laporan inisiatif inovasi -...

5
Lampiran B LAPORAN INISIATIF INOVASI (PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI) BIL PERKARA Nama Inisiatif Inovasi : Sistem eHousemanship (eHO) 1. Latar Belakang Ringkas Inisiatif Inovasi: Sistem eHousemanship (eHO) adalah merupakan satu sistem yang dibangunkan bagi menggantikan buku log yang digunakan oleh Pegawai Perubatan Siswazah (HO) pada setiap penempatan di PPUM untuk merekodkan maklumat prosedur klinikal yang dilaksanakan. Sistem ini juga mempunyai fungsi bagi Penyelia (Pegawai Perubatan/Pegawai Perubatan Sarjana) mengesahkan setiap prosedur yang direkodkan, dan Pelulus (Pensyarah/Pakar Perunding) meluluskan setiap penempatan HO di sesuatu Jabatan yang telah ditetapkan. Disamping itu, sistem ini turut mempunyai fungsi pemantauan oleh Jabatan Sumber Manusia dan Pentadbiran Jabatan termasuk kemasukan maklumat CPD atau latihan HO. 2. Kumpulan Sasar dan Skop Liputan: - Semua HO yang ditempatkan di PPUM, mulai Jun tahun 2010 - Pegawai Perubatan - Pegawai Perubatan Sarjana - Pensyarah - Pakar Perunding - Jabatan Sumber Manusia - Pentadbiran dan Ketua Jabatan yang terlibat dengan penempatan HO

Upload: vanmien

Post on 18-Mar-2018

244 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN INISIATIF INOVASI - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/672-sistem-ehousemanship-eho.… · begitu juga dengan permohonan kelulusan penempatan. Bagi maklumat

Lampiran B

LAPORAN INISIATIF INOVASI

(PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI)

BIL PERKARA

Nama Inisiatif Inovasi : Sistem eHousemanship (eHO)

1. Latar Belakang Ringkas Inisiatif Inovasi:

Sistem eHousemanship (eHO) adalah merupakan satu sistem yang

dibangunkan bagi menggantikan buku log yang digunakan oleh

Pegawai Perubatan Siswazah (HO) pada setiap penempatan di

PPUM untuk merekodkan maklumat prosedur klinikal yang

dilaksanakan. Sistem ini juga mempunyai fungsi bagi Penyelia

(Pegawai Perubatan/Pegawai Perubatan Sarjana) mengesahkan

setiap prosedur yang direkodkan, dan Pelulus (Pensyarah/Pakar

Perunding) meluluskan setiap penempatan HO di sesuatu Jabatan

yang telah ditetapkan.

Disamping itu, sistem ini turut mempunyai fungsi pemantauan oleh

Jabatan Sumber Manusia dan Pentadbiran Jabatan termasuk

kemasukan maklumat CPD atau latihan HO.

2. Kumpulan Sasar dan Skop Liputan:

- Semua HO yang ditempatkan di PPUM, mulai Jun tahun

2010

- Pegawai Perubatan

- Pegawai Perubatan Sarjana

- Pensyarah

- Pakar Perunding

- Jabatan Sumber Manusia

- Pentadbiran dan Ketua Jabatan yang terlibat dengan

penempatan HO

Page 2: LAPORAN INISIATIF INOVASI - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/672-sistem-ehousemanship-eho.… · begitu juga dengan permohonan kelulusan penempatan. Bagi maklumat

Lampiran B

o Jabatan Surgeri

o Jabatan Surgeri Ortopedik

o Jabatan Perubatan

o Jabatan Obstetrik & Ginekologi

o Jabatan Pediatrik

o Jabatan Trauma & Kecemasan

o Jabatan Anestesiologi.

Walau bagaimanapun, sistem ini juga adalah sesuai untuk

digunapakai diseluruh agensi kesihatan yang menempatkan HO.

3. Objektif/Tujuan:

- Membantu HO merekodkan maklumat prosedur klinikal kerana

sistem ini telah diintegrasi dengan Sistem Maklumat Pesakit.

- Mengurangkan risiko kehilangan maklumat yang telah

direkodkan oleh HO berbanding penggunaan buku yang

berhadapan kemungkinan berlaku kehilangan buku.

- Memudahkan pemantauan oleh Pentadbiran Jabatan dan

Jabatan Sumber Manusia bagi perlaksanaan penempatan oleh

setiap HO.

- Memudahkan rujukan oleh HO.

- Menjimatkan masa kerana sistem ini boleh dicapai di mana-

mana lokasi yang mempunyai kemudahan rangkaian. HO boleh

merekodkan prosedur dan penyelia boleh mengesahkan

prosedur tersebut pada bila-bila masa.

- Menjimatkan kos cetakan dan ruang penyimpanan buku log

- Meningkatkan tahap ketelusan maklumat kerana sistem ini

diintegrasi dengan Sistem Maklumat Pesakit, pemilihan

penyelia dan pelulus berdasarkan senarai terkini didalam

Sistem eHR dan mengikut penempatan semasa HO.

Page 3: LAPORAN INISIATIF INOVASI - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/672-sistem-ehousemanship-eho.… · begitu juga dengan permohonan kelulusan penempatan. Bagi maklumat

Lampiran B

4. Penerangan mengikut kriteria AIPM seperti berikut:

(a) Kreativiti:

Sistem ini dibangunkan berdasarkan buku log yang telah

dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dan

telah diubahsuai dari segi proses kerja supaya ia lebih mudah

digunakan oleh HO lain-lain pengguna yang terlibat tanpa

mengubah fungsi utama yang terdapat dalam buku log.

Disamping maklumat wajib yang ada berdasarkan buku log,

sistem ini turut dilengkapi dengan ringkasan keseluruhan

penempatan yang dilaksanakan oleh HO. Ringkasan ini

merangkumi gred-gred prosedur dan pencapaian prestasi

yang diberikan oleh setiap Pelulus kepada HO di akhir setiap

penempatan.

Setiap prosedur yang dihantar oleh HO kepada penyelia,

penyelia berkenaan akan menerima peringatan melalui emel,

begitu juga dengan permohonan kelulusan penempatan.

Bagi maklumat latihan atau CPD HO, sistem ini turut

diintegrasi dengan Modul Latihan Sistem eHR yang mana

maklumat diperolehi secara terus daripada rekod latihan yang

dihadiri oleh HO. Manakala rekod latihan atau CPD yang

dianjurkan diperingkat Jabatan, Pentadbir Jabatan akan

merekodkannya berdasarkan senarai kehadiran. Ketelusan

maklumat latihan atau CPD HO dapat dipertingkatkan melalui

fungsi ini.

(b) Keberkesanan:

Sistem ini telah digunakan sepenuhnya pada bulan Jun tahun

2010 dan telah digunakan oleh kesemua HO yang

ditempatkan di PPUM. Melalui sistem ini, penyelia dapat

Page 4: LAPORAN INISIATIF INOVASI - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/672-sistem-ehousemanship-eho.… · begitu juga dengan permohonan kelulusan penempatan. Bagi maklumat

Lampiran B

melakukan pemantauan dengan lebih mudah dan lebih tepat

kerana kesemua senarai prosedur dapat dilihat secara atas

talian.

Sistem ini juga turut menetapkan tempoh masa bagi HO

merekodkan maklumat prosedur yang dilaksanakan dan

pengesahan oleh Penyelia berdasarkan pada tarikh prosedur

direkodkan oleh HO. Memudahkan pemantauan bagi

membantu para HO melengkapkan buku log seterusnya

menamatkan penemapatan (posting) dalam tempoh masa

yang ditetapkan.

Dengan wujudnya Sistem eHO, laporan berkaitan HO dapat

dijana dengan lebih mudah. Rujukan semula kepada

maklumat penempatan HO yang terdahulu juga boleh dicapai

melalui sistem ini.

(c) Signifikan

Sistem ini amat signifikan kerana memudahkan proses

penilaian kepada HO serta dapat memberikan gambaran

keseluruhan yang cepat dan tepat berkenaan maklumat

prosedur dan pencapaian HO. Ia juga dapat mengelakkan

maklumat prosedur yang tidak benar kerana ia menggunakan

data daripada Sistem Maklumat Pesakit.

Sistem eHO dapat mengurangkan kebarangkalian kehilangan

maklumat berbanding kaedah manual apabila HO kehilangan

buku log yang mengandungi maklumat prosedur yang telah

direkodkan. Ia juga dapat mengurangkan amalan

melengkapkan maklumat prosedur di akhir tempoh

penempatan.

Page 5: LAPORAN INISIATIF INOVASI - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/672-sistem-ehousemanship-eho.… · begitu juga dengan permohonan kelulusan penempatan. Bagi maklumat

Lampiran B

(d) Relevan

Sistem ini dianggap relevan kerana ia dapat menjimatkan kos

cetakan, penggunaan kertas dan ruang penyimpanan buku

log. Ini adalah kerana Sistem eHO dapat diakses dimana-

mana dan pada bila-bila masa berbanding proses manual

dimana HO perlu membawa buku log tersebut bersama dan

menyerahkan kepada penyelia untuk semakan, pengesahan

dan kelulusan.

Nota : Nyatakan penjelasan secara ringkas dan padat. Boleh masukkan

juga maklumat tambahan yang difikirkan perlu. Untuk inisiatif inovasi yang

berlainan, sila gunakan template jadual yang berasingan.