemahiran Asas: Memukul

Pukulan merupakan kemahiran yang sangat penting untuk dikuasai dalam

permainan hoki. Pemain perlu menguasai kemahiran pukulan kerana melalui pukulan,

bola dapat digerakkan dan dihantar dengan cepat kepada pemain lain dalam pasukan

tersebut. Selain itu, penguasaan teknik pukulan membolehkan bola dihantar dalam jarak

lebih jauh

Mekanik Pukulan

1) Pegangan kayu: 

  Tangan kiri menggenggam di bahagian atas atau hujung kayu sementara

tangan kanan di bawahnya. Kedua-dua „V‟ yang dibuat dengan ibu jari dan jari

telunjuk dari kedua-dua tangan adalah selari dengan jari kayu hoki. Hanya

sebahagian kayu hoki iaitu 4-7 cm menjulur di atas tangan kiri.

2) Posisi berdiri:

  Berdiri dengan bahu kiri menghadap sasaran atau arah pukulan. Kedudukan

badan perlu diseimbangkan. Kaki perlu dijarakkan mengikut anggaran lebar

bahu. Pada masa hantaran atau pukulan dibuat, mata hendaklah memandang

bola dan lutut dibengkokkan sedikit.

3) Kedudukan bola:

  Kedudukan bola hendaklah selari dengan jari kaki kiri dan berjarak selesa untuk

memukul.

Rajah 1: kedudukan bola

4) Hayunan:

8/13/2019 LAPORAN INTERAKSI 2

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-interaksi-2 11/22

  Kayu dihayunkan ke belakang dan kemudian lakukan hayunan bawah serta

ambil sedikit lajak untuk melakukan teknik pukulan lurus. Semasa kayu

menyentuh bola, muka kayu hendaklah dalam keadaan „Vertical½‟ supaya

pukulan tepat boleh berlaku. Untuk memastikan bola bergerak laju, kayu hoki

perlu dihayun dengan kuat.

5) Badan

  Semasa kayu dihayunkan ke belakang, berat badan adalah seimbang tetapi

apabila hayunan ke bawah dilakukan, berat badan dipindahkan ke kaki kiri.

Daya untuk memukul bola dibantu oleh beberapa koordinasi faktor misalnya

momentum badan dan pemindahan berat badan dengan betul. Selain itu,

kekuatan bahu dan lengan juga diperlukan serta kelajuan pecutan hayunan ke

bawah. Kedudukan pergelangan tangan semasa bola dipukul juga diperlukan

untuk memukul bola dengan baik.

 Aktiviti Ansur Maju Kemahiran Pukulan

a) Pemain menggunakan dua biji bola hoki.

Pemain dikehendaki memukul bola pertama dengan kuat manakala bola

kedua dipukul perlahan agar bola itu bergerak pada jarak separuh dari bola

pertama. Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk pemain melakukan pukulan

secara kuat dan keperluan untuk mengawal pukulan pada jarak tertentu.

Rajah 2: Pukulan bola

b) Pemain memukul bola di atas garisan lurus secara statik.

Rajah 3: Garisan lurus

8/13/2019 LAPORAN INTERAKSI 2

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-interaksi-2 12/22

Latihan ini boleh dilakukan dengan bergerak satu langkah ke hadapan

dan pukul bola diikuti dengan dua atau tiga langkah secara ansur maju. Tujuan

latihan ini dilakukan adalah untuk memastikan persediaan dan hayunan pemain

adalah lurus bagi satu pukulan serta berpeluang melakukan hantaran yang tepat.

c) Pemain memukul bola ke arah dinding dari jarak 10 meter.

Pukulan dillakukan ke arah bebas tetapi hendaklah dengan cara yang

betul. Pemain boleh mensasarkan pukulan ke arah yang dikehendakinya. Untuk

permulaan, pemain hendaklah berdiri statik dan kemudian bolehlah bergerak satu

langkah sehingga langkah seterusnya.

Rajah 4: Pukulan arah bebas ke dinding dari jarak 10 meter

d) Pukulan secara berpasangan dalam jarak 10 meter.

Dua pemain berdiri bersemuka pada jarak 10 meter. Pemain memukul

bola ke arah satu sama lain (ketepatan diutamakan). Apabila pukulan memuaskan,

 jarak ditambahkan kepada 15 m, 20m, 30m dan seterusnya. Pemain boleh

bergerak satu langkah dan seterusnya apabila melakukan pukulan.

Rajah 5: Pukulan secara berpasangan dalam jarak 10 meter

e) Pukulan sasaran.

8/13/2019 LAPORAN INTERAKSI 2

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-interaksi-2 13/22

Dua pemain berdiri bersemuka pada jarak 20 meter. Skitel atau kon

diletakkan di tengah-tengahnya sebagai sasaran pukulan. Pemain perlu cuba

menjatuhkan skitel atau kon dengan pukulan bola. Ulang aktiviti ini sehingga

pukulan mengenai sasaran dengan tepat.

Rajah 6: Pukulan sasaran

f) Pukulan melalui skitel

Dua pemain berdiri bersemuka dalam jarak 20 meter. Skitel atau kon

diletakkan di antara jarak 20 meter tersebut. Pemain hendaklah memukul bola

melalui skitel atau kon tersebut. Aktiviti ini diulang sehingga pemain berupaya untuk

menepati sasaran.

Rajah 7: Pukulan melalui skitel

g) Pukulan dalam bulatan.

Lima pemain membentuk satu bulatan dan seorang pemain berdiri di

tengah-tengah bulatan. Pemain tengah memukul bola kepada setiap pemain dalam

kumpulan dan sebaliknya. Pemain tengah hendaklah ditukar dengan pemain lain

apabila semua ahli kumpulan telah memukul bola

8/13/2019 LAPORAN INTERAKSI 2

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-interaksi-2 14/22

Rajah 8: Pukulan dalam bulatan

h) Pukulan berpasangan dalam kawasan D

Pemain berpasangan di atas kawasan D. Pemain disebelah kanan

barisan A menolak bola kepada pasangannya di barisan B yang memukul bola ke

dalam gol.Latihan ini boleh dijalankan dengan menukar arah tolakan kepada

tolakan dari sebelah kiri.

Rajah 9: Pukulan berpasangan dalam kawasan D

Permainan Kecil Berasaskan Kemahiran Memukul

a) Latihan memukul di dalam kawasan D

Letakkan bola di dalam kawasan D. Apabila isyarat mula diberi pemain bergerak

daripada X ke B5 seberapa cepat yang boleh, memukul satu demi satu bola ke

dalam gol.

Rajah 10: Latihan memukul dalam kawasan D

b) Latihan memukul dari sudut D

Lima biji bola diletakkan dalam kawasan D. Bila isyarat mula pemain berlari

daripada garisan D ke garisan 25 ela dan balik ke garisan D untuk memukul bola

8/13/2019 LAPORAN INTERAKSI 2

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-interaksi-2 15/22

B1 ke dalam gol. Pemain mengulangi pergerakan ini untuk memukul bola B2

hingga seterusnya.

Rajah 11: Latihan memukul dari sudut D

c) Latihan memukul secara berpasangan dalam kawasan D

 A berdiri di luar kawasan D, bersedia untuk memukul bola yang akan dihantar

oleh B. B dengan lima biji bola akan menolak bola ke kawasan D dengan arah

yang berlainan. A akan berlari ke arah bola yang dihantar oleh B dan memukul

bola itu ke dalam gol. Selepas setiap pukulan, A berlari balik ke tempat

permulaannya di luar kawasan D dan menunggu bola yang akan dihantar oleh B.

Rajah 12: Latihan memukul secara berpasangan dalam kawasan D

8/13/2019 LAPORAN INTERAKSI 2

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-interaksi-2 16/22

Kemahiran Asas: Menguis

Kemahiran ini berguna untuk menjaringkan gol serta digunakan untuk melepaskan bola

dari kayu hoki pihak lawan dan untuk menghantar hantaran jauh kepada pemain

pasukan. Kemahiran menguis juga membolehkan bola dihantar melalui udara dan ia

 juga digunakan ketika melakukan strok penalti dan menjaringkan gol. Berikut adalah

kaedah dalam kemahiran menguis. Terdapat dua kaedah iaitu :

Kaedah Pertama

tengah kayu dengan kuat.

atas sedikit.

lakuan di lakukan.

Kaedah Kedua

menghadap ke arah sasaran. Cara

pengangan kayu lebih kurang sama dengan pegangan menolak.

rendahkan badan. Bola berada dekat kaki kiri.

hadap ke atas.

8/13/2019 LAPORAN INTERAKSI 2

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-interaksi-2 17/22

 

Bola berada di sebelah kaki kanan. Kedudukan kayu rapat dan

berada di bawah bola. Bengkokkan lutut dan bahu kiri menghadap

sasaran. Berat badan berada di kaki kanan.

 Alihkan berat badan ke kaki kiri. Gunakan kekuatan tangan dengan

melejang bola ke hadapan dan ke atas. Bongkokkan badan semasa

lakuan.

Ikut lajak ke arah atas.

8/13/2019 LAPORAN INTERAKSI 2

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-interaksi-2 18/22

Kemahiran Asas: Scoop

Kemahiran mencedok hampir sama dengan kemahiran menguis tetapi sudut

kecendongan permukaan kayu lebih tinggi ke udara dan lebih jauh. Kegunaannya

adalah untuk menghantar lebih jauh ke udara. Berikut merupakan teknik mencedokdalam permainan hoki :

Teknik Mencedok Lurus

lebih tinggi

Teknik Mencedok ‘Shovel’

an bersedia.

edokan dengan menggunakan kekutan daripada pergelangan tangan dan

lengan supaya bola bergerak lebih tinggi dan jauh.

8/13/2019 LAPORAN INTERAKSI 2

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-interaksi-2 19/22

Kemahiran Asas: Menggelecek

Kemahiran menggelecek bola digunakan untuk mengawal bola sambil melepasi pemain

lawan. Aspek yang perlu dititik beratkan semasa melakukan kemahiran ini ialah

kepantasan dan kemahiran mengacah dengan menggunakan pergerakan badan dan

kayu. Bola sentiasa berada di hadapan badan dan digerakkan dari sisi ke sisi. Terdapat

3 cara dalam menggelecek bola iaitu:

  Menggelecek longgar

  Menggelecek rapat

  Menggelecek Indian

Menggelecek Longgar

Menggelecek longgar digunakan apabila pemain hendak menggerakkan bola dengan

cepat dan pihak lawan berada jauh dari bola.

Cara untuk menggelecek longgar

  Tangan kiri di hujung kayu hoki dengan belakang tangan menghadap ke luar.

Longgarkan sedikit pegangan tangan kanan.

  Badan dibongkokkan sedikit dan lutut dibengkokkan.

  Mata memandang bola ketika membuat tolakan.

  Bola hoki harus berada di sebelah kanan dan di hadapan kaki kanan.

  Kedudukan kayu hoki 45 darjah ke tanah.

Menggelecek rapat

Menggelecek rapat perlu apabila seseorang pemain hendak mengawal bola dengan rapi.

Teknik ini berguna jika pemain tidak memperoleh situasi yang selamat untuk

menghantar bola kepada rakan.

Cara untuk menggelecek rapat

  Pegangan seperti menggelecek longgar.

  Badan juga seperti menggelecek longgar.

  Mata sentiasa memandang ke arah bola dan sekilas kepada pemain yang akan

bergerak sambil mengkaji situasi padang.

8/13/2019 LAPORAN INTERAKSI 2

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-interaksi-2 20/22

  Bola harus berada ke kanan dan di hadapan kaki kanan pemain serta sentiasa

menyentuh kayu hoki.

Menggelecek Indian

Menggelecek India adalah asas bagi semua pergerakan dengan bola dalam permainan

hoki. Muka kayu bergerak bebas dengan bola. Teknik ini dilaksanakan di hadapan

badan dengan menggerakkan bola ke kiri dan ke kanan silih berganti menggunakan

muka kayu dan kilas kayu. Tangan kiri sentiasa menggerakkan kayu manakala tangan

kanan membenarkan kayu diputar bebas untuk menggerakkan bola.

Cara untuk menggelecek indian

  Pemain menukar pegangan dengan membiarkan kayu hoki berpusing di dalam

tangan kiri ke posisi yang lebih selesa., Tangan kiri memutarkan kayu sambil

meletakkan ibu jari tangan kiri ke arah bawah kayu hoki. Tangan kanan

memegang dengan longgar.

  Bola berada di hadapan pemain dan bergerak dalam arah sisian lebih kurang

saiz bahu.

  Mata seperti menggelecek rapat.

  Badan mengikut pergerakan bola.

  Apabila kaki menyentuh tanah, ketukan bola dari kiri ke kanan dan dari kanan ke

kiri pada masa kanan menyentuh tanah.

8/13/2019 LAPORAN INTERAKSI 2

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-interaksi-2 21/22

Contoh Permainan Kecil

1. Pukul dan Menang

Masa : 5 minit Cara bermain: 

1)  Peserta berdiri di belakang garisan yang ditetapkan iaitu 15m dari sasaran.  2)  Peserta dikehendaki memukul bola hoki ke sasaran dengan kayu hoki dengan

hanya sekali pukul sahaja ke sasaran. 3)  Kiraan mata akan dikira atau dinilai melalui jatuhan botol yang berbeza mata

kiraan. 4)  Botol akan dilabelkan mengikut warna yang mewakili mata tertentu.   Merah : 1 mata   Biru : 2 mata   Oren : 3 mata   Purple : 4 mata 5)  Permainan dilaksanakan sebanyak satu pusingan. 6)  Kumpulan yang mengumpul mata tertinggi akan dikira pemenang.  

Syarat-syarat : 1)  Peserta dikehendaki memukul bola hoki ke dalam kawasan yang ditetapkan. 2)  Pemain hendaklah memukul bola hoki dari belakang garisan. 3)  Pemain hanya dibenarkan memukul,bukan menolak. 4)  Peserta akan dikira batal jika melebihi garisan. 

8/13/2019 LAPORAN INTERAKSI 2

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-interaksi-2 22/22

2. Mencungkil dan Masuk

Masa : 5 minit Cara bermain:

1)  Peserta berdiri pada jarak 8 meter dari sasaran. 2)  Peserta A dikehendaki menolak bola hoki kepada peserta B. Peserta B

dikehendaki menahan dan menguis bola hoki (scooping) dengan mengunakan

kayu hoki ke sasaran yangg ditetapkan. 3)  Kiraan mata akan dikira/dinilai apabila kuisan bola jatuh di kawasan yang

mempunyai mata yang berbeza. 4)  Terdapat 3 kawasan untuk mendapatkan mata bagi setiap kuisan,mata yang

diberikan ialah 5 markah,3 markah dan 1 markah. 5)  Kumpulan yang mengumpul mata tertinggi akan dikira pemenang.  6)  Masa yang diberikan ialah hanya 5 minit. 

Syarat-syarat : 1)  Peserta dikehendaki menguis(scoop) bola ke kawasan yang telah ditetapkan.  2)  Peserta hendaklah menguis bola hoki dari belakang garisan. 3)  Peserta hanya dibenarkan menguis(scoop) bola sahaja, bukan memukul.  4)  Peserta akan dikira batal jika melebihi garisan yang ditetapkan.