m 2-3 interaksi tamd

60

Click here to load reader

Upload: chen-jin-xian

Post on 16-Sep-2015

288 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

chp 2

TRANSCRIPT

  • MINGGU 2INTERAKSI ANTARA PELBAGAI TAMADUN(MELAYU, CINA DAN INDIA)

  • A) PENGENALAN KEPADA TAMADUN MELAYU, CINA DAN INDIADEFINISITamadun Melayu Tamadun CinaTamadun IndiaTEORIINTERAKSI

  • PENGENALANTAMADUN MELAYU SEBAGAI MANIFESTASI KEPADA TAMADUN ISLAM

    DEFINISI TAMADUN MELAYU

    Tamadun Melayu seringkali dikaitkan dengan DUA perkara iaitu:1. MANUSIA MELAYU. 2. TEMPAT MELAYU.

  • MANUSIA MELAYU

    a) Melayu dalam pengertian Perlembagaan Malaysia iaitu orang yang bertutur dalam bahasa Melayu, beragama Islam dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Ia terikat dengan Raja-raja dan majlis Hal Ehwal Agama Islam.

    b) Orang Melayu yang di luar perlembagaan - merujuk kepada orang yang berketurunan Melayu yang menghuni Semenanjung Tanah Melayu dan Persisir Selat Melaka di Pulau Sumatera dan mereka digelar orang Melayu (Siak, Inderagiri, Langkat dll).

  • c) Melayu INTI (Pentas Sunda), Melayu Champa, Melayu Acheh.Melayu Acheh mengaku bahawa mereka memertabatkan bahasa Melayu.Melayu INTI merupakan Pusat Pertumbuhan Tamadun Melayu-awal (peta dunia Melayu- Polinesia).

    d) Melayu minoriti yang berada di Tanah Melayu dan telah diberi kepada bangsa asing seperti Melayu Singapura dan Melayu Patani. sambungan

  • sambungane) Melayu Diaspora (berselerak) yang telah diselerakkan jauh dari tempat asal mereka akibat dibuang negeri, berdagang seperti di Cape Town (kelompok bukan kulit hitam) bahkan yang paling berjaya seperti Sheikh Yusuf al-Makasari yang telah membawa masuk Islam ke Cape Town.

    f) Oleh itu, rumpun Melayu merujuk kepada pusat serantau yang meliputi sesiapa sahaja yang bertutur dengan bahasa yang serumpun dengan Melayu dan berbudaya dengan budaya rumpun Melayu.

  • TEMPAT MELAYU

    a) Alam Melayu INTI

    b) Alam Melayu Umum

  • KESIMPULAN

    Tamadun Melayu berkonsepkan kepada sebuah tamadun yang dilahirkan oleh penduduk-penduduk di persekitaran Kepulauan Melayu/Indonesia (Malay-Indonesian Achipelago), yang bertutur dalam bahasa dan berbudaya Melayu.

  • Tamadun Melayu telah muncul di Alam Melayu sebelum kedatangan Islam. Telah wujud beberapa kerajaan sebelum kedatangan Islam seperti Funan, Angkor dan lahir pula beberapa kerajaan-kerajaan Melayu maritim seperti Langkasuka (Patani 2-14M), Srivijaya (Palembang 670-1025M), Lembah Bujang (Kedah abad ke 7M), Kuala Selinsing (Perak) dan Majapahit (1292M).

  • Kerajaan-kerajaan ini kemudiannya menjadi pengasas kepada negara-negara kota yang membentuk TAMADUN MELAYU ISLAM kemudiannya.Sumber Rujukan:B.W. Andaya, L.Y. Andaya (1992), A History Of Malaysia, McMillan, London.D.G.E. Hall (1994), A History Of South-East Asia, McMillan, London.

  • Pada umumnya dibina dan berkembang melalui kekuatan ekonomi/perdagangan dan faktor agama.

    Ekonomi dan agama menjadi teras kepada pertumbuhan Tamadun Melayu seperti Empayar SriWijaya - mula abad ke 7 hingga 13. Empayar Melayu-Buddhis, kekuatan ekonomi dan agama. Menurut catatan E-Shing orang Timur Jauh di kawasan Ceylon dan India untuk belajar Buddhism perlu berhenti di sermbinya (Sriwijaya).

    Kerajaan Merina di Malagasi (hasil hijrah di zaman Sri Wijaya); kesannya masih ada hingga sekarang. Mereka iaitu masyarakat Melayu dari Melayu INTI yang berhijrah ke sana di zaman Sriwijaya.

    PUSAT TAMADUN MELAYU

  • Kerajaan Majapahit (abad ke 13 hingga ke 14); kerajaan Islam Pasai; Kesultanan Melaka (abad ke 15 juga hasil penghijrahan).

    Kesultanan Melaka contohnya pembinaannya menepati teori hijrah. Parameswara berhijrah dari Sriwijaya ke Temasik dan Melaka.

    Tamadun Melayu-Islam di Melaka walaupun kedatangan Islamnya lewat dari Pasai tetapi ketamadunannya lebih terserlah dari Pasai.

    Tamadun-tamadun ini semuanya makmur semasa kegemilangannya termasuk keseniannya yang tinggi.

    Kejatuhan sesuatu tamadun disebabkan oleh dua faktor iaitu faktor dalaman dan luaran.

  • FAKTOR KEJATUHAN TAMADUN MELAYU

    FAKTOR LUARAN:Funan (abad 1 hingga 6) jatuh kerana ia diserang orang-orang Mon-Khmer (Semenanjung Vietnam) kerana mereka mempunyai kekuatan tamadun.

    Champa (awal Hindu) kemudian beragama Islam jatuh kerana diserang oleh musuh yang terdiri dari orang Viet (Vietnam).

    Sriwijaya jatuh kerana serangan dari luar iaitu oleh kerajaan Chola India yang cemburu dengan kehebatan Sriwijaya.

  • Kesultanan Melaka jatuh kerana serangan Portugis. Juga akibat kelemahan dalaman. Kurangnya kekuatan dalaman (sikap asobiah), keadaan Bendahara Paduka Tuan yang uzur dll.

    Kesultanan Sulu jatuh kerana diserang oleh tentera dan armada Sepanyol. Mereka mencipta muzik khas Perang Sabil dan sebarkan di kalangan rakyat untuk naikkan semangat.Sambungan...

  • Tamadun Islam memainkan peranan penting dalam pembinaan Tamadun Melayu.Islam mula bertapak dalam Tamadun Melayu melalui dakwah Islamiah yang dilaksanakan secara bijaksana dengan mengambil kira sensitiviti dan budaya setempat.Terdapat perbezaan pendekatan yang dibawa oleh ulama syariat dan ulama sufi dalam menyebarkan Islam.Ulama Syariat lebih menekankan kepada aspek hukum hakam (halal atau haram) manakala ulama sufi lebih menekankan kepada pendekatan hati dengan penonjolan Wali Songgo.DAMPAK ISLAM KE ATAS TAMADUN MELAYU

  • Peta Negara China

  • PENGENALANDEFINISI TAMADUN CINATamadun Cina bermula di Huanghe Utara China dan Yangzijiang di Selatan China kira-kira 7000 tahun dahulu.

    Tamadun di kawasan Huanghe juga dikenali sebagai Tamadun Yangshao disebabkan oleh pekan tersebut merupakan tempat pertemuan tapak galian arkeologi.

    Tamadun Cina merupakan satu tamadun yang tertua seperti Tamadun Mesopotamia, Tamadun Mesir, Tamadun Lembah Indus dan Tamadun Greek.

  • Tahap Permulaan (Abad 21SM - 256SM)Meliputi Dinasti Yun, Dinasti Xia, Dinasti Shang dan Dinasti Zhou. Bermulanya pemikiran falsafah dan wujudnya sistem tulisan.

    Tahap Penubuhan (722SM - 221SM)Di tahap ini Negeri China dalam keadaan huru hara dan berpecah belah serta peperangan. Lahirnya berbagai falsafah contohnya Conficius, Laozi, Zhuangzi dan Mozi.TAHAP PERKEMBANGAN TAMADUN CINA

  • Tahap Perkembangan (221SM - 1911M)Shi Huangdi menyatukan seluruh Negeri China. Banyak kemudahan disediakan; sistem tulisan, jarak jalanraya dan pentadbiran perniagaan. Tahap ini adalah tahap keemasan. Agama Buddha, Islam dan Kristian di bawa masuk ke China oleh Mubaligh, saudagar dan pengembara.

    Tahap Transisi (1911M - kini)Tahap ini merupakan tamadun kontemporari. Banyak peperangan saudara, serangan kuasa besar Eropah, Amerika, Jepun dan banyak berlaku kemarau dan banjir besar. Kemasukan kuasa eropah turut membawa ilmu pengetahuan, pemikiran, ideologi demokrasi dan sains.

  • 1.Sifatnya yang bertahan lama.2. Tanahnya yang luas dan rakyat yang ramai.3.Mementingkan keharmonian.4. Bersifat terbuka.5. Bersifat Dinamik.6. Bersifat Integratif.7. Mementingkan moral.8. Mementingkan penggunaan teknik.9. Mementingkan apresiasi seni dan falsafah.CIRI-CIRI TAMADUN CINA

  • Northern Indus Valley TAMADUN INDIA

  • The Range of Indus Valley Civilization

  • DEFINISI TAMADUN INDIAIndia merupakan negeri yang mempunyai tinggalan tamadun sejarah yang tertua sekali di dunia. Kebanyakan bekas tamadun di temui sekitar Sungai Indus. Antara puluhan tempat tersebut hanya dua tempat yang paling terkenal iaitu Mohenjo-Daro dan Harappa.

    Hasil penemuan tersebut, ahli kaji purba berpendapat Tamadun India telah muncul lebih kurang tahun 2500 S.M dan ia berakhir sekitar tahun 1500 S.M.PENGENALAN

  • Zaman Kuno (1500 SM - 1200 SM)Zaman pra sejarah. Proto sejarah bermula dengan Tamadun Harappa (3000SM-1500SM). Kedatangan Indo Arya dari Asia Tengah dan permulaan Zaman Vedik (1500SM).

    Zaman Pertengahan (1200M-1750M)Dikenali sebagai zaman Muslim. Islam datang dengan 2 cara pertama pemelukan sebelum penaklukan sehingga 1000M melalui perdagangan dengan kawasan pantai. Kedua sebelum pemelukan selepas 1000M oleh pemerintah Turko-Afghan.TAHAP PERKEMBANGAN TAMADUN INDIA

  • DEFINISI TAMADUN INDIAIndia merupakan negeri yang mempunyai tinggalan tamadun sejarah yang tertua sekali di dunia. Kebanyakan bekas tamadun di temui sekitar Sungai Indus. Antara puluhan tempat tersebut hanya dua tempat yang paling terkenal iaitu Mohenjo-Daro dan Harappa.

    Hasil penemuan tersebut, ahli kaji purba berpendapat Tamadun India telah muncul lebih kurang tahun 2500 S.M dan ia berakhir sekitar tahun 1500 S.M.PENGENALAN

  • Zaman Moden (Mulai 1750M sehingga sekarang)

    Kedatangan kuasa Eropah bermula dengan Portugis (1498M) di bawah Vasco Da Gama -tujuan dagangan kemudian menaklukki Goa (1510M). Bermulanya aktiviti pengembangan agama melalui St. Francis Xavier, Roberto De Nobili (1560M) dll.

    British meluaskan kuasa selepas Perang Plassey (1756M).

    Membenarkan mubaligh Kristian menyebarkan agama Kristian, dasar menggalakkan pendidikan Inggeris selepas 1835, pembahruan sosial dll.

  • B) NILAI-NILAI UNIVERSAL ANTARA TAMADUN

    PERSAMAAN:ASAL KETURUNANAKHLAK & ETIKA

    PERBEZAAN:AGAMAPandangan Islam terhadap agama Samawi dan agama BudayaPOLITIK DAN PENTADBIRAN

    CONTOH-CONTOH INTERAKSI

  • PERSAMAAN

    a) Semua manusia dari keturunan Nabi Adam a.s. & Hawa (common human ancestory)b) Satu kemanusiaan sejagat (common humanity).c) Kebaikan fitrah kejadian manusia sejagat (universal innate goodness of man).d) Anugerah sejagat (kasih & nimat) yang dikurniakan Allah kepada manusia (universality of devine favours to the human race).e) Hikmah dalam kepelbagaian bangsa & budaya manusia (the wisdom of ethnic & cultural pluralism)

    NILAI-NILAI UNIVERSAL ANTARA TAMADUN

  • f) Kerjasama antara budaya untuk memenuhi kebaikan bersama bagi semua manusia.g) Keadilan sejagat bagi semua manusia.h) Tanggungjawab bersama dalam menjaga alam sekitar.i) Kesamaan gender dalam pengabdian kepada Allah dan ganjaranNya.j) Institusi kekeluargaan & penghormatan orang tua yang kukuhk) Nilai akhlak & etikaSemua tamadun mementingkan nilai akhlak dan etika serta meletakkan ia sebagai nilai terpenting dalam sesebuah tamadun.NILAI-NILAI UNIVERSAL ANTARA TAMADUN

  • PERBEZAAN

    1. KONSEP KETUHANANKonsep Ketuhanan dalam Islam bersikap transenden (tidak boleh digambarkan) berbeza dengan agama dalam tamadun lain.

    2. POLITIK & PENTADBIRANIa lebih dicorakkan kepada pegangan agama melalui kitab-kitab suci atau pegangan falsafah.SUMBER:Osman Bakar (1997), Islam & Civilizational Dialogue, Kuala Lumpur: UM Press, h. 8Osman bakar & Cheng Gek Nai (ed.) (1997), Islam & Confucianism: A Civilizational Dialogue, Kuala Lumpur: UM Press, Chapter 8-9.

  • Dari segi pertalian dan hubungan antara tamadun, Carroll Quigley (Evolution Of Civilizations, 1979: 83) telah memperturunkan satu rajah yang menggambarkan jalur pertaliannya.

    TEORI INTERAKSI

  • Neolithic Garden Cultures(belum bertamadun)

    Mesopotamia (Sumeria)IndicSinic

    Mesir Purba

    Crete (Mionoan)Hittite CanaanHinduMediterranean (Klasik)Buddha China JepunMelayu (Kuno)Islam

    Ortodoks*Barat* Melayu Islam India? ?*MELAYU KONTEMPORARI

  • * Komponen Tamadun Melayu tidak tercatat dalam rajah asal Quigley tetapi ia dimasukkan oleh Dr. Hashim Musa atas dasar pertalian pengaruh ke atasnya daripada tamadun Hindu-Buddha, Islam dan Tamadun Barat.

    * Quigley juga tidak memasukkan jalur pertalian Islam ke Barat menggambarkan keangkuhan Barat yang enggan mengiktiraf sumbangan Islam kepada Barat.PENERANGAN RAJAH

  • INTERAKSI ANTARA TAMADUNSatu proses sosial melibatkan dua atau lebih individu dan kelompok yang melibatkan tindakan saling membalas tindaklaku pengaruh mempengaruhi satu sama lain.

  • KONSEP INTERAKSITamadun sesebuah masyarakat mestilah bersifat terbukaInteraksi antara tamadun menghasilkan dua kesan penting:PositifNegatifCiri-ciri dan elemen tamadun luar yang diterima akan mengalami proses asimilasi dan penyesuaianKesan negatif interaksi akan mewujudkan konflik antara masyarakat yang memiliki tamadun berbeza

  • FAKTOR MEMUDAHKAN INTERAKSIGEOGRAFIKedudukan negara yang strategikSenang dihubungiKawasan laluan para pedagang

    KESTABILAN POLITIKSistem pemerintahan yang teguhPemerintah yang adil, bijaksana dan dikasihi rakyat jelataSuasana negara yaang aman

    KEKUATAN EKONOMIHasil bumi cukupPerdagangan lancarPertanian menjadi

  • Faktor Menyulitkan InteraksiPeperanganBerlakunya kekacauanProses interaksi terhalangTiada kunjungan dari luarAktiviti hubungan sosial terganggu.

    Bencana AlamKemarau, banjir, gempa bumi dll.Bentuk mukabumi yang tidak subur

  • Ketidakstabilan politik dan ekonomiNegara tidak amanPemerintahan yang tidak teguhAktiviti perdagangan dan pertanian tidak berjalan dengan lancar.

  • KESAN INTERAKSIPOSITIFNEGATIF

  • KESAN POSITIFAntara tamadun Islam dengan tamadun Yahudi dan Kristian

    Perlembagaan MadinahHak-hak orang Kristian dan Yahudi serta penganut agama lain diberi perlindungan.Mereka diberi kebebasan beramal mengikut anutan agama masing-masing tanpa sebarang gangguan dari Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam dan kaum Muslimin.Tamadun Cina dan IndiaTeknologi memproses gula daripada tebu dan ilmu astronomi telah dibawa dari India ke Cina.

    Tamadun Islam dan MelayuAgama Islam telah tersebar di kepulauan Melayu melalui perdagangan dari Arab, Parsi, India dan Cina.

  • Tamadun Cina dan Jepun

    Sumbangan tamadun Cina yang penting ialah:-Tulisan Cina telah menjadi asas kepada pembentukan tulisan Jepun iaitu Hiragama dan Katakana.Ajaran Buddha yang telah diasimilasikan dengan agama asal orang Jepun iaitu Shinto.KESIMPULAN

    Kesan positif telah memberi pengukuhan kepada sesuatu tamadun.Kesan positif daripada interaksi antara tamadun akan dapat memperkayakan tamadun tersebut serta mengelakkannya daripada terus beku, jumud, beku dan statik.Tamadun yang mengasimilasikan pengaruh luar akan semakin berkembang dan melahirkan perubahan penting.

  • KESAN NEGATIFANTARA KRISTIAN DAN YAHUDIPembunuhan beramai-ramai orang Yahudi pada abad ke 9 dan 18 Masehi.Antara Muslim dan HinduismeMuslim dibunuh dan masjid-masjid dimusnahkan oleh raja-raja India yang beragama Hindu dan sebaliknya.

  • ANTARA CINA DAN INDIASami-sami Buddha dikurung dan kuil-kuil dimusnahkan pada masa pemerintahan Dinasti Han Timur

    ANTARA ISLAM DAN CINAPenduduk Han di Cina bermusuh dengan orang Islam kerana iri hati terhadap kemewahan Muslim hasil aktiviti perdagangan.KESIMPULAN

    Kesan negatif sering mewujudkan konflik antara masyarakat yang mempunyai tamadun yang berbeza.Konflik ini dipengaruhi oleh faktor-faktor teologi, ekonomi, sosial dan politik.Faktor teologi sering menjadi penyebab utama kerana semua masyarakat mempertahankan anutan masing-masing yang dianggap suci.

  • CONTOH-CONTOH INTERAKSI BAHASAKESENIANKESUSASTERAAN

  • INTERAKSI ANTARA TAMADUNPertalian Tamadun Melayu dengan Tamadun India Zaman Prapenjajah Barat.

    Melalui Bahasa Melayu Kuno dengan Bahasa Sanskrit.Pengaruh India ke atas kebudayaan dan masyarakat Melayu dilihat dalam sistem pemerintahan dan adat istiadat, bahasa, kesusasteraan, bentuk-bentuk keseniaan serta amalan kepercayaan tertentu.

  • BAHASA (MELAYU-INDIA)Kemasukan konsep istilah dan perkataan dari budaya India diserap masuk menjadi unsur pinjaman daripada bahasa Sanskrit dan sedikit dari bahasa Tamil. Proses peminjaman kebanyakannya telah disesuaikan dengan ciri-ciri fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik bahasa Melayu.

    J. Gonda (1973), Sanscrit In Indonesia.S. Singravelu (1989), Hubungan Kebudayaan Antara India Dengan Malaysia Zaman PraModen dalam Ismail Hussain et. al., Tamadun Melayu, Jilid 1.Asmah Hj Omar (1975) The Nature Of Tamil Loan Words In Malay dalam Asmah Haji Omar (1975), Essays On Malaysian Linguistics.INTERAKSI ANTARA TAMADUN

  • CONTOHDari segi Fonologi, aspirasi (h) dlm Sanskrit digugurkan atau dipindah tempat.

    Bhumi - bumiBheda- beza/bedaBhakti- baktiBhasa- bahasaArthah- hartaArghah- harga

    Vokal (a) dalam suku kata pertama diganti dengan e pepet:

    Nagaram- negaraDanda- dendaPanajaram- penjara

  • Vokal e pepet disisipkan di tempat gugus konsonan

    Putrah- puteraSastram- sasteraCakravala- cakerawalaCakram- cakera

    Konsonan sengau/nasal disisipkan antara vokal:

    Akasah- angkasaUpama- umpama

  • PINJAMAN DARI BAHASA TAMILKonsonan retrofleks, ciri kepanjangan vokal & penggandaan konsonan dihilangkan:

    Kendii- kendiPetti- petiKappal- kapal

    Vokal (a) diganti dengan e pepet:

    Kadai- kedaiParicai- perisai

  • Konsonan (v) diganti dengan (b) atau (w):Vagai- bagaiKaval-kawal

    Vokal (u) diganti dengan vokal (o):Mutal- modalKulam- kolam

    Vokal panjang di hujung perkataan digantikan dengan bunyi tekak atau glotis:Ayyaa- ayahAmmaa- emakAkkaa- kakak

  • INTERAKSI ANTARA TAMADUNPertalian Tamadun Melayu Dengan Tamadun Cina Zaman Prapenjajah BaratTelah wujud sebelum permulaan tahun Masihi sejak zaman Dinasti Han (140-117S.M).I-Tsing (Yi Jing) telah menterjemahkan buku agama Buddha dari Sanskrit ke bahasa Cina dan menulis 2 buah buku tentang Tamadun Melayu SriVijaya.Hubungan melalui Laksamana Muhammad Cheng Ho (Zeng He) - antara Melaka - China. (persahabatan, perdamaian & perniagaan).

  • Maharaja Yung Lo bertanggungjawab mengadakan hubungan diplomatik dengan Melaka pada abad ke 15.

  • The Admiral Of the Western Seas Cheng Ho (Zheng He)

  • The Great Chinese Mariner Zheng He [Cheng Ho] Kapal yang digunakan oleh Zheng He atau Kasim San Bao

  • Pertalian kerajaan Tamadun Melayu dengan Tamadun Cina pada zaman prapenjajah Barat TIDAK banyak membuahkan kesan besar ke atas Tamadun Melayu.

    HANYA KETARA ialah:1. Serapan perkataan Cina ke dalam Bahasa Melayu contoh lau-teng = loteng.2. Munculnya komuniti Baba dan Nyonya terutama sekali di Melaka dan Cina peranakan di Kelantan.

    Rujukan:Tan Chee Beng, JMBRAS, Vol. 53, Part 1, 1980: 150-166.JMBRAS, Vol. 55, Part 1, 1982: 27-52.

  • Pertalian Tamadun Melayu Dengan Cina Zaman Penjajahan BaratKesan meluas ialah pertambahan meluas perdagangan dengan Cina.- perlombongan- perladangan/pertanian komersial- perniagaan

    Walau bagaimanapun, dari segi interaksi dan pengaruh budaya antara masyarakat Melayu dan Cina terdapat jurang yang luas kerana beberapa sebab antaranya kawasan penempatan yang berasingan dan polisi pentadbiran Inggeris.

  • Pertalian Tamadun Melayu Dengan India Zaman Penjajahan Barat

    Kaum India telah berpindah ke Alam Melayu secara berterusan sejak perhubungan kebudayaan dan perdagangan ditubuhkan daripada tahun awal Masihi lagi.

    Sepertimana Cina, penghijrahan kaum India ke Tanah Melayu secara mendadak berikutan dasar penjajah British.

    Perpindahan beramai-ramai bermula tahun 1840 dengan terbukanya ladang kopi yang diluluskan oleh undang-undang Selat 1872.

  • Kedatangan kaum India pada zaman penjajah British berbeza dengan zaman Srivijaya dan kesultanan Melaka kerana ketika itu kedatangan mereka daripada kelas yang tinggi dan diserap masuk ke dalam Institusi Istana dan institusi lain.

    Di zaman penjajah Barat pendatang kebanyakannya dari kelas bawahan; kelas rendah dan menetap di kawasan geografi dan sosial yang tersendiri dan terasing; tidak berpeluang berinteraksi secara meluas dengan masyarakat.

    Oleh itu, kesan ke atas masyarakat dan budaya Melayu amat minimal.

  • SELESAI KULIAH 2

    OOPPPPS, MUHASABAH SEBENTAR!!!JANGAN BORINGSAYANGILAH DIRI SENDIRI DAN KELUARGA ANDASUDAHKAH ANDA BERTANYA KHABAR IBUBAPA, SAUDARA MARA DAN BINATANG PELIHARAAN ANDA.?KENAPA? SEBAB KITA MANUSIA BERTAMADUN.

    Pesanan ini dibawa oleh pensyarah anda..