kumpulan 1 - kuliah m1

4
Ahli Kumpulan - P’ng Fei Mun Chua Su San Eunice Liu Lee Chih 1. Maksud penyelesaian masalah dalam matematik Penyelesaian masalah mempunyai peranan penting di dalam bilik darjah. Ia boleh membantu pelajar mengembangkan kefahaman konsep matematik dan membolehkan pelajajr untuk mengalami proses pengetahuan matematik yang telah dibina sebelum ini. Perkataan ‘masalah’ mempunyai makna tertentu dalam matematik. Masalah merujuk kepada kenyataan atau situasi kehidupan seharian yang memerlukan penyelesaian yang mana jalan penyelesaiannya tidak nyata atau tidak ketara. Anda mungkin perlu mengunakan pengetahuan sedia ada untuk mendapatkan jawapan. Dengan kata lain, penyelesaian masalah adalah a. Mencari penyelesaian masalah yang tiada penyelesaian semerta b. Mencari penyelesaian masalah yang sukar diselesaikan c. Mengatasi halangan dalam menyelesaikan masalah d. Mencapai matlamat yang diingini dengan menggunakan kaedah yang sesuai. 2. Kepentingan penyelesaian masalah kepada anda sebagai pelajar Penyelesaian masalah dalam kehidupan seharian amat penting. Penyelesaian ini bukan sahaja untuk mereka yang bergelar

Upload: png-fei-mun

Post on 27-Jan-2016

228 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

kk

TRANSCRIPT

Page 1: Kumpulan 1 - Kuliah M1

Ahli Kumpulan - P’ng Fei Mun

Chua Su San

Eunice Liu Lee Chih

1. Maksud penyelesaian masalah dalam matematik

Penyelesaian masalah mempunyai peranan penting di dalam bilik darjah. Ia

boleh membantu pelajar mengembangkan kefahaman konsep matematik dan

membolehkan pelajajr untuk mengalami proses pengetahuan matematik yang telah

dibina sebelum ini.

Perkataan ‘masalah’ mempunyai makna tertentu dalam matematik. Masalah

merujuk kepada kenyataan atau situasi kehidupan seharian yang memerlukan

penyelesaian yang mana jalan penyelesaiannya tidak nyata atau tidak ketara. Anda

mungkin perlu mengunakan pengetahuan sedia ada untuk mendapatkan jawapan.

Dengan kata lain, penyelesaian masalah adalah

a. Mencari penyelesaian masalah yang tiada penyelesaian semerta

b. Mencari penyelesaian masalah yang sukar diselesaikan

c. Mengatasi halangan dalam menyelesaikan masalah

d. Mencapai matlamat yang diingini dengan menggunakan kaedah yang sesuai.

2. Kepentingan penyelesaian masalah kepada anda sebagai pelajar

Penyelesaian masalah dalam kehidupan seharian amat penting. Penyelesaian ini

bukan sahaja untuk mereka yang bergelar seorang pelajar iaitu untuk pelajar belajar

menyelesaikan masalah soalan peperiksaan tetapi juga untuk semua masyarakat.

Semua bidang menggunakan cara penyelesaian masalah. Sebagai contohnya

dalam bidang perniagaan, keluarga dan sebagainya.

Dalam bidang perniagaan, sebagai contohnya pasaraya. Pengiraan harga

sebelum membeli amat penting. Hal ini kerana, pembandingan harga barangan yang

sama dan kualiti yang hamper sama amat penting agak kita dapat menjimatkan

wang dan perbelanjaan kita. Ini bermakna juga, kita hendaklah mengenal pasti

jumlah potongan harga untuk sesuatu barang tersebut.

Page 2: Kumpulan 1 - Kuliah M1

Selain itu ialah bajet belanjaan keluarga. Merancang bajet perbelajaan keluarga

amat penting. Terutama sekali kepada mereka yang telah mempunyai cahaya mata.

Mereka hendaklah membelanjakan anak dengan yuran sekolah, belanja barang-

barang keperluan dan sebagainya. Hal ini telah terbukti ibu bapa harus merancang

perbelanjaan mereka. Tambahan pula, penyelesaian masalah amat penting dan

berguna kerana ibu bapa boleh menyenaraikan segala perbelanjaan mereka untuk

mengelakkan pembaziran dalam perbelanjaan.

Selanjutnya, kepentingan penyelesaian masalah dalam mengurus semuah parti

atau jamuan. Untuk menyediakan segala item dan bahan yang diperlukan

memerlukan kita menyediakan wang dan duit yang agak banyak oleh itu, jalan yang

terbaik ialah menyenaraikan segala barangan yang diperlukan dengan kuantiti dan

harga yang berpatutan agak tidak berlaku pembaziran dan dapat menjimatkan wang.

Kepentingan-kepentingan yang dinyatakan tersebut telah menyedarkan guru‐guru dan pemikir pendidikan bahawa secara keseluruhannya remaja Malaysia

mampunyai kemahiran pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah pada tahap

sederhana. Malah, kemahiran analitikal dan logikal masih berada di tahap lemah.

Kaedah dan strategi pengajaran haruslah disusun rapi dalam meningkatkan

kemahiran ini. Pendekatan pengajaran berasaskan pelajar dapat membentuk minda

pelajar yang boleh berfikir, berhujah, memberi pendapat, menganalisa dan membuat

interpretasi (Othman et al., 2008). Guru perlulah berani meningkatkan ilmu

pengetahuan sejajar dengan perkembangan semasa. Ini adalah penting untuk para

guru meningkatkan keyakinan mereka dalam pengajaran dan ilmu yang disampaikan

adalah ilmu yang terkini.

Pembelajaran berasaskan pelajar yang semakin banyak diamalkan kini ialah

pembelajaran konstruktivisme, pembelajaran inkuiri, pembelajaran koperatif,

pembelajaran akses kendiri, pembelajaran kontekstual dan sebagainya. Tambahan

lagi, menurut Johnson dan Johnson (2000), corak pembelajaran koperatif telah

berjaya menerapkan kemahiran asas seperti kepimpinan, keupayaan, memupuk

kerjasama, sifat toleransi antara kaum, dan kepercayaan di antara pelajar serta

keupayaan pelajar untuk berfikir secara kritikal. Kaedah pengajaran secara kuliah

perlu dikurangkan sekiranya kita ingin meningkatkan tahap pemikiran kritikal.

Menurut Walker (2003), dengan kaedah kuliah pendidik menyusun dan

Page 3: Kumpulan 1 - Kuliah M1

mempersembahkan maklumat yang diperlukan tanpa input daripada pelajar. Amalan

ini akan menyingkir peluang pelajar untuk membuat keputusan apa maklumat yang

perlu mereka ketahui. Seterunya, dalam menggalakkan pertumbuhan pemikiran

kritkal, pelajar hendaklah didedahkan dengan ambiguity dan pelbagai interpretasi

dan perspektif bagi sesuatu masalah (Kloss, 1994). Malah, sepatutnya guruguru

memberi galakan kepada pelajar untuk menambah ilmu sendiri di luar waktu kelas.

Teknik pengajaran seperti teknik penyoalan, perbincangan dan debat di dalam kelas

dan latihan bertulis juga boleh digunakan dalam meningkatkan pemikiran kritikal

(Mills, 1995). Teknik penyoalan guru, misalnya, akan mencorak penggunaan

kemahiran pemikiran kritikal pelajar dalam menginterpretasikan, menganalisis dan

membuat andaian untuk membentuk satu kesimpulan.

Konklusinya, terdapat pelbagai perkara yang boleh dikaitkan dengan

penyelesaian masalah dan ternyata tiapa hati kita menyelesaian masalah. Yang kita

perlu adalah kita harus berfikir cara dan mencuba.