amali 2 baru

17
Bila dikatakan satu sepsis? Taxonomi dan pengekalan aliran kepelbagai biologi. Kepelbagaian biologi dunia boleh dibahagikan kepada tiga aras. Pertama dan paling asas termasuklah semua spesis atas muka bumi. Paling kecil pada aras ini ialah kepelbagaian genetik (genetic diversity) dan paling luas termasuklah komuniti dan ekosistem. Sesuatu spesis boleh didefinisikan melalui dua kaedah (pendekatan) yang berbeza iaitu spesis biologi dimana individu-individu berupaya membiak bersama dengan jayanya dan spesis morphologi di mana individu-individu pada kelihatannya sama pada morphologinya atau binaan biokimianya. Kaedah kedua inilah yang sering digunakan untuk menentukan spesis individu apabila kita tidak ada sebarang maklumat tentang perlakuan pembiakan individu. Kebanyakan tumbuhan dan invertebrata termasuk dalam kategori ini. Saintis yang pakar dalam menentukan dan menggolongkan spesis dalam sesuatu kumpulan dkenali sebagai taksonomis (taxonomists). Taksonomi sangat penting dalam pemuliharaan AMALI 2 TAJUK AMALI PENDAHULUAN

Upload: shangkaran-manickam

Post on 16-Dec-2015

43 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kjghytudsdvikddvkkkvksssjxixi

TRANSCRIPT

AMALI 2

TAJUK AMALI

Bila dikatakan satu sepsis? Taxonomi dan pengekalan aliran kepelbagai biologi.

PENDAHULUAN

Kepelbagaian biologi dunia boleh dibahagikan kepada tiga aras. Pertama dan paling asas termasuklah semua spesis atas muka bumi. Paling kecil pada aras ini ialah kepelbagaian genetik (genetic diversity) dan paling luas termasuklah komuniti dan ekosistem. Sesuatu spesis boleh didefinisikan melalui dua kaedah (pendekatan) yang berbeza iaitu spesis biologi dimana individu-individu berupaya membiak bersama dengan jayanya dan spesis morphologi di mana individu-individu pada kelihatannya sama pada morphologinya atau binaan biokimianya.Kaedah kedua inilah yang sering digunakan untuk menentukan spesis individu apabila kita tidak ada sebarang maklumat tentang perlakuan pembiakan individu. Kebanyakan tumbuhan dan invertebrata termasuk dalam kategori ini.Saintis yang pakar dalam menentukan dan menggolongkan spesis dalam sesuatu kumpulan dkenali sebagai taksonomis (taxonomists). Taksonomi sangat penting dalam pemuliharaan biodiversiti, tetapi tidak cukup berupaya untuk membezakan antara spesis atau keliru dalam memberi nama-nama spesis. Ini menyebabkan usaha-usaha perlindungan dan pencegahan menjadi lambat. Taxonomi hanyalah pemudahcara, yang membolehkan kita menamakan semua perkara yang berbeza (taxa) di atas muka bumi. Sering terdapat perbezaan yang besar antara individu daripada spesis yang berbeza, dan ia mungkin sukar untuk memutuskan bagaimana untuk memisahkan kumpulan individu dalam spesis berasingan. Ini benar apabila kita hanya mempunyai beberapa sahaja ciri-ciri morfologi untuk membantu kita. Sebagai contoh, bagaimana ciri-ciri sepunya yang ada pada setiap individu perlu ada supaya mereka boleh dianggap spesis yang sama? Walaubagaimanapun, kaedah bagaimana kita mengelaskan organisma-organisma di bumi ini mempunyai pengaruh yang besar untuk tujuan pemuliharaan biodiversiti.

KEPUTUSAN

JENIS SPESISCIRI-CIRI SPESISSPESISJUMAH BILANGAN SPESIS

A

Perut yang buncit Badan yang berbintik-bintik Ada sesungut Ada ekor kecil Mempunyai mata

5

B Berbadan panjang Mempunyai sayap Ada sesungut Tidak ada kaki

4

JENIS SPESISCIRI-CIRI SPESISSPESISJUMAH BILANGAN SPESIS

C

Kepala yang berbentuk U Mempunyai mata Berekor

2

D Kepala berbentuk leper Tidak ada mata berekor

3

E Sesungut yang bertompok Berekor panjang Mempunyai mata

5

JENIS SPESISCIRI-CIRI SPESISSPESISJUMAH BILANGAN SPESIS

F Kepala berbentuk segi tiga Bandannya yang bertitik-titik Tidak ada mata Berekor

2

G Berkuku panjang dan tajam Badannya yang bercorak Mempunyai mata

2

JENIS SPESISCIRI-CIRI SPESISSPESISJUMAH BILANGAN SPESIS

H Kaki yang berjari tiga dan bulat Badannya yang bercorak Mempunyai mata

4

I Kaki yang berjari dua Badannya yang bercorak Mempunyai mata

1

J Kaki yang berjari tiga dan panjang Badannya yang bercorak Mempunyai mata

1

JUMLAH KESELURUHAN SPESIS :29

SOALAN-SOALAN PERBINCANGAN1. Apakah ciri-ciri yang anda tekankan apabila meletakkan beberapa moonmorphs dalam kumpulan yang sama? Mengapa anda memilih ciri-ciri tersebut? Kenapa tidak pilih yang lain-lain?

Dalam amali ini saya dan ahli kumpulan saya telah dipertanggungjawabkan untuk mengelaskan moonmorphs ke dalam kumpulan spesisnya. Pada awalnya kami telah memilih dan menetapkan beberapa ciri yang akan kami bandingkan semasa meletakkan beberapa moonmorphs dalam kumpulan yang sama. Pada asasnya kami telah mengambil perhatian terhadap aspek fizikal sahaja. Antara ciri-ciri yang kami telah tetapkan ialah bentuk badan, bentuk ekor, bilangan kaki, corak pada badan, bentuk kepala, bilangan kaki dan lain-lain lagi. Saya dan ahli kumpulan saya telah menggunakan ciri-ciri ini kerana kami dapat melihatnya dari luar dan dapat membuat pengelasan dengan ciri-ciri tersebut. Secara umumnya kita mengelaskan haiwan-haiwan dengan merujuk kepada ciri-ciri sepunya. Jadi kami pun telah menggunakan aspek fizikal yang sama dengan moonmorphs yang lain. Cara ini memudahkan kami untuk mengelaskan moonmorphs ini dengan cepat. Kami tidak menggunakan aspek dalaman untuk membuat pengelasan mengikut spesisnya. Hal ini kerana kami tidak dapat melihat aspek dalamnya untuk membuat pengelasan contohnya genetik atau jantina. Kedua-dua ciri ini tidak dapat kami lihat melalui gambar yang diberikan semasa mengelas moonmorphs mengikut spesisnya. 2. Adakah semua individu dalam satu spesis mesti serupa keseluruhannya? Berapa banyak variasi antara individu yang boleh diterima dalam satu spesis?Tidak perlu semua individu dalam satu spesis mesti serupa keseluruhannya. Sepertimana yang dinyatakan sebelum ini sesuatu spesis boleh didefinisikan melalui dua kaedah (pendekatan) yang berbeza iaitu spesis biologi dimana individu-individu berupaya membiak bersama dengan jayanya dan spesis morphologi di mana individu-individu pada kelihatannya sama pada morphologinya atau binaan biokimianya. Spesies adalah konsep taksonomi yang digunakan dalam biologi untuk menunjuk pada populasi organisma yang sejenis atau serupa dalam beberapa hal yang penting. Contohnya jika kita merujuk kepada pengelasan yang telah disiapkan terdapat beberapa perkara yang boleh diperhatikan seperti moonmorphs nombor 2 dan moonmorphs nombor 5 adalah dikategorikan dalam kumpulan yang sama atas sesuatu ciri yang sepunya. Ciri yang dimaksudkan disini adalah bintiknya pada badan. Akan tetapi bilangan bintik-bintik pada badannya tidak sama antara satu sama lain. Hal ini memberitahu kita bahawa walaupun cirinya sama tetapi ada juga beberapa aspek yang spesifik membezakan sepsis tersebut. 3. Apakah akan terjadi kepada spesis yang anda pilih jika anda menerima tahap variasi individu yang tinggi? Apa pula yang akan terjadi jika anda menerima tahap variasi yang terlalu rendah?

Jika tahap variasi individu yang tinggi didapati dalam kes ini, moonmorphs akan dapat dikumpulkan secara khusus dan moonmorphs juga akan dibahagikan kepada pelbagai jenis subspesis. Jika saya menerima tahap variasi individu yang sangat rendah, moonmorphs pula hanya akan dapat dikumpulkan dan dikelaskan mengikut ciri- ciri asas dan umum sahaja. Jadi moonmorphs akan hanya dikumpulkan ke dalam beberapa subspesis yang berbeza sahaja. Sebagai contohnya, jika sesuatu spesis itu menerima tahap variasi individu yang tinggi, maka untuk satu spesis itu hanya seekor akan mewakilinya tetapi sekiranya spesis itu menerima variasi yang terlalu rendah, maka satu spesis itu akan mempunyai bilangan haiwan yang banyak mewakilinya.

4. Terangkan bagaimana para taksonomis mungkin memecahkan satu spesies kepada dua atau lebih spesies baru.Terlebih dahulu mari kita lihat apa yang dimaksudkan dengan para taksonomis. Para taksonomis adalah ahli biologi yang pakar dalam pengendalian spesis. Mereka mengenal pasti, mengumpul dan menggolongkan spesis kepada beberapa kategori yang tertentu. Mereka boleh membahagikan sesuatu kumpulan spesis kepada dua atau lebih dengan pelbagai cara yang saintifik. Terdapat beberapa cara yang tertentu untuk membuat pembahgian sepsis kepada dua atau lebih sepsis yang baru. Antaranya ialah spesis morphologi. Kaedah ini digunakan apabila individu-individu pada kelihatannya sama pada morphologinya atau binaan biokimianya. Kaedah yang seterusnya spesis biologi dan kaedah ini digunakan dimana individu-individu berupaya membiak bersama dengan jayanya. 5. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan variasi dalam individu dari sesuatu spesis terjadi?Variasi ialah perbezaan sifat yang wujud di antara individu dalam spesis yang sama. Perbezaan sifat dalam individu antara spesis yang sama mungkin tidak begitu ketara tetapi masih boleh dibezakan antara satu sama lain. Pertama sekali terdapat dua jenis variasi. Antarannya ialah variasi selanjar dan variasi tidak selanjar. Tambahan pula terdapat dua faktor yang menyebabkan variasi iaitu faktor genetik dan faktor persekitaran. Dalam faktor persekitaran, persekitaran boleh mempengaruhi fenotip dengan berinteraksi dengan faktor genetik yang menentukan ciri. Variasi yang tidak boleh diwarisi dikenali sebagai variasi persekitaran Pada tumbuhan, variasi disebabkan oleh faktor persekitaran seperti keamatan cahaya, pH tanah, kesuburan tanah, iklim dan bekalan air. Pada manusia, variasi disebabkan oleh faktor persekitaran seperti iklim, gizi makanan, kemalangan, gaya hidup, kebudayaan, senaman, pendidikan dan pengalaman. Seterusnya adalah faktor genetik. Variasi yang disebabkan oleh faktor genetik tidak boleh dipengaruhi oleh persekitaran. Variasi genetik ini disebabkan oleh perubahan kandunagn genetik dan boleh diwarisi. Faktor genetik yang boleh menyebabkan variasi adalah penyusunan rawak kromosom homolog, penggabungan semula genetik secara pindah silang dan persenyawaan rawak.

Penyusunan rawak kromosom homolog Penyusunan rawak kromosom berlaku semasa metafasa I meiosis, apabila kromosom homolog disusun secara rawak pada khatulistiwa sel. Semasa anafasa I, kromosom homolog berpisah menghasilkan gamet dengan pelbagai kombinasi kromosom. Variasi gamet yang sangat luas dengan pelbagai kombinasi kromosom akan menghasilkan gamet yang mempunyai kandungan genetik yang berbeza, seterusnya menyebabkan variasi.

Penggabungan semula genetik secara pindah silang

Semasa profasa I meiosis, kromatid pada kromosom homolog bersilang pada titik tertentu yang dipanggil kiasma. Apabila kromatid terputus pada kiasma, pindah silang berlaku, iaitu ada pertukaran antara segmen kromatid menyebabkan penggabungan semula genetik. Kandungan genetik dalam kromosom diubah dan gamet dengan kandungan genetik yang berbeza dihasilkan dan seterusnya menyebabkan variasi.

Persenyawaan rawak

Melalui penyusunan rawak kromosom homolog semasa metafasa I dan penggabungan semula genetik semasa pindah silang dalam profasa I, variasi sperma dan ovum dengan pelbagai kandungan genetik dihasilkan. Persenyawaan berlaku secara rawak antara variasi gamet yang luas dengan kandungan genetik yang berbeza menghasilkan variasi.

6. Bagaimana spesis MoonMorphs ini dipanggil morphospecies?Spesies MoonMorphs dikenali sebagai morphospesies disebabkan spesies tersebut dikumpulkan berdasarkan ciri-ciri persamaan yang boleh diperhatikan di antara MoonMorphs . Morphospesies adalah satu kaedah tradisi yang digunakan sejak dahulu bagi mengelaskan sesuatu spesies. Kaedah ini terbatas kerana maklumat yang digunakan untuk mengelaskan spesies adalah sedikit dan perlu kepada perbezaan yang jelas daripada spesies-spesies lain. Selain itu, variasi geografi selalunya tidak diambil kira dalam kaedah pengelasan ini. Konsep morphospesies merujuk kepada penggunaan perbezaan dalam ciri- ciri morfologi untuk membezakan spesies. Perbezaan melalui morfologi ini boleh dirujuk kepada bentuk, struktur dan konfigurasi sesuatu organisma. Ini termasuk aspek penampilan fizikal seperti struktur, bentuk, warna dan corak serta struktur dalaman bahagian-bahagian seperti tulang dan organ-organ.

7. Huraikan bagaimana spesis yang anda pilih tidak dari kalangan sepsis biologi.

Spesis yang saya pilih tidak dari kalangan spesis biologi kerana spesis biologi adalah spesis di mana individu-individu berupaya membiak bersama dengan jayanya. Bukan itu sahaja, pengelasan biologi merupakan kaedah taksonomi saintifik yang digunakan untuk pengumpulan dan pengelasan organisma dalam kategori organisma seperti genus atau spesis. Pengelasan ini telah disemak kembali untuk diselaraskan dengan prinsip keturunan yang sama (common descent) yang dikemukakan oleh Charles Darwin. Sistem molekular,yang menggunakan urutan DNA atau analisis bioinformatik telah mendorong kepada penilaian semula taksonomi. Walau bagaimanapun, maklumat molekular hanya merupakan pelengkap atau tambahan kepada sistem yang diasaskan kepada morfologi yang telah sedia digunakan dalam pengelasan saintifik. Seterusnya, spesis yang saya telah kelas merupakan bukan spesis biologikal kerana tidak ada sebarang maklumat yang berkaitan dengan pembiakan seperti jantina, DNA, genetik juga habitat spesis tersebut. Spesis MoonMorphs ini dikelaskan secara morfologi adalah kerana ciri-ciri yang hanya boleh dilihat secara luaran dan sepunya sahaja. Spesis ini dikelaskan secara melihat kepada sifat-sifat fizikalnya seperti bentuk abdomen, bentuk kepala, mata, sesungut dan ekor spesis itu sendiri, kaki spesis, mata spesis, jenis kuku spesis, corak pada badan, sayap dan lain-lain lagi. Kesemua bukti tersebut membuktikan kepada kita bahawa pengelasan spesis tersebut tidak dari kalangan sepsis biologi dan hanya berfokus kepada sepsis morphologinya dimana individu-individu pada kelihatannya sama pada morphologinya atau binaan biokimianya. Kesimpulan:

Spesies boleh dikelaskan dengan berbagai kaedah. Pengelasan boleh dilakukan merujuk kepada maklumat yang diperolehi sama lengkap atau tidak. Jika lengkap seperti DNA atau jantina spesies yang dikelaskan boleh dikategorikan sebagai spesies biologikal. Jika tidak spesies itu boleh dikelaskan berdasarkan cara yang mudah iaitu melalui ciri fizikal sepunya yang dimilikinya.

Rujukan

Dr. Hamdan Mohd. Nor., Wahida Abdullah., & Choo Yan Tong. (2008). Focus Super Hot STPM Biology. Bangi, Selangor : Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd.Jeya Arunasalam., & Lee Ching. (2008). SPM Bilingual Biology. Diperoleh dari https://books.google.com.my/books?id=9SyeTCuuxwgC&pg=PA380&lpg=PA380&dq=faktor+variasi&source=bl&ots=npx6zHolyb&sig=lm14-Mh05v0tpTUoZBuhUipPr50&hl=en&sa=X&redir_esc=y#v=onepage&q=faktor%20variasi&f=false G. W. Yeat. (2007). Biology SPM. Selangor : Oxford Fajar Sdn Bhd No author. (2008). Concept of spesies. Diakses pada 26 Julai 2015 daripada http://www.sjgarchive.org/library/harvard_course/New_Lab4.pdf