10_modul ppg pjm3106 interaksi 2

22
Tajuk 4 SISTEM OTOT Sinopsis Tajuk 4 dalam modul ini merangkumi struktur dan fungsi sistem otot. Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca Tajuk 4 modul ini, diharap anda dapat: 1. Memerihalkan struktur dan fungsi sistem otot Kerangka konsep Tajuk 4 modul ini 4.0 Sistem Otot Manusia mempunyai lebih daripada 600 otot rangka yang berbeza saiz serta bentuknya menurut tugas yang dijalankan. Otot rangka terlekat secara langsung atau tidak langsung (melalui tendon) pada tulang dan bertindak secara pasangan yang bertentangan (apabila satu mengecut, yang satu lagi mengendur) untuk menghasilkan pergerakan tubuh badan yang amat berbeza. 4.1 Jenis Otot Otot ialah sejenis tisu fibrous yang kuat dan utama dalam badan. Jenis otot berbeza ari segi struktur, lokasi dan kawalan sarafnya. Jenis otot dibahagikan kepada: 40

Upload: nisha-nair

Post on 10-Jan-2016

258 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

pj

TRANSCRIPT

Page 1: 10_Modul PPG PJM3106 Interaksi 2

Tajuk 4 SISTEM OTOT

Sinopsis

Tajuk 4 dalam modul ini merangkumi struktur dan fungsi sistem otot.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca Tajuk 4 modul ini, diharap anda dapat:

1. Memerihalkan struktur dan fungsi sistem otot

Kerangka konsep Tajuk 4 modul ini

4.0 Sistem Otot

Manusia mempunyai lebih daripada 600 otot rangka yang berbeza saiz serta

bentuknya menurut tugas yang dijalankan. Otot rangka terlekat secara langsung atau tidak

langsung (melalui tendon) pada tulang dan bertindak secara pasangan yang bertentangan

(apabila satu mengecut, yang satu lagi mengendur) untuk menghasilkan pergerakan tubuh

badan yang amat berbeza.

4.1 Jenis Otot

Otot ialah sejenis tisu fibrous yang kuat dan utama dalam badan. Jenis otot berbeza

ari segi struktur, lokasi dan kawalan sarafnya. Jenis otot dibahagikan kepada:

4.1.1 Otot Rangka (Skeletal muscle) adalah otot berjalur dan otot terkawal

(voluntary muscle) kerana tindakan otot bergantung kepada kawalan sistem

saraf pusat dan pergerakannya boleh dikawal oleh kemahuan diri sendiri.

4.1.2 Otot Licin (Smooth / visceral muscle) adalah otot tanpa jalur dan tidak

terkawal kerana tindakan otot dan pergerakannya tidak dapat dikawal dan

bergantung kepada kawalan sistem saraf autonomi. Otot licin terdapat di

dinding internal berongga seperti trek pernafasan, uterus dan trek alimentari.

40

Page 2: 10_Modul PPG PJM3106 Interaksi 2

4.1.3 Otot Kardiak (Cardiac muscle) adalah sejenis otot bebas yang istimewa

hanya terdapat di jantung yang berfungsi mengepam darah ke seluruh badan.

Otot ini tidak boleh dikawal tetapi kuncupannya boleh dicepatkan atau

dilambatkan dengan kuasa sistem saraf autonomi.

 

4.2 Struktur Otot Rangka

o Setiap skeletal adalah sel otot yang berbentuk selinder dan dipanggil fiber otot, yang

mempunyai beberapa nukleus di bawah membran sel yang dikenali sebagai

sarkolema (sarcolemma) iaitu membran yang meliputi sel otot.

o Jalur-jalur fiber otot dinamakan striated muscle (otot berjalur) kerana kelihatan cerah

dan gelap semasa menguncup.

o Beberapa fiber otot diikat (bundle) bersama oleh tisu perantara fibrous supaya

menjadi kuat dan membentuk organ yang dinamakan otot rangka endomysium.

o Endomysium ini berkumpul bersama dan dibaluti oleh satu lapisan membran fibrous

iaitu perimisium (perimysium) untuk membentuk ikatan fiber fascicle. 

o Fascicle pula dikumpulkan dan dibaluti oleh overcoat yang lebih kuat, iaitu

epimysium yang menutupi keseluruhan otot. Keseluruhan otot epimysium

memanjang menjadi tendon (aponeuroses) yang menyambung ke tulang, cartilages

atau tisu perantara.

4.2.1 Ciri–ciri otot

i. Kontraktiviti (contractility) membolehkan tisu otot kontrak memendek dan

menebal apabila dirangsang.

41

Rajah 4.1: Struktur Otot Rangka

Page 3: 10_Modul PPG PJM3106 Interaksi 2

ii. Iritabiliti (irritability) kebolehan menerima dan bertindak terhadap

rangsangan.

iii. Ekstensibiliti (extencibility) kebolehan otot dipanjangkan tanpa kecederaan. 

iv. Elastisiti (elastibility) kebolehan otot kembali ke bentuk asal selepas

kontraksi atau ekstensi.

  4.2.2 Nama otot selalu mengikut:

i. Fungsi contohnya Fleksor: membengkok/melipat, Extensor: melurus,

Abduktor: meregang dan Aduktor: merapat.

ii. Lokasi contohnya Sternocleidomastoid: dari tulang sternum ke bahagian

mastoid di tulang temporal dan Occipitofrontalis: dari tulang oksiput ke frontal.

iii. Bentuk contohnya Deltoid dan Trapezius berbentuk segi tiga dan trapisium.

iv. Susunan fiber contohnya Rektus abdominis: otot abdomen melintang dan

Oblique abdominis: otot abdomen yang menyerong.

v. Bilangan struktur otot contohnya Bisep: 2 otot, Trisep: 3 otot, dan

Quadriceps: 4 otot.

vi. Saiz otot, contohnya Maximus: otot besar dan Minimus: otot kecil.

vii. Nama lekatan contohnya Carpi radialis: pergelangan tangan dan radius.

4.3 Otot-otot Utama Dalam Tubuh Badan

42

Rajah 2 : Sistem Otot

Rajah 4.2 : Sistem Otot

Page 4: 10_Modul PPG PJM3106 Interaksi 2

4.4 Fungsi Otot

Otot memainkan 4 fungsi yang utama:

4.4.1 Kontraksi

- semasa kontraksi berlaku, saraf-saraf otot menjadi pendek dan tebal lalu

mengakibatkan kontraksi. Kekuatan kontraksi bergantung kepad saraf otot

yang menguncup.

- Kontraksi otot digalakkan dengan rangsangan elektrik, secara mekanikal,

kimia, dan haba atau kepanasan. Semua otot berfiber akan kembali ke

kedudukan asal selepas setiap kontraksi.

4.4.2 Penghasilan haba

- Sel–sel menghasilkan haba melalui proses metabolisma semasa kontraksi

otot untuk mengekalkan suhu badan.

4.4.3 Pengekalan postur badan

- Otot rangka membantu mengekalkan postur badan semasa berdiri, duduk

dan berjalan. 

4.4.4 Penstabilan sendi

- Otot rangka membantu dalam menstabilkan beberapa sendi seperti sendi

bahu dan sendi lutut.

Tajuk 5SISTEM INTEGUMENTARI

43

Page 5: 10_Modul PPG PJM3106 Interaksi 2

Sinopsis

Tajuk 5 dalam modul ini merangkumi struktur dan fungsi sistem integumentari.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca Tajuk 5 modul ini, diharap anda dapat:

1. Memerihalkan struktur dan fungsi sistem integumentari.

Kerangka konsep Tajuk 5 modul ini

5.0 Sistem Integumentari

Kulit adalah organ yang terbesar sekali pada tubuh manusia. Keluasan

permukaannya adalah 1.5 hingga 2 m² pada orang dewasa yang mengandungi kelenjar,

rambut dan kuku. Terdapat lapisan lemak subcutaneous di antara kulit dan struktur di

bawahnya.

Sistem kulit juga dikenali sebagai sistem integumentari, iaitu salah satu fungsi tubuh

sebagai sistem perkumuhan. Peluh adalah bahan kumuh yang dihasilkan oleh kulit. Struktur

Mikroskopik Kulit terdiri daripada dua lapisan iaitu epidermis dan dermis.

44

Page 6: 10_Modul PPG PJM3106 Interaksi 2

5.1 Epidermis

Epidermis adalah kulit luar. Ketebalan epidermis berbeza mengikut bahagian tubuh.

Tapak kaki merupakan kulit yang paling tebal. Warna kulit manusia pula ditentukan oleh

kandungan melanin dalam pigmen. Tiada salur darah dan saraf pada epidermis. Bahagian

paling dalam dibasahi dengan cecair intertitial yang dihasilkan daripada dermis di mana

oksigen dan nutrient dialirkan keluar sebagai limfa. Epidermis terbahagi kepada 5 lapisan

(strata):

(a) Stratum corneum

Lapisan paling superficial yang terdiri daripada sel squamous yang nipis dan

leper dan sudah mati dan sering diganti dan dikenali sebagai penghadang kerana

berfungsi sebagai penghalang kepada kehilangan air dan gangguan persekitaran

seperti mikro-organisma dan kecederaan fizikal. Cytoplasma dalam sel akan

diganti dengan cecair “repellent” protein dikenali sebagai keratin. Keratinisasi

adalah proses lapisan dalam epidermis diganti dengan keratin.

(b) Stratum lucidum

Keritinocytes sangat rapat dan jelas, tiada nukleus dan diisi oleh bahan gel

lembut yang dipanggil eleiden yang akan bertukar kepada keratin. Eleiden kaya

dengan gabungan protein lipid yang bertindak sebagai penahan kepada

kehilangan cecair badan. Lapisan ini tidak ada pada kulit yang nipis tetapi

kelihatan pada kulit yang tebal seperti pada tapak kaki ataupun tapak tangan.

(c) Stratum granulosum

45

Rajah 5.1: Skema kulit dan struktur di dalamnya

Page 7: 10_Modul PPG PJM3106 Interaksi 2

Peringkat proses keratinisasi bermula. Sel disusun pada 2 atau 4 lapisan dalam

dan dipenuhi oleh granul yang dikenali sebagai keratohyalin (bahan yang

diperlukan untuk pembentukan keratin). Sel di lapisan ini akan mula denegratif

dan sama seperti stratum lucidum di mana akan hilang pada kulit yang nipis.

(d) Stratum spinosum

Juga dikenali sebagai stratum germinative (lapisan yang berkembang) yang

terbentuk daripada 8-10 lapisan dengan sel berbentuk irregular.

Kaya dengan RNA (Ribonucleic acid) untuk sintesis protein yang diperlukan

untuk penghasilan keratin.

(e) Stratum basale

Satu lapisan sel columnar yang melakukan mitosis.

5.2 Dermis

Dermis adalah kulit dalam yang mempunyai ketebalan kira-kira 0.25mm ke 2.5mm.

Ketebalan dermis juga berbeza mengikut kawasan tubuh, ketebalan sangat tinggi di tapak

tangan dan kaki, manakala sangat rendah di kelopak mata, penis dan skrotum. Struktur

yang terdapat di dalam dermis adalah :

(a) Salur darah arteriol dari rangkaian halus dan kapilari membekalkan darah kepada

kelenjar peluh, kelenjar sebaceous, folikel rambut dan dermis. Epidermis tiada

46

Rajah 5.2: Lapisan Strata Epidermis

Page 8: 10_Modul PPG PJM3106 Interaksi 2

bekalan darah tetapi mendapat nutrien dan oksigen dari cecair intertitial salur darah

di dalam papillae di dermis.

(b) Salur limfa membentuk rangkaian di dalam dermis 

(c) Somatic reseptor sensori (hujung saraf) sensitif akan deria sentuhan, suhu, tekanan

dan kesakitan. Impuls saraf dihasilkan di reseptor sensori di dalam dermis akan

dibawa ke saraf tunjang oleh saraf sensori (somatic cutaneous) dan kemudian ke

kawasan sensori di serebrum untuk ditafsirkan.

(d) Kelenjar peluh yang terdiri daripada sel epithelial banyak terdapat pada tubuh

terutama pada tapak tangan, tapak kaki, axila dan celah peha (groin) dengan badan

kelenjar berlingkar dalam subcutaneous tisu. Sesetengah duktus akan membuka di

permukaan kulit (liang-liang roma) dan ada yang membuka di folikel rambut. Kelenjar

yang membuka ke dalam folikel rambut tidak akan aktif sehingga seseorang itu

menjadi puberty.

Di axila kelenjar peluh merembeskan cecair milky tanpa bau. Sekiranya bercampur

dengan mikrob akan memberikan bau yang kurang menyenangkan. Kelenjar peluh

dirangsangkan oleh saraf simpatetik dan akan meningkatkan suhu badan dan

ketakutan. Fungsi kelenjar peluh adalah regulasi suhu badan.

(e) Rambut dibentuk daripada pertumuhan sel epidermis ke dalam dermis / tisu

subcutaneous yang dikenali folikel rambut. Pada dasarnya, folikel adalah sel

berkelompok yang dipanggil bulb.Rambut dibentuk daripada gandaan sel bulb yang

menolak ke atas, keluar daripada sumber nutrisi. Sel ini akan mati dan menjadi

keratinized. Bahagian rambut di atas kulit dikenali sebagai shaft dan bahagian di

dalam dipanggil akar. Warna rambut bergantung pada genetik dan begantung

kepada kehadiran bilangan melanin. Rambut putih adalah penggantian melanin oleh

sedikit gelembong udara.

(f) Otot arrector pili adalah ikatan kecil daripada fiber otot licin yang melekat pada folikel

rambut. Kontraksi menyebabkn rambut berdiri tegak. Otot dirangsang oleh saraf

simpatetik fiber yang bertanggungjawb kepada ketakutan dan kesejukan. Rambut

yang tegak akan memerangkap udara dan bertindak sebagai lapisan penebat,

mekanisma mengalakkan kesuaman terutama apabila berada dalam keadaan

menggigil contoh kontraksi otot skeletal luar kawal.

(g) Kelenjar sebaceous mengandungi sel epithelial yang merembeskan bahan minyak

iaitu sebum ke dalam folikel rambut. Kelenjar sebaceous didapati di seluruh tubuh

47

Page 9: 10_Modul PPG PJM3106 Interaksi 2

kecuali di tapak tangan dan tapak kaki serta paling banyak didapati di kulit kepala,

muka, aksila dan celah peha. Terdapat kelenjar sebaceous yang terus membuka ke

permukaan dan tidak melalui folikel rambut seperti bibir, bulu mata, nipple, labia

minora dan kelenjar penis.

Fungsi sebum ialah untuk melembapkan dan memudahkan rambut dibentuk serta

kelihatan berkilat; kalis air yang bertindak sebagai agen pencegah infeksi bakteria

dan fungis; dan mencegah dari kekeringan dan pecahan pada kulit apabila terdedah

pada cahaya matahari dan kepanasan.

(h) Kuku sama seperti epidermis dan rambut terdiri dari sel horny keratin yang

melindungi hujung jari dan hujung kuku kaki. Akar kuku tertanam di kulit dan dilin-

dungi oleh cuticle dan membentuk kawasan hemispherical pale yang dipanggil lunula

manakala tapak kuku yang terdedah tumbuh dari zon germinative yang dipanggil nail

bed. Kuku tangan membesar dengan lebih cepat berbanding dengan kuku kaki pada

suhu yang tinggi.

5.3 Fungsi Kulit

5.3.1 Organ perlindungan yang utama

- melindungi struktur di bawah kulit (yang lembut) dan bertindak sebagai

mekanisma pertahanan tidak khusus (non-specific defence mechanism)

badan dari kemasukan mikro-organisma.

5.3.2 Pembentukan vitamin D

o Di dalam kulit terdapat 7-dehyrocholestrol iaitu bahan asas lemak. Apabila

terdedah kepada cahaya matahari, asas lemak akan bertukar kepada

cholecalciferol dan diangkut melalui darah ke ginjal dan hepar lalu ditukarkan

menjadi vitamin D.

5.3.3 Cutaneous sensation

o Reseptor sensori yang terdiri daripada hujung saraf di dalam lapisan dermis

sangat sensitif pada sentuhan, suhu dan kesakitan. Rangsangan yang

mencetuskan impuls saraf sensori dipindahkan ke cerebral kortex. Contoh

kawasan yang sensitif seperti bibir dan hujung jari.

5.3.4 Penyerapan (Absorption)

48

Page 10: 10_Modul PPG PJM3106 Interaksi 2

o Penyerapan bahan ubatan transdermal patches seperti terapi hormon se-

masa menoupouse, nicotine (bahan untuk berhenti merokok) dan merkuri

(bahan toksik).

5.3.5 Perkumuhan (Excretion)

o Sebagai minor organ kumuhan minor seperti perkumuhan garam natrium

klorida dalam peluh atau urea apabila terdapat gangguan pada sistem ginjal

bahan aromatik seperti halia dan bahan pedas.

5.3.6 Regulasi suhu badan

o Suhu badan akan kekal pada suhu persekitaran iaitu pada 36°C. Apabila

kadar metabolik meingkat, suhu badan akan meningkat. Untuk memastikan

suhu adalah tetap, keseimbangan dikekalkan apabila haba yang dihasilkan di

dalam tubuh akan disingkirkan ke persekitaran.

Tajuk 6

49

Rajah 5.3 : Regulasi Suhu Badan

Page 11: 10_Modul PPG PJM3106 Interaksi 2

SISTEM LIMFATIK

Sinopsis

Tajuk 6 dalam modul ini merangkumi struktur dan fungsi sistem limfatik serta sistem imuniti.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca Tajuk 6 modul ini, diharap anda dapat:

1. Memerihalkan struktur dan fungsi sistem limfatik

Kerangka konsep Tajuk 6 modul ini

6.0 Sistem Limfa

Sistem limfa merupakan satu sistem pengangkutan yang membantu peredaran

darah dan membawa cecair yang keluar dari salur darah kembali semula ke dalam salur

darah. Sistem limfa merupakan pelengkap kepada sistem peredaran darah dan terlibat

dalam proses pengangkutan dan berkait rapat antara kapilari limfa, kapilari darah dan sel-sel

darah (Rajah 6.1).

Sel-sel darah dan protein keluar bersama plasma kerana terlampau besar untuk

merentas dinding kapilari. Cecair yang berada di ruang antara sel disebut bendalir tisu atau

cecair interstis. Cecair interstis perlu memasuki salur darah semula. Jika tidak, salur darah

akan ketandusan cecair dan tidak dapat mengalir. Pengaliran cecair interstis dari kapilari

limfa ke salur yang lebih besar (salur limfa). Cecair yang terdapat dalam salur limfa disebut

limfa. Limfa adalah bendalir jernih atau kuning muda yang berasal daripada darah. Maka,

limfa mempunyai semua komposisi darah kecuali eritrosit, platlet, dan protein darah.

50

Page 12: 10_Modul PPG PJM3106 Interaksi 2

Rajah 6.1 : Sistem Limfa

Bendalir tisu dan bendalir limfa terdiri daripada :

o Air

o Bahan bukan organik: natrium, kalsium, kalium, magnesium, klorida,

bikarbonat dan fosfat

o Protein: albumin, globulin dan fibrinogen

o Bahan kumuhan bernitrogen: asid urik, urea, kreatin, ammonium dan

kreatinin

o Karbohidrat: glukosa

o Lemak: kolesterol dan lemak

o Hormon

o Gas: oksigen, karbon dioksida dan nitrogen

o Sel-sel darah: tidak mempunyai eritrosit tetapi mempunyai banyak limfosit

besar dan limfosit kecil jika dibandingkan dengan jenis leukosit yang lain.

6.1 Struktur Sistem Limfa

Struktur sistem limfa terbahagi kepada 2 komponen, iaitu :

6.1.1 Organ Primer yang mengawal pengeluaran lymphocyte, sel yang bertindak

sebagai sistem imuniti.

o Kelenjar timus terletak pada ventral trakea dan atas sedikit dari jantung untuk

pembentukan limfosit.

o Sum-sum tulang mengawal pengeluaran sel limfosit.

6.1.2 Organ Sekunder yang terlibat secara langsung dalam menjalankan ketiga-

tiga fungsi sistem limfatik ialah:

51

Page 13: 10_Modul PPG PJM3106 Interaksi 2

o Kapilari limfa merupakan salur-salur halus yang saling bersambungan, nipis

dan membentuk struktur seperti jaring yang terletak di bawah kulit dan

selaras dengan kapilari darah. Terdapat sistem injap untuk mengelakkan

berlakunya ‘backflow’.

Rajah 6.2 : Organ Sekunder Sistem Limfa

o Duktus limfa toraks bermula pada cisterna chyli yang sepanjang 40cm dan

bersambung kepada vena subklavikel kiri yang mengalirkan limfa dari kedua-

dua kaki, pelvis, kaviti abdominal, separuh kiri thoras, kepala, leher dan

lengan kanan.

o Duktus limfa kanan yang sepanjang 1cm dan bersambung kepada vena

subklavikel kanan dan mengalir limfa dari separuh kanan toraks, kepala, leher

dan lengan kanan.

52

Rajah 6.3 : Duktus Limfa

Page 14: 10_Modul PPG PJM3106 Interaksi 2

o Nodus limfa berbentuk biji kacang pelbagai saiz (diameter 2mm hingga

35mm) yang berwarna kelabu-merah jambu dan terdapat di sepanjang salur

limfatik dan mengandungi leukosit (sel darah putih) yang mempunyai fungsi

fagositosis. Cecair limfa mesti melalui nodus sebelum kembali ke dalam

peredaran darah. Nodus limfa boleh dikesan di kawasan leher, ketiak, celah

paha, dada, dan perut. Nodus limfa yang diserang mikro-organisma akan

membengkak. Dua fungsi utama nodus limfa ialah menapis limfa untuk

menyingkirkan mikro-organisma dan menghasilkan limfosit dan monosit.

o Spleen seperti span, terletak di bahagian atas kiri ruang abdomen iaitu di

permukaan perut. Spleen berfungsi memerangkap dan menapis antigen,

memusnahkan sel darah merah yang telah tua, menghasilkan sel darah

merah yang baru dan menakung darah pada waktu kritikal.

o

53

Page 15: 10_Modul PPG PJM3106 Interaksi 2

Rajah 6.4 : Sistem Limfatik

6.2 Fungsi Sistem Limfatik

o Mengumpul dan mengembalikan bendalir tisu berlebihan yang terkumpul di ruang

antara sel ke dalam sistem peredaran darah melalui vena subklavikel.

o Mengangkut hasil pencernaan lemak (asid lemak dan gliserol serta vitamin larut

lemak A, D, E, K) yang meresap ke dalam kapilari limfa pada vilus, keluar dari ileum

ke dalam duktus toraks, kemudian ke sistem peredaran darah

o Mengangkut semua bendalir tisu dalam sistem limfa kembali semula ke sistem

peredaran darah.

o Mengangkut bahan kumuh (karbon dioksida dan sebatian bernitrogen) yang meresap

ke bendalir limfa kembali ke sistem peredaran darah lalu dikumuhkan di peparu dan

ginjal.

o Mengangkut air, hormon, glukosa, asid amino, garam mineral dan haba dalam ben-

dalir limfa kembali semula ke sistem peredaran darah.

o Berfungsi sebagai sistem pertahanan badan.

6.2.1 Limfosit

o Terdapat dua jenis limfosit, iaitu limfosit B dan limfosit T yang dibentuk dalam

sum-sum tulang.

o Sebahagian limfosit bermigrasi ke timus dan diproses untuk menjadi matang,

dikenali sebagai limfosit T. Sisanya tetap yang tinggal di sum-sum tulang

menjadi limfosit B.

o Limfasit T berperanan untuk mengenali dan menghancurkan sel tubuh yang

abnormal (sel yang telah diinfeksi oleh virus).

o Limfosit B berperanan menghasilkan antibodi. Jika Limposit B bertemu

dengan protein asing (sebagai contoh, di permukaan bakteri), mereka

menghasilkan antibodi, yang kemudian ‘melekat’ pada permukaan sel asing.

6.2.2 Tisu Limpoid

o Terdiri daripada 2 jenis tisu yang mempunyai fungsi yang berlainan:

- Tisu limpoid primer adalah tempat limpoid dibuat dan diperkembangkan.

Contoh: sum-sum tulang dan timus.

- Tisu limpoid sekunder adalah tempat limfosit dan antigen bertemu, dan

tempat tindak balas imun boleh dimulakan. Contoh: limpa, nodus limpa.

6.2.3 Organ Limpoid

54

Page 16: 10_Modul PPG PJM3106 Interaksi 2

o Organ di mana pematangan, pembezaan dan pergandaan limfosit berlaku,

dan boleh dibahagikan kepada 2 kategori:

- Organ limfa primer, tempat pematangan sel B dan T menjadi limfosit yang

boleh mengecam antigen berlaku. Selepas pematangan sel-sel ini berpin-

dah ke organ limfa sekunder (periferi) melalui saluran darah. Contoh :

Timus dan sum-sum tulang

- Organ limfa sekunder, tempat penggandaan dan pembezaan limfosit

berlaku selepas pendedahan terhadap antigen. Contoh : limfa (organ

utama yang menghasilkan antibodi).

o Organ limpoid berfungsi untuk memerangkap dan menepukan bahan asing

dan juga merupakan tempat utama penghasilan antibodi dan pengaruhan

limfosit T spesifik-antigen.

6.3 Sistem Pertahanan Badan

6.3.1 Sistem Pertahanan Tidak Khusus

o Sistem badan membanteras mikroorganisma yang memasuki badan secara

menyeluruh, iaitu tidak spesifik kepada sesejenis mikro-organisma tertentu.

o Mekanisme pertahanan tidak spesifik termasuklah benteng fizikal seperti kulit

dan membran mukus, rembesan asid, dan enzim di dalam perut serta

fagositosis.

o Benteng Pertahanan Pertama seperti kulit luar dan membran mukus

(membran yang menapis salur pencernaan & salur pernafasan). Contohnya:

- Peluh pada kulit

- Asid dan enzim yang dirembes dalam perut dan salur pencernaan

- Bulu hidung @ mukus yang menapis dalam sistem respirasi.

o Bentang Pertahanan Kedua (Fagositosis) adalah proses penelanan dan pe-

musnahan bahan asing seperti bakteria. Organisma patogen dikepung oleh

fagosit iaitu sel darah putih atau leukosit yang terdiri daripada neutrofil &

monosit. Patogen yang diperangkap oleh fagosit akan dimusnahkan oleh en-

zim tertentu di dalam fagosit.

o Inflamasi merupakan satu respon kepada tisu yang rosak. Apabila bakteria

berjaya menyerang pertahanan tidak khusus. Inflamasi berperanan sebagai

pelindungi iaitu isolate, inactivate, remove tisu rosak supaya tisu yang sihat

boleh menggantikannya dalam tempoh pendek

55

Page 17: 10_Modul PPG PJM3106 Interaksi 2

o Sebab inflamasi termasuk diserang oleh bakteria, Ultraviolet, ionising

radiation dan cedera manakala tanda utama inflamasi termasuk panas, sakit,

bengkak, berwarna merah atau tidak dapat berfungsi

6.3.2 Sistem Pertahanan Khusus

o Benteng Pertahanan Ketiga, satu mekanisme pertahanan spesifik yang dike-

nal sebagai keimunan.

o Keimunan merujuk kepada keupayaan badan untuk melawan jangkitan pato-

gen dengan menghasilkan antibodi dan antitoksin.

o Limfosit (sel darah putih) mengeluarkan antibodi (protein plasma) – menen-

tang patogen.

o Antitoksin, nama bagi jenis antibodi yang menyerang toksin yang dihasilkan

oleh patogen.

o Antigen ialah jasad asing seperti toksin / mikrob yang merangsang penghasi-

lan antibodi khusus untuk memusnahkan antitoksin tersebut.

o Pengimunan aktif terbahagi kepada:

a) Pengimunan Aktif Semula Jadi

- Apabila patogen memasuki badan manusia, antibodi dikeluarkan

dalam badan selepas beberapa hari.

- Antibodi yang berlebihan dihasilkan yang seterusnya boleh tahan

lama untuk memberi perlindungan daripada jangkitan patogan yang

sama pada masa depan.

b) Pengimunan Aktif Buatan

56

Rajah 6.5 : Fagosintisis oleh Sel Neutrofil

Page 18: 10_Modul PPG PJM3106 Interaksi 2

- Disuntik dengan vaksin hidup (patogen hidup yang dilemahkan) atau

vaksin mati (patogen yang telah mati/toksid yang telah diubah secara

kimia.

o Pengimunan pasif membantu pesakit yang dijangkiti penyakit agar sem-

buh melalui dua cara:

- Pengimunan pasif buatan diperoleh daripada suntikan antiserum

(serum darah yang mempunyai antibodi/antitoksin) yang bertindak

dengan antigen secara serta-merta. Contohnya penyakit akibat di-

patuk ular / penyakit anjing gila tetapi jangka masa keimunan agak

pendek.

- Pengimunan pasif semula jadi diperoleh oleh bayi semasa antibodi

dalam plasma darah ibunya meresap melalui plasenta ke dalam fetus.

Selepas lahir, bayi masih dapat antibodi ibunya melalui susu ibu.

_________________________________________________________________________

TUGASAN TERARAH

Merujuk kepada Buku Latihan Essentials of human anatomy and physiology (Marieb, E.N., 2006).

57