laporan jemputan penceramah bengkel...

17
LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL KEMAHIRAN PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP 1 LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL KEMAHIRAN PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA PULAU PINANG (JKDMPP) PADA 16 & 17 APRIL 2013 1. SINOPSIS LAPORAN Jabatan Kastam DiRaja Malaysia Pulau Pinang (JKDMPP) berbesar hati telah menjemput saya sekali lagi; Norhardi bin Sabri, Pegawai Teknologi Maklumat Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pulau Pinang (PTGPP) sebagai penceramah jemputan untuk memberi pengajaran/ceramah berkenaan Pembangunan Sistem Web Based Online menggunakan perisian pengaturcaraan komputer PHP ( PHP Hypertext Preprocesor) untuk membangunkan sistem & MySQL (My Structured Query Language) sebagai rekabentuk pangkalan data. Bengkel tersebut telah di adakan selama 2 hari pada 16 dan 17 April 2013 yang lalu di Bilik Latihan Komputer Bukit Bendera, Tingkat 3, Kompleks Kastam Seberang Jaya, Pulau Pinang yang dihadiri oleh pegawai-pegawai JKDMPP. Jemputan ceramah kali ini merupakan sambungan dari jemputan sebelumnya untuk sesi lanjutan (intermediate/advanced). Seramai 22 orang peserta telah berdaftar untuk menyertai ke bengkel ini yang terdiri daripada wakil-wakil pegawai dari pelbagai bahagian/cawangan dan unit Kastam di Pulau Pinang. Kebanyakan peserta yang hadir dan terpilih mempunyai latar belakang pelbagai displin ICT. Pada hari pertama, bengkel dimulakan pada jam 8.00 pagi dengan sesi pendaftaran dan melaksanakan latihan ulangkaji ekspres terhadap kursus terdahulu sehingga waktu makan tengahari. Setelah itu bengkel diteruskan di sesi sebelah petang pada jam 2.00 petang sehingga jam 5.00 petang. Sesi ulangkaji ekspres di awal permulaan bengkel untuk refresh dan recall semula pelajaran semasa bengkel pertama terdahulu.

Upload: duongthuan

Post on 12-Feb-2018

314 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL …ptg.penang.gov.my/dokumen/Laporan_Bengkel_Lanjutan_Web_Based... · LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL KEMAHIRAN PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED

LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL KEMAHIRAN PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP

1

LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL KEMAHIRAN PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JABATAN KASTAM DIRAJA

MALAYSIA PULAU PINANG (JKDMPP) PADA 16 & 17 APRIL 2013

1. SINOPSIS LAPORAN

Jabatan Kastam DiRaja Malaysia Pulau Pinang (JKDMPP) berbesar hati telah

menjemput saya sekali lagi; Norhardi bin Sabri, Pegawai Teknologi Maklumat Pejabat

Pengarah Tanah dan Galian Pulau Pinang (PTGPP) sebagai penceramah jemputan

untuk memberi pengajaran/ceramah berkenaan Pembangunan Sistem Web Based

Online menggunakan perisian pengaturcaraan komputer PHP (PHP Hypertext

Preprocesor) untuk membangunkan sistem & MySQL (My Structured Query Language)

sebagai rekabentuk pangkalan data.

Bengkel tersebut telah di adakan selama 2 hari pada 16 dan 17 April 2013 yang lalu

di Bilik Latihan Komputer Bukit Bendera, Tingkat 3, Kompleks Kastam Seberang Jaya,

Pulau Pinang yang dihadiri oleh pegawai-pegawai JKDMPP.

Jemputan ceramah kali ini merupakan sambungan dari jemputan sebelumnya untuk

sesi lanjutan (intermediate/advanced). Seramai 22 orang peserta telah berdaftar untuk

menyertai ke bengkel ini yang terdiri daripada wakil-wakil pegawai dari pelbagai

bahagian/cawangan dan unit Kastam di Pulau Pinang. Kebanyakan peserta yang hadir

dan terpilih mempunyai latar belakang pelbagai displin ICT.

Pada hari pertama, bengkel dimulakan pada jam 8.00 pagi dengan sesi pendaftaran

dan melaksanakan latihan ulangkaji ekspres terhadap kursus terdahulu sehingga waktu

makan tengahari. Setelah itu bengkel diteruskan di sesi sebelah petang pada jam 2.00

petang sehingga jam 5.00 petang.

Sesi ulangkaji ekspres di awal permulaan bengkel untuk refresh dan recall semula pelajaran semasa bengkel pertama terdahulu.

Page 2: LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL …ptg.penang.gov.my/dokumen/Laporan_Bengkel_Lanjutan_Web_Based... · LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL KEMAHIRAN PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED

LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL KEMAHIRAN PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP

2

Pada hari kedua, bengkel dimulakan pada jam 8.00 pagi dengan sesi pendaftaran

dan diteruskan dengan sambungan pelajaran kelmarinnya sehingga waktu minum pagi.

Sesi bengkel di hentikan seketika pada jam 10.00 pagi untuk memberi laluan sesi

bergambar dengan Timbalan Pengarah Kastam bersama penceramah dan para peserta

bengkel. Bengkel diteruskan sejurus selepas sesi bergambar dan minum pagi sehingga

waktu rehat. Sesi bengkel di sebelah petangnya di sambung pada jam 2.00 petang

sehingga 4.30 petang untuk memberi laluan kepada Majlis Penutup bengkel ini.

Sesi bergambar semua peserta bersama Timbalan Pengarah Kastam Negeri, Bahagian Perkhidmatan Teknik, Penolong Kanan Pengarah Kastam II dan Penceramah.

Page 3: LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL …ptg.penang.gov.my/dokumen/Laporan_Bengkel_Lanjutan_Web_Based... · LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL KEMAHIRAN PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED

LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL KEMAHIRAN PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP

3

Ucapan penutup disampaikan oleh Tuan Mohamed Nawi bin Noor, Timbalan

Pengarah Kastam Negeri, Bahagian Perkhidmatan Teknik dan majlis penyampaian

cenderahati kepada penceramah.

Ucapan penutup disampaikan oleh Timbalan Pengarah Kastam Negeri, Bahagian Perkhidmatan Teknik.

Majlis Penutup dan Penyampaian Cenderahati kepada Penceramah oleh Timbalan Pengarah Kastam Negeri, Bahagian Perkhidmatan Teknik.

Page 4: LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL …ptg.penang.gov.my/dokumen/Laporan_Bengkel_Lanjutan_Web_Based... · LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL KEMAHIRAN PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED

LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL KEMAHIRAN PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP

4

2. SKOP BENGKEL

Kaedah pengajaran dalam bengkel ini adalah secara syarahan teoritikal, latihan

praktikal dan amali. Sesi bengkel ini menekankan kepada peserta teknik, panduan

membangunkan sesebuah sistem berasaskan web yang lebih selamat dan boleh

dionlinekan dan dapat di akses gunapakai di internet untuk manfaat jabatan, pelanggan,

umum dan masyarakat dalam persekitaran kondusif dan ramah pengguna.

Sesi pengajaran difokuskan dari aspek pangkalan data, pengemaskinian data dan

keselamatan sistem seperti log masuk & log keluar, verifikasi, validasi, kawalan level

akses, tapisan keselamatan halus dan kasar untuk semua input data.

3. SEKITAR BENGKEL

Para peserta sedang khusyuk dan sibuk menyiapkan latihan ulangkaji. Terdapat juga peserta yang

ingat-ingat lupa pelajaran lalu dengan pelbagai masalah dan ada peserta yang berjaya menyiapkannya dengan baik.

Page 5: LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL …ptg.penang.gov.my/dokumen/Laporan_Bengkel_Lanjutan_Web_Based... · LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL KEMAHIRAN PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED

LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL KEMAHIRAN PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP

5

Semua peserta sedang mengikuti pengajaran bagi pelajaran baru untuk sesi intermediat & advanced kali ini.

Penuh komited dan bersemangat membangunkan sistem walaupun di usia emas dan telah bersara.

Page 6: LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL …ptg.penang.gov.my/dokumen/Laporan_Bengkel_Lanjutan_Web_Based... · LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL KEMAHIRAN PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED

LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL KEMAHIRAN PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP

6

Sesi latihan amali dan semakan.

Peserta yang mengalami masalah ketika membuat latihan dan error

dibantu oleh penceramah dan dibetulkan bersama.

Semakan peserta yang telah berjaya menyiapkan latihan dengan sistem dapat berfungsi dengan baik.

Page 7: LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL …ptg.penang.gov.my/dokumen/Laporan_Bengkel_Lanjutan_Web_Based... · LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL KEMAHIRAN PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED

LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL KEMAHIRAN PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP

7

Para peserta sedang menyelesaikan sistem yang

dibangunkan

Peserta yang telah berjaya menyiapkan sistem digalakkan untuk membantu peserta lain yang mempunyai error dan masalah.

Penceramah sentiasa bertanya kepada peserta

untuk menguji kefahaman peserta terhadap pelajaran

yang disampiakan.

Page 8: LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL …ptg.penang.gov.my/dokumen/Laporan_Bengkel_Lanjutan_Web_Based... · LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL KEMAHIRAN PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED

LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL KEMAHIRAN PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP

8

4. KESIMPULAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL

Dari jemputan sebagai penceramah ini dapatlah saya terus menyumbang ilmu

serta kepakaran saya kepada orang lain dan pengalaman memberi ceramah di

jabatan lain untuk dimanfaatkan secara bersama ilmu yang dimiliki di samping

mengasah diri saya sendiri dalam menajamkan kemahiran dan kecekapan dalam

bidang ini di mana terdapat ralat-ralat dan masalah sistem yang belum pernah

dijumpai sebelum ini dapat dikenalpasti dan diselesaikan bersama dalam sesi

bengkel seperti ini.

Sesi bengkel jemputan luar seperti ini secara tidak langsung dapat meningkatkan

imej PTGPP yang mendapat jemputan dari jabatan lain menggunakan kepakaran

ICT yang ada dari PTGPP. Bengkel seperti ini juga akan diteruskan untuk jabatan-

jabatan lain yang mengundang jemputan di samping dilaksanakan di PTGPP seperti

biasa.

Apa yang dapat menarik, para peserta begitu teruja dan penuh minat mengikuti

bengkel ini sehingga ke tahap proaktif dan ada juga yang berputus asa kerana ralat

dan error tidak dapat diselesaikan sendiri dan penceramah memberi semangat dan

harapan dalam menyelesaikan masalah yang timbul dalam membangunkan

sesebuah sistem dengan penuh sabar, yakin dan berusaha kerana usaha

merupakan tangga kepada kejayaan.

Para peserta juga mencadangkan agar di adakan sesi bengkel akan datang dan

dibuat secara berterusan yang melibatkan tambahan fungsi-fungsi dan kemudahan

lain dalam konteks MIS (Management Information System) yang lebih ramah

pengguna, kemasukan fungsi DSS (Decision Support System), ES (Expert System),

AIS (Accounting Information System) dan kepintaran buatan (Artificial Intelligent)

dan melibatkan server sebenar. Peserta juga mencadangkan agar di adakan

bengkel Keselamatan ICT yang melibatkan keselamatan siber dan Etic Hackers.

Laporan disediakan oleh: NORHARDI BIN SABRI Penceramah Bengkel Pembangunan Sistem Web Based Online – PHP & MySQL Pegawai Teknologi Maklumat Pejabat Pengarah Tanah & Galian Pulau Pinang 10 MEI 2013

Page 9: LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL …ptg.penang.gov.my/dokumen/Laporan_Bengkel_Lanjutan_Web_Based... · LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL KEMAHIRAN PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED

LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL KEMAHIRAN PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP

9

5. LAMPIRAN

A. KAD NAMA PENYELARAS BENGKEL

B. PENGAJARAN UNTUK MENYEDIAKAN LOG MASUK SISTEM

Page 10: LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL …ptg.penang.gov.my/dokumen/Laporan_Bengkel_Lanjutan_Web_Based... · LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL KEMAHIRAN PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED

LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL KEMAHIRAN PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP

10

C. SURAT BENGKEL

Page 11: LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL …ptg.penang.gov.my/dokumen/Laporan_Bengkel_Lanjutan_Web_Based... · LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL KEMAHIRAN PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED

LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL KEMAHIRAN PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP

11

Page 12: LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL …ptg.penang.gov.my/dokumen/Laporan_Bengkel_Lanjutan_Web_Based... · LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL KEMAHIRAN PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED

LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL KEMAHIRAN PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP

12

Page 13: LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL …ptg.penang.gov.my/dokumen/Laporan_Bengkel_Lanjutan_Web_Based... · LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL KEMAHIRAN PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED

LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL KEMAHIRAN PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP

13

Page 14: LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL …ptg.penang.gov.my/dokumen/Laporan_Bengkel_Lanjutan_Web_Based... · LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL KEMAHIRAN PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED

LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL KEMAHIRAN PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP

14

D. TENTATIF BENGKEL

Page 15: LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL …ptg.penang.gov.my/dokumen/Laporan_Bengkel_Lanjutan_Web_Based... · LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL KEMAHIRAN PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED

LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL KEMAHIRAN PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP

15

E. HANDOUT COURSE OUTLINE BENGKEL

1. Setting fail index.php

2. Kemaskini Data.

3. Kawalan level akses dan setting pada sistem.

4. Laman daftar pengguna sistem.

5. Tapisan keselamatan penghantaran ($_POST) dan penerimaan data ($_GETS).

6. Pengesahan medan (field validation).

7. Log masuk sistem.

8. Log keluar sistem.

9. Verifikasi akses sistem.

10. Reset katalaluan.

11. Tukar katalaluan.

12. Muat naik (upload) fail ke server.

13. Tambahan fungsi carian data.

a. Carian berdasarkan tarikh.

b. Carian berdasarkan bulan dan tahun.

14. Pembangunan laman laporan ringkas.

15. Pengurusan server sistem

a. Upload fail sistem aplikasi ke server.

b. Setting, konfigurasi import pangkalan data ke server.

c. Test run sistem di server.

*Tertakluk kepada pindahan/perubahan/tambahan/penyingkiran item-item kursus.

Page 16: LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL …ptg.penang.gov.my/dokumen/Laporan_Bengkel_Lanjutan_Web_Based... · LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL KEMAHIRAN PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED

LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL KEMAHIRAN PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP

16

F. CONTOH SISTEM UNTUK LATIHAN DALAM KURSUS

Page 17: LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL …ptg.penang.gov.my/dokumen/Laporan_Bengkel_Lanjutan_Web_Based... · LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL KEMAHIRAN PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED

LAPORAN JEMPUTAN PENCERAMAH BENGKEL KEMAHIRAN PEMBANGUNAN SISTEM WEB BASED ONLINE PHP & MYSQL DI JKDMPP

17