langkah intervensi kaedah suur

5
1 Langkah intervensi bagi menggunakan kaedah Suur ditunjukkan dalam jadual di bawah; Jadual 5.2: Pembahagian Kaedah Suur dengan Nombor Satu Digit Langkah Gambar rajah & Spesifikasi Langkah Penggunaan 1 Rajah 5.3 Pengenalan template kaedah Suur Mengenali template kaedah Suur yang terdiri daripada garisan seperti pagar. Berdasarkan rajah 5.3 di atas, berikut merupakan cara pengiraan: 1. Terdapat satu tiang utama untuk nombor pembahagi di sebelah kiri. 2. Tiang untuk nombor yang dibahagi berdasarkan bilangan digit nombor tersebut ada di sebelah kanan. 3. Tiang-tiang tersebut adalah berjarak dan tidak terlalu rapat. 4. Garisan terakhir ialah garis pada bahagian tengah yang melintangi tiang-tiang tersebut (seolah-olah seperti gambar pagar terhasil).

Upload: maria-marcell

Post on 08-Dec-2015

32 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Kaedah Suur

TRANSCRIPT

Page 1: Langkah Intervensi Kaedah Suur

1

Langkah intervensi bagi menggunakan kaedah Suur ditunjukkan dalam jadual di bawah;

Jadual 5.2: Pembahagian Kaedah Suur dengan Nombor Satu Digit

Langkah

Gambar rajah & Spesifikasi Langkah Penggunaan

1

Rajah 5.3 Pengenalan template kaedah Suur

Mengenali template kaedah Suur yang terdiri daripada garisan seperti

pagar.

Berdasarkan rajah 5.3 di atas, berikut merupakan cara pengiraan:

1. Terdapat satu tiang utama untuk nombor pembahagi di sebelah kiri.

2. Tiang untuk nombor yang dibahagi berdasarkan bilangan digit

nombor tersebut ada di sebelah kanan.

3. Tiang-tiang tersebut adalah berjarak dan tidak terlalu rapat.

4. Garisan terakhir ialah garis pada bahagian tengah yang melintangi

tiang-tiang tersebut (seolah-olah seperti gambar pagar terhasil).

Page 2: Langkah Intervensi Kaedah Suur

2

2

Rajah 5.4 Langkah pertama penggunaan template kaedah Suur

Menggunakan soalan operasi bahagi dengan nombor satu digit bagi

proses pembelajaran kaedah penggunaan template

1. Nombor pembahagi ditulis pada sebelah kiri tiang utama

2. Manakala setiap digit nombor yang dibahagi ditulis mengikut tiang

masing-masing seperti ditunjukkan dalam rajah 5.4 seperti di atas.

3

Rajah 5.5 Langkah kedua penggunaan template kaedah Suur

Page 3: Langkah Intervensi Kaedah Suur

3

Memulakan proses operasi bahagi dengan nombor satu digit

menggunakan Kaedah Suur

1. Bina sifir 6 untuk memudahkan murid melihat sifir dan tinggal

mengisi ruangan jawapan nanti.

2. Mulakan bahagi dengan digit paling kiri iaitu 4 dibahagikan dengan

6. Jawapan yang terhampir ialah 0.

3. Hasil yang diperolehi iaitu 0 diletakkan pada bahagian atas digit 4.

Selesaikan hasil tolak tersebut (4 – 0 = 4)

4

Rajah 5.6 Langkah ketiga penggunaan template kaedah Suur

Pindahkan hasil tolak ke pagar sebelah kanan.

1. Pindah digit 4 di sebelah 0 yang berada berdekatan dengan tiang kedua

seperti yang ditunjukkan

2. Kini nombor yang terhasil pada tiang kedua ialah 40.

Page 4: Langkah Intervensi Kaedah Suur

4

5

Rajah 5.7 Langkah lanjutan penggunaan template kaedah Suur

Lanjutan memindahkan hasil tolak ke sebelah kanan hingga ke tiang

terakhir

1. Kemudian bahagikan 40 dengan 6, jawapan terhampir 6 ditulis di atas

40 manakala nombor yang paling hampir dengan nombor 40 dalam

sifir ialah 36.

2. Selesaikan hasil tolak tersebut (40 – 36 = 4)

3. Langkah 9 hingga 12 diulang sehingga semua digit pada tiang ketiga

dan keempat diselesaikan.

4. Hasil tolak bagi tiang terakhir adalah baki untuk soalan tersebut.

Jadual 5.3: Pembahagian Kaedah Suur dengan Nombor Dua Digit.

Page 5: Langkah Intervensi Kaedah Suur

5

Rajah 5.8 Langkah penggunaan template kaedah Suur bagi pembahagian dua digit

Langkah pengiraan bagi pembahagian nombor dua digit adalah sama seperti

pembahagian dengan nombor satu digit. Pada kali ini, murid akan membuat langkah

pengiraan tanpa panduan template dan cuba menyelesaikan dengan melukiskan

template sendiri. Cara pengiraannya:

1. Bina sifir dua digit (rujuk soalan)

2. Lukiskan tiang utama untuk nombor pembahagi (rujuk gambar)

3. Lukiskan pula tiang untuk nombor yang dibahagi berdasarkan bilangan digit

nombor tersebut.

4. Jarak-jarakkan tiang tersebut (jangan terlalu rapat).

5. Lukiskan palang yang melintangi tiang-tiang tersebut.

6. Nombor pembahagi tulis pada tiang utama sebelah kiri.

7. Nombor yang dibahagi ditulis pada tiang berikutnya sebelah kanan

8. Mulakan operasi bahagi dengan digit pertama dan bakinya ditulis di hadapan

digit kedua dan begitulah seterusnya sehingga digit terakhir. (Rujuk gambar

rajah di atas bagi langkah-langkah pengiraan dari kiri ke kanan)