laporan hp kretif dan inovatif

9
DOKUMEN PEMBUKTIAN KONTRAK PEMBELAJARAN KOKURIKULUM (HHHC9801) KEMAHIRAN KREATIF DAN INOVATIF KEJOHANAN BADMINTON PIALA TUN DR. SITI HASMAH MOHD ALI (HASCUP 2014) SEKRETARIAT SUKAN DAN REKREASI, KOLEJ KERIS MAS, UKM TARIKH PROGRAM: 1 – 4 MEI 2014

Upload: ct-safiyah

Post on 29-Nov-2014

104 views

Category:

Education


3 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan hp kretif dan inovatif

DOKUMEN PEMBUKTIAN KONTRAK PEMBELAJARAN KOKURIKULUM

(HHHC9801)

KEMAHIRAN KREATIF DAN INOVATIF

KEJOHANAN BADMINTON PIALA TUN DR. SITI HASMAH MOHD ALI

(HASCUP 2014)

SEKRETARIAT SUKAN DAN REKREASI,

KOLEJ KERIS MAS, UKM

TARIKH PROGRAM:

1 – 4 MEI 2014

Page 2: Laporan hp kretif dan inovatif

Saya Siti Safiah Rasyidah Bt Mustapa, A146385, pelajar dari Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat telah mendaftar untuk kontrak pembelajaran HHHC9701. Untuk menyiapkan kontrak pembelajaran ini, saya telah menyertai satu program iaitu “HASCUP 2014” di bawah anjuran sekretariat sukan dan rekreasi, Kolej Keris Mas, UKM. Di dalam program ini saya telah dilantik sebagai Eksekutif Penajaan dan Perolehan.

Sepanjang program ini, saya telah menerapkan nilai kreatif dan inovatif. Ianya dapat dibuktikan seperti berikut:

Sebagai Eksekutif Penajaan dan Perolehan saya ditugaskan untuk mencari penajaan bagi kejohanan ini. Pertamanya saya dan ajk di bawah post saya menyenaraikan dahulu senarai syarikat yang akan kami berunding untuk mendapatkan tajaan. Kemudian kami menghantar surat kepada syarikat- syarikat tersebut untuk memaklumkan kepada mereka mengenai kejohanan yang akan dilaksanakan dan meminta mereka untuk menjadi penaja untuk kejohanan tersebut.

Setelah mendapat maklumbalas daripada mereka barulah kami dapat berunding dengan mereka. Alhamdulillah banyak juga syarikat yang ingin menjadi penaja bagi kejohanan HASCUP pada tahun ini. Antara syarikat yang menjadi penaja kejohanan ini ialah Sinar Harian, PNB, Gatorade, Gerakan Muda Belia Selangor, APACS, dan Hock Eng Sport, Bank Rakyat dan Resources.

Logo penaja kejohanan HASCUP 2014.

Setelah selesai mendapatkan tajaan, saya membantu rakan- rakan lain di post Tugas-Tugas Khas dan Teknikal yang masih lagi belum menyiapkan tugasan mereka. Saya telah membantu memasang bunting dan banner serta menyiapkan gelanggang kejohanan dan pentas VIP.

Page 3: Laporan hp kretif dan inovatif

Penyediaan gelanggang kejohanan dan pentas VIP.

Dalam aspek keusahawanan pula, saya telah membantu rakan di post Jamuan untuk mendapatkan peralatan memasak dari Pusat Islam UKM dan membantu menjaga gerai jualan semasa kejohanan berlangsung. Harga yang dikenakan pada setiap menu adalah sangat murah dan mampu untuk dibeli oleh semua orang. Booth jualan ini diwujudkan adalah untuk mendapatkan dana tambahan. Antara menu yang dijual di booth tersebut

Page 4: Laporan hp kretif dan inovatif

Minuman ( RM 1 per cup)

- Air Milo

- Air Sirap Bandung

- Air Jagung

- Air Anggur

Makanan

- Sosej ( RM1 per cucuk)

- Nugget ( RM1 per cucuk)

- Jagung manis (RM 2 per cup)

- Waffle (RM 3.50)

Selain itu kami juga turut menjual surat khabar Sinar Harian pada hari kejohanan sebagai tanda menyokong rakan media kami.

Booth jualan ada hari kejohanan.

Dari segi kreatif dan inovatif pula saya telah membantu rakan di post Tugas-Tugas Khas untuk membuat rekaan baju AJK HASCUP 2014 yang mengandungi logo HASCUP dan logo setiap penaja kejohanan ini. Setelah menganalis dan menerapkan kriteria dan kualiti yang perlu diperlukan akhirnya terhasillah satu rekaan yang ekslusif ini sampaikan ada penonton yang menginginkan baju tersebut.

Page 5: Laporan hp kretif dan inovatif

Rekaan asal baju HASCUP 2014.

Baju yang telah siap dijahit.

Oleh kerana masa semakin suntuk saya turut membantu dalam penyediaan bunting dan banner kejohanan. Antara software yang digunakan ialah Adobe Illustrator dan Adobe Photosho. Mind map yang dilakukan sebelum membuat rekaan bunting dan banner :

Page 6: Laporan hp kretif dan inovatif

Hasil banner yang telah siap.

Sebagai salah seorang ahli jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan program ini, saya berasa sangat berbangga kerana dapat bekerjasama dengan semua ahli yang lain. Kejayaan yang dicapai oleh kami adalah kerana kami mengamalkan cirri-ciri berikut sesama sendiri :

Page 7: Laporan hp kretif dan inovatif