nota bengkel aktiviti mekanis

20
1.0 TULISAN MEKANIS 1.1 Definisi. Tulisan Mekanis merupakan satu kemahiran yang dilaksanakan pada murid-murid setelah mereka melalui aktiviti dan latihan kemahiran pratulisan yang ditetapkan. 1.2 Konsep Tulisan Mekanis. Dikenali sebagai : peringkat mendirikan asas. Bertujuan membimbing murid menguasai kemahiran membentuk huruf kecil dan huruf besar dengan betul dan tepat Memberi tumpuan kepada aspek mekanikal. Melibatkan latihan pergerakan tangan,otot,jari dan sebagainya. Penting dikuasai pada peringkat awal supaya murid dapat Membentuk lambang-lambang huruf atau tulisan yang betul dan tepat serta menulis dengan kemas. 1.3 Kepentingan Kemahiran Tulisan Mekanis. a. Mendirikan asas yang kukuh. b. Membolehkan kanak-kanak menyusun huruf-huruf menjadi suku kata, perkataan dan ayat sebagai alat komunikasi. c. Membolehkan kanak-kanak berkemahiran dalam satu lagi komponen bahasa dan meluaskan pengetahuan,perhubungan serta matlamat hidup. 1

Upload: keltonchee5234

Post on 24-Dec-2015

297 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

good

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Bengkel Aktiviti Mekanis

1.0 TULISAN MEKANIS

1.1 Definisi.

Tulisan Mekanis merupakan satu kemahiran yang dilaksanakan pada murid-murid

setelah mereka melalui aktiviti dan latihan kemahiran pratulisan yang ditetapkan.

1.2 Konsep Tulisan Mekanis.

Dikenali sebagai :

peringkat mendirikan asas.

Bertujuan membimbing murid menguasai kemahiran membentuk huruf kecil

dan huruf besar dengan betul dan tepat

Memberi tumpuan kepada aspek mekanikal.

Melibatkan latihan pergerakan tangan,otot,jari dan sebagainya.

Penting dikuasai pada peringkat awal supaya murid dapat

Membentuk lambang-lambang huruf atau tulisan yang betul dan tepat serta

menulis dengan kemas.

1.3 Kepentingan Kemahiran Tulisan Mekanis.

a. Mendirikan asas yang kukuh.

b. Membolehkan kanak-kanak menyusun huruf-huruf menjadi suku kata,

perkataan dan ayat sebagai alat komunikasi.

c. Membolehkan kanak-kanak berkemahiran dalam satu lagi komponen bahasa

dan meluaskan pengetahuan,perhubungan serta matlamat hidup.

d. Mendirikan asas menulis yang kukuh bagi membolehkan kanak- kanak menulis

dengan baik,cekap dan pantas.

1.4 Objektif Tulisan Mekanis.

Menguasai kemahiran menulis mekanis atau tulisan tangan supaya mudah

dibaca.

Memperkembangkan pergerakan latihan tangan,otot,jari dan sebagainya bagi

perkembangan diri kanak-kanak yang sempurna dari segi fizikal.

1

Page 2: Nota Bengkel Aktiviti Mekanis

Murid-murid dapat menulis bentuk abjad mengikut arah yang tertentu untuk

penulisan yang teratur.

Latihan pergerakan tangan, otot dan jari.

Guru menunjukkan pergerakan tangan menulis di udara,atas pasir, pada papan

tulis dan sebagainya.

Melatih murid menulis unsur-unsur huruf perkataan dan gambar.

Mengawasi tulisan murid tentang bentuk, saiz, tegak atau condong.

Melatih murid menulis cepat,senang dan kemas.

1.5 Contoh Aktiviti Tulisan Mekanis.

I. Membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaan terkawal.

II. Menekap huruf mengikut acuan huruf yang diperbuat daripada kad berlubang.

III. Menekap huruf atau perkataan yang ditulis bentuk garisan putus – putus.

IV. Menulis huruf di atas kertas bergaris atau kertas berjalur.

V. Menulis huruf yang tertinggal dalam ruang atau petak yang dikosongkan.

VI. Menulis huruf dalam suku kata.

VII. Melengkapkan huruf pada perkataan bergambar.

VIII. Menyalin perkataan – perkataan mudah.

IX. Menyalin frasa atau ayat.

X. Menyalin ayat daripada buku.

2

Page 3: Nota Bengkel Aktiviti Mekanis

2.0 BAHAN BANTU MENGAJAR YANG KAMI SEDIAKAN BAGI AKTIVITI

KEMAHIRAN MENULIS MEKANIS.

a) Kad gambar

b) Kad perkataan bertulis mudah padam c) Papan tulis pelbagai guna

3

Page 4: Nota Bengkel Aktiviti Mekanis

2.1 Fungsi Alatan Yang Dihasilkan.

a) Pembalut plastik papan tulis pelbagai guna dan kad gambar serta kad perkataan

berlamina berfungsi sebagai permukaan yang boleh dibersihkan apabila ditulis

menggunakan pen whiteboard.

b) Kesilapan amat mudah dipadam.

c) Bahan bantu mengajar ini boleh digunakan berulang-ulang kali.

4

Page 5: Nota Bengkel Aktiviti Mekanis

d) Papan tulis pelbagai guna bertujuan memasukkan lembaran kerja dan sebagai

latihan menulis pada garis berjalur empat.

2.2 Kegunaan Papan Tulis Pelbagai Guna Dalam Pengajaran.

Mata pelajaran : Bahasa Malaysia (LINUS)

Tahun : Satu ( Murid-murid Literasi)

Objektif : 1. Murid-murid dapat menulis dengan betul, kemas dan

cantik.

2. Murid-murid dapat menguasai kemahiran menulis.

Langkah-Langkah Penggunaan.

1. Murid – murid dibekalkan dengan lembaran kerja pada papan tulis pelbagai

guna.

2. Murid – murid diminta menyambung garisan putus-putus membentuk huruf.

5

Page 6: Nota Bengkel Aktiviti Mekanis

3. Murid – murid juga membuat latihan menulis huruf pada bahagian papan tulis

bergaris empat.

4. Lembaran kerja tanpa papan tulis diberikan sebagai aktiviti pengukuhan.

2..3 Penggunaan Kad Gambar Bergaris Dan Kad Perkataan Mudah Padam.

Mata pelajaran : Bahasa Malaysia (LINUS)

Tahun : Satu ( Murid-murid Literasi)

Objektif : 1. Murid-murid dapat mengeja dan membaca perkataan

kvkv dan kvkvkv.

2. Murid-murid dapat menguasai kemahiran menulis.

6

Page 7: Nota Bengkel Aktiviti Mekanis

Langkah – Langkah Penggunaan ;

1. Murid-murid mengeja dan membaca perkataan yang ditunjukkan dengan

bimbingan guru.

2. Guru mengedarkan kad gambar dan kad perkataan garisan putus-putus.

3. Murid-murid diminta menyambungkan garisan putus-putus membentuk

perkataan

4. Seterusnya memadankan kad perkataan tersebut pada gambar.

7

Page 8: Nota Bengkel Aktiviti Mekanis

5. Menyalin semula perkataan pada kad gambar bergaris empat dengan betul.

6. Mengeja dan membaca perkataan yang diperolehi.

7. Bertukar kad gambar dan kad perkataan dengan murid-murid lain. Murid-murid

dapat memperolehi banyak perkataan dan meningkat kemahiran menulis.

8. Lembaran kerja diberikan sebagai aktiviti pengukuhan.

8

Page 9: Nota Bengkel Aktiviti Mekanis

3.0 BACAAN MEKANIS

Membaca merupakan kemahiran yang sangat berguna dalam

kehidupan kita sehari-hari. Melalui pembacaan , seseorang itu dapat

memperoleh berbagai –bagai maklumat yang di perlukannya. Kemahiran

membaca juga menjadi landasan kepada kemahiran belajar.

Bacaan mekanis adalah bacaan bersuara yang menyuarakan tulisan

dengan sebutan yang jelas, terang dengan intonasi dan irama mengikut gaya

membaca yang betul. Bacaan bersuara biasanya dilaksanakan di kelas-kelas

rendah atau pada peringkat kelas permulaan.

Pada peringkat ini, murid sudah boleh membunyikan perkataan, frasa

dan ayat – ayat mudah. Mereka juga boleh membatang perkataan yang

mengandungi suku kata terbuka dan suku kata tertutup.

3.1 Tujuan Bacaan Mekanis

► Membolehkan murid-murid membaca dengan cekap dan pantas, sebutan

dan intonasi yang betul dan jelas.

► Membolehkan murid-murid membaca dengan irama membaca yang betul.

► Mengembangkan atau mempelajari unsur bahasa seperti tatabahasa, kosa

kata dan ketika menggunakan kamus.

► Membolehkan murid-murid tah menggunakan tanda baca dan berhenti pada

tempat berhenti yang betul.

► Menggunakan kemahiran bahasa dalam mata pelajaran lain.

► Membolehkan murid-murid mencapai kemahiran dan kecekapan membaca

bersuara.

► Dapat mengenalpasti laras bahasa yang pelbagai.

9

Page 10: Nota Bengkel Aktiviti Mekanis

3.2 Langkah-Langkah Melaksanakan Bacaan Mekanis.

1. Memberi satu petikan dalam satu masa khas untuk bacaan,sesuai dengan

kebolehan dan umur murid.

2. Bersoaljawab dan membantu murid-murid dengan perkataan dan rangkai

kata yang susah sama ada dari segi sebutan atau makna perkataan itu.

3. Guru memandu murid-murid membaca secara individu bergilir-gilir.

4. Dilakukan secara kelas atau kumpulan.

5. Guru membaca sebagai contoh dan murid menyemak bacaan guru.

6. Guru berbincang dan bersoaljawab dengan murid tentang isi bacaan untuk

menguji kefahaman mereka.

4.0 Bahan Bantu Mengajar Yang Kami Sediakan Bagi Bacaan Mekanis.

Roda Kata

10

Page 11: Nota Bengkel Aktiviti Mekanis

Roda Kata ini terdiri daripada kad manila, kad suku kata, gambar dan pin.

4.1 Penggunaan Roda Kata Dalam Pengajaran

MATA PELAJARAN : Bahasa Malaysia

TAHUN : Murid-murid Tahap 1 dan pemulihan

OBJEKTIF :● Murid-murid dapat membaca suku kata dan

perkataan dengan betul

● Murid-murid dapat menguasai kemahiran dan

kecekapan membaca dengan kuat.

Langkah Langkah Penggunaan

Langkah 1.

Murid diberi peluang meneliti gambar pada roda . Kemudian murid

dikehendaki mengeja sukukata perkataan berdasarkan gambar.

Langkah 2.

Murid dikehendaki memusingkan roda dan memadankan sukukata

yang betul dengan gambar yang dipilih.

11

Page 12: Nota Bengkel Aktiviti Mekanis

Langkah 3.

Seterusnya murid dikehendaki menulis perkataan di papan tulis, mengeja

dan menyebut perkataan tersebut.

Langkah 4.

Akhir sekali, murid-murid dikehendaki membina ayat mudah daripada

perkataan yang diperolehi dan membacakan ayat tersebut.

12

Page 13: Nota Bengkel Aktiviti Mekanis

Langkah 5.

Murid yang dapat membina ayat dengan betul akan diberi ganjaran.

5.0 Kesimpulan

Menulis dan membaca dalam apa bentuk sekalipun dianggap mustahak kerana

dapat membantu meningkatkan pencapaian murid dalam pelajaran. Faedah

menguasai kemahiran menulis dan membaca kepada murid tidak terhad untuk

jangka masa pendek sahaja,bvahkan berlanjutan sepanjang usia.

5.1 Refleksi (1)

Alhamdulillah, syukur kami ke hadrat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah

kurnianya kami dapat menyiapkan tugasan ini walaupun dibatasi masa yang terhad

lantaran kesibukan tugas seharian.

Pada mulanya, apabila menerima tugasan bagi subjek ini, . Saya dan rakan

berasa begitu bimbang dan tercabar untuk menyiapkan tugasan ini kerana

pengetahuan sedia ada kami tentang tajuk tugasan ini amatlah cetek dan dangkal

sekali. Namun demikian, cabaran dan halangan ini tidak mematahkan semangat kami

untuk cuba menghasilkan tugasan yang terbaik, bermula dengan mencari nota yang

berkaitan melalui internet dan buku-buku rujukan serta berhubung melalui telefon dan

e-mel.

13

Page 14: Nota Bengkel Aktiviti Mekanis

Kemahiran Tulisan Mekanis dan Bacaan Mekanis mempunyai kelebihan masing-

masing untuk diikuti di dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di dalam

bilik darjah. Pelbagai maklumat dan input yang berguna dapat saya perolehi melalui

tugasan yang diberikan ini. Sebagai seorang pendidik, ianya amat penting dan berguna

sekali untuk saya aplikasikan dalam pengajaran serta dapat dijadikan panduan untuk

meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-

tinggi penghargaan kepada pensyarah pembimbing En. Kamarulazlan yang telah

memberi tugasan ini. Begitu juga dengan ahli kumpulan saya iaitu Pn. Zainab bt Zainal

yang sangat senang bekerjasama, serta rakan seperjuangan yang tidak lokek

berkongsi ilmu sehinggalah tugasan ini dapat disiapkan.

Disediakan oleh,

SALINA BINTI MD SAAD

Refleksi (2)

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapatlah saya

menyiapkan tugasan ini beserta dengan bahan bantu mengajar bagi bacaan mekanis

manakala sahabat saya, Pn. Salina pula menyiapkan tugasan bagi penulisan mekanis.

Sebagai langkah awal bagi menyiapkan tugasan, kumpulan kami telah

berbincang dalam membahagikan tugas.Seterusnya saya memulakan dengan mencari

maklumat daripada buku-buku yang berkaitan serta melayari internet. Saya juga telah

merujuk kepada rakan-rakan sekelas dalam memahami akan tugasan yang diberi.

Melalui penjelasan dan rujukan yang diperolehi, barulah saya sedar betapa

penting seseorang guru memahami sesuatu kemahiran . Ini kerana melalui pemahaman

ilmu dan kemahiran itu dapat di aplikasikan dalam kaedah pengajaran dan

pembelajaran di bilik darjah.14

Page 15: Nota Bengkel Aktiviti Mekanis

Akhir kata saya memohon maaf atas segala kekurangan yang ada dalam

tugasan ini. Sesungguhnya yang baik itu datang dari pemberian Allah dan segala

kekurangan dan kelemahan itu datang dari saya sendiri. Mudah-mudahan Allah SWT

yang maha pemurah melimpahkan ganjaran yang berlipat ganda dan taufik hidayahnya

kepada kita semua. Amin.

Disediakan oleh,

ZAINAB BT ZAINAL

15