kad pintar plkn” - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/253-kad-pintar-jlkn.pdf ·...

29
KAD PINTAR PLKN” Kumpulan SMART,Jabatan Latihan Khidmat Negara, Kementerian Pertahanan

Upload: vuongthuan

Post on 09-Feb-2018

248 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: KAD PINTAR PLKN” - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/253-kad-pintar-jlkn.pdf · patriotisme dan cintakan ... utama ini adalah berdasarkan kepada tahap kepentingan

“KAD PINTAR PLKN”

Kumpulan SMART,Jabatan Latihan Khidmat Negara, Kementerian Pertahanan

Page 2: KAD PINTAR PLKN” - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/253-kad-pintar-jlkn.pdf · patriotisme dan cintakan ... utama ini adalah berdasarkan kepada tahap kepentingan

1. PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) merupakan sebuah Jabatan

Persekutuan yang diletakkan di bawah bidang kuasa Kementerian Pertahanan.

Jabatan ini dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan Program Latihan Khidmat

Negara (PLKN) yang mula secara rasminya dilaksanakan pada tahun 2004.

Berpandukan Visi utama Jabatan iaitu untuk menjadi organisasi terunggul dalam

melahirkan bangsa Malaysia dan misi Jabatan untuk memastikan PLKN

dilaksanakan dengan cekap dan berkesan, tanggungjawab Jabatan ini digerakkan

oleh seorang Ketua Pengarah dan dibantu oleh dua (2) orang Timbalan Ketua

Pengarah.

Sebagai pusat latihan remaja Malaysia berumur antara 18 hingga 35 tahun,

pentadbiran JLKN merangkumi seluruh lokasi di Malaysia. Ibu pejabat JLKN

bertempat di Wangsa Maju, Kuala Lumpur manakala Kem-kem PLKN pula

ditempatkan di kesemua negeri. Setiap Kem PLKN diketuai oleh seorang Komandan

yang terdiri daripada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) daripada ketiga-tiga

cabang perkhidmatan iaitu Tentera Darat, Laut dan Udara.

Fungsi utama JLKN adalah seperti berikut :

i) Menggubal dasar dan peraturan-peraturan mengenai pelaksanaan Program

Latihan Khidmat Negara;

ii) Menguruskan penubuhan Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN),

pelantikan, kemudahan dan faedah untuk ahli majlis sepertimana yang

diperuntukkan di dalam Akta Khidmat Negara;

iii) Menyediakan modul latihan yang akan dilaksanakan berdasarkan kepada

komponen yang ditetapkan;

iv) Merancang penyediaan kemudahan, infrastruktur, keperluan logistik,

peralatan dan kelengkapan yang diperlukan untuk pelaksanaan PLKN;

Page 3: KAD PINTAR PLKN” - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/253-kad-pintar-jlkn.pdf · patriotisme dan cintakan ... utama ini adalah berdasarkan kepada tahap kepentingan

v) Merangka sistem maklumat yang diperlukan bagi menyimpan rekod-rekod

semua warganegara yang berumur 18 tahun pada tahun program latihan

dilaksanakan;

vi) Mengkaji dan mencadangkan kaedah pemilihan peserta;

vii) Memantau, mengkaji, menilai dan menyediakan laporan keberkesanan

pelaksanaan PLKN;

viii) Membentuk remaja yang mempunyai sifat jati diri, bersemangat

patriotisme dan cintakan negara;

ix) Merealisasikan hasrat negara untuk memupuk perpaduan kaum serta

integrasi nasional;

x) Membentuk perwatakan positif kepada remaja menerusi nilai-nilai murni

dalam PLKN; dan

xi) Menyediakan PLKN yang terancang dengan penyediaan keperluan yang

berkesan ke arah mencapai matlamat dasar latihan khidmat negara.

Page 4: KAD PINTAR PLKN” - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/253-kad-pintar-jlkn.pdf · patriotisme dan cintakan ... utama ini adalah berdasarkan kepada tahap kepentingan

Rajah 1 di bawah menunjukkan carta organisasi Jabatan Latihan Khidmat Negara

Page 5: KAD PINTAR PLKN” - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/253-kad-pintar-jlkn.pdf · patriotisme dan cintakan ... utama ini adalah berdasarkan kepada tahap kepentingan

1.2 PENUBUHAN KUMPULAN SMART

Jabatan Latihan Khidmat Negara tidak ketinggalan di dalam menyahut seruan

kerajaan dengan menubuhkan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) bagi mencapai

matlamat membangunkan sumber tenaga manusia agar menjadi lebih efisien dan

efektif. Ini adalah kerana aset paling bernilai bagi sesebuah organisasi adalah

pekerja yang dapat menyumbangkan buah fikiran dan tenaga bagi memastikan

kualiti perkhidmatan dan kualiti diri bertambah baik, berkembang dan meningkat dari

semasa ke semasa.

Oleh hal yang demikian, sebanyak 11 kumpulan KIK telah ditubuhkan di JLKN

yang melaksanakan projek-projek bagi memacu kejayaan JLKN dalam pelbagai

aspek dan salah satu kumpulan KIK tersebut adalah Kumpulan SMART.

Kumpulan SMART yang dianggotai oleh tujuh (7) orang ahli dari pelbagai

Bahagian di JLKN telah ditubuhkan pada 9 Oktober 2009. Surat permohonan

bertarikh 2 September 2009 telah dihantar ke Bahagian Khidmat Pengurusan bagi

mendapatkan kebenaran menubuhkan kumpulan dan seterusnya membantu

Jabatan di dalam melaksanakan projek yang berkaitan.

Kumpulan SMART diketuai oleh Puan Hamidah Binti Ahmad selaku Fasilitator,

Puan Sharifah Rodziah binti Syed Sagap sebagai Ketua Kumpulan manakala Encik

Hanafi bin Kamyon sebagai Penolong Ketua Kumpulan dan 5 orang ahli iaitu Puan

Siti Nur Aslinda binti Mohamad Ayob, Encik Shahrizal bin Nuar @ Anuar, Encik

Muthalagan a/l Murugappan, Encik Amir Rithauddin bin Roslan dan Puan Nur

Syatirah binti Mohd Adzhar.

Tidak lengkap tanpanya, etika yang sentiasa menjadi pegangan ahli Kumpulan

SMART adalah kreatif, bertanggungjawab, mendokong satu sama lain dan ikhlas

dalam menjalankan tugas.

Page 6: KAD PINTAR PLKN” - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/253-kad-pintar-jlkn.pdf · patriotisme dan cintakan ... utama ini adalah berdasarkan kepada tahap kepentingan

Rajah 2 di bawah menunjukkan Carta Organisasi Kumpulan SMART:

Page 7: KAD PINTAR PLKN” - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/253-kad-pintar-jlkn.pdf · patriotisme dan cintakan ... utama ini adalah berdasarkan kepada tahap kepentingan

2. PEMILIHAN PROJEK/ PENJELASAN PROJEK

2.1 Pemilihan Projek

Bagi memulakan projek kumpulan, kaedah Brainstorming merupakan tools

pertama yang digunakan dalam mengenalpasti masalah. Kaedah Brainstorming

merupakan kaedah yang memerlukan setiap ahli untuk berfikir dan membuat

percambahan fikiran bagi mencari beberapa masalah yang dihadapi.

Sehubungan itu, sebanyak lapan (8) masalah telah dikenalpasti oleh setiap

ahli kumpulan iaitu:

1. Maklumat Pelatih diisi di kem tidak lengkap

2. Merangkaikan pangkalan data JLKN dengan jabatan kerajaan lain untuk

mendapatkan maklumat Pelatih

3. Pengemaskinian maklumat SPKN oleh Pelatih sendiri di sekolah-sekolah

4. Kesukaran menjejak bekas Pelatih PLKN

5. Pembaziran kertas sebagai borang maklumat bekas Pelatih

6. Ruang storan untuk penyimpanan maklumat Pelatih yang terhad

7. Pengemaskinian maklumat bekas Pelatih semasa promosi tidak efisien

8. Masalah kekurangan staf untuk Cawangan Alumni

Daripada lapan (8) masalah di atas, tiga (3) masalah utama telah dipilih

dengan menggunakan kaedah Force Ranking yang mana penetapan masalah

utama ini adalah berdasarkan kepada tahap kepentingan masalah tersebut kepada

Pertahanan Menyeluruh, Akta Khidmat Negara 1952 dan juga Akta Latihan Khidmat

Negara 2003. Tiga (3) masalah utama tersebut adalah seperti berikut:

1. Maklumat Pelatih diisi di kem tidak lengkap

2. Pengemaskinian maklumat bekas Pelatih semasa promosi tidak efisien

3. Kesukaran menjejak bekas Pelatih PLKN

Page 8: KAD PINTAR PLKN” - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/253-kad-pintar-jlkn.pdf · patriotisme dan cintakan ... utama ini adalah berdasarkan kepada tahap kepentingan

Cadangan Penyelesaian

Dalam usaha untuk merealisasikan projek tersebut, kumpulan telah

membentangkannya kepada pihak pengurusan atasan JLKN dan beberapa syarikat

luar telah dijemput untuk membentangkan kertas kerja mereka. Beberapa cadangan

kertas kerja antaranya bernilai RM50,000.00 dan RM100,000.00 telah diterima untuk

membangunkan projek ini.

Setelah dikaji dan diperhalusi, Koperasi Usahawan dan Pengguna

Perniagaan Elektronik Kuala Lumpur (KO-UPAY) dengan dibenarkan di bawah Akta

Koperasi dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia telah dipilih untuk membangunkan

satu sistem yang dapat membantu menyelesaikan masalah pengemaskinian data

bekas pelatih PLKN dan secara tidak langsung dapat memberikan imej atau identiti

kepada mereka.

Page 9: KAD PINTAR PLKN” - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/253-kad-pintar-jlkn.pdf · patriotisme dan cintakan ... utama ini adalah berdasarkan kepada tahap kepentingan

Kumpulan sekali lagi telah membuat brainstorm dan mendapati 3 perkara berikut

perlu ditekankan bagi memastikan projek tidak gagal iaitu:

1. Menarik bekas pelatih

2. Kelebihan kepada bekas pelatih

3. Pengemaskinian data

Sehubungan itu, kumpulan mendapati kad pintar adalah penyelesaian terbaik.

Rajah di bawah menunjukkan rekabentuk yang dipersetujui di mana bekas pelatih

diberikan kad pintar dan akaun kad pintar. Akaun kad pintar adalah laman utama

bagi menikmati semua keistimewaan yang ditawarkan kepada pemegang kad.

Pemegang kad pula boleh menikmati pelbagai keistimewaan dan kelebihan melalui

transaksi elektronik. Bonus tambahan akan diberikan kepada pemegan kad

berdasarkan transaksi yang telah dijalankan dan akan dihubungi semula melalui

maklumat terkini yang didaftarkan. Justeru itu, pemegang kad secara tidak langsung

akan mengemaskini maklumat peribadi.

Sebarang maklumat yang dikemaskini akan direkodkan dan dimasukkan ke

dalam pangkalan data berpusat. Melalui rangkaian, Jabatan boleh mengakses

maklumat pada bila-bila masa sekiranya diperlukan.

Page 10: KAD PINTAR PLKN” - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/253-kad-pintar-jlkn.pdf · patriotisme dan cintakan ... utama ini adalah berdasarkan kepada tahap kepentingan

Rajah di atas menunjukkan situasi sebelum dan selepas tindakan

penyelesaian dijalankan. Sebelum ini terdapat tiga (3) proses kerja secara manual

yang berbeza dalam pengumpulan dan pengurusan data pelatih dan bekas pelatih

PLKN iatu:

1. Proses mengumpul maklumat pelatih

2. Mengemaskini maklumat pelatih

3. Menghubungi bekas pelatih

Page 11: KAD PINTAR PLKN” - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/253-kad-pintar-jlkn.pdf · patriotisme dan cintakan ... utama ini adalah berdasarkan kepada tahap kepentingan

Kad pintar akan meringkaskan ketiga-tiga proses kerja ini kepada satu proses

kerja mengumpul dan mengemaskini data bekas pelatih dan memudahkan mereka

dihubungi semula. Tambahan lagi, pengemaskinian data boleh dibuat pada bila-bila

masa dan turut boleh menikmati pelbagai keistimewaan dan kelebihan tambahan.

Page 12: KAD PINTAR PLKN” - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/253-kad-pintar-jlkn.pdf · patriotisme dan cintakan ... utama ini adalah berdasarkan kepada tahap kepentingan

3. PELAKSANAAN KAD PINTAR PLKN

Melalui Kad Pintar ini semua maklumat berkenaan pelatih dapat disepadukan

dengan program ganjaran keistimewaan berterusan yang di luluskan oleh Kerajaan.

Pemilikan kad tersebut juga dapat memenuhi tujuan untuk mencipta identiti unik

kepada bekas pelatih yang berjaya tamat menjalani PLKN. Hal ini akan

menimbulkan kebanggaan kepada bekas pelatih yang menunjukkan bahawa mereka

adalah kelompok yang berjaya membawa hasrat kerajaan dalam penyuburan sifat

patriotik kepada negara. Antara maklumat atau data yang dapat dikemaskini secara

komprehensif melalui pemilikan Kad Pintar ini ialah:

(i) Nama pelatih

(ii) No. Kad Pengenalan

(iii) Alamat

(iv) E-mail

(v) No. Telefon

(vi) Status Pekerjaan

(vii) Nama Organisasi/ Syarikat/ Institut Pembelajaran/ Kem

(viii) Nama Pewaris

(ix) Alamat Pewaris

Page 13: KAD PINTAR PLKN” - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/253-kad-pintar-jlkn.pdf · patriotisme dan cintakan ... utama ini adalah berdasarkan kepada tahap kepentingan

Rajah di atas menunjukkan pelaksanaan penghasilan kad pintar PLKN yang

bermula dengan rekabentuk kad dipersetujui pada Februari 2010 dan seterusnya

pemasangan mesin ATM pada Oktober 2010.

Terdapat tiga (3) keistimewaan kad pintar PLKN iaitu:

1. Eksklusif untuk mereka yang berjaya menamatkan latihan sahaja

2. Menjadi identiti kepada pelatih dan bekas pelatih

3. Kebanggaan menjadi sebahagian daripada individu yang terpilih menjalani

PLKN

Page 14: KAD PINTAR PLKN” - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/253-kad-pintar-jlkn.pdf · patriotisme dan cintakan ... utama ini adalah berdasarkan kepada tahap kepentingan

3.1 Kad Pintar PLKN

Objektif utama projek ini dilaksanakan adalah untuk memastikan proses

pengemaskinian data adalah lengkap dan terkini bagi memudahkan bekas pelatih

dihubungi pada masa hadapan sekiranya diperlukan selaras dengan definisi Akta

Khidmat Negara 1952 (Akta 425) menyatakan bahawa remaja Malaysia perlu sedia

untuk berkhidmat dalam 3 perkhidmatan iaitu:

1. Perkhidmatan Angkatan tentera Malaysia

2. Perkhidmatan Polis Di Raja Malaysia

3. Perkhidmatan Pertahanan Awam

Selain itu, setelah PLKN dilaksanakan selama 7 tahun, kumpulan

berpendapat telah tiba masanya pelatih dan bekas pelatih yang telah tamat

menjalani latihan PLKN diberi penghargaan dengan mewujudkan satu identiti PLKN

kepada mereka yang berjaya melaluinya. Hasil daripada sesi pencambahan idea di

kalangan ahli kumpulan, maka dicadangkan supaya proses pengemaskinian data

bekas pelatih PLKN dibuat melalui satu sistem pengemaskinian data terkini dengan

melancarkan projek penghasilan kad yang dinamakan “Kad Pintar PLKN”. Kad

tersebut bukan sahaja dapat membantu jabatan di dalam usaha mengemaskini

maklumat bekas-bekas pelatih malah dapat mewujudkan satu identiti yang jitu

terhadap pelatih dan bekas pelatih PLKN.

Selain menjadi identiti kepada pelatih dan bekas pelatih PLKN, Kad Pintar

yang dihasilkan ini turut berfungsi sebagai sebuah akaun transaksi virtual di mana

pengguna dapat membuat urusniaga secara elektronik melalui internet ataupun

telefon bimbit. Sistem ini menggunakan “distributed flexible acceptance channel” di

mana pengguna boleh melakukan transaksi melalui saluran fizikal UPAY yang

dihubung menggunakan “virtual point of sales (VPOS)”. Semua transaksi yang

dilakukan dikemaskini secara “real-time” kepada pemegang akaun. Oleh hal yang

demikian, data pelatih dan bekas pelatih dapat dikemaskini dari semasa ke semasa

dan tidak timbul masalah data yang tidak tepat atau salah.

Page 15: KAD PINTAR PLKN” - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/253-kad-pintar-jlkn.pdf · patriotisme dan cintakan ... utama ini adalah berdasarkan kepada tahap kepentingan

Permohonan untuk memiliki kad pintar ini boleh dilakukan melalui dua cara

iaitu secara manual di kem-kem PLKN dan secara atas talian. Pelatih atau bekas

pelatih hanya perlu mengisi borang permohonan dari pihak Ko-Upay sekiranya

secara manual dan melawati laman sesawang www.1plkn.com untuk permohonan

secara atas talian. Kedua-dua cara ini adalah sama yang mana memerlukan data

terkini pemohon untuk dikemaskini secara “real time”.

Rajah 3 menunjukkan proses kerja penghasilan Kad Pintar PLKN yang bermula dari

permohonan sehinggalah kepada penghantaran kad kepada pemohon iaitu pelatih

dan bekas pelatih:

Rajah 3: Proses kerja penghasilan Kad Pintar

Page 16: KAD PINTAR PLKN” - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/253-kad-pintar-jlkn.pdf · patriotisme dan cintakan ... utama ini adalah berdasarkan kepada tahap kepentingan

3.2 Kad Dan Akaun e-Payment

Pelatih dan bekas pelatih yang memohon akan menerima Kad pintar PLKN

dengan nama pemegang dan nombor akaun ePayment tertera di atas kad pintar

tersebut. Sekiranya pemegang kad ingin menggunakan akaun ePayment, mereka

boleh melawat laman sesawang www.upay.com.my yang menyediakan pelbagai

kemudahan untuk pelatih dan bekas pelatih antaranya ialah butir akaun seperti baki

semasa, menukar nombor pin kad dan kata laluan, pindahan wang ke akaun

ePayment yang lain, pembayaran bil, insurans, menambah nilai prabayar, laporan

prestasi, Deposit ke akaun ePayment dan pengeluaran wang dari akaun ePayment.

Page 17: KAD PINTAR PLKN” - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/253-kad-pintar-jlkn.pdf · patriotisme dan cintakan ... utama ini adalah berdasarkan kepada tahap kepentingan

4. KELEBIHAN/KEISTIMEWAAN KAD PINTAR PLKN

4.1 Keistimewaan Kad Pintar PLKN

Dengan adanya Kad Pintar PLKN ini, ia bukan sahaja memberikan identiti kepada

pelatih dan bekas pelatih malah turut menyediakan pelbagai insentif sampingan

antaranya ialah:

4.1.1 Transaksi Pengeluaran Wang

Kad Pintar ini boleh digabungkan dengan akaun bank pemegang kad dimana

ianya membolehkan pengeluaran wang di semua mesin ATM yang

memaparkan logo KoUpay serta mesin ATM yang disediakan oleh KoUpay.

Dengan adanya mesin ATM di kem-kem PLKN, maka pengeluaran wang

elaun boleh dibuat tanpa perlu pergerakan keluar dan tidak membuang masa

serta menjamin keselamatan pelatih.

4.1.2 Tambah Nilai Pra Bayar Mudah Alih

Pembelian tambah nilai pra Bayar di akaun ePayment membolehkan pemilik

kad menerima debit tunai yang dikreditkan secara langsung ke dalam akaun

selepas membuat pembelian. Ini secara tidak langsung dapat menambah

wang saku kepada bekas pelatih sekiranya mereka kerap menambah nilai pra

Bayar mereka.

Page 18: KAD PINTAR PLKN” - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/253-kad-pintar-jlkn.pdf · patriotisme dan cintakan ... utama ini adalah berdasarkan kepada tahap kepentingan

4.1.3 Insurans Berkelompok

Dengan adanya kad ini juga, pemilik kad dilindungi oleh Sayrikat Insurans Uni

O Asia dengan bayaran premium RM3 setahun yang membolehkan pemilik

kad membeli insurans untuk suami/isteri dan tiga (3) orang anak.

4.1.4 Perkhidmatan Pembayaran Bil

Transaksi pembayaran bil Astro, TNB dan juga Maxis juga boleh dilakukan

menerusi kad ini.

Page 19: KAD PINTAR PLKN” - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/253-kad-pintar-jlkn.pdf · patriotisme dan cintakan ... utama ini adalah berdasarkan kepada tahap kepentingan

4.1.5 Diskaun Pembelian Tiket Bas

Pembelian tiket bas Mara Liner di website www.maraliner.com.my yang

memberikan diskaun 10% pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

4.2 Pencapaian Hasil Projek

Kaedah ini telah mula digunapakai pada Siri 7/2010. Ianya telah melepasi

peringkat percubaan dan bilangan pelatih dan bekas pelatih yang memohon dan

memiliki kad semakin meningkat. Sistem ini juga dibangunkan tanpa melibatkan

sebarang kos tambahan kepada Jabatan. Rajah 4 menunjukkan jumlah permohonan

kad pintar oleh pelatih dan bekas pelatih PLKN sejak kaedah ini digunapakai. Impak

pelaksanaan kaedah ini akan diperincikan pada bab seterusnya.

Page 20: KAD PINTAR PLKN” - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/253-kad-pintar-jlkn.pdf · patriotisme dan cintakan ... utama ini adalah berdasarkan kepada tahap kepentingan

Rajah 4: Jumlah Permohonan Kad Pintar PLKN 2010

Page 21: KAD PINTAR PLKN” - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/253-kad-pintar-jlkn.pdf · patriotisme dan cintakan ... utama ini adalah berdasarkan kepada tahap kepentingan

5. IMPAK PELAKSANAAN PROJEK

Setelah 7 tahun pelaksanaan PLKN, JLKN perlu menjana transformasi dan

berusaha untuk membuat anjakan paradigma ke arah yang lebih baik dan Kumpulan

SMART mengambil tanggungjawab tersebut dengan membantu Jabatan melalui

pelaksanaan projek Kad Pintar ini. Pelaksanaan projek ini bukan sahaja dapat

memberikan impak secara langsung dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi

oleh JLKN dalam menjejaki bekas pelatih PLKN namun ianya juga berupaya

memberikan impak tidak langsung yang diperolehi hasil kesepaduan data di dalam

sistem kad pintar itu sendiri.

5.1 Impak langsung

Impak langsung diperolehi apabila keperluan khusus dan tidak khusus seperti

yang dibincangkan di Bab 2 di atas dapat dipenuhi. Sehubungan itu impak-impak

langsung di bawah akan wujud, sama ada secara berterusan atau pada satu-satu

masa yang diperlukan:

5.1.1 Pengekalan semangat patriotisme selaras konsep HANRUH

Semangat patriotisme negara yang disemai di dalam diri pelatih akan

sentiasa subur dan memudahkan kerajaan melaksanakan konsep HANRUH

tanpa perlu menghadapi cabaran yang besar dari golongan muda Malaysia.

5.1.2 Keperluan Akta Khidmat Negara 1952 (Akta 425)

Penyediaan remaja Malaysia selaras keperluan Akta Khidmat Negara 1952

dapat dipenuhi. Melalui data kad pintar yang sentiasa dikemaskini, kedudukan

tepat bekas pelatih dapat diperolehi dan ini memudahkan panggilan ke atas

mereka apabila keadaan memerlukan kelak.

5.1.3 Identiti unik bagi bekas pelatih PLKN yang boleh dibanggakan

Keunikan identiti khas kepada bekas pelatih PLKN yang tamat latihan

memperlihatkan bahawa kerajaan sangat serius dalam membentuk

perpaduan rakyat tanpa mengira kaum. Perpaduan kaum diterjemahkan

melalui pewujudan satu identiti yang khusus kepada bekas pelatih PLKN agar

Page 22: KAD PINTAR PLKN” - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/253-kad-pintar-jlkn.pdf · patriotisme dan cintakan ... utama ini adalah berdasarkan kepada tahap kepentingan

mereka dapat berpadu di bawah satu kerangka yang sama diantara satu

dengan lain merentasi kaum dan agama yang dianuti.

5.1.4 Hubungan berterusan bagi mengikis persepsi negatif ibubapa

Persepsi negatif ibubapa dan masyarakat tentang kebaikan PLKN kepada

remaja Malaysia dapat dikikis melalui hubungan berterusan antara JLKN

khasnya dan Kerajaan amnya dengan bekas pelatih PLKN. Pewujudan

hubungan yang berterusan melalui kad pintar ini menunjukkan JLKN

bersungguh-sungguh mahu memastikan misi JLKN iaitu melaksanakan PLKN

dengan cekap dan berkesan tercapai.

5.1.5 Keistimewaan berterusan tanda penghargaan kepada bekas pelatih

Kerajaan yang prihatin adalah kerajaan yang sentiasa membela nasib

rakyatnya. Melalui konsep itu, JLKN berusaha membela nasib bekas pelatih

PLKN melalui pemberian skim istimewa kepada mereka. Pewujudan skim

istimewa dibawah kad pintar ini adalah tanda penghargaan kerajaan yang

hanya diberikan kepada bekas pelatih yang sanggup mengorbankan masa

dan tenaga menghadiri PLKN selama 3 bulan.

5.2 Impak tidak langsung

Impak tidak langsung adalah kesan yang berlaku secara tidak langsung dan

secara rantaian (chain reaction) dalam usaha menepati keperluan khusus dan tidak

khusus permasalahan yang dinyatakan di Bab 2. Impak ini sesetengahnya dapat

diukur seperti kesan penjimatan masa dan wang. Namun wujud juga impak yang

tidak dapat diukur seperti peningkatan perpaduan dikalangan rakyat.

5.2.1 Penjimatan wang

Pewujudan kad pintar yang mengandungi maklumat diri pelatih termasuk juga

maklumat kewangan pelatih membolehkan mereka menggunakan kad

tersebut bagi mengeluarkan wang di mesin ATM. Pembinaan mesin ATM di

kem-kem telah memudahkan pelatih untuk mengeluarkan wang simpanan

mereka tanpa perlu ke pekan berhampiran untuk tujuan tersebut. Ini

menunjukkan pihak kem juga tidak perlu mengeluarkan kos pengangkutan

Page 23: KAD PINTAR PLKN” - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/253-kad-pintar-jlkn.pdf · patriotisme dan cintakan ... utama ini adalah berdasarkan kepada tahap kepentingan

untuk menghantar pelatih ke bank-bank sekaligus menjimatkan kewangan

kem.

Secara perkiraan purata, JLKN mendapat penjimatan maksimum

RM981,470.00 bagi setiap siri sekiranya pergerakan bas digunakan

sepenuhnya bagi tujuan pengeluaran wang pelatih di bank. Penjimatan wang

tidak langsung ini amat diperlukan kerajaan dalam keadaan ekonomi dunia

yang masih tidak menunjukkan pekembangan yang positif. Jadual 3

menunjukkan perincian jumlah kos yang terlibat bagi setiap kali pergerakan

untuk tujuan pengeluaran wang elaun di pekan mengikut zon dan Rajah 5

menunjukkan perbandingan pengurangan kos bagi setiap kali pergerakan

untuk tujuan pengeluaran wang elaun.

Jadual 3: Jumlah kos yang terlibat bagi setiap kali pergerakan untuk tujuan

pengeluaran wang elaun

Page 24: KAD PINTAR PLKN” - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/253-kad-pintar-jlkn.pdf · patriotisme dan cintakan ... utama ini adalah berdasarkan kepada tahap kepentingan

Rajah 5: Perbandingan pengurangan kos bagi setiap kali pergerakan untuk

tujuan pengeluaran wang elaun

5.2.2 Penjimatan Masa

Penjimatan masa secara tidak langsung dapat diperolehi apabila kad

pintar ini digunakan untuk pelbagai tujuan antaranya untuk mengeluarkan

wang di mesin ATM, pembelian secara atas talian, pengemaskinian maklumat

secara atas talian dan lain-lain.

Untuk kajian kes, secara purata masa yang digunakan oleh setiap

pelatih PLKN untuk mengeluarkan duit di bank-bank di pekan/bandar adalah

selama 5 jam sebulan. Pembaziran masa ini merugikan kerajaan dalam

usaha memberikan sebanyak mungkin latihan kepada pelatih PLKN selama 3

bulan mereka di kem. Sekiranya tempoh 5 jam ini dapat dijimatkan, ianya

dapat digunakan untuk menyediakan modul latihan baru atau memanjangkan

modul latihan yang sedia ada sekaligus memberikan input berguna kepada

pelatih PLKN.

Pelaksanaan „Kad Pintar PLKN juga telah menjimatkan masa jurulatih

dan pelatih daripada kebiasaannya. Lazimnya, bagi setiap kali urusan

mengeluarkan wang elaun pelatih, jumlah masa yang diambil adalah

Page 25: KAD PINTAR PLKN” - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/253-kad-pintar-jlkn.pdf · patriotisme dan cintakan ... utama ini adalah berdasarkan kepada tahap kepentingan

anggaran sebanyak 2 jam 30 minit. Walau bagaimanapun, melalui kaedah ini,

anggaran masa yang diambil adalah sebanyak 5 minit sahaja, iaitu

pengurangan masa sebanyak 97%.

5.2.3 Mengekalkan Perpaduan

Mykad (kad pengenalan Malaysia) dicipta antara lain sebagai satu

bentuk keselamatan pasif dan pengenalan diri kepada rakyatnya sewaktu

zaman ancaman komunis. Mykad berjaya menyatukan rakyat melalui

pengasingan antara rakyat yang dipengaruhi unsur fahaman komunis dengan

rakyat patriotik yang mempertahankan Negara dari fahaman luar yang

merosakkan.

Mengambilkira dari konsep Mykad tersebut, dijangka kad pintar PLKN

juga berupaya mengekalkan perpaduan sesama bekas pelatih PLKN khasnya

dan perpaduan kaum amnya. Melalui perpaduan kecil dikalangan bekas

pelatih ini, perpaduan pada skop yang lebih besar dapat digerakkan.

5.2.4 Penglibatan bekas pelatih PLKN ke arah keselamatan dan

kesejahteraan Negara

Perpaduan antara kaum dan agama yang diperolehi daripada

pelaksanaan kad pintar PLKN akan menjana satu gerak daya dan kemahuan

yang positif bagi bekas pelatih PLKN sebagai pemegang kad untuk turut

sama melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan melalui penglibatan

badan-badan sukarela seperti Askar Wataniah, Ikatan Relawan Rakyat

(RELA), Rakan Cop dan sebagainya. Hal ini sekaligus membawa bekas

pelatih PLKN ke arah keselamatan dan kesejahteraan Negara.

Page 26: KAD PINTAR PLKN” - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/253-kad-pintar-jlkn.pdf · patriotisme dan cintakan ... utama ini adalah berdasarkan kepada tahap kepentingan

5.2.5 Meningkatkan keyakinan dan persepsi awam kepada PLKN dan

JLKN

Pengakhiran kepada kesan atau impak pelaksanaan kad pintar PLKN

ini akan membawa kepada keyakinan dan persepsi positif masyarakat awam

terhadap keberkesanan dan kepentingan PLKN dilaksanakan oleh kerajaan.

Hal ini secara keseluruhannya akan membawa kepada pencapaian sokongan

jitu rakyat terhadap program-program kerajaan yang hanya bertujuan untuk

mendahulukan kebajikan dan kesejahteraan rakyatnya melalui slogan Rakyat

Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Perbandingan sebelum dan selepas projek dilaksanakan

Proses Sebelum projek Selepas projek

1 Kesukaran mendapatkan

maklumat terkini pelatih

dan bekas pelatih. Hanya

bergantung kepada

maklumat yang diperolehi

dari Jabatan Pendaftaran

Negara (JPN) dan

Lembaga Peperiksaan

Malaysia (LPM).

Maklumat terkini pelatih dan

bekas pelatih mudah dicapai

kerana pengemaskinian

maklumat adalah secara

berterusan dengan

menggunakan data dari

penggunaan Kad Pintar

PLKN.

2 Tiadanya sistem

maklumat bersepadu

bagi menjejaki semula

bekas pelatih PLKN

Terdapat sistem maklumat

bersepadu di dalam usaha

untuk menjejaki bekas

pelatih PLKN.

3 Ketiadaan Identiti unik

kepada pelatih dan bekas

pelatih

Kad Pintar menjadi identiti

unik kepada pelatih dan

bekas pelatih disamping

dapat menikmati beberapa

insentif yang menarik yang

disediakan.

Page 27: KAD PINTAR PLKN” - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/253-kad-pintar-jlkn.pdf · patriotisme dan cintakan ... utama ini adalah berdasarkan kepada tahap kepentingan

4 Tiada kemudahan

pengeluaran wang elaun

pelatih di kem

Terdapatnya mesin ATM di

kem-kem PLKN yang

memudahkan urusan

pengeluaran wang

5 Melibatkan kos

pergerakan kerana perlu

membawa pelatih keluar

dari kem untuk ke Pekan

bagi melakukan transaksi

pengeluaran elaun.

Tiada kos pergerakan yang

terlibat kerana terdapatnya

mesin ATM di dalam kem

yang membolehkan pelatih

membuat transaksi tanpa

perlu keluar dari kem.

6 Membuang masa pelatih

dan jurulatih dari segi

perjalanan pergi dan balik

ke pekan untuk

mengeluarkan wang dan

terpaksa beratur panjang

di Bank

Menjimatkan masa kerana

tidak mengganggu

perjalanan aktiviti di kem dan

urusan yang berkaitan hanya

boleh dilakukan di dalam

kem pada bila-bila masa dan

tidak perlu beratur panjang.

Page 28: KAD PINTAR PLKN” - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/253-kad-pintar-jlkn.pdf · patriotisme dan cintakan ... utama ini adalah berdasarkan kepada tahap kepentingan

6. Promosi

Antara promosi yang dijalankan adalah sepert berikut:

Page 29: KAD PINTAR PLKN” - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/253-kad-pintar-jlkn.pdf · patriotisme dan cintakan ... utama ini adalah berdasarkan kepada tahap kepentingan