bebas plastik 7 hari seminggu lawatan dari … 2017... · yang kukuh ciri-ciri moral dan ... banyak...

13
PERASMIAN KAUNTER PANDU LALU BEBAS PLASTIK 7 HARI SEMINGGU Cara mudah membuat bayaran tanpa perlu ke kaunter utama Kurang penggunaan beg plastik membantu menjaga kualiti alam sekitar LAWATAN DARI BANDAR RAYA HANAM, KOREA SELATAN Memperkasakan kerjasama dua hala antara Majlis Bandaraya Shah Alam dan Bandar Raya Hanam BERSIH INDAH HIJAU ISU 1/2017 JAN-MAC 2017

Upload: phamhanh

Post on 30-Jan-2018

267 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: BEBAS PLASTIK 7 HARI SEMINGGU LAWATAN DARI … 2017... · yang kukuh ciri-ciri moral dan ... banyak masalah pencemaran, menjaga kualiti alam sekitar dan dapat membantu ... dan inovatif

PERASMIAN KAUNTER PANDU LALU

BEBAS PLASTIK7 HARI SEMINGGU

Cara mudah membuat bayaran tanpa perlu ke kaunter utama

Kurang penggunaan beg plastik membantu menjaga kualiti alam sekitar

LAWATAN DARI BANDAR RAYA HANAM,

KOREA SELATANMemperkasakan kerjasama dua hala

antara Majlis Bandaraya Shah Alam dan Bandar Raya Hanam

B E R S I H • I N D A H • H I J A U

ISU 1/2017 JAN-MAC 2017

Page 2: BEBAS PLASTIK 7 HARI SEMINGGU LAWATAN DARI … 2017... · yang kukuh ciri-ciri moral dan ... banyak masalah pencemaran, menjaga kualiti alam sekitar dan dapat membantu ... dan inovatif

PenaungYBHG. DATO’ HAJI AHMAD ZAHARIN BIN MOHD SAADDatuk Bandar Shah Alam

PenasihatTUAN SHUKRI BIN MOHAMAD HAMINTimbalan Datuk Bandar

Ketua EditorSHAHRIN BIN AHMADKetua Bahagian Korporat & Perhubungan Awam

Penolong Ketua EditorNURAZRINA AZRIN BINTI ZAKARIAPengawai Penerbitan

JU MUNIRA BINTI DAHARIPenolong Pegawai Penerbitan

JurugambarFAZEEL AZUAN BIN JAAFARAMIR FAUZAN BIN ZAMARI

SIDANG REDAKSI

Buletin komuniti ini diterbitkan olehBAHAGIAN KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM, MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM Tingkat G, Wisma MBSA Peti Surat 7200 Persiaran, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

: +603 5522 2743/2741 : www.mbsa.gov.my fb.com/shahalamcitycouncil

: [email protected] www.korporat-mbsa.blogspot.com twitter.com/sacitycouncil

03 10 2004 : KAUNTER PANDU LALU MBSA

05 : PROGRAM SEMBURAN AEROSOL DI RUMAH

06 : MEMBENTUK BUDAYA KERJA CEMERLANG

07 : BEBAS PLASTIK 7 HARI SEMINGGU

08 : INOVASI – BUNKIT

09 : SISTEM I-SEKAT & FLEXI PARKING

11 : EDARAN TONG SAMPAH PERCUMA

12-13 : 60+ EARTH HOUR

14 : SHAH ALAM TREES FOR LIFE

15 : BENGKEL RANGKA KERJA BANDAR RENDAH KARBON

Bertempat di Wisma MBSA, seramai 9 orang delegasi dari Bandar Raya Hanam telah menyertai lawatan ke Majlis Bandaraya Shah Alam pada 28 Februari 2017. Lawatan yang diketuai oleh Kim Jaeyoun, Pengarah Biro Keselamatan dan Pentadbiran Bandar Raya Hanam ini diadakan untuk memperkasakan kerjasama dua hala antara Bandar Raya Shah Alam dan Bandar Raya Hanam.

Beberapa perkara telah dibincangkan antaranya cadangan pertukaran kakitangan antara kedua-dua bandar raya serta kerjasama dari aspek kebudayaan dan sukan. Pertemuan dan perbincangan telah dipengerusikan oleh Tuan Shukri bin Mohamad Hamin, Timbalan Datuk Bandar dan turut disertai oleh Pengarah-Pengarah Jabatan MBSA.

MBSA dan Bandar Raya Hanam telah mula menjalinkan kerjasama melalui perjanjian yang dimeterai pada tahun 2013. Antara bidang kerjasama yang telah dipersetujui adalah sektor pembangunan, teknologi maklumat dan komunikasi, ekonomi dan pelaburan, serta pendidikan dan pelancongan. Ia merupakan kesinambungan jalinan kerjasama antarabangsa yang telah bermula sejak tahun 2013 sebagai salah satu inisiatif menjadikan Shah Alam sebuah bandar raya bertaraf dunia.

HANAM, HWAN-YEONG

Ia merupakan kesinambungan jalinan kerjasama antarabangsa yang telah bermula sejak tahun 2013 sebagai salah satu inisiatif menjadikan Shah Alam sebuah bandar raya bertaraf dunia.

Selamat Datang Delegasi Hanam!

16 : PERTANDINGAN KITAR SEMULA

17 : DATUK BANDAR TURUN PADANG

18 : OPERASI KENDERAAN BERAT & TEMBAK GAGAK

19 : SUKAN – TAEKWANDO & BOLA TAMPAR

21 : MAJLIS BERKHATAN & KEM KESEDARAN ALAM SEKITAR

22 : HALALAN TOYYIBAN

23 : BAHAYA E-WASTE

03BULETIN SHAH ALAM

SEGMENFOKUS

Page 3: BEBAS PLASTIK 7 HARI SEMINGGU LAWATAN DARI … 2017... · yang kukuh ciri-ciri moral dan ... banyak masalah pencemaran, menjaga kualiti alam sekitar dan dapat membantu ... dan inovatif

MBSAKAUNTER PANDU LALU

Bagi memudahkan orang awam membuat bayaran tanpa perlu ke kaunter utama, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah menyediakan Kaunter Bayaran Pandu Lalu di hadapan Wisma MBSA, Seksyen 14, Shah Alam. Kaunter pandu lalu ini telah mula beroperasi pada 1 November 2016 mulai hari Isnin hingga Jumaat dari jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang.

Tiga kaunter akan dibuka pada waktu puncak iaitu pada bulan Februari dan Ogos. Manakala satu atau dua kaunter dibuka pada waktu biasa pengoperasian. Kaunter ini menyediakan perkhidmatan pembayaran sahaja seperti pembayaran cukai taksiran,

pembayaran kompaun, pembayaran lesen, pembayaran bil pelbagai dan sebagainya.

Bagi semakan cukai taksiran, kompaun dan lain-lain, orang ramai hendaklah berurusan di kaunter utama, Wisma MBSA atau membuat semakan di laman sesawang MBSA iaitu www.mbsa.gov.my. Sebarang pertanyaan mengenai Kaunter Bayaran Pandu Lalu boleh menghubungi Kaunter Utama, MBSA di talian 03-5522 2724 atau 03-5522 2899.

Dalam usaha untuk memerangi demam denggi, pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah melaksanakan Program Semburan Aerosol Di Rumah bertempat di Seksyen 7, Shah Alam. Program ini selaras dengan usaha yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk mencegah dan mengawal penularan wabak denggi.

Semburan Aerosol merupakan fasa pertama bagi mengelakkan peningkatan wabak denggi secara mendadak. Masyarakat diberikan pendedahan mengenai kepentingan penggunaan Aerosol di dalam rumah terutamanya di kawasan-kawasan pembiakan nyamuk aedes seperti takungan di bawah peti sejuk, baldi yang berisi air bertakung, bekas pasu bunga dan barang-barang yang boleh menakung air.

Kaunter pandu lalu ini telah mula beroperasi pada 1 November 2016 mulai hari Isnin hingga Jumaat dari jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang.

7.30 am 5.30 pm

Program ini telah diadakan di Flat B, Blok 13-37, Seksyen 7, Shah Alam melibatkan 5 blok premis yang didiami oleh para penyewa dan para pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berhampiran. Pihak MBSA menyediakan 250 unit Aerosol manakala pihak Kerajaan Negeri Selangor turut menyediakan 200 unit Aerosol bagi menjayakan program ini. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YB Dr Haji Yaakob bin Sapari, ADUN Kota Anggerik.

PROGRAM SEMBURAN AEROSOL DI RUMAH

04 05BULETIN SHAH ALAM BULETIN SHAH ALAM

SEGMEN SEGMENFOKUS FOKUS

Page 4: BEBAS PLASTIK 7 HARI SEMINGGU LAWATAN DARI … 2017... · yang kukuh ciri-ciri moral dan ... banyak masalah pencemaran, menjaga kualiti alam sekitar dan dapat membantu ... dan inovatif

Integriti adalah sifat jati diri yang merangkumi kejujuran, keutuhan, ketelusan, amanah, berpegang pada prinsip, boleh dipercayai dan lain-lain. Isu integriti bukan hanya terfokus kepada isu-isu rasuah sahaja, malah ia merupakan satu konsep yang lebih besar. Amalan budaya kerja juga menuntut integriti. Integriti dalam ketetapan waktu, integriti dalam menyampaikan maklumat, integriti dalam memberi perkhidmatan terbaik, integriti dalam berhubung dengan ketua jabatan, rakan sekerja dan juga kakitangan sokongan.

Budaya etika dan integriti adalah selaras dengan cabaran keempat Wawasan 2020 iaitu untuk membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur. Budaya etika dan integriti ini adalah amat penting dalam mana-mana organisasi kerana ia memastikan pelaksanaan apa jua program serta matlamat dicapai dengan baik serta beretika.

Antara objektifnya:

1. Memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai sektor supaya mereka dapat bekerjasama dalam usaha besar membina masyarakat yang bersatu padu, berharmoni, berintegriti, bermoral dan beretika.

2. Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam usaha peningkatan integriti supaya ia menjadi budaya masyarakat dan diamalkan dalam semua bidang.

3. Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota masyarakat serta mendorong perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung prinsip integriti dan bergerak cergas menegakkan integriti.

4. Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan negara, dan peningkatan kesejahteraan hidup anggota masyarakat.

5. Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani cabaran abad ke-21 khususnya cabaran globalisasi dengan lebih berkesan.

Bagi membentuk budaya kerja yang berkualiti dalam organisasi, beberapa ciri harus diberi perhatian iaitu;

1. Orientasi warga kerja haruslah bergerak di atas landasan yang betul sebagai prasyarat bagi menjayakan budaya kerja cemerlang iaitu mesti ada komitmen, mempunyai kesedaran kualiti, bersedia menerima perubahan dan tiada batasan masa untuk cemerlang.

2. Komitmen daripada segala tapisan warga kerja bagi meningkatkan kecemerlangan organisasi adalah dituntut.

3. Kerja yang hendak dilaksanakan perlu dilakukan dengan sepenuh hati atas kehendak organisasi dengan mengetepikan segala kepentingan lain khususnya kepentingan peribadi.

4. Sesebuah organisasi mewujudkan ‘mind-set’ yang berorientasikan kecemerlangan supaya warga kerja lebih komited kepada matlamat utama jabatan.

5. Sentiasa menggalakkan warga kerja menghayati serta mempraktikkan amalan-amalan pengurusan yang boleh meningkatkan kecemerlangan organisasi.

MEMBENTUK BUDAYA KERJA CEMERLANG

Rakyat Malaysia menghasilkan lebih 19,000 tan sisa pepejal setiap tahun dan 24 peratus daripada jumlah itu adalah plastik. Dianggarkan seorang individu menggunakan hampir 8 beg plastik seminggu. Mengapa persoalan plastik yang dianggap remeh oleh sesetengah pihak ini boleh dianggap sebagai ancaman kepada alam sekitar? Ini kerana, bagaikan menjadi kebiasaan bagi masyarakat kita yang tetap mahukan beg plastik walaupun hanya membeli satu barang sahaja.

Seperti yang kita ketahui, plastik mengambil masa kira-kira 100 hingga 500 tahun untuk dilupuskan secara semulajadi. Oleh itu, usaha pihak-pihak tertentu seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang telah melancarkan kempen “Hari Tanpa Beg Plastik” merupakan inisiatif yang sangat berbaloi demi menjaga alam sekitar.

Terdapat tiga jenis plastik yang digunakan setiap hari iaitu beg plastik, plastik pembungkus dan botol plastik. Plastik yang dijadikan bahan pembungkus diperbuat daripada bahan kimia polietilina, propilina dan polivinil klorida (PVC) yang dirawat dengan bahan pelembut (placticizers). Pembuangan plastik juga boleh mengakibatkan sistem perparitan tersumbat, bau busuk serta menjejaskan kesihatan.

Bekas atau beg plastik yang dibuang secara salah boleh menjadi bekas takungan air seterusnya tempat nyamuk membiak. Jika beg plastik masuk ke dalam laut pula, boleh menyebabkan maut kepada hidupan laut apabila dimakan kerana disangka makanan. Selain itu, beg plastik yang dibuang merata tempat dan masuk ke dalam sistem longkang dan sungai boleh menyebabkan banjir kerana telah mengganggu kelancaran sistem perparitan. Kesimpulannya, kurangkan penggunaan beg plastik kerana tindakan tersebut dapat menyelesaikan banyak masalah pencemaran, menjaga kualiti alam sekitar dan dapat membantu negara mengurangkan keluasan tapak pelupusan.

BEBAS7 HARI SEMINGGUPLASTIK

Menurut kajian Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengelaskan stirena sebagai bahan karsinogen kumpulan 2B iaitu agen penyebab kanser kepada manusia.

• Rakyat Malaysia menghasilkan beratsampah sama dengan 500 ekor gajahSEHARI.

• 1jutahidupanlautterkorbansetiaptahunakibattermakanataupuntertelansampahplastikyangdibuangsetiaphari.

PERLU TAHU!

07BULETIN SHAH ALAM

SEGMENFOKUS

06 BULETIN SHAH ALAM

SEGMENINTEGRITI

Page 5: BEBAS PLASTIK 7 HARI SEMINGGU LAWATAN DARI … 2017... · yang kukuh ciri-ciri moral dan ... banyak masalah pencemaran, menjaga kualiti alam sekitar dan dapat membantu ... dan inovatif

Sistem Flexi Parking yang baru diperkenalkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) adalah sistem bayaran tempat letak kereta pintar di mana penggunaan telefon pintar sebagai kaedah alternatif selain daripada menggunakan kupon gores dan pas bulanan. Melalui sistem ini, orang ramai boleh membuat belian kredit secara talian terus melalui perbankan Internet menggunakan telefon pintar. Pengenalan sistem Flexi Parking akan memudahkan proses pembayaran pengguna tanpa perlu mempamerkan kupon gores atau pas bulanan.

Aplikasi Flexi Parking ini boleh dimuat turun secara percuma di Android Play Store atau Apple Apps Store dan ia juga berfungsi secara dwi bahasa. Para pengguna akan diberi makluman peringatan 10 minit lebih awal sebelum tamat tempoh letak kenderaan.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mula melaksanakan sistem i-Sekat iaitu penggunaan sistem semakan berpusat untuk semua permohonan di kaunter MBSA bermula bulan Januari 2017. Sistem i-Sekat ini akan menggunakan nombor kad pengenalan atau nombor pendaftaran syarikat. Melalui pelaksanaan sistem i-Sekat ini, semua permohonan daripada individu atau syarikat perlu bebas dari sebarang tunggakan dengan pihak Majlis. Sekiranya pemohon mempunyai tunggakan, permohonan mereka akan disekat semasa pembelian/penghantaran dokumen di kaunter Majlis. Tunggakan yang diambil kira adalah merangkumi kompaun Majlis, kompaun tempat letak kereta, cukai taksiran, lesen, sewa, bil elektrik (premis Majlis) dan kos pembersihan lot kosong.

Masalah pembaziran masa dan kesukaran anggota penguatkuasa melakukan pemeriksaan iklan bunting di tiang lampu menjadi titik tolak dalam penghasilan idea inovasi dan suatu alat yang diberi nama ‘bunkit’. Alat pemasangan iklan bunting ini merupakan hasil gabungan idea kumpulan ‘Young Creative’ yang terdiri daripada 8 orang kakitangan dari Jabatan Pelesenan dan Jabatan Penguatkuasaan. Objektif projek ini dilaksanakan adalah untuk mempercepatkan proses pemeriksaan bunting di tiang lampu, meningkatkan hasil permit iklan bunting, meningkatkan produktiviti kerja dan meningkatkan kepuasan hati pelanggan terhadap perkhidmatan Majlis dalam konteks pengiklanan/promosi berkesan.

Penghasilan alat pemasangan iklan bunting yang praktikal ini mampu memberi sumbangan yang besar kepada pihak Majlis. Selain daripada dapat melahirkan kakitangan yang berdedikasi dan menjadikan kerja lebih efisien, ia juga mampu menjadikan MBSA sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang cemerlang dan cekap dalam melaksanakan tugasan seharian.

Justeru, projek ini merupakan hasil inovasi yang cukup membanggakan dan sekaligus dapat merealisasikan matlamat MBSA untuk membudayakan amalan kreatif dan inovatif dalam menjalankan tugasan harian.

Jenis-jenis permohonan yang terlibat adalah menyeluruh seperti permohonan/pembaharuan lesen perniagaan/industri, permohonan permit, permohonan pelan, permohonan sewaan, permohonan tempahan, pendaftaran pemborong/pembekal, pembelian dokumen sebutharga/tender dan pengeluaran barangan rampasan.

SISTEM i-SEKAT: PENGGUNAAN SISTEM SEMAKAN BERPUSAT

SISTEM FLEXI PARKING: SISTEM BAYARAN TEMPAT LETAK KERETA PINTAR

FlexiParkingSila layari www.flexiparking.com atau www.suasaefektif.com.my untuk maklumat lanjut.

i-SEKAT

ALAT PEMASANGAN IKLAN BUNTING YANG PRAKTIKAL

• Saizpenciptaan2kakipanjangx7kakitinggi

• 2 alat pemegang dibina di atas dan bawahkerangka

• 2 ‘bracket’dibinauntukmemegangbunkitditiang lampu

• Ketinggiandariarastanahadalah4kaki

• Iklan bunting akan diletakkan di kerangkayang dinamakan bunkit

BUNKIT

SPESIFIKASI BUNKIT

08 09BULETIN SHAH ALAM BULETIN SHAH ALAM

SEGMEN SEGMENINOVASI INOVASI

Page 6: BEBAS PLASTIK 7 HARI SEMINGGU LAWATAN DARI … 2017... · yang kukuh ciri-ciri moral dan ... banyak masalah pencemaran, menjaga kualiti alam sekitar dan dapat membantu ... dan inovatif

Rentetan daripada sambutan yang amat menggalakkan pada tahun lalu, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) meneruskan penganjuran Program Eco Free Market Shah Alam yang telah diadakan pada 12 Mac 2017 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Program pada tahun ini diadakan sempena Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan edisi ketiga. Program ini adalah sebagai inisiatif untuk menggalakkan penyertaan komuniti Shah Alam dengan aktiviti kebajikan.

Konsep Eco Free Market Shah Alam adalah ‘Less is More’ yang bermaksud menguruskan pemberian barangan terpakai dan meminimakan perbelanjaan kepada yang memerlukan. Antara barangan yang disumbangkan oleh orang ramai ialah perkakas rumah, pakaian, alat tulis, bahan bacaan dan permainan kanak-kanak.

Program ini turut diadakanbersempena Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan yang telah pun masukedisi ketiga untuk tahun 2017.Antara pengisian yang terdapat padaprogram Hari Tanpa Kenderaan pada kali ini adalah aktiviti riadahseperti berbasikal, acara berjalankaki, berlari, bermain papan luncur,senamrobikdanpersembahanpentas.

Bagi memberikan pendedahan kepada warga Shah Alam agar menguruskan sisa domestik dengan teratur, pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mengadakan Majlis Pengedaran Tong Sampah Secara Percuma Kepada Penduduk Bandar Baru Sungai Buloh Fasa 3, Seksyen U19 pada 9 Mac 2017. Melalui program ini, pihak MBSA telah menyerahkan 211 tong sampah MGB 120L kepada penduduk di kawasan Bandar Baru Sungai Buloh Fasa 3.

Program ini juga merupakan platform pihak Majlis untuk meningkatkan peratus kitar semula bagi mencapai matlamat Shah Alam ke arah Bandar Raya Sifar Sampah (Zero Waste). Pengedaran juga akan diselaraskan oleh Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Shah Alam.

Sebanyak 99675 unit tong MGB 120L, 495 unit tong MGB 660L dan 43 unit Leach Bin akan diedarkan secara percuma kepada penduduk di seluruh kawasan pentadbiran MBSA. Pengedaran akan dilaksanakan secara berperingkat. Pihak MBSA juga telah menetapkan penempatan tong MGB 120L di serahkan kepada pemilik premis perumahan manakala tong MGB 660L bagi penduduk di kawasan kampung.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Ahmad Zaharin bin Mohd Saad, Datuk Bandar Shah Alam. Turut hadir YB Tuan Mohd Khairuddin bin Othman, Ahli Dewan Negeri Paya Jaras, Encik Harri bin Mohd Hassan, Pengerusi MPP Zon 18, Ahli-Ahli Majlis dan Pengarah-Pengarah Jabatan MBSA.

PENDUDUK SEKSYEN U19 TERIMA TONG SAMPAH PERCUMA

PROGRAM ECO FREE MARKET SEMPENA SHAH ALAM HARI TANPA KENDERAAN

10 11BULETIN SHAH ALAM BULETIN SHAH ALAM

SEGMEN SEGMENKOMUNITI KOMUNITI

BULETIN SHAH ALAM

Page 7: BEBAS PLASTIK 7 HARI SEMINGGU LAWATAN DARI … 2017... · yang kukuh ciri-ciri moral dan ... banyak masalah pencemaran, menjaga kualiti alam sekitar dan dapat membantu ... dan inovatif

Isu pemanasan global sering menjadi topik utama dalam berita di seluruh dunia. Pemanasan global ialah keadaan alam sekitar yang mengalami peningkatan suhu yang tinggi berbanding suhu normal. Pemanasan berlaku di seluruh dunia yang diakibatkan oleh aktiviti manusia seperti penebangan hutan, kegiatan perkilangan dan industri, permotoran, penerokaan hutan, pembangunan hutan batu dan pengautan khazanah-khazanah alam sama ada di atas atau di dalam perut bumi.

DEMI KESEIMBANGAN ALAM

Sebuah jurnal terkenal melaporkan bahawa keadaan kemarau panjang serta panas dan kering telah menyebabkan kebakaran hutan yang memusnahkan lebih daripada 8.5 juta ekar kawasan dunia dan menghapuskan lebih 1 juta spesies hidupan di darat dalam jangka masa 50 tahun. Kejadian ini ada kaitannya dengan pemanasan global. Sebenarnya, isu peningkatan suhu atau pemanasan terjadi disebabkan pelbagai faktor. Selain daripada penipisan ozon, kejadian kemarau dan jerebu, kejadian pulau haba dan kesan rumah hijau juga memberi galakan kepada isu pemanasan global.

Berikutan isu ini, pihak World Wide Fund for Nature (WWF) mengadakan kempen Earth Hour bagi menunjukkan komitmen dalam memelihara kelangsungan bumi di samping memberi satu dimensi baharu kepada penduduk dunia dalam penjagaan alam semula jadi. Sebagai simbolik sokongan terhadap usaha WWF ini, pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah menganjurkan Program 60+ Earth Hour pada 25 Mac 2017 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Pelbagai aktiviti telah diadakan sempena program ini antaranya acara berbasikal Kayuhan Malam MBSA sejauh 17km, Pertandingan Mewarna untuk kanak-kanak, persembahan artis seperti Man Bai dan Siso Kopratasa, Jualan Food Truck, Wayang Pacak dan Beca Bercahaya. Sebagai menyahut kempen 60+ Earth Hour seperti tahun-

60+EARTH HOUR

tahun sebelum ini, pihak MBSA turut menyeru pemilik-pemilik premis di sekitar Shah Alam untuk memadamkan lampu selama satu jam mulai 8.30 malam hingga 9.30 malam.

Pada masa yang sama, pihak MBSA juga telah menyampaikan Sijil Penghargaan Jalinan Kerjasama Rakan Strategik MBSA ke arah Shah Alam Bandar Raya Rendah Karbon 2030 kepada para pemaju dan syarikat korporat yang memberikan komitmen untuk pelaksanaan pembangunan rendah karbon di kawasan pentadbiran MBSA. Pemaju-pemaju yang terlibat adalah Sime Darby Elmina Development Sdn.Bhd, Bandar Setia Alam Sdn Bhd, I&P Alam Impian Sdn. Bhd, Kwasa Land Sdn. Bhd, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), SP Setia Berhad, Eco Ardence dan DEMC Management Sdn. Bhd. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Shukri bin Mohamad Hamin, Timbalan Datuk Bandar, MBSA.

12 13BULETIN SHAH ALAM BULETIN SHAH ALAM

SEGMEN SEGMENKOMUNITI KOMUNITI

Page 8: BEBAS PLASTIK 7 HARI SEMINGGU LAWATAN DARI … 2017... · yang kukuh ciri-ciri moral dan ... banyak masalah pencemaran, menjaga kualiti alam sekitar dan dapat membantu ... dan inovatif

Bertempat di Hotel Glenmarie Shah Alam, telah diadakan Bengkel Program Rangka Kerja Bandar Rendah Karbon Shah Alam 2017 yang memfokuskan ke arah penyediaan Pelan Tindakan Bandar Rendah Karbon Shah Alam 2030. Seramai 100 orang peserta yang terdiri daripada wakil agensi kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), perunding, pemaju dan warga kerja MBSA hadir ke bengkel ini.

Bengkel Program Rangka Kerja Bandar Rendah Karbon Shah Alam 2017 ini dianjurkan bertujuan untuk memantapkan penyediaan Pelan Tindakan Bandar Rendah Karbon Shah Alam 2030. Selain daripada itu, bengkel ini juga merupakan permulaan kepada projek Laporan Rangka Kerja Bandar Rendah Karbon Shah Alam 2016/2017 bagi 7 kawasan pusat bandar utama di Shah Alam. Melalui bengkel ini, para peserta akan diberi pendedahan terhadap elemen-elemen pengukuran tahap pengurangan karbon iaitu persekitaran bandar melalui elemen persekitaran bandar, infrastruktur bandar, pengangkutan bandar, pengurusan sisa pepejal dan bangunan.

Majlis Perasmian Bengkel Program Rangka Kerja Bandar Rendah Karbon Shah Alam 2017 ini disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Ahmad Zaharin bin Mohd Saad, Datuk Bandar Shah Alam.

ANAK POKOK2830 ‘Shah Alam Trees

For Life 2017’UNTUK PROGRAM

Sebanyak 2830 anak pokok ditanam di sekitar kawasan Laman PKNS bersempena program penanaman pokok ‘Shah Alam Trees For Life 2017’ anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Program penghijauan di sekitar Laman PKNS ini dilihat amat signifikan memandangkan ia berkonsepkan bangunan hijau dan turut menerima pengiktirafan Platinum bagi Indek Bangunan Hijau (GBI).

Pihak MBSA menyediakan sebanyak 1,800 anak pokok untuk ditanam ini iaitu spesis pokok kemutu, lantanah, kalifa merah dan ati-ati. Selain itu, PKNS juga telah menyumbang 1,000 batang pokok puding dan 30 batang pokok gaharu. Program ini merupakan komitmen berterusan pihak MBSA untuk menghijaukan landskap bandar raya Shah Alam melalui aktiviti penanaman pokok.

Melalui program penanaman pokok ini juga MBSA menggalakkan penyertaan daripada badan-badan korporat dan syarikat swasta yang mengamalkan dan ingin melaksanakan ‘Corporate Social Responsibility’ (CSR). Selain itu, dengan penganjuran program seperti ini dapat memberikan wajah baru dengan konsep teduhan hijau pada kawasan persekitaran tersebut, sekaligus dapat merealisasikan matlamat menjadikan Shah Alam sebagai bandar raya dalam taman.

Seramai 97 kontraktor perkhidmatan pembersihan telah menerima surat tawaran daripada pihak Majlis Bandaraya Shah Alam pada majlis yang telah diadakan pada 3 Mac 2017. Antara jenis-jenis perkhidmatan pembersihan yang terlibat adalah perkhidmatan pembersihan gerai Majlis, perkhidmatan pembersihan longkang besar dan perkhidmatan pembersihan awam mengikut zon di kawasan Shah Alam. Majlis penyerahan surat tawaran ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Ahmad Zaharin bin Mohd Saad, Datuk Bandar Shah Alam.

BENGKEL PROGRAM RANGKA KERJA BANDAR RENDAH KARBON SHAH ALAM 2017

PENYERAHAN SURAT TAWARAN KONTRAKTOR PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN

14 15BULETIN SHAH ALAM BULETIN SHAH ALAM

SEGMEN SEGMENINISIATIF HIJAUINISIATIF HIJAU

Page 9: BEBAS PLASTIK 7 HARI SEMINGGU LAWATAN DARI … 2017... · yang kukuh ciri-ciri moral dan ... banyak masalah pencemaran, menjaga kualiti alam sekitar dan dapat membantu ... dan inovatif

Pertandingan Kitar Semula Majlis Bandaraya Shah Alam telah masuk tahun ke 11 sejak ia dilaksanakan pada tahun 2007. Untuk tahun ini, pihak Majlis dan pihak F&N Beverages Marketing mengadakan pertandingan rekacipta daripada bahan kitar semula di mana sekolah yang terlibat perlu merekacipta satu produk mengikut idea dan kreativiti pelajar. Selain itu, jumlah hadiah wang tunai juga akan bertambah bagi sekolah yang menjadi pemenang.

DATUK BANDAR TURUN PADANG

PERTANDINGANKITAR SEMULA PERINGKAT SEKOLAH

HADIAH UTAMA

KEDUDUKANKATEGORI ISEKOLAH MENENGAH (RM)

KATEGORI IISEKOLAH RENDAH (RM)

KATEGORI IIITADIKA (RM)

Pertama 2,000.00 2,000.00 500.00

Kedua 1,700.00 1,700.00 400.00

Ketiga 1,500.00 1,500.00 300.00

HADIAH KHAS

ANUGERAH KHASKATEGORI ISEKOLAH MENENGAH (RM)

KATEGORI IISEKOLAH RENDAH (RM)

KATEGORI IIITADIKA (RM)

Anugerah Khas Kutipan Aluminium Tertinggi

2,000.00 2,000.00 500.00

Anugerah Khas Kutipan Plastik Tertinggi

1,700.00 1,700.00 400.00

Anugerah Khas Tetra-Pak Tertinggi

1,500.00 1,500.00 300.00

HADIAH PERTANDINGAN REKACIPTA

KEDUDUKANKATEGORI ISEKOLAH MENENGAH (RM)

KATEGORI IISEKOLAH RENDAH (RM)

Pertama 2,000.00 2,000.00

Kedua 1,700.00 1,700.00

Ketiga 1,500.00 1,500.00

Datuk Bandar Shah Alam sedang memeriksa kebersihan di dapur dan keadaan longkang di salah sebuah Restoran di Seksyen 7, Shah Alam.

Dato’ Haji Ahmad Zaharin bin Mohd Saad, Datuk Bandar Shah Alam dan wakil daripada Jabatan Kesihatan Persekitaran sedang memeriksa bekas takungan yang mempunyai jentik-jentik.

Lawatan tapak bersama Jabatan dalaman MBSA berkaitan longgokan timbunan sisa kayu, sampah kebun dan barang lusuh yang tidak terurus di tempat kitar semula Kampung Baru Sungai Buloh, Seksyen U19.

Lawatan tapak bersama pihak Worldwide Holding Berhad & Pemaju Naza TTDI untuk memantau keadaan semasa di lokasi tapak sampah haram serta membincangkan kaedah pembersihan tapak sampah haram di Seksyen 35.

17BULETIN SHAH ALAM

SEGMENOPERASI

16 BULETIN SHAH ALAM

SEGMENINISIATIF HIJAU

Page 10: BEBAS PLASTIK 7 HARI SEMINGGU LAWATAN DARI … 2017... · yang kukuh ciri-ciri moral dan ... banyak masalah pencemaran, menjaga kualiti alam sekitar dan dapat membantu ... dan inovatif

Pada 28 Februari 2017 yang lalu, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan kerjasama Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengadakan Operasi Bersepadu Menunda Kenderaan Berat di sekitar Shah Alam. Operasi ini diadakan untuk mengesan dan membanteras masalah kenderaan berat seperti lori dan bas yang diletakkan di kawasan awam.

Buat kali ketiga, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah menganjurkan Kejohanan Taekwando Jemputan Piala Datuk Bandar Shah Alam 2017 pada 3 hingga 5 Mac 2017. Kejohanan ini telah berjaya menarik penyertaan kelab-kelab taekwando seluruh Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, ATM (Tentera Laut), UiTM dan Politeknik.

Bagi mengurangkan populasi gagak yang boleh menyebabkan kacau ganggu awam, satu Operasi Menembak Gagak telah diadakan pada 18 dan 25 Mac 2017. Operasi yang dikendalikan oleh Jabatan Kesihatan Persekitaran, MBSA ini melibatkan lokasi di sekitar Seksyen 2 hingga Seksyen 36 dan Seksyen U1 hingga U20. Operasi ini juga merupakan komitmen berterusan pihak MBSA untuk meningkatkan tahap kebersihan persekitaran di bawah kawasan pentadbiran MBSA.

Sepanjang operasi ini diadakan, sebuah bas telah disita di Seksyen 23, 2 buah lori dan 2 buah bas telah disita di Seksyen 24 manakala 5 buah bas telah disita di Seksyen 25, Shah Alam dan kompaun kenderaan berat tersebut telah dibayar oleh pemiliknya.

BANTERAS MASALAH PARKIR KENDERAAN BERAT DI KAWASAN AWAM

Jumlah gagak yang ditembak:

PUNCA KACAU GANGGUTEMBAK GAGAK

672 ekor 671 ekor 18 Mac 25 Mac

KEJOHANAN TAEKWANDO PUPUK SEMANGAT JATI DIRI REMAJA

Pasukan Bola Tampar Ban Hoe Leong, Taiwan berjaya menewaskan Pasukan Bola Tampar Majlis Bandaraya Shah Alam dalam perlawanan yang sengit dan mendebarkan di perlawanan akhir Piala Datuk Bandar Shah Alam 2017. Perlawanan yang berlangsung selama 1 jam 58 minit ini akhirnya dimenangi oleh Ban Hoe Leong, Taiwan dengan kiraan set 3-2.

Kejohanan ini menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM25,000 serta tajaan baucar barangan sukan daripada Mizuno Malaysia berjumlah RM13,500.00. Pasukan yang mendapat tempat pertama berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 beserta RM5,000 baucar Mizuno. Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Bola Tampar Piala Datuk Bandar Shah Alam Dan Volleython Shah Alam 2017 telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Ahmad Zaharin bin Mohd Saad, Datuk Bandar Shah Alam.

PASUKAN TAIWAN JOHAN BOLA TAMPAR

Keputusan Keseluruhan:JOHAN

KESELURUHAN

NAIB JOHAN KESELURUHAN KETIGA

KESELURUHAN

Adventure TaekwandoClub

(15 Emas, 14 Perak, 18 Gangsa)Matsa

TaekwandoClub (9 Emas, 5 Perak,

6 Gangsa)

Jagoh TaekwandoClub (8 Emas, 9 Perak,

15 Gangsa)

Kejohanan ini merupakan kaedah berkesan dalam membentuk disiplin dan jati diri seseorang serta dapat memupuk semangat kesukanan dalam melahirkan individu yang sihat dan berkualiti. Pertandingan ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Rosli bin Bakar, Timbalan Setiausaha MBSA.

19BULETIN SHAH ALAM

SEGMENSUKAN

18 BULETIN SHAH ALAM

SEGMENOPERASI

Page 11: BEBAS PLASTIK 7 HARI SEMINGGU LAWATAN DARI … 2017... · yang kukuh ciri-ciri moral dan ... banyak masalah pencemaran, menjaga kualiti alam sekitar dan dapat membantu ... dan inovatif

Musim cuti sekolah amat sinonim dengan upacara berkhatan secara beramai-ramai. Sehubungan itu, Jabatan Pembedahan Am, Hospital Shah Alam telah mengadakan Majlis Berkhatan Beramai-Ramai Sempena Cuti Sekolah siri 3/2017 di Hospital Shah Alam pada 20 dan 21 Mac 2017. Turut diadakan sesi beramah mesra dengan anak-anak yatim dan kanak-kanak cacat Klang.

Seramai 400 orang peserta telah menyertai Kejohanan Lumba Basikal Kriterium Shah Alam 2017 yang telah diadakan pada 18 Februari 2017 bertempat di Persiaran Tasik Shah Alam. Acara tahunan ini dianjurkan untuk menilai tahap prestasi pelumba serta meningkatkan daya saing dan melahirkan pelumba basikal yang berbakat.

Hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM10,870 disediakan untuk para pemenang. Upacara penyampaian hadiah Kejohanan Kriterium Shah Alam Piala Datuk Bandar 2017 ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Ahmad Zaharin bin Mohd Saad, Datuk Bandar Shah Alam.

KRITERIUMSHAH ALAM 2017

Keputusan Kejohanan

Lelaki Bawah 15 tahun:

Johan – Muhammad Adam

Naib Johan – Muhammad Justin Felix Nagel

Ketiga – Muhammad Amir Farhan

Lelaki Bawah 18 tahun:

Johan – Muhd Firdaust

Naib Johan – Muhammad Nur Aiman

Ketiga – Muhammad Abdul Hisyam

Lelaki Junior Master (35 – 45 tahun):

Johan – Zulkifli

Naib Johan – Shaiful Ahmad

Ketiga – Isma Rizuan

Lelaki Senior Master (46 tahun ke atas):

Johan – Noreffandy Rosli

Naib Johan – Muhd Razli Ibrahim

Ketiga – Zaizul Kamal Salihan

Lelaki Terbuka:

Johan – Mohd Fauzan

Naib Johan – Muhammad Nur Aimen

Ketiga – Yusrizal

Wanita Terbuka:

Johan – Nurul Alissa

Naib Johan – Ju Pha a/p Sumned

Ketiga - Nurkhairunnisatul

Lelaki Bawah 15 tahun:

Johan – Mohd Faisal Izuddin

Naib Johan – Mohamad Zulhakimi

Ketiga – Muhammad Justin

Lelaki Bawah 18 tahun:

Johan – Wan Abdul Rahman

Naib Johan – Muhammad Nur Aiman

Ketiga – Muhd Helmi

Lelaki Junior Master (35 – 45 tahun):

Johan – Shaiful Ahmad

Naib Johan – Ahmad Sabri

Ketiga – Zulkifli

Lelaki Senior Veteran (46 tahun ke atas):

Johan – Noreffandy Rosli

Naib Johan – Muhd Razli

Ketiga – Zakaria Sarif

Lelaki Terbuka:

Johan – Yusrizat Usoff

Naib Johan – Irwandie Lakasek

Ketiga – Mohd Fauzan Ahmad Lutfi

Wanita Terbuka:

Johan – Nurul Alissa

Naib Johan – Nurul Shuhada Zainal

Ketiga – Ju Pha a/p Somned

Kat

egor

i Bas

ikal

Buk

it

Kat

egor

i Bas

ikal

Lum

ba

Kategori Kanak-Kanak

Kanak-Kanak Lelaki:

Johan – Muhammad Afian Al-Aqsho

Naib Johan – Muhammad Zharief Aryan

Ketiga – Muhammad Farish Zamri

Kanak-Kanak Perempuan:

Johan – Ayrees Naylie Jasmine

Naib Johan – Zara Dhiya

Ketiga – Azreen Khayla Marissa

MAJLIS BERKHATAN BERAMAI-RAMAI

Pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) turut memberi sumbangan iaitu 150 ‘goodies bag’ yang mengandungi barangan seperti botol air, buku aktiviti “Adam and Helathy Food”, air kotak dan banyak lagi. Pihak MBSA turut menyumbang hiasan belon di pentas bagi acara perasmian program. Penganjuran program seumpama ini merupakan usaha yang murni di samping meraikan kanak-kanak sempena cuti sekolah.

SAYANGI ALAM SEKITAR

Dengan mengetengahkan 3 modul latihan dalam kumpulan dan 4 modul sukan lasak, Kem Alam Sekitar Tahun 2017 yang diadakan pada 22 hingga 24 Mac 2017 di Taman Botani Negara Shah Alam merupakan usaha yang murni dalam menerapkan kesedaran mencintai alam sekitar di kalangan pelajar sekolah. Kem ini melibatkan penyertaan seramai 100 orang pelajar sekolah di sekitar Shah Alam yang berumur 9 hingga 15 tahun.

Program ini merupakan penganjuran kali kedua selepas mendapat sambutan yang baik pada tahun lalu. Antara pengisian program sepanjang 3 hari 2 malam ini adalah penyediaan Modul seperti Memasang Khemah & Kraf Perkhemahan, Pembinaan Organisasi Harapan, Ikhtiar Hidup, Outdoor Nature Adventure Program: Jungle Trekking, Night Walk dan sebagainya. Para peserta juga diberikan pendedahan berkaitan pengurusan kitar semula dan topik-topik yang berkaitan dengan pemuliharaan alam sekitar

21BULETIN SHAH ALAM

SEGMENKOMUNITI

20 BULETIN SHAH ALAM

SEGMENSUKAN

Page 12: BEBAS PLASTIK 7 HARI SEMINGGU LAWATAN DARI … 2017... · yang kukuh ciri-ciri moral dan ... banyak masalah pencemaran, menjaga kualiti alam sekitar dan dapat membantu ... dan inovatif

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mengadakan Majlis Pelancaran Program Pemerkasaan Konsep Halalan Toyyiban 2017 pada 11 dan 12 Mac 2017 di SACC Mall, Shah Alam. Program ini merupakan inisiatif antara pihak JAIS dan MBSA dalam memperkasakan tadbir urus halal menjadi lebih mesra industri, mesra pengguna serta mampu menonjolkan imej “good governance” Negeri Selangor. Ia juga merupakan salah satu strategi penguatkuasaan halal baru yang lebih berkesan di dalam Pelan Strategik JAIS 2015-2019.

Konsep halal bukan sahaja menjadi pilihan umat Islam malahan turut disenangi oleh warga bukan Islam. Program ini juga diharapkan dapat mengangkat kefahaman masyarakat tentang Konsep Halal. Dalam program ini, turut diadakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) di antara pihak JAIS dan pihak MBSA. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Y.B. Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa Dan Kampung Tradisi, Negeri Selangor.

Halalan Toyyiban: JALINAN KERJASAMA MBSA DAN JAIS

Golongan remaja khususnya para penuntut mempunyai banyak perkara berkaitan hal semasa dan kehidupan kampus untuk dikongsi bersama golongan sebaya dan masyarakat. Buat julung kalinya, sebuah program bual bicara santai yang diberi nama ‘BUAL’ telah diadakan di INTEC Education College, UiTM, Seksyen 17, Shah Alam pada 18 Mac 2017.

Program anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan kerjasama INTEC, Universiti Teknologi MARA ini membicarakan topik bertajuk ‘Warnai Pengetahuan’ untuk edisi pertama. 3 orang panel yang terdiri daripada ahli akademik telah hadir bagi membincangkan hal-hal berkaitan isu dan kehidupan kampus para pelajar. Program ini turut diserikan dengan persembahan nyanyian oleh duo Hani & Zue.

PROGRAM BUAL ‘WARNAI PENGETAHUAN’

‘E-waste’ adalah sejenis bahan buangan elektrik dan elektronik yang sudah tidak mahu digunakan atau rosak atau luput. Buangan e-waste dikategorikan sebagai buangan terjadual di bawah kod SW110, Jadual pertama, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.

Walaupun acapkali program berkaitan e-waste telah dilaksanakan, namun masih ramai yang tidak tahu akan bahayanya e-waste terhadap kesihatan. Antara contoh bahan-bahan e-waste adalah seperti komputer, alat penyaman udara, peti sejuk, telefon bimbit, bateri, wayar, kabel dan lain-lain. Komponen yang terdapat di dalam komputer seperti komponen monitor dan CPU adalah bahaya jika tidak dihapuskan dengan cara yang betul.

Pengurusan e-waste kini berdepan cabaran yang besar di mana jika ia tidak dilupuskan dengan sistematik, ia akan memberi kesan yang dahsyat terhadap kesihatan manusia. Antaranya kerosakan sistem saraf, kesan negatif kepada perkembangan otak kanak-kanak, berisiko tinggi terhadap pembuluh darah, merosakkan hati dan ginjal, kerosakan otak yang teruk, risiko kanser paru-paru dan asma.

Oleh yang demikian, semua agensi kerajaan hendaklah melaksanakan pelupusan aset yang dikategorikan sebagai buangan terjadual (termasuk e-waste) sebagaimana kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bagi memastikan e-waste diurus dengan betul dan lestari.

BAHAYA ‘E-WASTE’

E-WASTE

INFO

• Sebanyak 80 hingga 85 peratus e-wastedibuangketapakpelupusanyangmanaiabolehmengeluarkan sisa toksik dan mencemarkanudara.

• 2% e-waste mewakili jumlah sampah yangdibuangketapakpelupusandanbersamaan70%darisisa toksikdimanae-wastemengandungiplumbumyangmemberikesanmudaratkepadamanusia seperti keracunan, kerosakan fungsisarafdankerosakanbuahpinggang.

• Secarapurata, sebanyak20hingga50 juta tanmetrike-wastedilupuskansetiaptahun.

• Telefon bimbit dan alat elektronik lainmengandungikandunganlogamyangberhargaseperti emas. Jadi adalah rugi jika ia tidakdikitarsemula.

23BULETIN SHAH ALAM

SEGMENKESIHATAN

22 BULETIN SHAH ALAM

SEGMENKOMUNITI

Page 13: BEBAS PLASTIK 7 HARI SEMINGGU LAWATAN DARI … 2017... · yang kukuh ciri-ciri moral dan ... banyak masalah pencemaran, menjaga kualiti alam sekitar dan dapat membantu ... dan inovatif