laporan guru cemerlang-2

11
1.0. PENGENALAN Tujuan utama Kerajaan memperkenalkan laluan kenaikan pangkat sebagai guru Cemerlang adalah untuk memberi peluang kepada guru-guru yang benar-benar cemerlang dan menyerlah dalam mata pelajaran yang diajar ataupun di dalam bidang pengkhususan tanpa perlu menukarkan ke jawatan pentadbiran. Dengan cara ini, guru-guru yang bermotivasi tinggi, mahir, berpengalaman dan pakar dalam sesuatu bidang tertentu dapat terus dikekalkan untuk mengajar di sekolah bagi memperkasakan lagi proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) Guru Cemerlang yang telah saya pilih ialah Puan Nor Ridah binti Ishak. Beliau berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Taman Jelutong, Kulim, Kedah. Beliau berumur 53 tahun. Beliau mempunyai banyak pengalaman di bidang pendidikan sebelum diserap masuk ke sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Sebelum beliau menjawat jawatan sebagai seorang guru penolong, beliau telahpun mengajar di Sekolah Agama Rakyat di Serdang, Kulim Bandar Baharu selama 15 tahun. Seterusnya beliau berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Taman Jelutong sehinggalah menjawat jawatan Guru Cemerlang. 1

Upload: sktkzuera

Post on 22-Dec-2015

12 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

l

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Guru Cemerlang-2

1.0. PENGENALAN

Tujuan utama Kerajaan memperkenalkan laluan kenaikan pangkat sebagai

guru Cemerlang adalah untuk memberi peluang kepada guru-guru yang benar-benar

cemerlang dan menyerlah dalam mata pelajaran yang diajar ataupun di dalam

bidang pengkhususan tanpa perlu menukarkan ke jawatan pentadbiran. Dengan

cara ini, guru-guru yang bermotivasi tinggi, mahir, berpengalaman dan pakar dalam

sesuatu bidang tertentu dapat terus dikekalkan untuk mengajar di sekolah bagi

memperkasakan lagi proses pengajaran dan pembelajaran (PdP)

Guru Cemerlang yang telah saya pilih ialah Puan Nor Ridah binti Ishak.

Beliau berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Taman Jelutong, Kulim, Kedah. Beliau

berumur 53 tahun. Beliau mempunyai banyak pengalaman di bidang pendidikan

sebelum diserap masuk ke sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sebelum beliau menjawat jawatan sebagai seorang guru penolong, beliau telahpun

mengajar di Sekolah Agama Rakyat di Serdang, Kulim Bandar Baharu selama 15

tahun. Seterusnya beliau berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Taman Jelutong

sehinggalah menjawat jawatan Guru Cemerlang.

2.0. BIODATA GURU CEMERLANG

1

Page 2: Laporan Guru Cemerlang-2

Kad Pengenala : 610420025596Nama : NOR RIDAH BINTI ISHAKJawatan : GURU CEMERLANG SEK. KEB. TAMAN JELUTONG  Jantina : P Gred : DG32(KUP)  Kaum : Melayu Agama : Islam  Opsyen Bersara : 60 Status : 2  Kelayakan Ikhtisas : Diploma Perguruan Malaysia (keluaran KDPM)Opsyen 1 : PENGAJIAN MELAYU / PENDIDIKAN JASMANIOpsyen 2 : TIADAInstitusi : INSTITUT PERGURUAN PERLISTahun : 2007

No Telefon Sekolah :

No Handphone :  

Email : 

     Kelayakan Ikhtisas :

Opsyen 1 :

Opsyen 2 :

Opsyen Dominan :

 

   

Kepakaran Lain-Lain :

Kepakaran 1 :

Kepakaran 2 :

Kepakaran 3 : 

Sijil :

:   DIPLOMA

2

Page 3: Laporan Guru Cemerlang-2

Diploma :

Pengkhususan :

Tahun :

Tempat :

Kelas :Matapelajaran Ajar 1 :

Matapelajaran Ajar 2 :

3.0. AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG DIPRAKTIKKAN

3

Page 4: Laporan Guru Cemerlang-2

Profesionalisme guru Bahasa Melayu ialah dapat mencerminkan

keberkesanan pengajaran serta mempengaruhi penguasaan bahasa pelajar. Guru

Bahasa Melayu yang professional juga dapat meletakkan Bahasa Melayu sebagai

mata pelajaran yang penting dalam sistem pendidikan negara.

Puan Nor Ridah binti Ishak sebagai guru Bahasa Melayu, beliau sentiasa

berusaha untuk mengajar Bahasa Melayu dengan pelbagai kaedah dan strategi

pengajaran serta menyesuaikan situasi agar benar-benar berkesan. perlu

dimanipulasikan. Ini adalah kerana setiap pelajar adalah unik. Mereka mempunyai

sikap dan latar belakang yang berbeza. Kepelbagaian latar belakang ini mendorong

beliau untuk mencuba kaedah-kaedah yang berbeza untuk pelajar-pelajar yang

berbeza. Semua ini pasti mempengaruhi kefahaman mereka dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Justeru, beliau menekankan perkembangan kognitif

atau‘Cognitive development’ di dalam pengajaran Bahasa Melayu. Beliau pasti,

dengan mewujudkan aktiviti-aktiviti pengajaran yang menarik akan meningkatkan

minat pelajar-pelajar.

Beliau sendiri sentiasa mempertingkatkan ilmu pengetahuan beliau dalam

Bahasa Melayu sejajar dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Ini adalah kerana

keupayaan intelek amat perlu dalam melaksanakan tugas. Sebagai guru Bahasa

Melayu beliau sentiasa berusaha untuk memiliki pengetahuan berkaitan tatabahasa.

Bagi pelajar guru ialah kamus. Beliau sering membawa Kamus Dewan Bahasa dan

Pustaka bersama-sama agar pertanyaan dan masalah pelajar dapat dijawab dengan

sempurna. Kesempatan mengikuti kursus penataran tatabahasa bersama Munsyi

Dewan Bahasa menambahkan keyakinan dalam penggunaan tatabahasa di

samping beliau memberi kursus dalaman kepada guru-guru Bahasa Melayu dan

pelajar-pelajar di Tahap Dua.

4

Page 5: Laporan Guru Cemerlang-2

4.0. CIRI-CIRI PROFESIONALISME DAN KOMITMEN GURU CEMERLANG

5

Page 6: Laporan Guru Cemerlang-2

Puan Nor Ridah juga berusaha untuk lebih dedikasi ketika menjalankan tugas

iaitu bersungguh-sungguh semasa mendidik di samping menunjukkan personaliti

guru cemerlang yang boleh diteladani iaitu tidak menampakkan sikap yang negatif.

Jadi, bagi pelajar-pelajar yang lemah beliau tidak terus menghukum, jika tidak

menyiapkan latihan. Berdasarkan pengalaman, pelajar-pelajar ini tidak memahami

perkara yang diajar. Oleh itu, pembangunan emosi dan spiritual juga perlu diambil

kira. Beliau akan menggunakan kaedah ‘menyalin’ dengan harapan mereka akan

memahaminya. Beliau sentiasa yakin dan percaya bahawa kejayaan tidak akan

datang bergolek tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Namun begitu, beliau

sentiasa ingat bahawa di samping mementingkan pengajaran berkualiti beliau juga

berusaha untuk mementingkan ketepatan masa, agar beliau dapat menghabiskan

Sukatan Pelajaran sebelum pelajar-pelajar menduduki peperiksaan.

Seperkara lagi beliau sentiasa berusaha agar mampu menggunakan

teknologi terkini dalam pengajaran dan pembelajaran secara kreatif iaitu

persembahan powerpoint agar pelajar lebih berminat. Beliau juga berusaha untuk

meperluaskan keupayaan dalam penguasaan bahasa kedua seperti Bahasa Inggeris

kerana banyak istilah dalam ICT dalam Bahasa Inggeris. Beliau mengaplikasikan

Teori Pembelajaran Watson untuk mengekalkan perkara yang diajar di dalam

memori pelajar-pelajar di samping memberi latihan selepas proses pengajaran dan

pembelajaran. Ini bagi meningkatkan kefahaman pelajar-pelajar tentang sesuatu

topik.

Harapan dan wawasan Puan Nor Ridah ialah akan sentiasa cemerlang

dalam menjalankan tugas dalam bidang kurikulum. Beliau akan cuba memastikan

pencapaian akademik pelajar-pelajar khususnya calon Ujian Penilaian Sekolah

Rendah mencapai keputusan yang cemerlang atau sekurang-kurangnya gagal sifar.

Bagi pelajar-pelajar lain, beliau berharap agar tiada pelajar yang perlu mengikuti

Program Intervensi Kemahiran Membaca dan Menulis (PROTIM) dan LINUS

TEGAR.

6

Page 7: Laporan Guru Cemerlang-2

5.0. REFLEKSI

REFLEKSI : FARIDAH BANU BINTI NOOR MOHAMED

Assalamualaikum w.b.t.

Syukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurniaNya, saya dapat menyiapkan tugasan

WAJ 3143 Bina Insan Guru yang telah diberikan untuk Semester 7 ini. Tugasan ini

merupakan tugasan individu. Tugasan Bina Insan Guru kali ini terbahagi kepada tiga projek

iaitu Latihan Dalam Perkhidmatan, Lawatan Ke Sekolah Kluster dan Guru Cemerlang.

Bahagian yang ketiga ini iaitu melaksanakan temuduga Guru Cemerlang,

Sesi bersama guru cemerlang ini sedikit sebanyak memberi input mengenai proses-

proses bagaimana untuk menjawat jawatan Guru Cemerlang. Antara prosesnya ialah

seseorang guru mestilah berkhidmat sekurang-kurangnya lima tahun dan telah disahkan

jawatan sebagai guru penolong. Seterusnya, guru tersebut boleh memohon kepada

Kementerian Pendidikan Malaysia dengan mengisi boring guru cemerlang dalam talian.

Seterusnya guru tersebut hendaklah mendokumentasikan kajian tindakan, bahan

inovasi bahan bantu mengajar , refleksi pengajaran dan pembelajaran, senarai dan

maklumat pelajar dan lain-lain lagi dari segi akademik dan kokurikulum untuk proses

selanjutnya termasuklah proses yang akan dinilai oleh Jemaah nazir. Yang pastinya

seseorang guru yang ingin memohon jawatan Guru Cemerlang hendaklah menyumbangkan

sumbangan kepada pihak sekolah dan juga pihak luar sekolah bagi peningkatan

kecemerlangan kurikulum dan juga kokurikulum.

Secara keseluruhannya, kenaikan pangkat guru cemerlang adalah bertujuan untuk

memberi pengiktirafan kepada guru yang mengajar dalam bidang pengkhususan masing-

masing. Seharusnya guru cemerlang menjadi role model kepada guru-guru lain dan

7

Page 8: Laporan Guru Cemerlang-2

berganding bahu untuk meningkatkan pencapaian kecemerlangan sekolah. Ia juga menjadi

satu laluan laju ataupun ‘fast track’ khas untuk naik pangkat ke gred yang lebih tinggi (Khas

untuk Penyandang – KUP).

Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan yang tidak

terhingga kepada para pensyarah Unit Kokurikulum, IPG Kampus Sultan Abdul Halim,

Sungai Petani. Terutamanya, khas buat Encik Azhar bin Mansor yang membantu dan

membimbing untuk menyiapkan tugasan ini. Tanpa bantuan beliau, sukar bagi saya dan

rakan-rakan untuk menyiapkan tugasan ini.

Tidak lupa juga, ucapan penghargaan dan terima kasih saya kepada semua pihak

yang terlibat dalam menjayakan temuduga guru cemerlang saya ini. Tanpa bantuan dan

kerjasama yang diberikan kepada saya sudah tentunya tidak sempurnalah tugasan ini.

Bantuan dan sumbangan rakan-rakan juga amat dihargai. Hanya Allah Taala dapat

membalas jasa semua yang terlibat dalam usaha menyempurnakan tugasan saya ini.

Sekian. Wassalam.

8