laporan aktiviti bengkel

Upload: noura

Post on 08-Jan-2016

17 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

big

TRANSCRIPT

LAPORAN BINA INSAN GURU FASA 5 / 2015BENGKEL PENGURUSAN PENDIDIKANPada 1 Mac 2015 bertempat di Dewan Dato Haji Mohd Khairuddin Ashari, para pelatih guru 5PISMP Ambilan Januari 2013 dibawah kelolaan Unit Gerko telah menganjurkan sebuah program ilmiah iaitu Bengkel Pengurusan Pendidikan. Bengkel Pengurusan Pendidikan ini dianjurkan sebagai salah satu tuntutan kursus untuk Bina Insan Guru (BIG) Fasa 5 tahun 2015 dan disamping itu, ianya adalah untuk memberi pendedahan dan berkongsi maklumat yang berguna lagi bermanfaat kepada semua pelatih guru yang bakal bergelar guru. Program ini disertai oleh kesemua pelatih guru 5PISMP Ambilan Januari 2013 seramai 123 orang. Puan Irene Kalaimathy George, pensyarah Jabatan Bahasa merangkap mentor 5 PISMP TESL 4 turut menghadiri program ini.

Sebelum bermulanya bengkel ini, semua pelatih guru telah diagihkan makanan tengah hari mengikut kelas. Tepat pada jam 2.00 petang, kesemua para guru pelatih mula memenuhi Dewan Dato Haji Mohd Khairuddin Ashari untuk sesi pendaftaran dan mula mengambil tempat mengikut kelas. Penceramah jemputan, Encik Suhaimi Bin Omar, Pegawai Unit Perkhidmatan dan Perjawatan, Jabatan Pendidikan Negeri Johor tiba tepat pada jam 2.20 petang. Tuan penceramah jemputan telah disambut mesra oleh Pengerusi Program, saudara Muhammad Sholihin Bin Kamari. Program ini dimulakan dengan rasminya tepat pada jam 2.30 petang.Bengkel ini dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku diikuti dengan nyanyian lagu Bangsa Johor dan nyanyian lagu Semaian Subur. Selesai sahaja nyanyian, majlis diteruskan lagi dengan bacaan doa oleh saudara Syarafuddin Bin Sazali dari 5 PISMP TESL 2. Majlis kemudiannya diteruskan oleh saudari Nur Ashikin Binti Norizan dari 5 PISMP TESL 1 selaku pengerusi majlis dengan menjemput Pengerusi Program, Muhammad Sholihin Bin Kamari untuk menyampaikan sepatah dua kata ucapan. Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan menjemput, tuan penceramah, Encik Suhaimi Bin Omar untuk menyampaikan ceramahnya. Sepanjang ceramah yang disampaikan oleh tuan penceramah, Encik Suhaimi Bin Omar, beliau telah berkongsi maklumat dan memberikan pendedahan yang terperinci mengenai segala persediaan yang perlu dilakukan oleh bakal guru sebelum dan semasa temu duga olah Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). Maklumat ini amat berguna untuk dijadikan panduan kepada semua bakal guru dalam menghadapi sesi temu duga. Selain itu, para pelatih guru didedahkan dengan kaedah pengambilan guru yang terkini. Realiti yang disampaikan ini benar-benar membuka minda semua pelatih guru untuk tidak lagi terlalu yakin akan ditempatkan sebagai guru secara automatik. Semua perlu bersaing untuk mendapat tempat dan berusaha bersungguh- sungguh dan serius mulai sekarang. Para pelatih guru turut didedahkan dengan etika berpakaian dan tatatsusila semasa ditemu duga, persediaan yang perlu dilakukan sebelum sesi temu duga seperti dokumen dan sijil- sijil penting, dan persediaan diri dengan pengetahuan am dan isu- isu semasa.Selain itu juga, beliau juga telah berkongsi maklumat akan perkara- perkara yang perlu dilakukan dan dielakkan selepas disahkan jawatan sebagai guru seperti meminda cuti sakit dan mengemukakan sijil cuti sakit palsu. Para pelatih guru juga didedahkan dengan maklumat penting seperti hal- hal yang berkaitan dengan cuti yang dibenarkan seperti cuti sakit, cuti rehat khas, dan cuti yang melayakkan seperti cuti bersalin dan cuti tanpa rekod (cuti kematian). Beliau turut berkongsi pengalaman beliau berhadapan dengan guru-guru yang bermasalah dan memberikan nasihat kepada semua bakal guru untuk menjadi lebih amanah, hormati orang lain dan tidak sesekali memandang rendah atau memperkecilkan orang lain. Majlis diteruskan lagi dengan sesi soal jawab antara para pelatih guru dan tuan penceramah. Para pelatih guru telah mengajukan beberapa soalan berkaitan dengan topik yang telah dibincangkan sebentar tadi. Setelah selesai sesi soal jawab, majlis diteruskan dengan sesi refleksi oleh wakil pelajar dari setiap kelas. Majlis diakhiri dengan ucapan dari Puan Irene Kalaimathy George selaku wakil mentor. Beliau berpesan agar semua pelatih guru dapat mengambil maklumat yang disampaikan oleh tuan penceramah sebagai panduan pada masa akan datang dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan penceramah atas ceramah yang disampaikan. Majlis kemudiannya diteruskan dengan acara penyampaian cenderamata kepada tuan penceramah , Encik Suhaimi Bin Omar oleh Puan Irene Kalaimathy George diiringi oleh saudara Muhammad Sholihin Bin Kamari. Majlis diakhiri dengan nyayian lagu rasmi Institut Pendidikan Guru IPG Malaysia.

Akhir kata, Program Bengkel Pengurusan Pendidikan Bina Insan Guru Fasa 5 tahun 2015 berjaya dilangsungkan dengan jayanya tanpa sebarang kesulitan. Semua guru pelatih mula bersurai sebaik sahaja tamat majlis secara rasminya pada jam 6.00 petang.SWOT BENGKEL PENGURUSAN PENDIDIKANBINA INSAN GURU FASA 5/2015(A) ANALISIS SWOT

i. KEKUATAN

Bengkel Bina Insan Guru kali ini memberi pendedahan kepada para siswa siswi guru pelatih akan persediaan selepas tamat pengajian.

Para siswa siswi guru pelatih diberi panduan dan saluran dalam menguruskan diri setelah mendapat surat temu duga oleh SPP.

Para siswa siswi juga diberi penerangan secara mendalam tentang hal-hal yang berkenaan dalam mendapatkan pengesahan jawatan sebagai guru.

Bengkel ini amat berguna dalam membantu para siswa siswi guru pelatih untuk menjadi seorang guru yang berwibawa dan berjaya.

Pegawai yang memberi penerangan sangat pandai menceriakan keadaan.

ii. KELEMAHAN

Bengkel bermula pada pukul 2 petang, hal ini menyebabkan para siswa siswi sedikit kelam kabut untuk bersiap untuk menghadiri bengkel tersebut kerana kelas tamat pada pukul jam 1.15.

Makanan tengahari juga tiba sedikit lewat menyebabkan waktu mula bengkel terganggu.

iii. PELUANG

Guru pelatih dapat mengetahui akan saluran yang betul dalam mendapatkan jawatan sebagai guru dengan sah.

Guru pelatih juga dapat mengambil pengajaran untuk menjadi seorang guru yang jujur dan bertanggungjawab.

iv. ANCAMAN

Waktu mula bengkel kurang sesuai kerana para siswa siswi guru pelatih mempunyai waktu yang singkat untuk bersiap sedia sebelum mula majlis.

Makanan tengahari yang tiba lewat menganggu perjalanan majlis

1) REFLEKSI

i. MANFAAT PROGRAM

1. Mendapat pendedahan mengenai cara-cara untuk mendapatkan pekerjaan

2. Mendapat mempelajari saluran yang betul setelah mendapat surat panggilan temu duga.

3. Mendapat banyak ilmu pengetahuan yang baru yang dapat membantu dalam persediaan diri para siswa siswi guru untuk menghadapi cabaran baru sabagai guru yang mengajar di sekolah.

4. Mendapat kesedaran bahawa para siswa siswi guru IPG juga perlu bersaing dalam mendapatkan pekerjaan sebagai guru.

ii. PENAMBAHBAIKAN

1. Para siswa siswi guru pelatih perlu peka dalam pengurusan waktu.

2. Para siswa siswi guru juga perlu menyiap sediakan diri untuk menghadapi cabaran masa akan datang.

REFLEKSIPada 1 Mac 2015 yang lalu, para pelatih guru 5 PISMP Ambilan Januari 2013 telah menganjurkan satu program Bengkel Pengurusan Pendidikan yang bertempat di Dewan Dato Haji Mohd Khairuddin Ashari. Program ini dilaksakan kerana ianya merupakan salah satu program yang dirancang dibawah program Bina Insan Guru Fasa 5 tahun 2015.

Melalui program ini, para guru telah didedahkan dengan taklimat bakal guru dan persediaan yang perlu dilakukan sebelum dan semasa temuduga berlangsung selepas tamatnya pengajian di IPG. Selain itu, para pelatih guru juga didedahkan dengan maklumat umum akan apa yang perlu dilakukan dan dijauhkan sebagai seorang guru. Sebagai seorang guru, etika berpakaian, tatasusila dan pengetahuan am yang baik merupakan tiket untuk memudahkan diri semasa sesi temuduga. Tuan penceramah, Encik Suhaimi Bin Omar yang merupakan pegawai dari Unit Perkhidmatan dan Penjawatan, Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah berkongsi pengalaman beliau berhadapan dengan guru yang bermasalah dari segi disiplinnya. Beliau telah berpesan, sebagai seorang guru, adalah tidak seharusnya menipu dalam berkhidmat sebagai guru. Seorang guru haruslah jujur, amanah dan komitmen akan tugasnya sebagai seorang guru. Selain itu, seseorang itu haruslah tidak mendabik dada dan berbangga diri akan ilmu yang dimiliki. Dalam erti kata lain, kita jangan memandang rendah orang lain dan sentiasa hormat akan pandangan, kelebihan dan keunikan orang lain. Antara manfaat yang dapat diperolehi daripada program ini ialah panduan dan persediaan yang perlu disediakan sebelum dan semasa sesi temuduga, Sebagai guru, pengetahuan am dan isu- isu semasa amatlah penting untuk diketahui. Makanya, mulai sekarang, banyakkanlah membaca dan mengambil tahu akan isu- isu terkini yang berlaku di dalam Malaysia mahupun diluar Negara. Selain itu, banyak nilai murni yang dapat dijadikan iktibar dan pedoman. Manusia sering kali terlupa dan dengan nasihat sebegini, kita dapat memperbaiki kelemahan diri dan menilai diri kita sendiri.

Kelemahan yang dapat saya lihat disini ialah pengurusan waktu yang kurang lancar atas berlakunya sebab- sebab yang tidak dijangkakan. Sebagai penambahbaikan, pihak yang telah ditugaskan perlulah menjalankan tugasnya dengan cekap dan tidak berlengah- lengah kerana kesannya akan mengakibatkan apa yang dirancang lari dari masa yang telah ditetapkan.

Akhir kata, program ini amat berguna untuk semua pelatih guru yang bakal menjadi guru pada masa akan datang dan setiap apa yang telah disampaikan haruslah dijadikan panduan dan peringatan kepada semua agar persediaan itu dapat dibuat secara menyeluruh dan cemerlang dari segi kualitinya.