kumpulan 4 pj

5
Kumpulan 4 ( R.Punita & M. Pramaltha ) Stail D ( SEMAK KENDIRI ) Definisi Pelaku atau subjek dikehendaki menilai hasil perlakuan atau kemahiran yang telah dipelajari secara individu berdasarkan kriteria senarai semak yang telah disediakan oleh guru. Guru bertindak memastikan semua pelajaran, kriteria dan keputusan logistik. Objektif Membina kesedaran pencapaian seseorang pelajar. Dimensi utama perkembangannya ialah melahirkan kesedaran dalaman individu tersebut. Kesedaran kinestatik boleh dicapai dengan belajar memerhatikan pencapaian seseorang dan kemudian membuat penilaian berdasarkan individu. Meningkatkan keyakinan pelajar untuk menilai keupayaan kemahiran yang sudah

Upload: punita-rama

Post on 13-Sep-2015

229 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

nota

TRANSCRIPT

Kumpulan 4 ( R.Punita & M. Pramaltha )Stail D ( SEMAK KENDIRI )Definisi

Pelaku atau subjek dikehendaki menilai hasil perlakuan atau kemahiran yang telah dipelajari secara individu berdasarkan kriteria senarai semak yang telah disediakan oleh guru. Guru bertindak memastikan semua pelajaran, kriteria dan keputusan logistik.

Objektif

Membina kesedaran pencapaian seseorang pelajar. Dimensi utama perkembangannya ialah melahirkan kesedaran dalaman individu tersebut. Kesedaran kinestatik boleh dicapai dengan belajar memerhatikan pencapaian seseorang dan kemudian membuat penilaian berdasarkan individu. Meningkatkan keyakinan pelajar untuk menilai keupayaan kemahiran yang sudah dipelajari.

Ciri Ciri

Pelajar menggunakan kriteria semak kendiri untuk berlatih secara sendiri. Melaksanakan tugasan dan membuat keputusan. Membuat perbandingan dan perbezaan terhadap dirinya dengan kriteria yang ditetapkan. Peranan guru membuat keputusan dalam pra impak.

Pra Impak

Guru menyediakan racangan pengajaran yang lengkap. Guru menetapkan objektif tugasan yang sesuai. Guru menyediakan lembaran senarai semak kriteria.

Impak

Peranan Guru Kumpul murid, beri tugasan dan menjelaskan kemudahan serta keperluan semasa aktiviti dijalankan. Wujud kawasan aktiviti P&P. Memerhatikan pencapaian murid semasa mereka melakukan aktiviti. Memerhatikan murid menggunakan lembaran kriteria senarai semak. Peranan Murid Pilih kawasan aktiviti yang disediakan dan mula berlatih. Murid menambah maklumat baharu melalui senarai semak secara individu.

Pasca Impak

Peranan Guru Berkomunikasi dengan murid secara individu tentan keberkesanan dan ketepatan. Memberi maklum balas di akhir sesi pengajaran secara umum mengenai pencapaian murid. Peranan Murid Setiap murid melakukan tugasan berdasarkan lembaran senarai semak. Murid dapat menilai tahap kemampuan sesuatu kemahiran yang telah dipelajari.

Kekuatan

Guru boleh menilai kemampuan dan perkembangan pelajar melalui kriteria semak kendiri. Guru mempercayai pelajar sepanjang proses semak kendiri berjalan. Pelajar mengenalpasti keupayaan, kejayaan atau kegagalan diri mereka. Guru menilai kebebasan (sikap berdikari pelajar) Pelajar boleh bekerja secara sendiri dan melakukan pemeriksaan kendiri.

Kelemahan

Tidak semua tugasan sesuai dengan Stail D. Pelajar harus mempunyai kecekapan untuk menjalankan tugasan dan penilaian. Jangka masa yang pendek menghalang mereka dari mempelajari keupayaan atau kemampuan sendiri. Sukar untuk membuat penilaian apabila melakukan tugasan baru. Rekod atau catatan mungkin kurang tepat. Memerlukan alat perakam video untuk mengesan dan mengatasi masalah.

Rumusan

Maklum balas kendiri menjad garis panduan dalam latihan akan datang. Murid dapat mengenal pasti keupayaan, kejayaan atau kegagalan diri dan bekerja secara individu. Dapat memupuk sikap kejujuran dan berdikari dalam melakukan tugasan.