laporan jemputan penceramah bengkel...

17
LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP 1 LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA PULAU PINANG (JKDMPP) 1. SINOPSIS LAPORAN Jabatan Kastam DiRaja Malaysia Pulau Pinang (JKDMPP) berbesar hati telah menjemput saya; Norhardi bin Sabri, Pegawai Teknologi Maklumat Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pulau Pinang (PTGPP) sebagai penceramah jemputan untuk memberi pengajaran/ceramah berkenaan Pembangunan Sistem Web Based Online menggunakan perisian pengaturcaraan komputer PHP ( PHP Hypertext Preprocesor) untuk membangunkan sistem & MySQL (My Structured Query Language) sebagai rekabentuk pangkalan data. Bengkel tersebut telah di adakan selama 2 hari pada 13 dan 14 Mac 2013 yang lalu di Bilik Latihan Komputer Bukit Bendera, Tingkat 3, Kompleks Kastam Seberang Jaya, Pulau Pinang yang dihadiri oleh pegawai-pegawai JKDMPP. Bengkel ini adalah sebahagian daripada aktiviti pelaksanaan program inovasi Kastam. Jemputan ceramah kali ini merupakan yang terbesar kerana penyertaan terbuka kepada semua pegawai kastam yang berminat. Seramai 18 orang peserta dari kuota 20 orang telah menyertai ke bengkel ini yang terdiri daripada wakil-wakil pegawai dari pelbagai bahagian/cawangan dan unit Kastam di Pulau Pinang. Kebanyakan peserta yang hadir dan terpilih mempunyai latar belakang pelbagai displin ICT. Peserta Bengkel Pembangunan Sistem Web Based Online PHP & MySQL sedang menunggu ketibaan Penolong Penolong Kanan Pengarah Kastam I untuk majlis perasmian

Upload: ledien

Post on 12-Feb-2018

307 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL …ptg.penang.gov.my/dokumen/LAPORAN_Bengkel_Web_Based_Online… · LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL ... Bengkel ini adalah sebahagian daripada

LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP

1

LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JABATAN KASTAM

DIRAJA MALAYSIA PULAU PINANG (JKDMPP)

1. SINOPSIS LAPORAN

Jabatan Kastam DiRaja Malaysia Pulau Pinang (JKDMPP) berbesar hati telah

menjemput saya; Norhardi bin Sabri, Pegawai Teknologi Maklumat Pejabat Pengarah

Tanah dan Galian Pulau Pinang (PTGPP) sebagai penceramah jemputan untuk

memberi pengajaran/ceramah berkenaan Pembangunan Sistem Web Based Online

menggunakan perisian pengaturcaraan komputer PHP (PHP Hypertext Preprocesor)

untuk membangunkan sistem & MySQL (My Structured Query Language) sebagai

rekabentuk pangkalan data. Bengkel tersebut telah di adakan selama 2 hari pada 13

dan 14 Mac 2013 yang lalu di Bilik Latihan Komputer Bukit Bendera, Tingkat 3,

Kompleks Kastam Seberang Jaya, Pulau Pinang yang dihadiri oleh pegawai-pegawai

JKDMPP. Bengkel ini adalah sebahagian daripada aktiviti pelaksanaan program inovasi

Kastam.

Jemputan ceramah kali ini merupakan yang terbesar kerana penyertaan terbuka

kepada semua pegawai kastam yang berminat. Seramai 18 orang peserta dari kuota 20

orang telah menyertai ke bengkel ini yang terdiri daripada wakil-wakil pegawai dari

pelbagai bahagian/cawangan dan unit Kastam di Pulau Pinang. Kebanyakan peserta

yang hadir dan terpilih mempunyai latar belakang pelbagai displin ICT.

Peserta Bengkel Pembangunan Sistem Web Based Online – PHP & MySQL sedang menunggu ketibaan Penolong Penolong Kanan Pengarah Kastam I untuk majlis perasmian

Page 2: LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL …ptg.penang.gov.my/dokumen/LAPORAN_Bengkel_Web_Based_Online… · LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL ... Bengkel ini adalah sebahagian daripada

LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP

2

Bengkel dimulakan dengan kata-kata aluan Pengerusi Majlis iaitu Puan Suhaila binti

Mohamad Noor, Penguasa Kastam (PAK), di ikuti dengan kata-kata aluan dan

pembukaan oleh Tuan Zulkifli bin Muhamad, Penolong Kanan Pengarah Kastam II

(PKPK II) selaku penyelaras bengkel dan seterusnya ucapan perasmian oleh Tuan

Choong Keng Leong, Penolong Kanan Pengarah Kastam I (PKPK I) wakil perasmian

bagi menggantikan Tuan Mohamed Nawi bin Noor, Timbalan Pengarah Kastam Negeri,

Bahagian Perkhidmatan Pertek kerana menghadiri mesyuarat di Putrajaya.

Pengerusi Majlis memulakan majlis.

Penyelaras Bengkel memberi kata-kata aluan pembukaan majlis.

Page 3: LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL …ptg.penang.gov.my/dokumen/LAPORAN_Bengkel_Web_Based_Online… · LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL ... Bengkel ini adalah sebahagian daripada

LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP

3

Ucapan Perasmian Bengkel oleh Penolong Kanan Pengarah Kastam I

Setelah itu, bengkel disusuli pula sesi bergambar dan minum pagi. Bengkel

dimulakan sekitar jam 9.30 pagi hingga hampir 5.30 petang pada hari pertama. Pada

hari kedua, bengkel dimulakan seawal 8.30 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang.

Sesi bergambar semua peserta bersama Penolong Kanan Pengarah Kastam I, Penolong Kanan Pengarah Kastam II dan Penceramah.

Page 4: LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL …ptg.penang.gov.my/dokumen/LAPORAN_Bengkel_Web_Based_Online… · LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL ... Bengkel ini adalah sebahagian daripada

LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP

4

2. SKOP BENGKEL

Kaedah pengajaran dalam bengkel ini adalah secara syarahan teoritikal, latihan

praktikal dan amali. Sesi bengkel ini menekankan kepada peserta teknik, panduan dan

bagaimana seseorang itu dapat membangunkan sesebuah sistem berasaskan web

yang boleh dionlinekan dan dapat di akses gunapakai di internet untuk manfaat jabatan,

pelanggan, umum dan masyarakat.

Sesi pengajaran difokuskan dari asas dengan sentiasa berpegang pada ‘back to

basic’ kerana dengan konsep tersebut peserta tidak tersasar dan kukuh diperingkat

asas. Apabila asas kukuh maka peserta dapat secara kreatifnya memanipulasi (reverse

engineering) dan menguasai ilmu tersebut dan menghasilkan produk yang baru dan

berinovasi.

Kemahiran penggunaan perisian dan alat bantu pembangunan sistem juga

ditekankan iaitu XAMPP (Cross platform Apache, MySQL, PHP, Perl), notepad,

notepad++, Dreamweaver, MySQL Manager, web server, FTP (File Transfer Protocol)

untuk berkomunikasi dengan server hosting dan sedikit ilmu rangkaian komputer.

Peserta juga di tambah dengan asas pengaturcaraan HTML (Hyper Text MarkUp

Language) untuk penyediaan interface sistem dan SQL untuk berkomunikasi dengan

pangkalan data.

3. SEKITAR BENGKEL

Penceramah memperkenalkan diri dan memulakan sesi bengkel serta ice breaking

Page 5: LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL …ptg.penang.gov.my/dokumen/LAPORAN_Bengkel_Web_Based_Online… · LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL ... Bengkel ini adalah sebahagian daripada

LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP

5

Penceramah menyemak kehadiran dan mengenali semua peserta yang hadir dengan menyebut

nama setiap peserta dan proses pengecaman rupa parasnya.

Bengkel diteruskan dengan sesi pengajaran secara teori dan amali.

Page 6: LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL …ptg.penang.gov.my/dokumen/LAPORAN_Bengkel_Web_Based_Online… · LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL ... Bengkel ini adalah sebahagian daripada

LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP

6

Bengkel dilaksanakan berdasarkan course outline yang dibekalkan dan nota tambahan untuk rujukan peserta serta bahan-bahan kursus lain yang disediakan.

Page 7: LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL …ptg.penang.gov.my/dokumen/LAPORAN_Bengkel_Web_Based_Online… · LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL ... Bengkel ini adalah sebahagian daripada

LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP

7

Sesi latihan amali dan semakan.

Peserta yang mengalami masalah ketika membuat latihan dan error

dibantu oleh penceramah dan dibetulkan bersama.

Semakan peserta yang telah berjaya menyiapkan latihan dengan sistem dapat berfungsi dengan baik.

Page 8: LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL …ptg.penang.gov.my/dokumen/LAPORAN_Bengkel_Web_Based_Online… · LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL ... Bengkel ini adalah sebahagian daripada

LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP

8

Ramai peserta bertanyakan pelbagai teknik, selok-belok

dan panduan dalam pembangunan sistem web

based online

Peserta kebanyakkannya dapat belajar dari kesilapan error yang dilakukan sekaligus melatih peserta cara troubleshooting syntax dan logic error sesebuah sistem.

Page 9: LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL …ptg.penang.gov.my/dokumen/LAPORAN_Bengkel_Web_Based_Online… · LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL ... Bengkel ini adalah sebahagian daripada

LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP

9

4. KESIMPULAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL

Dari jemputan sebagai penceramah ini dapatlah saya memperturun dan

menyumbangkan ilmu serta kepakaran saya kepada orang lain dan pengalaman

memberi ceramah di jabatan lain untuk dimanfaatkan secara bersama ilmu yang

dimiliki di samping mengasah diri saya sendiri dalam menajamkan kemahiran dan

kecekapan dalam bidang ini.

Sesi bengkel jemputan luar seperti ini secara tidak langsung dapat meningkatkan

imej PTGPP yang mendapat jemputan dari jabatan lain menggunakan kepakaran

ICT yang ada dari PTGPP. Bengkel seperti ini juga akan diteruskan untuk jabatan-

jabatan lain yang mengundang jemputan di samping dilaksanakan di PTGPP seperti

biasa.

Apa yang dapat diperhatikan di sini, para peserta begitu teruja dan penuh minat

mengikuti bengkel ini. Yang menariknya lagi, di kalangan para peserta terdapat

salah seorang peserta berstatus pencen yang berminat untuk mendalami ilmu baru

baginya ini dan berusaha mempelajarinya dengan tekun dan dapat menghasilkan

sistem mudah. Selain itu, terdapat juga peserta yang menghadapi masalah teknikal

tetapi berusaha mengatasi masalah tersebut dan bersemangat sehingga sanggup

menukar dengan komputer sendiri demi mengikuti dan tidak mahu ketinggalan

mengikuti bengkel ini.

Para peserta juga memohon agar akan datang sesi bengkel ini diteruskan untuk

sesi lanjutan (advanced) yang melibatkan pembangunan sistem yang lebih

mendalam, menambah lagi modul-modul canggih menggunakan kaedah,

mekanisma dan metodologi dalam pembangunan sesebuah sistem online.

Penumpuan bengkel lanjutan juga boleh diberikan kepada secure programming dan

sekuriti yang lebih kukuh dalam aspek keselamatan ICT.

Di akhir bengkel, sesi penilaian bengkel dijalankan dan semua penilaian

disimpan oleh pihak penganjur dan sesalinan kepada penceramah atas permintaan

untuk tindakan post mortem (salinan penilaian bengkel tidak dilampirkan dalam

laporan ini kerana agak terlalu tebal – boleh dirujuk kepada pihak penganjur atau

salinan penceramah).

Laporan disediakan oleh: NORHARDI BIN SABRI Penceramah Bengkel Pembangunan Sistem Web Based Online – PHP & MySQL Pegawai Teknologi Maklumat Pejabat Pengarah Tanah & Galian Pulau Pinang 28 MAC 2013

Page 10: LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL …ptg.penang.gov.my/dokumen/LAPORAN_Bengkel_Web_Based_Online… · LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL ... Bengkel ini adalah sebahagian daripada

LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP

10

5. LAMPIRAN

A. KAD NAMA PENYELARAS BENGKEL

Page 11: LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL …ptg.penang.gov.my/dokumen/LAPORAN_Bengkel_Web_Based_Online… · LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL ... Bengkel ini adalah sebahagian daripada

LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP

11

B. SURAT BENGKEL

Page 12: LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL …ptg.penang.gov.my/dokumen/LAPORAN_Bengkel_Web_Based_Online… · LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL ... Bengkel ini adalah sebahagian daripada

LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP

12

Page 13: LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL …ptg.penang.gov.my/dokumen/LAPORAN_Bengkel_Web_Based_Online… · LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL ... Bengkel ini adalah sebahagian daripada

LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP

13

Page 14: LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL …ptg.penang.gov.my/dokumen/LAPORAN_Bengkel_Web_Based_Online… · LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL ... Bengkel ini adalah sebahagian daripada

LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP

14

C. TENTATIF BENGKEL

Page 15: LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL …ptg.penang.gov.my/dokumen/LAPORAN_Bengkel_Web_Based_Online… · LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL ... Bengkel ini adalah sebahagian daripada

LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP

15

D. SENARAI KEHADIRAN PESERTA BENGKEL

Page 16: LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL …ptg.penang.gov.my/dokumen/LAPORAN_Bengkel_Web_Based_Online… · LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL ... Bengkel ini adalah sebahagian daripada

LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP

16

E. HANDOUT COURSE OUTLINE BENGKEL

Page 17: LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL …ptg.penang.gov.my/dokumen/LAPORAN_Bengkel_Web_Based_Online… · LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL ... Bengkel ini adalah sebahagian daripada

LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP

17

F. HAND OUT SLIDE DAN MAKLUMAT PENCERAMAH