laporan bengkel ciri ciri guru inovatif

6
LAPORAN CERAMAH CIRI-CIRI GURU INOVATIF DAN BENGKEL i. Ciri-ciri Guru Inovatif ii. Peranan JPN & Pengoperasiannya PENGENALAN Pada 28 Mac 2015 bersamaan hari Sabtu, satu ceramah yang bertajuk cirri-ciri guru inovatif dan disertai dengan bengkel telah diadakan di Bilik Mesyuarat SK Nanga Serau, Julau. Tujuan cermah dan bengkel ini bagi memenuhi kursus guru yang sekurang- kurangnya 3 hari sebelum bulan Mei 2015. Program ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 2.00 petang. Oleh kerana kursus ini bersesuian dengan tugas dan tanggungjawab saya sebagai seorang guru dan merupakan satu komponen yang perlu dilaksanakan di mana ia terdapat dalam proforma kursus pada semester ini. Program Bengkel dan Ceramah ini merupakan satu program wajib bagi setiap pelajar PPG Ambilan Jun 2011 sebagai salah satu syarat lulus untuk menduduki peperiksaan akhir semester. Sebelum aktiviti ini diadakan Guru Besar telah mengarahkan satu mesyuarat bagi membentuk jawatankuasa kerja bagi menjayakan program ini. Satu kertas kerja telah dirangka, dan seorang guru yang berpengalam dari sekolah yang sama telah diminta untuk menyediakan slaid perbentangan.

Upload: noraina-mahat

Post on 11-Feb-2016

20 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Bengkel Ciri Ciri Guru Inovatif

LAPORAN CERAMAH CIRI-CIRI GURU INOVATIF DAN BENGKEL

i. Ciri-ciri Guru Inovatifii. Peranan JPN & Pengoperasiannya

PENGENALAN

Pada 28 Mac 2015 bersamaan hari Sabtu, satu ceramah yang bertajuk cirri-ciri

guru inovatif dan disertai dengan bengkel telah diadakan di Bilik Mesyuarat SK Nanga

Serau, Julau. Tujuan cermah dan bengkel ini bagi memenuhi kursus guru yang

sekurang-kurangnya 3 hari sebelum bulan Mei 2015. Program ini bermula pada pukul

8.00 pagi dan berakhir pada pukul 2.00 petang. Oleh kerana kursus ini bersesuian

dengan tugas dan tanggungjawab saya sebagai seorang guru dan merupakan satu

komponen yang perlu dilaksanakan di mana ia terdapat dalam proforma kursus pada

semester ini. Program Bengkel dan Ceramah ini merupakan satu program wajib bagi

setiap pelajar PPG Ambilan Jun 2011 sebagai salah satu syarat lulus untuk menduduki

peperiksaan akhir semester.

Sebelum aktiviti ini diadakan Guru Besar telah mengarahkan satu mesyuarat

bagi membentuk jawatankuasa kerja bagi menjayakan program ini. Satu kertas kerja

telah dirangka, dan seorang guru yang berpengalam dari sekolah yang sama telah

diminta untuk menyediakan slaid perbentangan.

Program ini terbahagi kepada 2 sesi iaitu sesi 1, penerangan mengenai ciri-ciri

guru inovatif telah disampaikan oleh Puan Josephine Daniel Chuat Penolong Kanan Ko-

kurikulum sekolah. Beliau merupakan seorang guru yang berpengalaman dan sering

kali membuat inovatif terutama berkaitan dengan Alat Bantu Mengajar Bahasa Melayu.

Manakala pada sesi kedua, ceramah mengenai peranan JPN dan

pengoperasiannya telah disampaikan oleh En. Mahadhir bin Ismail iaitu pengarah

kanan sivik, sektor pengurusan akademik dari Jabatan Pelajaran Negeri Kedah.

Tujuan utama bengkel dan ceramah ini diadakan adalah untuk menyampaikan

Page 2: Laporan Bengkel Ciri Ciri Guru Inovatif

seberapa banyak input berguna yang berkaitan kerjaya keguruan sebagai bekalan

kepada kami selaku bakal-bakal guru yang akan mendidik anak bangsa kelak. Terdapat

beberapa kelebihan dan kekurangan yang dapat dikenalpasti melalalui penganjuran

ceramah dan bengkel ini. Kelebihan-kelebihan serta kekurangan-kekurangan semasa

pelaksanaan program ceramah dan bengkel ini adalah seperti yang berikut.

KELEBIHAN

Melalui penganjuran bengkel dan ceramah ini, terdapat banyak input dan

informasi yang berguna yang dapat kami aplikasikan dalam kehidupan seharian

terutama apabila kami bergelar guru kelak. pertamanya, melalui ceramah yang

disampaikan oleh En Rosli bin Abdul Wahab iaitu mengenai ciri-ciri guru inovatif kami

dapat mengetahui mengenai maksud guru inovatif iaitu guru yang suka akan perubahan dan sering berusaha untuk mengubah diri kearah yang lebih baik. Melalui ceramah yang disampaikan, kami dapat mengenalpasti beberapa ciri guru yang berinovatif. Pertamanya, guru tersebut boleh membuat keputusan dengan yakin dan bersifat kreatif dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Membuat keputusan ialah

satu proses memilih satu bentuk tindakan dari dua atau lebih alternatif. Kedua, guru

yang bersifat inovatif juga perlu menerima komen dan teguran di atas perubahan diri mereka atau diatas sesuatu keputusan yang telah dibuat dan dinilai oleh orang lain. Guru berinovatif ini perlu menerima komen orang lain tanpa mengira

komen tersebut samada ia berbentuk pujian atau kritikan. Ini adalah kerana ia

merupakan sebahagian dari akauntabiliti dan merupakan cara yang terbaik untuk

memperbaiki kelemahan diri. Guru berinovatif juga tidak boleh mengelakkan diri dari

masalah, malah mereka perlu menyelesaikan setiap permasalahan yang dihadapi

dengan cara yang paling baik. Masalah ialah satu situasi dimana apa yang berlaku tidak

sama dengan apa yang diingini. Untuk menjadi seorang guru yang berinovasi, kita perlu

mempunyai ciri-ciri seperti yang telah dinyatakan di atas. Kelebihan lain semasa

ceramah ini disampaikan ialah, kami dapat mengetahui cara-cara berkomunikasi dan

menyampaikan maklumat yang berkesan kepada pendengar. Penceramah ini

Page 3: Laporan Bengkel Ciri Ciri Guru Inovatif

menggunakan strategi yang pelbagai dalam menyampaikan ceramah beliau supaya

intipati yang disampaikan dapat difahami oleh kami. Mereka juga menyelitkan beberapa

unsur kecindan supaya kami dapat mengikuti program ini dengan jayanya tanpa rasa

bosan atau mengantuk. Ceramah mengenai peranan JPN dan pengoperasinnya juga

banyak memberikan input berguna kepada kami bakal-bakal guru. Ini adalah kerana,

pihak JPN dan pihak sekolah mempunyai perkaitan yang sangat rapat dalam

mengendalikan sesuatu program yang berkaitan sekolah. Contohnya, seorang guru

yang ingin berpindah perlu berurusan dengan pihak JPN terlebih dahulu sebelum

melalui prosedur-prosedur yang lain. Begitu juga bagi seorang guru yang baru

melangkah kedalam dunia keguruan, mereka juga perlu mendaftarkan diri di JPN yang

berhampiran terlebih dahulu. Kami juga boleh mencuba kerjaya sebagai seorang

pegawai JPN sekiranya kami ingin mencari dan mencuba pengetahuan baru kelak.

KEKURANGAN

Terdapat juga beberapa kekurangan yang dapat dikenalpasti semasa program

ini dijalankan. Antaranya ialah dari segi pengurusan. Semasa ceramah pertama

dijalankan oleh penceramah undangan iaitu En Rosli bin Abdul Wahab, penghawa

dingin dalam Dewan Zaaba tidak dapat berfungsi dengan baik dan mengakibatkan kami

berasa rimas dan tidak dapat menumpukan perhatian semasa penyampaian ceramah

tersebut. Masalah ini berlarutan sehingga selesai sesi ceramah pertama. Kebanyakan

ahli jawatankuasa yang mengendalikan program ini telah cuba untuk mencari

penyelesaian seperti memanggil juruteknik yang bertugas namun masalah ini tidak

dapat diselesaikan. Selain itu, terdapat juga gangguan persekitaran dimana pelatih-

pelatih PISMP keluar dan masuk ke dewan sesuka hati. Perkara ini menyebabkan

berlaku sedikit gangguan kepada pelatih-pelatih lain yang sedang mendengar ceramah

yang disampaikan. Semasa sesi kedua ceramah disampaikan pula, terdapat sedikit

kesulitan dimana pihak ahli jawatankuasa program ini tidak dapat menyediakan laptop

untuk penceramah. Oleh sebab itu, berlaku gangguan masa dan perkara ini

Page 4: Laporan Bengkel Ciri Ciri Guru Inovatif

menyebabkan sesi ceramah yang kedua dimulakan tanpa mengikut tentatif yang

disediakan.

PENAMBAHBAIKAN

Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang perlu dilaksanakan oleh

kami kerana terdapat banyak kekurangan yang berlaku semasa program ceramah dan

bengkel diadakan pada kali ini, antaranya dari segi teknikal, iaitu penghawa dingin yang

tidak berfungsi, kami telah menukar tempat untuk menjalankan program ceramah dan

bengkel ini ke bilik serbaguna 1 IPG Kampus Darulaman. Disini kami dapat melihat

semua pelatih dapat mendengar ceramah dengan tekun kerana bilik yang kami pilih ini

sangat kondusif. Ceramah sesi kedua bermula pada pukul 11.00 pagi dan berakhir

pada pukul 2.00 petang. Penambahbaikan kedua pula ialah melalui teguran kepada

pelatih-pelatih yang kerap keluar ke tandas. Antara teguran ialah supaya

mengurangkan pergerakan keluar masuk dan menghormati jemputan semasa

menyampaikan ceramah. Bagi penambahbaikan ketiga pula ialah, ahli jawatankuasa

program perlu menyediakan kemudahan-kemudahan yang dianggap perlu seperti

laptop. Ini untuk mengelakkan daripada sebarang gangguan yang boleh menyebabkan

kelewatan program. Diharapkan melalui cadangan penambahbaikan yang diutarakan,

permasalahan yang sama tidak akan berulang untuk program seterusnya.

CADANGAN / RUMUSAN

Program Ceramah dan Bengkel ini merupakan program yang amat bagus dan

sesuai kepada kami selaku bakal-bakal guru yang akan mengakhiri bidang ijazah kelak.

program ini banyak memberi pendedahan yang amat bernilai kepada kami bakal-bakal

guru. Saya mencadangkan pada masa akan datang agar program ini diteruskan dan

aktiviti yang lebih menarik dan berkualiti dilaksanakan dan dipelbagaikan bagi melatih

dan memberikan pengalaman yang tidak ternilai kepada kami.

Page 5: Laporan Bengkel Ciri Ciri Guru Inovatif