3 langkah audit peribadi dengan kaedah yang …...3 langkah audit peribadi dengan kaedah yang mudah,...

8
3 LANGKAH AUDIT PERIBADI dengan kaedah yang mudah, praktikal & berimpak tinggi! !

Upload: others

Post on 01-Jan-2020

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

3 LANGKAH AUDIT PERIBADIdengan kaedah yang mudah, praktikal & berimpak tinggi!

!

Kenalpasti apakah peranan anda dalam kehidupan sekarang. Ia boleh sebagai seorang anak, suami, isteri, bapa, ibu, jawatan di tempat kerja, penglibatan dalam persatuan, kerja sambilan, atau peranan-peranan yang lain. Kemudian, daripada 100 markah penuh, berapa markah anda telah berjaya melaksanakannya. Pada ruang seterusnya, tentukan apakah perkara yang perlu diperbaiki dan catatan yang penting.

Bil. Jawatan, Peranan & Tanggungjawab

Markah (%) Nota Peningkatan Diri & Idea Menarik

Cth: Eksekutif Pemasaran 80% Mula menceburkan diri dalam online marketing

Cth: Ayah 90% Berjaya luangkan lebih masa untuk anak-anak

Langkah 1: Analisa Peranan

www.nlpmalaysia.net

Di atas ini adalah sepuluh garisan yang melambangkan aspek kehidupan anda sekarang. Setiap garisan mempunyai sepuluh titik yang melambangkan skala 1 hingga 10. Apa yang anda perlu lakukan ialah, buat analisa diri sendiri berkaitan dengan aspek-aspek yang ada, dan tandakan pangkah (x) pada skala yang berkaitan. Markah penuh ialah 10 (pada ikon) dan markah paling rendah ialah 0 (pusat lukisan); berdasarkan analisa diri anda sendiri.

Langkah 2: Analisa Perspektif Melalui 8 Roda Hidup

www.nlpmalaysia.net

Berdasarkan pengalaman selama 10 tahun dalam menjalankan seminar (www.nlpmalaysia.net) kami telah mengubahsuai sedikit Roda Keseimbangan Hidup berdasarkan latarbelakang hidup dan kebudayaan masyarakat di negara ini. Berikut adalah 8 perspektif yang perlu anda analisa dan tandakan. Markah 0 bermula di tengah roda, dan markah penuh (10) di hujung garisan itu.

Untuk menjadikannya lebih menarik, anda boleh sambung bagi setiap titik dan cuba jadikannya sebuah roda. Adakah ianya roda yang bulat, setara, atau bengkang bengkok? Adakah ia bulatan yang besar atau kecil?

www.nlpmalaysia.net

Apakah pencapaian yang paling bermakna yang berjaya anda capai sepanjang tahun ini. Apakah ia dirancang atau terjadi secara tidak sengaja? Apakah sikap, skill atau strategi yang membantu anda mencapainya?

Bil. Pencapaian Rancang/ Sendiri

Sikap/ Skil/ Strategi yang membantu pencapaian ini.

Cth: Jualan mencecah jutaan ringgit

Rancang teamwork dan disilpin yang tinggi.

Langkah 3: Analisa Pencapaian

www.nlpmalaysia.net

RUMUSAN: POTENSI SAYA 2015!

Kekuatan & Kelebihan Potensi & Peluang

Kekurangan &Kelebihan Diri

Cabaran &Kesukaran

Tahniah kerana berjaya audit diri anda! Selamat Tahun baru 2016!